ads

Selasa, 11 November 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Sam (Bunkface) Bertunang Dengan Penerbit TV3

Posted: 11 Nov 2014 03:50 AM PST


Sam, vokalis Bunkface
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd. Baharom mengaku telah mengikat tali pertunangan dengan Aida Azira Hussin, seorang penerbit rancangan di TV3.

Sam, 27, berkata majlis pertunangan itu berlangsung secara sederhana di kediaman wanita itu di Masjid Tanah, Melaka pada 6 Oktober lalu.

"Kami sudah selamat bertunang sebulan lalu manakala majlis itu dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

"Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan," ujarnya kepada mStar Online.
Sam bersama tunangnya, Aida Azira.

Sam ditemui pada majlis sidang media pelancaran muzik video Malam Ini Kita Punyadi pejabat Sony Music Malaysia, Publika di sini, Selasa.

Sam dan Aida, 27, telah berkenalan selama empat tahun sebelum mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih dua tahun lalu.

Jelas Sam, pengakuan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan khabar angin yang tidak tepat mengenai hubungan mereka.

"Saya mendedahkan perkara ini adalah bagi menjelaskan status hubungan kami yang selama ini menjadi tanda tanya.

"Kesian juga dekat Aida yang terpaksa menjawab pertanyaan banyak pihak," katanya.

Pereka Fesyen Tuntut Chacha Maembong Pulangkan Baju Dipinjam

Posted: 10 Nov 2014 11:29 PM PST


Ezuwan serik bekerjasama dengan Chacha Maembong.
PETALING JAYA: Pereka fesyen Ezuwan Ismail menuntut pelakon Chacha Maembong memulangkan semula baju yang tidak dipakainya di Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Ezuwan berkata, baju berwarna merah jambu itu masih lagi dalam simpanan pelakon itu sejak diambil sehari sebelum majlis tersebut berlangsung.
"Sudahlah tidak pakai baju tu, tetapi tidak pula dia pulangkan semula sehingga sekarang. Kalau tidak mahu baik pulangkan terus baju tersebut.
"Waktu ambil baju itu, dia cakap semuanya baik sahaja dan tiada mengadu apa-apa untuk saya betulkan semula," ujarnya kepada mStar Online.
Ezuwan berkata demikian bagi membalas kenyataan Chacha Maembong yang memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri  tidak menggayakan gaun tersebut pada malam ASK 2014.
Chacha Maembong masih belum memulangkan baju rekaan Ezuwan Ismail yang tidak dipakainya pada ASK 2014.
Sementara itu, Ezuwan menganggap tindakan pelakon itu memakai busana daripada pereka fesyen lain tanpa pengetahuannya sebagai satu penghinaan.
Dia juga kesal apabila pelakon tersebut sehingga sekarang tidak menghubunginya untuk menyelesaikan hal itu atau meminta maaf secara peribadi.
"Saya datang majlis itu kerana sangka dia akan menggayakan baju tersebut tetapi ketika di sana saya nampak dia pakai baju pereka fesyen lain.
"Saya sangat kecewa kerana telah bertungkus-lumus buat baju itu tidak tidur semata-mata mahu siapkan segera dan rekaan baju adalah idea daripada kami bersama bukan saya sahaja.
"Lebih baik saya buat baju untuk pelanggan yang sudah tentu dapat bayaran daripada buat tajaan tapi tidak dipakai," ujarnya.
Dalam pada itu, Ezuwan berkata, kakak pelakon tersebut iaitu Emma Maembong ada menghubunginya bagi menjelaskan perkara sebenar.
Bagaimanapun, penjelasan yang diberikan Emma adalah selepas dia memuat naik status rasa tidak puas hatinya di laman sosial pada Sabtu.
"Selepas hal ini berlaku kakaknya Emma yang hubungi saya dan menjelaskan hal sebenar serta memberitahu alasan tidak mahu memakai baju tersebut.
"Pada saya dia tidak profesional dan saya tidak akan berkerjasama lagi dengannya pada masa akan datang," ujar Ezuwan.

Riezman Jawab Tuduhan Berbalah Dengan Afiq Muiz

Posted: 10 Nov 2014 11:28 PM PST


Riezman Khuzaimi
PETALING JAYA: Pelakon Riezman Khuzaimi menjelaskan tuduhan kononnya dia bertikam lidah dengan aktor muda, Afiq Muiz di hadapan orang ramai dalam sembuah seminar baru-baru ini adalah fitnah.

Riezman atau nama sebenarnya Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 44, berkata, dia terkejut selepas mendapat tahu gosip tersebut memandangkan dia dan Afiq tidak pernah berbalah seperti yang didakwa.

"Saya tak perlu komen tentang perkara ini kerana dakwaan tersebut langsung tidak benar. Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan keakraban kami sehingga timbulnya isu saya dan Afiq bergaduh. Bagi saya, itu fitnah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan perselisihan antara Riezman dan Afiq ketika mereka sama-sama terbabit dalam sebuah seminar perniagaan.

Afiq dikatakan tidak dapat menerima teguran Riezman kerana dia hadir berseluar pendek ke seminar tersebut. Situasi itu membuatkan Afiq terasa hati dan bengang memandangkan artis-artis lain yang hadir turut bersetuju dengan pandangan Riezman.
Afiq Muiz

Sementara itu, Riezman yang merupakan Timbalan Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni mengakui Afiq pernah memakai seluar pendek ke seminar anjurannya dan ditegur secara gurauan oleh salah seorang artis yang terlibat.

Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi isu memandangkan ketika itu Afiq baru saja pulang daripada penggambaran drama.

"Memang benar ada yang menegur Afiq tentang pemakaiannya yang tidak sesuai ketika menghadiri seminar tersebut tetapi ia berbentuk gurauan dan saya langsung tidak terlibat dengan perbualan itu.

"Pelik ya, macam manalah cerita palsu sebegini boleh timbul sedangkan saya dan Afiq akrab," ujarnya.

Dalam pada itu, Afiq atau nama sebenarnya Afiq Muiz Azman Shah, 21, yang dihubungi mStar Online turut terkejut dengan gosip berkenaan dan menyifatkan ia adalah tuduhan palsu.

"Saya dan Riezman seperti adik-beradik, tak mungkin kami bergaduh hanya untuk perkara yang kecil. Bagi saya apa yang dilaporkan itu hanyalah sebuah gosip murahan semata-mata," tuturnya.

Nabil Gementar Bawa Watak Romantik Bersama Lisa Surihani

Posted: 10 Nov 2014 11:27 PM PST


Nabil dan Lisa Surihani dalam filem televisyen Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.
PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad  gementar untuk melakonkan babak romantik bersama  Lisa Surihani dalam filem bagi siara televisyen iaitu Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.

Ia  bakal bersiaran bermula 20 November ini di Astro First Eksklusif (Saluran 480).

Nabil berkata, beberapa kali lidahnya kelu ketika ingin melontarkan dialog romantik dan serius di hadapan pelakon wanita popular itu.

"Susah sangat bawa watak-watak romantik terutama sekali bila bergandingan dengan pelakon hebat seperti Lisa Surihani.

"Dia sentiasa memberi lakonan terbaik tetapi saya pula kelu, malah tangan saya menggigil bila ada adegan berpelukkan," ujarnya kepada mStar Online.
Nabil ditemui pada sidang media selepas tayangan filem televisyen Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris di TGV One Utama, di sini, Isnin.

Nabil berkata, ia merupakan kali pertama dia melakonkan watak serius.
Barisan pelakon filem televisyen Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.


Katanya, sepanjang bergelar anak seni dia banyak menolak watak-watak serius dan berat yang ditawarkan berikutan kurang yakin dengan keupayaannya membawa watak tersebut dengan baik.

"Saya memang tidak pandai berlakon watak serius. Tahun ini sahaja ada empat atau lima drama yang memerlukan saya bawa watak air mata yang saya tolak.

"Berlakon bukan keutamaan saya dalam bidang seni, jadi lebih baik beri kepada orang yang lebih pakar," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengapa dia menerima tawaran dalam filem televisyen ini, Nabil berkata, ia adalah peluang untuk dia bercuti di Paris, Perancis.

Katanya, kesibukan sebagai pelawak dan pengacara menyukarkan dia mencari masa untuk pergi bercuti.

"Saya terima sebab dapat bercuti di Paris, pihak produksi sudah mengaturkan jadual penggambaran dan mencari hos gantian untuk rancangan Meletop (siaran Astro Ria)," ujarnya.

Sementara itu, Lisa berkata, pertama kali bergandingan dengan Nabil adalah pengalaman yang menyeronokan kerana pelawak tersebut banyak menceriakan suasana sepanjang sepuluh hari penggambaran.

Katanya, penggambaran tersebut berjalan dalam keadaan bekerja sambil bercuti.

"Semuanya berjalan lancar dan gembira kerana kita tidak rasa tertekan dengan penggambaran tersebut terutama sekali dikelilingi oleh orang-orang yang disenangi," katanya.

Selain Nabil dan Lisa Surihani, filem televisyen otu turut dibintangi oleh Zizan Nin, Nelydia Senrose, Mia Sara dan Ryqal Iskandar.

Filem ini mengisahkan kegigihan dua kanak-kanak yang datang ke Paris dengan tujuan ingin menyatukan Pak Su Hairi (Zizan Nin) dan Aunty Lisa (Nelydia Senrose) yang semakin renggang.

Dalam perjalanan itu mereka bertemu dengan pasangan suami isteri iaitu Sofea dan Haris (Lisa dan Nabil) yang sedang berbulan madu di negara itu.

"Ada Sebab Tak Pakai Baju Ezuwan Ismail"- Chacha Maembong

Posted: 10 Nov 2014 11:26 PM PST


Gambar kanan adalah baju rekaan Ezuwan Ismail yang sepatutnya dipakai oleh Cacha Maembong pada Anugerah Skrin 2014 yang diadakan 7 November lalu.
PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menggayakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail pada saat-saat akhir untuk  menghadiri Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia sudah memaklumkan hasrat berkenaan dan meminta maaf terlebih dahulu kepada Ezuwan.

"Bukan niat saya mahu kecewakan dia tetapi saya ada sebab sendiri kenapa tidak memakainya pada saat-saat akhir dan perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada Ezuwan sebelum ke majlis anugerah tersebut.

Chacha (kanan) memilih untuk menggayakan busana daripada Fazil Diandra Couture pada malam ASK 2014.


"Saya memang nak pakai tetapi keadaan tidak mengizinkan dan pembantu saya sudah menguruskannya dan meminta maaf atas perkara yang terjadi itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai luahan pereka fesyen Ezuwan Ismail yang kecewa apabila baju rekaannya tidak dipakai Chacha pada ASK 2014yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada Jumaat lalu.

Ezuwan melalui laman Instagram miliknya berkata, pelakon tersebut tidak memberikan sebarang alasan bertindak sedemikian dan tanpa rasa bersalah menggayakan busana pereka fesyen lain pada malam tersebut.

Ezuwan Ismail


Sementara itu, Chacha berkata, dia juga kesal dengan tindakan Ezuwan yang memuat naik kenyataan di laman sosial tanpa menghubunginya terlebih dahulu.

"Saya pun terkejut dan terasa hati apa yang dia tulis di laman sosial itu. Tidak salah kalau dia hubungi saya sahaja untuk beritahu perkara itu. Lagi pun dia tahu sebab apa saya tidak pakai baju itu," katanya.

Jelas Chacha, dia bernasib baik kerana dapat mencari baju pengganti iaitu rekaan Fazil daripada butik Diandra Couture pada saat-saat akhir untuk ke majlis berkenaan.

Stesen TV Tolak Kertas Cadangan Ashraf Muslim Hampir 100 Kali

Posted: 10 Nov 2014 11:25 PM PST


Ashraf Muslim
PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit Ashraf Muslim hampir berputus asa dengan syarikat penerbitan yang ditubuhkannya iaitu Al Hidayah Production Sdn Bhd apabila kertas cadangan yang dihantar ke stesen televisyen ditolak hampir 100 kali.

Ashraf, 33, berkata, bagaimanapun dia bersyukur mempunyai rakan kongsi dan keluarga yang memberi sokongan penuh untuk terus bersemangat mengeluarkan lagi idea-idea untuk menghasilkan pelbagai program dan drama.

"Saya tahu bukan mudah mahu bergelar penerbit. Saya hampir putus asa kerana kertas cadangan sering ditolak. Bukan itu sahaja, masalah kewangan turut membuatkan saya hampir kalah dalam bidang ini.

"Tetapi Alhamdulillah, dua tahun menubuhkan Al Hidayah Production, saya berjaya menerbitkan sebanyak tujuh buah drama," katanya kepada mStar Online.
Antara drama popular terbitan syarikat itu ialah Isteri Istikharah dan Matahari Terbit Lagiyang sudah pun disiarkan beberapa bulan lalu.

Pada Anugerah Skrin 2014 yang berlangsung pada Jumaat lalu, Matahari Terbit Lagiberjaya diangkat sebagai Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Azeli Mohammad), Pelakon Lelaki Drama Terbaik (Anuar Chew Abdullah) dan Lakon TV Terbaik.

Tambah Ashraf, dia bersyukur melihat perkembangan syarikatnya walaupun masih lagi baru di bidang berkenaan.

Malah Ashraf juga menyifatkan, konsep mengikut syariat Islam dalam sesebuah pembikinan drama yang digunakan juga berkesan.

"Sebelum bergelar penerbit lagi, saya sering membuat pemerhatian, apakah yang perlu diubah dalam sesebuah produksi agar kita dapat mengikut syariat Islam.

"Apabila saya cuba mengaplikasikannya dalam setiap penerbitan drama, akhirnya ia membuahkan hasil menerusi kemenangan di ASK 2014 baru-baru ini.

"Bagaimanapun, isi kandungan dalam sesebuah drama itu juga penting bagi menarik perhatian penonton menyaksikan drama-drama berunsur dakwah," ujarnya.

Raja Azmi Fail Cerai Selepas Setahun Kahwin

Posted: 10 Nov 2014 11:24 PM PST


Raja Azmi (kanan) akhirnya pasrah, masalah rumah tangganya dengan Eddie terpaksa dibawa ke mahkamah.
PETALING JAYA: Desas-desus keretakan rumah tangga  Raja Azmi Raja Sulaiman dengan suaminya, Mohd Eddie Ghazali sampai ke kemuncak apabila produser filem itu memfailkan permohonan cerai.

Peguam Raja Azmi iaitu Nailah Ramli berkata, permohonan berkenaan dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada pagi Isnin.

Sehubungan itu pihak mahkamah menetapkan pada Selasa (esok) untuk sebutan kes berkenaan.

Terdahulu desas-desus keretakan rumah tangga Raja Azmi, 55, dengan gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie, 46, sudah kedengaran sejak beberapa bulan lalu dan mereka dilaporkan mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung.

Eddie yang popular dalam kumpulan berkenaan dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah dilakukan di Laman Beringin, Istana Budaya dekat sini.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.

Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved