ads

Selasa, 7 Oktober 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Emma Maembong Berpurdah Bukan Mahu Elak Diserbu Peminat

Posted: 07 Oct 2014 01:49 AM PDT


Emma Maembong
PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong berkata dia memakai purdah pada masa-masa tertentu mengikut keselesaannya pada ketika itu.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, bagaimanapun nafi berimej seperti itu di khalayak kerana mahu mengelak daripada diserbu peminat-peminatnya.

"Memang ada masanya saya berpurdah. Saja seronok nak cuba dan ia terpulang pada mood ketika itu.

"Saya tahu ada yang kata saya berpurdah kerana mahu elak daripada dikenali peminat. Taklah, mana ada. Memandangkan saya baru sahaja bertudung, jadi saya seronok mencuba pelbagai fesyen tudung untuk melihat kesesuaian," katanya kepada mStar Online.

Emma berkata demikian bagi mengulas dia kerap kelihatan berpurdah di tempat awam baru-baru ini.

Selain itu dia turut memuat naik beberapa keping gambar berpurdah ketika berada di kawasan umum di Instagram.
Emma Maembong mengakui berpurdah pada masa-masa tertentu.

Sementara itu, tambah Emma, walaupun dia berpurdah, ada juga beberapa peminat masih mengenalinya dan ingin bergambar bersama.

"Terkejut juga peminat datang menyapa 'Emma Maembong kan? Nak ambil gambar boleh?'. Kata mereka, saya boleh dikenali menerusi mata sahaja walaupun berpurdah," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Emma baru sahaja muncul menerusi drama Astana Cinta Aleesamenerusi saluan TV9 setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam.

Selain itu, Emma turut sibuk menjalani beberapa penggambaran drama lain.

Kata kekasih pelawak Zizan Razak itu, dia bersyukur, walaupun sudah bertudung sejak dua bulan lalu, dia masih lagi menerima tawaran lakonan seperti biasa.

"Selama ini saya fikir, jika bertudung, rezeki lakonan mungkin akan terbatas, tetapi Alhamdullilah, saya masih lagi mendapat pelbagai tawaran lakonan. Semoga rezeki lakonan ini berkekalan InsyaAllah.

"Dalam pada itu, perniagaan tudung saya iaitu Hijab by Emma Maembong turut mendapat sambutan. Ada juga merancang untuk perluaskan lagi perniagaan, tengok dulu macam mana," tuturnya.

Farhan Azizan Mula Edar 300 Kad Jemputan kahwin

Posted: 07 Oct 2014 01:48 AM PDT


Farhan sudah mula edarkan kad jemputan perkahwinannya.
PETALING JAYA: Penyanyi Farhan Azizan dan tunangnya, Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, mula mengedarkan sebanyak 300 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada Jumaat ini di  Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Farhan, 30, berkata, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah pihak media yang dianggarkan kira-kira 700 orang tetamu.

Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 7.45 malam manakala pernikahannya akan berlangsung di sebelah pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada hari sama.

Kata bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 itu, persiapan perkahwinannya sudah 90 peratus selesai dan hanya tinggal beberapa perkara seperti menyiapkan hadiah buat tetamu yang hadir masih belum siap.
Farhan dan Ahmad Rashadan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.

"Tinggal beberapa hari saja lagi, berdebar juga kami dibuatnya. Alhamdulillah segala persiapan sudah hampir siap. Tinggal sikit-sikit saja lagi.

"Risau juga apa-apa terjadi pada majlis tersebut. Apa-apapun doakan agar majlis kami pada hari tersebut berjalan dengan lancar InsyaAllah," katanya ketika mengedarkan kad jemputan kahwin di pejabat mStar Online di sini pada Selasa.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.

Ahmad Rashadan, 30, adalah pengarah pengurusan bisnes di sebuah syarikat swasta.

Pada majlis tersebut Farhan dan tunangnya itu bakal menggayakan busana rekaan pereka fesyen Calvin Thoo dan memilih konsep Melayu Klasik bagi pelamin yang ditaja oleh Nas The Great Idea.

Lelaki Terkejut Cengkerik Bersarang Dalam Telinga

Posted: 07 Oct 2014 01:41 AM PDT

SEORANG lelaki yang tidak selesa dengan kegatalan pada telinga terkejut apabila mengetahui seekor cengkerik berada di dalam rongga telinganya.
Cengkerik itu ditemui selepas lelaki yang dipercayai dari India itu menemui doktor untuk melakukan pemeriksaan terhadap telinganya.
Twitching: What appears to be two of the insects legs are shown fluttering inside the patient's ear canal
Hasil pemeriksaan, doktor menemui cengkerik yang masih hidup berada kira-kira tujuh sentimeter di dalam telinga mangsa.
Cengkerik itu juga dikesan masih mengeluarkan bunyi ketika berada di dalam rongga teling mangsa.
Close-up: As the camera moves towards the cricket, its spiky, flicking legs become more visible
Doktor kemudian berjaya mengeluarkan cengkerik itu tanpa sebarang luka pada rongga telinga.

Careful: The doctor then retrieves his tool and uses it to gently pry the twitching cricket from its new home

Removed: The three-inch insect is brought out into the darkened room to the horror of the medical staff
Harmless: While the cricket is unlikely to have caused real damage, it could have affected the man's balance

Potensi penternakan madu kelulut

Posted: 07 Oct 2014 01:28 AM PDT


  • Salleh gigih mengusahakan lebah kelulut di halaman rumahnya di Kampung Pangkal Petai, semalam.Salleh gigih mengusahakan lebah kelulut di halaman rumahnya di Kampung Pangkal Petai, semalam.

PANGKAL PETAI - Tertarik dengan pelbagai kelebihan yang ditawarkan madu kelulut, Salleh Isa berusaha menternak lebah tersebut sejak Februari lalu secara kecil-kecilan di sekitar rumahnya, di sini.

Lebah kelulut dikatakan mampu meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

Salleh berkata, buat permulaan, dia mencari sendiri sarang serangga tersebut di kawasan hutan berdekatan rumahnya sedikit demi sedikit.

Katanya, penternakan lebah kelulut mudah dipraktikkan dan kerja-kerja memindahkan sarang ke kotak khas juga tidak memerlukan kemahiran yang tinggi serta boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Lagipun, tambahnya, serangga tersebut tidak mengancam manusia dan boleh diternak di persekitaran rumah seterusnya mampu menjana pendapatan tambahan.

"Potensi pasaran yang begitu baik menyuntik minat ramai pihak untuk terbabit dalam industri penternakan lebah kelulut biarpun ia adalah benda baru dan masih banyak yang perlu dipelajari.

"Ini kerana madu yang dihasilkan serangga berkenaan mampu menjana pendapatan berganda jika diusahakan dengan cara betul," katanya yang memiliki 10 sarang kelulut.

Salleh menjelaskan, dia bercadang untuk mengembangkan bidang penternakan serangga tersebut pada masa akan datang dan pada masa yang sama turut menambah ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut dengan menyertai kursus-kursus berkaitan yang diadakan.

Katanya, halaman rumah yang dipenuhi dengan pokok buah-buahan memberi kelebihan kepada usahanya itu kerana ia dapat menarik minat lebah kelulut.

Tambahnya, madu kelulut tersebut dituai sekali sebulan namun hasilnya tidak menentu kerana bergantung kepada musim tetapi tidak mengecewakan.

" Cuma untuk menternak kelulut, kita perlu peka dengan haiwan pemangsa seperti cicak, lipas, mengkarung yang sentiasa ada di sarang serangga itu untuk menunggu mangsanya.

" Biasanya setiap malam, saya akan periksa sarang-sarang kelulut agar ia tidak menjadi mangsa haiwan-haiwan tersebut," kata Salleh lagi.

Pencuri sasar orang berjoging

Posted: 07 Oct 2014 01:26 AM PDT


  • Gambar Hiasan: Kawasan di kawasan Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, yang menjadi lokasi jenayah pecah kereta, semalam.Gambar Hiasan: Kawasan di kawasan Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, yang menjadi lokasi jenayah pecah kereta, semalam.

BANDARAYA MELAKA - Seorang pembantu tadbir kerugian lebih RM1,000 apabila dompet dan telefon bimbit miliknya yang ditinggalkan dalam kereta, hilang ketika dia sedang berjoging di Bukit Serindit, di sini semalam.

Menurut sumber, wanita berusia 29 tahun itu hanya menyedari kehilangan barangannya itu selepas selesai berjoging kira-kira 8.30 pagi di kawasan berhampiran Stadium Tun Fatimah.
"Wanita dari Telok Mas itu meletakkan sementara kereta jenis Honda Civic di parkir kawasan stadium terbabit untuk berjoging sendirian kira-kira jam 7.20 pagi.

"Selepas selesai berjoging, mangsa yang datang semula ke kereta kemudian mendapati telefon dompet berisi wang berjumlah RM1,000 selain dokumen perkenalan diri dan kad peribadi lain serta telefon bimbit jenis Nokia C7 hilang," katanya.

Menurutnya, dompet tersebut diletakkan di bawah alas kaki tempat duduk hadapan, manakala telefon bimbit pula di dalam ruang papan pemuka atau dashboard.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan umpil pada tempat kunci kereta wanita terbabit dipercayai dilakukan penjenayah.

"Kita akan teruskan siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri selain kini cuba mengesan suspek yang melakukan jenayah dalam tempoh kira-kira satu jam itu," katanya di sini,  semalam.

Razali turut menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan barangan berharga dalam kenderaan walau di mana berada terutama ketika hendak berjoging, meskipun terdapat anggota meronda di kawasan tersebut.

"Anggota polis sering meronda kawasan tersebut namun, jenayah curi dan pecah kereta boleh berlaku tanpa kita duga. Justeru orang ramai diminta untuk berwaspada walaupun kita hanya meletakkan kenderaan kita untuk seketika.

"Jika dompet terlalu besar, bawalah beg kecil yang boleh memuatkan sedikit wang, kad pengenalan dan dokumen penting lain di dalamnya. Sikap ambil mudah perlu dibuang demi kebaikan diri," katanya.

Sikap dan misi baharu Sara Ali

Posted: 07 Oct 2014 01:22 AM PDT




Mesra, tidak lokek dengan senyuman dan petah berbicara suatu hal yang agak luar biasa buat pelakon Sara Ali atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali.
Sebaliknya, label berlagak diva dan pelakon bermasalah lebih sinonim dengannya sepanjang empat tahun bergelar anak seni. Namun, pertemuan dengannya dalam satu sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini menggubah segala persepsi kurang baik tentang pelakon bermata galak itu.
Dia kini dilihat lebih mudah mesra dan memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi fotografi berlangsung. Kata gadis berusia 24 tahun itu, tahun ini genap empat tahun usia penglibatannya sebagai anak seni. Tempoh tiga tahun yang penuh sensasi telah ditinggalkan jauh dan tahun ini merupakan tahun kemunculan semulanya sebagai Sara Ali yang baharu.
"Saya akui tiga tahun lepas saya banyak main dan tidak serius dalam kerjaya. Memang salah saya apabila orang label saya sebagai artis yang berlagak diva atau sombong sebab saya yang memilih untuk jadi begitu. Waktu itu usia baru 21 tahun, fikiran belum matang. Sekarang, saya sudah berusia 24 tahun, rasanya sudah cukup zaman bermain.
"Mulai tahun ini saya berazam untuk menjadi Sara Ali yang baharu, seorang yang serius dengan kerjaya sebagai pelakon. Saya mahu cabar diri sendiri dan lihat sejauh mana yang saya boleh pergi dalam bidang lakonan," ujar Sara penuh serius.
Ditanya adakah suatu peristiwa atau keadaan yang signifikan menjadi kayu ukur yang membuatkan sedar diri dan berubah secara mendadak, lama Sara terdiam. Barangkali gadis ini sedang mencari jawapan yang tepat untuk diterjemahkan. Sara kemudian mula berbicara. Katanya sepanjang tiga tahun bermain dalam bidang lakonan, banyak pengalaman yang dikutip. Baik dan buruk industri seni dikajinya sehabis baik lalu dia menilai diri sendiri dan sedar dirinya sudah hanyut jauh dalam kehidupan penuh glamor.
Dikelilingi oleh orang popular setiap hari dan dipuja peminat yang meminatinya membuatkan Sara terbang terlalu tinggi sehingga terlupa untuk berpijak di bumi yang nyata buat seketika. Bagaimanapun, pada saat hampir sahaja dia lemas dalam dunia penuh fantasi itu, Sara bernasib baik apabila diselamatkan oleh seorang rakan yang sayang dengan bakatnya tetapi dilihat tenggelam dengan sikap angkuh dan egonya sendiri.

PADA usia 24 tahun, Sara mahu lebih fokus terhadap kariernya. Katanya, sudah cukup dia mensia-siakan peluang tiga tahun pertama menjadi anak seni dengan terlalu banyak bermain dan larut dalam dunia glamor.


"Dulu saya rasa diri saya paling bagus dan paling betul. Juga menyimpan cita-cita untuk jadi pengarah. Hakikat sebenarnya banyak lagi perkara yang harus dipelajari dari bawah sebelum boleh menjadi seorang pelakon yang bagus dan pengarah yang baik. Saya juga tidak malu mengaku dulu saya seorang yang tidak sabar dalam segala hal sekarang, saya sudah kenal apa itu erti sabar.
"Apabila saya lebih bersabar ia telah mengubah banyak perkara ke arah lebih positif, Saya bersyukur mempunyai seorang rakan yang menyelamatkan saya daripada terlalu hanyut dalam ego saya sendiri," katanya yang enggan mendedahkan identiti orang yang banyak mendorong perubahan menjadi Sara Ali yang baharu,
Sungguhpun begitu, Sara sedar bukan mudah untuk orang ramai menerimanya semula selepas memori hitam yang ditinggalkan kepada pihak media dan orang industri tetapi Sara tetap berusaha yang terbaik demi minat yang mendalam dalam dunia lakonan.
"Saya tahu bukan mudah untuk mengubah persepsi orang, saya cuma berharap berilah peluang kepada saya dan cuba kenal Sara Ali yang baharu. Saya tahu, saya tidak boleh paksa orang untuk suka pada saya. Jika perlu mengambil masa sehingga dua atau tiga tahun untuk memulihkan imej Sara Ali, saya harus bersabar sebab sensasi yang tercipta sebelum ini kerana salah saya sendiri bukannya orang lain," luah Sara.
Kemunculan semula
Awal kemunculan Sara pada Mac 2010 bermula dengan filem Sesuatu Yang Tertinggal. Keberkesanan lakonannya menjadikan nama Sara menjadi bualan sebagai pendatang baharu yang perlu diberi perhatian. Namun, disebabkan dia tidak serius dalam bidang lakonan, namanya agak tenggelam dalam lambakan pelakon baharu wanita. Akuinya, selain sikap yang tidak serius, terlalu memilih karya juga menyebabkan dirinya tertinggal jauh di belakang pelakon baharu.

SARA kini sedang mempersiapkan dirinya untuk penggambaran sebuah drama baharu berganding dengan Remy Ishak.


Walaupun begitu, Sara yakin bakat lakonannya mampu dijual dan memikat hati peminat. Dia kini benar-benar mahu kembali khalayak menyedari dirinya berada dalam radar yang baik di dalam dunia seni.
"Memang dulu saya terlalu memilih karya sehingga nama saya agak tenggelam. Kini, saya tidak lagi memilih, jika tawaran datang kena pada waktunya dan tidak bercanggah dengan jadual kerja, saya akan terima biarpun saya terpaksa melakukan tiga kerja dalam satu masa yang sama. Soal apa bezanya saya dengan pelakon wanita lain, bagi saya peminat hari ini sudah pandai menilai mutu lakonan pelakon.
"Semua orang mempunyai 'rasa' termasuk peminat. Saya tidak kata lakonan saya bagus. Namun, jika saya mampu memberi 'rasa' dalam setiap lakonan, saya yakin peminat akan menghargainya dengan memberi sokongan kepada saya. Tentang saya tertinggal ke belakang daripada pelakon baharu, bagi saya itu soal rezeki.
"Jika sudah rezeki mereka lebih dahulu daripada saya, apa salahnya. Itu bukan kuasa saya dan belum rezeki saya," balas Sara merendah diri.
Terbaharu wajah Sara boleh ditatap menerusi drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang sedang hangat ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam. Drama lakonannya bersama pelakon Fahrin Ahmad itu memberi impak yang besar apabila peminat mula memberi perhatian yang luar biasa kepadanya.
Masih terkejut dan membiasakan diri dengan perhatian yang diberikan, Sara memberitahu drama bersiri 32 episod itu merupakan drama pertamanya untuk slot Akasia.
"Sebelum ini saya tidak pernah berlakon drama romantik untuk siaran slot Akasia. Saya tahu slot itu mempunyai jumlah penonton yang tinggi bahkan saya sudah menjangkakan perhatian peminat tetapi tidak sangka ia terbawa-bawa sehingga ke luar drama.
"Ada peminat yang saya temui marah kerana tidak menyukai watak Melina yang saya bawakan dalam drama itu. Selain itu, ada juga peminat yang memberitahu suka andai saya bercinta bersama Fahrin dalam dunia realiti. Mulanya saya terkejut tetapi dalam masa yang sama saya seronok kerana itu menandakan lakonan saya meninggalkan kesan kepada penonton," tutur Sara dalam tawa.
Luah Sara lagi, drama itu memberinya peluang mengumpul peminat yang baharu.
"Watak Melina dalam drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna memberi impak yang besar kepada saya. Saya lebih dikenali dan mengumpul peminat yang baharu. Jika sebelum ini peminat saya lebih banyak daripada golongan muda tetapi kerana drama ini, ramai golongan usia pertengahan mula meminati saya," akuinya.
Dalam pada itu, laman sosial Sara juga dibanjiri peminat gara-gara drama bersiri arahan Suhaimi Lua Abdullah itu. Bagaimanapun Sara tetap menjaga privasinya dengan menapis setiap gambar yang ingin dimuat naik dalam akaun laman sosial.
Ujarnya sebelum itu dia tidak pernah berfikir panjang saat memuat naik sebarang status dan gambar di laman sosial. Namun, selepas dua minggu berada di set penggambaran drama berkenaan, dia telah dinasihati oleh Fahrin supaya berfikir panjang sebelum memuat naik sebarang gambar di laman sosial.
"Abang Fahrin pernah berkata kepada saya, apa niat kita ketika memuat naik status dan gambar di laman sosial. Semuanya berbalik kepada niat. Jadi, janganlah naik angin andai status atau gambar yang dimuat naik itu dihentam peminat atau menimbulkan sebarang kontroversi kerana kita mempunyai kuasa untuk meletakkan gambar itu atau tidak.
"Jika tidak mahu dihentam peminat, janganlah letak gambar dan status yang bukan-bukan. Nasihat itu saya pegang sehingga hari ini. Sebab itu, sebelum meletakkan sebarang status dan gambar saya akan berfikir panjang kerana saya seorang yang sangat menjaga privasi diri," hujah Sara panjang lebar.
Masam muka
Dalam pada itu, nama Sara Ali panas kembali apabila dia didakwa oleh pengarah drama tersebut, Suhaimi Lua mempunyai masalah ketika menjalani penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Sara dikatakan bermasam muka dengan kru penggambaran dan perkara itu secara tidak langsung menyukarkan pihak produksi.
Menurut Suhaimi, perkara itu berlaku kerana Sara terlalu menjiwai watak Melina dan hubungan yang keruh itu kembali jernih pada penghujung penggambaran drama tersebut.
Sara yang diminta mengulas tentang isu terbaharu itu enggan memberi sebarang komen walaupun sedar isu tersebut menjatuhkan kredibilitinya sebagai pelakon.
"Saya enggan beri sebarang komen bukan kerana saya bersalah sebaliknya saya enggan memanjangkan isu itu. Penggambaran telah pun tamat, bagi saya kurang manis untuk saya bercakap mengenainya. Kalau saya turut bersuara, saya akan meletakkan diri saya satu tahap dengan orang yang memulakan isu ini. Jadi saya anggap isu ini sudah boleh ditutup tanpa mendapat ulasan dari saya," katanya yang sedar sikap tolak ansur dan lebih bersabar dalam segala hal mampu mengendurkan ketegangan hubung­an yang keruh.


Sakinah, Aliff teruja untuk hidup bersama

Posted: 07 Oct 2014 01:21 AM PDT


Sakinah bersama kekasihnya Aliff Adha.


CERITA sensasi tidak putus-putus mengiringi perjalanan karier pelakon dan pelawak sensasi Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Sharifah Sakinah, 26.
Selain kisah kontroversi, Sakinah yang baru dinobatkan sebagai Artis Lawak Wanita Paling Popular Anugerah Lawak Warna 2014 itu baru-baru ini dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya yang bertugas sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan, Aliff Adha Jamil, 26, pada hujung tahun ini.
Berita itu tersebar menerusi laporan sebuah portal di internet baru-baru ini yang mendakwa Sakinah dan Aliff Adha bakal disatukan pada hujung tahun ini.
Sewaktu Kosmo! menghubungi Sakinah untuk bertanya mengenai berita gembira itu, pelakon tersebut memberitahu, mereka bukan mahu berkahwin hujung tahun ini, sebaliknya akan bertunang pada 25 Oktober ini dan merancang bernikah pada tanggal 28 Mac tahun depan.
Sakinah sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan anak pengarah drama dan filem terkenal Erma Fatima iaitu Ahmad Albab sekitar pertengahan tahun lalu namun hubungan mereka tidak kesampaian.
Kosmo! berbicara dengan lebih lanjut mengenai persiapan dan persediaan Sakinah menjelang hari bahagianya dengan Aliff Adha.

SAKINAH merancang untuk mengadakan majlis pertunangan dan pernikahannya bersama Aliff Adha secara sederhana.


KOSMO!: Tahniah Sakinah, difahamkan anda bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Benarkah?
SHARIFAH SAKINAH: Ya, saya akan bertunang dengan Aliff Adha pada 25 Oktober depan di kediaman keluarga saya di Taman Melati, Kuala Lumpur manakala majlis pernikahan kami insya-Allah akan berlangsung pada 28 Mac tahun depan.
Bagaimanakah persiapan menjelang majlis pertunangan yang akan berlangsung sekitar tiga minggu lagi ini?
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami cuma merancang untuk mengadakan majlis itu secara kecil-kecilan sahaja. Perkara yang sama juga akan kami lakukan pada majlis pernikahan nanti.
Bercinta senyap-senyap merancang untuk berkahwin pun tiada hebahan. Mengapakah begitu?
Bukan mahu sorok-sorok tapi dia (Aliff Adha) seorang yang pemalu dan kurang gemar mengambil tahu perihal dunia hiburan termasuk kontroversi saya selama ini. Saya menghormati pendirian dia untuk tidak terlalu menghebahkan cerita peribadi kami. Sebenarnya saya merancang untuk menjemput keluarga, teman rapat dan media pada minggu depan (minggu ini) tapi tak sangka pula cerita ini tersebar lebih awal.
Menyentuh keperibadian Aliff Adha, apakah perkara yang mengikat hubungan kalian berdua untuk kekal bersama?
Saya mengenali Aliff Adha pada awal tahun ini dan beberapa bulan lalu kami memutuskan untuk berkahwin. Berita ini direstui oleh kedua-dua belah keluarga. Dia memang seorang pendiam manakala saya pula seorang yang gila-gila dan kelakar. Perbezaan itu yang berjaya mengekalkan hubungan kami selama ini.
Sejauh manakah persediaan anda untuk menempuhi alam rumah tangga?
Saya sudah ada kerjaya dan dia pun sama. Masing-masing sudah stabil dan tiada masalah untuk kami mendirikan rumah tangga. Sepanjang mengenali satu sama lain tidak wujud sebarang halangan daripada mana-mana pihak dan kami seronok bersama malah teruja untuk menempuh fasa baharu dalam kehidupan.
Sering menjadi satu momokan, populariti seseorang artis akan malap selepas mendirikan rumah tangga. Apa pandangan anda?
Popularkah saya? (ketawa). Saya tidak melihat soal kerjaya dan populariti menjadi penghalang untuk seseorang artis berumah tangga kerana artis pun mempunyai kehidupan mereka sendiri dan memerlukan pasangan dalam hidup. Saya tidak takut akan situasi berkenaan dan saya menjadikan kakak-kakak saya (Sharifah Norhaslida dan Sharifah Shahirah) sebagai idola. Jika mereka mampu bertahan dalam industri namun pada masa sama mampu menguruskan keluarga mengapa tidak saya? Tiada beza pun kalau bertukar status kerana saya berada dalam industri untuk bekerja.
Apakah perkembangan terkini anda?
Selain sibuk menguruskan program kecergasan dan kesihatan Fitness Sakinah, saya sedang terbabit dengan penggambaran sebuah drama arahan Michael Ang berjudul Bonna & Bonnie.


Hayati khazanah berusia 40,000 tahun

Posted: 07 Oct 2014 01:16 AM PDT


gua-gua yang terletak di Taman Negara Niah diwartakan sebagai tempat bersejarah di Sarawak.


PERASAAN para peserta bercampur baur sebaik mata tertancap pada lukisan unik di dinding Gua Kain Hitam di Taman Negara Niah, Miri, Sarawak.
Rata-rata peserta Kem Pelukis Niah (KPN) 2014 yang merupakan pelukis dari seluruh negara itu kelihatan terkesima sebaik menyaksikan lukisan di gua tersebut.
Ada yang terus duduk sambil melakar sesuatu berdasarkan ilham yang datang.
Pada hari pertama menelusuri tapak bersejarah itu, para peserta dibekalkan dengan buku dan peralatan melukis untuk memudahkan mereka membuat lakaran tatkala mendapat ilham berdasarkan suasana perjalanan yang ditempuh.
Keletihan menyusuri perjalanan merentasi jambatan kayu, menaiki tangga dan menempuh laluan gelap yang mengambil masa lebih satu jam dari jeti Taman Negara Niah ke Gua Kain Hitam itu hilang seketika.
Untuk sampai ke Gua Kain Hitam yang turut dikenali sebagai Gua Lukisan itu, mereka perlu melalui Gua Dagang dan Gua Besar yang terletak berhampiran dengan Gua Niah.
Gua Niah merupakan gua terbesar di Malaysia dan gua batu kapur yang terbesar di dunia.
Berpeluang menyaksikan sendiri tapak dan kesan penemuan khazanah purba di depan mata menyebabkan para peserta KPN 2014 begitu teruja.
Fikiran terus membayangkan wujudnya satu kelompok masyarakat yang sedang menjalani rutin harian seperti yang tertera pada lukisan itu.
Imej berbentuk figura, binatang, geometri dan abstrak menggunakan bahan hematit dipercayai telah dilakar manusia kira-kira 40,000 tahun dahulu.
Mereka juga terbayang rupa manusia yang hidup pada zaman itu berdasarkan figura yang terdapat pada dinding gua tersebut.
Lakaran itu kelihatan seperti seorang wanita berambut kerinting sedang melakukan satu pergerakan yang tidak diketahui.
Berdasarkan karya pada din­ding gua tersebut, ternyata seni sudah wujud sejak zaman prasejarah yang menggambarkan pelbagai kisah manusia zaman silam.
Imej yang pelbagai saiz itu dilukis dengan pigmen merah daripada bahan hematit yang berkonsepkan alam akhirat dan gambaran upacara pengebumian.

PARA peserta terlibat dalam kerja-kerja komuniti termasuk melukis mural di bangunan sekolah dan rumah panjang.


Fosil manusia
Taman Negara Niah merupakan lokasi penemuan rangka dan fosil manusia yang dipercayai antara lokasi awal penempatan manusia zaman purba.
Penemuan yang pertama itu telah dilakukan oleh pasangan pengkaji, Tom Harrisson dan isterinya, Barbara pada tahun 1958 di kawasan Gua Besar. Harrisson merupakan kurator Muzium Sarawak yang meminati bidang arkeologi.
Kawasan penempatan awal manusia zaman Paleolitik ditemui di kawasan tersebut manakala di Gua Kain Hitam pula menjadi lokasi tempat pengebumian rangka manusia zaman Neolitik.
Gua-gua yang terletak di Taman Negara Niah yang berkeluasan 12 hektar itu juga menjadi tempat yang diwartakan sebagai tapak bersejarah di Sarawak.
Seorang peserta, Nurrul Ain Shaid Ahmad, 29, berkata, dia begitu takjub ketika kali pertama melihat lukisan lama tersebut.
Baginya, walaupun lukisan tersebut kelihatan seperti imej 'orang lidi', imej-imej tersebut sangat unik.
"Lukisan itu mungkin jika dilihat sekali imbas tidak memberikan sebarang makna tetapi jika dihayati, ia mempunyai maksud dan gambaran yang tersendiri.
"Saya begitu seronok. Ini kali pertama saya sampai di sini dan berpeluang melihat lukisan yang sudah berpuluh ribu tahun lamanya," jelas pelukis dari Johor itu.
Gadis berusia 29 tahun itu merupakan pelukis batik dan pemilik syarikat Batik Canting Johor.
Katanya, berdasarkan lukisan tersebut, dia telah mendapat ilham untuk menghasilkan produk batik berdasarkan imej yang dilihat di Gua Kain Hitam itu.
"Jika diamati, batu-batu yang terdapat di dalam gua ini juga kelihatan menyerupai sesuatu objek," tambah Nurrul Ain.
Gadis dari Mersing ini turut menggunakan lumut lembap yang terdapat pada batu gua sebagai bahan warna untuk menghasilkan lukisannya.
Selain dibawa melawat tapak sejarah negara, para peserta turut berpeluang menyelami kebudayaan masyarakat Iban yang mendiami rumah panjang.
Sepanjang enam hari KPN 2014, para peserta merasai pengalaman menjalani rutin harian di Rumah Panjang Patrick Libau, Sungai Tangap yang terletak berdekatan Taman Negara Niah.
Perjalanan ke Gua Niah dari rumah panjang tersebut hanya mengambil masa 15 minit dengan berjalan kaki.
Para peserta juga melakukan kerja-kerja amal dengan melukis mural di rumah panjang dan Sekolah Kebangsaan Sungai Tangap, Miri.
Dinding kayu sekolah yang didirikan pada tahun 1970-an itu berubah wajah dalam tempoh sehari selepas pelbagai jenis mural dilakar.
Sementara itu, pelukis berketurunan Bajau dari Sabah, Muslim Mattajim, 30, berkata, dia berasa kagum tatkala memasuki gua-gua yang terletak di Taman Negara Niah.
"Gua Dagang kelihatan seperti sebuah stadium yang lapang, terbuka dan sangat unik.
"Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Gua Dagang, saya terus jatuh cinta dan ia dizahirkan menerusi satu lakaran," jelasnya.
Muslim yang bekerja sebagai kurator di Kolej Universiti Yayasan Sabah menambah, bentuk gua tersebut seumpama mengajak manusia mengagumi keagungan alam ciptaan tuhan.
Bertuah
Pemuda yang pernah memenangi hadiah karya pilihan terbaik negeri Sabah 2010 melalui karya bertajuk Munajat itu berasa bertuah kerana dapat berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan pelukis-pelukis lama.
Dia yang banyak menghasilkan lakaran sepanjang tempoh kem berlangsung memberitahu, persekitaran alam semula jadi dan kebudayaan masyarakat Iban banyak merangsang ilhamnya untuk berkarya.
Sepanjang bergelar pelukis, Muslim banyak menghasilkan karya yang menjurus kepada kebudayaan dan ketuhanan.
Bagi pelukis veteran pula, Long Thien Shih, 68, peluang mengikuti program tersebut adalah sesuatu yang sangat berharga buatnya.
Dia yang terkenal dengan panggilan Pak Long menyifatkan pengalaman tersebut sangat istimewa kerana dia tidak pernah berkunjung ke rumah panjang.
Cerita Pak Long, perjalanan untuk sampai ke gua agak memenatkan. Apatah lagi pada usia emasnya.
"Namun, apabila mendapat tahu jarak yang dekat antara gua dan rumah panjang, dia terus bersemangat untuk meneruskan berjalan.
"Selain menjejaki gua bersejarah, saya juga dapat mengenali gaya hidup dan budaya orang Iban.
"Kami hidup bersama dalam tempoh hampir seminggu. Ternyata semangat komuniti dalam rumah panjang sangat unik dan kuat," jelasnya yang pernah melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana di Royal Collage of Art, London pada tahun 1969.
Dia menjual karya-karyanya di tepi jalan Bayswater Road selama dua tahun, namun kini nilai hasil seni­nya mencecah harga berpuluh-puluh ribu ringgit.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved