ads

Selasa, 28 Oktober 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Amyra Rosli lebih matang

Posted: 28 Oct 2014 09:46 PM PDT


  • Nur Amira Izzati atau lebih dikenali sebagai Amyra Rosli.Nur Amira Izzati atau lebih dikenali sebagai Amyra Rosli.

BEBERAPA bulan lalu pelakon remaja ini menjadi tumpuan apabila kisah cintanya bersama aktor Dazrin Kamaruddin, putus di tengah jalan.

Namun, siapa sangka atas sokongan keluarga serta rakan tercinta, aktres cantik ini tampak tenang dan kuat berhadapan perkara tersebut.

Buktinya, empunya nama  Nur Amira Izzati atau lebih dikenali sebagai Amyra Rosli, ini mampu meneruskan kehidupan dan kariernya dengan baik selepas peristiwa itu.

Mengakui mahu melupakan kisah lamanya, duta produk Aura White ini memberitahu, dalam usianya yang baru sahaja mencecah ke angka 23 ini, dia seharusnya mengutamakan masa hadapan.

"Saya masih muda, walaupun apa yang berlaku pernah membuatkan saya kecewa pada awalnya, tetapi semua itu ujian yang telah mematangkan saya.

"Pengalaman yang menyakitkan mengajar saya menjadi seorang yang lebih tabah," katanya.

Jelas bintang Astana Cinta Aleesa ini, fokus utamanya kini hanyalah kerjaya selain keluarga.

"Syukur sangat sebab banyak tawaran lakonan yang diterima walaupun masih ramai pelakon berbakat dalam industri kita.

"Mungkin sekarang zaman saya, jadi saya perlu memberikan komitmen sebaik mungkin untuk terus mencipta nama," ujarnya.

Di tanya adakah dia berpuas hati dengan lakonannya setakat ini, menurut Amyra, sebagai pelakon yang masih hijau, dia sekadar memberi apa yang dituntut dalam tugasannya.

"Bila mendapat sesuatu karakter itu saya akan pastikan ia benar-benar dijiwai. Lagipun saya sudah banyak memainkan pelbagai jenis watak seperti gadis psiko, gedik, sopan dan gadis kampung.

"Walaupun tidak sehebat pelakon senior tetapi sedikit sebanyak ia membantu saya menampilkan kelainan dalam setiap drama yang dibintangi," jelasnya.


Sering memberontak?

Muncul menerusi drama terbaru yang merupakan adaptasi novel hasil tulisan Syikin Zainal, Suamiku Encik Sotong, Amyra berkata, peranannya sebagai Erica memberi sudut baru dalam lakonannya.

"Erica seorang yang sangat keras kepada dan sering memberontak. Apa yang dia tahu, semua orang perlu mengikut cakapnya sahaja.

"Agak sukar sebenarnya menjadi Erica lebih-lebih lagi ia sangat berbeza dengan diri saya," katanya.

Menurutnya lagi, dia juga bimbang karakter tersebut dipertikaikan oleh penonton yang telah membaca karya tersebut.

"Apabila melakonkan watak sebuah adaptasi novel, penonton akan meletakan harapan tinggi kepada kita.

"Kerana itu saya perlu menjayakan dan memastikan lakonan saya menjadi, lebih-lebih lagi ramai yang menantikan drama ini," jelasnya.

Berkongsi mengenai gandingannya bersama Shaarnaz Ahmad, akui Amyra, ia merupakan kali pertama mereka disatukan dalam sebuah drama.

"Awalnya bimbang juga kerana dia nampak garang dan tegas orangnya. Tetapi semua itu berjaya diatasi kerana dia sebenarnya sangat kelakar terutamanya bila menjadi encik sotong.

"Banyak peristiwa lucu yang terjadi sewaktu penggambaran dan semuanya berjalan dengan lancar," katanya masih sibuk dengan penggambaran drama tersebut.

Sedikit perkembangan terbarunya, anak sulung daripada empat beradik ini berkata, dia bakal muncul sebagai hos undangan bagi beberapa program hiburan tempatan.

"Sebenarnya memang saya minat mengacara cuma buat masa ini fokus saya masih kepada lakonan. Apa pun, jika ada masa terluang saya tidak menolak untuk menerima undangan mengacara," katanya lagi.

Operasi Gempur Aurat di Kota Bharu

Posted: 28 Oct 2014 09:45 PM PDT


  • Jurujual wanita yang berpakaian ketat boleh dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan.Jurujual wanita yang berpakaian ketat boleh dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

KOTA BHARU - Operasi Gempur Aurat yang dilancarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membuktikan keseriusan MPKB-BRI menangani isu aurat, khususnya melibatkan peniaga di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita MPKB-BRI, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, operasi bermula September sehingga Disember 2014, diadakan berikutan ramai dikesan mula leka dengan peraturan dikeluarkan sebelum ini.

"Ia bukan perkara baharu, malah pekeliling di bawah Arahan Mematuhi Etika Berpakaian sudah dikeluarkan sebelum ini, namun bila kita lihat ada peniaga yang bagaikan leka dan mula mengabaikan peraturan tersebut, penguatkuasaan semula perlu dilakukan.

"Operasi Gempur Aurat dan kompaun maksimum RM500 yang dikenakan kepada peniaga yang melanggar arahan ini, diharap akan menjadi pengajaran, sekali gus mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, sehingga kini operasi berkenaan sudah diadakan secara menyeluruh di lokasi tumpuan orang ramai seperti pasar raya dan pasar malam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ropein Hassan berkata, sejak operasi tersebut dilancarkan, sebanyak 34 kompaun dikeluarkan MPKB-BRI terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurutnya, tidak timbul isu tidak tahu kerana segala peraturan dan syarat sudah dijelaskan sebelum peniaga mendapatkan lesen perniagaan daripada MPKB-BRI.
"Penghujung 2013, semua peniaga diwajibkan menghadiri kursus perniagaan mengikut perspektif Islam yang diadakan secara berperingkat-bagi memaklumkan kepada mereka mengenai Undang-Undang Kecil MPKB," katanya.

Sehingga kini lebih 3,000 peniaga telah mengikuti kursus berkenaan dan kira-kira 10,000 dalam proses serta sedang menunggu giliran.

Tomok tumpang tuah anak?

Posted: 28 Oct 2014 09:42 PM PDT


  • Tomok

DIKURNIAKAN cahaya mata yang bijak dan comel menjadi rezeki tidak ternilai buat penyanyi popular, Tomok dan isterinya, Rahayu Abas.

Mana tidaknya, putera pertama pasangan ini, Arrian Shah Akid, 3 sentiasa menjadi perhatian masyarakat menerusi laman Instagram kerana keletahnya yang mencuit hati.

Gembira dengan perkara itu, Tomok mengakui tidak kisah jika ada yang mengatakan anaknya lebih popular.

"Sebenarnya ia tidak menjadi satu masalah buat saya. Budak kecil memang comel dan sebagai seorang ayah, saya gembira kerana ramai yang mengenalinya.

"Tapi tidaklah saya menumpang popularitinya. Apa yang saya peroleh hari ini atas hasil usaha keras sendiri," katanya sambil tertawa ketika di temui pada majlis pelancaran album keduanya, Aku Datang di kafe Hard Rock, Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, Tomok atau nama sebenarnya Shah Inderawan Ismail, 30, tidak mahu terlalu memberi pendedahan kepada anaknya yang masih kecil.

"Memang sebelum ini kami banyak terima sesi fotografi, tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik.

"Saya rasa belum masanya untuk dia diberi pendedahan yang terlalu besar ke arah itu kerana dia masih kecil dan biarlah Arrian jalani kehidupan dan membesar seperti kanak-kanak lain," ujarnya yang turut teruja menantikan kelahiran cahaya mata dalam kandungan isterinya yang kini berusia lima bulan.

Sementara itu, bercerita mengenai buah tangan terbaharunya Aku Datang, Tomok bersyukur kerana dua lagu daripada album ini telah mendapat tempat di hati pendengar.

"Sebenarnya album ini keluar selepas empat tahun album pertama dikeluarkan iaitu pada 2010.

"Alhamdulillah, saya gembira dengan penghasilan album kali ini. Biarpun ambil masa yang lama, tapi saya berpuas hati," katanya.

Pada masa sama, Tomok bakal menjelajah ke berada di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara sebagai rangka promosi album keduanya itu.

Kontroversi Tasha Shilla, Sara Ali Bukan Ukuran Populariti MJATS

Posted: 28 Oct 2014 04:57 PM PDT


Salah satu babak drama MJATS.
PETALING JAYA: Penerbit drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) iaitu Fadzil Teh menegaskan drama tersebut mendapat sambutan hangat bukan disebabkan kontroversi yang melanda dua barisan pelakonnya, iaitu Sara Ali dan Tasha Shilla.

Fadzil berkata, karya itu menjadi fenomena kerana jalan cerita drama yang diadaptasi daripada novel karya Acik Lana yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri selain barisan pelakon yang berbakat.

"Saya tak rasa ia popular kerana kontroversi yang tersetus. Ini kerana novel MJATS sudah pun mempunyai pengikutnya dan apabila ia diadaptasi ke sebuah drama, pengikutnya menjadi lebih besar.

"Tambahan pula kita tahu, mana-mana drama yang disiarkan di slot Akasia akan menerima jumlah tontonan yang tinggi kerana masa siarannya merupakan waktu kemuncak.
"Alhamdulillah, saya difahamkan MJATS mendapat rating yang tinggi. Cuma saya belum menerima maklum balas daripada pihak stesen TV3 mengenai jumlah tontonan yang dikumpul," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Fadzil Teh

Drama MJATS terbitan Zeel Production telah disiarkan di slot Akasia saluran TV3, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam. Episod akhirnya menemui penonton pada malam Isnin lalu.

Selain Tasha dan Sara, barisan pelakon lain terlibat termasuklah Fahrin Ahmad, Amy Mastura, dan Ika Nabila.

Terdahulu, nama Tasha menjadi sebutan ramai apabila dituduh berkelakuan sumbang dengan kekasihnya, Han di lokasi penggambaran drama itu.

Tidak lama kemudian, Sara pula dikatakan bermasam muka dengan pengarahnya, Shuhaimi Lua Abdullah kononnya terlalu terpengaruh dengan watak yang dibawanya dalam drama berkenaan.

Sementara itu, Fadzil berharap, drama terbitan produksinya yang dalam penggambaran iaitu Bencinta lakonan Fathia Latif dan Fattah Amin akan mendapat sambutan seperti MJATS.

"Sekarang ini, pihak kami sibuk dengan penggambaran drama Bencinta, yang juga merupakan arahan pengarah Shuhaimi Lua.

"Saya yakin, gandingan Fathia dan Fattah akan membuatkan drama tersebut menjadi fenomena yang seterusnya," ujarnya.

Noh Salleh Tidak Ambil Mudah Promosi 'Angin Kencang'

Posted: 28 Oct 2014 04:56 PM PDT


Noh Salleh (tengah) pada majlis pelancaran album Angin Kencang di White Box Publika. 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Noh Salleh  tidak mahu ambil mudah dengan populariti yang ada dalam usaha mempromosikan lagu nyanyiannya dalam album solo berjudul Angin Kencang.

Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 30, berkata, dia mahu bermula daripada bawah dan seolah-olah seperti artis baharu bagi memberi persaingan yang sihat kepada industri muzik tempatan.

"Saya tidak akan guna nama dan populariti yang ada untuk minta lagu-lagu saya diputar di radio, biar lagu tersebut dipromosikan menggunakan langkah seperti mana artis-artis baharu yang lain.

"Saya mahu dikenali dan bersaing secara sihat seperti artis baru, kalau radio ingin mainkan lagu saya biarlah kerana atas permintaan peminat dan bukan kerana nama saya," ujarnya kepada mStar Online.

Noh ditemui pada pelancaran album solo pertamanya berjudul Angin Kencang di White Box Publika, di sini, pada Selasa.
Noh Salleh

Album tersebut memuatkan enam buah lagu ciptaan sendiri iaitu Angin Kencang, Gelung, Biar Seribu, Bunga Di Telinga, Sang Penikamdan Angin Kencang versi piano.

Dalam pada itu, Noh berkata, dia mengambil masa selama dua tahun dalam pembikinan album tersebut.

"Saya puas dengan semua hasil lagu dalam album ini kerana ia merupakan genre muzikfranch pop era yang saya inginkan.

"Proses pembikinan selama dua tahun yang mana saya tidak begitu terburu-buru dan dapat berkarya dengan tenang," ujarnya.

Dalam pada itu Noh berkata, dia mempunyai perancangan untuk membawa produk tersebut untuk dipasarkan di Indonesia.

Jelasnya, genre french pop lebih diterima di negara jiran itu berbanding Malaysia.

"Ini merupakan album yang saya buat untuk kepuasan diri dalam muzik, saya tahu tidak semua masyarakat negara ini menerima genre ini.

"Namun, sebaliknya di Indonesia lebih terbuka dan menerima muzik seperti ini dan saya juga ada perancangan untuk cuba pasaran negara itu," ujarnya.

Pengikut Instagram Terima Komen Kesat Tauke (Jambu)

Posted: 28 Oct 2014 04:54 PM PDT


Tauke mahu pengikut lebih hormat hal peribadi seorang artis.
PETALING JAYA: Pelawak Tauke (Jambu) menganggap tindakannya membalas komen pengikut Instagram miliknya dengan kata-kata kesat adalah sebagai memberi pengajaran kepada individu berkenaan.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 38, berkata, dia berbuat demikian kerana merasakan sikap pengikut tersebut keterlaluan apabila memberi komen yang disifatkan menjatuhkan maruahnya.

"Saya sedar sebagai selebriti perkara tersebut agak sensitif, namun bagi saya biarlah orang pandang buruk kepada saya asalkan individu tersebut tidak mengulangi perbuatannya itu.

"Jika saya tidak berbuat demikian, mungkin dia akan terus berani memberi komen negatif kepada orang atau artis lain pula. Saya harap pengikut yang lain juga lebih menghormati hak dan privasi seseorang artis," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Selasa.
Gambar dengan seorang wanita ketika program Super Spontan yang menimbulkan kontroversi apabila Tauke digelar kaki perempuan.

Tauke berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya membalas komen seorang individu yang menuduh dia sebagai 'kaki perempuan' gara-gara memuat naik gambar bersama seorang wanita tidak dikenali.

Perkara tersebut membuatkan pelawak itu berang dan membalas dengan perkataan yang agak kasar sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap pengikutnya yang lain.

Dalam pada itu, Tauke berkata, dia berani menulis kata-kata kesat berikutan individu yang menulis status itu tidak mendedahkan identiti sebenar dirinya dan akaun itu diwujudkan juga adalah bertujuan memburuk-burukan seorang artis.

"Saya tengok akaun dia memang akaun palsu yang sengaja dibuat untuk mengutuk dan membuat fitnah sebab itu saya sengaja beri dia kata-kata begitu.

"Kita sendiri tidak tahu individu itu siapa, jadi sesuai sangatlah dia kena marah begitu, sebelum ini akaun yang sama juga selalu komen negatif di Instagram artis-artis lain," ujarnya.

Sementara itu, Tauke menjelaskan bahawa wanita dalam gambar tersebut merupakan salah seorang kru yang terlibat menjayakan program Super Spontan minggu lalu.

Wak Doyok pilih kasih?

Posted: 28 Oct 2014 04:52 PM PDT


  • Fesyen dikritik

KECOH seketika dunia hiburan apabila pereka fesyen ini dikatakan bersikap pilih kasih ketika di undang menyampaikan cenderamata kepada peserta sebuah program realiti popular tempatan.

Semuanya berpunca daripada tindakannya yang tidak memberi cenderamata kepada peserta Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Mohd Firman Bansir atau lebih dikenali sebagai Firman sehingga ada pihak yang mengatakan Wak Doyok  bersikap tidak adil.

Tidak cukup dengan itu, dia turut dikritik hebat di laman-laman sosial miliknya. Bagi mendapatkan responsnya mengenai perkara itu, Zass cuba menghubungi pelakon bermisai lentik itu.

Diwakili pengurusnya, Sam memberitahu tiada isu berbangkit mengenai perkara tersebut sebaliknya ia hanyalah pandangan masyarakat semata-mata.

"Sebenarnya, tiada apa-apa isu pun. Dia hanyalah menjalankan tugasnya," katanya ketika ditanya berhubung isu berkenaan.

Jelas Sam, semua itu sekadar gimik yang dilakukan oleh pihak produksi. Apa yang pasti, pihak produksi ada rancangan mereka tersendiri. Tunggu sahaja konsert akan datang nanti," katanya ringkas.

Fenomena Api biru

Posted: 28 Oct 2014 04:51 PM PDT


  • Sulfur bertoksik yang dibebaskan dari kawah itu mencetuskan fenomena api biru.Sulfur bertoksik yang dibebaskan dari kawah itu mencetuskan fenomena api biru.

ADAKAH anda sanggup mencabar adrenalin untuk berkunjung ke kawasan yang terkenal dengan fenomena 'api biru' di Indonesia ini?

Jika ya, anda sememangnya mempunyai keberanian sama seperti sekumpulan pelancong yang sanggup menggadai nyawa mereka semata-mata untuk menyaksikan sendiri keindahan sekitar kawasan kawah beracun Gunung Ijen, Jawa Timur pada waktu malam.

Api biru setinggi lima meter yang memukau pandangan mata dan menjadi tarikan utama pelancong dipercayai terhasil daripada pembebasan sulfur bertoksik dari kawah terbabit.

Penduduk tempatan pula menjadikan kawah gunung berapi tersebut sebagai punca pendapatan mereka menerusi aktiviti perlombongan belerang.

Ia telah lama beroperasi sejak era pemerintahan Belanda dan masih diteruskan hingga kini.

1,000 penoreh getah berhimpun

Posted: 28 Oct 2014 04:43 PM PDT


  • Perhimpunan aman bagi memprotes kejatuhan mendadak harga getah diadakan berhampiran Stesen Bas Selama.Perhimpunan aman bagi memprotes kejatuhan mendadak harga getah diadakan berhampiran Stesen Bas Selama.

SELAMA – Seramai 1,000 penoreh getah dari daerah Selama berhimpun untuk meminta kerajaan segera mencari alternatif terbaik dalam mengatasi kejatuhan harga getah.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Larut, Nazri Din berkata, ketika ini harga getah jatuh mendadak hingga mencapai RM 1.40 sekilogram.

Menurutnya, keadaan itu membebankan penoreh ditambah pula berlaku kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian.

"Jika keadaan berterusan, akan memberi tekanan kepada penoreh untuk menampung kos sara hidup mereka sekeluarga," katanya selepas menyertai himpunan aman berhampiran Stesen Bas Selama.

Turut serta, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Adun Changkat Jering, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan kepimpinan Pas Larut.

Nazri berkata, perhimpunan itu disertai beberapa NGO seperti Pertubuhan Pembangunan Pendidikan dan Kebajikan Larut, Sahabat Anak Muda Malaysia serta Pertubuhan Amal Islami.

Jelasnya, Pas Larut mahu kerajaan melakukan sesuatu bagi mengatasi kejatuhan harga getah semasa yang kini menurun secara mendadak.

"Harga getah hanya sekitar RM 1.80 hingga RM 2.30 sekilogram dan kadar itu sangat tidak munasabah terutamanya bagi penduduk kawasan Larut, Lenggong serta Gerik.

"Ini kerana, majoriti penduduk di kawasan itu adalah orang miskin yang bergantung pada pekerjaan sebagai penoreh," katanya.

Nazri berkata, situasi itu menyebabkan penoreh tersepit dengan kenaikan harga barangan harian, perbelanjaan sekolah anak dan kos perubatan akibat penarikan subsidi.

Menurutnya, oleh itu, kerajaan diminta mewujudkan stok penimbal dan menetapkan harga lantai bagi getah supaya tidak terlalu rendah sehingga menekan penoreh.

"Lebih baik jika kerajaan dapat membuka tanah pertanian baharu untuk diserahkan kepada penduduk miskin supaya dapat diusahakan bagi menjana pendapatan," katanya.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, perhimpunan diadakan untuk mendapatkan perhatian Lembaga Getah Malaysia dalam mengatasi  kejatuhan harga getah dunia.

Jelasnya, kerajaan perlu berusaha mencari pasaran baharu bagi mengatasi masalah lambakan getah di Malaysia.

"Penoreh tertekan dengan kejatuhan mendadak harga getah manakala kos sara hidup semakin meningkat.

"Perhimpunan ini adalah permulaan dan kami harap kerajaan ambil langkah proaktif menangani isu ini," katanya.

Pengerusi Suara Orang Kampung, Sulaiman Ibrahim berkata, kerajaan perlu mengambil alih pengurusan jual beli getah memandangkan pihak swasta mengaut keuntungan tinggi hingga menindas penoreh getah.

Jururawat redah air galas tanggungjawab

Posted: 28 Oct 2014 04:41 PM PDT


  • Nik Nor Aisah menaiki perahu untuk ke rumah pesakitnya di Kampung Tersang.Nik Nor Aisah menaiki perahu untuk ke rumah pesakitnya di Kampung Tersang.

RANTAU PANJANG - Kenaikan paras air di beberapa kampung berikutan limpahan air dari Sungai Golok tidak mematahkan semangat seorang jururawat masyarakat untuk meneruskan tugas seperti biasa.

Jururawat Klinik Kesihatan Gual Periok, Nik Nor Aisah Nik Zul Azhar berkata, rutin tugasnya diteruskan untuk membantu ibu bersalin di kawasan yang dinaiki air.

"Sudah menjadi kebiasaan menjelang musim tengkujuh, untuk menaiki perahu ke rumah-rumah pesakit di sini.

"Pemeriksaan ini penting agar ibu dan bayi yang baharu dilahirkan mempunyai kesihatan yang baik," katanya ketika ditemui menaiki perahu ke rumah Suriana Deraman, semalam.

Nik Nor Aisah memeriksa tahap kesihatan Suriana dan bayi lelaki yang baharu dilahirkan di hospital, Sabtu lalu.

Sementara itu, seorang tukang urut, Lijah Mat San, 56, berkata, dia juga tidak kekok untuk menaiki perahu ke rumah penduduk di sini.

"Keadaan air tidak terlalu membahayakan kerana banjir kali ini baharu sahaja memasuki fasa pertama.

"Ia akan bertukar menjadi 'banjir termenung' dan hanya akan surut sepenuhnya dalam masa beberapa minggu," katanya.

Perancangan hidup Adira

Posted: 28 Oct 2014 04:37 PM PDT

ADIRA turut tercalon dalam AIM21 melalui kategori Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu menerusi lagu berjudul Hilang.


MEMANG bukan satu rahsia lagi hubungan cinta yang telah terbina antara Adira dengan kekasihnya, Presiden Gerakan Belia 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamaruddin.
Bukan sekali dua juga, ikatan cinta mereka didakwa akan segera disimpul dengan penyatuan rasmi sebagai suami dan isteri. Terbaharu, menerusi sebuah ruangan gosip akhbar mingguan lalu, Adira dikatakan akan menamatkan zaman solonya pada tahun hadapan.
Ironi, kata Adira, dia tidak menolak jodoh. Sekiranya benar jodohnya akan tiba awal, dia sudah memperkemaskan hatinya untuk menjadi seorang isteri. Dia juga mengakui, memang sedang serius dalam hubungan tersebut. Bohonglah jika dia tidak menginginkan hubungan itu berakhir ke jenjang pelamin.
"Siapa yang tidak mahu berkahwin. Dalam setiap perhubungan, sememangnya perkahwinan menjadi destinasi terakhir, bagaimanapun, buat masa sekarang saya masih belum mampu untuk mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut disebabkan saya dan dia (Nasrun) masih belum berbincang mengenai persiapan majlis.
"Saya tidak mahu bercakap lebih awal ataupun memberi kenyataan yang belum pasti kerana bimbang perkara itu tidak terjadi. Namun demikian, saya bersedia untuk mengumumkan tarikh perkahwinan kami apabila segalanya telah dirancangkan.
"Mungkin kekangan masa dengan kesibukan kerja masing-masing membataskan kami untuk memberi komitmen mengenai persediaan ke peringkat seterusnya," kata Adira menafikan bahawa pertunangannya dengan Nasrun telah dilangsungkan.
Mana mungkin mereka sudah mengikat pertunangan, sedangkan Nasrun belum pun melamar dirinya. Itu penegasan Adira.
Belum merancang ke fasa tersebut, walau bagaimanapun Adira mengakui, ibu bapanya memang merestui perhubungan mereka dan mengetahui bahawa mereka merupakan pasangan kekasih.
"Dia ada datang ke Sabah pada Aidilfitri lalu dan telahpun berjumpa dengan kedua ibu bapa saya. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar apabila kedua ibu bapa saya merestui hubungan kami.
"Saya sangat bersyukur kerana merasakan inilah permulaan yang baik kepada kami untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya," getusnya yang tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21) melalui kategori Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu menerusi runut Hilang.
Penyanyi itu menambah, sementara dia belum disunting menjadi isteri, biarlah fokusnya kini terhadap kariernya.
"Sebelum menempuh alam berumah tangga, biarlah saya mengumpul wang terlebih dulu. Sekurang-kurangnya, saya dapat menikmati hasil titik peluh sendiri sebelum bergelar seorang isteri," katanya.
Tanggungjawab
Sekitar bulan lalu, sewaktu pertemuannya dengan Kosmo!, Adira tampil ringkas bercelana jeans biru, baju panas berona hitam dan sehelai hijab. Dia hadir untuk berbicara tentang penampilannya yang kini manis dengan penghijrahan dari segi imej dan tingkah lakunya.
Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 23, berkata, penampilan sebegitu langsung tidak menjadikan dia yang selama ini dikenali sebagai penyanyi yang ceria, berubah sikap. Bicaranya lebat menyentuhi banyak sisi. Paling tidak lepas dari bibirnya, Adira tidak malu bercerita tentang penghijrahan imej yang sudah hinggap ke perdu hidupnya.
Adira mengakui, keputusan berhijab sepenuhnya sekitar awal September menghadirkan banyak keinsafan ke dalam diri. Perasaan itu terbit tanpa disedarinya.
Rasa tanggungjawab menebal apatah lagi mengenangkan banyak kealpaan sudah dilakukan selama ini.
"Saya mengambil keputusan untuk berhijab kerana ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap wanita yang beragama Islam.
"Keputusan ini juga dibuat bukan atas desakan atau permintaan sesiapa. Saya juga tidak menganggap imej sebegini sebagai satu bebanan," lembut gadis daripada Ranau, Sabah itu memulakan perbualan.
Mengakui penghijrahannya itu bukan satu bentuk pengorbanan terhadap kerjaya yang kian berkembang, kata Adira, dia percaya takdir dan ketentuan rezekinya telah sedia tertulis oleh Pencipta.
"Apabila memakai hijab bukan bermakna saya perlu mengorbankan karier saya sebagai penyanyi. Rezeki ada di mana-mana. Saya percaya, jika itu yang telah tertulis, maka ia merupakan perkara yang terbaik," ujar Adira yang positif terhadap perubahannya setakat ini.
Baru menyambut hari lahir yang ke-23 pada 19 September lalu, Adira percaya keputusan untuk mengenakan hijab pada usia yang muda bukan satu halangan untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.
"Muda atau tua, lambat laun saya perlu mengenakan hijab juga. Sejujurnya, saya sudah bersedia untuk menutup aurat. Tidak salah rasanya bermula pada usia yang muda. Mudah-mudahan, perkara ini dapat membawa kepada perubahan yang lebih baik pada peringkat seterusnya," ujarnya dengan nada berharap.
Perubahan
Melanjutkan bicara mengenai perubahan ketara yang dialami, Adira berkata, walaupun telah mengenakan hijab sejak tiga bulan yang lalu, rutin sehariannya tidak banyak berbeza dengan kehidupan yang pernah dilalui selama ini.
Adira menganggap, penghijrahannya itu bakal membuka lebih banyak ruang buat dirinya yang serba-serbi kosong untuk menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai seorang muslimah.
"Setakat ini, tiada banyak benda yang berubah. Kehidupan saya berjalan sama sahaja seperti sebelum ini. Cuma, keinginan untuk menjadi manusia yang lebih baik itu seperti semakin meruap-ruap.
"Pada masa yang sama, saya juga tidak mahu terburu-buru untuk berubah. Selari dengan keputusan saya untuk mengenakan hijab, saya juga berharap agar dapat mendalami ilmu agama secara perlahan-lahan," ujar Adira yang memberitahu, dia mula pergi ke kelas agama sebelum mengenakan hijab lagi.
Bercakap tentang penerimaan khalayak, salah satu perkara yang paling menggembirakan hatinya ialah doa dan kata-kata semangat yang tidak putus-putus dikirimkan oleh peminat.
"Dahulu, setiap kali saya memuat naik gambar ke Instagram, pasti ada komen-komen negatif yang saya terima. Tetapi, sejak menutup kepala, saya jarang menerima kata-kata sedemikian. Lebih mengujakan juga, para pengikut di Instagram juga tidak putus-putus memberikan galakan untuk saya terus mengenakan hijab.
"Saya berasa sangat gembira. Hal seperti ini membuatkan saya menjadi sentiasa istiqamah dalam setiap keputusan yang bakal saya ambil pada kemudian hari," kongsi Adira sambil tersenyum.
Kritikan
Sebelum berhijrah, pemenang tempat kedua Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu pernah menerima kritikan hebat setelah rakaman video lama yang menampilkan aksinya menyanyi sambil mengenakan tudung labuh tersebar di internet. Rakaman video itu dirakamkan sebelum Adira menyertai AF.
Justeru, ada cakap-cakap nakal mengatakan pelantun lagu Ruhi Kasih itu bertindak menanggalkan tudung semata-mata mahu menyertai program realiti nyanyian tersebut.
"Ramai yang tidak tahu, ketika zaman remaja, saya memang mengenakan tudung kerana mengikut dan menghormati peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Hakikatnya, saya sama sahaja seperti gadis-gadis lain tidak bertudung," katanya.
Jelas Adira, menguatkan kritikan berkenaan, pada zaman persekolahan dia tidak mahir bersukan. Jadi, bagi memenuhi kehendak kokurikulum sekolah, dia banyak menyertai pertandingan nasyid dan hafazan Al-Quran.
"Disebabkan aktiviti sebegitu, saya sering dilihat menyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan dan menyertai pertandingan nasyid, orang mula menganggap bahawa saya memang mengenakan tudung sejak zaman persekolahan.
"Tetapi, saya melakukan aktiviti tersebut semata-mata mengikut sukatan ko-kurikulum di sekolah tempat saya belajar," ujar bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, Sabah itu.
Cabaran
Pernah dikritik sebelum mengenakan hijab, penyanyi berketurunan Kadazan-Dusun itu juga tidak terlepas dengan tohmahan sebaik sahaja mengambil keputusan untuk berhijab.
"Acara pertama yang saya hadiri ketika awal mengenakan hijab ialah majlis pengenalan pelajar-pelajar AF2014 yang berlangsung pada penghujung Ogos lalu. Ketika itu, saya mengenakan baju kemeja labuh paras lutut bersama seluar jean berpotongan runcing. Terus saya dikritik kerana ada yang menyangka saya menggayakan seluar jenis legging.
"Sekarang, setiap kali ingin menghadiri majlis rasmi atau keluar bertemu rakan, cabaran paling besar ialah bab pemilihan busana yang bersesuaian. Saya perlu menjaga penampilan agar imej yang diperagakan tidak nampak keterlaluan," katanya yang akan menghubungi pihak penganjur dan bertanyakan pakaian apa yang sesuai untuk dikenakan olehnya jika diundang ke sesebuah majlis.


Rezeki murah dengan Hyperact – Ronnie

Posted: 28 Oct 2014 04:36 PM PDT


HYPERACT kini dalam rangka promosi album terbaharu mereka, Impian dengan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe bermula November depan.


Umum mengetahui mengenai konflik dalaman yang dialami oleh kumpulan rock, Hyperact sehingga ada sesetengah pihak yang menyebarkan khabar angin mengenai perpecahan kumpulan yang popular menerusi lagu Hanya Aku itu.
Khabar angin tersebut menjadi semakin serius apabila vokalis kumpulan tersebut, Ronnie baru-baru ini dipercayai telah menandatangani kontrak perjanjian untuk berdiri secara solo sekali gus meninggalkan kumpulannya itu.
Bagaimanapun, khabar angin tersebut masih samar-samar kerana belum ada kata putus daripada vokalis kumpulan tersebut. Enggan berteka-teki, Kosmo! cuba mendapatkan vokalis bersuara serak-serak basah itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Kosmo!: Benarkah dakwaan yang mengatakan Ronnie akan meninggalkan kumpulan Hyperact?
RONNIE: Khabar angin tersebut sama sekali tidak benar. Mungkin ia merupakan salah faham. Saya tidak pernah terlintas untuk meninggalkan kumpulan ini apatah lagi untuk menandatangani kontrak untuk berdiri secara solo dalam industri seni. Saya masih memerlukan Hyperact dan sehingga kini, belum ada khabar mengenai mana-mana anggota dalam kumpulan kami mahu tarik diri.
Anda selalu dilihat menyampaikan lagu secara solo di beberapa buah majlis undangan nyanyian. Adakah itu menjadi salah satu penyebab peminat merasakan anda ingin tampil sebagai penyanyi solo?
Saya menyanyi secara solo disebabkan permintaan pihak pengurusan ataupun pihak penganjur. Di dalam kontrak juga membenarkan saya melakukan persembahan solo tanpa anggota Hyperact yang lain. Namun, pada masa yang sama saya tidak pernah melupakan komitmen saya terhadap kumpulan ini. Kami masih lagi menjalankan latihan seperti dahulu dan saya sangat menghargai persahabatan antara kami kerana kami telah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi.
Adakah anda akan menghalang sekiranya salah seorang anggota Hyperact mahu mengundur diri?
Saya tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk pergi meninggalkan kumpulan ini. Saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan, jika mereka hendak pergi, saya tidak akan menghalang. Namun, apa yang menjadi kepastian ialah saya tidak akan meninggalkan kumpulan ini buat masa sekarang.
Anda tidak ingin meninggalkan kumpulan ini. Adakah anda merasakan tidak yakin untuk berdiri secara solo?
Sebelum ini saya pernah berdiri dalam industri seni sebagai seorang penyanyi solo. Namun, impaknya tidaklah sehebat saya bersama kumpulan ini. Disebabkan hal tersebutlah saya merasakan lebih baik saya kekal bersama kumpulan ini dan bersama-sama memperjuangkan aliran muzik kami.
Mungkin anda boleh ceritakan sedikit mengenai perkembangan terbaharu kalian?
Kami kini masih sibuk dengan promosi album terbaharu yang berjudul Impian. Alhamdulillah, sejak dilancarkan pada bulan Jun lalu maklum balas daripada peminat amat memberangsangkan. Pada masa yang sama, kami juga kini sibuk dengan persiapan konsert jelajah Hyperact ke seluruh negara bermula di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 2 November ini. Persembahan yang akan bermula pukul 10 malam tersebut akan berlangsung selama satu setengah jam dengan bayaran masuk sebanyak RM50.
Bercerita mengenai pengumuman pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21). Adakah anda berpuas hati dengan satu pencalonan sahaja pada AIM kali ini?
Kami telah tercalon sebagai finalis dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Kayangan. Tidak ada sedikitpun rasa tidak puas hati malah kami bersyukur kerana masih lagi mendapat kepercayaan daripada pihak juri. Ia juga menjadi satu penanda aras baharu bagi kami untuk terus maju dalam industri muzik pada masa akan datang.


6,000 ikan kelah mati diracun

Posted: 28 Oct 2014 03:54 PM PDT


Puluhan ikan kelah dikesan mati di Gua Musang


GUA MUSANG – Seorang pengusaha ikan air tawar kerugian kira-kira setengah juta ringgit setelah 6,000 ekor ikan kelah di sebuah kolam ternakannya mati dipercayai diracun di Kampung Lepan Jaya di sini Sabtu lalu.
Mat Nawi Hussin, 55, yang menceburi penternakan ikan air tawar seperti kelah, tilapia, patin dan tongsang sejak 16 tahun lalu mendakwa kejadian seumpama itu adalah yang pertama kali berlaku.
Katanya, dia menyedari kejadian tersebut ketika ingin memberi makan ikan kelahnya pada pukul 8 pagi Sabtu lalu.
"Saya terkejut apabila melihat banyak ikan kelah timbul dan terkapai-kapai di permukaan air.
"Saya yang cemas terus memanggil ahli keluarga untuk melihat keadaan ikan dan kami mengutip ikan yang masih hidup dan memindahkan ke kolam lain, namun usaha itu gagal apabila ikan-ikan itu mati," katanya yang mempunyai lapan buah kolam ikan di atas tanah seluas satu hektar.


Kenali Perak untuk menangi RM150,000

Posted: 28 Oct 2014 03:53 PM PDT



NOLEE ASHILIN (kiri) bersama Baharom menunjukkan poster promosi Peraduan Destinasi Menarik Perak 2014 anjuran bersama kerajaan negeri Perak dan Kosmo! pada sidang akhbar di Ipoh semalam.


IPOH – Peraduan Destinasi Menarik Perak 2014 anjuran bersama kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan dan akhbar Kosmo! dijangka mampu mempromosikan lokasi-lokasi istimewa pelancongan di Perak sekali gus meran­cakkan industri berkenaan dalam kalangan pelancong domestik.
Peraduan yang dijangka me­nemui pembaca Kosmo! dalam masa terdekat itu akan menawarkan ha­diah keseluruhan bernilai RM150,000 bermula bulan November ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, peraduan berkenaan bertujuan untuk menarik minat orang ramai bagi mengenali dengan lebih dekat destinasi menarik di Perak.
"Saya berterima kasih kepada akhbar Kosmo! kerana memberi peluang ini kepada Perak dan berharap peraduan seumpa-ma itu mampu menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Perak.
"Pada masa sama, kita turut berharap peraduan ini akan meningkatkan lagi pengetahuan orang ramai khususnya pembaca Kosmo! dalam mengenali Perak secara lebih dekat," kata­nya pada sidang akhbar mengenai Peraduan Destinasi Menarik Perak 2014 di pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan di sini semalam.


Keluarga baharu kucing jalanan

Posted: 28 Oct 2014 03:51 PM PDT

Purata kucing jalanan yang diberikan kepada pengunjung menerusi program itu dianggarkan berusia tiga hingga lapan bulan. – Gambar hiasan


KUNJUNGAN Aliff Izzuddin Azmi, 21, bersama rakannya ke Festival Merdeka Ooo…57 di Jalan Raja, Kuala Lumpur yang terletak di hadapan mercu tanda ibu negara iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka baru-baru ini pada asalnya untuk melihat jualan pakaian daripada label tempatan.
Ketika melewati deretan gerai-gerai di festival itu, pandangannya tertancap ke arah kucing-kucing di dalam sangkar. Di gerai S.I Home Shelter itu, kelihatan ramai pengunjung mengambil gambar dan mengusap seekor kucing berwarna coklat seberat 10 kilogram (kg) yang diberi nama Adan.
Selain itu, seekor kucing berwarna putih dan oren yang berjaya diselamatkan daripada jangkitan sporotrikosis (sporo) diberi nama Dompot juga mencuri perhatian pengunjung.
Sebagai seorang insan yang menyayangi haiwan comel itu, Aliff juga tidak melepaskan peluang mengusap kucing-kucing di gerai itu.
"Saya diberitahu oleh pihak gerai iaitu S.I Home Shelter bahawa kucing-kucing jalanan ini diberikan kepada orang ramai dalam program pengambilan kucing angkat. Tanpa berfikir panjang, saya berminat untuk mengambil seekor anak kucing yang berusia dalam lingkungan tiga bulan yang dipamerkan di gerai itu," ujar pelajar Diploma Elektrik, German-Malaysian Institute kampus Bangi, Selangor itu.
Anak kucing yang berwarna saduran kelabu dan putih itu diberi nama Tom oleh Aliff. Ketika berada di gerai itu, Aliff turut membeli makanan, bekas makanan dan pasir dari gerai S.I Home Shelter untuk kucing baharunya.
Kesihatan

Muhamad Razeef (enam dari kanan) bersama sukarelawan S.I Home Shelter yang terlibat dalam program pengambilan kucing angkat baru-baru ini.


Bagi Aliff yang kini memelihara empat ekor kucing, dia menggemari kucing jalanan berbanding kucing baka kerana ia lebih aktif.
Usai mengisi borang perjanjian pengambilan kucing angkat, Aliff mendapat sedikit penerangan mengenai kesihatan haiwan itu daripada pengasas S.I Home Shelter, Muhamad Razeef Che Shamah, 33.
"Muhamad Razeef meminta saya untuk selalu mengemaskinikan tahap kesihatan Tom kepadanya dengan menghantar gambar Tom dari semasa ke semasa melalui aplikasi pesanan ringkas, WhatsApp," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Program pengambilan kucing angkat yang dianjurkan oleh S.I Home Shelter dalam Festival Merdeka Ooo…57 baru-baru ini bertujuan mencari pemilik baharu untuk haiwan tersebut. Selain itu, ia juga merupakan salah satu cara untuk membantu kucing-kucing jalanan mendapat tempat perlindungan, penjagaan kesihatan dan sumber makanan yang sempurna.
Purata umur kucing yang diberikan kepada orang ramai dalam program itu antara tiga hingga lapan bulan. Muhamad Razeef memberitahu, tujuan program kucing angkat S.I Home Shelter dijalankan bagi mengurangkan populasi haiwan tersebut yang dijaga di sebuah rumah sewa di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.
Sebanyak 202 ekor kucing jalanan ditempatkan di rumah itu sejak dua tahun lalu. Daripada jumlah itu, hanya 30 ekor anak kucing yang dibawa ke Festival Merdeka Ooo…57 untuk program kucing angkat.
"Kesemua kucing di S.I Home Shelter datang dari jalanan termasuk yang akan diberikan kepada orang ramai. Selain itu, kediaman S.I Home Shelter semakin hari semakin padat. Dalam acara selama dua hari ini, sambutan orang ramai amat menggalakkan," kata Muhamad Razeef yang dibantu seorang pembantu. Pada hari pertama, sebanyak 19 ekor anak kucing mendapat pemilik baharu.
"Melalui program ini, saya berharap dapat membantu mengurangkan populasi kucing terbiar di jalanan.
"Ini merupakan salah satu cara saya untuk berdakwah kerana haiwan juga mempunyai perasaan," ujarnya ketika ditemui Kosmo! dalam program kucing angkat di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Jelas Muhamad Razeef yang melakukan kerja-kerja menyelamat kucing terbiar sejak lapan tahun lalu, kebanyakan anak kucing yang mendapat pemilik baharu menerusi program itu diambil dari jalanan dua minggu sebelum festival itu.
Pemilik baharu kucing itu juga akan menandatangani borang perjanjian dan mereka perlu mematuhi 12 peraturan yang telah ditetapkan oleh S.I Home Shelter.
Bagi kucing yang telah mendapat suntikan vaksin, pemilik baharu hanya perlu membayar sebanyak RM35 manakala RM120 untuk kucing yang telah dimandulkan dan boleh membawa pulang haiwan tersebut.
Sementara itu, kucing yang berusia bawah tiga bulan pula diberi percuma kepada yang berminat.
Cerita Muhamad Razeef yang merupakan peniaga kebab dan roti john di pasar malam sekitar Shah Alam dan Subang, Selangor masyarakat dewasa ini kebanyakannya memahami prinsip menghargai sebuah nyawa walaupun hanya seekor kucing.
Kasih sayang

Gerai S.I Home Shelter diserbu pengunjung yang bertanyakan prosedur dan langkah-langkah untuk mengambil kucing jalanan yang dipamerkan.


Perkara itu terbukti apabila masyarakat di Malaysia semakin terbuka mengutip kucing terbiar untuk dijadikan haiwan peliharaan di kediaman mereka.
"Jika dahulu, ramai yang ingin membela kucing baka kerana mempunyai bulu dan fizikal yang cantik. Tiada sebab untuk membezakan kucing baka dan kucing kampung atau jalanan. Sebaliknya, kucing jalanan lebih mesra, manja dan menghargai kasih sayang yang dicurahkan pemiliknya.
"Saya menghidap lelah yang teruk tetapi berupaya menjaga kucing terbiar. Kepada pemilik baharu program kucing angkat, saya memberi panduan kepada mereka agar menjaga keadaan rumah perlu sentiasa bersih dengan pengudaraan yang baik. Saya juga mengamalkan konsep pembersihan najis kucing pada kadar segera di S.I Home Shelter," ujarnya.
Selain kucing terbiar di kawasan Shah Alam, Muhamad Razeef turut mengutip haiwan terbiar dan teraniaya di beberapa lokasi lain hasil maklumat rakan-rakan di laman Facebooknya.
Setakat ini, dia pernah ke Johor Bahru, Johor, Kemaman, Terengganu dan Pulau Pinang untuk menyelamatkan kucing terbiar yang dijangkiti pelbagai penyakit antaranya sporo, parvovirus, feline leukemia virus dan hernia.
Adan yang dikutip Muhamad Razeef di Pasar Borong Pandan, Johor Bahru, Johor dua tahun lalu merupakan maskot S.I Home Shelter ketika menyertai acara rasmi.
Selain Muhamad Razeef, seramai 13 orang rakan yang dikenali menerusi laman Facebook membantunya mengendalikan program kucing angkat S.I Home Shelter di Festival Merdeka Ooo…57.
S.I Home Shelter juga menjual suplemen untuk kesihatan haiwan tersebut apabila ia berpindah milik kepada pemilik baharu. Sebanyak 30 helai baju-T S.I Home Shelter berwarna kuning dengan mesej Stop Animal Abuse, Adopt Don't Buy dijual pada harga RM30 juga mendapat sambutan pengunjung.
Selain memelihara kucing jalanan yang terbiar, S.I Home Shelter turut menyediakan perkhidmatan teksi haiwan kesayangan (pet taxi) dan penjagaan haiwan peliharaan.
Muhamad Razeef akan mengambil dan menghantar haiwan peliharaan ke klinik atau destinasi tertentu mengikut permintaan pelanggan untuk perkhidmatan pet taxi. Penjagaan haiwan peliharaan pula merupakan perkhidmatan S.I Home Shelter ke rumah pelanggan untuk memberi makan, membersih dan memberi makanan kepada kucing sekiranya pemilik tiada di rumah.
Sementara itu, salah seorang sukarelawan yang membantu program kucing angkat S.I Home Shelter, Adilla Ishak, 40, menjelaskan penyertaannya dalam acara itu bertujuan untuk membela kucing-kucing jalanan dengan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peranan mereka.
Penjagaan
Menurut wanita yang menetap di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor itu, ramai pengunjung yang berminat untuk mengambil kucing jalanan sebagai haiwan peliharaan mereka. Namun, tidak ramai yang tahu mengenai kaedah penjagaan kucing yang betul.
"Sukarelawan di gerai memberi penerangan mengenai kaedah vaksin agar si comel tidak mudah dijangkiti penyakit. Kebanyakan pemilik kucing kurang arif mengenai perkara asas pengurusan haiwan kesayangan mereka.
"Pada hari pertama program itu dijalankan, ramai yang berminat untuk mengambil kucing S.I Home Shelter. Walaupun program ini hanya melibatkan kucing jalanan pengunjung tidak henti-henti mengunjungi gerai ini," ujarnya yang bekerja di sebuah syarikat insurans di ibu negara.


Keunikan perahu tradisional Poland

Posted: 28 Oct 2014 03:50 PM PDT



Marczewski terpaksa mengharungi sungai sehingga paras pinggang bagi melepaskan perahu Pychowka yang diberi nama Slawka itu.


DIPERBUAT daripada kayu berkilat, dilengkapi layar berwarna putih untuk memerangkap angin, perahu tradisional itu menyusur laju di Sungai Nil, Mesir.
Selepas berabad-abad dilupakan, perahu tradisional itu kembali diperkenalkan untuk menyelusuri Sungai Vistula yang terletak di bandar Warsaw, Poland.
Bagi memudahkan pelayar, perahu yang dikenali dengan nama Pychowka oleh masyarakat tempatan itu turut dilengkapi dengan ciri-ciri moden.
Pembuat perahu tersebut, Jacek Marczewski berkata, Pychowka ciptaannya mempunyai sedikit persamaan dengan Feluccas iaitu perahu yang sering digunakan oleh masyarakat Mesir pada suatu masa dahulu.
Katanya, sungai Vistula sangat unik dan perahu yang digunakan juga perlu mempunyai ciri-ciri yang sama.
Bagi menggelak berlakunya sebarang kemalangan ketika majlis pelancaran yang diadakan di Stadium Nasional itu, perahu sepanjang 8.5 meter tersebut diiringi oleh pihak polis sepanjang perjalanan.
Ketika majlis pelancaran perahu tersebut, Marczewski terpaksa mengharungi sungai sehingga paras pinggang bagi melepaskan perahu yang diberi nama Slawka iaitu sempena nama mediang ibunya.
"Ia direka dengan bentuk yang menarik dan kukuh. Ia juga mempunyai layar sebesar 12 meter persegi yang dipasang pada tiang setinggi lima meter," katanya.
Dia juga menggunakan tiga jenis kayu berbeza bagi membina perahu tersebut iaitu akasia untuk bingkai, oak (busur) dan pokok tirus (badan perahu).
"Kami membina perahu ini berdasarkan reka bentuk perahu tradisonal yang digunakan untuk mengangkut barang dan memancing di Sungai Vistula.
"Pychowka yang lebih besar pula digunakan untuk mengorek pasir atau mengangkut barang dari Krakow ke Gdansk," ujar Marczewski.
Kereta api
Sejak abad ke-17, Pychowka sering digunakan untuk mengangkut gandum, kentang dan tekstil namun, kewujudan landasan kereta api pada lewat abad ke-19 menyebabkan jalan air tidak lagi digunakan.
Sementara itu, ketika mengulas mengenai Sungai Vistula, Marczewski menganggap ia sebagai ganas dan sentiasa berubah-ubah.
Ujarnya, kawasan yang dalam boleh menjadi cetek dari hari ke hari dan pulau dipenuhi pasir boleh lenyap selepas beberapa musim.
Bagaimanapun, Marczewski tidak hanya mahu menyelusuri Sungai Vistula tetapi dia bercita-cita belayar di Sungai Bug yang terletak antara sempadan Poland dan Ukraine serta Sungai Order berhampiran Jerman.

Tiga jenis kayu berbeza digunakan untuk membuat perahu Pychowka.


Disamping itu, dia dan pembantunya, Lukasz Perkowski berazam untuk belayar pada Festival de Loire.
Festival yang berlangsung di Orleans, Perancis itu merupakan tempat peminat-peminat perahu layar di seluruh Eropah berkumpul.
Perkowski yang merupakan pereka seramik itu menggunakan kedai seorang tukang kayu yang terletak berhampiran Sungai Vistula untuk membina Pychowka.
Dia mengasah kemahirannya membina Pychowka ketika membaiki perahu-perahu kecil yang dirampas oleh pihak polis daripada pemburu haram.
"Perahu ini mempunyai lantai yang rata, jadi ia stabil dan mustahil untuk berlaku sebarang kejadian berbahaya.
"Ciri-ciri ini membolehkan Pychowka melepasi kawasan sungai yang mempunyai pasir atau berbatu dengan mudah," ujar Perkowski.
Ujarnya, ia juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan perahu ini hanya boleh digerakkan dengan menggunakan kuasa angin.
"Vistula mempunyai reputasi hebat sebagai salah satu sungai berbahaya dan amat digeruni oleh para pelayar.
Tekanan
"Memiliki 1,000 kilometer panjang, sungai yang merentasi gunung Tatra di selatan ke utara delta di Pantai Baltik, Poland itu tidak lagi sesesak seperti dahulu," ujarnya.
Tambah menarik, kini Pychowska semakin diminati oleh masyarakat yang tinggal di bandar sebagai salah satu cara untuk menghilangkan tekanan.
"Perkara utama yang perlu anda lakukan ialah masuk ke dalam perahu dan gerakkannya ke tengah sungai.
"Anda masih berada di sebuah bandar yang didiami oleh lebih satu juta penduduk, namun ia berbeza sama sekali.
Katanya, pelayar hanya perlu belayar selama lebih satu jam dari bandar Warsaw dan mereka akan mula merasai ketenangan serta kedamaian selepas melihat keindahan alam semula jadi di kawasan sekeliling.
"Ini bermakna, orang ramai kini boleh keluar bercuti pada bila-bila masa yang mereka mahukan," katanya.


Gabungan idea Skuad Terfaktab

Posted: 28 Oct 2014 03:48 PM PDT

Sebahagian daripada penulis Skuad Terfaktab memegang buku Do-It yang diterbitkan hasil karya penulisan mereka di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


BERMULA daripada sebuah laman blog, terfaktab.blogspot.com, Terfaktab Media melebarkan sayap dalam industri penerbitan buku sejak dua tahun lalu. Himpunan cerpen dan puisi hasil nukilan penulis tempatan dalam blog tersebut telah dibukukan menerusi judul Kitab Terfaktab selepas mendapat permintaan hangat daripada pengikut dan pembaca.
Terfaktab Media juga merekrut pasukan penulis khas yang diberi nama Skuad Terfaktab bagi menghasilkan karya penulisan untuk diterbitkan di bawah label tersebut. Skuad Terfaktab terdiri daripada 33 orang penulis yang telah menyumbangkan karya penulisan cerpen, puisi dan novel dalam lima buah buku sebelum ini.
Antara karya yang dihasilkan daripada kolaborasi penulis Skuad Terfaktab ialah Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal, Kitab Terfaktab Sarkastik Cinta, Kitab Terfaktab Konotasi Rasa dan Korban Cinta Remaja.
Terbaharu, Skuad Terfaktab telah bergabung sekali lagi untuk menerbitkan sebuah antologi 13 cerpen yang berjudul, Do-It. Sebelum ini, Skuad Terfaktab hanya mengetengahkan tema cinta sesama manusia dalam karya mereka. Namun, naskhah Do-It tampil dengan tema yang berkisar mengenai aspek kewangan dalam kalangan belia.
Ketua Editor Terfaktab Media, Syazrul Aqram Iman Sulaiman, 27, memberitahu, seramai 13 orang penulis Skuad Terfaktab dipilih untuk menyumbangkan karya mereka dalam buku Do-It.
Jelasnya, Do-It merupakan salah satu cara Terfaktab Media berkongsi maklumat mengenai masalah kewangan, skandal pinjaman, penipuan insurans dan kecurian wang kebiasaannya berlaku dalam kalangan belia yang dinukilkan oleh penulis sebagai pengajaran kepada pembaca.
"Idea asal konsep kewangan dicetuskan oleh Pegawai Pengurusan Kewangan Terfaktab Media iaitu Reeney Zulkifli. Selain itu, kesemua penulis Skuad Terfaktab terdiri daripada golongan belia. Mereka mempunyai kenalan, sahabat handai dan ahli keluarga yang merupakan golongan belia tetapi mempunyai pelbagai masalah kewangan.
"Kesemua cerpen yang ditulis dalam Do-It merupakan pengalaman penulis sendiri apabila mendengar masalah kewangan daripada kenalan mereka. Berdasarkan cerpen itu, pembaca dapat menilai bahawa wang merupakan punca dalam pelbagai permasalahan sekiranya ia tidak diurus dengan betul," ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Fizik Tulen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang itu.
Kategori
Dari aspek lain, Do-It juga memberi panduan mengenai kaedah pengurusan wang mengikut tiga kategori taraf hidup belia iaitu mereka yang mempunyai masalah kewangan, sedang meningkatkan sumber pendapatan dan golongan berada.
Kaedah penulisan yang diterjemahkan oleh setiap penulis dalam setiap cerpen amat santai dan bersahaja. Penulis juga menyampaikan mesej pengurusan kewangan seperti seorang rakan menasihati dan bercerita pengalaman mereka kepada kenalan rapat.
Antara cerpen yang dimuatkan dalam Do-It ialah Journey Jamal hasil nukilan Dimadimana, Zuriat Jutaan & FFL (M. Faiz Syahmi), Insurans (Azraie Mohd.), Kerana 25,000.00 (Amirul Idham), Kesayangan Mama (Lord Zara) dan Manpurse (Ain Nadhirah).
Penulis juga menekankan banyak senario baik dan buruk perihal kewangan dalam kalangan belia seperti rasuah, kaedah mengumpul wang untuk berkahwin, prosedur sekiranya beg duit dicuri serta duit menjadi punca seseorang lupa niat asal mereka dalam karya-karya itu.
Jika dilihat pada tajuknya , Do-It seakan-akan sebuah buku motivasi kerana mesejnya jelas bermaksud lakukan apa sahaja dalam bahasa Melayu. Namun, pada hakikatnya, sebutan Do-It bersamaan dengan istilah duit dan ia selari dengan konsep buku tersebut. Idea penghasilan kulit buku itu juga merupakan konsep minimalis pertama dalam karya-karya Skuad Terfaktab.
Tambah Syazrul Aqram, penulis juga mengatur emosi pembaca dengan menerapkan elemen sedih, kelakar, serius dan anti-klimaks sehingga ke akhir setiap karya mereka.


Isteri Ahmad Hakimi Mulakan Kehidupan Baharu

Posted: 28 Oct 2014 03:46 PM PDT


PUTRAJAYA: Tiga bulan selepas tragedi nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang meragut nyawa pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi, isteri dan anaknya yang berusia setahun kini memulakan kehidupan baharu dengan membuka francais The Boost Juice di D'Pulze, Cyberjaya pada Rabu.

"Suami saya pernah menyuarakan hasrat untuk membuka sebuah restoran sebelum meninggal dunia dan dia mencadangkan kami bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan," kata Asmaa Aljuned, isteri Hakimi atau lebih mesra disapa sebagai Kimi oleh rakan-rakannya.

Sebelum pemergian Ahmad Hakimi, 29, Asmaa merupakan suri rumah sepenuh masa.

Pembukaan francais The Boost Juice merupakan titik permulaan kepada Asmaa untuk memulakan kariernya selepas memilih untuk menjaga anaknya sebelum ini.

"Saya menggunakan semua wang simpanan saya untuk memulakan perniagaan ini. Bapa saya turut menyumbang sedikit begitu juga Kimi," katanya.

Menurut Asmaa, francais tersebut menyediakan minuman yang mudah dan penyelesaian efektif untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia.

Dengan perjanjian francais yang telah ditandatangani, Asmaa merancang untuk menandatangani surat tawaran pinjamannya pada Jumaat lalu, 18 Oktober, hari Kimi sepatutnya dijadualkan tiba dari Amsterdam.

Namun, tragedi menyayat hati yang menimpa pesawat MH17 menyebabkan segala yang dirancang tertangguh.

"Apabila ia berlaku, saya hanya ada RM400 di dalam akaun bank. Saya hanya mempunyai beberapa keping wang RM1 ketika itu dan Kimi meninggalkan RM50 di dalam laci. Itu sahaja wang yang saya ada di dunia kerana saya telah menggunakan semua wang simpanan untuk bayaran pendahuluan," kata Asmaa.
Abderrahman meraikan ulang tahun kelahiran pertama bersama ibunya, Asmaa.

"Walaupun saya kekurangan modal, Alhamdulillah, bantuan datang. Rakan-rakan Kimi, rakan-rakan saya, keluarga dan ahli-ahli Persatuan Juruterbang Penerbangan Malaysia (MAPA) memberikan sumbangan, jadi ia cukup untuk kami," kata Asmaa.

Asmaa dan Abderrahman turut menerima sumbangan daripada individu yang prihatin dengan nasib yang menimpa mereka.

"Kimi amat rapat dengan Abderrahman. Tapi pada satu hari, Kimi pergi bekerja dan tidak kembali. Saya percaya ia amat memberi kesan kepadanya. Abderrahman ingin sentiasa berada di sisi saya sepanjang masa," katanya.

Malah ketika temu bual ini, Abderrahman akan menangis dan mencari ibunya setiap kali dia merasakan Asmaa akan meninggalkan bilik tersebut.

"Jika dia melihat saya pergi ke mana-mana, ia akan menakutkannya. Dia akan menarik baju saya jadi saya tidak akan meninggalkannya.

"Dia lebih gemar dengan orang lelaki, terutamanya jika mereka kelihatan seperti Kimi. Jika dia terlihat sesiapa sahaja seperti juruterbang, dia akan menunjuk-nunjuk ke arahnya dan mahu mendekati individu tersebut.

"Jika dia terlihat sepupu saya yang memiliki susuk badan dan ketinggian seperti Kimi, dia akan mendekati individu itu. Baru-baru ini, apabila sepupu saya datang menziarahi kami, Abderrahman mahu mengikut sepupu saya balik ke rumahnya! Dia tidak mahu dengan saya sama sekali," kata Asmaa sambil ketawa.
TINGGAL KENANGAN.. Gambar Kimi bersama Abderrahman.

"Saya mempunyai beberapa rakaman suara Kimi dan apabila ia dimainkan, Abderrahman akan mendengarnya. Jika saya memainkan video Kimi, Abderrahman akan melihatnya. Ada satu ketika, dia akan mencium video tersebut," katanya.
Namun, Asmaa berkata Abderrahman merupakan seorang anak yang ceria dan periang.

"Satu perkara yang saya beritahu diri sendiri adalah untuk tidak menangis dihadapan Abderrahman. Dia adalah kekuatan saya dan alasan saya untuk terus bangkit," katanya.

Fokus Asmaa kini adalah perniagaannya supaya beliau boleh bangkit dan berupaya menjaga Abderrahman.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sesiapa sahaja yang memberi sokongan ketika dia sedang bersedih terutamanya keluarga, rakan-rakan, MAS dan wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Saya benar-benar merasakan MAS banyak membantu saya, keluarga saya dan juga keluarga Kimi dalam pelbagai perkara. Walaupun kami kehilangan insan tersayang, mereka juga sama - bukan sahaja dua pesawat tetapi juga keluarga," katanya.

Kaki Remaja Reput Akibat Dipatuk Ular

Posted: 28 Oct 2014 03:43 PM PDT


SEORANG remaja perempuan berusia 13 mengalami pengalaman perit apabila kakinya reput selepas dipatuk ular.
Gadis yang tidak dikenali itu dibawa ke Hospital Carcaras, Venezuela selepas dia gagal dalam rawatan tradisional selama sebulan untuk memulih kakinya yang mereput sehingga meninggalkan tulang.
The 13 year old girl suffered severe necrosis - the premature death of cells - due to a snake bite that was treated with local indigenous remedies for a month before she was brought to a hospital in Carcaras
Doktor yang merawatnya turut terkejut dengan penyakit remaja berkenaan sebelum dimaklumkan bahawa dia pernah dipatuk ular berbisa.
Seorang Doktor dari Liverpool, Arun Ghosh yang melihat gambar tersebut berkata, kaki remaja terbabit mereput kerana bisa tersebut telah mematikan sel dan tisu.
"Gambar itu jelas menunjukkan bahawa tisu pada kaki remaja terbabit telah mati sepenuhnya dan yang tinggal hanya tulang," katanya.
Berdasarkan gambar itu juga, doktor berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa remaja terbabit berisiko untuk maut selepas ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved