ads

Khamis, 16 Oktober 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Ada RM15 sahaja dalam tangan

Posted: 16 Oct 2014 05:46 PM PDT


  • Mat Isa menumpang rehat di pondok penjaga parkir ketika ditemui Sinar Harian, semalam.Mat Isa menumpang rehat di pondok penjaga parkir ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

ALOR SETAR - Berbekalkan wang terakhir miliknya, seorang warga emas menaiki bas dari Kampung Teloi Tua, Sik, ke Alor Setar, semalam, untuk mengetahui status terkini bantuan diberikan kepadanya yang dihentikan.

Mat Isa Lahaman, 60, berkata, dia terpaksa menggunakan wang RM10 daripada RM15 dimilikinya sebagai tambang bas untuk mendapatkan bantuan.

"Sebanyak RM2.50 digunakan untuk makanan. Tidak tahu lagi bagaimana saya ingin pulang ke kediaman memandangkan baki wang hanya tinggal RM2.50 sahaja.

"Saya berusaha datang ke sini dengan harapan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima sebelum ini dapat diberikan semula memandangkan ia terhenti sejak tiga bulan lepas," katanya kepada Sinar Harian.

Mat Isa berkata, dia difahamkan bantuan diberikan terhenti disebabkan dia tidak pergi mengambil wang bantuan sebanyak RM300 beberapa bulan lepas.

Katanya, dia tidak berupaya mengambil wang bantuan seperti biasa selepas dimasukkan ke Hospital Sik akibat penyakit jantung.

"Saya hanya tinggal sebatang kara selepas kematian isteri, Ramlah Yackop, akibat kencing manis pada 2011. Manakala anak pula tiada," katanya.

Menurutnya, dia mengambil upah bekerja kampung seperti memotong rumput namun, tahap kesihatan kurang mengizinkan untuknya melakukan kerja berat.

"Saya bukan menagih simpati tetapi ingin bantuan diteruskan untuk menampung kehidupan," katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai JKM Daerah Sik, Samnah Asik@Hasim berkata, pihaknya tidak akan membuat pemotongan bantuan yang disalurkan kepada penerima dengan sewenang-wenangnya.

Katanya, tindakan diambil selepas warga emas berkenaan didapati keluar daripada Rumah Orang Tua Gulau.

"Mat Isa tidak dapat dihubungi serta tinggal di tempat lain dan bantuan terpaksa dipotong jikalau penerima duduk di luar kawasan," katanya.

Hairul Azreen Ditegur Fitnah Pembuat Kek

Posted: 16 Oct 2014 05:18 AM PDT

Hairul Azreen mendakwa kek istimewa hari jadi untuk Hanis Zalikha tidak sampai pada selepas ditempah.
PETALING JAYA: Seorang pembuat kek iaitu Siti Saleha Idris, 34, menegur sikap buruk pelakon Hairul Azreen kerana memuat naik gambar kek di Instagram miliknya dengan kapsyen tuduhan dan fitnah.

Siti Saleha berkata, perbuatan Hariul Azreen itu bukan sahaja mencalarkan reputasinya tetapi dikesalkan apabila dia tidak tahu kisah sebenar disebalik hal berhubung kek tersebut.

"Hairul telah mengambil gambar kek di Instagram saya lalu dimuat naik di Instagram miliknya dengan kapsyen yang berunsur fitnah, saya gagal menyiapkan kek untuk Hanis Zalikha.

"Perkara itu ternyata tidak benar kerana pada 9 Oktober lalu kira-klira pukul 6 petang saya dihubungi oleh seseorang yang mahu saya membuatkan kek berbentuk barbie doll  dengan segera dan ia perlu dihantar ke satu lokasi dua jam kemudian.

"Bagaimanapun saya terpaksa menolak tempahan itu kerana masa diberikan terlalu singkat. Saya juga tidak ambil apa-apa deposit," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Gambar kek yang dimuat naik Hairul menimbulkan kemarahan pengikutnya terhadap pembuat kek yang dituduh tidak bertanggungjawab.


Terdahulu Hairul Azreen, 26,  menerusi laman Instagram miliknya pada 10 Oktober lalu telah memuat naik gambar kek dengan kapseyn kecewa kerana tempahan kek sempena ulang tahun kelahiran kekasihnya, Hanis Zalikha, 24, gagal disiapkan.

Dalam pada itu Siti Saleha berkata, dia turut difahamkan kek ulang tahun itu seharusnya dibuat oleh pembuat kek lain namun ia tidak dapat disiapkan kerana perkara tertentu.

"Saya rasa mungkin Hairul sendiri tidak tahu hal sebenar kerana tempahan itu dibuat oleh orang lain yang mana saya difahamkan saya adalah individu kedua yang diminta membuat kek berkenaan.

"Apa yang saya kesalkan tindakan dia 'mencuri' gambar rekaan kek di Instagram saya itu dengan kapsyen berunsur fitnah telah menjejaskan reputasi perniagaan  sehinggakan saya terpaksa padam komen negatif daripada peminatnya," ujar Siti Saleha.

Jelas Siti Saleha, dia juga sebelum ini pernah memberi tajaan kek untuk hari jadi beberapa artis tempatan termasuk Adi Putra dan Izreen Azminda tetapi tidak ada apa-apa masalah berlaku kerana mereka membuat tempahan awal.

"Saya tidak ada masalah jika dia (Hairul) mahu saya sponser kek tersebut namun perlu ada cara iaitu dengan membuat tempahan sebulan atau seminggu awal supaya mudah untuk saya buat persiapan," ujarnya.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Sementara itu, seorang lagi peniaga kek yang dikenali sebagai CanDiva turut meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu melalui wakilnya mengambil sikap acuh tidak acuh dalam urusan tempahan kek berkenaan.

Jelasnya, Hairul gagal membayar deposit yang sepatutnya sehingga dia tidak dapat menyiapkan kek istimewa itu pada hari diminta.

"Saya kesal apabila pihak Hairul yang membuat tempahan kek itu seperti tidak serius, ketika diminta bayar deposit ada sahaja alasan yang diberikan.

"Jadi kami tidak buat apa-apa untuk tempahan itu, namun pihak kami sudah beritahu awal-awal kepada mereka jika tidak ada deposit maka kami tidak akan buat," ujarnya.

Sementara itu, pelakon Hairul Azreen ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu.

Bicara kes nusyuz Sari Yanti Disember depan

Posted: 16 Oct 2014 05:17 AM PDT


  • Sari Yanti

SUBANG - Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling hari ini menetapkan 17 Disember sebagai perbicaraan kes nusyuz yang difailkan oleh Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34, terhadap isterinya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30.

Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan kedua-dua pihak untuk menetapkan tarikh perbicaraan kes itu.

Semasa prosiding berlangsung Peguam Syarie, Marlina Amir Hamzah yang mewakili Sari Yanti memberitahu mahkamah pihaknya akan memfailkan afidavit pembelaan kes itu minggu hadapan.

"Ini adalah berikutan terdapat beberapa perkara yang masih dalam perbincangan bersama anak guamnya," katanya.

Peguam Syarie yang mewakili Mohd Edy turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan afidavit jawapan pembelaan pada 4 November.

Pada 8 September lalu, mahkamah menolak bantahan awal Sari Yanti dengan kos RM500.

Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Mohd Edy kemudian memfailkan nusyuz ke atas isterinya pada 7 Mac lalu di bawah Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Potensi lakonan kanak-kanak

Posted: 16 Oct 2014 05:11 AM PDT



JALAN penceritaan ataupun plot sesebuah naskhah drama mahupun filem sudah tentunya bergantung kepada watak dan perwatakan yang dimainkan oleh seseorang pelakon.
Selain watak utama, hero atau heroin yang sering dimainkan oleh pelakon dewasa, agak jarang khalayak Malaysia dapat melihat karakter yang digalas oleh kanak-kanak diangkat menjadi watak utama dalam sesebuah drama ataupun filem di Malaysia. Mungkin disebabkan faktor nilai komersial menjadi kekangan, bakat lakonan pelakon kanak-kanak sering dipinggirkan dan tidak ditonjolkan dengan sebaik mungkin.
Berbanding industri perfileman Barat, khalayak sudah terbiasa menyaksikan watak kanak-kanak dalam filem mahupun drama dikembangkan dan diadunkan sama kuat dengan karakter dewasa. Kehadiran karakter kanak-kanak dalam filem-filem Barat sentiasa ditunggu-tunggu, bahkan permainan watak kanak-kanak dalam sesetengah karya Hollywood contohnya, berjaya memberi impak luar biasa. Jika kena pula dengan bentuk dan genre filem yang bercorak pengembaraan atau fantasi, peranan pelakon kanak-kanak dalam naskhah dari luar negara adakalanya menenggelamkan watak pelakon dewasa.
Sebagai contoh, bermula dengan episod pertamanya Harry Potter And The Philosopher's Stone (2001), pendukung utama Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson ketika itu hanya berusia belasan tahun namun, filem tersebut mendapat sambutan luar jangkaan dan disebut hingga kini.
Walaupun pengarah menggunakan kanak-kanak namun, sasaran penonton bukan hanya tertumpu kepada golongan itu sahaja. Filem-filem seumpama itu bukan sebuah dongeng kosong, bukan juga komedi kekeluargaan semata-mata, tetapi mengangkat tema yang lebih berat.
Contoh yang ketara juga dapat dilihat dalam filem-filem Iran, Children Of Heaven arahan Majid Majidi yang dihasilkan pada 1997. Filem yang sarat dengan isu sosial yang berlaku di Iran itu menjadi filem pertama negara tersebut yang dicalonkan dalam Anugerah Oscar bagi kategori Filem Luar Terbaik pada 1998.
Lihat juga filem berjudul Wadjda (2012) karya pengarah wanita Mesir, Haifaa al-Mansour. Menerusi filem yang mengangkat kisah seorang budak perempuan bernama Wadjda itu, Haifa muncul sebagai pengarah filem wanita pertama dari Arab Saudi yang menghasilkan sebuah filem fiksyen. Kisah Wadjda, budak perempuan berusia 11 tahun lakonan Waad Mohammed yang hanya bercita-cita untuk memiliki sebuah basikal itu berjaya mengelilingi dunia dan dipilih sebagai Filem Luar Terbaik dalam Anugerah Akademi ke-86.
Menyedari senario tersebut, pengarah dan penerbit filem tersohor, Erma Fatima turut merasa terpukul. Beliau mengakui watak dan peranan kanak-kanak sememangnya penting dan mampu memberi impak sama sabagaimana karakter lakonan pelakon dewasa.
MULA berlakon pada usia 12 tahun, Syafie Naswip kini sudah berusia 22 tahun.


"Tidak ada apa yang berbeza antara watak dan peranan yang dibawakan oleh golongan dewasa atau kanak-kanak. Setiap watak dan perwatakan mempunyai kesan yang tersendiri terhadap khalayak.
"Bagaimanapun, apa yang menjadi kepentingan di sini ialah bagaimana seseorang pengarah itu mengembangkan dengan sebaik-baiknya bakat yang ada dalam diri seseorang pelakon kanak-kanak," ujarnya.
Erma menambah, pelakon kanak-kanak yang baik tidak semestinya bergantung kepada bakat, malah boleh dibimbing dan dibentuk untuk mendapatkan impak yang dikehendaki oleh seseorang pengarah.
"Bakat boleh dibentuk dan kanak-kanak selalunya mudah untuk dibentuk kerana mereka mempunyai kekuatan emosi yang lebih tinggi berbanding golongan dewasa.
"Hal tersebut menjadi kelebihan untuk mereka memberikan yang terbaik dalam setiap babak dan karakter yang dicipta untuk mereka," katanya yang pernah mengarah sebuah telemovie berjudul Balqis yang menjadikan pelakon cilik, Puteri Balqis atau Aqish mendukung watak utama.
Pengarah filem Embun itu memberitahu, secara realitinya, karyawan sepertinya berdepan kesukaran untuk mencari pelakon kanak-kanak yang mampu memberikan komitmen secara keseluruhan terhadap bidang lakonan. Banyak kekangan harus dilalui termasuklah keterbukaan ibu bapa serta tuntutan akademik.
"Komitmen menjadi sebab utama kurangnya pelakon kanak-kanak dalam industri lakonan. Mereka selalunya terikat dengan perkara lain termasuk pelajaran dan ibu bapa.
"Hal tersebut menjadikan pelakon kanak-kanak tidak serius dalam bidang lakonan sekali gus membuatkan seseorang pelakon kanak-kanak itu tidak mencapai tahap yang memberangsangkan sebagai seorang pelakon," ujarnya.
Ditebak senario mengenai arah tuju pelakon kanak-kanak pula, persoalan itu disifatkan Erma, masih saling berkait dengan keseriusan serta kekuatan karya-karya tempatan. Erma memberitahu, kesukaran mencari pelakon kanak-kanak yang konsisten dalam bidang lakonan juga bergantung kepada minat pelakon itu sendiri.
"Bukan tidak ada, tetapi umumnya pelakon kanak-kanak akan kurang berkecimpung dalam bidang lakonan setelah mereka meningkat dewasa. Perubahan itu berlaku kerana mereka tidak mengekalkan momentum dan komitmen untuk bergelar pelakon.
"Mungkin senario itu boleh berubah bersandarkan usaha dan kesedaran pelakon itu sendiri untuk meletakkan diri mereka dalam industri seni lakonan," lontarnya.
Syafie Naswip fobia
Industri penerbitan dan perfileman tanah air pernah menyaksikan filem Mukhsin (2006) buah tangan Allahyarham Yasmin Ahmad. Dalam Mukhsin, Yasmin dengan berani mengambil risiko menyerahkan peranan hero dan heroin kepada dua kanak-kanak berbakat, Syafie Naswip dan Sharifah Aryana Syed Zainal Abidin. Syafie menempa impak besar hasil lakonan menerusi filem pertamanya itu apabila terus digelar pelakon berkarakter sehinggalah ke hari ini.
Selepas menang trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 menerusi Mukhsin, Syafie memberikan sinar bahawa pelakon kanak-kanak mampu pergi jauh apabila meraih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam FFM22 menerusi Talentime, juga arahan Yasmin Ahmad. Selepas ketiadaan Yasmin, Syafie terus mara apabila sekali lagi diangkat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM25 menerusi filem Songlap.
Anugerah dan pencapaian Syafie, 22, bagaimanapun mengundang sedikit dilema. Kemampuan menjayakan karakter berat seperti menyekat peluangnya untuk muncul dalam genre yang lebih ringan dan bersifat komersial.

PUTERI BALQIS atau Aqish (kanan) dilihat sebagai bintang cilik berbakat besar.


Mengakui sukar untuk mengekalkan momentum, Syafie berkata, kesukaran tersebut termasuklah untuk berada ruang karya dan peluang tawaran yang tepat. Skeptikal segelintir khalayak yang masih melabelkan dirinya sebagai pelakon kanak-kanak juga pernah menyekat peluangnya untuk berkarya dalam skop yang lebih besar.
"Sebelum ini orang mengenali saya sebagai seorang pelakon yang selalu membawa watak kanak-kanak, namun setelah saya meningkat dewasa, watak yang diberikan bertukar sama sekali.
"Hal tersebut membuatkan orang ramai tidak mampu menerima dan merasakan saya tidak layak untuk membawa watak orang dewasa disebabkan skeptikal itu. Dilema itu membuatkan saya fobia untuk berlakon," luahnya yang pernah berbulan-bulan tidak menerima tawaran lakonan.
Sebagai bekas pelakon kanak-kanak. Syafie tidak menafikan keterlibatannya dalam bidang lakonan bermula daripada langkah suka-suka dan hanya mengisi masa lapang.
Namun demikian, bidang yang hanya dilakukan untuk mengisi masa lapang dan mencari wang saku itu akhirnya menjadi serius seiring dengan peningkatan umur.
"Pada mulanya, saya berlakon sekadar suka-suka disebabkan saya masih bersekolah ketika itu. Hal tersebut adakalanya menyebabkan saya sukar untuk memberi seratus-peratus tumpuan dalam bidang lakonan.
"Setelah meningkat dewasa, bidang lakonan menjadi sumber pendapatan utama. Saya sendiri sudah terbiasa dalam bidang ini. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menjadikan lakonan sebagai karier yang serius," katanya yang kini menginjak usia 22 tahun.
Mia mahu berlakon hingga dewasa
Seorang lagi pelakon cilik, Mia Sara, 9, pula nekad menjadikan bidang lakonan sebagai karier masa depannya apabila usia meningkat dewasa. Kecenderungan Mia dalam bidang lakonan dipupuk seawal usia tiga tahun, ketika itu dia menjadi model iklan barangan bayi.
"Saya masih kecil dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari, saya juga masih bersekolah. Jadi, lakonan dan pelajaran harus diseimbangkan.
"Kalau boleh, saya akan terus berlakon selagi ada permintaan," katanya yang mula berkecimpung aktif dalam bidang seni sejak tahun 2010.
Sudah petah menjawab soalan, Mia memberitahu, mulanya dia sukar untuk berlakon dengan baik kerana tiada pengetahuan dan masih terlalu kecil untuk menguasai karakter. Namun, berkat tunjuk ajar daripada pengarah dan pelakon-pelakon dewasa, dia mampu mengikut kehendak skrip dan setiap watak yang diberikan kepadanya.
"Tunjuk ajar daripada pelakon yang lebih berpengalaman sangat membantu. Segalanya berjalan dengan lancar dan saya berharap agar rezeki saya dalam bidang lakonan akan terus bertambah," katanya lagi.


Tawar kadar panggilan terendah

Posted: 16 Oct 2014 05:09 AM PDT



PADA sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Mohd. Syamil Mohd. Tajudin, 24, pulang ke kampung halamannya di Kuala Terengganu, Terengganu dengan menaiki kereta secara berseorangan.
Sepanjang perjalanan 511 kilometer dari rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan ke kampung, anak sulung daripada empat adik-beradik itu terpaksa menempuh beberapa kawasan pedalaman di sekitar Pahang dan Terengganu.
Sewaktu pertengahan perjalanan, kereta Syamil mengalami kerosakan enjin ketika melalui Jalan Jabor-Al Muktafi Billah Shah. Situasi ini menyebabkan dia terpaksa memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk mengenal pasti masalah yang berlaku.
Selepas berjaya mengenal pasti kerosakan yang dialami kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya itu, dia bergegas mencapai telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja melihat telefon jenis Samsung yang digunakannya, dia mendapati bahawa liputan perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang digunakan itu tidak terdapat di kawasan tersebut.
Situasi ini menyukarkan Syamil untuk mendapatkan bantuan, sekali gus menyebabkan dia terpaksa menahan kereta yang lalu lalang di kawasan tersebut untuk mendapatkan pertolongan.
Selepas kejadian tersebut, dia berazam untuk beralih kepada syarikat perkhidmatan telekomunikasi lain yang menawarkan liputan secara menyeluruh di semua kawasan.
Akhirnya, Syamil mendengar nasihat kawan-kawannya supaya beralih menggunakan perkhidmatan telekomunikasi daripada syarikat Altel Communications Sdn. Bhd. (Altel).

RIZWAL menunjukkan kad sim Altel yang boleh diperoleh dengan harga RM7.


Altel merupakan anak syarikat Puncak Semangat Sdn. Bhd. (Puncak Semangat), iaitu syarikat pegangan di bawah Al-Bukhary Group bagi menumpukan sektor perkhidmatan teknologi maklumat.
Puncak Semangat merupakan salah satu daripada lapan syarikat yang menerima peruntukan Evolusi Jangka Panjang (LTE) atau 4G oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun lalu.
"Selepas saya beralih kepada Altel sejak dua bulan lalu, saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
"Liputan yang diterima juga cukup meluas. Pergi ke mana-mana pun liputan sentiasa ada," ujar Syamil yang merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat elektronik, Seremban, Negeri Sembilan.
Katanya, selain daripada liputan yang meluas, Altel juga menawarkan kadar panggilan suara antara terendah dalam pasaran iaitu 16 sen seminit ke mana-mana talian.
Tambah menarik, bagi setiap khidmat pesanan ringkas atau SMS, pengguna akan dicaj sebanyak 5 sen, perkhidmatan pesanan multimedia (MMS) iaitu 25 sen dan perkhidmatan internet (5 sen permegabait).
"Kadar ini adalah yang terendah berbanding dengan syarikat penyedia perkhidmatan yang ada di pasaran ketika ini.
"Kadang-kadang saya sendiri berasa hairan. Walaupun membuat panggilan dalam tempoh yang panjang, caj yang dikenakan sangat rendah. Ia amat berbaloi," katanya sambil tersenyum puas.
Dalam pada itu, Pengerusi Kanan Komunikasi Korporat Altel, Nurazah Ismail berkata, Altel merupakan syarikat telekomunikasi yang berada sebaris dengan Celcom, Maxis, Digi, UMobile dan Tune Talk.
Katanya, Altel menggunakan operasi Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) milik Celcom Axiata Bhd. (Celcom) atau dalam bahasa mudahnya, menggunakan sebahagian infra 2G/3G Celcom bagi memastikan pengguna mendapat liputan yang meluas di seluruh negara.
"Buat sementara waktu, kami terpaksa bekerjasama dengan Celcom Malaysia untuk membolehkan Altel menggunakan sebahagian daripada stesen pemancar milik mereka.
"Sebagai pendatang baharu, mustahil sekiranya kami dapat membina stesen pemancar milik sendiri di seluruh negara kerana ia memerlukan kos yang tinggi," ujar Nurazah.

SEBAHAGIAN daripada promosi yang ditawarkan Altel.


Tambah beliau, SIM pek Altel boleh didapati di semua 24 buah kedai eksklusif berdaftar atau di 55 buah kedai VIP di seluruh negara dengan harga RM7.
Katanya, sebanyak RM5 akan dikreditkan kembali ke akaun sebaik sahaja pengguna mendaftar kad sim mereka.
Walaupun Altel baru setahun bertapak di negara ini, pengguna tidak perlu bimbang untuk mendapatkan tambah nilai bagi perkhidmatan prabayar mereka.
Tambah nilai boleh diperoleh dari pelbagai medium seperti kedai serbaneka 7eleven, stesen minyak, pasar raya dan ejen-ejen berdaftar.
Selain itu, seiring dengan peredaran masa, Altel turut memperkenalkan kemudahan tambah nilai melalui perbankan internet, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan EZ menerusi SMS.
"Buat permulaan kami bekerjasama dengan beberapa bank utama di negara ini seperti CIMB, RHB, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Maybank untuk memudahkan pengguna mendapatkan tambah nilai.
"Jadi, tidak timbul isu yang mengatakan bahawa tambah nilai bagi perkhidmatan prabayar Altel sukar diperoleh," katanya sambil memaklumkan bahawa pengguna aktif Altel telah mencecah 270,000.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Altel, Rizwal Mohd. Ain berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 500,000 pengguna aktif dalam tempoh satu tahun setengah.
Katanya, sasaran tersebut ditetapkan selepas melihat penerimaan daripada masyarakat yang sangat menggalakkan.
"Ketika pelancaran dahulu, kami menyasarkan 150,000 pengguna aktif pada tahun pertama.
"Selepas setahun beroperasi, kami mendapati bahawa jumlah pengguna aktif meningkat sebanyak dua kali ganda daripada sasaran awal," katanya ketika ditemu bual Kosmo! di pejabatnya baru-baru ini.
Tambahnya, buat permulaan, Altel hanya memperkenalkan perkhidmatan prabayar kepada pengguna.

ALTEL dijangka memperkenalkan perkhidmatan pascabayar tidak lama lagi.


Namun, Rizwal memaklumkan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk memperkenalkan perkhidmatan pasca bayar dalam masa terdekat selepas mendapat permintaan daripada pengguna.
"Sepatutnya, pengenalan rasmi perkhidmatan pasca bayar Altel diadakan lebih awal, namun sedikit lewat kerana mahu memperbanyakkan lagi rangkaian jualan pek prabayar serta pusat tambah nilai," katanya.
Mengulas mengenai sasaran Altel dalam tempoh 10 tahun akan datang, Rizwal berkata, pihaknya menyasarkan untuk menjadi sebuah syarikat perkhidmatan telekomunikasi terulung di negara ini.
Selain itu, pihaknya juga berazam untuk menawarkan perkhidmatan telekomunikasi alternatif yang menepati cita rasa pengguna.
Bagi mencapai matlamat tersebut, Altel memperkenalkan sebuah forum yang dikenali sebagai altelnativ.my.
Melalui forum yang mula diperkenalkan sejak Julai lalu itu, pengguna boleh berkongsi masalah serta kelebihan rangkaian mudah alih yang digunakan.
Forum tersebut turut menyediakan platform kepada pengguna untuk berkongsi dan menerima tip serta nasihat yang bernas mengenai perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.
"Kami sentiasa mendengar masalah yang dihadapi oleh pengguna perkhidmatan telekomunikasi melalui forum ini.
"Ia sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk menambah baik perkhidmatan kepada pengguna," katanya sambil memaklumkan antara masalah yang sering diadu oleh pengguna ialah kelajuan internet, liputan dan kadar caj panggilan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan telekomunikasi Altel, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan, 03-2613 3888 atau layari laman web www.altel.my.


Komet Yang Telah Mengembara 1 Juta Tahun Kembali Melintasi Marikh Ahad Ini

Posted: 16 Oct 2014 05:03 AM PDT


WASHINGTON: Komet yang telah mengembara melintasi planet Marikh satu juta tahun dahulu kini akan kembali membuat satu lagi lintasan pada Ahad ini, demikian menurut Agensi Angkasa Lepas Amerika (Nasa).
Yang menariknya menurut Nasa, komet ini yang dikenali sebagai Siding Spring (C/2013 A1) hanya akan kembali sejuta tahun akan datang.
Ia mempunyai kelebaran 1.6 kilometer dan bergerak pada kepantasan 202,000 kilometer sejam.
Komet ini tidak mempunyai permukaan yang pejal melainkan timbunan bagaikan bedak talkum sahaja.
Siding Spring akan menghampiri planet Marikh pada jarak 139,500 kilometer (88,000 batu) iaitu sangat hampir dengan permukaan planet menurut kiraan astrologi.
Dan jika komet ini melintasi bumi, ia akan berlaku pada kedudukan sepertiga daripada jarak bumi dengan bulan.

Siding Spring dijadualkan menghampiri planet Marikh pada jam 2.27 petang (1827 waktu GMT) pada Ahad ini, 19 Oktober, jelas Nasa dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun ia tidak akan bertembung dengan planet merah itu.
Namun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga Nasa telah mengerakkan kesemua orbiternya jauh dari laluan komet tersebut untuk mengelak daripada terkena sebarang serpihan.
Tiga kapal angkasa Nasa iaitu Mars Reconnaissance Orbiter, Mars Odyssey dan MAVEN telah digerakkan ke satu kawasan yang blebih selamat dan jauh dari jarak laluan komet berkenaan.
Nasa juga berharap dua buah rovernya di atas planet Marikh iaitu Curiosity dan Opportunity akan dapat merakamkan komet berkenaan ketika ia melintasi planet tersebut nanti.

Komet The comet Siding Spring ditemui oleh Robert McNaught ketika dia sedang melakukan pemantauan angkasa lepas di Pusat Cerapan Siding Spring di Australia pada Januari tahun lalu.
Komet ini dipercayai berasal dari Debu Oort berbilion tahun dahulu dan tidak berubah bentuk sehingga sekarang.
Carey Lisse, pakar kajian bintang dari Balai Cerapan Fizik Tulen Universiti Johns Hopkins berkata, satu perkara mengenai keunikan komet ialah ia masih lagi bergerak dan mengembara mengelilingi matahari sejak empat setengah bilion tahun yang lalu.

Salah satu daripada sebab mengapa komet masih 'hidup' kerana ia mengembara jauh dari matahari ke kawasan gelap dan oleh yang demikian kekal beku  pada kebanyakan masa.
Komet Siding Spring katanya secara relatifnya bersaiz kecil dan hanya dipenuhi dengan debu bagaikan bedak talkum.
Ia tidak akan kembali ke sini dalam tempoh satu juta tahun lagi sebaik sahaja melengkapkan putarannya mengelilingi matahari selepas melintasi Marikh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved