sumber :-
Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Seramai 2.2 Juta Tonton TV Alhijrah
- Samsung Note4 mula dijual Jumaat ini
- Bangkai cicak dalam bungkusan bijirin sarapan
- Lintah dalam hidung selama sebulan
- Hospital Ampang Puteri taja Che Ta bersalin
- Tatu Tentera Darat pukau pengunjung
- Bonus Kakitangan Awam Dibayar Bersama Gaji Januari - KSN
Seramai 2.2 Juta Tonton TV Alhijrah Posted: 15 Oct 2014 12:10 AM PDT | |
Samsung Note4 mula dijual Jumaat ini Posted: 15 Oct 2014 12:05 AM PDT SAMSUNG Galaxy Note4, yang dinanti-nantikan ramai, akan dijual mulai Jumaat ini. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Samsung Malaysia Electronics berkata 100 pelanggan pertama yang membeli Note4 di Samsung Experience Stores dan pengedar sah yang mengambil bahagian, akan menerima secara percuma 'Gear Circle', peranti bergaya dan rantai intuitif yang berfungsi sebagai fon telinga. Gear Circle, merupakan antara pelbagai tawaran yang boleh didapati di pameran bergerak tiga hari, katanya. Presiden syarikat Lee Dong Yong berkata: "Pameran bergerak itu sebagai satu cara untuk memperkenalkan pengalaman baru melalui peranti terbaharu kami. Melaluinya, pengguna kami boleh mengaitkan produk kami dengan gaya hidup mereka yang akan memudahkan tugas seharian mereka." Samsung dan rakan kongsi, Celcom, DiGi, Harvey Norman dan Maxis, akan mengadakan ruang perkhidmatan mulai 17 hingga 19 Okt di Blue Concourse, Sunway Pyramid Shopping Mall bagi membolehkan pengguna membeli dengan mudah. Galaxy Note4 boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan emas. | |
Bangkai cicak dalam bungkusan bijirin sarapan Posted: 15 Oct 2014 12:00 AM PDT
LEDANG - Seorang ibu terkejut selepas mendakwa menemui bangkai seekor cicak dalam bungkusan makanan bijirin sarapan yang dibeli dari sebuah pasaraya di Melaka, beberapa hari lalu. Hanya mahu dikenali Ana, 30an, dia menyedari kewujudan bangkai itu semasa memberikan makanan itu kepada anak sulungnya ketika dalam perjalanan ke rumah pengasuh kira-kira jam 7 pagi kelmarin. Menurutnya, makanan yang dibeli dalam kotak yang bersaiz kecil itu dibuka dengan ruang yang kecil pada sebelah malam kerana diminta anak sulungnya berusia setahun setengah. "Kemudian, saya simpan semula makanan ini dengan kemas dalam kotak asal tersebut. "Pada keesokkan hari semasa dalam perjalanan hantar anak ke rumah pengasuh, saya sambung berinya makanan itu dalam kuantiti yang sedikit," katanya di sini, semalam. Ana berkata, apabila memasukkan jari ke dalam bungkusan itu untuk mengambil lagi makanan itu, dia terasa satu objek pelik dan apabila ditarik keluar mendapati ia bangkai seekor cicak. Dia yang terkejut dan panik segera menghubungi suaminya memberitahu kejadian itu. "Suami yang bekerja di Negeri Sembilan pulang ke rumah selepas waktu kerja untuk mengambil gambar bangkai haiwan itu sebagai bahan bukti sebelum membuat aduan kepada syarikat pengeluar makanan itu," katanya. Tambahnya, sehingga kini dia masih berasa geli dan menyesal memberikan makanan berkenaan kepada anaknya. Katanya, setakat ini anaknya dalam keadaan baik tanpa sebarang alahan dan berharap syarikat berkenaan lebih berhati- hati serta peka tentang aspek kebersihan sesuatu produk keluaran mereka. | |
Lintah dalam hidung selama sebulan Posted: 14 Oct 2014 11:58 PM PDT
EDINBURGH - SCOTLAND. Pengalaman gembira seorang wanita selepas pulang bercuti dari Asia Tenggara bertukar mimpi ngeri apabila menemui seekor lintah berada di dalam hidungnya sejak lebih sebulan lalu. Menurut laporan Straits Times, Daniela Liverani, 24, dari Scotland percaya haiwan sepanjang kira-kira 7.5 sentimeter itu masuk ke dalam hidungnya ketika berada Vietnam atau Kemboja ketika sedang berenang. Pada awalnya, dia menyangka hidung berdarah berterusan yang dialami berpunca daripada saluran darah pecah akibat kemalangan motosikal ketika percutiannya itu. "Ketika sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah dan saya boleh lihat ia melekat pada hujung hidung saya. Sebelum ini saya sangka objek hitam di dalam hidung itu adalah darah beku, tetapi selepas melihat dengan lebih dekat di cermin, baru saya sedar ia sebenarnya seekor haiwan," katanya. Menurut doktor, jika Liverani terlewat membuat pemeriksaan, lintah itu berkemungkinan boleh masuk ke dalam otaknya. | |
Hospital Ampang Puteri taja Che Ta bersalin Posted: 14 Oct 2014 11:56 PM PDT
BERTUAH sungguh bergelar selebriti terkemuka seperti Rozita Che Wan. Khabar terbaru, Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta mendapat tajaan sepenuhnya Hospital Ampang Puteri untuk proses kelahiran anaknya nanti. Tajaan tersebut termasuk urusan di bilik bersalin, diberikan bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas A secara percuma. Kos bersalin di Hospital Ampang Puteri difahamkan boleh mencecah lima angka, tambahan pula jika melibatkan sebarang pembedahan. Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin dijangka bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada awal November. Selain mendapat tajaan kos bersalin, perjalanan kelahiran anak Che Ta dan Zain juga akan ditayangkan secara eksklusif di Astro. Pasangan romantis ini bernikah pada Disember lalu dan kini sedang menunggu hari untuk kelahiran bayi pertama mereka. | |
Tatu Tentera Darat pukau pengunjung Posted: 14 Oct 2014 11:53 PM PDT PERSEMBAHAN berprestij yang melibatkan 1,600 anggota tentera pada pertunjukan Tatu Tentera Darat 2014 yang berlangsung selama dua malam di padang kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson, Negeri Sembilan berjaya menarik lebih 35,000 pengunjung. Acara selama dua malam berturut-turut yang bermula pada 26 September lalu dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan bersama Tentera Darat. Acara yang bermula pada pukul 8.30 malam itu berlangsung selama dua jam. Persembahan di Bandar Tentera Darat itu dimulakan selepas dentuman kuat meriam 105mm Pack Howitzer L5 seberat 1,703 kilogram dilancarkan di tengah padang kawad seluas kira-kira sebuah padang bola sepak. Beberapa alunan lagu bertenaga daripada Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja, drum liner dan gabungan brass band serta bag pipe yang segak dengan seragam membuka tirai pertunjukan. Aksi di padang kawad itu semakin menarik apabila para penonton berpeluang menyaksikan kebolehan istimewa lapan ekor anjing perang dari Cawangan Anjing Perang, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada). Mendebarkan Anjing-anjing daripada baka German Shepherd, Rottweiler, Labrado dan Border Collie yang diimport dari United Kingdom itu melakukan aksi-aksi mendebarkan seperti melompat halangan dalam gelung berapi, keupayaan menerima arahan serta membantu anggota tentera menyerang pengganas. Acara lasak reda seketika dengan persembahan tarian tradisional oleh sekumpulan penari daripada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan yang lincah menari. Selesai persembahan muzikal, orang ramai kemudian tertumpu kepada kepakaran anggota-anggota tentera daripada Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja dan Artileri yang masing-masing memasang kenderaan pacuan empat roda Jeep dan meriam 105mm dalam tempoh yang singkat. Pertunjukan pancaragam melibatkan gabungan tiga divisyen infantri mengambil tempat dengan gerakan yang lebih bertenaga dan menarik. Malah pengunjung menghela nafas setiap kali cokmar dilambung tinggi ke udara sebelum berjaya ditangkap semula. Ia kemudian diikuti persembahan tempur tanpa senjata yang menunjukkan seni mempertahankan diri. Antara aksi yang dipertontonkan adalah kilas-mengilas tanpa senjata serta bertarung menggunakan senjata kayu dan senjata tajam. Lebih mendebarkan penonton apabila anggota-anggota keselamatan menunjukkan aksi hebat seperti melompat halangan dalam gelung berapi, lompatan melepasi sejumlah anggota selain aksi pemusnahan papan yang hebat daripada anggota-anggota tentera. Sebelum itu, pengunjung teruja menyaksikan ribuan anggota tentera dengan wajah diconteng berlari serentak memasuki padang kawad yang kemudian mempamerkan kemahiran seni mempertahankan diri dengan teriakan yang kuat. Acara kemuncak pada malam berkenaan adalah persembahan mengagumkan daripada kumpulan akrobatik motosikal, Army Red Warrior yang dijayakan oleh 50 anggota terdiri daripada dua pegawai dan 48 anggota lain-lain pangkat termasuk enam wanita. Persembahan mereka dimulakan dengan lintas hormat menaiki beberapa motosikal model Royal Enfield 500cc, Moto Guzzi 650cc, Modenas Jaguh 175cc dan Kawasaki Kx450 dengan aksi berdiri di atas motosikal. Aksi bertenaga dan berbahaya yang dipamerkan oleh Army Red Warior telah memacu adrenalin penonton yang hadir menerusi lompatan motosikal melepasi 30 orang yang sedang berbaring serta lompatan perdana melepasi lima buah kereta. Akrobatik Lompatan motosikal dalam gelung api dan lompatan melepasi tujuh buah motosikal juga menyebabkan ramai penonton tidak senang duduk. Pertunjukan akrobatik membentuk bunga Rafflesia, aksi pasangan romantik filem Titanic, S.W.A.T, dragon slayer, flying griffin ketika menunggang motosikal turut mencuri tumpuan termasuk sketsa 'amoi' menunggang motosikal scramblers yang mencuit hati. Acara pembukaan disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Hadir sama ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan. Sementara itu, Mohamad berkata, pertunjukan Tatu Tentera Darat di Port Dickson akan dijadikan acara tahunan pada setiap 25 September kerana sambutan yang diterima daripada orang ramai begitu menggalakkan. "Kita akan adakan pertunjukan tatu ini setiap tahun pada 25 September atau pun pada hari Jumaat yang paling hampir dengan tarikh tersebut," ujarnya. | |
Bonus Kakitangan Awam Dibayar Bersama Gaji Januari - KSN Posted: 14 Oct 2014 11:49 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan