ads

Selasa, 14 Oktober 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Selepas Hubungan Musnah, Hefny Sahad Dedah Nad Zainal Kekasihnya

Posted: 14 Oct 2014 02:29 AM PDT


Hefny Sahad
PETALING JAYA: Pelakon Hefny Sahad akhirnya mendedahkan Nad Zainal merupakan cinta pertamanya sejak dia berkecimpung dalam industri hiburan tempatan sejak dua tahun lalu sehinggalah hubungan mereka putus.

Hefny, 27, bagaimanapun terpaksa akur percintaan mereka tidak dapat diteruskan selepas berlakunya satu perselisihan faham diantara mereka kira-kira dua bulan lalu.

"Benar Nad adalah cinta pertama saya sepanjang berada dalam industri seni. Walaupun sekejap, saya anggap apa yang telah berlaku adalah takdir kami.

"Saya pun tak salahkan sesiapa terhadap apa yang telah berlaku sebelum ini. Cuma saya hanya mampu menjadikan pengalaman lama itu sebagai pengajaran untuk kita terus hidup di masa hadapan," katanya kepada mStar Online.
Terdahulu, Nad, 24, dikatakan menyerang Hefny di satu lokasi penggambaran drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna terbitan Zeel Productions di Jalan P.Ramlee dekat sini pada Ogos lalu.
Hefny dan nad hanya sempat menjalinkan hubungn cinta untuk beberapa bulan sahaja.
Kejadian yang berlaku dikatakan turut disaksikan oleh kru drama berkenaan apabila Nad dipercayai meluru ke kereta milik Hefny sebaik sahaja pelakon itu tiba untuk menjalani penggambaran drama berkenaan.
Pergaduhan kecil yang berlaku terhadap pasangan itu memaksa mereka memutuskan hubungan walaupun selama ini mereka menafikan mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain.

Sementara itu, Hefny akhirnya mengakui, keretakan hubungan mereka berkait dengan perselisihan faham yang berlaku di lokasi tersebut.

Memang betul ketika di lokasi  Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Nad datang pada saya kerana mahu menyelesaikan masalah perselisihan faham antara kami, tetapi tidaklah sampai dia menyerang saya.

"Dan saya memberitahu dia ketika itu untuk berbincang masalah berkenaan pada waktu lain memandangkan saya sedang bekerja. Itu saja. Orang lain pula menokok tambah kejadian itu." ujarnya.

Sementara itu, Hefny berkata, dia tidak mempunyai masalah sekiranya dia dan Nad digandingkan bersama dalam sesebuah projek lakonan. Namun, dia akan menolak jika diminta untuk bergambar bersama aktres itu.

"Jangan salah faham pula. Memang sebelum ini pun sebarang permintaan media yang ingin menggandingkan kami dalam sebuah fotografi, kami tolak cara baik. Jadi sampailah sekarang, saya masih berpendirian begitu.

"Saya tidak mahu nanti orang kata saya nak tumpang populariti dia pula," tuturnya.

Dalam pada itu Nad yang selama ini menafikan hubungan itu tidak lagi menyimpan gambar-gambar mereka berdua di laman Instagram miliknya yang mengukuhkan lagi hubungan berkenaan sudah hancur.

Nina Iskandar Sangkal Pertunangan Bermasalah

Posted: 14 Oct 2014 02:28 AM PDT


Nina Iskandar nafi sedang bermasalah dengan tunang, Ahmed Haiqal.
PETALING JAYA: Pelakon berasal dari Brunei iaitu Nina Iskandar menyangkal dakwaan hubungannya dengan tunang iaitu Ahmed Haiqal, 30, bermasalah ekoran dia tidak lagi memuat naik gambar pemuda itu di laman Instagram miliknya.

Nina, 23, berkata, tindakannya itu bukan kerana hubungan mereka dilanda masalah tetapi dia memilih untuk bersikap low profile selepas bertunang sejak Ogos lalu.

"Alhamdulillah hubungan kami berjalan seperti biasa cuma rasanya tidak manis jika terlalu kerap meletakkan gambar bersama dan kami lebih selesa bersikap low profile.
"Orang mungkin rasa pelik sebab sebelum ini saya banyak memuat naik gambar bersamanya dan apa yang boleh saya katakan ketika itu sedang 'seronok' dilamun cinta sehingga tidak peduli pandangan sekeliling," jelasnya kepada mStar Online.
Nina ditemui pada sidang media Karnival Puncak Rasah Andaman Seremban yang diadakan di pejabat MIG di sini pada Isnin.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Ekskutif Kumpulan Andaman, Datuk Seri Vincent Tiew dan Ketua Pegawai Ekskutif MIG, David Teo.
Nina bakal muncul menerusi drama Noktah Kasih.

Karnival tersebut bakal diadakan pada 18 Oktober ini di Taman Puncak Rasah, Seremban dengan kehadiran artis terkenal seperti Diana Amir, Adeline Tsen, Shima Anuar, Fadlan Hazim, Ryzal Jaafar dan Zalif Sidek.
Dalam pada itu, Nina dan Ahmed Haiqal masih belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinan dan hanya akan berkahwin selepas mereka bersedia.

Jelas Nina lagi, buat masa ini mereka sibuk dengan tugas masing-masing dan akan mengumumkan kepada semua sekiranya sudah mempunyai tarikh perkahwinan.

"Kami belum merancang apa-apa dan Insya-Allah kami akanberitahu sekiranya sudah ada tarikh tetapi bukan dalam masa terdekat," ujarnya.

Tambah Nina, pada tahap ini dia dan Ahmed Haiqal banyak mengenali hati budi masing-masing dan tidak menafikan berhadapan dugaan sejak bertunang.

"Dugaan itu bukanlah yang besar tetapi lebih kepada proses kami untuk memahami diri masing-masing namun semuanya berjalan lancar," katanya.

Sementara itu, Nina berkata, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiriNoktah Kasih bersama Iqram Dinzly untuk siaran TV3.

Drama itu adalah projek pertamanya sejak bertudung pada April lalu.

"Alhamdulillah akhirnya ada rezeki saya biarpun sudah hampir enam bulan tiada projek terbaharu.Noktah Kasih bakal menjadi drama pertama saya dengan imej bertudung," katanya.

Selain lakonan, Nina juga berjinak-jinak sebagai penyanyi dan bakal merakamkan dua buah lagu runut bunyi untuk filem terbitan MIG.

Aidil Zafuan Sokong Rita Rudaini Lapor Ugutan Bunuh

Posted: 14 Oct 2014 02:27 AM PDT


Aidil menyifatkan Rita cuba mengganggu rumah tangganya dengan isteri, Zarema Zainal.
PETALING JAYA: Bintang bola sepak Aidil Zafuan berkata, adalah wajar untuk Rita Rudaini mengambil tindakan terhadap pengikut Instagram bernama 'Hanifhafizul' yang telah mengugut agar bekas isterinya itu dibunuh.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata perbuatan seperti itu tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pengikut laman sosial artis kerana ia adalah satu perbuatan jenayah.

"Bagi saya, tindakan Rita membuat laporan polis untuk mengambil tindakan terhadap pengikut laman Instagram saya itu adalah patut kerana ia boleh mengancam keselamatan dia dan anak-anak," kata Aidil kepada mStar Online pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, Rita telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak dekat sini berhubung komen pengikut Aidil yang menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua.

Ia berikutan Aidil memuat naik paparan skrin slip pembayaran nafkah anak kepada Rita sebagai bukti dia tidak mengabaikan anak-anaknya selepas bercerai.

Dalam pada itu Aidil berkata, dia terkilan apabila aktres itu menuduhnya tidak mengambil serius tentang ugutan bunuh itu disebabkan dia tidak menyekat komen berkenaan.

"Saya sibuk dengan kerja, tak mungkin saya ada masa untuk membaca kesemua komen di Instagram. Cuma apabila saya terbaca, diakui memang saya terkejut kerana individu itu berani memberi komen seperti itu. Dan baru-baru ini saya telah buang komen berkenaan.

"Tetapi takkanlah perkara ini pun jadi salah saya? Hanya kerana saya tidak membuang komen itu?" soalnya.
Rita Rudaini

Sementara itu, Aidil mendedahkan dakwaan Rita kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Jumaat lalu yang dia tidak pernah menuntut cerai terhadap Aidil adalah tidak benar.

Katanya, semasa mereka bergelar suami-isteri, Rita kerap kali meminta untuk dilepaskan.

"Saya tidak faham dengan permainan dia. Kenapa dia tidak sudah-sudah mahu mencari kesalahan dan mengaibkan saya. Apa lagi yang dia mahu?

"Kalau nak diikutkan, ketika kami masih suami-isteri, sudah lebih dua kali dia minta cerai daripada saya. Semakin saya diam, semakin menjadi-jadi pula tuduhan dia. Jangan sampai saya bersikap tegas dengan mengambil tindakan terhadap setiap tuduhannya itu," ujarnya.

Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal, 28, pada 14 Mac lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved