Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Aeril Zafrel & Wawa Zainal Didenda Nikah Tanpa Kebenaran
- Produksi Diana Johor Dituntut Selesaikan Hutang Lebih RM100,000
- Awie (Wings) Mahu Fokus Besarkan Anak
- Diddy Hirdy Sambung Sarjana & PhD Ke Liverpool
- Konsert Krisdayanti Di KL Bersama Anak
- Video ciptaan Dan Khoo makin diterima ramai
- Serpihan mata pisau dalam bungkusan snek
- 300 pesara tentera tuntut janji
- Dua kali kena tipu gores dan menang
- Terkejut bil air cecah RM4,000
- 'Tak ada selera makan kalau orang miskin berlapar'
- Kumpul sampah dapat hadiah
- Populasi kubong makin pupus
- 'Saya rayu agar cikgu berhenti pukul'
Aeril Zafrel & Wawa Zainal Didenda Nikah Tanpa Kebenaran Posted: 25 Sep 2014 02:59 AM PDT |
Produksi Diana Johor Dituntut Selesaikan Hutang Lebih RM100,000 Posted: 25 Sep 2014 02:58 AM PDT |
Awie (Wings) Mahu Fokus Besarkan Anak Posted: 25 Sep 2014 02:57 AM PDT |
Diddy Hirdy Sambung Sarjana & PhD Ke Liverpool Posted: 25 Sep 2014 02:56 AM PDT |
Konsert Krisdayanti Di KL Bersama Anak Posted: 25 Sep 2014 02:54 AM PDT |
Video ciptaan Dan Khoo makin diterima ramai Posted: 25 Sep 2014 02:52 AM PDT NAMA Dan Khoo barangkali tidak sepopular Jinnyboy. Namun di YouTube, kedua-dua ini mempunyai persamaan, dikenali dan menghasilkan filem pendek. Menerusi DanKhoo Production, Khoo telah menarik kira-kira 232,242 subscribers dan videonya telah ditonton lebih 21 juta kali! Menariknya mengenai jejaka ini, Khoo merupakan seorang siswazah Ekonomi lepasan London School of Economics. Bagaimanapun Khoo tidak menyangka hidupnya berubah setelah dia membuat keputusan untuk membuat filem dan berkongsinya di laman YouTube. Bukan sahaja bertindak sebagai pengarah, Khoo juga turut berlakon dan menerbitkan karyanya sendiri. Namun kebanyakan videonya menampilkan pelakon tambahan yang terdiri dari rakan-rakannya. Mula mempunyai saluran YouTube sekitar 2011, nama Dan Khoo kini turut menjadi sebutan bukan sahaja di kalangan bangsa Cina, bahkan bangsa lain di Malaysia. "Pada mulanya saya tidak pernah memikirkan menghasilkan filem pendek sebagai satu karier. Ia sekadar satu aktiviti suka-suka untuk mengisi masa lapang. "Selepas membeli sebiji kamera pada tahun 2011, saya mula merakamkan beberapa video. Namun ketika itu, saya hanya rakamkan apa yang terfikir di fikiran," katanya dalam sebuah temu bual sebelum ini. Khoo berkata, selepas banyak merakamkan video, dia terfikir untuk memuat naik hasil kerjanya di YouTube kerana laman itu tidak memerlukan dia membayar untuk menyimpan hasil kerjanya. "Tentu sekali saya tidak pernah menjangkakan video yang saya muat naik akan menjadi terkenal. Saya hanya muat naik sekadar untuk koleksi saya sendiri. "Tapi lama-kelamaan saya sedar, video saya mula menjadi perhatian. Kemudian sekitar 2012, saya berjumpa dengan beberapa individu yang terkenal di laman YouTube seperti Jinnyboy. "Dari situ kami terfikir untuk bekerjasama dan membuat kemunculan dalam video masing-masing dan saya tidak menyangka ada yang menonton dan menyukainya," katanya. Tambah Khoo ketika awal menyertai YouTube, dia mempunyai kira-kira 100 subscriber dan jumlah itu sudah cukup mengejutkannya. "Saya akui saya pernah terfikir, 'alangkah baiknya kalau jumlah itu boleh mencapai 1,000' tapi saya tahu ia mustahil. Bagaimanapun apabila jumlah itu tercapai, saya mengimpikan untuk memiliki 10,000 subscriber. "Sekali lagi, saya tahu ia adalah mustahil dan mungkin akan ambil masa bertahun untuk memiliki jumlah itu. Tapi akhirnya saya berjaya mencapai sasaran itu dalam masa singkat," katanya. Video santai Pada pandangan penulis, rata-rata yang menyukai video Khoo adalah kerana idea dan inti pati video ini dekat dengan rakyat Malaysia. Menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Cina dalam video-video buatannya, Khoo berkata, video-video yang dihasilkan hanya sekadar suka-suka. "Kebanyakan penonton suka dengan hasil dan video yang dekat dengan diri mereka. Lagipun tidak ada apa-apa yang kami kejarkan dan kami buat video hanya untuk suka-suka dan bergembira," katanya. Bina empayar sendiri Tidak lokek berkongsi impiannya, Khoo berkata, dia menyasarkan untuk membina satu empayar atau nama sendiri dan membuat lebih banyak video pada masa hadapan. "Saya sasarkan untuk melebarkan nama saya dan merakamkan video saya di Amerika Syarikat dan berkolaborasi dengan Youtuber terkenal di sana. "Saya sudah memiliki beberapa nama dan bila saya semakin stabil serta mempunyai masa terluang, saya tidak akan teragak-agak untuk ke sana," katanya. |
Serpihan mata pisau dalam bungkusan snek Posted: 25 Sep 2014 02:46 AM PDT
SERI ISKANDAR - Sepasang suami isteri di sini, terkejut apabila menemui serpihan mata pisau dalam bungkusan makanan ringan (snek). Azizah Mustapa, 31, berkata, makanan ringan itu diperoleh daripada kakaknya ketika mereka bercuti di Lumut. Menurutnya, setelah pulang ke rumah dia memberikan makanan ringan itu kepada suaminya. "Semasa berehat pada waktu malam saya memberi makanan ringan berkenaan kepada suami untuk dimakan. "Tiba-tiba dia merasa tergigit sesuatu dan menyangka hadiah yang terdapat dalam snek berkenaan," katanya. Katanya, suaminya bertindak mengeluarkan benda keras itu dan terkejut apabila melihat benda itu adalah mata pisau kecil. "Suami saya mengeluarkan kesemua isi snek berkenaan dan mendapati satu lagi mata pisau yang lebih besar di dalamnya," katanya. Menurutnya, dia dan suaminya hairan bagaimana mata pisau boleh berada dalam makanan ringan ini dan jika ia dimakan oleh kanak-kanak sudah tentu mendatangkan kesan tidak baik. "Pihak pengeluar snek seumpama ini harus lebih peka dalam pengeluaran makanan mereka dan saya harap perkara sama tidak berulang kerana ia melibatkan keselamatan pengguna," katanya. |
300 pesara tentera tuntut janji Posted: 25 Sep 2014 02:44 AM PDT
TAIPING – Koperasi Wira Wawasan Taiping Berhad memohon kerajaan negeri membenarkan 300 ahlinya mengusahakan tanah Hutan Simpan Kekal Changkat Niru, di sini, seluas 600 hektar. Difahamkan, permohonan itu dibuat bagi membolehkan ahlinya yang terdiri daripada pesara tentera menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan bagi menambah pendapatan. Pengerusi Koperasi Wira Wawasan Taiping Berhad, A Rahman Hashim berkata, majoriti ahlinya melakukan kerja kampung untuk menyara keluarga dan pendapatan diperoleh tidak menentu serta tidak mencukupi memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. "Kami mengaku meneroka kawasan hutan simpan ini secara tidak sah, namun kini permohonan telah dibuat bagi mendapatkan kebenaran menggunakan tanah berkenaan sebagai kawasan pertanian dan penternakan. "Permohonan sebelum ini telah ditolak atas sebab-sebab tertentu dan sehingga kini 24 hektar tanah diteroka membabitkan semua ahli koperasi," katanya. Menurutnya, mereka bukan sengaja hendak menceroboh sebaliknya sekadar menuntut janji di samping memerlukan kawasan untuk aktiviti pertanian berkelompok bagi menambah pendapatan. "Sebelum ini, bekas menteri besar, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pernah mengeluarkan kenyataan bahawa bekas tentera ditawarkan bertani di ladang Pahlawan. "Namun, sehingga kini kami tiada sebarang tempat untuk menjalankan aktiviti pertanian atau penternakan," katanya. Beliau berkata, semua pesara tentera ini sememangnya amat berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian membabitkan tanaman kontan seperti pisang, selain kelapa sawit untuk tempoh jangka panjang. "Dengan pencen RM700 hingga RM800 agak sukar untuk kami menampung kos sara hidup. "Kawasan ini amat bersesuaian untuk dimajukan dengan aktiviti pertanian sekali gus dapat membantu meringankan beban kami," katanya. A Rahman berkata, semua ahli telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perhutanan Negeri bagi membincangkan perkara berkenaan. "Kali ini, kami disarankan untuk membuat permohonan semula mengikut prosedur sebenar bagi membolehkan perkara berkenaan dipertimbangkan. "Selain itu, kami turut merayu kepada kerajaan negeri supaya dapat membenarkan tanah di kawasan hutan simpan kekal ini terus diusahakan," katanya. Sementara itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, tanah terbabit telah diwartakan Hutan Simpan Kekal dan juga kawasan tadahan air kerana berhampiran Kolam Air Bukit Merah. Bagaimanapun, menurutnya, dalam situasi ini, jika ada permohonan, ia boleh diproses melalui peraturan sedia ada. Katanya, laporan jabatan teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Daerah dan Tanah serta lain-lain juga diperlukan untuk membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat keputusan sama ada memberi kebenaran meneroka atau tidak. "Jabatan teknikal juga perlu memastikan sistem ekologi di kawasan berkenaan tidak terganggu dengan aktiviti yang hendak dilaksanakan. "Selain itu, alam sekitar juga perlu dipelihara tambahan pula kawasan terbabit sensitif memandangkan ia kawasan tadahan air," katanya. |
Dua kali kena tipu gores dan menang Posted: 25 Sep 2014 02:43 AM PDT
SEREMBAN - Penantian enam mangsa penipuan untuk bersemuka dengan sindiket gores dan menang di pejabat yang terletak di di Pusat Komersil Bukit Kepayang, di sini, hampa apabila kumpulan sindiket terbabit gagal hadirkan diri. Mereka menunggu sejak 11 pagi untuk mendapatkan semula wang seperti dijanjikan, namun sehingga 1.30 petang, kelibat wakil sindiket tidak kelihatan, malah pejabat yang menjalankan perniagaan itu didapati tutup. Keadaan menjadi tegang apabila seorang lelaki yang mendakwa dirinya wakil syarikat berkenaan membuat kecoh apabila mengetahui pemberita dan jurugambar turut menunggu bersama mangsa di hadapan pejabat berkenaan. Tidak senang dengan kehadiran pemberita, berlaku sedikit pertelingkahan antara wakil tersebut dengan salah seorang lelaki mewakili rakannya yang turut menjadi mangsa gores menang, namun ia dapat diselesaikan dengan baik walaupun gagal menuntut semula wang mangsa. Seorang pengadu yang enggan dikenali, 30, berkata, dia hadir ke pejabat itu untuk menuntut keadilan bagi pihak ibunya yang ditipu sindiket terbabit membabitkan wang RM40,000. "Apabila ramai mangsa memberitahu kumpulan sindiket itu akan memulangkan wang mereka hari ini, jadi saya hadir bagi mewakili ibu saya. Tetapi rupa-rupanya mereka ditipu sekali lagi," katanya. Ketika menceritakan semula kes yang berlaku terhadap ibunya, katanya, kejadian berlaku 11 September lalu di sebuah pasar raya di bandar ini, kira-kira 12 tengah hari. "Ibu saya didatangi enam lelaki termasuk seorang remaja perempuan belasan tahun di tempat letak kereta di pasar raya terbabit yang kemudian menawarkan ibu saya membuka kad peraduan gores dan menang. "Ketika itu ibu berseorangan pergi ke pasar raya. Sebaik menggores, mereka memaklumkan kepada ibu saya supaya membayar wang deposit dahulu untuk mendapatkan hadiah misteri," katanya. Menurutnya, sindiket itu turut bertanya kepada ibu saya jumlah simpanan dalam akaunnya sebelum ibunya memberitahu mempunyai wang simpanan sejumlah RM40,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia. "Tidak lama kemudian, kumpulan sindiket berkenaan terus membawa ibu saya balik ke rumah menaiki kenderaan mereka untuk mengambil buku simpanan sebelum dibawa ke sebuah bank di bandar ini. "Ibu saya yang seolah-olah seperti dipukau mengikut apa sahaja diarahkan mereka dan terus mengeluarkan wang sejumlah RM40,000 di bank berkenaan tanpa bertanya apa-apa," katanya kepada pemberita, semalam. Menurutnya, ibunya yang berusia 58 tahun itu dibawa ke pejabat mereka di sini untuk menandatangani dokumen selepas mengeluarkan duit di bank. "Mereka memberitahu supaya menyerahkan wang tersebut terlebih dahulu sebelum hadiah misteri yang dijanjikan itu diberikan, malah diminta supaya menandatangani segera dokumen diberikan tanpa perlu membaca isi kandungan. "Tetapi akhirnya, ibu saya cuma dapat tujuh barangan elektrik; antaranya vakum serta dua tilam jet," katanya. Menurutnya, berikutan kejadian berlaku kepada ibunya itu, satu laporan polis dibuat. Sementara itu, seorang lagi pengadu yang dikenali sebagai Low, 54, berkata, kumpulan sindiket berkenaan berjanji akan memulangkan semula duit mangsa gores dan menang semalam. Bagaimanapun, katanya, sindiket terbabit menghantar seseorang untuk membuat kecoh pula. "Kami hadir pun sebab mereka menghubungi supaya datang untuk mengambil wang daripada mereka, tetapi mereka menipu pula," katanya. Menurutnya, walaupun tuntutan ganti rugi berjumlah RM1,500 milik rakannya, tetapi wang berkenaan adalah hak mangsa. "Kami harap polis dapat ambil tindakan untuk perkara ini bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kepada orang lain," katanya. |
Terkejut bil air cecah RM4,000 Posted: 25 Sep 2014 02:41 AM PDT
PALONG - Seorang warga emas yang juga peneroka Felda Palong Satu di sini, terkejut apabila menerima bil air yang mencecah RM4,223.30 bagi bulan Ogos lalu. Warga emas itu, Tumpang Mihat, 61, berkata, caj berkenaan tidak masuk akal langsung kerana sebelum ini hanya sekitar RM15 hingga RM25 sebulan. "Mustahil dalam tempoh sebulan penggunaan air boleh mencecah lebih RM4,000 kerana hanya tiga orang sahaja yang tinggal di rumah ini. "Saya terima bil air ini pada 18 September lepas. Kemudian saya segera membuat aduan kepada Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), secara lisan, namun sehingga ke hari ini belum ada maklum balas positif," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam. Tumpang berkata, dia yang menetap di tanah rancangan Felda berkenaan sejak 39 tahun lalu tidak pernah menerima caj setinggi itu walaupun ketika mengadakan majlis keramaian. "Kalau buat kenduri kahwin sekalipun, cajnya tidaklah setinggi itu iaitu sekitar RM100 ke bawah. Manakala setakat ini, tiada pula paip pecah dekat rumah ini. "Jumlah caj ini seolah-olah saya perlu bayar untuk caj sebulan untuk seluruh penduduk kawasan Felda Palong Satu ini," katanya dengan nada kecewa. Sementara itu, menurut Penolong Pengurus Unit Korporat Sains, Norzita Ismail, pihaknya sudah mengambil tindakan dengan mendaftarkan aduan pengadu. "Aduan yang didaftarkan ini penting untuk memastikan aduan berkenaan dapat diatasi dalam kadar segera. Punca-punca bil pengadu meningkat akan disiasat melalui pelbagai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. |
'Tak ada selera makan kalau orang miskin berlapar' Posted: 25 Sep 2014 02:39 AM PDT
WAJAHNYA sentiasa serius dan kelihatan tegas, namun tiada siapa menduga, Kuan Chee Heng yang bertubuh tegap dan sasa disenangi golongan tidak berkemampuan dan anak-anak kecil yang mengenalinya. Melayan anak-anak yatim tidak kira bangsa dan agama seperti anak kandungnya sendiri, Chee Heng memberitahu, dia boleh tidur lena dan tersenyum puas jika dapat membantu orang yang dilanda kesusahan dan dihimpit kemiskinan akibat desakan hidup. Hampir setiap hari, jika dia mendapat tahu ada dalam kalangan masyarakat yang menahan lapar kerana tiada barang makanan untuk dimakan, dia akan terus bergegas ke pasaraya dan menghantar makanan dibeli terus ke rumah keluarga miskin tersebut. Mendapat sokongan rakan-rakan melalui laman web sosial, Chee Heng berkata, dia yakin kurniaan sifat membantu diberi tuhan dan prinsipnya sesuatu pemberian bukan diberi dengan tangan tetapi haruslah diberi dengan hati. Meski kadangkala ada menerima cemuhan daripada sesetengah masyarakat terhadap kerja amal dilakukan, Chee Heng menganggap itu ujian dan cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang manusia. "Setiap kali hantar makanan dan melawat rumah orang miskin saya ada muat turun gambar di laman sosial. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk apa yang saya buat tapi lebih untuk memberitahu masyarakat bahawa ada orang lain yang hidup tidak sesempurna mereka," katanya. Chee Heng berkata, dia pernah mengalirkan air mata melihat keadaan seorang kanak-kanak yang kudung tangan dan kaki namun mempunyai semangat yang kuat untuk meneruskan kehidupan. Berbekal sokongan wang ringgit daripada rakan-rakan yang lebih berkemampuan, Chee Heng akan memandu ke rumah orang miskin dan OKU membawa bantuan makanan termasuk beras, tepung, minyak sayuran, ikan serta ayam. Namun katanya, bukanlah semua yang mengaku miskin akan dibantu sebaliknya dia akan melakukan siasatan dahulu dan hanya memberi sumbangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. "Saya lihat ramai ibu-ibu tunggal yang hidup susah kerana ditinggal suami sama ada masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Mereka kena teruskan hidup tanpa bekerja untuk besarkan anak-anak. "Sebagai masyarakat, saya rasa inilah tanggungjawab saya membantu mereka. Kadangkala bila tahu ada orang miskin tak makan, saya pun tak selera makan selagi tak hantar makanan kepada mereka," katanya. Menganggap kesusahan orang lain adalah peluang untuk dirinya menabur bakti, Chee Heng tidak akan memberi kemewahan kepada mana-mana orang miskin yang dikenalinya. Namun katanya, mereka yang dulu sering berkerut dahi memikirkan bagaimana membeli makanan dalam keadaan serba kekurangan kini dapat tersenyum lega apabila dibantu. "Anggap keluarga yang susah seperti keluarga kita, anak-anak mereka jadikan bagaikan anak kita. Takkan kita sanggup biar mereka menahan lapar," katanya lagi. |
Posted: 25 Sep 2014 02:36 AM PDT
KEMAMAN – Tayar kenderaan terbiar yang menakung air dan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk antara sampah berjaya dikumpulkan pada Gotong-Royong Gempur Aedes Mega di Bukit Kuang anjuran Kemaman Bitumen Company Sdn Bhd (KBC) bersama JKKK. Seramai 300 penduduk menyertai gotong-royong itu dengan melakukan pembersihan di kawasan rumah masing-masing. Menariknya, keluarga yang berjaya mengumpulkan sampah terbanyak diberikan hadiah. Pengurus Besar Kilang KBC, Puwanat Wantanachaisaeng berkata, gotong-royong itu bagi menggalakkan penduduk meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari untuk membersihkan rumah dan kawasan sekitarnya agar tidak berlaku kes denggi. "Menyedari peningkatan kes demam denggi di seluruh negara ketika ini, KBC mengambil langkah proaktif dengan mengadakan program gotong-royong sebegini untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat di sekitar kawasan operasi kilang kami mengenai bahayanya aedes yang boleh membunuh. "Seramai 15 kakitangan KBC turut terlibat dalam gotong-royong ini, sekali gus mengeratkan lagi ikatan yang terjalin antara pihak KBC dengan penduduk Bukit Kuang," katanya pada acara itu yang dirasmikan Setiausaha Penyelaras Umno Dun Kijal, Roshali Taha. Turut serta, Pengerusi JKKK Kampung Bukit Kuang, Mohd Fadli Ibrahim dan timbalannya, Ahmad Rostam Mohamad. KBC membelanjakan kira-kira RM4,000 untuk menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu yang turut menyediakan gerai pemeriksaan kesihatan percuma dikendalikan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman. "CSR ini juga dilakukan kerana KBC mahu berkongsi keuntungan yang kami peroleh bersama penduduk setempat," katanya. Sementara itu, Roshali berkata, gotong-royong di rumah adalah langkah paling berkesan mencegah denggi kerana penularan wabak itu sebenarnya bermula dari rumah jika penghuninya tidak mengendahkan kebersihan. "Denggi menyerang tak mengenal mangsa, sesiapa sahaja terdedah jika wujudnya tempat pembiakannya jadi kesedaran bermula dari rumah. "Selain itu, syarikat swasta juga boleh menyumbang kepada masyarakat menerusi program seperti ini yang boleh membuka mata penduduk setempat," katanya. Pada masa sama beliau berkata, PBT juga perlu cakna terutama di kawasan yang baru membangun. "Pemantauan perlu dilakukan supaya ia tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk," katanya. |
Posted: 25 Sep 2014 02:34 AM PDT
PASIR PUTEH - Kemungkinan besar dalam tempoh kurang 15 tahun lagi haiwan unik, kubong atau nama sebenarnya sunda flying lemur akan pupus kerana populasinya dikatakan semakin mengecil dari tahun ke tahun. Pengkaji haiwan, Zainal Mat Amin, 47, berkata, kubong tidak berupaya terbang jauh kerana ia hanya melompat dan meluncur dari pokok ke pokok menggunakan 'kepak' seperti cicak kubing atau tupai terbang. Katanya, haiwan itu sukar ditemui kerana ia hanya aktif pada waktu malam khusus untuk mencari makanan seperti pucuk, daun dan buah-buahan. "Kubong adalah pendaki yang mahir dan tidak berdaya apabila di atas tanah, ia boleh meluncur pada jarak 100 meter serta berupaya mengemudi untuk mengalih arah sedikit sekiranya perlu ke pokok yang tidak dijangka," katanya. Sabtu lalu, seekor kubong tersesat memasuki kawasan penduduk di Kampung Telosan sebelum tersangkut pada jaring reban ayam. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pasir Puteh yang menerima aduan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi dan berjaya menangkapnya. Pegawai JPAM Pasir Puteh, Ramlan Ros Wahid berkata, ia kes pertama membabitkan kubong kerana selama ini JPAM banyak terlibat dengan penangkapan ular. "Kita lebih banyak terlibat dalam kes panggilan ancaman ular iaitu sebanyak 338 kes dari Januari hingga Julai tahun ini, kubong ini merupakan kes pertama yang kita tangani. "Walaupun tidak berbahaya, kukunya yang tajam boleh mendatangkan kecederaan tetapi anggota kita berjaya menjinakkannya, hari ini kita menyerahkannya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)," katanya. Beliau berkata, dalam kalangan generasi baharu, ramai yang tidak pernah melihat kubong dengan sebahagiannya tidak dapat memberi gambaran apabila disebut nama haiwan tersebut. "Mereka mungkin pernah dengar tapi mereka tidak dapat bayangkan rupanya, ada yang menyangka ia tupai terbang dan ada yang mengatakan ia haiwan ganjil," katanya. |
'Saya rayu agar cikgu berhenti pukul' Posted: 25 Sep 2014 02:32 AM PDT
KUALA TERENGGANU - 'Akibat salah buka muka surat yang diminta, saya diherdik, dipukul, diheret dan kepala dihentak di papan hitam seolah-olah saya melakukan kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan," demikian cerita pelajar tingkatan dua, Amir Ikhwan Mohamad Arof yang mendakwa dipukul guru di sebuah sekolah menengah di sini. Amir Ikhwan yang ditemui di kediamannya, di sini, berkata, kejadian berlaku Selasa lalu jam 12.30 tengah hari ketika dia berada di dalam kelas. "Ketika itu, guru berkenaan menyuruh kami membuka buku, saya tersilap membuka muka surat yang diminta, kemudian dia tanya kenapa salah buka, saya kata saya ikut kawan. Cikgu marah saya dan kata saya perli dia. "Dia heret saya dari tempat duduk ke hadapan kelas, dia tampar pipi, pukul dan hentak kepala saya di papan hitam. Saya rayu cikgu berhenti mencederakan saya tetapi dia tidak endah dan terus menarik kedua-dua telinga sehingga kepala saya sakit dan telinga saya lebam," katanya. Amir Ikhwan dan kedua ibu bapanya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri dan mahu tindakan lanjut diambil terhadap guru terbabit. Sementara itu, ibunya, Edah Endut, 42, berkata, dia amat terkejut melihat keadaan anaknya yang tidak bercakap seolah-olah trauma dengan sesuatu sebaik pulang ke rumah selepas habis sesi persekolahan, kelmarin. "Saya tambah terperanjat bila tengok belakang telinganya lebam, butang baju sekolah tercabut akibat direntap dengan kuat. "Niat saya dedahkan cerita ini bukan untuk aibkan sesiapa, saya hanya mahu kita ambil pengajaran terhadap apa yang berlaku. Saya tidak kisah jika guru ingin pukul anak saya, tetapi biarlah setimpal dengan kesalahannya," katanya. Amir Ikhwan tidak hadir ke sekolah semalam kerana malu untuk berdepan dengan kawan-kawan selain trauma serta takut untuk berdepan guru berkenaan. Selain membuat laporan polis, Edah bersama suami turut mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT). Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berharap kedua-dua pihak bersemuka untuk berunding mencari penyelesaian. "Memandangkan kes itu tidak melibatkan jenayah dan kecederaan teruk, kita harap kedua-dua pihak dapat duduk dan berbincang serta mencapai kata putus. "Saya sering mengingatkan agar ibu bapa dan guru memahami peranan masing-masing dalam mendidik generasi muda," katanya. Menurutnya, ibu bapa juga perlu menyelidik tingkah laku anak-anak dan tidak hanya mendengar daripada sebelah pihak sahaja. "Kita yakin, PIBG pihak sekolah dan ibu bapa akan berbincang mengenai perkara ini. Kita tidak mahu kes ini menyebabkan semua guru hilang semangat untuk mengajar kerana yang rugi adalah kita. "Tanggungjawab mendidik amat besar, guru-guru pun dinasihatkan agar mendidik dengan cara terbaik dan tidak menghukum murid atas kesalahan yang tidak setimpal," katanya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan