Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Shahrol (Shiro) Sangkal Bercinta Dengan Anak Tiri Saleem (Iklim)
- Liyana Jasmay Tolak Adegan Bersentuhan
- Penyanyi Asal 'Zakiah' Muncul Dalam Konsert Ramli Sarip
- Kabir Bhatia Sanggup Tunggu Awie Kerana 'Dollah Superstar'
- Jiwa tenang hafaz al-Quran
- Terkejut terima duit palsu
- Misteri wang tabung hilang terungkai
- Timba tembaga masjid lesap lagi
- National Geographic pilih Kelantan
- Bawa awek masuk rumah
- Lelaki berjalan atas tali sejauh 224 meter tanpa alat keselamatan
Shahrol (Shiro) Sangkal Bercinta Dengan Anak Tiri Saleem (Iklim) Posted: 23 Sep 2014 09:30 PM PDT | |
Liyana Jasmay Tolak Adegan Bersentuhan Posted: 23 Sep 2014 09:28 PM PDT | |
Penyanyi Asal 'Zakiah' Muncul Dalam Konsert Ramli Sarip Posted: 23 Sep 2014 09:27 PM PDT | |
Kabir Bhatia Sanggup Tunggu Awie Kerana 'Dollah Superstar' Posted: 23 Sep 2014 09:26 PM PDT | |
Posted: 23 Sep 2014 09:18 PM PDT
KLUANG - Walaupun baru mendekatkan diri dengan menghafaz surah-surah lazim, seorang penghuni Penjara Wanita Bentong, Pahang merasakan diri dan jiwanya tenang. Lisa,32, mengakui dia sebelum ini begitu jauh untuk membaca al-Quran dan penyertaannya memasuki pertandingan hafazan membuka hatinya untuk mendekatkan diri dengan kitab suci tersebut. Beliau yang dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun enam bulan atas kesalahan memiliki dadah berkata, dia tidak menyangka dipilih pihak penjara untuk menyertai pertandingan menghafaz al-Quran. "Sebelum saya masuk penjara, saya tidak pernah menghafaz al-Quran dan memasuki pertandingan walaupun saya bersekolah agama di Johor. "Jika dahulu, saya baca jika disuruh guru dan selepas itu saya tidak pernah mendekatkan diri dengan al-Quran, tetapi sejak Ramadan lalu, saya diberi kepercayaan mewakili Penjara Wanita Bentong menyertai pertandingan kategori hafazan. "Setiap hari saya hafaz surah berkenaan dan dari situ saya mula suka dan rasa tenang," katanya yang dinobatkan johan dalam kategori tersebut pada Pertandingan Hafazan dan Nyanyian Nasyid peringkat kebangsaan yang diadakan di Penjara Kluang, kelmarin. Lisa yang akan dibebaskan pada pertengahan tahun depan berkata, setiap hari dia menghafaz tiga hingga lima ayat al-Quran dan akan mengulangi ayat-ayat tersebut bagi melancarkan sebutannya. Katanya, dia makin bersemangat meneruskan hafazannya selepas dinobatkan johan. "Walaupun perlu mengambil masa lama untuk hafaz 30 juzuk al-Quran, tetapi saya akan berusaha melakukannya sebelum saya dibebaskan," katanya. | |
Posted: 23 Sep 2014 09:17 PM PDT
BATU PAHAT – Seorang pemilik pusat hiburan di daerah ini terkejut apabila diberitahu juruwangnya menerima wang palsu RM100 lebih daripada tiga keping. Pemilik pusat hiburan yang mahu dikenali sebagai Johnny, 36, berkata, wang kertas itu hampir serupa dengan asli, tetapi mempunyai nombor siri yang sama. Menurutnya, dia diberitahu ketika proses pengiraan wang selepas tamat menjalankan perniagaan. "Kesemua wang kertas berkenaan diterima sepanjang minggu lalu dan saya terkejut apabila melihat wang kertas palsu terbabit selepas ditunjukkan pekerja. "Saya dan pekerja tidak menyangka wang kertas berkenaan palsu pada mulanya, tetapi melihatkan kertasnya agak kasar, saya memeriksanya di bahagian depan dan belakang duit berkenaan. "Setelah diteliti kesemua wang berkenaan mempunyai nombor siri yang sama," katanya semalam. Johnny berkata, dia akan menyiasat perkara berkenaan dengan melakukan pemeriksaan dan pemerhatian melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pusat hiburannya. Katanya, dia juga belum dapat memastikan wang kertas palsu terbabit diterima daripada individu sama atau mereka yang bergerak dalam kumpulan sama. "Saya nasihatkan peniaga perlu berwaspada apabila menerima wang kertas daripada pelanggan terutama yang melibatkan jumlah besar. "Saya belum lagi membuat laporan polis berkaitan kes berkenaan, kerana ingin melihat rakaman CCTV terlebih dahulu dan mengambil langkah berhati-hati," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad menasihatkan pemilik pusat hiburan berkenaan agar membuat laporan polis segera supaya pihaknya dapat melakukan siasatan. Katanya, melalui laporan diterima polis daerah ini, bermula Januari sehingga kini sebanyak 25 kes membabitkan wang kertas palsu di mana sebanyak 28 keping wang RM100 dan RM50. "Saya nasihatkan semua peniaga di daerah ini supaya berhati-hati dengan kejadian seperti ini selain menyarankan mereka menggunakan alat imbas wang," katanya. | |
Misteri wang tabung hilang terungkai Posted: 23 Sep 2014 09:14 PM PDT
TAIPING – Misteri kehilangan wang tabung masjid sejak beberapa bulan lalu terungkai apabila perangkap dipasang jawatankuasa di Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang berjaya mencekup dua lelaki. Pengerusi masjid, Mustafa Bakar berkata, sebelum ini, pengurusan masjid sangsi dengan kehilangan duit tabung hasil derma jemaah, namun tiada bukti pelakunya. "Atas dasar prihatin, kami pasang kamera litar tertutup (CCTV) dan menjalankan rondaan di masjid, terutama pada lewat malam. "Alhamdulillah, dengan kerjasama semua kita dapat mengesan individu tidak bertanggungjawab ini," katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, Khamis lalu, enam jawatankuasa masjid dan ahli rukun tetangga yang melakukan rondaan berjaya menangkap dua suspek yang mengumpil besi tingkap dipercayai mahu menceroboh dan mencuri. Mustafa berkata, kegiatan lelaki terbabit yang beberapa kali memecah masuk masjid telah lama diperhatikan. "Mereka dikesan menggunakan teknik pancing untuk mencuri wang berdasarkan penutup tabung yang rosak. "Kami bersyukur kerana akhirnya individu yang bertanggungjawab berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan. Menurutnya, ketika kejadian kedua-dua suspek menceroboh diri ke dalam premis, namun atas kecekapan penduduk, mereka berjaya diberkas sebelum sempat mengambil wang tabung. "Sikap tanggungjawab penduduk dan rukun tetangga di kawasan itu berjaya menahan kedua-dua suspek. "Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan iaitu pecah masuk rumah tanpa kecurian dan kesalahan terbabit boleh membawa hukuman penjara sampai dua tahun dan boleh juga dikenakan denda," katanya. | |
Timba tembaga masjid lesap lagi Posted: 23 Sep 2014 09:09 PM PDT
KAMPUNG DENGIR - Sebuah timba tembaga berusia lebih 82 tahun milik Masjid Haji Ishak di sini, hilang buat kali kedua dipercayai dicuri. Pengerusi jawatankuasa masjid, Mohamad Husin berkata, kehilangan timba tembaga antik seberat kira-kira 30 kilogram yang disimpan di dalam stor masjid itu disedari oleh imam 2 masjid tersebut, Mamat Taib dan bilal, Saari Said kira-kira jam 4 petang kelmarin. Menurut Mohamad, timba tersebut pernah dicuri pada 28 Ogos 2012 ketika disimpan di bilik imam masjid sama dan ditemui tidak lama kemudian di sebuah kedai barang lusuh (besi buruk) dipercayai dijual pencuri terbabit. "Selepas ditemui semula, timba itu disimpan di dalam bilik stor yang terletak bersebelahan mimbar masjid dan dikunci kemas termasuk terdapat pintu jeriji," katanya. Beliau berkata, kejadian kelmarin disedari Mamat dan Saari yang ke masjid tersebut untuk solat Asar serta dipercayai timba itu dicuri antara jam 2 hingga 4 petang iaitu selepas waktu Zohor hingga menjelang Asar. Katanya, pencuri bertindak memotong pintu jeriji sebelum masuk ke dalam stor itu. "Timba itu sudah tak digunakan, tapi jadi bahan sejarah kerana ia pernah digunakan untuk ambil air perigi masjid lama puluhan tahun lalu. "Ia memang berat dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi buat masjid ini apatah lagi pada zaman dahulu dikatakan hanya tiga masjid di daerah ini yang mempunyai timba seperti itu, antaranya Masjid Kuala Besut," katanya. Mohamad berkata, pencuri dipercayai masuk ke ruang masjid kerana pintu utama tidak berkunci dan bertindak memecahkan jeriji besi dan pintu stor selepas jemaah selesai solat Zohor. Ketika kecurian pertama dahulu tembaga itu ditemui semula selepas pihak berkuasa berjaya memberkas suspek yang merupakan penduduk sekitar. Satu laporan dibuat di Balai Polis Kuala Besut dan Mohamad berharap sesiapa yang melihat timba tembaga bersaiz besar tersebut agar melaporkan segera kepada polis. | |
National Geographic pilih Kelantan Posted: 23 Sep 2014 09:06 PM PDT
KOTA BHARU - Kelantan bakal menarik lebih ramai pelancong luar selepas negeri ini terpilih untuk difilemkan dalam dokumentari National Geographic, sekali gus menjadi platform memperkenalkan pelbagai tempat bersejarah dan budaya masyarakat ke peringkat dunia. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sebelum ini dalam perjumpaannya bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, beliau berjanji mahu memperkenalkan negeri Cik Siti Wan Kembang itu ke peringkat dunia. "Maka janji itu telah ditunaikan kali ini setelah kru National Geographic turun ke Kelantan dan mengadakan sesi penggambaran di beberapa tempat menarik di Kelantan termasuk di Istana Jahar, sebuah mercu tanda di Kelantan. "Harapan kami semoga dengan paparan dokumentari ini akan memperkenalkan Kelantan ke peringkat lebih jauh dan turut menjadi pilihan pelancong luar, dan semakin ramai berminat untuk datang serta melihat sendiri keunikan di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menyertai penggambaran dokumentari tersebut di Istana Jahar, di Jalan Sultan, di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Md Anizam Abdul Rahman. Mohamed Nazri berkata, beliau juga turut dipilih sebagai wakil hos untuk memperkenalkan Kelantan melalui pakaian petani dengan memakai kain dililit di atas kepala, selain mengenakan kain sarung dan seluar panjang serta berbaju T bagi melambangkan kehidupan masyarakat di negeri ini. "Saya juga dipilih sebagai hos jemputan memperkenalkan pelbagai barangan tradisional dan klasik Kelantan dalam dokumentari tersebut. "Insya-ALLAH, dokumentari ini akan ditayangkan sedikit masa lagi. Ia tentunya beri peluang kepada negara luar yang sebelum ini tidak mengenali Malaysia dan Kelantan untuk memahami serta menyelami budaya Melayu Kelantan yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas, malah mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain," katanya. Sementara itu, Md Anizam amat berterima kasih atas usaha Mohamed Nazri memperkenalkan Kelantan ke peringkat dunia. "Kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri amatlah diharapkan dalam usaha membangunkan Kelantan," katanya. | |
Posted: 23 Sep 2014 09:03 PM PDT
DUNGUN - Demi memenuhi tuntutan nafsu, seorang lelaki sanggup bertindak di luar batasan dengan membawa teman wanita masuk ke dalam rumah keluarganya dipercayai untuk memadu asmara. Difahamkan, perbuatan menyelinap masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur itu dilakukan pada lewat malam ketika ahli keluarga lain sedang tidur. Lebih menyedihkan, perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di dalam bilik tidur tanpa disedari ahli keluarganya. Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar selepas polis menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 9 pagi kelmarin bagi menahan pasangan terbabit. Sebaik sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dungun tiba, ahli keluarga lelaki terbabit seakan tidak percaya pasangan kekasih itu berada di dalam bilik tidur rumah berkenaan. Namun selepas membuka pintu bilik, mereka mendapati seorang wanita yang hanya berseluar pendek ada bersama lelaki terbabit yang turut mempunyai rekod dadah. Hasil pemeriksaan lanjut menemui lapan pil kemerahan disyaki methamphetamine (pil kuda) dalam poket seluar lelaki berusia 37 tahun itu, malah kekasihnya yang berasal dari Felda Ketengah Jaya turut miliki sebutir pil sama. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub yang mengesahkan tangkapan berkata, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta sama selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif pil kuda. | |
Lelaki berjalan atas tali sejauh 224 meter tanpa alat keselamatan Posted: 23 Sep 2014 08:57 PM PDT SWITZERLAND - Seorang lelaki Jerman, Julian Mittermaier, 21, mencipta rekod berjalan di atas tali sejauh 224 meter merentangi Empangan Mauvoisin di sini, lapor akhbar The Sun semalam. Lokasi tersebut pernah dijadikan penggambaran untuk filem James Bond, GoldenEye pada tahun 1995. Mittermaier yang menetap di Regensburg, Jerman berada pada ketinggian 199 meter dari atas tanah dan tidak memakai sebarang peralatan keselamatan sewaktu melakukan aksi berani itu. Dia berjaya melaksanakan misi tersebut pada Ogos lalu, namun gambarnya baru sahaja disiarkan semalam. "Saat saya menjejakkan kaki di atas tanah, barulah saya rasa teruja kerana berjaya melakukan aksi tersebut," kata Mittermaier. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan