sumber :-
Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Den Wahab Tidak Halalkan RM15,000 Dipinjam ND Lala
- Awal Ashaari Nafi Merajuk Tidak Dipilih Jadi Pengacara AF 2014
- Derita 4 Tahun, Ammar Alfian Kongsi Rasa Kesal Musuhi Wartawan
- "Abby Abadi Pernah Tolak Hutang Saya" - Bekas Suami
- Universiti perfileman?
- Pengarah fail gantung perintah bayar ganti rugi
- Budu tiub mendapat sambutan
- Aiskrim buatan Muslim
Den Wahab Tidak Halalkan RM15,000 Dipinjam ND Lala Posted: 22 Sep 2014 06:46 PM PDT |
Awal Ashaari Nafi Merajuk Tidak Dipilih Jadi Pengacara AF 2014 Posted: 22 Sep 2014 06:45 PM PDT |
Derita 4 Tahun, Ammar Alfian Kongsi Rasa Kesal Musuhi Wartawan Posted: 22 Sep 2014 06:43 PM PDT |
"Abby Abadi Pernah Tolak Hutang Saya" - Bekas Suami Posted: 22 Sep 2014 06:42 PM PDT |
Posted: 22 Sep 2014 06:40 PM PDT SABAN hari, ada saja nama baru muncul di persada seni tanah air, sama ada dalam dunia muzik mahupun lakonan. Jika dilihat daripada sudut positif, kehadiran bakat baru ini tentu saja membantu merancakkan lagi industri seni negara. Bahkan, golongan pelapis ini dilihat gigih mencari tapak dalam dunia hiburan tempatan apatah lagi dengan bantuan dan sokongan daripada media massa termasuk media baru hari ini. Bukan hanya daripada media massa, kepercayaan daripada syarikat produksi turut memainkan peranan yang cukup penting dan itulah yang dibuktikan oleh Metrowealth International Group (MIG). Sejak menerbitkan filem pertamanya berjudul Syukur 21, lebih sedekad lalu, MIG telah melahirkan ramai bakat baru yang kini merupakan nama-nama besar dalam bidang lakonan tanah air. Maya Karin, Waheeda, Farid Kamil dan Lisa Surihani adalah antara pelakon popular yang banyak mencipta nama menerusi filem-filem terbitan MIG. Mereka digilap menerusi MIG Talent iaitu agensi di bawah syarikat produksi itu. Melihat daripada perkembangan drastik MIG, pemiliknya, Mejar (K) David Teo turut menganggap MIG sebagai sebuah 'universiti perfileman' yang melahirkan bakat lakonan dan pengarah baru menerusi Skim Pengarah Muda tajaan syarikatnya. Ikuti temu bual Zass dengan David yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MIG, di majlis tayangan media filem terbarunya, Nasi Tangas (Nasi Kangkang), baru-baru ini. MIG sebagai universiti perfileman. Boleh anda terangkan dengan lebih lanjut? MIG sudah boleh dianggap sebagai universiti yang melahirkan bakat baharu, oleh kerana itu, slogan 'Bintang Dicipta Bukan Dilahirkan' terus digunakan sehingga ke hari ini. Bahkan, kami sentiasa membuat persediaan dengan melahirkan barisan pelakon pelapis yang akan meneruskan kesinambungan dalam bidang perfileman pada masa depan. Ia juga bagi mengelakkan kebergantungan terhadap pelakon-pelakon sedia ada. Jika mahu terus menjadi penerbit, muka-muka baharu ini perlu ada. Selain daripada memiliki pelakon sendiri, MIG turut memperkenalkan Skim Pengarah Muda MIG, sejak dua tahun lalu. Antara pengarah muda yang digilap MIG seperti Ismail Hasim, Azhari Zain, Pierre Andre, Hashim Rejab, Farid Kamil, Ahmad Rusli, Yana Samsuddin, Muhamad Razif, Noor Hazlin, Mohd Azaromi dan Nor Zahirah. Ada bilangan tertentu untuk merekrut bakat baharu? Setiap tahun, MIG akan mengambil 15 bakat baharu yang terpilih. Untuk tahun ini, kuota itu masih lagi belum mencukupi. Kami masih lagi kekurangan lima orang lagi. Setakat ini, MIG mempunyai lebih 35 artis. Antara artis di bawah naungan MIG ialah Farid Kamil, Intan Ladyana, Zalif Sidek, Nina Iskandar, Adibah Yunus, Atikah Shuhaimi, Niezam Zaidi dan Azwan Kombos. Ada tapisan yang perlu dihadapi oleh bakat baharu ini? Tidak semuanya akan bergelar pelakon sebaliknya bakat baharu itu akan ditapis dan diberi tempoh percubaan selama setahun sama ada untuk terus kekal atau tidak bersama MIG. Dalam tempoh percubaan itu, kami akan melihat kepada empat faktor utama iaitu disiplin, kesungguhan mereka untuk menjadi artis, kontroversi yang terkait dan respons masyarakat kepada mereka. Jika masyarakat tidak suka juga... ia tidak bagus untuk promosi filem. Selepas tempoh percubaan itu tamat, bagaimana dengan keputusannya? Kami akan memberi kebebasan kepada bakat baharu ini untuk memilih keputusan sama ada untuk terus kekal ataupun tidak. Oleh sebab itu, selepas setahun, kami akan mengkaji semula kontrak. Setakat ini, hanya dalam 30 peratus yang akan terus bersama kami. Soal kontraknya pula bagaimana? Setiap kontrak yang dikeluarkan adalah selama lima tahun, bagaimanapun ia bergantung kepada artis tersebut. Kebiasaan mereka akan tandatangan kontrak selama lima tahun, namun terpulang kepada mereka jika mahu keluar lebih awal ikut budi bicara. Sehingga ke hari ini, kami masih lagi menggunakan kontrak dan syarat yang sama seperti sebelum ini. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang diubah suai menjadi lebih terperinci. Syarat masih sama seperti dahulu cuma ada beberapa syarat yang kita perbaiki mengikut beberapa pengalaman artis sebelum ini yang melanggar kontrak. Atas nasihat peguam, kami meletakkan harga ganti rugi mengikut kemampuan dan nilai filem yang kita beri pada mereka. Perancangan jangka masa panjang MIG? MIG menyasarkan 200 filem terbitan sehingga penghujung 2018. Malah, saya mempunyai sasaran sendiri iaitu ingin mencipta rekod sebagai penerbit yang berjaya menghasilkan 1,000 filem di sepanjang penglibatan saya dalam industri. Diharapkan, ia akan menjadi kenyataan. Komen anda mengenai filem terbaru, Nasi Tangas (Nasi Kangkang)... Dek perbincangan yang teliti dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF), menyebabkan tayangan filem ini mengalami kelewatan lebih enam bulan. Malah, atas nasihat daripada LPF juga, tajuk filem ini perlu diubah kepada Nasi Tangas (Nasi Kangkang). Mujur pemotongan yang dilakukan tidak banyak sebaliknya hanya melibatkan dua tiga perubahan. Saya bersyukur untuk itu. Saya mengharapkan agar filem ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peminat di luar sana. Seperti biasa, dalam setiap filem terbitan anda, sudah pastinya ada wajah-wajah baru yang ditampilkan. Begitu juga dengan Nasi Tangas (Nasi Kangkang) yang memilih Azwan Kombos, Shima Anuar, Adiba Yunus sebagai teraju utamanya. Komen anda? Sejak dulu lagi, MIG telah menyediakan barisan pelakon pelapis untuk diserapkan dalam filem-filem terbitan kami. Ia bagi menghadapi masalah kekurangan pelakon kerana bilangan filem terbitan MIG semakin bertambah. Kami tidak mahu pelakon yang ditampilkan dalam filem asyik muka-muka yang sama. Nanti penonton akan bosan. MIG memberi mereka peluang untuk tunjukkan bakat. Kalau berjaya mereka akan pergi jauh dan industri perfileman juga mempunyai banyak pilihan pelakon. |
Pengarah fail gantung perintah bayar ganti rugi Posted: 22 Sep 2014 06:39 PM PDT
KUALA LUMPUR - Seorang pengarah drama dan filem serta syarikatnya memfailkan permohonan untuk menggantung perintah membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai Johan Raja Lawak dan isterinya. Pembayaran itu berhubung kes saman yang difailkan pelawak itu terhadap kecederaan yang dialaminya empat tahun lepas. Pengarah, Mohd Javed Mohd Nizar dan syarikat penerbitan drama dan filem, Juara Filem Production Sdn Bhd memfailkan permohonan itu pada 17 September lalu sementara menunggu untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam pada 7 Julai. Peguam Suhaimi Saad yang mewakili Johan ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa permohonan Mohd Javed dan syarikatnya itu akan didengar di Mahkamah Rayuan, Khamis ini. Suhaimi berkata Penolong Kanan Pendaftar Ti Pei Si menetapkan 26 September ini untuk pengurusan kes ketika kes itu disebut di dalam kamarnya yang turut dihadiri peguam Baljit Singh yang mewakili Mohd Javed dan syarikatnya itu. Pada 7 Julai lalu, Hakim Su memerintahkan Mohd Javed serta syarikat penerbitannya membayar ganti rugi RM100,000 dan kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus kepada pelawak itu bermula daripada tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian. Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail, serta faedah lima peratus bermula daripada tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian. Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos guaman RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu. Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada 11 Mei 2010. Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri dan Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai 'Halim'. Johan, yang juga seorang pengacara, mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul. |
Posted: 22 Sep 2014 06:36 PM PDT
BERMULA dengan pengalaman sendiri yang tidak dapat membawa budu ketika menaiki kapal terbang, seorang pengusaha memperkenalkan makanan istimewa itu dalam bentuk tiub. Pengusaha Budu Cap Ketereh, Mat Ismail Jusoh berkata, idea tersebut diperoleh sejak tiga tahun lalu selepas beliau tidak dibenarkan membawa budu diisi dalam botol ketika mengunjungi negara China, Indonesia dan Thailand. Mat Ismail berkata, sejak itu, beliau berusaha untuk menambahbaik produk keluarannya bagi memberi kemudahan kepada penggemar budu di seluruh negara. Katanya, pada tahun hadapan, beliau berhasrat untuk mengeksport produk (budu tiub) itu ke pasaran antarabangsa termasuk Dubai. "Alhamdulillah, sekarang sudah lima bulan budu (pati ikan bilis) yang diperkenalkan dalam bentuk tiub berada di dalam pasaran seluruh Malaysia. "Sekarang penggemar makanan popular Kelantan ini boleh menikmati budu di mana sahaja kerana ia boleh dibawa ke destinasi pilihan tanpa rasa bimbang ia akan pecah," katanya selepas perasmian Produk Budu Cap Ketereh Inovasi Baharu di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang turut dihadiri Pengarah Miti Kelantan, Azran Derahman. Syarikat budu cap Ketereh yang beroperasi di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor merupakan kilang pemprosesan terbesar di seluruh negara dan beroperasi sejak 34 tahun lalu. Sekarang, Mat Ismail boleh berbangga dengan hasil inovasinya itu apabila produk budu berkenaan berjaya dikeluarkan sebanyak 50,000 dozen tiub. Selain itu, Mat Ismail berkata, perusahaan warisan sejak 34 tahun itu bukan sahaja beri rezeki kepada keluarganya, bahkan seramai 80 penduduk setempat bekerja di kilang berkenaan. Menurutnya, biarpun budu dalam bentuk tiub tersebut semakin mendapat tempat di pasaran, namun budu (botol) tetap menjadi pilihan di dalam dan luar negara sejak 34 tahun lalu lagi. "Dalam setahun, sebanyak satu juta botol budu berjaya dipasarkan di seluruh negara dengan jualan RM10 juta setahun. Manakala Kuala Lumpur dan Terengganu antara negeri yang terbanyak dipasarkan," katanya. Mat Ismail memberitahu, rahsia kejayaan perniagaannya yang dapat bertahan sejak 34 tahun adalah memastikan ikan bilis dibelinya segar sebelum diproses dan mengutamakan kebersihan supaya rasanya tidak berubah. Dalam pada itu, katanya, sepanjang kempen PRK Dun Pengkalan Kubor, permintaan budu juga amat luar biasa apabila lebih 5,000 botol dikeluarkan berbanding hari kebiasaannya. "Ini kerana permintaan penjual di kedai makan kerana ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri tertumpu di Pengkalan Kubor," katanya. Sementara itu, Azran berkata, pada 2011 Miti menerusi agensinya memberi geran pembungkusan sebanyak RM98,000. "Pada tahun ini, syarikat tersebut menghantar permohonan kepada SME Bank dan kita berusaha bagi membantu kerana ini merupakan produk tradisional Kelantan yang mempunyai pasaran luas untuk diterokai. "Ini termasuk usaha untuk memasarkannya ke Dubai, Brunei dan lain-lain negara lagi yang mempunyai potensinya," katanya. Sementara itu, Mustapa berkata, kementeriannya merancang membantu mengeksport produk budu itu ke Dubai, Makkah, Arab Saudi, Brunei dan Singapura. "Syarikat budu yang terbesar di Malaysia ini, sudah mencapai jualan RM10 juta setahun di seluruh negara. Kita melihat budu ini mempunyai potensi menembusi pasaran luar jika mempunyai perancangan rapi dari segi pemasaran, pembungkusan dan pembuatan," katanya. Beliau berkata, kejayaan pemilik syarikat budu berkenaan bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada lebih 80 penduduk tetapi juga membantu 36 nelayan ikan bilis. |
Posted: 22 Sep 2014 06:35 PM PDT
MENYEDARI kurangnya syarikat Muslim yang menjual aiskrim di pasaran tempatan, Ruslina Mohd Lazim, mengambil langkah memperkenalkan ais krim jenama ParaBella. Berdiri di bawah syarikat Bumimasa Sdn Bhd aiskrim ParaBella kini sudah dua tahun berada dalam pasaran tempatan sejak Februari 2012. Ruslina juga merupakan Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Bumimasa berkata, ParaBella di sasarkan kepada golongan Muslim dalam menyediakan ais krim yang di jamin halal. "Di awal perniagaan kami melaburkan sebanyak RM500,000 bagi menyediakan dua jenis variasi ais krim iaitu ais krim premium dan biasa termasuk dengan mesin memproses ais krim. "Buat masa ini aiskrim ParaBella boleh didapati di rangkaian kedai runcit Melayu Muslim Az-Zain seluruh negara dan kedai runcit Islam lain di sekitar Lembah Klang," katanya ketika ditemui semasa Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2014 di Seri Kembangan, baru-baru ini. Ditanya mengenai permintaan orang ramai, Ruslina berkata, buat masa ini permintaan pelanggan meningkat dari semasa ke semasa terutamanya dari Kuala Lumpur dan Selangor. "Tetapi kami tidak mampu memenuhi permintaan tersebut memandangkan pengeluaran dan logistik kami agak terhad buat masa ini. "Oleh itu kami turut menyediakan pakej runcit kepada peniaga untuk meletakkan peti sejuk aiskrim ParaBella di kedai mereka," katanya. Ruslina turut menambah permintaan aiskrim ParaBella di lihat meningkat sedikit rentetan isu boikot oleh pengguna Muslim kebelakangan ini. "Mungkin pengguna sekarang semakin sedar bahawa masih ada produk buatan Muslim di luar yang terjamin halal dan selamat untuk dimakan serta membantu sesama Muslim," katanya. Bagi aiskrim premium ParaBella boleh didapati melalui enam perasa seperti vanila, coklat dan lain-lain pada harga RM2 setiap sudu menggunakan kon, manakala bagi aiskrim biasa pada harga bermula RM1 hingga RM2.50. Bumimasa juga sedang melakukan kajian dan penyelidikan (R&D) dalam menyediakan aiskrim berperisa durian bagi pasaran eksport. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan