ads

Sabtu, 5 Oktober 2013

Zon Artis


sumber :-

Zon Artis


(Gambar) Amir Jahari Selamat Bernikah, Tiada Niat Sorok Perkahwinan

Posted: 05 Oct 2013 09:36 PM PDT

GAMBAR KAHWIN AMIR JAHARI

Tiada khabar berita tup-tup mStar Online hari ini melaporkan bahawa pelantun lagu Gelisah yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kesembilan iaitu Amir Jahari telah melangsungkan pernikahan pada pagi Sabtu lalu di Kuching, Sarawak.

Amir yang sah menjadi suami kepada Kartini Ismail, 27, dengan hanya sekali lafaz memberitahu, dia tidak menghebahkan mengenai perkara baik itu kerana majlis berkenaan hanya dibuat secara kecil-kecilan dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

"Saya mengakui tidak menghebahkan tarikh saya akan berkahwin tetapi tidak pula mempunyai niat untuk menyorokkan perkara baik itu daripada sesiapa. Majlis yang berlangsung itu hanya dibuat secara sederhana sahaja untuk keluarga kedua-dua belah pihak,"

GAMBAR KAHWIN AMIR JAHARI

Pada majlis pernikahan yang diadakan di Penview Hotel, Kuching itu, Amir telah memberikan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas manakala RM10 ribu sebagai wang hantaran. Bagaimanapun tiada barang hantaran diberikan oleh kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi juga telah dilangsungkan dan diadakan ditempat sama selepas selesai majlis akad nikah yang mana majlis tersebut adalah untuk kedua-dua belah pihak sekaligus. Selain ahli keluarga, Aizat dan Amar Amdan adalah antara tetamu yang hadir di majlis tersebut.

GAMBAR KAHWIN AMIR JAHARI

Seperti kebanyakkan pasangan pengantin baru yang akan berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga, Amir juga tidak melepaskan peluang itu dengan memberitahu yang dia dan isterinya akan berbulan madu di Kundasang, Sabah pada minggu hadapan sebelum kembali ke Kuala Lumpur.

Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved