Straight to the point – Nurul Wahab telah selamat melahirkan anak pertama hasil perkahwinannya dengan Eric Deep pada jam 10.28 pagi tadi. Seperti yang dikongsikan sendiri oleh Nurul menerusi blog peribadinya, bayi dilahirkan secara normal dengan berat 3.026 kilogram dan berjantina lelaki.
Buat masa ini, Nurul masih tidak memberitahu nama anak lelakinya itu kepada umum sebaliknya cuma menamakannya dengan gelaran 'baby Z'. Gambar baby juga masih belum dikongsikan, mungkin Nurul dan suami belum bersedia kot. Apa-apa pun, tahniah buat Nurul dan suami.
Oh ya, Nurul sempat mengemaskini blog peribadinya hanya selepas dua jam dia bersalin dan ianya berkisar mengenai kelahiran anak keduanya itu. Tidak mahu anda terlepas membacanya, kami kongsikan kandungan entri yang ditulis oleh Nurul itu kepada anda di sini. Selamat membaca~
BABY 'Z' IS HERE! SYUKUR ALHAMDULILLAH…
Syukur Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby 'Z' jam 10:28 pagi tadi. Baby sihat dan begitu juga aku. Baby 'Z' dilahirkan secara normal dan beratnya 3.026 kg. semuanya okay. Aku sakit tak lama. Bermula jam 10:30 malam semalam – 1 jam sekali sakitnya – jam 3 pagi langsung ke hospital. Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku. syukur..syukur..
Di kala ini, keletihan melanda dan aku masih di computer riba menulis entry ini untuk memberitahu semua yang sememangnya menunggu kehadiran baby kedua aku, dan pertama bagi Eric. Aku tak sempat siapkan semuanya sebelum ini utnuk mengumumkan berita gembira ini. Aku tak tahu wajah siapa… baru dua jam.. tapi yang nyata kami sangat gembira dengan kelahiran ini. Ayu di Johor akan mendapat berita ini selepas waktu sekolah nanti. Hari ini hari kurang stress Ayu kerana paper PMR agak senang padanya iaitu English & Geografi. Namun tetap juga aku risau kerana bimbang dia buat salah dek terasa mudah. Ayu bakal pulang 11 Oktober dan aku pasti dia tak sabar nak habiskan PMR dan pulang ke KL!
Penuh emosi pagi ni especially dari ibu bapa mertua. Maklumlah kali pertama mendapat cucu. Roland & Germaine sangat bangga menjadi grandy! Soon aku akan letakkan gambar ya. Not today! Baby is here & I have to go.
Terima kasih sekali lagi di atas doa kalian. Aku amat hargainya. Semoga Allah rahmati semua peminat ku! Amin..
0 ulasan:
Catat Ulasan