ads

Selasa, 8 Oktober 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Kumpulan Tiga Muncul Single Pertama Pengakuan

Posted: 08 Oct 2013 07:21 PM PDT

Platform menjuarai pertandingan Bintang Idola BH (BIBH) 2012 anjuran Berita Harian menjadi langkah permulaan buat kumpulan Tiga untuk mewarnai persada seni tempatan. Di sebalik pasaran muzik yang tak menentu, kumpulan dibarisi anak muda empat orang ini optimis meneruskan survival mereka.

Ditubuhkan pada 1 Mac lalu, Tiga asal dan simboliknya hanya dianggotai tiga orang saja iaitu Arween (Mohd Qhairol Iqhssan, 28), Alfie (Syed Alfrizal, 26) dan sekuntum bunga iaitu Maya (Maya Hariyanto, 21). Tiga kali mencuba nasib secara solo, tuah ternyata gagal menyebelahi mereka dalam pertandingan berkenaan.

Idea bersatu dengan menubuhkan trio akhirnya membawa rezeki hingga memahat nama mereka dalam pertandingan BIBH 2012. Mengetengahkan konsep vokal secara berharmoni, kumpulan ini akhirnya sepakat menambah satu lagi anggota sekitar Jun 2013.

Ketika itu Zack Merican atau Zack berusia 20 tahun diserap masuk dan diharap mampu meneruskan lagi kelangsungan imej 'voicing group' yang dibawa kumpulan ini. Biar berempat, nama Tiga kekal di situ tanpa perlu diubah.

Kumpulan Tiga Muncul Single Pertama Pengakuan

Menurut Arween selaku ketua kumpulan, mereka menyifatkan masa sekarang bersesuaian untuk memperkenalkan diri mereka dengan genre muzik pelbagai seperti world music, pop RNB dan pop rock. Berbekalkan dengan pengalaman muzik masing-masing, mereka enggan menoleh ke belakang lagi.

"Kami daripada pelbagai latar belakang muzik. Macam saya dan Maya pernah menyanyi di kelab malam . Zack sendiri datang daripada keluarga muzik. Alfie sendiri pernah menyertai pertandingan realiti nyanyian seperti Mentor musim kedua di mana Zaf daripada bekas anggota VE menjadi mentor kepadanya.

"Malah ada di antara kami yang pernah disenarai pendek dalam pertandingan Akademi Fantasia tetapi ternyata tuah boleh menyebelahi kami. Tapi itu bukan alasan untuk kami terus mengalah sebaliknya perlu mencari alternatif lain untuk membuktikan bakat yang ada. Lalu Tiga menjadi manifestasi kepada apa yang kami mahu perjuangkan."

Memilih lagu Pengakuan ciptaan sepenuhnya penyanyi Alyah, Arween menjelaskan mereka yakin lagu itu boleh dianggap sebagai mesra radio dan mampu menambat hati pendengar. Malah ada cerita di sebalik lagu yang sudah terperap lama sejak 2008 itu.

"Alfie sendiri kenal rapat dengan Alyah dan itu antara benih permulaan yang mencetuskan kerjasama sulung ini. Malah kami juga cukup bangga dan senang dapat bekerjasama dengan Alyah menerusi lagu berkenaan. Moga apa yang kami rencanakan akan berjalan lancar. Insya-Allah."

Sementara itu, Alyah pula berkata ada cerita di sebalik lagu Pengakuan. Lagu berkenaan juga menjadi pertaruhan sulung penyanyi ini dalam penciptaan lagu. Lagu itu diilhamkan Alyah sekitar 2005 ketika dia masih bergelut membuktikan hayat seninya.

"Rizal atau kini dikenali dengan nama Alfie memang sudah lama dikenali Alyah. Kami pernah merancang untuk mewujudkan kumpulan yang mana dua daripada diwakili kami dari Malaysia dan dua lagi anggota dari Indonesia untuk pertandingan Gangstarz di TV3. Tetapi nak dijadikan cerita hasrat kami itu tersekat apabila Alyah saja yang mara untuk uji bakat. Ketika itu Alyah bakal diserap untuk menyertai kumpulan One Nation Emcees yang turut bersaing dalam pertandingan berkenaan. Bagaimanapun Alyah akhirnya memilih untuk tidak bersama kumpulan itu kerana memikirkan tidak manis dan tak wajar meneruskan perjuangan sedang Rizal dan dua lagi teman dari Indonesia tidak."

"Selepas itu, Alyah cuba berjinak-jinak mencipta lagu dengan menghasilkan melodi. Lagu Pengakuan yang mempunyai adunan pop dan rap pada asalnya dibuat atas dasar mencuba dan tak sangka pula karya itu yang diidamkan kumpulan Tiga. Pada saat itu Alyah berasakan lagu berkenaan masih belum memenuhi piawaian.

"Alyah sendiri tak rasa diri ini sudah bagus dalam dunia komposisi lagu. Ditambah pula dengan Alyah yang tak mempunyai pengetahuan dan selok belok mendalam dalam dunia berkenaan. Tak sangka selepas lapan tahun membikin lagu itu dan mendengar susunan baru yang dihasilkan kumpulan Tiga, ia jadi boleh tahan juga bunyinya."

Mengenai kumpulan Tiga, Alyah memuji usaha anggota berkenaan untuk memeriahkan persada seni. Tambahnya lagi, setiap daripada anggota kumpulan Tiga mempunyai bakat tersendiri.

"Alfie sendiri yang Alyah kenal dulu juga bergelut seperti mana kemunculan Alyah dulu. Alyah harap kumpulan ini akan terus maju jaya. Lagu Pengakuan juga meninggalkan memori tersendiri buat Alyah dan harap ia dapat memberi tuah kepada mereka."

Tiga Production beroperasi di Jalan Seri Permaisuri 5, Bandar Seri Permaisuri, 56000 Cheras, KL

Kumpulan Tiga Muncul Single Pertama Pengakuan

Kumpulan Tiga Muncul Single Pertama Pengakuan

Kumpulan Tiga Muncul Single Pertama Pengakuan

Kumpulan Tiga Muncul Single Pertama Pengakuan

Kumpulan Tiga Muncul Single Pertama Pengakuan

Komen via Facebook

Komen

Lirik Lagu Dunia & Syurga Akim Ahmad

Posted: 08 Oct 2013 07:03 PM PDT

Sudah mencecah umur 22 tahun, kini Akim sudah boleh dikategorikan penyanyi muda yang sangat berbakat besar dan mampu pergi lebih jauh dalam dunia nyanyian. Menariknya, kebolehan yang dimiliki penyanyi muda berasal dari Johor Bahru, Johor itu bukan sekadar menyanyi. Malah Akim juga sememangnya memiliki bakat tersendiri dalam bidang penciptaan lagu, penulisan lirik dan penghibur.

Terbaru, selepas lagu duet Akim & Stacy iaitu Kembali dan sebuah lagi diperkenalkan iaitu Menunggu yang telah berjaya menembusi corong radio serta bertahan lama dalam carta hits, Akim kembali mempertaruhkan sebuah lagi lagu yang terkandung dalam album Akim Ahmad.

Verse 1:
Selama
Berpimpin tanganmu
Meredah segala
Telah ku leka
Semakin
Dalam ku menyelam
Bagaikan bermimpi
Bahgia tetapi
Seperti peluru terluru di penjuru hatiku
Di sini pasti ku terpaksa berhenti

Chorus:
Bukan ku tak mahu bercinta
Tiada yang ku pinta
Lebih dari kau semata
Dunia & syurga
Bukan ku tak mahu segala
Intan emas permata
Cuma mahu bersamamu
Dunia & syurga
Dunia & syurga

Verse 2:
Meluncur
Atas salju dosa
Di ambang menjunam
Gelincir terbenam
Binasa
Usia dan masa jangan di sia-sia
Dan kini pasti ku terpaksa berhenti
Repeat chorus

Bridge:
Hari akhir kan tiba
Dan terbongkar rahsia
Sayangku ku perlu bersama dirimu sentiasa
Bukan saja dunia
Tetapi juga syurga…

Lagu & Lirik: Omar K.(RE:PLAY Music; administered by Universal Music Publishing Malaysia)
Terbitan, susunan muzik, rakaman, adunan: Omar K & Audi Mok di Fuse
Keyboards: Omar K & Audi Mok
Gitar: Jamie Wilson

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved