Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Wawa Zainal Pernah Bertunang Sebelum Nikah Aeril Zafrel Posted: 12 Oct 2013 08:25 PM PDT Terkejut Budiey bila baca pendedahan eksklusif dari BPop Berita Harian pada hari ini. Wawa didakwa berkahwin dengan Aeril tanpa memutuskan pertunangannya dengan seorang guru dari Lahad Datu, Sabah bernama Abdul Rashid. Budiey pun sebenarnya tak sangka episod pernikahan rahsia dan melahirkan anak yang menghimpit Wawa Zainal dan Aeril Zafrel belum habis setakat itu. Nampaknya, banyak lagi isu lain yang timbul. Sangat efisien kerja-kerja kewartawanan dari Team Berita Harian. Syabas diucapkan. Menurut BPop, Wawa Zainal sebenarnya sudah bertunang sebelum bergelar pelakon popular. Wawa didakwa bertunang dengan jejaka yang berasal dari Lahad Datu, Sabah iaitu Abdul Rashid @ Johari Hambali pada Jun, 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MIG Talents. Ketika itu, Wawa Zainal belum terbabit dengan mana-mana projek filem. Menurut bekas tunang Wawa, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa. Majlis tunang Wawa dan Rashid berlangsung di Lahad Datu yang dibuat antara keluarga sahaja. Sementara mereka berdua berada di KL pada masa itu. Pertunangan mereka hanya diketahui ahli keluarga Wawa dan Abdul Rashid saja. Orang luar tak tahu pasal perkara ini. Dikatakan kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di internet dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak yang didedahkan di akhbar minggu lalu. Tunang Wawa Zainal Buka MulutMenurut BPop, bekas tunang Wawa Zainal yang kini bergelar guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah itu enggan membuka rahsia peribadinya bersama Wawa. Beliau tahu berita Wawa dan Aeril berkahwin pada Selasa lalu selepas mendapat tahu tapi beliau tak pedulikan pasal berita itu sehinggalah Wawa Zainal sendiri yang menghubungi Wawa pada pagi Rabu lalu. Ternyata, bekas tunang Wawa sangat terkejut.
Pengakuan Wawa, Berkahwin Dengan Aeril Tak Pulang Cincin Tunang
Pernah Tak Suka Aeril"Saya sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya sempat bertanya pada Wawa, siapakah lelaki yang dinikahi. Dia beritahu suaminya adalah lelaki yang tidak disukai dulu. Dia adalah pelakon yang berlakon dalam drama Klik bersama saya dulu. Jadi, saya tahulah lelaki yang dimaksudkan adalah Aeril Zafrel." "Saya tanya lagi kenapa berkahwin dengan lelaku yang dibenci, dia hanya menangis saja. Bapa Wawa ada menghubungi saya pada Rabu lalu. Dia mohon maaf pada saya. Saya tanya, kenapa tak bagi tau pasal Wawa dah kahwin? Dia sebaliknya mempertikaikan kenapa tidak diberi nafkah bulanan. Menjadi budaya orang di Lahad Datu, lelaki kena memberi nafkah kepada tunangannya setiap bulan." Pertunangan Diatur KeluargaMajlis pertunangan Wawa Zainal & Rashid diatur oleh keluarga, selepas bapa Wawa Zainal mendesak Rashid supaya bertunang dengan Wawa.
Rashid juga mengakui dia sekarang masih bujang sehingga sekarang. Budiey rasa berita Wawa Zainal berkahwin dengan Aeril Zafrel ketika bergelar tunangan orang ni akan menjadi topik hangat di pagi Ahad ini. Maka benarlah gossip yang mengatakan Wawa Zainal dah bertunang yang disiarkan pada beberapa tahun lepas? Tapi Wawa tak nak mengaku dan kata, lelaki tu adalah saudaranya. Apa komen anda tentang perkara ini? Google+Komen via Facebook |
Final Ratu Jumbo 2013 Berlangsung Hari Ini Posted: 12 Oct 2013 09:45 AM PDT Pada jam 2.30 petang ini, Budiey dijemput untuk menghadiri Final Ratu Jumbo 2013 yang diadakan di ruang legar, Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ini adalah kali ke-empat penganjuran Ratu Jumbo di Malaysia. Budiey dikhabarkan ada sepuluh orang wanita gempal bersaing sesama sendiri di atas platform yang sama untuk dinobatkan sebagai Ratu Jumbo 2013. Terdapat tiga pusingan pertandingan ini yang dimulakan dengan permulaan peserta beragam dalam pakaian kasual yang ditaja Ericplus pada bahagian pengenalan diri yang diikuti oleh persembahan bakat terbesar mereka. Pusingan akhir akan menyaksikan peserta memakai pakaian jamuan petang. Peraduan ini dibuka kepada wanita bujang atau yang sudah berkahwin dengan berat badan minimum 80kg. Para peserta akan diadili berdasarkan personaliti, keyakinan diri, sokongan dari penonton, pakaian dan persembahan keseluruhan. Peraduan ini telah diadakan sejak tahun 2010 dan diilhamkan oleh Peraduan Ratu Jumbo di Thailand. Sungei Wang Plaza merupakan pusat beli-belah yang pertama di Malaysia untuk menganjurkan peraduan ini.Juara Ratu Jumbo 2013 akan pulang dengan Wang tunai RM5,000, Baucer A-Look Eyewear bernilai RM1,000, Baucer Miko Hair Studio bernilai RM800, Barangan solekan Xpression Make Up bernilai RM500, Kursus solek muka bernilai RM900, Baucer Produk Kecantikan Kulit Lafa Quen bernilai RM800, Trofi dan Selempang manakala naib juara akan menerima Wang tunai RM3,000, Baucer A-Look Eyewear bernilai RM500, Baucer Miko Hair Studio bernilai RM500, Barangan solekan Xpression Make Up bernilai RM300, Baucer Produk Kecantikan Kulit Lafa Quen bernilai RM400, Trofi dan Selempang. Pemenang tempat ke-tiga akan pulang dengan Wang tunai RM2,000, Baucer A-Look Eyewear bernilai RM500, Baucer Miko Hair Studio bernilai RM200, Barangan solekan Xpression Make Up bernilai RM200, Baucer Produk Kecantikan Kulit Lafa Quen bernilai RM300, Trofi dan Selempang. Terdapat juga empat hadiah sagu hati untuk anugerah gelaran "Paling Popular", "Paling Berbakat", "Undian Paling Tinggi di Facebook" dan "MY FM Most Popular Award" di mana setiap satu pemenang sagu hati ini akan mendapat Wang tunai RM500, Baucer Beli-belah bernilai RM500, Baucer Produk Kecantikan Kulit Lafa Quen bernilai RM100 dan Trofi Ratu Jumbo 2013 ditaja oleh A-Look Eyewear. Radio rasmi adalah MY FM dan MIX FM manakala majalah rasmi adalah feminine. Alat solek asmi adalah Xpression Make-Up Academy diikuti ericaplus sebagai pakaian rasmi. Salon rambut rasmi adalah Miko Hair Studi dan produk kecantikan kulit rasmi adalah Lafa Quen. Nantikan laporan dan #LiveUpdate pada petang ini. Google+Komen via Facebook |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan