Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Pengalaman Berharga di Think Blue. World Championship 2013 Posted: 01 Oct 2013 06:08 PM PDT Budiey kira anda masih ingat lagi dengan kempen anjuran Volkswagen iaitu Think Blue. – National Challenge 2013. Kalau ingat-ingat lupa, mari kita imbas balik apa itu Think Blue. ni. Think Blue. adalah hala tuju Volkswagen dalam menghasilkan produk yang mesra alam. Selain itu, ia mengalakkan kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar dan membantu mencipta masa depan yang lebih baik. Budiey kira, kempen ini sangat bagus untuk kita semua sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Tahniah Mr Ong Lin Kern Wakil Malaysia Think Blue. – National Challenge 2013Pada 1 Julai yang lalu, seorang pemenang telah dipilih untuk mewakili Malaysia melalui satu pemilihan yang berlangsung di Melaka. Budiey nak ucapkan tahniah buat Mr Ong Lin Kern yang telah berjaya bersaing dengan 29 orang peserta lain. Saingan yang cukup hebat. Apa tak hebatnya, Mr Ong berjaya mengumpul markah paling tinggi di mana semua peserta perlu menempuh lima jenis ujian. Antaranya, salah satu ujian paling penting ialah 'Fuel efficient driving', di mana peserta perlu memandu kereta Volkswagen Golf 1.4 TSI dengan cara penggunaan bahan api paling cekap. Tahukah anda bahawa terdapat 245 model kereta Volkswagen yang mengeluarkan bawah daripada 120g/km karbon dioksida dan 36 model Volkswagen lagi yang mengeluarkan bawah 100g/km karbon dioksida?Budiey difahamkan, kereta ini didatangkan dengan penggunaan minyak yang sangat rendah iaitu hanya menggunakan 1 liter minyak sahaja untuk 20km perjalanan. Namun, semasa cabaran ini, kita dapati ia boleh mencatatkan sehingga 27km bagi penggunaan minyak sebanyak 1 liter. Wow, sangat mengkagumkan juga ni. Sebagai hadiahnya, Mr Ong Lin Kern atau boleh kita gelarkan dia… nation's most fuel efficient driver ni telah diterbangkan ke Jerman untuk mengharungi cabaran Think Blue. World Championship 2013 pada 6 hingga 10 September lalu. Fuhhh… seronoknyaaa… Budiey kira, Mr Ong sangat layak dengan kriteria yang diperlukan oleh Volkswagen iaitu peserta mestilah cukup dengan ilmu pemanduan yang menjimatkan minyak ketika memandu dengan lebih berkesan, dan memahami konsep Think Blue. ciptaan Volkswagen ini. Selain itu, peserta juga diuji dengan menjawab soalan kuiz, memasak masakan tempatan dengan menggunakan bahan yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan. Menurut Encik Ong Lin Kern, beliau sangat tak sangka beliau berjaya mengharungi segala cabaran dengan lancar dan selamat.
Menyentuh tentang pengalaman semasa memandu di Jerman, Encik Ong berkata, beliau sangat seronok dan teruja sebab dapat melihat sendiri bagaimana suasana dan budaya pemanduan di negara Jerman.
Cabaran Sengit Think Blue. World Championship 2013Budiey dengar, cabaran yang dilalui oleh peserta di Jerman bukanlah sesenang yang kita bayangkan. Semasa pertandingan di Melaka hari tu pun, Mr Ong Lin Kern yang memandu Golf 1.4 TSI, hanya menggunakan 4.2 liter minyak untuk pemanduan sejauh 100 kilometer. Penggunaan minyak paling rendah sepanjang pertandingan ini direkodkan pada 3.7 liter. Wow, jimat minyak betul. Memang mantap habislah! Selepas memandu dengan jarak 592km dari Berlin via Wolfsburg ke Frankurt, Think Blue. World Championship 2013 yang melibatkan 17 kumpulan ini pun tamat.Untuk info, wakil Malaysia, Encik Ong Lin Kern telah mendapat tempat ke-13. Wow, itu sudah bagus! Syabas! Beliau telah membuktikan rakyat Malaysia pun boleh lakukan sesuatu dalam penjimatan minyak kereta. Budiey dapat tahu, pemenang utama dimenangi oleh ayah dan anak dari Jerman iatu Volker Müller-Tönnissen 52 tahun dan pembantu pemandu, Jörn-Luca Müller- Tönnissen berusia 16 tahun dari Dusseldorf. Congrats! Pasangan duo ini memberikan persembahan pemanduan yang lebih efisen dengan memandu kereta terbaru Golf TDI BlueMotion. Pemenang utama ini mencapai purata penggunakan minyak lebih kurang 3.48 liter per 100 km sepanjang laluan 592 km dari Berlin melalui Wolfsburg dan Weimar ke Frankfurt. Kesemua kereta yang bertanding ini dilengkapi dengan 3 orang penumpang agar menjadikan kesemua adalah seimbang dan saksama untuk menjadi berat kesemuanya 294.4kg. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh wakil dari Canary Islands (3.36 liters) dan Russia pula di tempat ketiga dengan penggunaan minyak sebanyak (3.67 liters). Kalau kita lihat, perbezaan penjimatan minyak antara pemenang taklah banyak. Memang satu persaingan yang sengit, kan? Perkara yang paling penting sekali, Budiey rasa pertandingan ini memberikan inspirasi kepada Budiey untuk melestarikan alam sekitar dengan mengurangkan pengeluaran minyak petrol. Kalau ada rezeki dan peluang, Budiey pun mahu menyertai cabaran ini pada tahun depan. Jadi, kenalah bersedia dari sekarang. Untuk info lanjut, sila layari laman sesawang ThinkBlue. Volkswagen Malaysia dan Facebook Volkswagen Malaysia. Anda semua juga boleh menang macam Encik Ong, yang penting, kena usaha, tambahkan ilmu pengetahuan, barulah berjaya. Jumpa anda di Think Blue. – National Challenge 2014 tahun depan! Budiey cabar anda! Google+Komen via Facebook |
Mampukah Babak Ranjang Jadi Pelaris Filem Paku? Posted: 01 Oct 2013 01:09 PM PDT Bagi Budiey, sesebuah filem bermutu perlu ada nilai murni dan mesej yang dapat memberi impak positif pada penonton. Tidak kira ianya dipaparkan dari sudut yang negatif atau sebaliknya, apa yang penting pengarah perlu meneliti kesan yang akan datang selepas filem itu ditayangkan di pawagam. Pastinya, di akhir titik penamat cerita, kenalah ada unsur pendidikan dan pengajaran, tak gitu? Dengan situasi penjualan tiket yang agak merudum di pawagam, Budiey lihat macam-macam dilakukan oleh penerbit untuk menarik minat orang ramai datang ke pawagam termasuklah menyelitkan adegan ranjang yang berbau sensual dalam filem mereka. Seperti biasa, perkara ini menjadi highlight utama pengkritik dan pemerhati filem. Penonton juga memang mahu tonton babak-babak sebegini yang boleh merangsang naluri seksual mereka. Eh? Filem Paku Ada Adegan Panas?Baru-baru ini, Budiey sempat ke tayangan eksklusif trailer filem Paku lakonan Johan As'ari dan pendatang baru meningkat naik, Aishah Ilias. Filem terbitan Nusantara Seni Karya ini turut dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Zaidi Omar, Sidik Hussin, Kamal Adli, Pekin Ibrahim, Azad Jasmin, Diana Johor dan Diddy Hirdy. Filem Paku digarap berdasarkan kisah benar dan dikatakan filem ini ada kekuatan dari segi skrip dan aspek kesan khasnya, sekali gus memberi kelainan pada penonton. Wah, kiranya ini adalah kali pertama Johan melakonkan babak panas ini, kan?Setelah mendapati filem ini ada adegan panas yang memerlukan Johan berlari-lari anak dulu sebelum melakukan 'adegan seks', Budiey pasti ada 50% lelaki akan datang ke pawagam. Bagi Johan pula, dia kata, dia tak mahu adegan panas dalam filem Paku ini disensasikan oleh media. Baginya, beliau mahu menjalankan tugas sebagai pelakon. Tambahan pula, Budiey lihat beberapa kali Johan bagaikan meminta dan memohon kepada media agar tidak menjadikan isu ini satu isu yang besar. Dengarnya, pengarah telah meminta beberapa krew sahaja dibenarkan berada di set tersebut ketika babak itu dilakonkan. Telefon bimbit dan kamera digital juga dilarang masuk ke set. Takut ada pula yang membocorkan video di internet.
Menurut Rameesh, skrip asal filem ini dihasilkan penulis skrip cerita seram terkenal Indonesia, Alexander.
Berkongsi cabaran mengarahkan filem itu, Rameesh berkata, setiap cabaran yang ada dapat diatasi dengan hasil kerja berpasukan.
Ditanya pemilihan pelakon utama pula, kata Rameesh, pemilihan Johan dan Aishah diputuskan produser filem itu sendiri.
Tak tiru Paku PontianakFilem Paku tiada persamaan dari segi jalan cerita dan konsep filem Paku Pontianak arahan Ismail Bob Hasim terbitan MIG yang dihasilkan sebelum ini. Dalam pada itu, Johan yang pertama kali melakonkan cerita seram ini mengakui teruja dengan jalan cerita yang berbeza daripada filem seram lain.
Menurut Rameesh yang berpengalaman mengarahkan 15 filem Tamil termasuk dua filem Melayu, kalau ada persamaan pun hanya judul filem itu.
Filem Paku turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ia bakal menjengah pawagam seluruh tanah air pada 12 Disember depan. Soalan Budiey, adakah adegan panas yang dibenarkan oleh LPF ini dapat melariskan filem Paku? Korang rasa? Google+Komen via Facebook |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan