ads

Rabu, 2 Oktober 2013

OHBULAN!


sumber :-

OHBULAN!


Isu RM1.6 Juta, Sudah Tiadakah Artis Tempatan Yang Layak?

Posted: 02 Oct 2013 10:43 PM PDT

Isu RM1.6 Juta, Sudah Tiadakah Artis Tempatan Yang Layak?

Jika diimbas kembali, jumlah 1.6 juta pernah menjadi bualan rakyat sebelum ini. Ia berpunca apabila sebuah program anjuran kerajaan yang dianjurkan sekitar bulan Mac lepas dikatakan telah membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa masuk 3 kumpulan K-Pop iaitu U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet ke Malaysia.

Namun, perkara ini telah dinafikan sekerasnya oleh pihak berwajib sehinggalah semalam, sebuah laporan audit negara (rujuk sini) berkenaan perbelanjaan negara sepanjang tahun dikeluarkan.

Dalam laporan tersebut, dinyatakan dengan jelas bahawa RM1.6 juta telah diperuntukkan sebagai perbelanjaan untuk membawa masuk 3 kumpulan K-Pop tersebut. Ini sekaligus menggegarkan dunia sosial apabila laman Twitter sibuk dengan pelbagai diskusi dan perasaan tidak puas hati dengan bayaran yang diberikan.

Isu RM1.6 Juta, Sudah Tiadakah Artis Tempatan Yang Layak?

Dal Shabet antara kumpulan K-Pop yang dibayar RM1.6 juta

Tak cukup disitu, para blogger juga mengkritik sekerasnya terhadap perbelanjaan yang terlalu tinggi untuk artis dari luar negara.

Namun, bukan itu yang mahu kami persoalkan disini. Bagi artis bertaraf antarabangsa, itu sememangnya jumlah yang setimpal atas kualiti persembahan mereka. Mana-mana artis popular luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia sememangnya memerlukan perbelanjaan yang tinggi tidak kiralah dari Korea, Amerika atau pun dari mana-mana.

Persoalannya, mengapakah artis dari luar negara dibayar sedemikian rupa sedangkan Malaysia masih lagi mempunyai artis-artis tempatan? Adakah ia adalah silap artis tempatan sendiri sehingga mereka dikatakan tidak mampu menarik peminat yang ramai untuk sesebuah konsert atau pun penganjur yang terlalu memandang rendah kebolehan artis tempatan?

Isu RM1.6 Juta, Sudah Tiadakah Artis Tempatan Yang Layak?

Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya baru-baru ini – kredit gambar, The Star

Lihat pada budaya sekarang, kebanyakan konsert tempatan yang dianjurkan tidak memerlukan peminat untuk membeli tiket. Boleh dikatakan akibat terlalu biasa pergi ke konsert artis tempatan secara percuma, rakyat Malaysia lebih senang untuk membelanjakan tiket terhadap artis antarabangsa. Bagi mereka, lebih berbaloi membelanjakan tiket terhadap seseorang artis  yang jarang ke Malaysia.

Disebabkan itu, nilai eksklusif artis tempatan sudah hampir hilang dan hanya segelintir sahaja yang masih mampu menarik peminat untuk membeli tiket persembahan mereka.

Kalau ditanya adakah mana-mana artis tempatan yang layak untuk dibayar dengan jumlah RM1.6 juta bagi sesebuah persembahan, kami kira, memang tidak ada seorang pun yang layak. Jika digabungkan Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Misha Omar, Adibah Noor dan Yuna sekali pun, belum tentu dapat mencecah jumlah setinggi itu. (rujuk laporan Utusan, Julai 2012)

Jadi, apakah silapnya disini? Kita lihat saja pada konsert The Killers baru-baru ini yang diadakan di Sepang. Kumpulan rock dari Amerika ini berjaya menarik lebih 7 ribu orang peminat ke konsert mereka dan konsert Metallica yang diadakan di Stadium Merdeka pada bulan Ogos lepas pula berjaya menarik lebih 30 ribu orang peminat. Ramai kan?

Isu RM1.6 Juta, Sudah Tiadakah Artis Tempatan Yang Layak?

Himpunan peminat yang hadir di Konsert Metallica – kredit gambar, eventzz.net

Dengan jumlah peminat seramai ini, tak mustahil seseorang artis itu boleh meletak harga bayaran yang tinggi untuk penganjur membawa mereka masuk ke Malaysia.

Jadi, cuba anda berikan kami satu kumpulan atau penyanyi dari Malaysia yang boleh menarik jumlah peminat yang ramai seperti ini? Kami yakin, jika ada artis tempatan yang mampu menarik lebih 10 ribu orang untuk hadir ke konsert mereka, barulah ada penganjur yang berani untuk memberi bayaran yang tinggi.

Apa pun, bagi anda yang masih belum tahu, konsert Yuna yang diadakan di Istana Budaya pada awal September lepas telah berjaya menarik peminat dari seluruh negara apabila tiketnya telah terjual habis sebelum persembahan selama 3 hari itu diadakan. Penyanyi berusia 26 tahun ini merupakan penyanyi ketiga yang mencipta rekod jualan tiket sedemikian selepas Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain.

Ketiga-tiga penyanyi ini berjaya memenuhkan kerusi penonton ketika persembahan mereka diadakan di Istana Budaya. Persoalannya, jika konsert salah seorang penyanyi diatas diadakan di Stadium Merdeka, mampukah mereka memenuhkan stadium tersebut pula?

Hairi Temu Jodoh Selepas Berdoa

Posted: 02 Oct 2013 10:14 PM PDT

Hairi Temu Jodoh Selepas Berdoa

Tidak seperti pasangan lain yang gemar menyimpul cinta bertahun lamanya sebelum melangkah ke alam perkahwinan, Hairi, pelakon yang juga juara Anak Wayang musim pertama ini lebih selesa melamar wanita yang baru dikenalinya untuk dijadikan isteri.

Perkenalan mereka bermula apabila Hairi terpandang kelibat wanita yang juga seorang cikgu ini selepas berdoa memohon dipertemukan jodoh pada Disember lepas.

Masa tu saya di Perlis menjayakan teater Nyonya Cantik. Waktu lepas solat Zohor saya berdoa, "Ya Allah, kalau kau pertemukan aku dengan wanita yang aku lihat bukan dengan nafsu, aku akan kahwin dengan wanita itu". Nak dijadikan cerita, ketika saya sedang makan, saya terlihat seorang gadis seksi. Bila saya alihkan pandangan, saya terpandang pula dia ni yang elok bertudung.

Sejak dari situ, saya terus meminta nombor telefon dia. Malam tu saya hubungi dia dan tanya sama ada dia sudah ada teman lelaki atau tidak. Dia jawab belum. Masa tu juga saya cakap, mulai hari ini saya teman lelaki dia.

Menurut Hairi, apa yang membuatkannya pasti untuk memperisterikan wanita bernama Fara Afiza itu adalah kerana budi pekertinya yang tinggi sewaktu melayan ibu bapa Hairi.

Hairi Temu Jodoh Selepas Berdoa

Dalam masa yang sama, Hairi yang ditemui di majlis sidang media Liga Lawak Superstar semalam turut memberitahu mahu bakal isterinya menghabiskan membaca Al-Quran yang diberikan sebelum berkahwin.

Saya ada berikan dia senaskhah Al-Quran dan luahkan hasrat untuk bertunang dengan dia. Tujuan saya bagi Al-Quran tu untuk dia baca dan habiskan sebelum hari nikah kami nanti.

Mungkin ada yang belum tahu bahawa Hairi dan Fara telahpun mengikat tali pertunangan pada Hari Raya yang lepas.

Hairi telah menetapkan untuk melangkah ke alam perkahwinan pada bulan Mac tahun hadapan. Namun, tidak menolak untuk mempercepatkan majlis sekiranya rezeki datang lebih awal.

Majlis pernikahan mereka bakal diadakan di kediaman sebelah perempuan di Bagan Lalang, Pulau Pinang. Manakala majlis resepsi pula masih belum ditetapkan tarikh dan lokasinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved