ads

Selasa, 15 Oktober 2013

OHBULAN!


sumber :-

OHBULAN!


Foto: Fouziah Gous Sambut Raya Haji Bersama Suami

Posted: 15 Oct 2013 09:27 PM PDT

Foto: Fouziah Gous Sambut Raya Haji Bersama Suami

Memandangkan Fouziah Gous dan suaminya baru sahaja mendirikan rumahtangga bulan lepas, maka pasangan ini telah mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama-sama.

Jika anda mengikuti perkembangan Fouziah di Instagram, pasti dapat melihat foto-foto dan video yang dimuat naik oleh pengantin baru itu sepanjang berada di kampung suaminya di Kota Bharu.

Seperti yang anda sedia maklum, sambutan Raya Haji di pantai timur sememangnya lebih meriah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Foto: Fouziah Gous Sambut Raya Haji Bersama Suami

Kerana itu juga, Fouziah nampaknya tidak ketinggalan untuk berkongsi pengalaman melihat lembu disembelih dan dilapah oleh suaminya bersama peminat.

Dalam masa yang sama, Fouziah dilihat tidak kekok dalam menyediakan bahan-bahan dan memasak daging tersebut sambil ditemani ibunya.

Bagi peminat-peminat Fouziah, di sini OHBULAN! sertakan video dan foto pelakon kesayangan anda menyambut raya di Kelantan untuk tatapan anda.

Lisa’s Fghends Dekatkan Lisa Surihani Dengan Peminat

Posted: 15 Oct 2013 08:30 PM PDT

Lisas Fghends Dekatkan Lisa Surihani Dengan Peminat

Boleh dikatakan sekarang ini Lisa Surihani adalah ratu di laman sosial memandangkan jumlah pengikutnya telah melebihi kebanyakan selebriti-selebriti yang lain.

Berdasarkan kepada jumlah peminat yang menyokongnya selama ini seperti di Facebook (2.6 juta), Twitter (1.6 juta) dan Instagram (404 ribu), ia telah memberi satu idea baru buat pelakon jelita itu.

Pada 5 Oktober yang lepas, Lisa dengan kerjasama Dangerous Media Sdn Bhd telah melancarkan laman web rasmi yang dinamakan sebagai Lisa's Fghends.

Lisas Fghends Dekatkan Lisa Surihani Dengan Peminat

Untuk makluman anda, Lisa's Fghends ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara Lisa dan peminat-peminatnya dengan cara yang cukup mudah.

Peminat boleh mengetahui perkembangan terbaru selebriti kesayangan mereka itu menerusi ruangan Diari Lisa dan Borak Lisa.

Selain dari itu, laman web ini juga membolehkan peminat menonton video dan gambar-gambar Lisa sendiri mengenai aktiviti hariannya.

Tambah menarik lagi, peminat boleh memiliki barangan cenderahati seperti T-shirt Lisa's Fghends, Sarung Telefon Bimbit, Payung, Mug dan sebagainya di dalam laman web tersebut dengan harga yang berpatutan.

Lisas Fghends Dekatkan Lisa Surihani Dengan Peminat

Malah, Lisa's Fghends turut menawarkan hadiah percuma kepada 10 peminat bertuah yang berdaftar secara rawak.

Tidak cukup dengan itu, Lisa's Fghends juga akan mengadakan aktiviti bersama peminat seperti beriadah mahupun peraduan. Aktiviti tersebut akan dimumkan menerusi laman sosial rasmi Lisa's Fghends dari semasa ke semasa.

Kalau anda nak tahu apa lagi yang ditawarkan oleh Lisa buat peminatnya, sila layari laman web rasmi Lisa's Fghends atau laman sosial seperti Facebook (Lisa's Fghends), Twitter (@LisasFghends), YouTube (lisas fghends) dan Instagram (@lisasfghends).

Apapun, di sini OHBULAN! sertakan video yang diambil dari YouTube Lisa's Fghends untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved