Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Hanis Zalikha Mengaku Rapat Dengan Hairul Azreen
- Ugutan bunuh Nabila AF 2013 bukan sandiwara
- Dayah, Amirah & Yvonne Hos Baharu '3R'
- 'Tuduhan Saya Larikan RM30,000 Mengarut' - Afiq Muiz
- Black Hanafiah Tiada Kaitan Isu Hutang Selepas Kahwin
- Penduduk gempar ular tedung, sawa berlawan
- Buktikan saya bedah! - Tasha Shilla
- Perkahwinan penamat kontroversi
- 4 lelaki dicari bantu kes bunuh
- Dijel lapan bulan gara-gara curi sehelai kemeja
- Apple kurangkan pengeluaran iPhone 5C
- Rangka dinosaur akan dilelong
- Lelaki berusia 103 tahun berkahwin lagi
- Sajian untuktetamu diraja
- Shadiya, Adibah teraju Fiqh Wanita
- Saya tak cari kontroversi - Ika
- Tasha Shilla Nafi Bedah Hidung, Payudara
- Diana Amir Umum Tarikh Kahwin Jumaat Ini
- Wawa Zainal: Hentikan tohmahan!
- Cara Darling Ngasri kawal stres
- Konsert jelajah demi dana OKU
- Fizz Fairuz Sudah Berubah - Almy Nadia
- Hairul Azreen Lega Tidak Lagi Dianggap 'Lelaki Jambu'
- Sabhi Saddi Jalani Pembedahan Akibat 'Slip Disc'
- Fatwa Hati Nowseeheart
Hanis Zalikha Mengaku Rapat Dengan Hairul Azreen Posted: 17 Oct 2013 07:37 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha tidak menafikan aktor Hairul Azreen adalah lelaki paling rapat dengannya ketika ini. Hanis, 23, berkata, dia selesa berkawan dengan Hairul kerana pemuda itu adalah kenalan lamanya selain sifat dia yang cukup mengambil berat terhadap orang lain. "Saya rapat dengannya kerana kami sudah berkenalan sebelum bergelar artis lagi dan Hairul boleh dikatakan senior dalam bidang lakonan. "Jadi dia sering menjadi tempat rujukan apabila saya ingin bertanya sesuatu mengenai lakonan dan kami berkongsi banyak minat sama yang membuatkan kami selesa berkawan," jelasnya kepada mStar Online. Bagaimanapun kata Hanis, keakraban itu tidak bererti dia dan Hairul mempunyai hubungan cinta sebaliknya dia menganggap Hairul seperti abangnya. "Saya tidak mempunyai abang dan dia banyak mengajar perkara-perkara baharu kepada saya dan hubungan baik kami tidak lebih daripada sekadar teman biasa," jelasnya. Hanis berkata, buat masa ini dia belum terfikir untuk mencari teman lelaki kerana baginya kerjaya adalah keutamaan dan perlu diberi perhatian. ![]() "Soal cinta saya tolak ke tepi dahulu kerana ia adakah perkara terakhir akan saya fikirkan buat masa ini tambahan pula saya masih muda dan ingin mengejar cita-cita terlebih dahulu," jelasnya. Sementara itu, Hanis berkata, dia terkilan apabila terpaksa meninggalkan program Mad Market yang telah menaikkan namanya dalam bidang pengacaraan kerana tidak dapat mengikuti jadual penggambaran rancangan itu. Kata Hanis, dia berat hati untuk meninggalkan program yang disiarkan di TV9 itu namun terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu menimbulkan masalah lain kepada produksi dan dirinya sendiri. "Sudah tentu saya sedih kerana terpaksa meninggalkan program berkenaan tetapi kerana jadual dan masa yang terhad saya terpaksa meninggalkan Mad Market. "Namun saya lega apabila penggantinya nanti merupakan sahabat baik saya dan dia sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyertai program itu," katanya. Malah kata Hanis, pihak pengurusannya juga iaitu Astro Talent terpaksa menolak semua tawaran untuknya sehingga penghujung November ini kerana jadualnya yang terlalu padat. Dalam perkembangan lain, Hanis berkata, selain sibuk mengacarakan Diari Akademi Fantasia 2013 dia kini turut terlibat dalam rakaman program travelog iaitu Pertama Kali With Air Asia X dan Raikan Cinta. | |||
Ugutan bunuh Nabila AF 2013 bukan sandiwara Posted: 17 Oct 2013 07:37 PM PDT ![]() DALANG yang membuat ugutan bunuh terhadap Nabila masih belum dikenal pasti. SEKADAR gimik untuk melariskan rating Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) atau ia sememangnya benar-benar berlaku? Itu persoalan yang timbul daripada kes ancaman bunuh terhadap salah seorang pelajar program tersebut, Nabila. Menjelaskan perkara itu, Penerbit Eksekutif AF 2013, Mackenna Singh mengakui pihaknya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan Nabila serta peserta lain dalam program tersebut. "Memang benar kami menerima ancaman bunuh terhadap Nabila pada lewat malam hari Jumaat dan laporan polis telah dibuat pada hari Sabtu lalu atas faktor keselamatan. "Kami tidak dapat mengenal pasti siapakah dalang yang terbabit dalam kes ugutan bunuh itu kerana pengguna laman sosial Facebook terbabit menggunakan akaun palsu," ujarnya yang ditemui selepas tamat konsert minggu kelima Akademi Fantasia 2013 di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya baru-baru ini. Bunuh Mesej ancaman bunuh yang diterima melalui akaun sosial rasmi Facebook AF 2013 itu mengutuk persembahan serta kualiti suara Nabila hingga sanggup membaling batu ketika pelajar itu membuat persembahan kelak. "Saya kira ia agak melampau sebenarnya hingga seseorang itu sanggup membenci pelajar AF 2013 semata-mata tidak berpuas hati dengan persembahannya dan mengugut untuk membunuhnya. "Saya percaya ugutan ini tiada kena-mengena dengan sejarah silam pelajar atau keluarganya. Buat masa sekarang, biar pihak polis melakukan siasatan cuma pihak kami akan mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak membenarkan pelajar-pelajar keluar daripada akademi," katanya. "Ancaman ini berlaku mungkin juga kerana kami membenarkan pelajar-pelajar ini berinteraksi dengan dunia luar melalui beberapa buah laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. "Apabila dimaklumkan ugutan ini terhadap pelajar terbabit, dia sudah takut dan agak tertekan. Tapi kami berjanji akan menjaga keselamatan pelajar-pelajar AF 2013 hingga tamat program ini," tegasnya. ![]() AMIRA yang mengalunkan lagu Skyfall meraih pujian juri. Tak singkir Bercakap mengenai gimik, nyata sekali keputusan tiadanya penyingkiran pada konsert minggu lalu sedikit sebanyak memberikan kejutan kepada penonton begitu juga Inspirer, Melly Goeslow. "Alhamdulillah tiada penyingkiran pada minggu ini dan saya yakin pelajar-pelajar ini telah diberikan peluang kali kedua untuk memberikan persembahan yang lebih mantap pada minggu hadapan. "Biarpun pada mulanya kami berdepan masalah berkomunikasi, tapi muzik itu universal maka masalah itu bukan faktor utama," ujar Melly yang meletakkan Irmisa dan Suhada berada pada paras bahaya dan berpotensi untuk berdepan dengan proses penyingkiran. Menerusi keputusan keseluruhan pada konsert minggu lalu, Azhael masih mendahului pelajar-pelajar lain dan diikuti dengan Nabila serta Amira. Konsert minggu kelima menampilkan cabaran pelajar menyanyikan lagu-lagu daripada runut bunyi beberapa buah filem terkenal dari Malaysia dan Indonesia. Antaranya, Pencinta Wanita daripada filem Heart, Ada Apa Dengan Cinta (Ada Apa Dengan Cinta), Pergi (Talentime), Wajah Rahsia Hati (Ali Setan), Skyfall (Skyfall) dan Ajari Aku (Saya Amat Mencintaimu). Kejutan demi kejutan diberikan produksi AF 2013 kepada penonton dan pelajar kali ini. Contohnya kemunculan Anzalna, Lana Nordin, Sherry Ibrahim, Chacha Maembong dan Rozita Che Wan ketika Azhael menyampaikan lagu Pencinta Wanita serta kemunculan Shahir berduet bersama Aishah menerusi lagu Ada Apa Dengan Cinta. Bagaimanapun, tumpuan harus diberikan kepada beberapa peserta yang semakin merudum prestasi antaranya Suhada, Faizul dan Indah termasuklah peserta duo Azhael biar sering meraih undian tertinggi setiap minggu. Pujian juga harus diberikan kepada Amira dan Nabila yang telah menunjukkan peningkatan dan usaha untuk memberikan yang terbaik ketika persembahan pada minggu lalu. Tidak dinafikan kesesuaian pemilihan lagu menjadi faktor peningkatan kedua-dua pelajar itu. | |||
Dayah, Amirah & Yvonne Hos Baharu '3R' Posted: 17 Oct 2013 07:35 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Program 3R (Respek, Relaks, Respon) musim baharu akhirnya memperkenalkan tiga hos iaitu Dayah Bakar, Amirah Azmi dan Yvonne Lee yang dipilih melalui program realiti Projek 3R. Pengurus Besar, Kumpulan Jenama, TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, ketiga-tiga wajah baharu ini bakal meneruskan legasi 3R sebelum ini dengan memberikan suntikan terkini kepada kaum wanita khususnya remaja. "Program 3R musim ini bakal memberi kelainan dengan menampilkan tiga pengacara baru dengan membawa semangat baru dan dapat memberi inspirasi kepada golongan wanita. "Selain itu, pelbagai isu semasa tentang wanita yang lebih segar dan relevan akan dikupas untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan remaja," katanya pada sidang media memperkenalkan hos baharu program 3R, Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datin Paduka Marina Mahathir. Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Bersama, Red Communication, Lina Tan berkata, keserasian ketiga-tiga mereka dapat dilihat ketika mengendalikan tugasan yang diberikan ketika projek 3R. "Mereka ada keserasian yang kita cari seperti hos-hos 3R sebelum ini. "Saya yakin mereka dapat mengendalikan 3R dengan lebih baik dan menarik lebih ramai penonton," ujarnya. Bagi Amirah Azmi, 22, peluang yang diberikan untuk mengendalikan program tersebut tidak akan disia-siakan. "Ini adalah impian saya sejak kecil dan saya membesar dengan program tersebut jadi saya tidak akan hampakan dan sia-siakan peluang yang diberikan ini," katanya. Dalam pada itu, beberapa episod menarik bakal dikupas antaranya ialah Lelaki Kaki Pukul, Perempuan Jangan Jadi Bodoh dan Takda Duit. Program 3R musim baharu bakal disiarkan bermula 20 Oktober ini, pada setiap Ahad, pukul 7.30 malam. | |||
'Tuduhan Saya Larikan RM30,000 Mengarut' - Afiq Muiz Posted: 17 Oct 2013 07:35 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz menyifatkan tuduhan dia sengaja melarikan diri dari syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. setelah menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000 sebagai mengarut. Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, berkata, hanya orang tidak mempunyai akal sahaja yang menuduhnya berbuat demikian kerana dia dan syarikat produksi berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah. "Saya masih lagi bernaung dengan Global. Tuduhan orang ramai yang mengatakan saya larikan duit produksi itu adalah mengarut. Hanya orang bodoh saja kata saya larikan duit Global Station. "Mereka menuduh saya tanpa usul periksa. Jika benar saya larikan duit mereka, sudah lama saya ditangkap. Sedangkan pihak sana (Global) yang menyekat baki wang saya. "Cuma baki wang tersebut akan diberi mengikut persetujuan kami menerusi urus janji yang sudah dibincangkan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis Terdahulu, Afiq sudah menerima pendahuluan sebanyak RM30,000 selepas mengikat kontrak sebagai artis residen produksi berkenaan namun aktor itu direhatkan seketika ekoran kontroversi berhubung pergaduhan dia dengan ibunya, Hasliza Mohd, 48. Selepas beberapa bulan kontroversi itu reda, syarikat produksi berkenaan cuba menghubungi Afiq namun dia tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS). Tambah Afiq, dia tidak muncul dalam sebarang karya Global Station kerana pada ketika itu dia sibuk menjalani penggambaran drama di bawah produksi lain. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Afiq kini sedang menjalani penggambaran drama Angin Syurga bersama aktres Jue Aziz dan Leez terbitan RTM dan bakal muncul dengan drama Ratu Syuhada untuk siaran televisyen sama. "Alhamdulillah, tawaran kerja saya semakin berlambak. Ternyata kontroversi tidak menjejaskan karier lakonan saya. "Pada Disember ini pula saya akan ke Korea bagi menjalani penggambaran drama di bawah terbitan syarikat produksi Pujangga Kreatif," ujarnya. | |||
Black Hanafiah Tiada Kaitan Isu Hutang Selepas Kahwin Posted: 17 Oct 2013 07:34 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanafiah menafikan ada menggunakan orang tengah untuk urusan menyewa busana perkahwinannya dengan Naquia Yasirah Mohamad Khairi sehingga timbul isu bayaran itu belum dijelaskan. Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, dia tidak pernah menggunakan mana-mana orang perantaraan untuk urusan perkahwinannya termasuk soal menyewa pakaian daripada seorang pereka fesyen. "Gosip mengaitkan saya yang menjadi mangsa orang tengah apabila individu itu enggan melunaskan bayaran perkahwinan sebagai tidak masuk akal kerana saya tidak pernah berurusan dengan mana-mana orang tengah. "Saya sendiri tidak mengetahui mengenai cerita berkenaan dan ia tidak berkaitan dengan saya," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis. Black dan Naquia, 28, selamat diijabkabulkan pada 13 September lalu dalam satu majlis yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan dekat sini. Dalam perkembangan sama, Black berkata, majlis perkahwinannya tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana pihak melainkan pelamin ketika di majlis pernikahan di Zebra Square dan majlis resepsi di Pantai Dalam. ![]() Jelas Black, dia juga tidak berhutang dengan mana-mana pihak kerana semua hal melibatkan perkahwinannya telah selesai tanpa sebarang masalah. "Urusan baju kahwin saya berurusan sendiri dengan pereka fesyen tersebut dan wang sewaan pakaian telah dilunaskan dan isu itu tidak pernah timbul. "Jika ada apa-apa persoalan berbangkit pihak yang berurusan dengan saya boleh menghubungi saya tetapi daripada pengetahuan saya, semua hal melibatkan majlis tempoh hari telah pun selesai," katanya. Sementara itu, Black berkata, dia semakin bahagia sejak bergelar suami dan mengakui ikatan suci itu telah mengubahnya menjadi insan lebih sempurna. Jelas Black dia kini tidak lagi keluar melepak seperti mana zaman bujangnya dan lebih gembira berada di rumah bersama isteri jika tiada sebarang aktiviti. "Rasa 'gian' nak keluar malam kadang-kadang masih ada tetapi saya lebih gembira bersama isteri di rumah atau keluar berdua," katanya. | |||
Penduduk gempar ular tedung, sawa berlawan Posted: 17 Oct 2013 07:25 PM PDT
Azmi Abdul Rahim, 45, berkata dia agak terperanjat apabila melihat seekor ular tedung selar sedang dibelit seekor anak ular sawa apabila dia menyuluh ke arah bunyi ganjil yang didengarinya. "Saya minta jiran-jiran memanggil pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kulim membantu menangkap kedua—dua haiwan itu kerana kehadiran haiwan berkenaan amat berbahaya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini. Azmi berkata, beliau mendengar bunyi ganjil itu kira-kira 10.50 malam ketika membantu membuat persiapan kenduri kahwin anak jirannya. Sepasukan tiga anggota JPAM yang tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian berjaya kedua-dua ular tersebut. Ketua skuad JPAM, Saifulizan Aziz, 34, berkata, ini pengalaman pertamanya menyaksikan ular berlainan spesies berlawan. Biasanya kami jumpa ular yang berkelahi daripada jenis sama, katanya. Menurutnya anak ular sawa sepanjang 2.5 meter dan ular tedung selar sepanjang tiga meter itu akan dirujuk ke tempat bersesuaian atau Zoo Ular di Perlis. | |||
Buktikan saya bedah! - Tasha Shilla Posted: 17 Oct 2013 07:21 PM PDT
SELEPAS satu kontroversi, timbul lagi kontroversi baharu yang menghimpit pelakon Tasha Shilla, 26. Kali ini dia digosip telah melakukan pembedahan di bahagian hidung dan payudara di Bali, Indonesia. Tasha Shilla yang kini sibuk dengan penggambaran sebuah drama lakonannya di Cameron Highlands dan sekitar Kuala Lumpur ternyata sangat terkejut apabila gosip tersebut hangat diperkatakan. Kosmo! menghubungi Tasha Shilla untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu ini. Ikuti temu bual bersamanya. Kosmo!: Adakah benar dakwaan mengatakan Tasha membuat pembedahan hidung dan payudara? TASHA SHILLA: Saya kalau boleh tidak mahu komen apa-apa mengenai isu ini. Andai kata dakwaan itu benar buktikan kepada saya bahawa saya telah membuat pemdedahan tersebut. Saya bersyukur kerana keluarga saya masih percaya dan bersama saya memberikan sokongan. Tasha dikatakan membuat pembedahan hidung dan payudara di Bali. Adakah benar anda berada di Bali ketika itu. Jika tidak berada di situ, di manakah anda ketika itu? Buktikan kepada saya (nada tegas)! Jika anda tanya di mana saya ketika itu saya tidak tahu kerana saya tidak tahu bagaimana dan bila isu ini boleh timbul dan dari mana cerita ini muncul sedangkan saya baru akan ke Bali bersama keluarga pada 27 Oktober ini. Jika saya buat pembedahan, pasti orang yang terdekat dengan saya seperti keluarga, jurusolek dan rakan-rakan akan melihat perubahan pada muka saya. Saya pelik ada sesetengah pihak yang tidak pandai menilai wajah yang telah dilakukan pembedahan dan wajah yang di anugerahkan Tuhan.
Adakah Tasha rasa dengan melakukan pembedahan kerjaya seseorang artis itu akan meningkat maju seperti selebriti luar negara? Saya rasa tidak kerana ia bergantung kepada rezeki yang telah Tuhan takdirkan kepada kita. Jika kita ikhlas untuk melakukan sesuatu kerja itu pasti kita akan berjaya dalam kehidupan. Adakah gosip negatif terbaharu ini akan menjejaskan karier Tasha? Jika dilihat sebelum ini saya cukup banyak dihimpit pelbagai gosip mengenai hidup saya. Bertubi-tubi benda yang buruk menimpa diri saya. Bagi saya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri kerana saya percaya pada rezeki yang telah Tuhan berikan kepada saya dan nawaitu saya adalah untuk bekerja dan bukan dengan cara ini. Beralih kepada soalan lain, apakah perkembangan terbaharu Tasha? Saya kini sedang sibuk dengan penggambaran drama di Cameron Highlands dan di sekitar Kuala Lumpur untuk slot Samarinda. Sementara, pada hujung bulan November pula, saya akan berangkat ke Korea Selatan untuk menjalani penggambaran drama sebanyak 28 episod yang akan ditayangkan di RTM dan jangan lupa saksikan lakonan saya dalam drama Ciptaan Terindah pada Sabtu, 19 Oktober ini di TV3 menerusi slot Cerekarama. | |||
Perkahwinan penamat kontroversi Posted: 17 Oct 2013 07:20 PM PDT
APABILA menyentuh tentang sisi peribadi wanita yang bernama Raja Azmi Raja Sulaiman, dia antara selebriti wanita yang tidak pernah lekang daripada dilanda dengan cerita sensasi. Pernah mengalami kegagalan dalam ikatan perkahwinan terdahulu bersama bekas pemain badminton negara, Jalani Sidek, penerbit sensasi itu pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki dalam hidupnya. Bagaimanapun, pencariannya untuk mencari jejaka yang sesuai sebagai teman hidupnya menemui titik noktah apabila dia memilih pemain basis kumpulan CRK, Mohd. Eddie Ghazali sebagai suami. Kalau diimbas tentang perkenalan Raja Azmi, 54, dan Eddie, 45, sehingga mereka menjalinkan hubungan cinta, ia tidaklah seperti kisah pasangan muda yang bercinta, apatah lagi kedua-duanya pernah berkahwin sebelum ini. Hanya mengambil masa selama lima bulan untuk mengenali hati budi masing-masing, mereka mengambil keputusan untuk bertunang pada Julai lalu dan kini pasangan tersebut sah bergelar suami isteri. Berkesempatan bertemu dengan pasangan pengantih baharu itu selepas majlis akad nikah, Raja Azmi meluahkan rasa syukurnya apabila hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang dicintai akhirnya terlaksana. "Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dengan sekali lafaz sahaja saya bergelar isteri kepada Eddie. Saya juga terharu dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang memeriahkan majlis kami ini. ![]() SUASANA indah pemandangan lokasi majlis resepsi perkahwinan Raja Azmi dan Eddie yang berlangsung di Istana Budaya. "Sebenarnya saya tidak menyangka akan dirai dalam sebuah majlis yang meriah, malah berterima kasih kepada pihak Istana Budaya yang telah sudi menaja lokasi majlis ini," ujarnya yang cukup anggun dengan busana hasil rekaan pereka fesyen Leslie Varayan bernilai RM30,000. Menjadi pasangan pengantin pertama yang berpeluang mengadakan majlis perkahwinan di Istana Budaya, penerbit filem ...Dalam Botol itu memberitahu ia merupakan sesuatu yang di luar jangkaannya sama sekali. Ujarnya, dalam satu pertemuan dengan Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Juhari Shaarani, dia telah meluahkan keinginannya untuk mengadakan sebuah majlis di lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk pementasan teater. "Saya sekadar menyatakan keinginan sahaja yang terpendam di hati sahaja, tetapi tidak sangka pula Abang Joe (Juhari) terus bersetuju. Ternyata ia merupakan satu kenangan yang cukup bermakna buat saya dan suami," ujarnya. Berkenaan dengan perkahwinan kali keduanya itu pula, Raja Azmi meluahkan harapan agar tidak lagi dilanda dengan sebarang cerita kontroversi demi membina sebuah keluarga yang bahagia. Menurutnya, sekarang ini dia telah bertemu dengan insan bergelar suami yang mampu menemaninya sepanjang masa dan yakin bahawa Eddie merupakan pilihan terbaik buat dirinya dengan berkat sokongan anak-anak tercinta. "Perasaan gembira yang tersemat di hati saya boleh diumpamakan seperti melahirkan cahaya mata pertama dahulu. Ia suatu perasaan yang agak sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. "Namun begitu, saya sedar tanggungjawab yang harus dipikul kini bertambah besar. Selain kembali bergelar seorang isteri, kini saya juga perlu menjadi ibu kepada lima orang anak," ujarnya. Sepanjang perkahwinan Raja Azmi dan Jalani dahulu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 28, Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19, manakala Eddie yang menduda selama lima tahun sejak kematian isteri mempunyai dua orang anak, Mohd. Daniel, 21, dan Mohd. Effy Ashley, 19. ![]() UNIK. Majlis resepsi Raja Azmi dan Eddie dipenuhi suasana romantis. Tidak sempat Ketika ditanya tentang perancangan mereka selepas berakhir majlis resepsi, Raja Azmi menyatakan dia dan suami sepatutnya merancang untuk berbulan madu di Desaru, Johor. Bagaimanapun, ia tidak dapat direalisasikan buat masa ini memandangkan dia mempunyai komitmen lain, tetapi bersyukur kerana Eddie memahami situasi yang dilaluinya sekarang ini. "Sebenarnya saya akan terlibat dengan penggambaran program realiti masakan terbitan Astro iaitu All Stars MasterChef Malaysia pada 16 Oktober ini, iaitu tiga hari setelah majlis pernikahan kami berlangsung. "Jadi, memang tidak sempat untuk kami pergi berbulan madu sekarang kerana penggambaran pastinya mengambil masa yang lama. Nasib baik suami tidak kisah dan biarlah kami berbulan madu di rumah sahaja," jelasnya. Sementara itu, Eddie yang berada di samping isteri tercinta sewaktu ditemubual berkata, selama lima tahun bergelar duda dia tidak menyangka akan kembali mendirikan rumah tangga. Ujarnya, ketika kali pertama bertemu dengan Raja Azmi pada awal tahun lalu, dia sudah dapat merasakan kelainan serta tertarik dengan sifat keibuan yang dimiliki sepanjang mengenali penerbit filem itu. "Ketika mula-mula saya ambil keputusan untuk berkahwin, ada ahli keluarga dan rakan-rakan yang terkejut. Namun begitu, mereka masih memberikan sepenuh sokongan untuk memperisterikan Raja Azmi. "Mengenai jarak usia kami yang agak jauh berbeza, bagi saya ia bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan kerana sekarang ini ia sudah menjadi satu perkara yang normal," jelasnya. Tetamu istimewa Sesuatu yang menarik dan sedikit mengejutkan semasa berlangsungnya majlis perkahwinan tersebut, antara tetamu istimewa yang kelihatan hadir ialah Jalani Sidek, bekas suami Raja Azmi sendiri. Biarpun para wartawan diberi masa yang agak terhad untuk menembual Jalani, namun bekas pemain badminton negara itu sempat memberi kenyataan berhubung perkahwinan bekas isterinya itu. "Saya percaya Raja Azmi telah membuat pilihan yang terbaik dalam hidupnya dengan memilih Eddie sebagai suami. Sebagai bekas suami saya harap hubungan mereka akan terus berkekalan sehingga akhir hayat. "Sebelum mereka mendirikan rumah tangga saya sudah beberapa kali bertemu dengan Eddie. Saya lihat dia seorang lelaki yang baik dan percaya dia mampu membahagiakan kehidupan Raja Azmi," ujarnya. ![]() JALANI (kiri) turut hadir pada majlis perkahwinan bekas isterinya ini. Sementara itu, ketika ditanya mengenai status terkininya sekarang ini bersama wanita bernama Zaleha yang turut menemaninya ke majlis perkahwinan berkenaan, Jalani enggan mengulas lanjut. "Sekarang ini merupakan majlis untuk meraikan hari bahagia bekas isteri saya, jadi tidak sesuai untuk saya memberikan sebarang komen. Kalau dah tiba masanya nanti barulah saya akan beritahu," jawabnya ringkas. Raja Azmi dan Jalani pernah mendirikan rumah tangga selama 28 tahun ketika berkahwin pada tahun 1984. Bagaimanapun mereka mengambil keputusan untuk bercerai secara baik pada bulan Jun 2012. | |||
4 lelaki dicari bantu kes bunuh Posted: 17 Oct 2013 07:15 PM PDT ![]() DARI KIRI: Ko Lat, Myo Lwin, Chikoko, Ah Keow. BAGAN SERAI - Polis mengesan empat lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan kes bunuh dua pemuda yang mayat mereka ditemui di dalam but sebuah kereta di Hentian Rehat dan Rawat Alor Pongsu, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini pada 4 Oktober lalu. Mereka dikenali sebagai Chikoko, 29, Myo Lwin dan Ah Keow, 25, serta Aung Ko Lat, 24. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata, Myo Lwin dan Ko Lat memiliki pasport manakala dua lagi lelaki dipercayai masuk ke negara ini secara haram. "Keempat-empat lelaki tersebut bekerja di sebuah kilang perabot di Lot 604, Luar Perkampungan Jawi, Sungai Bakap, Pulau Pinang. | |||
Dijel lapan bulan gara-gara curi sehelai kemeja Posted: 17 Oct 2013 07:13 PM PDT
KOTA BHARU - Seorang buruh dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana mencuri sehelai baju kemeja dari sebuah pasar raya di sini Sabtu lepas. Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman tersebut kepada Hashim Mat, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, Hashim didakwa mencuri sehelai baju kemeja jenama Monsieur Nicole Original di ruang promosi jualan hadapan pentas bangunan KB Mall pada pukul 3.20 petang, 12 Oktober lalu. | |||
Apple kurangkan pengeluaran iPhone 5C Posted: 17 Oct 2013 07:10 PM PDT ![]() TELEFON pintar iPhone 5C berada di atas iPhone 5S dipamerkan di Pasar Raya Perabut Nebraska di Omaha, Amerika Syarikat pada 20 September lalu. BEIJING - Syarikat Apple Inc. mengurangkan pengeluaran telefon pintar kerangka plastik, iPhone 5C sebulan selepas ia dilancarkan, kata sumber rapat dengan rangkaian pengeluaran firma dari Amerika Syarikat (AS) itu kelmarin. Sumber berkenaan memberitahu, Apple meminta para pengilangnya ia akan mengurangkan tempahan pengeluaran iPhone 5C untuk tempoh tiga bulan terakhir tahun ini. Firma Pegatron Corp yang memasang model iPhone 5C menyaksikan pengurangan pengeluaran sebanyak hampir 20 peratus. Di Amerika Syarikat, telefon pintar iPhone 5C hanya murah AS$100 (RM314) seunit daripada telefon iPhone 5S. Harga itu lebih murah daripada versi premium 5S yang bermula pada harga AS$649 (RM2,043) untuk model 16 GB. Apple dijangka menjual antara 33 juta hingga 36 juta telefon pintar iPhone untuk suku keempat tahun ini. Penerimaan telefon iPhone 5C di China tidak begitu mengalakkkan. Beberapa bloger berkata, terdapat perbezaan harga yang kecil antara telefon iPhone 5C dengan 5S. "Telefon iPhone 5C tidak terlalu murah untuk menarik perhatian para pelanggan yang boleh membeli 150 peralatan Android," kata seorang penganalisis telefon bimbit, Brian Colello. Jurang harga itu akan menjadi lebih tinggi pada tahun depan kerana Apple dikenali akan mengurangkan harga model lama untuk meningkatkan jualan telefon bimbitnya. | |||
Posted: 17 Oct 2013 07:09 PM PDT ![]() GAMBAR menunjukkan rangka tulang dinosaur itu yang disimpan di sebuah gudang di Billinghurst, England pada Selasa lalu. LONDON - Satu rangka dinosaur yang ditemui di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2009 akan dilelong pada 27 November ini di Britain. Menurut firma lelongan Summers Place Auctions, rangka tulang dinosaur betina Diplodocus itu sepanjang 17 meter dan setinggi enam meter. Rangka tulang berusia 150 juta tahun itu ditemui dekat sebuah kuari di Wyoming, AS. Tulang-tulangnya dirawat di sebuah makmal di Belanda sebelum disusun dan dibentuk semula di Britain. Rangka tulang itu dijangka dilelong pada harga lebih AS$640,000 (RM2.05 juta). | |||
Lelaki berusia 103 tahun berkahwin lagi Posted: 17 Oct 2013 07:08 PM PDT ![]() RIELLA duduk di atas kerusi roda di sebelah isterinya, Lopez pada majlis perkahwinan yang diadakan di belakang rumah mereka di Santa Rosa del Aquaray, Asuncion pada Selasa lalu. BUENOS AIRES - Seorang lelaki berusia 103 tahun, Jose Manuel Riella melangsungkan semula perkahwinan dengan isterinya, Martina Lopez yang berusia 99 tahun pada Selasa lalu di belakang rumah mereka di Asuncion, Paraguay. Pasangan itu sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan buat kali pertama pada tahun 1933 tanpa dihadiri oleh seorang paderi tetapi disaksikan hanya pegawai pentadbiran. Namun, selepas 80 tahun hidup bersama, pasangan itu sekali lagi melangsungkan perkahwinan dengan dihadiri seorang paderi Kristian Katolik. Ketika majlis itu berlangsung, Riella duduk di atas sebuah kerusi roda. Majlis perkahwinan itu dihadiri oleh lapan orang anak mereka. Seramai 50 cucu, 35 cicit dan 20 piut pasangan itu turut menyaksikan majlis perkahwinan itu. | |||
Posted: 17 Oct 2013 07:05 PM PDT
DILENGKAPI persalinan songket dan tanjak di kepala bak pahlawan Melayu zaman silam, Amir Rizwan Roslan, 27, tangkas menuang adunan apam balik di atas 40 acuan tembaga di depannya. Selepas meratakan adunan tersebut dalam acuan masing-masing, tanpa berlengah dia terus memasukkan isi berupa kacang tanah yang telah dikisar, serbuk nestum dan sedikit madu. Kemudian, apam balik yang telah masak dilipat dan disusun rapi oleh adiknya, Noorkhairulnisyam, 26, di atas bekas khas untuk dinikmati oleh tetamu pada program Aura Sukses Wanita yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur baru-baru ini. Aroma harum apam balik itu mampu menggamit selera sesiapa sahaja yang menghidunya. Apatah lagi jika sudah merasai keenakannya, ada yang sanggup beratur untuk mengambil apam balik buat kali kedua. Itulah penangan Apam Balik Seri Menanti yang semakin popular dalam kalangan penggemarnya. Menurut Amir Rizwan, saban minggu pihaknya sentiasa menerima tawaran untuk menjalankan katering apam balik sama ada untuk majlis perkahwinan, keraian mahupun majlis rasmi jabatan-jabatan kerajaan. Jujur berniaga "Alhamdulillah, rezeki kami tidak pernah putus. Malah, maklum balas yang diterima daripada pelanggan juga sentiasa positif. Mungkin inilah keberkatan yang diperoleh apabila kita menjalankan perniagaan dengan jujur dan ikhlas," ujar bapa kepada dua cahaya mata itu. ![]() ORANG ramai berpeluang makan sambil beramal dengan membeli Apam Balik Seri Menanti. Menceritakan lebih lanjut, Amir Rizwan berkata, perniagaan apam balik itu sebenarnya diwarisi daripada bapanya, Roslan Zainuddin. "Ayah mula berniaga apam balik rangup ini pada tahun 1997 di pasar malam sekitar Seremban. Kemudian, setiap bulan puasa, kami dapat kontrak meniaga bufet Ramadan di Hotel Royale Bintang Seremban selama lapan tahun. "Dahulu, kami menggelarkan ia sebagai Apam Balik Royale Bintang sempena mengambil nama tempat tersebut. Tetapi, pada tahun 2008, kami mula dipanggil masuk ke Istana Seri Menanti untuk menyajikan apam balik kepada tetamu diraja sewaktu pemasyhuran Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. "Sejak itu, Tuanku bertitah agar menukar namanya kepada Apam Balik Seri Menanti dan ia kekal hingga kini," jelas Amir Rizwan kepada Kosmo!. Walaupun permintaan terhadap apam balik ini sangat tinggi, namun Amir Rizwan mengakui tidak ada perancangan untuk memfrancaiskan perniagaan tersebut. Ia bertujuan untuk mengekalkan identiti Apam Balik Seri Menanti dan kualiti makanan yang ditawarkan. Mengimbau kesukaran yang dihadapi masa lalu, anak muda kelahiran Jempol, Negeri Sembilan ini mengakui pernah digelar sebagai orang Minang (Indonesia) kerana menjual apam balik. "Malah, kami juga pernah dihalau ketika berniaga di pasar malam Ampangan, Seremban gara-gara disangka peniaga Indonesia. Selepas menunjukkan kad pengenalan diri, barulah mereka mempercayai bahawa kami orang tempatan," ujar Amir Rizwan sambil tersenyum. Untuk tempahan katering, bayaran dikenakan RM1 bagi setiap jumlah tetamu yang hadir, namun menariknya mereka boleh makan apam balik tanpa sebarang had selagi ia masih ada.
Makan sambil beramal Selain katering, Amir Rizwan turut berniaga apam balik di Uptown Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur setiap malam. Lima keping apam balik dijual pada harga RM2. Terbaharu, anak muda ini tampil dengan satu inisiatif murni dalam usaha untuk membantu golongan yang memerlukan. Melalui program Apam Balik Percuma, Makan Sambil Beramal yang diadakan sejak April lalu, ternyata ia semakin mendapat perhatian masyarakat. Konsepnya adalah pada setiap hari Jumaat malam Sabtu, pihaknya akan memberikan apam balik secara percuma kepada para pengunjung yang datang. Kemudian, jika mahu mereka boleh menghulurkan sedikit sumbangan ke dalam tabung yang disediakan. Ujar Amir Rizwan, pada mulanya, ia dibuat untuk membantu bayaran perubatan seorang pesakit buah pinggang yang dikenali. Pada masa yang sama membuat kutipan derma untuk sebuah pusat tahfiz. "Kami sama sekali tidak memaksa pelanggan untuk memberi sumbangan. Ia terpulang kepada keikhlasan masing-masing. Jika mahu beri seringgit pun kami terima. Jika mahu makan percuma pun dipersilakan. "Wang yang dikumpul pada malam tersebut, semuanya akan diserahkan untuk dana pembangunan Sekolah Tahfiz Srii Ulum yang beroperasi di Rasah, Seremban," terangnya. Separuh bayaran bagi perkhidmatan katering yang diperoleh juga akan disumbangkan kepada tahfiz tersebut. "Ini adalah cara saya untuk mengumpul saham akhirat. Saya percaya setiap rezeki yang dikurniakan, ada hak untuk hamba Allah yang lain. Mungkin ada yang mengatakan, di mana keuntungan yang saya dapat jika asyik menyumbang kepada badan tertentu. "Bagi saya, rezeki yang dikongsi akan lebih terasa keberkatannya. Kita harus meyakini bahawa Allah mengurniakan nikmat rezeki dalam pelbagai cara. "Ketenangan jiwa yang dimiliki itulah nikmat terbesar yang perlu disyukuri," ungkap Amir Rizwan yang membawa makna begitu mendalam jika diselami dengan hati yang tulus.
Sementara itu, Noorkhairulnisyam berkata, meskipun mempunyai pekerjaan tetap sebagai penari kebudayaan di Menara Kuala Lumpur, dia tetap akan meluangkan masa untuk membantu abangnya. "Ini merupakan perniagaan keluarga dan saya sebagai adik bertanggungjawab untuk menolong abang menguruskan perniagaan ini. "Kadang-kadang, kami turut menawarkan perkhidmatan persembahan kebudayaan seperti tarian jika pelanggan inginkannya," kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu. Setakat ini, mereka mempunyai enam pekerja. Biasanya, setiap pekerja boleh menyiapkan 40 keping apam balik dalam tempoh seminit. Menurut Noorkhairulnisyam, cabaran dalam berniaga memang banyak tetapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk kita terus berjaya. "Kepada remaja atau golongan belia di luar sana, jangan takut untuk menceburi dunia perniagaan sama ada menjual makanan atau barangan. Yakinlah bahawa 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah," tuturnya mengakhiri bicara. | |||
Shadiya, Adibah teraju Fiqh Wanita Posted: 17 Oct 2013 05:04 AM PDT
SELEPAS mendapat sambutan yang menggalakkan pada musim lalu, program yang membincangkan topik berkaitan wanita, Fiqh Wanita yang bersiaran di TV3 kini kembali untuk musim kedua. Kali ini, program yang masih mengekalkan konsep diskusi itu diterajui oleh Shadiya Abbad dan Adibah Rozain yang merupakan juara Da'i Pendakwah Milenia. Menurut Shadiya, 33, yang juga penerbit program itu, cabaran yang dihadapinya ialah menterjemahkan segala isi kandungan buku Fiqh Wanita dalam bentuk visual yang mudah difahami oleh penonton. "Kebanyakan topik yang dibincangkan dalam program ini agak sensitif dan jarang dibincangkan secara terbuka. Contohnya, cara mengambil wuduk dengan betul dan ada wanita yang tidak tahu, jika keluar keputihan, terbatallah solat mereka. "Perkara itu nampak ringkas dan remeh tetapi jika tidak diendahkan ia menjadi masalah yang berat. Jadi, program ini merupakan satu titik permulaan supaya penonton lebih tahu tentang hukum," kata Shadiya yang pernah menjadi penerbit program Semanis Kurma. Tambah Syadiya, musim pertama program itu membincangkan perkara yang asas tentang wanita tetapi pada musim kedua, pihaknya telah menyentuh topik yang lebih berat seperti umrah, haji dan cara pengurusan jenazah. Menariknya, penonton dapat berinteraksi dengan pihak penerbitan di Facebook rasmi Fiqh Wanita meskipun selepas siaran program. "Sejak musim pertama lagi, Fiqh Wanita sudah mula berinteraksi dengan penonton di Facebook. Segala persoalan yang tidak dapat dijawab semasa siaran di televisyen akan diteruskan di Facebook. "Bukan itu sahaja, pihak kami turut mendapat input daripada penonton yang mengusulkan topik di Facebook. Maknanya, program ini cukup dekat dengan penonton, ada juga menjadikan Facebook Fiqh Wanita tempat meminta nasihat dan kami sedaya upaya membantu mereka," ujar Shadiya yang merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata. Tambah Shadiya, pada mulanya agak sukar untuk dia membahagikan komitmen antara tugas sebagai pengacara dan juga penerbit dalam satu masa yang sama. Bagaimanapun, selepas masuk musim kedua, tugasnya diringankan sedikit apabila dia turut dibantu oleh seorang lagi penerbit. "Sebelum ini memang susah sebab ketika di depan kamera, kepala saya masih fikirkan hal belakang tabir dan syot kamera. Sekarang, semuanya menjadi lebih mudah," jelasnya. Usia bukan penghalang Menjadi pengacara program keagamaan pada usia 21 tahun bukanlah satu halangan yang besar buat Adibah Rozain yang berasal dari Jengka, Pahang. Selepas bergelar juara program Da'i Pendakwah Milenia, Adibah telah membiasakan diri di hadapan kamera dan banyak belajar cara menjadi seorang pengacara yang baik. "Saya bersyukur kerana ramai pengacara yang lebih senior seperti Kak Shadiya banyak memberi tunjuk ajar. Bukan mudah sebenarnya menjadi pengacara program seperti ini kerana kami harus mempunyai ilmu untuk berbicara dengan panel jemputan," ujarnya. Ucap Adibah, sebagai pengacara yang lebih muda sasarannya lebih menarik golongan remaja menonton program berkenaan. "Mungkin saya muda, tetapi tidak bermakna saya tidak boleh menjadi pengacara program ilmu. Sebelum bersiaran, saya akan membuat kajian tentang topik yang akan dibincangkan terlebih dahulu," beritahunya. Penuntut jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu bercita-cita untuk menjadi pendakwah suatu hari nanti. "Cita-cita saya ingin berdakwah dan dalam masa yang sama bergelar pendidik. Sekarang ini saya berada di semester kelima dalam tahun ketiga kuliah. "Masa memang padat tetapi saya harus bijak membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya," ujarnya. Program Fiqh Wanita mula bersiaran setiap hari Jumaat pada pukul 1 tengah hari di TV3 bermula 11 Oktober lalu. Antara panel yang akan menyertai diskusi ilmu pada musim kedua ini ialah Datuk Daud Che Ngah, Datin Hajjah Arbi, Ustazah Siti Norhafizah Musa, Ustazah Asmak Hussin dan Ustazah Nourul Iman. | |||
Saya tak cari kontroversi - Ika Posted: 17 Oct 2013 05:03 AM PDT
BERMULA dengan isu melakukan tindik lidah sehingga mengundang kritikan ramai, kemudian dirinya dikatakan pula seorang lesbian dan mempunyai hubungan cinta dengan pengkid serta dituduh menyimpan peralatan seks. Terkini, kontroversi mengenai tindakannya menghamburkan kata-kata kesat di laman sosial Instagram miliknya gara-gara tidak berpuas hati dengan kelakuan seorang individu yang meminta gambar bogelnya hangat diperkatakan. Itulah rentetan kontroversi yang melanda pelakon Tanda Putera, Ika Nabella sepanjang bergelar artis setelah tersingkir daripada Akademi Fantasia 6 (AF 6) dahulu. Ironinya, ada pihak yang beranggapan namanya popular gara-gara isu sensasi berbanding kisah kerjayanya. Melihat tepat ke arah anak matanya semasa ditemu bual kelihatan sekelumit kekecewaan yang seperti terpendam di hatinya, Ika meluahkan segala kontroversi yang berbangkit bukanlah atas kehendak dirinya sendiri. "Saya menceburkan diri dalam dunia seni kerana minat yang mendalam, malah saya lebih gemar bercerita tentang kerjaya berbanding memperkatakan tentang isu-isu peribadi. "Bagaimanapun, saya sedar dan akur bahawa inilah realitinya apabila menjadi seorang artis. Cuma, saya tidak pernah mencari kontroversi semata-mata mahu meraih populariti dengan segera," ungkap pelakon berusia 24 tahun itu. Ditanya mengenai pandangannya terhadap pelbagai kontroversi yang sering melanda dirinya itu, pelakon itu memberitahu ia boleh dijadikan sebagai pengajaran paling berguna supaya kesilapan sama tidak berulang. Ujar Ika, pada masa akan datang dia enggan lagi terlalu cepat melatah apabila berhadapan dengan sesuatu isu yang melanda dan perlu menanganinya dengan lebih bijak supaya peminat tidak skeptikal terhadap dirinya.
"Permasalahan yang timbul sebelum ini seperti meluahkan kata-kata kesat di Instagram, semuanya berpunca daripada situasi tekanan yang dialami sehingga tidak memikirkan dahulu impak yang akan diterima. "Jadi, saya perlu sentiasa bersikap positif dan lebih terbuka selepas ini dengan tidak melakukan tindakan terburu-buru supaya tidak dikecam hebat. Saya sekadar berharap perkara yang pernah terjadi itu tidak akan berulang kembali," ujarnya. Menyatakan dirinya sedia ditegur sekiranya melakukan sebarang kesalahan, tetapi Ika meminta supaya tidak ada pihak yang suka menghakimi seseorang individu itu sebelum mengenali dengan lebih rapat. "Kalau hendak memberi teguran sekalipun biarlah dengan cara yang lebih berhemah dan bukan sekadar melemparkan tuduhan tidak berasas. Saya anggap sebarang teguran itu boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri sendiri," tegasnya. Biarpun sering terpalit dengan kontroversi, pelakon itu menyatakan ia langsung tidak menjejaskan kariernya sebagai pelakon serta hubungan dengan ahli keluarga yang lain kerana mereka lebih mengenali dirinya yang sebenar. Berlakon Menceritakan tentang perkembangan kerjayanya pula, Ika memberitahu rezekinya sekarang ini lebih berpihak kepada lakonan, meskipun tidak pernah melupakan bidang nyanyian. Ujarnya, setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam dunia seni, dia lebih kerap berlakon dalam drama bersiri dan telemovie, manakala nyanyian pula agak kurang dan hanya pada acara-acara tertentu sahaja. "Tidak dinafikan kemunculan saya lebih banyak di kaca televisyen berbanding di layar perak. Tawaran berlakon filem itu banyak juga yang diterima, tetapi biasanya ia akan bertembung dengan jadual lain. "Apa pun saya tidak kisah sangat dan tetap bersyukur kerana rezeki dalam lakonan masih terbuka luas. Dengan pelbagai tawaran yang diterima membuktikan masih ramai pengarah dan penerbit yang memberikan kepercayaan kepada saya," ujarnya yang baru sahaja muncul dalam filem Tanda Putera pada Ogos lalu. Berkenaan dengan aktiviti seninya sekarang, pelakon itu memberitahu dia bakal tampil dalam sebuah drama bersiri berjudul Seindah Sabarmu yang mula disiarkan di TV9 sejak 15 Oktober lalu. "Anissa merupakan rakan baik kepada Fiqa yang dibawakan Nad Zainal, tetapi konflik antara kedua-duanya mula timbul apabila mereka mencintai lelaki yang sama sehingga Anissa melakukan perkara yang di luar batasan," ujarnya.
Selain Ika dan Nad, pelakon yang turut membintangi drama bersiri sepanjang 14 episod itu antaranya ialah Shah Iskandar, Shahronizam dan Hanis Kamal. Usaha lebih Seperti yang telah diketahui umum, pembabitan Ika dalam AF 6 pada tahun 2008 tidak berpanjangan apabila dia menjadi peserta yang kedua terkeluar, sekali gus gagal merebut gelaran juara. Namun begitu, dia dilihat antara peserta yang agak bertuah kerana masih lagi mampu bertahan, tidak seperti kebanyakan peserta lain yang terus tenggelam daripada arus perdana hiburan. "Kalau diikutkan memang agak sukar untuk meneruskan karier dalam seni pada peringkat awal, tetapi yang paling utama kena berusaha dengan lebih gigih lagi sekiranya ingin menggapai impian yang terpendam sejak sekian lama. "Walaupun tersingkir awal semasa AF 6 dahulu, tidak bermakna impian tidak boleh digapai. Yang penting, seseorang itu harus bijak mencari peluang yang ada serta tidak mudah berputus asa," jelasnya. Ketika ditanya sama ada dia mengikuti perkembangan AF 2013 yang sedang rancak berlangsung ketika ini, Ika memberitahu sekiranya ada kelapangan dia akan menontonnya di rumah. "Dengan perubahan konsep yang dilakukan saya dapati persaingan kali ini lebih sukar dan mencabar buat para peserta. Selain itu, mereka perlu lebih kreatif terutamanya untuk menarik lebih banyak undian daripada penonton. "Kepada peserta yang sudah tersingkir pula, jangan terlalu cepat patah semangat kerana ia tidak bermakna hasrat untuk mengejar impian menjadi seorang artis sudah berakhir," ujarnya. | |||
Tasha Shilla Nafi Bedah Hidung, Payudara Posted: 17 Oct 2013 05:02 AM PDT ![]() PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla menafikan dia telah melakukan pembedahan bagi mencantikkan hidung dan payudaranya. Tasha, 26, berkata, dia tidak pernah berhasrat melakukan pembedahan kerana bersyukur dengan anggota tubuh badannya yang di kurniakan Tuhan. "Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik ke atas tubuh saya, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan. "Bagi mereka yang rapat dan pernah sentuh muka saya, mereka akan tahu bentuk wajah saya tidak berubah. Jika nampak berbeza ia mungkin disebabkan teknik solekan semata-mata," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu. Tasha berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang melaporkan dia kononnya telah melakukan pembedahan plastik terhadap hidung dan payudara di Bali, Indonesia. Bagaimanapun, Tasha mengakui ada melancong ke Bali bersama rakan artis lain termasuk Sharifah Sakinah. "Saya ke Bali bukan kerana buat pembedahan sebaliknya pergi bercuti bersama rakan-rakan. Kalau benar saya ingin buat pembedahan plastik bukanlah di situ tempatnya," ujar Tasha. Tambah Tasha, dia hanya menganggap perkara tersebut hanya isu kecil yang tidak perlu diperjelaskan. | |||
Diana Amir Umum Tarikh Kahwin Jumaat Ini Posted: 17 Oct 2013 05:01 AM PDT ![]() PETALING JAYA: Pelakon Diana Amir mengesahkan akan berkahwin dengan tunangnya, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada Oktober ini. Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 27, ini berkata, pihak pengurusannya iaitu Metrowealth International Group (MIG) akan mengadakan satu sidang media khas bagi memaklumkan mengenai perkara itu pada petang Jumaat ini. "Pihak pengurusan saya akan mengadakan satu sidang media untuk majlis perkahwinan tersebut pada Jumaat ini dan semua hal tentang majlis akan diberitahu ketika sidang media itu nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu. Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu. Dalam perkembangan lain, Diana mengakui kini agak kurang mengambil tawaran berlakon kerana watak yang tidak sesuai dengan imejnya bertudung. "Sekarang tiada watak yang sesuai dengan imej yang bertudung, jika ada sekalipun ada babak yang perlu buka tudung yang mana memang saya tidak mahu berbuat demikian. "Insya-Allah kalau ada skrip yang betul-betul sesuai dan tidak perlukan saya buka tudung, saya akan terima," katanya. Diana yang yang kini mengendalikan program bual bicara SIS di TV9 mengakui lebih selesa dengan bidang pengacaraan berbanding lakonan. Dalam perkembangan lain, Diana juga sibuk menguruskan perniagaan pakaian miliknya iaitu Diana Amir Exclusive selain melakukan kerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Melindai Looi. | |||
Wawa Zainal: Hentikan tohmahan! Posted: 17 Oct 2013 05:00 AM PDT
Tampil mengakui kekhilafan dan memohon maaf di atas tindakan itu, baik Aeril mahupun Wawa mengharapkan lembaran baru dalam kehidupan mereka bertiga. Bukan sahaja Aeril malah, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 22, berharap agar masyarakat tidak lagi memandang serong di atas segala apa yang telah berlaku sebelum ini. Malah, jauh di sudut hati Wawa supaya hubungan suci itu diterima masyarakat dan tiada lagi kata-kata nista pada mereka sekeluarga. Menurut Wawa, penjelasan mereka ketika sidang media sebelum ini diharapkan dapat menjawab segala persoalan dan tohmahan yang dilempar terhadap dirinya, suami dan anak. "Saya mohon agar kami diberi ruang untuk memulakan hidup baru sekeluarga. Janganlah kerana peristiwa lalu, tohmahan dan cercaan ini berterusan. "Kasihanilah anak kami kerana dia tidak berdosa dan dia adalah cinta halal kami. Hentikan tohmahan dan cercaan yang bukan-bukan. "Kami juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiaan kami," kata pelakon filem, 99 Kali Rindu, ini. Sebelum ini, tindakan Aeril dan Wawa yang menyembunyikan ikatan pernikahan mereka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat, peminat dan media. Namun, setelah rahsia ini terbongkar, mereka tampil mengakui perkara sebenar dan mengumumkan telah bernikah sebanyak dua kali apabila perkahwinan pertama tidak sah di sisi Undang-Undang Keluarga Negeri Selangor. Belum berhijrah penuh Penghijrahan Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 25, bukanlah perkara baru kerana sejak penghujung tahun lalu, dia sudah selesa mengenakan jubah, serban dan bercelak mata. Namun, ketika sidang media baru-baru ini, Wawa juga dilihat manis bertudung dan mengenakan baju kurung. Turut menjadi tanda tanya, adakah pelakon filem, 99 Kali Rindu, ini sudah berhijrah dengan mengikut jejak langkah suaminya. Menurut Wawa yang juga artis residen, Metrowealth International Group (MIG), dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan berusaha mendekatkan diri dalam agama. "Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama. "Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka. "Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi," katanya yang mula mencipta nama sebagai pelakon baru menerusi drama, Klik. Tolak tawaran demi anak Hasil perkahwinan pada 25 Februari tahun lalu, Aeril dan Wawa dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu. Malah, pasangan ini mula berkongsi wajah puteranya itu bersama peminat dan pengikut di laman sosial, baru-baru ini. Lebih selesa membesarkan cahaya mata sulungnya itu sendiri, Wawa memilih untuk berehat sementara dari bidang lakonan. Menurut Wawa, sehingga kini ada beberapa tawaran yang terpaksa ditolak untuk memberi perhatian kepada anaknya itu. "Walaupun MIG masih belum menghubungi saya untuk sebarang projek, namun saya ada menerima beberapa tawaran dari syarikat produksi lain. "Namun, buat masa ini, saya belum bersedia untuk bekerja kerana anak masih kecil. Lagipun, saya belum puas untuk menguruskan anak sendiri. Terasa rugi jika saya melepaskan momen indah ini. "Mungkin dua atau tiga bulan lagi, saya akan kembali bekerja dan tugas itu diserahkan kepada ibu saya atau bergilir-gilir dengan Aeril," katanya yang mengakui masih terikat dengan kontrak bersama MIG sehingga 2015. Walaupun kontrak masih berbaki dua tahun, namun sehingga kini dia masih belum dimaklumkan mengenai statusnya bersama MIG. Katanya, sejak dia membuat permohonan untuk bercuti panjang ketika menderita penyakit misteri itu, sehingga ke hari ini, pihak MIG belum menghubunginya untuk sebarang tawaran lakonan. "Saya juga tidak tahu status saya kini, adakah masih di bawah MIG ataupun tidak. Malah, saya tidak dimaklumkan mengenai apa-apa projek lagi. "Jadi, selagi saya tidak dipanggil, selagi itulah saya sifatkan, saya masih diberi rehat panjang. "Pun begitu, saya terima apa jua tindakan daripada pihak pengurusan dengan hati yang terbuka," kata anak kelahiran Lahad Datu, Sabah ini. Tunangan orang? Belum pun reda itu nikah rahsia, Wawa diduga lagi apabila akhbar tempatan mendedahkan pelakon filem, Hantu Dalam Botol Kicap, ini bergelar tunangan orang ketika berkahwin dengan Aeril. Bagaimanapun Ketika sidang media baru-baru ini, ada dalam kalangan media tampil bertanya mengenai statusnya sebelum ini. Namun, Wawa dengan pantas menjawab, dia tidak pernah bertunang dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Pun begitu selepas penafian itu, seorang guru yang berasal dari Lahad Datu, tampil mengakui dia pernah mempunyai hubungan dan mereka bertunang sebelum Wawa bergelar pelakon. Malah, mereka tidak pernah memutuskan pertunangan itu walaupun telah bergelar isteri orang. Bagaimanapun, Wawa bertindak untuk mengunci mulut daripada terus memberi penjelasan mengenai perkara itu. | |||
Cara Darling Ngasri kawal stres Posted: 17 Oct 2013 04:58 AM PDT
Tidak hanya berbakat dalam bidang lakonan dan belakang tabir, kepekaan Darling menjaga penampilan menarik perhatian sesetengah wanita yang seusia dengannya. Apatah lagi dalam usia yang sudah mencecah 30 tahun dan sudah mempunyai seorang anak lelaki, Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri masih 'maintan' seperti awal 20-an. Menurut Darling, dia sangat risau kalau berat badannya bertambah kerana saiz ketinggiannya itu akan membuatkan dia lebih gemuk jika berlakunya penambahan berat badan. Bukan saja luaran, Darling turut menitikberatkan penjagaan dalaman serta punya cara tersendiri bagi menangani stres yang boleh mengganggu kehidupan sehariannya sebagai wanita bekerjanya, isteri dan juga ibu. Dalam bab menjaga kecantikan dan kesihatan, yang mana paling menjadi keutamaan anda? Bagi saya, jika dalaman kita sihat dan cantik, ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada tubuh dan wajah kita. Jika hati kita sentiasa bersih, tiada perasaan benci, secara tidak langsung wajah kita akan sentiasa nampak tenang, gembira dan muda. Ramai wanita seusia anda amat fobia bila berat badan bertambah, anda bagaimana? Saya juga begitu, kerana itu saya amat menitikberatkan soal penjagaan tubuh badan dan akan cuba meluangkan masa untuk bersenam setiap hari. Paling tidak saya akan luangkan masa untuk bersenam 15 minit setiap hari bagi memastikan badan sentiasa rasa segar dan ringan. Pernahkah anda mengalami masalah berat badan? Pernah ketika saya hamil, berat badan saya mencecah 72 kilogram (kg). Namun selepas bersalin, saya berjaya turunkan berat saya kepada 55kg. Selain senaman, adakah anda amalkan pengambilan ubat-ubatan bagi mengawal berat badan? Saya tidak mengambil apa-apa pil kurus, hanya suplemen iaitu Anggun Serina, produk keluaran pengacara dan juga pelakon Serina Redzuwan untuk kecergasan dan kecantikan kulit. Selain itu saya hanya amalkan yoga, holistic dan penjagaan dalaman bagi memastikan badan saya kekal langsing. Bagaimana pula dengan rutin pemakanan anda? Saya banyak mengambil air kosong setiap hari dan makan nasi seperti biasa, tetapi dalam jumlah yang sederhana, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit. Asalkan perut kita terasa kenyang, itu sudah memadai. Paling penting kena ambil nasi sekali sehari. Cantik dengan suntikan kini bagai menjadi pilihan ramai selebriti, anda pula bagaimana? Bagi saya suntikan itu kesannya hanya untuk sementara dan apa sahaja yang terhasil dari buatan manusia atau sains hanyalah perkara sementara. Memang kita akan mendapat kesan yang cepat, kulit cantik tapi ia tidak kekal lama dan ada kesan sampingan. Sebenarnya untuk cantik apa yang penting adalah disiplin. Selain itu saya hanya ambil vitamin untuk memastikan kulit tidak kusam dan tidak bermaya. Adakah anda mengamalkan solekan tebal setiap hari? Tidak. Hanya memadai pemakaian bedak, pelembab bibir untuk keluar bekerja. Adakah anda amat teliti dengan penjagaan wajah? Saya menjaga wajah sama seperti orang lain, basuh muka, pakai krim, toner. Tetapi saya tidak suka pergi facial kerana saya lebih gemar buat sendiri di rumah. Beli mask dan buang bintik hitam di muka. Dalam sebulan berapa yang anda peruntukan untuk penjagaan tubuh dan wajah? Tidak banyak, hanya RM200-RM300 sahaja kerana saya tidak gemar ke spa, salun atau melakukan facial. Saya lebih gemar buat semuanya di rumah sahaja. Jika ada masa lapang, apa yang gemar anda lakukan? Saya suka meluangkan masa dengan anak dan setahun sekali saya akan pastikan pergi bercuti bersama seluruh ahli keluarga kerana dengan cara ini ia akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan. Tekanan dan manusia sememangnya tidak boleh dipisahkan, jadi bagaimana cara anda mengatasinya? Saya akan solat dan kemudian mendengar muzik serta membaca. Saya gemar membaca kerana ia akan membuatkan saya tenang. Apa perkembangan terkini anda sekarang? Setelah sekian lama tidak berlakon, saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Selangkah Hajat yang akan ditayangkan di TVi. Saya memang watak utama dan bertudung di dalam drama tersebut. Selain itu saya sibuk dengan kerja belakang tabir dan beberapa drama dan program terbitan syarikat saya ada ditayangkan TVi seperti Xtvt, Aidil Kick. Selain itu drama terbitan saya, Cinta Kamikaze baru sahaja selesai ditayangkan di TV9 dan Nujum Kenit pula menanti tayangan di TV1. 5 PERKARA MENGENAI DARLING: 1. Suka berada di tempat yang sunyi. 2. Gemar bergaul dengan orang yang berwawasan tinggi. 3.Tak suka orang yang hipokrit. 4. Suka bantu orang lain. 5. Tegas! | |||
Posted: 17 Oct 2013 04:57 AM PDT Konsert yang dianjurkan oleh Persatuan Rock kapak Malaysia ini akan diadakan di pekarangan Pusat Penjagaan D' Sayang Bandar Tasik Puteri Rawang, bermula jam 2 petang sebelum meneruskan penjelajahan di seluruh Malaysia. Timbalan Presidennya, Ridzwan Rahman, yang juga merupakan bekas vokalis Chapters, berkata, konsert itu akan melibatkan beberapa kumpulan rock kapak seperti Graviti, Data, CRK, Damasutra dan artis-artis rock popular di era 90-an dulu. Bukan hanya konsert dan hiburan semata-mata, Ridzwan memberitahu, program ini diadakan bertujuan membantu mengisi tabung organisasi orang kurang upaya (OKU) . "Dalam program ini, kami akan menjelajah beberapa buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak. "Dana yang diperoleh juga akan digunakan bagi tujuan membina sebuah asrama khas berserta kemudahan rawatan secara percuma dalam membantu golongan yang kurang upaya," katanya. Ridzwan berkata, program itu turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu golongan OKU. Selain konsert, pihaknya turut membuat lawatan ke rumah kebajikan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama. "Hasil lawatan, saya dapati golongan OKU sangat memerlukan perhatian dan kaedah rawatan yang baik. Saya berharap dapat membina sebuah asrama untuk golongan seperti ini. "Tapi apa yang kita sedia maklum, kos untuk membina sebuah asrama bukannya sedikit. Kami akan berusaha mencari dana sebanyak mungkin," katanya. Pulih pandangan negatif Berkongsi mengenai hasratnya untuk menubuhkan asrama khas buat golongan OKU itu, Ridzwan berkata, idea ini timbul dari pengalamannya sendiri yang membesarkan seorang anak yang tergolong dalam OKU. "Selama 21 tahun anak saya terlantar sakit, pelbagai usaha saya lakukan untuk memberi yang kemudahan terbaik untuk dirinya, namun disebabkan kos yang tinggi saya terpaksa membatalkan hasrat itu. "Sejak dari itu, terlintas di fikiran untuk membantu mereka yang sama senasib seperti anak saya. Sebuah asrama yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan amat diperlukan bagi membantu mereka." katanya. Ridzwan turut meluahkan rasa bangga apabila hasratnya itu mendapat sokongan yang baik dari rakan-rakan artis yang terlibat. Menurutnya, dengan cara ini juga artis-artis rock tempatan dapat memulihkan pandangan negatif masyarakat terhadap mereka sebelum ini. "Jika sebelum ini masyakat sering memandang negatif terhadap kumpulan rock, dengan adanya program sebegini ia sekurang-kurang dapat mengubah persepsi mereka, " katanya. | |||
Fizz Fairuz Sudah Berubah - Almy Nadia Posted: 17 Oct 2013 04:53 AM PDT ![]() PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia memberitahu bekas kekasihnya iaitu Fizz Fairuz telah menjadi seorang lelaki yang berbeza dan sudah banyak berubah berbanding sebelum ini. Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia telah memaafkan lelaki tersebut dan mahu melupakan semua kisah pahit yang pernah berlaku di antara mereka sebelum ini. "Semua manusia ada melakukan kesalahan begitu juga saya dan Fizz. Bagi saya tiada gunanya kami bermasam muka kerana industri ini kecil dan kami akan tetap berjumpa. "Apabila dia meminta maaf tentang kesilapannya terhadap saya dahulu tidak sukar untuk menerima maaf tersebut kerana dia telah banyak berubah," katanya kepada mStar Online. Almy dan Fizz pernah bercinta selama tujuh tahun tetapi putus di tengah jalan pada sekitar 2011 sebelum Fizz bertunang dengan wanita lain yang kemudian didakwanya sebagai isteri orang. ![]() Dalam pada itu, Almy enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah kembali terjalin sebagai kekasih kerana merasakan sebagai wanita tidak manis untuknya berbicara mengenai perkara itu. Jelas Almy, dia tidak mahu kenyataannya disalah ertikan selain serik dengan pelbagai kontroversi yang melanda hubungannya sebelum ini. "Apa yang saya boleh katakan doakanlah perkara yang baik-baik untuk saya dan Fizz dan selebihnya saya serahkan kepada ketentuan Allah," ujarnya. Sementara itu, Almy juga enggan mengulas mengenai kenyataan Fizz yang ingin berjumpa dengan keluarganya bagi membincangkan tentang hasrat lelaki itu untuk menikahinya. Almy berkata, dia menyerahkan semua perkara tersebut kepada Fizz untuk menjelaskan kepada pihak media apabila tiba masa sesuai nanti. "Rasanya biarlah Fizz sendiri yang beritahu media tentang hal tersebut kerana seperti saya katakan tidak manis saya di pihak perempuan untuk bercakap mengenainya," katanya. | |||
Hairul Azreen Lega Tidak Lagi Dianggap 'Lelaki Jambu' Posted: 17 Oct 2013 04:36 AM PDT ![]() SHAH ALAM: Aktor Hairul Azreen lega apabila tidak lagi dianggap sebagai lelaki 'jambu' selepas bergelar juara program Fear Factor Selebriti Malaysia pada Mac lalu. Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 24, berkata, selepas menjuarai program berkenaan bersama pelakon Dazrin Kamaruddin bakatnya sebagai pelakon semakin berkembang dan tidak lagi hanya tertumpu kepada watak tertentu sahaja. "Sebagai seorang pelakon saya meminati watak-watak mencabar seperti aksi tetapi tidak pernah diberi peluang kerana wajah 'jambu' saya selain dianggap lembut. "Tetapi syukur selepas bergelar juara Fear Factor situasi itu berubah dan saya sudah mula menerima pelbagai watak mencabar daripada pihak produksi," katanya kepada mStar Online selepas ditemui di Extreme Park Shah Alam di sini pada Rabu. Dalam pada itu, Hairul turut mengakui gelaran yang diberikan kepadanya itu telah meninggalkan kesan kepadanya sehingga menyebabkan dia perlu membuktikan diri bahawa telahan sesetengah pihak kepadanya itu adalah salah. "Sedih juga bila orang asyik kata saya 'jambu' dan 'lembut' kerana ia tidak mencerminkan diri saya sebenar di sebalik sifat luaran tersebut. "Perangai saya juga pantang dicabar apabila disuruh melakukan sesuatu namun saya lega apabila gelaran itu tidak lagi dibangkitkan kerana telah membuktikan diri apabila menjuarai Fear Factor," jelasnya yang turut pernah bergelar pelakon lagak ngeri selama dua tahun. Sementara itu, Hairul berkata, kerjaya lakonannya semakin berkembang apabila diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dan mengambil kepercayaan tersebut untuk memberikan terbaik kepada peminatnya. Jelasnya lagi, dia juga menyasarkan untuk memenangi anugerah dalam kategori pelakon terbaik sebagai salah satu cabaran dalam membuktikan dia bukan sekadar pelakon berwajah comel. "Alhamdulillah bakat saya mula diberi perhatian dan ini juga adalah rezeki selepas kemenangan menerusi program Fear Factor. "Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki tetapi selepas ini saya menyasarkan untuk memenangi anugerah pula," katanya. Dalam perkembangan lain, Hairul berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah drama bersama Nelydia Senrose selain bakal berangkat ke Las Vegas, Amerika Syarikat untuk drama bersiri terbaharunya. | |||
Sabhi Saddi Jalani Pembedahan Akibat 'Slip Disc' Posted: 17 Oct 2013 04:35 AM PDT ![]() PETALING JAYA: Penyanyi Sabhi Saddi selamat menjalani pembedahan bahagian tulang belakangnya akibat cakera gelincir (slip disc) selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway di sini pada Isnin lalu. Sabhi berkata, pembedahan itu terpaksa dilakukan untuk mengelakkan daripada penyakit berkenaan menjadi bertambah serius sehingga membuatkan dia menanggung kesakitan dan tidak berupaya untuk bergerak sejak dua minggu lalu. "Menerusi keputusan imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) yang dilakukan doktor mendapati beberapa urat saraf pada bahagian bawah tulang belakang saya bengkak sehingga menyebabkan saya sukar berjalan selain kaki sentiasa berasa panas akibat peredaran darah yang tidak lancar. "Doktor terpaksa menjalankan pembedahan bagi mengelakkan keadaan lebih serius dan Alhamdulillah keadaan saya kini beransur pulih," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis. Slip disc berlaku apabila bulatan tisu penghubung di sekitar cakera rosak. Ini menyebabkan bahagian lembut, seperti gel bahagian cakera membengkak dan menonjol keluar. ![]() Kesakitan berlaku apabila cakera tersebut menekan pada saraf yang terjejas dan akan menyebabkan pesakit sukar untuk berdiri dan berjalan. Dalam perkembangan sama, Sabhi berkata, dia bernasib baik kerana tidak membiarkan kesakitan itu berlarutan kerana menurut doktor dia boleh lumpuh separuh badan akibat keadaan itu. Tambah Sabhi, doktor juga telah menasihatinya supaya tidak terlalu aktif bersukan kerana bimbang kecederaan itu akan berulang jika dia tidak berhati-hati. "Saya tidak dapat bayangkan jika saya biarkan keadaan itu berlarutan dan bernasib baik saya bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan. "Saya sendiri sudah serik untuk terlalu bergiat aktif dalam bidang sukan dan hanya akan melakukan senaman ringan yang dibenarkan oleh pihak hospital sahaja," katanya. ![]() Menceritakan lebih lanjut mengenai keadaannya, Sabhi berkata, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keadaannya apabila dia sukar untuk berjalan dan berdiri selain terpaksa menanggung kesakitan pada pinggangnya. Jelas Sabhi, dia juga telah melakukan rawatan fisioterapi dan ubat-ubatan tradisional Cina namun keadaannya bertambah buruk sehingga menyebabkan dia tidak bermaya. "Sebelum ini saya memang aktif pelbagai jenis sukan seperti badminton, bola sepak dan futsal namun tidak menyangka aktiviti berkenaan turut memberikan kesan buruk kepada kesihatan jika kita tidak berhati-hati. "Pada mulanya keadaan itu tidak terlalu serius namun ia semakin buruk apabila saya sukar untuk bangun dan berjalan selain kesakitan pada bahagian kaki dan pinggang. "Malah saya juga sukar tidur kerana kesakitakan pada bahagian belakang sehinggakan terpaksa makan dalam keadaan meniarap," katanya. Sementara itu, Sabhi berkata, dia kini telah dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat selama dua minggu dan terpaksa mengenakan pad sokongan pada badannya untuk membetulkan kembali keadaan tulang belakangnya yang tercedera. "Mujur ada isteri yang sentiasa menjaga saya 24 jam sehari dan dia banyak membantu dalam proses pemulihan ini. Alhamdulillah keadaan saya sudah semakin pulih," katanya. Dalam perkembangan lain, Sabhi berkata, dia akan kembali bekerja bermula 22 Oktober ini untuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri 13 episod untuk siaran TV Al-Hijrah. | |||
Posted: 17 Oct 2013 04:33 AM PDT
MASIH lagi mengekalkan lirik-lirik ketuhanan dan kerohaniah, kumpulan nasyid Nowseeheart banyak memberi kelainan terutamanya dari segi konsep muzik yang dibawa oleh mereka. Sejak awal kemunculan Nowseeheart pada tahun 1996, penampilan mereka yang memakai beret sudah pun menunjukkan keunikan. Malah, konsep Nowseeheart yang mengetengahkan vokal soprano serta kumpulan koir menjadikan mereka sebagai kumpulan nasyid pertama yang berbuat demikian. Sejak itu Nowseeheart telah mengambil keputusan untuk memberi kelainan dalam setiap album yang dikeluarkan. Single yang berjudul Damai Yang Hilang dari album sulung telah mula mempopularkan nama Nowseeheart sehingga ke hari ini. "Mengimbau dari album pertama, kami keluar dengan konsep vokal seperti Queen manakala album kedua kami tampilkan gitar serta dram dalam muzik Nowseeheart. "Album ketiga pula, kami tampil dengan konsep muzik berselawat, sedangkan pada masa itu masyarakat asyik dengan aliran muzik balada, rock dan pop. "Seterusnya, kami membuat kompilasi dengan menampilkan muzik joget dan muzik tradisional. Terbaharu, kami selitkan genre rock nasyid yang mungkin bukan perkara baharu namun diberi kelainan oleh Nowseeheart," tutur salah seorang anggota Nowseeheart, Azahari Abdul Rahman ketika mengadakan sesi fotografi di studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Walaupun telah menyepi selama empat tahun, namun, beritahu ketua kumpulan, Idzhar Jumali, permintaan peminat masih wujud dalam pasaran nasyid tempatan. 'Percutian' selama empat tahun itu telah dimanfaatkan oleh anggota Nowseeheart dengan kerja-kerja belakang tabir seperti penerbitan, penulisan lirik lagu selain komitmen kerja harian. Selain itu, bercerita mengenai anggota kumpulan Nowseeheart yang dahulunya dianggotai oleh enam orang, kini mereka hanya tampil berempat meneruskan perjuangan. ![]() NOWSEEHEART (dari kiri, Huzaimi, Sariman, Idzhar dan Azahari) pertama kali bergabung bakat dan aura dengan Fahd (tengah). Mereka yang masih setia dan mahu menyalurkan kebaikan menerusi muzik mereka ialah Mohd. Huzaimi Mohd. Zaini, Muhammad Sariman, Azahari Abdul Rahman serta Idzhar Jumali. "Mungkin bagi pendapat peribadi saya, industri masih perlukan Nowseeheart. Boleh dikatakan kami ialah kumpulan nasyid yang menjadi trendsetter kepada industri nasyid sendiri di Malaysia. "Jadi, kami mahu berikan sesuatu perkara yang baharu dan kami juga dikenali dengan sebuah kumpulan nasyid yang melanggar perkara lazim yang dibuat oleh sebuah kumpulan nasyid. Kami mahu lakukan perbezaan dan tidak meniru dengan apa yang ada," jelas Idzhar. Fatwa Hati Kehilangan Nowseeheart selama empat tahun juga memberi peluang kepada kumpulan itu untuk penghasilan album keenam mereka. Album yang masih dalam proses tersebut bakal dilancarkan pada hujung tahun kelak. Namun, sementara itu, mengikut aliran muzik tempatan kini, mereka telah pun melancarkan single pertama dari album terbaharu ini yang berjudul Maafkan Aku. "Alhamdulillah, single pertama dari album keenam kami yang berjudul Maafkan Aku telah dilancarkan dan klip video pula telah pun dimuatnaik ke dalam laman YouTube. Kini, kami sedang mempromosi single kedua pula yang diberi judul Fatwa Hati. "Kali ini kami menggunakan konsep rock dan balada dalam album keenam kami, begitu juga Fatwa Hati dan kami juga telah berkolaborasi bersama Fadh. Lagu ini merupakan gubahan Azahari serta lirik oleh saya," bicara Idzhar tentang Fatwa Hati yang dilancarkan pada bulan Oktober ini. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan