ads

Ahad, 13 Oktober 2013

borak kosong


sumber :-

borak kosong


Kanggaroo pun pandai meraba

Posted: 13 Oct 2013 09:00 PM PDT


Pengantin tersilap suami

Posted: 13 Oct 2013 08:00 PM PDT

Napo: Seorang pengantin perempuan di bandar ini yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan seks pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.
Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua. 
Pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Huang saja, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkahwinan. 

Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.

Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.

"Tolong! Tolong, saya dirogol," jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya. 
Semua penghuni rumah berkenaan mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak 20,000 yuan. 

Keputusan itu bagaimanapun dibantah pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu. 

Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa yang berlaku tidak mencapai tahap merogol. 

Kerana kecewa, mereka kemudian memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar Napo. Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan. - Agensi
sumber : mymetro

Tertinggal isteri lepas pandu 200 kilometer

Posted: 13 Oct 2013 07:00 PM PDT

Berlin: Seorang lelaki Jerman memulakan kehidupan berumah tangga dengan kesilapan besar selepas memandu selama dua jam di lebih raya sebelum menyedari dia terlupa isterinya tertinggal di sebuah stesen minyak.
Si suami berhenti mengisi minyak untuk seketika tanpa menyedari isterinya turun untuk ke tandas. 
Dia hanya menyedari kesilapannya selepas memandu sejauh 200 kilometer. 

"Reaksi pertama saya ialah adakah suami saya bodoh?" kata pengantin perempuan berusia 33 tahun itu ketika menceritakan kisah berkenaan di sebuah stesen radio swasta.

"Saya tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai telefon ketika itu," katanya.

Lelaki berkenaan menyangka isterinya tidur di belakang bas mini mereka dan meneruskan perjalanan selama dua jam dengan mendengar muzik. 

Sebaik menyedari kesilapannya, lelaki itu berhenti di sebuah balai polis yang sebelum itu sudah pun dihubungi isterinya. 

Pasangan pengantin baru itu yang berasal dari Brandenburg berhampiran Berlin disatukan semula lima jam kemudian di stesen minyak berkenaan. 

Si isteri memberitahu stesen radio berkenaan bahawa dia tidak marah dengan kejadian itu. 

"Saya tidak marahkannya. Bukan dia sengaja," katanya. - AFP
sumber : mymetro

RM20j untuk hasil kiswah

Posted: 13 Oct 2013 06:00 PM PDT

Makkah: Lebih 200 pekerja bertungkus-lumus selama lapan bulan lalu di sebuah kilang di Arab Saudi untuk menghasilkan kiswah atau kelambu kaabah yang bersulamkan benang emas.
Kiswah itu yang dihasilkan di kilang yang terletak di pinggir Makkah, menggantikan kiswah lama pada permulaan musim haji tahun ini yang ditetapkan bermula hari ini.
Masyarakat Islam mengaitkan Kaabah dengan Nabi Ibrahim (AS) yang dianggap oleh mereka sebagai pengasas kepada penyembahan Tuhan yang Esa yang ajaran-Nya semakin pudar sehinggalah kepada kedatangan junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) pada abad ketujuh Masihi.

Menyulam ayat suci al-Quran dengan benang emas pada kain sutera adalah kemahiran turun-temurun, dari satu generasi ke generasi berikutnya, kata ketua Jabatan Penyediaan Kiswah, Hassanian al-Sharif.
Foto
PEKERJA menyulam benang emas ke atas kain sutera yang akan dijadikan kelambu Kaabah.

Dia bekerja di kilang berkenaan sejak 37 tahun lalu.

"Tidak ada siapa di luar sana yang mengetahui untuk menyulam kiswah ini. Pekerja baru akan menjalani latihan tiga bulan, dibimbing oleh kakitangan lama, sebelum mereka dapat bekerja di sini," katanya.

Pihak berkuasa menyediakan AS$6 juta (RM20 juta) setiap tahun untuk menghasilkan kiswah baru. 

Kiswah lama biasanya dipotong kepada beberapa bahagian dan diagihkan kepada orang kenamaan atau pertubuhan Islam.

Bagi yang menerimanya, mereka terasa begitu beruntung dan bernasib baik.
Hampir semua 210 pekerja di kilang itu berasal dari segala pelusuk Makkah dan kebanyakannya akan bekerja sepanjang hidup.

Sebelum kilang itu dibuka pada 1927, 47 keping kain yang dicantumkan menjadi kiswah dibuat di Mesir sementara bahannya didatangkan dari Sudan, India, Mesir dan Iraq.

Hari ini, kelambu sebesar 658 meter itu dan seberat 670 kilogram dibuat daripada kain sutera berkualiti tinggi yang diimport dari Itali dan Switzerland, kata Mohammed bin Abdullah Bajuda, pengurus kilang berkenaan.

"Sutera itu dicelup warna hitam dan diperah sendiri bagi menghasilkan bahan itu sebelum ia disulam dengan 120 kilogram benang emas dan perak asli," katanya.

Mesin untuk membantu menjadikan proses itu automatik diperkenalkan 25 tahun lalu, kata Ketua Jabatan Bahan, Salman al-Loukmani.

"Sebelum ini, kami terpaksa menggunakan lebih ramai tenaga pekerja dan proses menggunakan tangan itu memakan masa yang amat lama.

"Kini kami memiliki beberapa mesin dari Switzerland untuk membantu kerja kami," katanya.

Beberapa jemaah kadang kala mengambil kesempatan mengoyak kiswah ketika menunaikan haji, untuk dibawa pulang. - AFP
sumber : mymetro

Ubat jahanam!

Posted: 13 Oct 2013 05:00 PM PDT

Shah Alam: "Ubat jahanam tu hancurkan hidup saya," kata mangsa ubat perangsang seks tiruan hanya mahu dikenali sebagai Mokhsin, 52, yang kini terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu akibat kesan ubat berkenaan.
Menurut ahli perniagaan yang menggunakan 'ubat kuat' dibeli melalui laman web di Internet itu, dia membeli ubat berkenaan selepas berkahwin dengan isterinya berusia 26 tahun berikutan kematian isteri pertama dua tahun lalu. 
"Pada mulanya, saya hanya mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu dan juga telur ayam kampung dengan madu apabila isteri baru mendakwa saya kurang bertenaga di ranjang. 

"Namun, selepas beberapa bulan mencuba, tenaga saya masih tidak bertambah hingga membuatkan saya mendapatkan nasihat doktor dan rakan," katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menjalani rawatan di sini, semalam.
Foto

Mokhsin berkata, dia mempunyai empat anak hasil perkahwinan pertama dengan arwah isterinya dan berhasrat mendapatkan anak dengan isteri barunya itu.
sumber : mymetro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved