Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
The Apartment Program Realiti TV Hiasan di ntv7 Posted: 28 Sep 2013 11:13 PM PDT Berikutan kejayaan musimnya yang lalu, The Apartment – rancangan realiti televisyen mengenai hiasan dalaman No.1 Asia – kembali buat kali ketiga dengan gabungan para peserta yang mantap dengan tema barunya, "Design Your Destiny". Rancangan realiti berdurasi sejam bagi setiap episod ini bakal ke udara di saluran percuma, ntv7 bermula 5 Oktober 2013, setiap hari Sabtu jam 9.30 malam yang turut dibawakan dengan kerjasama oleh penaja Sime Darby Property dan Dulux selaku penaja bersama. The Apartment menyaksikan 18 orang pereka yang bercita-cita tinggi dari negara Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina yang bakal bersaing dalam merebut hadiah hebat berupa sebuah rumah dua tingkat di The Elmina. Kesemua sembilan pasukan perlu membuktikan keupayaan mereka dan harus menambat dan mengagumkan ketua juri rancangan ini Laurence Llewelyn Bowen, pereka hiasan dalaman terkenal dunia yang pernah berkerja dengan Keluarga Diraja Britain serta Jamie Durie yang merupakan pereka selebriti dan juga sering muncul dalam rancangan the Oprah Winfrey Show. Sembilan pasukan, dua juri selebriti, sebuah hadiah utama yang harus direbut… dan pelbagai warna. Saksikan semua ini di ntv7 bermula 5 Oktober, setiap hari Sabtu jam 9.30 malam di ntv7Setiap pasukan akan diberikan sebuah apartment yang serupa untuk direka daripada mula di mana mereka diberikan bajet yang ketat dan masa yang singkat iaitu selama 15 jam untuk menyempurnakan tugasan mereka dalam memberikan transformasi kepada ruang di dalam pangsapuri itu. The Apartment bakal membawakan 10 episod yang penuh aksi di mana para pesertanya bukan sahaja perlu mempunyai daya imaginasi yang kreatif malah harus menguasai kesemua kemahiran asas dalam mengecat, membuat lakaran, menghias, membuat kerja pertukangan dan apa sahaja kemahiran yang diperlukan untuk membuatkan mereka terus bertahan serta menghasilkan hasil yang mengagumkan secara konsisten. Persaingan hiasan dalaman ini juga bakal menunjukkan aksi ber-adrenalin tinggi dan penuh dengan tekanan dalam grand finale-nya yang bakal bersiaran selama 90 minit. Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Penjenamaan ntv7, Komunikasi Jenama dan Projek Khas & Acara, Emilya Ab. Rahim berkata bahawa ntv7 amat teruja untuk menyiarkan kandungan bertaraf dunia seperti The Apartment kepada para penontonnya yang sesuai dengan sasaran hala tuju saluran itu iaitu Modern Urban Progressive Adults (MUPAs).
Dato' Abd Wahab Maskan, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sime Darby Berhad dan Pengarah Urusan Sime Darby Property Berhad berkata:
Pengarah Urusan, AkzoNobel Decorative Paints, Asia Tenggara dan Pasifik, Jeremy Rowe gembira dengan pasukan yang amat bijak di sebalik rancangan ini yang sememangnya membawakan keceriaan serta menarik minat para penonton yang sentiasa mencari cara untuk menghias rumah mereka dengan cara yang mudah, kos yang efektif dan dengan sentuhan gaya terkini.
Ketua Pegawai Eksekutif Imagine Group (pasukan produksi di sebalik rancangan The Apartment), Encik Riaz Mehta melahirkan rasa gembiranya buat The Apartment yang kini telah masuk kepada musimnya yang ketiga.
Saksikan musim terbaru rancangan realiti TV hiasan dalaman yang amat ditunggu-tunggu, The Apartment di Saluran Ceria Anda, ntv7 bermula 5 Oktober 2013, setiap Sabtu jam 9.30 malam. Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan ini, sila layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan kami di akaun rasmi Facebook dan Twitter ntv7. Google+Komen via Facebook |
Sinopsis Drama Bersiri Vikings di History Channel Posted: 28 Sep 2013 09:39 AM PDT Kehidupan dan pengembaraan epik para panglima Viking kini diperkisahkan dalam program "VIKINGS", sebuah siri 9 bahagian yang akan disiarkan pada saluran HISTORY™. Drama ini menggambarkan dunia penyerang, pedagang dan peneroka Zaman Gelap daripada pandangan orang Viking dan bukannya orang luar. Mereka adalah pahlawan paling ganas, VIKINGS, Siaran Perdana pada 29 September 2013, Setiap Ahad jam 10 malamVIKINGS menjejaki pengembaraan Ragnar Lothbrok (Travis Fimmel, The Beast, Baytown Outlaws), seorang lelaki yang selalu cuba merentasi halangan serta dunia baru untuk ditawan. Dengan bantuan rakannya, Floki, (Gustaf Skarsgard, The Way Back), mereka membina kapal-kapal generasi baru yang lebih laju, elok dan dibuat dengan lebih baik. Siri ini juga akan memaparkan bagaimana orang Viking, kumpulan jahiliah terakhir menyembah tuhan purba seperti Odin, Thor, Freya dan Loki. Ragnar mendakwa dirinya keturunan tuhan orang Norse iaitu Odin, yang dikatakan tuhan kepada para panglima semasa perang dan juga tuhan yang sentiasa ingin tahu. Walaupun VIKINGS penuh dengan konflik, peperangan dan pertumpahan darah tatkala di saat-saat ekstrem, ia juga sebuah kisah keluarga. Ragnar yang merupakan seorang petani yang cukup menyayangi keluarganya amat kecewa dengan polisi sederhana ketua tempatan, Earl Haraldson (Gabriel Byrne, In Treatment, Usual Suspects, Millers Crossing), yang menghantar secara berterusan penyerang Viking ke timur pada setiap musim panas, ke negeri-negeri Baltik dan Rusia dimana rakyatnya cukup daif. Fimmel, Byrne dan Skarsgard turut disertai oleh Katheryn Winnick (Bones, Love and Other Drugs, The Black Marks) sebagai Lagertha, seorang yang berani dan isteri kepada Ragnar; Jessalyn Gilsig (Glee, Heroes, Nip/Tuck, Friday Night Lights) sebagai Siggy, isteri Earl Haraldson yang cantik; George Blagden (Les Miserables, Wrath of the Titans) sebagai Athelstan, seorang rahib Kristian lurus bendul yang ditangkap oleh Ragnar semasa serangan pertamanya ke atas England; dan Clive Standen (Camelot, Robin Hood) sebagai Rollo, saudara lelaki Ragnar yang impulsif, sukar dikawal dan sukakan kebebasan. Dicipta dan ditulis oleh Michael Hirst – antara pencerita sejarah terkenal dalam industry (filem Elizabeth yang memenangi Anugerah Academy; dan siri The Tudors yang dicalonkan untuk anugerah-anugerah Emmy dan Golden Globe), Michael bertindak sebagai Penerbit Eksekutif bersama Morgan O'Sullivan daripada World 2000 (The Count of Monte Cristo; The Tudors), John Weber daripada Take 5 Productions (The Tudors; The Borgias), Sherry Marsh, Alan Gasmer, James Flynn (The Tudors; The Borgias) dan Sheila Hockin (The Tudors; The Borgias). Dirk Hoogstra dan Julian P. Hobbs merupakan eksekutif-eksekutif yang bertanggungjawab untuk penerbita saluran HISTORY™.. SINOPSIS BAGI SETIAP EPISOD Episod 2: Wrath of the Northmen Diarahkan oleh: Johan Renck Episod 3: Dispossessed Episod 4: Trial Episod 5: Raid Episod 6: Burial of the dead Episod 7: A King's ransom Diarahkan oleh: Ken Girotti Episod 8: Sacrifice Diarahkan oleh: Ken Girotti Episod 9: All Change Diarahkan oleh: Ken Girotti Ragnar Lothbrok (Travis Fimmel) Berdasarkan pada kehidupan sebenar ketua Viking yang keluar dari Scandinavia dan ke pentas dunia pada abad ke-8, Ragnar Lothbrok merupakan lelaki cukup berkarisma yang sentiasa mencari merentasi sempadan dan dunia baru untuk dikuasainya. Ragnar, yang merupakan seorang petani bersama dengan isteri dan keluarganya, berasa kecewa dengan polisi ketua tempatan, Earl Haraldson, yang menghantar orang Viking menyerang kawasan timur pada setiap musim panas, ke negeri-negeri Baltik dan Rusia yang mana penduduknya sedaif mereka. Ragnar sendiri pernah terdengar tentang dunia yang lebih bertamadun dan lebih kaya di seberang lautan ke kawasan Barat, dan dia bersemangat untuk mencari dunia baru ini. Dia juga mendakwa dirinya keturunan tuhan orang Norse iaitu Odin, yang bukan sahaja tuhan pahlawan dalam peperangan, tetapi juga tuhan yang sentiasa ingin tahu. Ragnar berasa cukup rapat dengan tuhannya dan ini mencetuskan ideanya untuk membina sebuah kapal yang mampu melayari lautan terbuka serta mencari laluan untuk menyeberanginya. Earl Haraldson (Gabriel Byrne) Earl Haraldson merupakan pemerintah tempatan paling penting di daerah Ragnar yang mempunyai visi yang terhad. Dia mensyaki cita-cita Ragnar lantas bersemuka dengan Ragnar demi mengekalkan usahanya untuk mendapatkan kuasa dan kegemilangan. Athelstan (George Blagden) Lagertha (Katheryn Winnick) Lagertha adalah isteri kepada Ragnar Lothbrok dan perkahwinan mereka berdasarkan rasa cinta. Dia seorang pahlawan yang kuat. Dia berjuang di sebalik tembok perisai bersama suami dan saudara lelakinya. Dia cukup berdikari dan amat melindungi keluarganya, dan sanggup menemani suaminya dalam serangan yang berani dan merbahaya. Dalam masyarakat Viking, kaum wanita menikmati banyak hak dan peluang, seperti boleh menceraikan suami mereka, memiliki harta dan akhirnya mampu berkuasa. Rollo (Clive Standen) Watak Rollo, saudara lelaki Ragnar adalah impulsif, bebas dan kompulsif. Hubungan antara Rollo dan Ragnar tegang dan sukar ditelah. Ragnar meragui kesetiaan saudara lelakinya tapi semua itu tidak disisihkan kerana Rollo merupakan seorang pahlawan yang berani. Siggy (Jessalyn Gilsig) Siggy adalah isteri kepada Earl Haraldson. Dia cantik dan enigmatic, dan dia melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dengan penuh gaya, tetapi dia sebenarnya tidak setia terhadap suaminya. Floki (Gustaf Skarsgard) Sebahagian daripada watak Floki berdasarkan kepada tuhan orang Norse, Loki. Floki seorang pembuat kapal yang mencipta dan membina prototaip kapal-kapal Viking generasi baru, yang mampu belayar di lautan terbuka serta sungai-sungai yang cetek. Dia seorang pakar rekaan dan dia membenarkan Ragnar memenuhi impiannya untuk mencari tanad dan tamadun baru. Floki merupakan seorang yang kelakar dan juga rakan karib Ragnar. BIOGRAFI PELAKON Travis Fimmel sebagai "Ragnar" Gabriel Byrne sebagai "Earl Haraldson" Di Broadway, dia pernah menerima nominasi anugerah Tony untuk persembahannya dalam Moon for the Misbegotten, sebua hasil karya Eugene O'Neills, dan memenangi Anugerah Outer Critics Circle untuk Pelakon Terbaik bagi persembahannya dalam satu lagi persembahan O'Neill iaitu A Touch of the Poet. Byrne pernah bekerjasama dengan beberapa pengarah terkemuka filem termasuklah Coen Brothers, Wim Wenders, Costa-Gavras, Jim Jarmusch, Ken Loach, John Boorman, David Cronenberg dan Bryan Singer. Beliau telah membintangi dalam lebih daripada 35 filem cereka termasuklah Excalibur, Miller's Crossing, Into the West, The Point of No Return, Little Women, The Usual Suspects, Dead Man, The End of Violence, The Man in the Iron Mask, Vanity Fair, Jindabyne dan Wah-Wah. Kemunculannya di kaca TV termasuklah Weapons of Mass Distraction dan In Treatment pada saluran HBO. Untuk In Treatment, beliau dicalonkan sebanyak 2 kali untuk anugerah Emmy dan menerima Anugerah Golden Globe untuk Lakonan Terbaik oleh Pelakon dalam Siri TV – Drama. Anugerah yang pernah beliau terima termasuklah Anugerah Academy bagi filem In the Name of the Father dan Into the West. 2011 menyaksikan beliau berlakon dalam filem All Things to All Men yang diarahkan oleh George Isaac, dan Costa Gavras' Le Capital. Beliau baru sahaja selesai berlakon dalam filem Jérôme Bonnell Adventuretime, dan siri mini Secret State Saluran 4 Ireland yang diarahkan oleh Ed Fraiman. Lakonan seterus beliau dapat disaksikan melalui filem adaptasi Benjamin Black bagi siri Quirke, dimana beliau membawa watak utama. George Blagden sebagai "Athelstan" Katheryn Winnick sebagai "Lagertha" Winnick bukan sahaja bintang yang semakin menyerlah di Hollywood, malah beliau mempunyai kemahiran dalam mempertahankan diri. Selepas menerima tali pinggang hitam pada usia 13 tahun, beliau bertanding pada peringkat kebangsaan di Kanada, membuka sebuah sekolah taekwando sekitar Toronto, dan berlatih sebagai pengawal peribadi berlesen. Kini, beliau memegang tali pinggang hitam tahap tiga dalam taekwando dan tali pinggang hitam dalam karate. Clive Standen sebagai "Rollo" Standen dilatih menjadi pelakon di National Youth Theatre, the National Youth Music Theatre dan juga London Academy of Dramatic Art, dan muncul membawa watak teater di Royal Albert Hall dan Shakespeare's Globe Theatre, serta juga teater Tom Stoppard, The Invention of Love. Dilahirkan di sebuah pangkalan tentera British di Hollywood, County Down, Northern Ireland, Standen berpindah ke England pada usia 5 tahun. Beliau melakukan aksi ngeri dan lawan pedang, dan pada zaman remajanya, beliau bekerja dengan pasukan aksi ngeri professional; mengasah kemahiran seperti menunggang kuda, berlawan tombak dan pedang. Sebagai seorang yang meminati seni mempertahankan diri, beliau juga mempelajari Muay Thai dan menjadi seorang juara kebangsaan yang belum lagi dapat dikalahkan. Jessalyn Gilsig sebagai "Siggy" Berasal dari Montreal, Gilsig belajar di Teater Harvard's American Repertory dan kini dia menetap di Los Angeles. Gustaf Skarsgard sebagai "Floki" BIOGRAFI AHLI PENERBIT Michael Hirst, Penulis dan Penerbit Eksekutif Michael Hirst, antara pencerita sejarah terkenal dalam industri menjadi seorangpenulis skrin selama hampir 30 tahun. Filem-filemnya termasuklah The Ballad of the Sad Café, Fools of Fortune dan Elizabeth, yang telah dicalonkan untuk enam Anugerah Academy termasuklah Filem Terbaik. Beliau menghasilkan, menerbitkan serta menulis setiap episod bagi siri TV The Tudors. Sebagai tambahan, beliau juga menulis setiap episod untuk siri Vikings di saluran HISTORY™. Morgan O'Sullivan, Produser Eksekutif Morgan O'Sullivan merupakan penerbit berpangkalan di Ireland, dan filem terbitan beliau termasuklah Braveheart, Angela's Ashes, Animal Farm, David Copperfield, The Count of Monte Cristo dan King Arthur, Ella Enchanted, Becoming Jane, P.S. I Love You, dan Leap Year. Beliau merupakan penerbit eksekutif bagi siri The Tudors, dan pada tahun 2011 menerima anugerah Outstanding Contribution bagi bidang perfileman Ireland dari Irish Film & Television Academy (IFTA). Johan Renck, Pengarah (episod 1-3) Johan Renck dinamai oleh majalah Perancis CB News sebagai "pengarah nombor satu iklan dan video muzik di dunia". Beliau pernah bekerja dengan artis seperti Kylie Minogue, New Order, Madonna, Libertines, dan The Streets, dengan juga jenama terkenal seperti Nike, Levi's, Mercedes, Dom Perignon dan H&M. Beliau menerima pencalonan Anugerah MTV bagi video muzik Madonna dan Beyoncé, dan memenangi Anugerah VPA Award bagi video muziknya untuk The Streets. Renck juga pernah merakam siri Breaking Bad dan The Walking Dead. Ciaran Donnelly, Pengarah (episod 4-6) Ciaran Donnelly merupakan seorang anak jati Dublin, Ireland dan telah mengarah siri drama televisyen waktu utama di peringkat antarabangsa sejak 10 tahun yang lalu. Hasil kerjanya termasuklah Camelot, The Tudors dan Titanic Blood and Steel. Sepanjang kerjayanya beliau telah mengarahkan siri televisyen BAFTA, RTS dan IFTA. Ken Girotti, Pengarah (episod 7-9) Ken Girotti merupakan seorang pengarah televisyen prolifik yang menghasilkan Covert Affairs, Nikita, Missing, 24, Street Time, Burn Notice dan lain-lain. Beliau juga mengarahkan episod-episod untuk Flashpoint, Haven (Stephen King), Rescue Me, Royal Pains, Fairly Legal, Damages, Saving Hope, dan francais Law and Order. PETIKAN KATA-KATA PENGKRITIK "Siri ini memaparkan barisan watak sehebat 'Sons of Anarchy' dan 'Spartacus', penuh dengan ciri kekeluargaan yang disertai dengan aksi watak utama Ragnar Lothbrok (Travis Fimmel), yang mana mata birunya berpandangan tajam dan tocang ala Mohawk mungkin menjadi gaya baru bagi lelaki" – Monsters and Critics ""Vikings" mengagumkan dengan gayanya yang cukup jelas. Anda dapat mengagak yang siri ini bakal menjadi pememang" – Orlando Sentinel "….pemandangan yang cukup hebat dan perincian tertumpu pada penerbitan" – Associated Press "Ia satu kajian watak, stamina, kuasa dalam cara yang menarik dari sudut sosial dan emosi yang cukup menyegarkan intelektual…" – Wall Street Journal Fakta-fakta lain dan kata-kata petikan tentang "Vikings" • Dengan bajet sekitar $40 juta, "Vikings" merupakan siri yang terbesar bagi saluran HISTORY™ buat masa kini, dan Cik Dubuc berkata bahawa beliau optimis ia akan mencapai lebih penonton lelaki dan seumpanya menarik penonton wanita seumpamanya. • Pihak penerbitan juga membina 2 kapal Viking sepanjang 56 kaki, yang telah dibina di Republik Czech, dan menempah perabotnya dari India, dimana pasar terbuka mereka turut menyediakan peralatan untuk siri ini termasuklah goblet logam dan barangan harian yang rekaannya hampir sama dengan rekaan orang Viking. • New York, NY, (4 Mac, 2013) –VIKINGS mencatat jumlah penonton seramai 8.3 juta selepas siaran perdana pada hari Ahad, 3 Mac, yang mana 3.4 juta adalah orang dewasa berumur 18-49 tahun dan 3.8 juta orang dewasa berusia 25-54 tahun. Siri pertama berskrip pada saluran HISTORY™ ini berjaya mengumpul 6.2 juta penonton pada slot perdana pukul 10 malam, 2.7 juta orang dewasa berusia 25-54 tahun dan 2.5 juta bagi orang dewasa berumur 18-49 tahun. VIKINGS menjadi siri kabel baru nombor 1 yang dilancarkan dari segi jumlah penonton dan golongan dewasa berusia 25-54 tahun. Pada siaran jam 10 malam, VIKINGS menerajui rangkaian semua penyiaran di kalangan dewasa berusia 18-49 tahun. • New York, NY (30 April, 2013) – Episod akhir yang dinanti-nantikan bagi siri VIKINGS pada hari Ahad, 28 April jam10 malam berjaya meraih seramai 3.6 juta penonton, yang mana 1.8 juta penonton adalah golongan dewasa berusia 25-54 tahun dan 1.7 juta bagi golongan dewasa antara 18-49 tahun. Episod akhir ini telah memacu saluran HISTORY™ untuk menjadi saluran nombor satu di kalangan golongan dewasa berusia 25-54 tahun untuk siaran jam 10 malam, dan juga di kalangan dewasa berusia 25-54 tahun. Selama sembilan minggu tersebut, siri drama ini berjaya menjadi siri nombor satu pada tahun ini, dengan purata seramai 4.3 juta penonton, yang mana 2 juta daripadanya adalah di kalangan dewasa berusia 25-54 tahun, dan 1.8 juta orang dewasa berusia 18-49 tahun. Saluran HISTORY™ telah menetapkan untuk menyiarkan 10 episod bagi siri VIKINGS musim kedua. Penerbitan musim kedua ini bakal dimulakan pada musim panas ini dan dijangkakan kembali ke kaca TV pada tahun 2014. VIKINGS mengisahkan cerita luar biasa kehidupan dan pengembaraan epik para pahlawan. Drama ini menggambarkan para penyerang, pedagang dan peneroka di Zaman Gelap yang diperikan daripada pandangan masyarakat Viking sendiri. • New York, New York, (5 April, 2013) – HISTORY™ bakal menayangkan VIKINGS, siri drama 10 episod bagi musim kedua. Ia telah diumumkan hari ini oleh Dirk Hoogstra, Naib Presiden Eksekutif, Pembangunan dan Program bagi saluran HISTORY™. Dihasilkan dan ditulis oleh Michael Hirst, musim kedua siri ini diumumkan selepas hanya lima episod. • VIKINGS terus menjadi siri kabel baru nombor satu pada tahun 2013 dan telah memacu saluran HISTORY™ menjadi saluran kabel nombor satu bagi siaran pada hari Ahad, jam 10-11 malam. Selama 5 minggu, drama ini berjaya mengumpul purata 5 juta penonton, yang mana 2.2 juta adalah penonton dewasa berusia 25-54 dan 1.9 juta penonton berusia 18-49 tahun. Pada Ahad lepas, episod lima mengumpul 4.7 juta penonton, yang mana 2.2 juta adalah orang dewasa berusia 25-54 tahun, dan 1.7 juta lagi adalah dewasa berusia 18-49 tahun. Ini merupakan peningkatan sebanyak 4% dalam jumlah penonton dan penambahan 5% bagi golongan dewasa berusia 25-54 tahun, jika dibandingkan dengan minggu lepas. Mengenai HISTORY™ dan HISTORY HD™ Laman utama: www.historyasia.com Mengenai A+E Networks Asia Komen via Facebook |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan