Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Adam AF & Fiza Elite Nikah Hari Khamis Ini Posted: 23 Sep 2013 09:52 PM PDT
Pasangan selebriti, Adam AF2 dan Fiza Elite telah memilih tarikh 26 September 2013 iaitu hari Khamis ini untuk bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi. Semoga selamat dan berjalan lancar. Berita ini disiarkan dalam sebuah akhbar Berita Harian pada hari ini. Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, cukup dikenali selepas menyertai program Akademi Fantasia musim kedua pada 2004. Penyanyi berasal dari Kota Kinabalu ini mendapat tempat ketiga dalam program realiti terbabit. Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula ialah bekas anggota kumpulan Elite dan aktif berlakon drama dan filem. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, namun bercerai pada November 2010. Fiza Elite Artis wanita itu baru-baru ini mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga semula pada Jun lalu, bersama individu yang tidak mahu didedahkan identitinya, namun rancangan berkenaan tidak kesampaian. Fiza dan Adam AF merancang untuk bernikah dalam masa yang sangat singkat di mana ibu kepada dua anak ini berkata, semuanya adalah ketentuan Tuhan.
Bagi Adam pula, dah tiba masa dan seru bila pintu hatinya terbuka untuk menerima Fiza sebagai isteri walaupun baru sahaja mengenali wanita itu pada bulan puasa yang lalu. Google+Komen via Facebook{total} ', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '{total} ', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); }); |
Jimmy Shanley Tak Mahu Komen Isu Kahwin Janda Posted: 23 Sep 2013 07:33 PM PDT Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai khabar angin kononnya dia sudah menamatkan zaman duda dengan seorang wanita berstatus janda. Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang jawapan kepada isu tersebut dan tidak kisah jika ada yang terus membuat spekulasi tentangnya.
Jimmy pernah mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27, pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh. Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun. Dalam perkembangan sama, Jimmy berkata, dia bukan serik untuk berkongsi kisah peribadinya selepas kemelut rumah tangga bersama Nursuhaila mendapat liputan luas sebaliknya memberitahu perlu menjaga hati banyak pihak. Jelas Jimmy, dia cuma belum bersedia untuk menjelaskan kedudukan sebenar tentang cakap-cakap mengenai dirinya dan hanya akan berbuat demikian apabila tiba masa sesuai.
Dalam pada itu, Jimmy turut enggan mengulas mengenai hubungannya dengan bekas isteri berhubung hak lawatan anak mereka yang kini dibawah jagaan Suhaila. Jelas Jimmy, dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan mengenai perkata itu kerana bimbang ia akan disalah erti oleh orang lain sehingga menyebabkan ia menjadi kembali kecoh di dalam media.
Mungkin nanti ada masa yang sesuai untuk Jimmy memberitahu tentang cerita sebenar pasal hal ini. Sekarang bukan masanya… barangkali. Google+Komen via Facebook |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan