Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Adam AF nikah Fiza Elite 26 September ini
- Kekasih Pernah Tinggalkan Haliza Misbun Kerana Status
- Awie Minta 'Pertemuannya' Dengan Erra Fazira Tidak Disensasikan
- Isu Iklan Merdeka RM450 Ribu: Afdlin Shauki Sedia Akaun Diaudit
- Hafiz AF, Najwa Latif dan Fauziah Latif Bakal Jayakan Konsert Amal YA1M
- 800 Pendengar Serbu Program 'Zon Ceri Suria FM' Di Terengganu
- Kahwin: Fizo ingin rai penduduk Pasir Puteh
- Scha: Sedia bergelar 'mummy'!
Adam AF nikah Fiza Elite 26 September ini Posted: 24 Sep 2013 11:41 PM PDT TIADA ANGIN, tiada ribut, tiba-tiba sahaja keluar berita di sebuah akhbar semalam, penyanyi dan pengamal perubatan, Adam dan Fiza Elite akan bernikah pada 26 September ini pada pukul 10 pagi di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam dan sebuah majlis persandingan yang akan diadakan di kampung halaman Adam di Sabah. Khabar gembira itu benar-benar mengejutkan banyak pihak kerana tidak pernah keluar cerita tentang percintaan mereka berdua sebelum ini. Sebaliknya Fiza atau nama sebenarnya, Siti Saidatul Fiza Abdul Halim, 32, ibu tunggal kepada dua puteri, Ferra Aryanna, 5, dan Feeya Adyrra, 4, sebelum ini dikatakan kecewa kerana perkahwinan yang dirancang pada Jun lalu dengan seorang lelaki yang enggan didedahkan identitinya telah dibatalkan. Adam atau nama penuhnya, Mohd Aizam Mat Saman, 30, pula juga sebelum ini dilihat berkawan dengan ramai wanita tetapi tidak pernah dikaitkan dengan Fiza. Sedar ramai yang terkejut dengan berita pernikahannya itu, Adam dengan tenang mengaku, Fiza adalah wanita pilihannya walaupun hubungan mereka hanya mula rapat sejak bulan Ramadan lalu. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Adam semalam. Kosmo!: Benarkah Adam akan berkahwin dengan Fiza pada 26 September ini? ADAM: Memang benar. Jika diizinkan insya-Allah saya akan bernikah dengan Fiza pada tarikh tersebut di bilik pelamin Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam. Mengapa tiba-tiba ingin bernikah kerana sebelum ini tidak ada cerita kalian bercinta? Dalam minda orang ramai kalau artis bercinta mesti keluar gosip terlebih dahulu. Ramai yang tidak terhidu hubungan kami dan kami tidak dedahkan ketika itu kerana belum ada apa yang ingin disahkan. Sekarang memang sah kami akan berkahwin, saya pun tidak mahu sorok-sorok kerana orang akan tahu juga. Bagaimana hubungan kalian boleh terjalin? Semuanya bermula pada bulan Ramadan lalu menerusi Blackberry Messenger (BBM). Waktu pertama kali saya berjumpa dengannya dia belum berhijab, kemudian saya lihat dia ubah gambar profil dengan memakai hijab, ingatkan watak dia bertudung dalam lakonan. Saya tegur dalam BBM dan dia kata, itu memang imejnya sekarang, sejak itulah kami mula rapat. Adakah pernikahan ini tergesa-gesa kerana baru beberapa bulan sahaja kalian rapat dan terus ambil keputusan untuk bernikah? Sebenarnya, sebelum ini saya sasarkan untuk berkahwin pada usia 28 tahun, sekarang umur saya sudah 30 tahun. Memang saya berdoa pada Allah untuk mendapat jodoh dengan segera, Alhamdulillah Allah bukakan hati saya untuk menerimanya. Hari kedua kami berjumpa, terus kami berbincang soal pernikahan. Saya sendiri hairan dengan keterbukaan hati saya, mungkin ini sudah jodoh saya. Apakah yang membuatkan anda tertarik kepada Fiza? Dia seorang wanita yang lemah lembut dan memahami diri saya. Sejujurnya, sebelum ini saya pernah bercinta dengan beberapa orang wanita tetapi dengan Fiza perasaannya berbeza. Saya tidak pernah rasa perasaan ini dengan wanita lain, ketika itu saya tahu dialah wanita pilihan saya. Sudahkah anda bersedia menerima Fiza yang berstatus ibu tunggal kepada dua orang anak? Pada mulanya ketika saya suarakan hasrat untuk berkahwin dengannya, ibu saya membantah kerana statusnya. Mampukah saya menjaga wanita dengan dua orang anak? Selepas Fiza melawat keluarga saya pada hari raya lalu, mereka semua sukakan dia dan terus merestui hubungan kami. Saya sendiri tidak kisah dengan statusnya kerana saya menerima diri dia seadanya. Adam AF nikah Fiza Elite 26 September ini. | ||||
Kekasih Pernah Tinggalkan Haliza Misbun Kerana Status Posted: 24 Sep 2013 11:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Hubungan pelakon Haliza Misbun dengan teman lelakinya pernah putus selama beberapa bulan selepas pemuda itu mengetahui dia seorang pelakon. Haliza, 40, berkata, tindakan lelaki tersebut berbuat demikian kerana bimbang percintaan mereka tidak dapat berjalan dengan baik kerana status selebriti yang dipegang olehnya. "Sebelum ini dia tidak mengetahui saya seorang pelakon dan saya pula tidak pernah memberitahunya. Bagaimanapun dia mula hairan apabila setiap kali kami keluar akan ada orang yang menegur atau pun senyum kepada saya. "Sejak mengetahui status saya sebagai seorang selebriti dia mula menjauhkan diri dan memutuskan hubungan kami," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran novel tulisannya berjudul Cinta Rimau di Publika Solaris Dutamas di sini, Selasa. Haliza baru-baru ini mendedahkan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan dan lelaki tersebut telah menghadiahkan sebuah kondominium bernilai RM2 juta bersempena hari jadinya yang ke 40 tahun pada 14 Mei lalu. Tambah Haliza, mereka bagaimanapun kembali berbaik selepas lelaki berkenaan menyedari mereka tidak patut memutuskan hubungan hanya kerana status berkenaan. "Saya faham mengapa dia bertindak demikian kerana teman lelaki saya seorang yang sangat merendah diri dan tidak gemar cerita peribadinya menjadi perhatian umum. "Bagaimanapun masalah itu telah dapat diselesaikan dengan baik dan kami masih bercinta seperti biasa," jelasnya. Dalam perkembangan sama, Haliza berkata, dia tidak pasti bila dia akan menamatkan zaman bujangnya namun berharap hubungan itu akan berakhir dengan perkahwinan. Jelas Haliza, dia bukan takut dengan perkahwinan tetapi cuba membiasakan diri dengan kehidupan berdua kerana telah terbiasa hidup bersendirian sebelum ini. "Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan selepas berkahwin kerana sudah terbiasa hidup sendiri tanpa mengharapkan sesiapa. "Bagaimanapun teman lelaki telah berjaya menembusi tembok yang paling saya takuti itu dan berharap hubungan ini akan berakhir dengan ikatan suami isteri," jelasnya. Mengulas mengenai hadiah mewah yang diterimanya, Haliza berkata, pemberian lelaki tersebut adalah ikhlas dan ia sebagai bukti cinta teman lelaki terhadapnya. Kata Haliza, ia bukan bererti dia boleh mengambil kesempatan atas kebaikan lelaki itu sebaliknya benar-benar ikhlas mencintai kekasihnya itu. "Cinta dia kepada saya sangat tulus dan ikhlas yang tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan harta benda dan wang. Dia orang yang paling rapat dengan Liza sejak dua tahun kebelakangan ini," tuturnya. Sementara itu, bercakap mengenai novel pertama hasil tulisannya, Haliza berkata, dia sudah memulakan projek berkenaan sejak tiga tahun lalu dan keretakan hubungan dengan kekasihnya sebelum ini telah memberikan lebih sumber inspirasi untuk menyiapkan novel berkenaan. Jelas Haliza, hampir 60 peratus isi novel berkenaan adalah tentang kisah sebenar yang pernah terjadi dalam hidupnya selain memasukkan elemen-elemen fiksyen. "Novel ini bukan sekadar mengangkat kisah percintaan tetapi juga tentang isu anak tidak sah taraf dan agama yang menjadi tunjang kepada plot penceritaan," jelasnya. Tambah Haliza, dia juga bertuah apabila pihak penerbit iaitu Merpati Jingga memberikan kebebasan kepadanya untuk menentukan arah buku tersebut tanpa terikat dengan sebarang peraturan daripada pihak penerbit. "Sebelum memilih Merpati Jingga sebagai penerbit saya pernah berbincang dengan sebuah syarikat penerbitan yang terkenal namun terlalu banyak peraturan yang perlu saya ikut dan ia sekali gus mengehadkan kreativiti saya sebagai penulis," ujarnya. | ||||
Awie Minta 'Pertemuannya' Dengan Erra Fazira Tidak Disensasikan Posted: 24 Sep 2013 11:37 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Awie berharap gandingan terbaharunya bersama Erra Fazira dalam konsert Suara Kita di Istana Budaya pada Mac 2014 tidak disensasikan hanya kerana mereka pernah bertunang suatu ketika dahulu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, menegaskan kerjasama yang turut menggandingkan Ziana Zain itu adalah atas dasar profesional. "Apabila mengambil keputusan untuk mengadakan konsert ini sejarah lama antara saya dan Erra pasti akan menjadi perhatian namun saya berharap ia tidak disensasikan. "Kerjasama ini hanya semata-mata atas dasar profesional. Saya dan dia sudah mempunyai kehidupan masing-masing, sejarah lama tidak perlu diungkit lagi," katanya kepada mStar Online. Tambah Awie, isterinya, Ruzana Misbun juga tidak mempunyai sebarang masalah tentang kerjasama tersebut dan memberi keizinan untuk berbuat demikian. Malah kata Awie, Ruzana juga teruja dengan gabungan itu kerana turut mengagumi bakat lakonan dan nyanyian Erra. "Sebelum saya buat sesuatu, saya akan bincang dengan isteri termasuk mengenai konsert ini. Dia sangat profesional dan tidak melarang kami bergandingan," ujarnya. Dalam perkembangan sama, Awie berkata, dia berbincang dengan Erra mengenai konsert tersebut ketika pelakon itu muncul dalam program kendaliannya iaitu Tunggu Sekejapterbitan TV3 awal tahun ini. Jelas Awie, walaupun pada mulanya rasa bimbang Erra akan menolak tawaran tersebut namun dia lega apabila wanita itu bersetuju dengan cadangan tersebut. "Saya sudah lama ingin merancang projek ini namun tidak tahu bagaimana ingin menghubungi Erra dan mengambil kesempatan ketika bertemu dengannya dalam program Tunggu Sekejap dan Alhamdulillah dia bersetuju untuk terlibat dalam konsert itu," jelasnya. Bercakap lanjut mengenai konsert berkenaan, Awie berkata, dia ingin mengadakan konsert tersebut untuk mengembalikan nostalgia peminat dengan membariskan lagu popular daripada filem lakonan ketiga-tiga mereka. Selain persembahan nyanyian, dia juga merancang untuk mengadakan slot teater muzikal pada konsert itu bagi memberikan kelainan. "Banyak perkara yang ingin dibuat untuk konsert itu dan ia masih dalam penelitian lagi malah satu pengumuman khas akan dibuat selepas ini," jelasnya. Sementara itu sibuk merancang konsert berkenaan Awie kini sedang giat menjalani latihan untuk pementasan teater Supermokh yang bakal mengangkat kisah kehidupan legenda bola sepak Asia, Datuk Mokhtar Dahari yang bakal dipentaskan di Istana Budaya November depan. Jelas Awie, dia sangat berbesar hati apabila dipelawa oleh pihak penerbit iaitu Hans Isaac bagi menggalas tanggungjawab itu dan menganggap kepercayaan yang diberikan sebagai penghargaan buatnya. "Allahyarham adalah seorang bintang yang cukup besar dan dihormati oleh peminatnya dan amanah ini cukup berat untuk saya tetapi ia satu cabaran dan penghargaan buat saya," jelasnya. Tambah Awie, bagi menjayakan watak itu juga dia berusaha mengurangkan berat badan selain menyimpan misai. | ||||
Isu Iklan Merdeka RM450 Ribu: Afdlin Shauki Sedia Akaun Diaudit Posted: 24 Sep 2013 11:36 PM PDT HULU LANGAT: Pengarah dan pelakon Afdlin Shauki bersedia memberi kerjasama terhadap mana-mana pihak yang masih tidak berpuas hati dengan isu penerimaan projek iklan pendek hari kemerdekaan terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang mencecah RM450 ribu. Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 42, berkata, dia juga sedia menunjukkan akaun bajet yang dikeluarkan bagi pembikinan iklan tersebut untuk diaudit kerana menganggap tiada apa yang perlu diselindungi. "Saya tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan perkara ini tetapi sebenarnya saya dihubungi pada saat-saat akhir oleh Finas meminta saya menghasilkan iklan Merdeka dalam masa singkat dan penggambaran dibuat untuk tiga hari sahaja. "Dan perlu diingat, menghasilkan iklan berkualiti di televisyen dan pawagam memerlukan kos yang sangat besar. Jadi, jika masih lagi ada yang tidak berpuas hati, saya sedia menunjukkan bukti-bukti bajet untuk diaudit," katanya. Afdlin ditemui pada rakaman program Liga Lawak SuperStar di Nur Lembah Pangsun Eco Resort di Hulu Langat pada Selasa. Pada 27 Ogos lalu, Ahmad Idham menerusi Twitter miliknya mempersoalkan langkah Finas melaburkan RM450 ribu untuk menghasilkan treler berjudul Tanah Tumpahnya Darahku sempena hari kemerdekaan untuk ditayangkan di pawagam yang panjangnya hanya 2 minit 40 saat. Ahmad Idham meminta badan itu memberi penjelasan berhubung kos berkenaan yang dianggap tinggi untuk sebuah iklan pendek. Malah Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) turut mempersoalkan agensi itu dalam pemberian tender. Beritahu Afdlin, walaupun dimata kasar orang ramai melihat jumlah RM450 ribu terlalu besar nilainya untuk penghasilan iklan, namun sebenarnya, kos yang disediakan tidak cukup kerana ia telah melebihi kos jangkaan. "Orang ingat saya dapat untung besar menerusi projek itu sebaliknya tidak. Saya rugi kerana berlaku beberapa masalah seperti faktor cuaca dan masa yang tidak dapat dielakkan. "Dan pada masa sama, saya perlu siapkan projek itu secepat mungkin. Bajet pun dah lari, tetapi demi menghasilkan iklan negara, saya tidak kisah," tuturnya. Bagaimanapun, tambah Afdlin, dia menyifatkan gesaan beberapa penggiat seni yang juga merupakan rakan seangkatan dunia seni tempatan mengenai pemilihannya oleh Finas bukan kerana cemburu tetapi mereka ingin mengetahui ketulusan dalam sesebuah projek yang diberikan. "Saya tak rasa mereka nak hentam saya. Mereka cuma mahu tahu bagaimana Finas menjelaskan bagaimana sesebuah tender iklan yang mempunyai bajet besar diberi kepada sesebuah syarikat produksi. Itu saja," tuturnya. | ||||
Hafiz AF, Najwa Latif dan Fauziah Latif Bakal Jayakan Konsert Amal YA1M Posted: 24 Sep 2013 11:35 PM PDT HULU KLANG: Lebih sepuluh orang artis popular bakal melakukan persembahan pada konsert amal YA1M 2013 yang dianjurkan oleh Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M ) pada 3 November depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pengerusinya, Datuk DJ Dave, berkata, artis popular yang terlibat pada konsert ini dipilih daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur bagi memperjuangkan konsep 1 Malaysia. "Jika dilihat secara terperinci pemilihan artis dibuat daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina termasuk Sabah dan Sarawak. "Berkemungkinan juga ada penambahan nama artis yang akan diumumkan lagi kerana buat masa ini ada beberapa senarai nama yang masih belum buat keputusan untuk sertai atau tidak, " katanya pada sidang media Konsert Amal YA1M 2013- Satu Suara Satu Matlamat, di sini, Selasa. Antara artis yang bakal membuat persembahan ialah Datuk David Arumugam, Fredo, Hafiz AF, Fauziah Latif, Najwa Latif, Marsha, Jimmy Palikat, Lockup dan So Winci. Tambah DJ Dave konsert ini merupakan projek pertama mereka dalam mencapai objektif penubuhannya iaitu menjaga kebajikan semua artis tanah air. Katanya, sebelum ini YA1M menerima dana RM2 juta daripada kerajaan yang diberikan kepada hampir 400 artis veteran daripada pelbagai bangsa dan agama. "Inilah kali pertama YA1M mengadakan projek untuk menambah tabung pertubuhan, dengan menjual meja konsert. "Sebanyak 100 meja akan dijual pada harga serendah RM2,000 hingga RM20,000. Semua kutipan akan disalurkan kepada tabung YA1M," katanya. Sementara itu bagi pihak yang berminat untuk menyaksikan konsert ini boleh menghubungi YA1M di talian 03-22763327. | ||||
800 Pendengar Serbu Program 'Zon Ceri Suria FM' Di Terengganu Posted: 24 Sep 2013 11:34 PM PDT PETALING JAYA: Seramai 800 pendengar stesen radio Suria FM telah menyerbu Restoran Nasi Dagang Kak Pah di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu bersempena dengan program Zon Ceria Suria FM yang diadakan di negeri tersebut minggu lalu. Ketua Bahagian Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, pihaknya tidak menyangka sambutan daripada pendengar di Terengganu cukup hebat bersempena dengan kempen Suria Bayarkan. "Seawal pukul 8 pagi peminat Suria FM telah beratur di restoran berkenaan bagi bertemu dengan penyampai radio selain menikmati nasi dagang kak Pah dan semua bil pada hari tersebut telah dibayar oleh Suria FM. "Kami amat berterima kasih kepada semua warga Terengganu yang sudi datang memeriahkan Zon Ceria. Dengan sambutan yang amat menggalakkan, kami gembira dapat buat pendengar di sini ceria dengan menikmati makanan bersama penyampai kami," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online. Antara penyampai radio yang turut hadir adalah Halim Othman, Seri Nazira, Bob Ringgo dan JJ. Dalam pada itu, Adi berkata, Suria FM akan meneruskan program tersebut di Sungai Petani, Kedah pada 28 September ini di Mee Udang Banjir D'King Sungai Petani bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam. Tambah Adi, penyampai radio seperti Halim Othman, Reza Mohamed, Seri Nazira, Linda Onn, DJ Lin, dan JJ akan memeriahkan acara tersebut selain beramah mesra dengan peminat mereka di sana. "Di Sungai Petani minggu ini, kami mengharapkan pendengar kami di Kedah akan datang beramai-ramai dan silalah datang awal untuk meluangkan lebih masa dengan para penyampai Suria FM," katanya. | ||||
Kahwin: Fizo ingin rai penduduk Pasir Puteh Posted: 24 Sep 2013 11:32 PM PDT
Fizo berkata, majlis perkahwinan perlu dihebahkan kepada orang ramai, jadi untuk tidak menghampakan peminat, dia mengharapkan impian perkahwinannya itu nanti dapat memberi peluang kepada masyarakat sekitar supaya dapat memeriahkan majlis terbabit di kampung halaman. "Buat masa ini saya sudah dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan hubungan saya dan dia (Mawar Abdul Karim) yang merupakan model dan anak pengusaha tudung berjenama Fareeda mendapat persetujuan ibu bapa kedua belah pihak. "Memang sebelum ini kami dipertemukan atas urusan perniagaan dan pada mulanya hanyalah sebagai rakan niaga, namun di atas keserasian hubungan ini akhirnya wujud perasaan suka dan Insya-Allah jika tiada aral melintang, saya akan langsungkan majlis pertunangan November ini dan kahwin pada tahun ini juga," katanya. Fizo berkata, pertemuan dengan si 'dia' bukan merupakan rancangan keluarga seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini dan diharapkan dengan penjelasan terbabit terjawablah segala spekulasi. Menurutnya, dia juga tidak menolak kemungkinan salah seorang ahli keluarganya juga bakal melangsungkan perkahwinan pada masa dan waktu yang sama dengan tarikh perkahwinannya. "Insya-Allah saya akan taja perkahwinannya jika majlisnya sama dengan tarikh perkahwinan saya, apa pun setakat ini kesemuanya masih dalam perbincangan dan jika tiba masanya nanti saya akan umumkan," katanya. | ||||
Posted: 24 Sep 2013 11:30 PM PDT
Menyifatkan ia sebahagian dari dugaan dalam hidupnya, isteri kepada hos terkenal, Awal Ashaari, ini bagaimanapun, memanjatkan rasa syukur kerana penyakit itu tidak menjejaskan rahimnya. Sebagai wanita, tipulah sekiranya dia tidak berasa risau dengan penyakit itu, sementelah ia melibatkan sistem reproduksi yang menghasilkan zuriat. Malah akui Scha, suamilah yang paling risau dengan situasi yang dialaminya. "Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. "Saya juga bersyukur kerana semuanya berjalan dengan selamat," ujar Scha yang turut memuji sikap Awal yang sentiasa bersamanya di saat susah dan senang. Menyentuh mengenai cahaya mata, Scha berkata, seperti pasangan lain, dia dan Awal juga sudah bersedia sekiranya dikurniakan rezeki dari ALLAH SWT. Namun kesibukan karier, membuatkan mereka tidak mahu terlalu memikirkannya. "Memang saya sudah bersedia untuk bergelar 'mummy', Tapi buat masa ini, kami masih sibuk dengan kerjaya masing-masing," katanya ringkas. Masih laris Beralih mengenai karier, ternyata status isteri yang dipegangnya juga tidak menghalang tawaran seni yang datang. Buktinya sehingga kini pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir, 30, ini masih punya aura dan tuah tersendiri apabila menerima banyak tawaran untuk iklan komersial. Selain Oral-B, Watson dan SNE Beutskin Essence, Scha juga masih diberi kepercayaan untuk menyambung kontraknya bersama Bio Essence dan Avon Perfume. Malah turut dipilih untuk menjalani kempen bersama beberapa jenama terkenal seperti Johnsons, Listerine dan Kopiko kopi. "Alhamdulillah sampai sekarang saya masih diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk, model iklan dan kempen. "Saya juga dalam proses menyiapkan cawangan butik kedua Schapoholic di Wangsa Walk," ujarnya yang kini sedang mengasah bakat pengacaraan dan tawaran untuk mengendalikan majlis-majlis keramaian. Menyangkal dedas-desus yang mengatakan dia menumpang populariti Awal, Scha berkata, dia sendiri berusaha keras untuk memastikan kariernya di tahap yang membanggakan. "Saya rasa pandangan ini salah. Saya pasti, mereka yang cakap tu tak buat 'research' mengenai saya. Saya bermula dari modeling dan iklan kemudian ke dunia lakonan. Namun, untuk bidang pengacaraan, saya tak nafikan Awal yang banyak membuka jalan. "Tapi bakat dan kerja keras juga perlu seiringan. Jika saya tidak berbakat dan bekerja keras dengan tawaran yang saya terima, ia tidak akan ke mana. Dan saya yakin, rezeki saya semakin bertambah selepas saya berkahwin. Alhamdulillah rezeki Allah kepada saya dan suami," ujarnya yang masih lagi belajar untuk mengembangkan bakatnya sebagai pengacaraan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan