ads

Ahad, 22 September 2013

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Isu baju dalam merah Rozita Che Wan

Posted: 22 Sep 2013 06:31 PM PDT

POPULAR dan jelita menyebabkan nama Rozita sering digunakan untuk melariskan produk.


SELEPAS kecoh isu perkahwinannya dengan Zain Saidin, kini aktres jelita, Rozita Che Wan ditimpa pula dengan isu baju dalam terpakai berwarna merah yang didakwa miliknya, dijual di internet.
Mungkin isu tersebut remeh tetapi apabila baju dalam didakwa milik Rozita atau Che Ta yang kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama tersebar begitu luas di internet, sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut.
Tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Che Ta hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu. Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya baru-baru ini.
Kosmo!: Adakah Che Ta tahu tentang isu baju dalam berwarna merah yang kononnya milik Che Ta dijual di internet?
CHE TA: Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.
Apakah reaksi Che Ta apabila mendapat tahu ada orang menggunakan nama Che Ta untuk menjual baju dalam tersebut?
Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.
Che Ta malu atau tidak dengan isu ini?
Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.
ROZITA tidak melatah dengan isu terbaharunya itu.


Adakah kejadian seperti ini pernah berlaku?
Sebelum ini ada orang jual nama saya kononnya guna korset satu jenama yang mahal juga sedangkan sebenarnya saya langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut. Bab barang yang ada jenama ini, kalau mereka menggunakan nama saya, saya agak sensitif kerana mereka telah menipu pelanggan dan peminat saya, jika ada lagi yang ingin lariskan produk dengan memetik nama saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas ini.
Bagaimanakah reaksi peminat Che Ta pula?
Peminat sekarang semuanya bijak, mereka mampu bezakan mana cerita benar atau tidak. Saya tidaklah terjejas sangat, begitu juga dengan peminat. Mereka faham, bermacam perkara yang orang tidak bertanggungjawab boleh lakukan untuk menjatuhkan seseorang, tidak kiralah artis atau orang biasa. Selagi saya mampu tersenyum, ketawa dan bekerja seperti biasa, perkara seperti ini bukan masalah besar.
Nampaknya nama Che Ta cukup popular sehingga ramai yang mempergunakan nama Che Ta untuk lariskan produk. Tidak terfikir untuk hasilkan produksi sendiri?
Bagus juga idea itu, selepas korset, baju dalam pula, kalau macam ini saya nak buka perniagaan baju dalam jenama Rozita Che Wan, lagi bagus tidak perlulah orang guna nama saya lagi (ketawa). Setakat hari ini, saya hanya ada perniagaan tudung yang diberi nama Padusi sahaja bersama adik-beradik saya yang lain.
Bagaimana pula dengan persiapan perkahwinan yang dijangka bakal berlangsung pada Disember depan?
Sekarang saya perlahankan kerjaya lakonan untuk memberi fokus kepada kedua-dua anak saya yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Saya hanya memberi fokus kepada program Ratu Rania dan juga Primadona. Saya belum buat sebarang persiapan perkahwinan, mungkin bulan Oktober barulah akan mula merancang dan mempersiapkan apa yang patut.


Mahu ikut jejak ibu bapa

Posted: 22 Sep 2013 06:30 PM PDT



BIARPUN pembabitan Miera Liyana sepanjang berlakon pernah dipalit dengan beberapa kontroversi negatif, dia dilihat antara pelakon muda yang begitu berbakat besar.
Bermula dengan bakat lakonannya dikesan menerusi drama bersiri Luna Fantasiku, sehingga kini dia sudah berlakon lebih daripada 20 buah drama bersiri seperti Kamelia Katrina, Psikik dan Nora Elena.
Cuma, kontroversi yang dilaluinya apabila berpenampilan terlalu seksi dalam sebuah majlis serta kisah percintaannya dengan pelakon Shahrizal Jaszle dahulu sedikit merencatkan pemerhatian peminat terhadap perkembangan kerjaya lakonannya.
Bertemu dengan pelakon berkenaan pada majlis pertunjukan fesyen Oriental Rhapsody di The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini, Miera mengakui cukup gembira dengan apa yang dikecapinya sekarang ini.
"Setelah tiga tahun bergelumang dalam bidang lakonan, saya bersyukur kerana mutu lakonan saya bertambah baik, malah tawaran yang diterima tidak putus-putus.
"Saya berterima kasih kepada pihak yang telah memberi peluang dan kepercayaan. Ternyata bidang lakonan ini memberi banyak pengalaman yang berguna kepada diri saya," luahnya.
Pada saat karier seninya yang semakin berkembang baik serta peluang yang lebih terbuka untuk mencipta nama sebagai pelakon, Miera menyatakan bahawa dia sebenarnya mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seninya.
Menegaskan yang dirinya bukanlah merajuk sehingga tidak mahu lagi terbabit dalam bidang hiburan, dia menjelaskan puncanya disebabkan mahu menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
"Kalau boleh saya mahu ikut jejak ibu bapa saya yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sebenarnya mereka langsung tidak pernah memaksa kerana ia pilihan saya sendiri.
"Sekarang ini saya sudah mula mempelajari selok-belok perniagaan, tetapi tidak tahu lagi untuk memilih bidang yang sesuai. Namun begitu, saya merancang menceburi perniagaan permotoran," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada dia tidak berasa rugi dengan keputusan yang dibuat memandangkan namanya sebagai pelakon semakin mantap, dia seperti sukar untuk menjawab pertanyaan yang diajukan.
"Sejujurnya saya tidak merasakan sebarang kerugian kerana apa yang ingin dilakukan itu adalah untuk jangka masa panjang. Pada usia muda inilah merupakan waktu yang paling sesuai untuk memulakannya.
"Lagipun sampai bila saya hendak berlakon dan saya tidak mungkin akan menceburi dunia lakonan buat selamanya. Bukannya bidang ini tidak menjamin masa depan cerah, tetapi persediaan yang awal harus dilakukan," tegasnya.
PADA usia 20 tahun, Miera kini mengaku dia telah mengutip banyak pengalaman pahit yang membentuk dirinya menjadi lebih matang.


Selain itu, Miera juga menyatakan dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengharapkan sebarang bantuan daripada ibu bapanya, meskipun dia boleh menyertai mana-mana perniagaan yang dijalankan oleh keluarganya.
"Ada yang bertanya kenapa saya tidak meneruskan sahaja salah satu perniagaan yang diusahakan oleh ibu bapa saya. Jawapannya mudah, sudah tentu saya mahu berjaya dengan hasil usaha sendiri.
"Apa yang saya mahukan daripada mereka hanya sekadar bimbingan dan tunjuk ajar mereka memandangkan saya pun tidak belajar tinggi. Biarpun mahu terlibat dalam perniagaan, tetapi dunia lakonan tidak dilupakan dan saya masih sedia menerima sebarang tawaran yang sesuai," jelasnya.
Rezeki bertambah
Jika sebelum ini Miera pernah dilanda beberapa kontroversi yang telah meninggalkan impak kurang baik terhadap dirinya, kini dia berasa lega kerana keadaan dirinya kini sudah terkawal.
Biarpun ada sesetengah pihak yang beranggapan kontroversi kadangkala mampu memberi kelebihan, dia berpendapat bahawa tanpa dikaitkan dengan sebarang cerita sensasi, seseorang artis itu masih boleh berjaya.
"Mungkin sekarang ini nama saya sudah kurang menjadi sebutan, berbanding semasa dikaitkan dengan beberapa kontroversi dahulu. Namun begitu, saya melihatnya daripada sudut yang positif.
"Antaranya, tawaran berlakon yang diterima sekarang lebih banyak, meskipun tanpa dikaitkan dengan sebarang cerita sensasi. Ia membuktikan penerbit dan pengarah lebih melihat kemampuan seseorang pelakon itu," ujarnya.
Berasa lebih selesa dengan keadaan yang dilaluinya kini, Miera berharap agar dirinya tidak lagi dipandang sinis oleh peminat agar dia lebih fokus dengan aktiviti yang dilakukannya sekarang.
"Saya tidak kisah kalau nama sudah kurang menjadi sebutan, asalkan terus diberi kepercayaan untuk berlakon. Lagipun sebagai artis yang dilantik menjadi duta produk, pastinya saya perlu menjaga nama baik," tuturnya.
MIERA terbuka untuk menerima tawaran mengacara.


Mengacara
Selain aktif dalam dunia lakonan, Miera pernah diberi peluang untuk bergelar seorang pengacara apabila bergandingan dengan pelakon Kamal Adli untuk mengacarakan rancangan hiburan Hip TV.
Bagaimanapun, jodoh mereka bersama rancangan tersebut tidak bertahan lama, sehingga ada yang beranggapan bahawa dia dan Kamal telah disingkirkan dan digantikan oleh pengacara lain.
"Perkara ini sudah jelas dan saya tidak pernah disingkirkan daripada Hip TV. Saya tidak lagi mengacara kerana kontrak bersama mereka selama enam bulan sudah tamat.
"Tidak dinafikan ia merupakan satu tempoh yang agak singkat, tetapi terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bergelar pengacara rancangan tersebut," jelasnya.
Menurutnya, selepas tidak lagi bersama Hip TV, belum ada sebarang tawaran yang diterima untuk menjadi pengacara. Namun begitu, dia masih berminat mengacara dan sedia menerima sekiranya ada tawaran sesuai.
"Memang jiwa saya lebih terarah kepada bidang lakonan, tetapi saya sudah mula rasa seronok dalam dunia pengacaraan. Kalau ada tawaran lagi saya akan terima, cuma tidaklah terlalu berharap sangat," ujarnya menutup perbualan.


Rita Rudaini Belum Sedia Cari pengganti Aidil

Posted: 22 Sep 2013 06:29 PM PDT


Rita Rudaini kini menumpukan perniagaa produk kecantikannya yang baharu dikeluarkan pada Mac lalu.
PETALING JAYA: Sejak bercerai pada 5 September lalu dengan pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, pelakon Rita Rudaini mengakui belum bersedia untuk mencari pengganti bekas suaminya itu.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 37, berkata, dia ingin memberi fokus kepada perniagaan produk kecantikan miliknya bersama rakan kongsi, Siti Saleha Idris iaitu RS Collagen dan RS Magic Slym yang baharu ditubuhkan Mac lalu selain sibuk dengan kerja-kerja lakonan.
"Selepas bercerai, saya tidak pula mencari pengganti dan tak ada pun lelaki yang nak datang risik dekat saya. Mereka takut kot (ketawa).
"Tetapi buat masa ini biarlah saya fokus kepada kerja, perniagaan dan anak-anak terutamanya kerana mereka masih kecil dan perlu diberi perhatian lebih," katanya.
Hasil perkahwinan Aidil, 26, dan Rita, pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Tambah Rita, kegagalan rumah tangganya itu juga tidak membuatkan dia serik untuk memiliki suami buat kali kedua namun akan memastikan lelaki yang dipilih itu akan menyayangi kedua-dua anak lelakinya.
Ditanya adakah cita rasanya masih lagi kepada lelaki muda, Rita berkata, dia percaya kekuatan sesebuah pasangan suami isteri bukan terletak pada usia dan tidak pernah meletakkan had umur lelaki yang ingin mendekatinya.
"Lelaki muda atau tua, sama sahaja. Sekiranya ditakdirkan berkahwin lagi, saya mahu lelaki itu kuat pendirian dan menyayangi anak-anak lebih daripada saya sayang mereka.
"Saya pun tak berani nak cakap suka yang muda atau tua. Sekali dapat umur 30 tahun lebih muda macam mana? Macam dulu, saya sukakan lelaki yang matang dan aleh-aleh dapat lelaki muda (Aidil)," selorohnya.
Sementara itu, Rita berkata, pergolakan rumah tangganya yang mengambil masa beberapa tahun sehinggalah bergelar janda telah mematangkan dirinya dan pada masa sama mengajar dia untuk menangani masalah dengan lebih bijak.
"Jika dulu, setiap kali ada masalah, mulalah fikiran saya serabut. Alhamdulillah, selepas bercerai, saya dapat rasa yang diri ini lebih senang menguruskan masalah.
"Mana yang tak penting kita abaikan sahaja, baru fikiran tak kusut," tuturnya.

Anuar Zain Pernah Boros Beli Barang Berjenama

Posted: 22 Sep 2013 06:28 PM PDT


Anuar Zain. 
PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain mendedahkan sikapnya yang sebelum ini seorang lelaki boros yang gemar menghabiskan wang membeli barang-barang berjenama.
Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, berkata, dia gemar mengumpul barangan berjenama terutamanya jenis kemeja-T Polo namun tabiat itu sudah lama itu kini sudah boleh dikawal.
"Benar, saya seorang yang gemar membeli barangan berjenama, tetapi tabiat itu sudah sembilan tahun lalu saya tinggalkan dan kini ia boleh dikawal.
"Sekarang ini boleh dikatakan saya seorang yang sangat berhemah dalam berbelanja, tidak macam dulu. Saya tidak lagi terlalu kerap membeli dan hanya pakai apa sahaja yang selesa dan sesuai," katanya.
Tambah Anuar, dia juga tidak lagi terlalu memilih jenis pakaian berjenama yang digayakan, namun masih lagi mengekalkan imejnya yang sering tampil kemas dan elegan.
Sementara itu, ditanya pula mengenai penjagaan kesihatan, Anuar berkata, sebagai penyanyi dia perlu sentiasa cergas agar dapat memberikan persembahan yang baik dan di usia 40-an dan kerana itu dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan.
"Pengambilan makanan tambahan amat penting kerana ia dapat menambahkan zat-zat yang kita tidak ada dalam badan. Selain itu, saya juga mengamalkan pengambilan vitamin C dan E," ujarnya.
Sementara itu, Anuar bakal muncul dengan sebuah persembahan konsert Eksklusif Bersama Anuar Zain sempena Malam Jalinan Mesra 2013 Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia yang bakal berlangsung pada 19 Oktober depan di Dewan Kristal 1 & 2, Pusat Konvensyen TM (TMCC), Jalan Pantai Baharu di sini
Tujuan utama majlis itu bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada beberapa rumah kebajikan menerusi tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB).
Tiket bagi majlis yang turut mendapat kerjasama Sutera Qaseh Resources itu dijual dengan dari harga RM3,000 hingga RM 30,000 semeja.
Ia boleh ditempah menerusi talian 017-3577537 (Didi) , 016-4040001 (Imazara) atau 03-62064756 (pejabat).

Gusti pikat Sherry Ibrahim

Posted: 22 Sep 2013 06:14 PM PDT

SHERRY IBRAHIM yang terkenal sebagai pelakon, kini mahu mencuba nasib sebagai penyanyi melalui singlenya bersama Gusti berjudul Flirting.


BERCERITA tentang latar belakang Gusti Arya, dia merupakan seorang jejaka berusia 24 tahun yang sangat meminati bidang muzik.
Minatnya itu telah mendorong Gusti bermain alat muzik seawal usia 11 tahun. Jika dibicara tentang jejaka kelahiran Indonesia ini, pasti peminat industri muzik tempatan tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki itu.
Gusti Arya atau nama sebenarnya Gusti Nyoman Arya Yudistira merupakan seorang deejay yang aktif bermain muzik di kelab-kelab malam di Indonesia. Bidang nyanyian merupakan cabang seni yang sememangnya baharu diceburi hasil dorongan semangat ingin mencuba.
Single pertama pemuda yang lebih mesra disapa sebagai Gusti ini bakal disempurnakan pada bulan hadapan. Apa yang menariknya, Gusti akan berkolaborasi dengan pelakon tempatan, Sherry Ibrahim.
"Ketika itu saya membuat persembahan di Bali, Indonesia. Kemudian Bambang yang merupakan jurusolek kepada Sherry datang bertemu saya dan memberitahu ada seorang teman pelakon di Malaysia yang ingin menjadi penyanyi. Kami berbincang dan ketika itu saya memperdengarkan dia kesemua lagu saya yang telah disiapkan.
"Kemudian, dia telah membawa lagu tersebut untuk diperdengarkan kepada Sherry dan menyukainya. Setelah itu, saya berjumpa Sherry dan LOL Entertainment untuk berbincang dan mereka setuju untuk bekerjasama. Mungkin kami juga akan melancarkan album mini termasuk bersama kesemua artis di bawah naungan LOL Entertainment," ujarnya.
Menjelaskan lebih lanjut, dia memberitahu single pertama mereka diberi judul Flirting.
GUSTI ARYA mahu mencuba nasib di Malaysia dengan berkolaborasi bersama Sherry Ibrahim dan Dafi.


Katanya: "Sejujurnya, saya suka bekerjasama dengannya. Ini kali pertama Sherry rakam lagu, jadi apa yang saya dapat lihat, dia memang sangat bersungguh-sungguh ingin lakukannya," tuturnya yang juga akan berduet bersama Dafi.
Bercerita tentang perjalanan karier muziknya, kata Gusti, dia sering bekerjasama dengan abangnya dalam menggubah dan menulis lirik lagu. Bercerita tentang genre Flirting pula, Gusti telah memilih untuk digubah dalam genre elektro pop yang kedengaran sedikit moden.
"Pengarah muzik bagi lagu-lagu saya ialah abang saya sendiri, Gusti Bayu, yang menggubah dan menyusun kesemuanya. Saya dan abang saya seperti tidak dapat dipisahkan kerana kami sering bermain muzik bersama-sama.
"Dahulu, kami ada sebuah kumpulan yang dipanggil Maniac namun kini semuanya telah berpecah kerana mempunyai komitmen masing-masing.
"Sekarang hanya tinggal saya dan abang dan kami masih meneruskan perjuangan muzik kami dengan menjadi deejay di kelab-kelab," ceritanya tentang perjalanan karier muziknya dahulu dan kini.
Ditanya tentang mengapa ingin meluaskan cabang kariernya, tutur Gusti, dia sememangnya menggemari bidang muzik.
Justeru, sebagai seorang yang masih muda, tidak salah untuk dirinya mencuba dalam pelbagai bidang. Tambah Gusti, dia akan sentiasa positif diri dan sentiasa berusaha untuk mempersembahkan muziknya bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia.
Selain bidang nyanyian, bicara Gusti, dia juga pernah ditawarkan berlakon di Indonesia. Bagaimanapun, jelasnya, jika ingin melibatkan diri dalam bidang lakonan, dia memerlukan tunjuk ajar daripada pakar.
"Saya juga banyak terima tawaran berlakon di Indonesia namun saya rasa ia belum lagi menjadi bidang saya. Saya berani bercakap dan yakin jika ia tentang muzik namun, jika lakonan, saya mungkin perlu dilatih oleh profesional jika benar-benar mahu berlakon," katanya yang juga seorang model iklan di Indonesia.


Memori Malam Melayu Klasik

Posted: 22 Sep 2013 06:12 PM PDT

MALAM Melayu Klasik di DFP berlangsung meriah dan mendapat sokongan daripada banyak pelancong luar negara.


TIDAK perlu deretan ensemble mengiringi persembahan selama sejam setengah Malam Melayu Klasik di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam Isnin lalu.
Cukup sekadar beberapa pemain instrumen tradisional termasuk akordion, gambus dan rebana di bawah pimpinan konduktor Badan Kesenian Yayasan Warisan Johor, Omar Taib sudah memberikan cukup rencah sepanjang persembahan.
Pentas dibuka menampilkan Elly Mazlein sebagai penyanyi jemputan. Elly menyampaikan lagu Tanjung Puteri yang sebelum ini dipopularkan oleh Rosiah Chik serta sebuah lagu nyanyian Elly Kasim, Kaparinyo.
Bersahaja, namun suara lunaknya berjaya mencuri hati penonton untuk setia di kerusi masing-masing.
Bintang kelahiran Akademi Fantasia, Haziq meneruskan persembahan menerusi rangkaian lagu-lagu Ahmad Jais dan Tan Sri SM Salim antaranya Umpan Jinak Di Air Tenang, Di Ambang Sore, Tak Seindah Wajah dan Mohon Kasih. Haziq dalam pada itu turut menyanyikan sebuah lagu duet bersama Rosma berjudul Joget Cinta Sakti.
Muzium
Kemunculan Datuk Andre Goh, satu-satunya penyanyi lagu Melayu asli bukan Melayu sudah pasti dinanti-nantikan oleh penggemar irama tradisional itu.
Andre membuai penonton dengan beberapa buah lagu yang memperkenalkan dirinya dalam industri seni seperti Wak Daeng, Makan Sireh, Joget Penghibur dan Mas Merah.
Selain itu, Andre turut menyampaikan dua buah lagu nyanyian asal Neng Yatimah dan Datuk Sharifah Aini berjudul Asmara Terkenang dan Hiburkanlah Hatiku.
HAZIQ membangkitkan nostalgia dengan mendendangkan untaian lagu Ahmad Jais dan Tan Sri SM Salim.


Berseloroh tapi dalam masa sama menyampaikan mesej tersirat, kata Andre, dia tidak menjangkakan sambutan hangat penonton yang hadir menyaksikan Malam Melayu Klasik, tambahan pada hari cuti umum sempena Hari Malaysia.
"Saya ingatkan penonton yang datang mungkin cuma 10 orang, tapi syukur rupa-rupanya masih ramai lagi peminat lagu-lagu Melayu asli. Buktinya kehadiran pada malam ini," ujarnya.
Tambah Andre menyambung bicara bersama penonton: "Sebenarnya saya takut suatu masa nanti kita hanya mampu menyuruh anak-anak ke Muzium Negara saja untuk mendengar lagu-lagu Melayu asli, walhal acara begini sebenarnya lebih praktikal untuk mendidik."
Daripada 700 orang penonton yang hadir memenuhi Dewan Filharmonik Petronas, turut kelihatan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan beberapa artis terkenal tanah air antaranya Ella dan suami, Farhan, Fazli Zainal dan Datuk Shah Rezza.
Konsert yang diiringi penari Badan Kesenian Yayasan Warisan Johor itu melantik Onn Jaafar sebagai pengarah artistik.
Turut membuat kejutan ialah kemunculan vokalis kumpulan Ilusi, Ayai menyanyikan lagu Inang Bujang dan Dara selepas memperdengarkan serangkap lagu popular, Puisi Cinta.
Pujian
Sedikit reaksi penonton yang menyaksikan persembahan kali ini, kebanyakannya kurang berpuas hati dengan kelicinan transisi persembahan.
Apabila Elly, Haziq dan Andre sering bertukar posisi dan keluar masuk terlalu kerap, perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan fokus penonton yang sudah asyik dibuat nostalgia lagu-lagu klasik.
Durasi satu jam tiga puluh minit sejujurnya belum cukup untuk mencuri hati orang ramai terutama pelancong asing mengenai lagu Melayu asli, bagaimanapun sekurang-kurangnya dapat memperkenalkan keunikan yang ada di Malaysia.
Apapun, pujian harus diberikan atas kredibiliti Andre yang masih ampuh memperjuangkan lagu-lagu Melayu asli hingga kini. Pujian juga perlu diberikan kepada Dewan Filharmonik Petronas atas usaha mengangkat martabat warisan seni yang hampir dilupai generasi kini.


Kereta berbentuk pesawat makhluk asing dilelong

Posted: 22 Sep 2013 06:04 PM PDT


ETV ini nampak lebih menarik dan mengagumkan di bahagian hadapan.


TALLAHASSEE, Florida - Seorang lelaki, Michael Vetter melelong sebuah kereta yang memiliki bentuk luar biasa (ETV) miliknya di laman web lelong eBay pada harga AS$100,000 (RM315,337).
Kereta yang diubah suai secara ekstrem dan kelihatan seperti kenderaan makhluk asing itu menyebabkan sesiapa sahaja terpegun apabila melihatnya.
Tindakan Vetter menjual kereta yang dibelinya pada tahun 2012 di eBay itu menarik perhatian ramai peminat kereta.
"Anda melihat sebuah kereta yang ramai orang suka bergambar dengannya pada setiap hari, lebih banyak daripada mana-mana kereta Lamborghini atau Ferrari.
"Pemanduannya sangat lancar, padu dan boleh dipercayai. Berdasarkan rupa bentuknya, semakin laju dipandu, ia akan menjadi semakin senyap," katanya yang memasang enjin Chevy 2.2 liter dalam kereta berkenaan.
Tambahnya, ia juga kelihatan lebih menarik pada waktu malam.
"Saya telah memasang satu sistem lampu LED pada bahagian bawah kereta. Ia menghasilkan kesan cahaya yang menarik," kata Vetter.


Fon telinga bersalut emas pertama di dunia

Posted: 22 Sep 2013 06:00 PM PDT


FON telinga bersalut emas ini berharga AS$14,000 (RM46,900).


BERLIN - Sebuah fon telinga bersalut emas seberat 18 karat yang pertama seumpamanya di dunia telah diperkenalkan di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Fon telinga jenama Happy Plugs dari Sweden itu dipertontonkan pada pameran elektronik IFA di Berlin, Jerman Khamis lalu.
Fon telinga buatan tangan itu ditawarkan pada harga AS$14,000 (RM46,900). Ia menyamai harga sebuah kereta, dua buah jam Rolex atau sebentuk cincin berlian jenama barang kemas terkemuka, Tiffany & Co. di New York.
Gajet itu dihasilkan oleh sebuah syarikat emas, Goldsmith dekat wilayah Old Town, Stockholm.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Happy Plugs, Andreas Vural menjelaskan, "Kami hasilkan sebuah fon telinga bersalut emas 18 karat yang boleh dimiliki pada harga AS$14,000."
Kedua-dua belah fon telinga itu disalut emas termasuk pada wayarnya.
Happy Plugs turut mengeluarkan fon telinga berwarna metalik versi emas, perak dan pelbagai warna lain.

Kusyen pengguna tablet diperkenalkan di Jepun

Posted: 22 Sep 2013 05:58 PM PDT


PENGGUNA kusyen boleh bermain video pada tablet mereka dengan lebih selesa.


TOKYO - Sebuah kusyen baharu untuk pengguna tablet bermain permainan video yang dipanggil Goron diperkenalkan dalam Pameran Permainan Video Tokyo 2013 kelmarin.
Kusyen itu dikatakan sesuai untuk remaja yang malas bangun dari katil dan suka bermain permainan video sambil berbaring.
Gajet terbaharu itu tidak akan menyebabkan penggunanya mengalami sakit leher atau tulang belakang apabila bermain permainan video pada gajet mudah alih mereka.
Pelapik kusyen tersebut kelihatan seperti kerusi kereta yang diubah suai. Ia membenarkan pemain video berbaring dalam keadaan yang lebih selesa.
Walaupun baharu diperkenalkan, produk buatan Jepun itu telah menerima sambutan menggalakkan. Namun, orang ramai masih tidak yakin dengan kegunaannya.
Seorang pengguna, Yuki Rinkya kelihatan begitu teruja dengan prospek kusyen itu yang membolehkannya berbaring dan bermain video dengan lebih mudah.
Tulis Rinkya di Twitternya: "Ia merupakan kusyen paling hebat di dunia untuk orang yang malas di Jepun."
Seorang lagi pengguna, Lyn Zeng kurang teruja dan menyatakan gajet terbaharu itu hanya untuk orang yang malas.
"Ia untuk mereka yang misi dalam hidupnya hanya berbaring," kata Zeng.


Fouziah Gous Sah Bergelar Isteri Zhafran

Posted: 22 Sep 2013 02:50 AM PDT


Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof dengan hanya sekali lafaz. 
SHAH ALAM: Pelakon Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof, 30, dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, pada Sabtu.
Akad nikah disempurnakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling, Ustaz Muhammad Sujak Mohd Dasuki.
Ia diwakil walikan oleh abang pengantin perempuan, Abdul Wahab Mohd Gous, kira-kira pukul 9.40 malam.
Fouziah, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran RM50,000.
Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah Sirih Junjung, set barang kemas, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, beg tangan dan kaca mata, manisan dan coklat.
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah sirih junjung, sebentuk cincin, jam tangan, kaflin dan kaca mata, tali pinggang, pen dan cluth, set wangian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.
Sementara itu, majlis resepsi persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel J.Marriot, Putrajaya, manakala sebelah lelaki pada 5 Oktober depan di kediamannya di Bukit Jelutong.
Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu.

Kekasih lama pilihan Liyana Fizi

Posted: 22 Sep 2013 02:49 AM PDT

SELANGKAH ke fasa baharu. Liyana Fizi bersama Firdaus Karim, jurugambar profesional yang dahulunya kekasih kini bergelar tunang Liyana.


INI cerita beberapa hari lalu. Bukan nak buka cerita lama tetapi penyanyi yang juga komposer manis bernama Liyana Fizi memang buat majlis pertunangan kecil-kecilan pada 14 September lalu. Jadi, Liyana yang bukan artis pemenang anugerah mungkin rasa majlis itu tak perlu mengundang mana-mana media. Cuma kaum keluarga dan kawan-kawan rapat yang hadir. Media dapat berita pertunangan Liyana dengan Firdaus Karim yang bekerja sebagai jurugambar profesional itu pun menerusi laman Instagram Liyana sendiri.
Bagi sesiapa yang mungkin hanya baru beberapa kali dengar nama Liyana, dia merupakan bekas vokalis kumpulan Estrella. Tapi, sekarang Liyana mempunyai sebuah album Between the Lines yang dilancarkan pada tahun 2011.
Diva pun risik-risiklah bagaimana Liyana boleh bertunang dengan jurugambar kacak berjambang itu. Kata kawan Diva, pasti ramai jejaka makan hati kerana Liyana kini secara rasmi sudah pilih Firdaus untuk menjadi bakal suami. Maklumlah, Liyana sangat sopan dan manis orangnya.
Dengarnya, boleh tahan lama juga Liyana bercinta dengan Firdaus. Kawan-kawan mereka pun suka tengok cara Liyana dan Firdaus bawa diri.


Bukan rahsia lagi!

Posted: 22 Sep 2013 02:47 AM PDT

  • Sham KamikazeSham Kamikaze bersama isteri barunya, Nurul Halimin.

Tahun laltu, Sham Kamikaze, pernah menafikan perkahwinan keduanya bersama seorang wanita bersama Nurul Halimin.

Namun, setelah berpisah secara sah dengan isteri pertamanya, Farazila Abdul Jabar, pendakwah bebas itu nampaknya semakin bahagia bersama isteri barunya itu.

Khabarnya lagi, pasangan ini bakal menimang anak pertama mereka tidak lama lagi. Tahniah diucapkan kepada Sham dan Nurul.

Nora, kekasih ke Myanmar

Posted: 22 Sep 2013 02:45 AM PDT

  • Nora, kekasih ke MyanmarNora bersama kekasih ke Myanmar.

Hubungan aktres seksi, Nora Danish, dengan anak menteri yang bernama Nadem bukanlah perkara baru yang dihidu media mahupun peminatnya sendiri.

Pernah bercuti di Bali sebelum ini, pasangan ini dilihat menghabiskan masa bersama di Myanmar pula.

Bukan berdua sahaja, sebaliknya ia turut disertai keluarga Nora bagi melawat saudara mereka di situ.

Kehadiran Nadem di kampung keluarga Nora Danish itu pastinya menguatkan lagi desas- desus hubungan cinta yang bertaut antara mereka.

Sementelah Nora dilihat begitu terbuka memuat naik gambar kemesraan mereka menerusi laman Instagramnya.

Bahagianya... Ashraf!

Posted: 22 Sep 2013 02:44 AM PDT

  • Bahagianya... Ashraf!Ashraf Muslim membawa isteri pertamanya, Noor Dayana bercuti di Pulau Pom Pom, Sabah.

Baru saja dikejutkan dengan berita kehamilan isteri keduanya, Wan Sakinah, aktor Aku Masih Dara ini membawa isteri pertamanya, Noor Dayana, pula bercuti di Pulau Pom Pom, Sabah.

Situasi ini menunjukkan kehidupan poligami yang dipilih Ashraf Muslim itu semakin bertambah baik. Malah Noor Dayana, menerusi Facebooknya turut memuat naik status yang menunjukkan dia semakin redha dengan kehidupan bermadu.

"Alhamdulillah. Thank you ALLAH for the rezeki and time given for us spending our time together — Subhanallah, the underwater live is so amazing, learning new experiences throughout the journey. Back to reality, face every dugaan dengan tabah dan sabar.

ALLAH is always there. He knows the best insyaALLAH. Our never ending honeymoon trip."

Apa pun, semoga kebahagiaan menjadi milik mereka!

Rabecca selamat lahirkan anak kedua

Posted: 22 Sep 2013 02:42 AM PDT

  • Rabecca Nur Al IslamRabecca selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Gleanegles, Jumaat lalu.

PELAKON Rabecca Nur Al Islam telah selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Gleanegles, Ampang sekitar jam 9.35 pagi, Jumaat lalu.

Suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman menemaninya ketika melahirkan Nor Anggerik Renesmee seberat 3.74 kilogram melalui pembedahan.

"Alhamdulillah saya dan bayi sihat," kata Rabecca Nur Al Islam, dipetik Harian Metro.

Kelahiran bayi baru itu melengkapkan hidup pasangan berkenaan yang sudah mempunyai dua anak, Nor Adam Daniel, 5 dan Nor Anggun Raveira, 10 bulan.

"Saya dam suami suka keluarga besar, tetapi mungkin saya akan berehat dulu daripada menambah ahli keluarga baru," katanya.

Kontroversi 'bersekedudukan' Nad Zainal

Posted: 22 Sep 2013 02:40 AM PDT

  • Nad Zainal

Sejak mula memilih untuk menceburi bidang seni pada 2007, Farah Nadia Zainal Abidin, atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal sudah menyedari banyak halangan dan dugaan yang perlu dia tempuhi.

Namun dia yang ketika itu baru berusia 17 tahun, tidak peduli dengan cabaran yang datang, sebaliknya bertekad untuk membawa bakat yang ada ke lapangan yang benar.

Bahkan dia juga tidak kisah apabila perlu bermula dari bawah - meniarap, merangkak dan bertatih demi cintanya terhadap bidang seni.

Seperti yang di duga, ketika namanya semakin dikenali, Nad dikatakan mula menyombong dan bersikap kurang ajar dengan media.

Namun perkara itu akhirnya selesai selepas Nad memberi penjelasan.

Itu cerita tahun lalu. Tahun ini, Nad sekali lagi teruji apabila keterbukaannya berkongsi kisah cintanya dengan pendatang baru dunia lakonan, Azwan Kombos menimbulkan cerita yang lebih mengaibkan - 'Nad dan Azwan bersekedudukan'!

Akui terpukul dengan tuduhan yang tidak berasas itu, Nad berkata, keterbukaannya sebelum ini memberi satu pengajaran yang cukup berguna buatnya.

"Saya sudah memberi penjelasan sebelum ini dan sekali lagi ingin saya tegaskan, saya dan dia tidak pernah bersekedudukan apatah lagi saya tinggal bersama keluarga.

"Memang benar Azwan ada datang ke rumah saya tetapi ketika ibu bapa saya ada di rumah. Malah ada ketikanya jika saya habis penggambaran lewat malam, dia juga yang akan menghantar saya pulang, tetapi dia terus sahaja pulang selepas itu.

"Saya akui agak kesal dengan pihak yang menyebarkan cerita yang tidak benar mengenai diri saya. Jadi selepas ini, saya tidak mahu lagi bercerita mengenai kehidupan peribadi saya.

"Tiada lagi kisah cinta, kekasih atau apa sahaja selepas ini. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Sememangnya fokus utama saya adalah karier dan biarlah cerita yang keluar selepas ini berkisar hal kerjaya saya sahaja.

"Saya akui agak marah pada mulanya. Tapi saya sedar inilah dugaan sebagai anak seni dan saya perlu hadapinya. Namun, tajuk cerita tersebut bagai cuba disensasikan dan akhirnya terlihat seperti saya yang melakukan.

"Jika saya orang biasa pun, dan hanya akan baca tajuk saja, saya sudah memberi satu pandangan yang buruk terhadap artis terbabit," ujarnya.


Sokongan keluarga, peminat

Nad berkata, dia bersyukur kerana di sebalik kontroversi yang berlaku, dia mempunyai keluarga dan peminat yang begitu setia menyokongnya dari belakang.

"Keluarga saya adalah individu yang paling banyak memberi kata-kata perangsang, apatah lagi saya masih baru dan masih mentah dalam industri seni.

"Peminat juga ada yang memahami dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada saya," katanya.


Rezeki mencurah
Menurut Nad, semenjak Kampung Girl ditayangkan, perhatian sudah kembali terarah kepadanya dan tawaran yang diterima juga semakin banyak.

Bagaimanapun dek komitmen terhadap pementasan teater Maduku... Kalut, segala tawaran untuk telefilem dan drama bersiri hanya dapat dibuat sebaik tamat pementasan.

Nad berkata, biarpun fokus utamanya adalah bidang lakonan, namun dia sebenarnya menyimpan impian untuk mengacara program pengembaraan atau makanan.

"Jika ada rezeki, saya sudah bersedia untuk mengacara. Walaupun ada sesetengah artis tidak suka mengacara program makanan kerana khuatir gemuk, tapi bagi saya itu adalah sebahagian daripada cabarannya," katanya.

Konsert Lentera: Siti tetap memukau!

Posted: 22 Sep 2013 02:38 AM PDT

  • Siti Nurhaliza Siti Nurhaliza berduet bersama Datuk M Daud Kilau pada konsert Lentera. 

Mewarisi bakat arwah datuknya, Bachik Abdul Rahman dan ibunya, Siti Salmah Bachik, yang mahir dalam irama tradisional, maka tidak hairanlah 'aura' yang dimiliki oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 34, menerusi irama itu masih dirasai sehingga kini.

Malah, kehebatannya dalam menyampaikan irama ini tidak dapat disangkal lagi apabila beliau berjaya menghiburkan peminat setianya di Panggung Sari, Istana Budaya menerusi Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza,  yang berlangsung selama empat hari dari 20 hingga 22 September  dan bersambung pada 24 September ini.

Konsert yang mengangkat lagu-lagu tradisional dan menggabungkan pelbagai budaya masyarakat Melayu Timur turut diselitkan dengan pelbagai sketsa dan pastinya pengalaman lebih 18 tahun sebagai penghibur digunakan sebaik-baiknya bagi meninggalkan kesan yang mendalam buat peminatnya.

Tirai persembahan dimulakan dengan tarian terkenal Kelantan, iaitu Mak Yong dan Ala Dondeng yang sangat meriah. Ternyata usaha Siti itu benar-benar berjaya menarik perhatian semua penonton untuk fokus ke arah pentas, sementelah penyanyi jelita itu turut bersama menari.

Segmen diteruskan dengan mengetengahkan lagu-lagu  tradisional kontemporari serta malar segar seperti Nirmala dan Kurik Kundi yang disampaikan dengan penuh warna-warni di samping 30 penari yang lengkap dengan busana tradisional menawan.


Kembara muzik Siti

Tidak berhenti setakat itu, penonton kemudiannya dibawa menelusuri pengembaraan muzik sepanjang Siti bergelar anak seni dengan lebih 25 lagu yang disampaikan dengan penuh bertenaga.

Menyampaikan medley lagu-lagu irama tradisional seperti Bunga Melur dan Mahligai Permata bagaikan mengimbas kembali sejarah dirinya.

Menepati gelaran penghibur nombor satu, Siti juga bijak berinteraksi sehingga membuatkan penonton turut menyanyi dan bergelak ketawa bersamanya.

Malah beliau sempat berseloroh menerusi segmen 'Orang Merajuk' menerusi lagu-lagu seperti Patah Hati, Janji dan Kau Pergi Tanpa Pesan, apabila membuat persamaan ketika merajuk dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Konsert dihangatkan lagi dengan beberapa lagu tradisional lain seperti Empat Dara, Hati Kama,  Bahtera Merdeka, Balqis, Ya Maulai, Cindai dan Ketawalah Lagi.

Selain membuat kejutan menerusi lagu, Biarlah Rahsia dalam versi tradisional buat pertama kalinya, Siti turut menjayakan persembahan dikir bakat bersama Isey Fazlisham (protege Sabri Yunus) sebagai tukang karut.

Kelainan turut disaksikan pada acara selingan apabila lagu Beat It dari Michael Jackson disampaikan dalam versi tradisional, selain penampilan khas penyanyi legenda, Datuk M Daud Kilau dengan dua buah lagu iaitu Cik Mek Molek dan Laksamana Raja di Laut.

Diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), konsert yang diterajui Lokman Ghani ini turut mendapat sentuhan dua pengarah muzik ternama, Mohd Yazid Zakaria dan Aubrey Suwito.

Dampak selongkar kisah kongsi gelap

Posted: 22 Sep 2013 02:36 AM PDT

  • Poster DampakPoster Dampak

Jika sebelum ini filem seram dan komedi lebih kerap memonopoli tayangan, kali ini, kebanyakan penerbit sudah beralih kepada filem bergenre aksi.

Biarpun ada di antara pihak yang menyalahkan filem aksi terutamanya yang mengangkat kisah kongsi gelap dan gangster, namun pengarah filem ini, Lai Yuk Long berasakan sebaliknya.

"Saya akui agak bimbang jika filem ini mendapat reaksi negatif daripada penonton ekoran paparan kisah kumpulan kongsi gelap yang ditonjolkan.

"Walaupun kegiatan kongsi gelap menjadi isu ketika ini, namun sebenarnya filem ini bukanlah berniat mempromosikan budaya buruk berkenaan sebaliknya memaparkan sebuah kisah fiksyen yang sarat dengan adegan aksi" katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan, baru-baru ini.

Jelas Lai, filem Dampak secara keseluruhannya membawa tema persahabatan, kekeluargaan dan banyak memaparkan pengajaran sekiranya tidak memilih jalan benar dalam hidup.

Dampak mengisahkan pengembaraan lima beradik yang bermula apabila salah seorang adik mereka iaitu Afran hilang selain masing-masing berusaha mencari punca kecacatan dan parut pada muka ayah angkat mereka yang dipanggil Tok Long.

Tatu merah yang ada pada pergelangan tangan Tok Long juga membuatkan niat mereka untuk membalas dendam terus membara, tambahan pula dengan ilmu mempertahankan diri yang dimiliki masing-masing menguatkan lagi semangat mereka.

Pertembungan dengan Botak adalah titik permulaan dalam melaksanakan misi mereka. Idrus, Giran, Hana dan Qyra mula menjumpai tanda-tanda untuk mereka mendapatkan bukti mengenai misi yang sedang dilakukan apatah lagi kehilangan Afran juga turut mengaitkan dengan hubungan di antara Tok Long, Tiger Lang dan Joni Hitam.


Pelakon kelas A

Istimewanya filem terbitan  Apes Haus dan Ops Picture Sdn Bhd ini menampilkan barisan pelakon hebat Malaysia seperti Aaron Aziz, Farid Kamil, Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans dan Scha Alyahya.

Filem ini juga dibintangi oleh pelakon, model dan penggiat seni mempertahankan diri berbangsa Cina, Michael Chin.

Justeru, secara ringkasnya, apabila menampilkan barisan pelakon yang hebat, ia secara tidak langsung memberikan sebuah lakonan yang mantap dan komitmen yang cukup tinggi.

Malah penonton pasti tidak merasa lakonan yang terasa di buat-buat dengan barisan pelakon yang sedia ada.

Begitu juga dengan gandingan seperti Farid dan Intan yang nampak cukup baik sepanjang perjalanan cerita ini. Apatah lagi, Lai berjaya menonjolkan setiap pelakon tanpa melebihi pelakon yang lain.


Aksi realistik

Biarpun agak berat dari segi paparan babak aksi - di mana 90 peratus babak dalam filem ini memaparkan aksi pertarungan, bunuh, namun bagi penulis ia memberikan kepuasan tersendiri kepada pecinta filem aksi.

Menariknya, apabila sudah menggunakan pelakon hebat, maka secara tidak langsung ia memberi aksi pertarungan lebih realistik terutamanya daripada Aaron dan Farid.

Jelas Lai, dia sangat menekankan tumpuan kepada babak aksi dan banyak mengaplikasikan konsep grafik berbentuk novel bagi memberikan impak seni kepada filem itu.

"Kami bukan saja mahu menonjolkan babak pergaduhan itu, tetapi ingin menterjemahkan dalam bentuk seni supaya dapat memberi kesan segar kepada penonton," jelasnya.

Lebih bangga, jika selama ini kita sering melihat babak pertarungan antara pelakon lelaki, namun menerusi Dampak, penonton akan dapat melihat 'aksi sebenar' Intan dan Juliana yang nampak cukup hebat menjayakan filem aksi.

Manakala dari plot penceritaan pula, biarpun ada turun dan naiknya, namun penonton masih dapat memahami keseluruhan jalan cerita.

Begitu juga dengan babak aksi, kerana penonton juga harus melihat di sebalik babak aksi, apa yang cuba disampaikan oleh pengarah ini adalah nilai kekeluargaan yang tidak patut diketepikan walau dalam apa keadaan sekalipun.


Taruhan babak ranjang?

Bagai satu ikutan apabila ada pengarah menyelitkan babak ranjang sebagai tarikan untuk penonton ke panggung, namun jelas Lai, babak antara Intan dan Farid itu bukan satu taruhan.

Biarpun dilihat agak mesra, namun dalam masa mengerikan apabila Farid yang ketika itu tercedera masih sanggup untuk berasmara.

Jelas Intan Ladyana, babak tersebut sememangnya sukar dibawakan, namun sebagai pelakon dia menganggap babak berkenaan sebagai satu cabaran.

"Saya tiada masalah jika babak berkenaan menjadi bualan dan mendapat kritikan daripada peminat kerana itu sebahagian daripada jalan cerita filem dan ia hanya lakonan.

"Walaupun tidak mudah untuk saya lakukan aksi berkenaan, tetapi sebagai pelakon itu adalah cabaran untuk saya," katanya.

Bagi mengetahui keseluruhan jalan cerita dan melihat sendiri kehebatan aksi filem ini serta mengetahui kesudahannya, jangan lupa untuk saksikan filem Dampak yang sudah menemui penonton di seluruh pawagam tanah air sejak 19 September lalu.

Darren Tersingkir Minggu Kedua AF 2013

Posted: 22 Sep 2013 02:34 AM PDT


Darren. 
PUTRAJAYA: Peserta dari Pulau Pinang, Darren terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang yang berlangsung pada malam Sabtu di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya di sini.
Pengumuman itu dibuat oleh Faizal Tahir.
Darren atau nama sebenarnya Chin Teik Meng, 21, yang menyampaikan lagu nyanyian asal Datuk M.Nasir berjudul Mentera Semerah Padi mendapat undian terendah sebanyak empat peratus (%).
"Terima kasih kerana mengundi saya sebelum ini Kegagalan ini bukan bermaksud saya perlu berputus asa dengan cita-cita saya sebagai penyanyi.
"Walaupun perjuangan sampai di sini kita akan jumpa lagi selepas ini," katanya pada sidang media selepas siaran langsung konsert berkenaan.
Dalam pada itu, sepuluh lagi peserta yang mara ke minggu seterusnya adalah Nur Nabila Razali (Nabila), 21, Nur Aisyah Aziz (Aisyah), 19, Siti Ruhailah Hussein (Indah), 23, Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona), 18, dan Nadia Amira Othman, 20.
Manakala turut mara adalah Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 23, Abdul Suhadah Unding (Suhada), 21, dan Mohd Faizul Sani, 28 dan peserta duo perempuan iaitu Irsa Sahabuddin, 26, dan Irmiza Sahabuddin, 23, (Irmisa).
Pada konsert tersebut, pihak AF 2013 membuat kejutan buat Nona membenarkannya pulang ke kampung halaman di Sabah selama sehari selepas mendapati ibunya sedang sakit.
Tiga pengkritik tetap terdiri daripada komposer Roslan Aziz dan Edry KRU serta pelakon Sharifah Amani.
Pada minggu kedua ini, konsert bertemakan Inspirasi 15 Ikon Malaysiadan berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri tenaga pengajar AF 2013 seperti Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili.
Selain Faizal, AF 2013 turut menampilkan dua lagi tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai 'Inspirer' iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Melly Goeslow.
AF 2013 bersiaran secara langsung setiap Sabtu pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya (135) dan ia dihoskan oleh Zizan Razak.

Rita Rudaini Menangis Produk Kecantikan Milik Sendiri Untung Besar

Posted: 22 Sep 2013 02:33 AM PDT


Rita Rudaini bersama produk baharunya, RS Magic Slym. 
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini mengakui dia terkejut apabila produk kecantikannya RS Collagen mendapat pulangan keuntungan yang besar pada bulan pertama perniagaannya iaitu sebanyak RM 60,000.
Rita yang berkongsi perniagaan bersama rakan karibnya, Siti Saleha Idris, berkata, keadaan itu membuatkan mereka menangis kerana tidak sangka produk tersebut laris di pasaran dalam jangka masa pendek.
"Mula-mula kami menjual produk ini selepas Saleha berkongsi rahsia kecantikan dia yang dibuat khas di rumah oleh ibunya dan sebagai permulaan kami mengeluarkan RS Collagen hanya 20 botol sahaja.
"Tidak lama selepas itu kami mendapat respons yang positif daripada para pelanggan yang mana sebahagian daripada mereka adalah peminat saya sehinggalah ia mencecah kepada 3,000 botol pengeluaran sebulan.
"Kemudian pada penghujung bulan ketika kami ingin membahagi duit masing-masing, saya terkejut apabila keuntungan kami mencecah RM60,000. Saya dan Saleha menangis ketika mengira duit ketika itu," katanya.
Rita bersama rakan kongsinya Saleha.
Rita ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan RS Magic Slym yang diadakan di Hotel Royale Bintang @Curve di sini pada Sabtu.
Turut hadir, rakan kongsi Rita, Saleha manakala majlis dilancarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Dalam pada itu tambah Rita, dia juga bersyukur memiliki teman karib seperti Saleha yang membuka matanya dalam bidang perniagaan dimana sebelum ini dia langsung tidak tahu cara-cara sebuah perniagaan beroperasi.
"Saya memang tidak tahu meniaga terutamanya dalam menguruskan wang niaga.
"Kalau nak tahu, sebelum ini saya menyimpan duit hanya dalam beg plastik sahaja di rumah.
"Dan apabila Saleha mendapat tahu saya tidak pandai menguruskan duit niaga, dia terus mencadangkan untuk membuka syarikat bersama dibawah nama RS dan seterusnya kami membuka akaun bank pula bagi memudahkan urusan perniagaan," tuturnya.
Kejayaan produk RS Collagen membuatkan mereka mengeluarkan produk penurunan berat badan iaitu RS Magic Slym.
Menurut Saleha, memandangkan masyarakat kini sering mencari produk menguruskan berat badan bersesuaian dia dan Rita mengambil inisiatif mengeluarkan produk berkenaan sejak Julai lalu.
"Biasalah perempuan seribg mencari produk-produk sesuai untuk menurunkan berat badan.
"Menariknya produk ini ia dihasilkan menerusi barangan organik terpilih sekaligus sesuai untuk menyempurnakan sistem pencernaan.
"Alhamdulillah sehingga kini kami mendapat respons positif daripada semua pelanggab. Malah kami sudah pun memiliki agen-agen bagi menjual produk ini," katanya

Aaron Aziz Tidak Peduli Nilai Eksklusif

Posted: 22 Sep 2013 02:32 AM PDT


Aaron Aziz
PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz mengakui tidak ambil kisah dengan pandangan terhadap nilai eksklusif keatas dirinya kerana kerap muncul di drama, filem mahupun iklan komersial.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, menganggap tawaran yang datang adalah rezeki dan tidak boleh dipersiakan, namun dia masih memilih produk yang benar-benar terbaik buat dirinya.
"Saya tidak pernah peduli tentang nilai eksklusif kerana bagi saya itu adalah hak dan pendangan masing-masing meletakkan nilai itu kepada seseorang artis.
"Bagi saya itu semua adalah rezeki dan apa yang penting ia mendapat maklum balas yang baik daripada orang ramai," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis pelancaran produk dan memperkenalkan jurucakap baharu produk kesihatan Nu-Prep di sini, Sabtu.
Aaron berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kekerapan wajahnya muncul di televisyen, filem dan iklan.
Pelakon berasal daripada Singapura ini menjadi jurucakap kepada empat produk selain Nu-Prep iaitu Drive7, Uberman, L'oreal dan debit kad Maybank Berhad.
Tambah Aaron, dia akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran produk terutamanya berkaitan kesihatan.
"Sebelum saya terima sesuatu produk, saya akan buat kajian terhadap latar belakang syarikat itu terlebih dahulu sama ada kukuh atau tidak.
"Kebiasaannya saya lebih senang dengan produk yang sudah ada di pasaran kerana lebih mudah untuk dicuba berbanding produk baru," katanya.
Aaron bersama Tengku Shahir Tengku Adnan
Sementara itu, bercerita tentang produk Nu-Prep, Aaron berkata, dia sudah menggunakan produk tersebut sejak sebulan lalu dan terbukti berkesan dan memberi tenaga yang lebih menyeluruh.
"Bagi produk Nu-Prep ini ketika mereka menawarkan untuk menjadi jurucakap, saya pergi ke kedai dan tanya pendapat orang ramai yang pernah mencubanya.
"Maklum balas sangat baik dan produk ini merupakan produk yang popular dan dicari," katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Biotropics, Tengku Shahir Tengku Adnan.

I-Pmart Lifestyle Link pelbagai fungsi

Posted: 22 Sep 2013 02:29 AM PDT

  • I-Pmart Lifestyle Link pelbagai fungsiMart Tang (tengah) bersama selebriti sempena pelancaran IPmart Lifestyle Link di Kuala Lumpur, semalam. 

I-Pmart Lifestyle, memperkenalkan kad pelbagai fungsi, i-Pmart Lifestyle Link yang menawarkan pelbagai faedah dalam satu kad meliputi bayaran Touch n Go, perlindungan insurans, pendapatan hospital, diskaun, penebusan dan pelbagai faedah lain.

Pengarah Urusan i-Pmart Lifestyle Sdn Bhd, Mart Tang berkata, kad itu akan memberi kemudahan kepada pemegang kerana menggabungkan semua keperluan gaya moden dalam satu.

"Dalam keadaan ekonomi semasa menunjukkan permintaan terhadap produk teknologi maklumat dan gajet serta penggabungan dunia sosial dan realiti, sememangnya memerlukan kad ini.

"Dengan harga RM11.50 sebulan atau RM138 setahun, pengguna dapat menikmati insurans kemalangan peribadi berkumpulan sehingga RM30,000," katanya.

Menurutnya, faedah lain ialah pengguna akan memperoleh pendapatan hospital RM60 sehari sehingga 30 hari, nilai RM10 Touch n Go yang diisi, baucar tunai dan baucar diskaun bernilai RM188.

Bermula semalam hingga 31 Oktober, kad i-Pmart Lifestyle Link boleh dibeli dengan RM99 di stesen LRT Kuala Lumpur Sentral, Pasar Seni, Wangsa Maju, Masjid Jamek, Bukit Jalil dan Ampang Park.

Produk kecantikan halal dijangka popular

Posted: 22 Sep 2013 02:28 AM PDT

  • Produk kecantikan halal dijangka popularIra bersama produk minuman kecantikkan Nurwajah, khusus untuk wanita.

Syarikat pengeluar produk berasaskan kesihatan milik Bumiputera, Bot Era Niaga menerusi jenama Nurwajah dan Auraseri yakin mencapai sasaran jualan RM10 juta menjelang akhir 2014, serentak dengan pelancaran produk kecantikan halal itu, kelmarin.

Pengarah Bot Era Niaga, Datin Ira Ghani berkata, sasaran boleh dicapai dengan menjual sekurang-kurangnya 20,000 kotak setiap produk sebulan.

"Kami menyasarkan memiliki sekurang-kurangnya 1,000 pengedar dalam tempoh enam bulan akan datang," katanya selepas pelancaran produk itu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, syarikatnya menghasilkan produk itu selepas menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk (R&D) dengan nilai pelaburan RM300,000 selama setahun menggunakan teknologi Jepun dan bahan asas seperti kolagen.

Bot Era Niaga bakal membawa produk itu ke pasaran luar negara seperti China, Korea, Indonesia, Singapura dan Brunei dalam tempoh terdekat menerusi ejen sedia ada di negara berkenaan.

Bot Era Niaga juga membuka kilang di Klang yang beroperasi sejak 2012 dan mempunyai status Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan sijil halal serta mampu menampung kapasiti pengeluaran 1,000 kotak sehari.

Produk Nurwajah adalah minuman kesihatan dan kecantikan khusus untuk wanita dan AuraCafe untuk lelaki diperbuat daripada tujuh jenis pati bunga.

Wartawan dikejar warga asing

Posted: 22 Sep 2013 02:26 AM PDT

  • judiWarga asing berani melakukan aktiviti berjudi secara terbuka di ibu negara. 

KUALA LUMPUR - Paparan sisipan X-klusif mengenai kebanjiran warga asing mendominasi kawasan-kawasan tertentu di Lembah Klang yang disiarkan Rabu lalu, mendapat pelbagai reaksi pembaca.

Pejabat operasi Sinar Harian di Shah Alam, dihujani panggilan telefon daripada pembaca yang rata-ratanya memuji usaha meninjau kawasan terbabit.

Semalam, sekali lagi wartawan dan jurufoto Sinar Harian melakukan tinjauan di Jalan Silang, sebaik menerima maklumat terdapat aktiviti perjudian di kalangan warga asing di salah sebuah kedai makan di situ.

Bagi mendapatkan kesahihan itu, kami menyelinap masuk ke dalam kedai makan dimaksudkan oleh orang yang memberi maklumat.

Selepas hampir satu jam menunggu, sekumpulan lelaki warga Bangladesh berusia antara awal 30-an dan 40-an muncul dan duduk di meja berhampiran.

Kumpulan itu dilihat bersembang selama beberapa minit sebelum salah seorang daripada mereka menyusun buah dam.

Gerak-geri mereka diperhatikan oleh wartawan Sinar Harian. Ternyata sangkaan mereka mahu bermain dam meleset apabila salah seorang daripada warga Bangladesh yang agak tua mula mengeluarkan wang secara sembunyi-sembunyi dari bawah meja.

Jurufoto Sinar Harian cuba merakamkan gerak-geri kumpulan warga Bangladesh itu, namun tidak berjaya kerana mereka bijak menyembunyikan wang terbabit, namun selepas beberapa ketika, kehadiran kami mula disedari mereka.

Ketika itu wartawan, Ahmad Ismadi Ismail dan jurufoto, Zulfadhli Ahmad Zaki berhadapan detik cemas apabila kumpulan terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh itu bangun dari kerusi dan berkata sesuatu dalam bahasa mereka, sebelum bertindak mengejar kedua-dua mereka.

Mereka terpaksa melarikan diri sejauh kira-kira 100 meter dan bersembunyi di salah sebuah restoran makanan segera selepas melihat kelima-lima lelaki Bangladesh itu memegang senjata seperti pisau lipat.

Selepas keadaan reda, wartawan dan jurufoto bergegas keluar dari kawasan berkenaan.

Sementara itu,  jejambat di Kampung Pandan Dalam dekat sini  turut menjadi lokasi tumpuan warga asing berkumpul.

Seperti di Jalan Silang, kawasan bawah jejambat itu  turut dijadikan 'port' bermain judi secara terbuka selain aktiviti tidak sihat lain.

Gagal larikan mesin ATM

Posted: 22 Sep 2013 02:23 AM PDT

  • Gagal larikan mesin ATMMesin ATM yang ditinggalkan di tepi jalan di sebuah bank di Taman Tasik, selepas gagal dilarikan empat penjenayah.

JOHOR BAHRU -  Meskipun sudah berjaya menarik keluar sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Taman Tasik, di sini, namun empat penjenayah berputih apabila gagal dalam percubaan melarikan mesin berkenaan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 pagi itu, semua penjenayah terbabit berjaya menarik keluar mesin ATM dengan menggunakan tali sebelum melarikan diri selepas menyedari tindakan mereka disedari orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nor Azizan Anan berkata, siasatan awal menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta Proton Waja dan satu pacuan empat roda sedang menunggu di luar bangunan tersebut ketika kejadian.

"Namun, mereka meninggalkan mesin ATM di tepi jalan selepas menyedari tindakan mereka dilihat oleh orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

"Semua suspek masih belum dapat dikenal pasti dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Azizan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian  hotline 07-2212999 untuk membantu siasatan kes tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved