sumber :-
Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Banjir, tanah runtuh ragut lebih 100 nyawa di Mexico
- Kecoh orang ramai berebut iPhone
- BlackBerry mahu buang 4,500 pekerja
- Dapat diploma silap mata
Banjir, tanah runtuh ragut lebih 100 nyawa di Mexico Posted: 21 Sep 2013 09:20 PM PDT
ACAPULCO - Lebih 100 orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir akibat hujan lebat di Mexico. Menteri Dalam Negeri, Miguel Angel Osorio Chong berkata, angka korban bencana tersebut setakat ini seramai 101 orang. Sejumlah 68 lagi mangsa hilang selepas banjir lumpur melanda kampung La Pintada, dekat sini, dalam negeri Guerrero. Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto turut berada di kawasan bencana di sini. Negara Amerika Tengah itu dibadai ribut tropika Ingrid dan Manuel yang merosakkan berpuluh-puluh ribu kediaman dan menyebabkan banjir di sejumlah buah bandar. Lebih 40,000 pelancong dengan kebanyakannya rakyat Mexico terkandas di bandar peranginan di sini selepas dilanda ribu berkembar itu selama lima hari. Dalam pada itu, ribut tropika Manuel bertukar menjadi taufan dan membadai negeri Sinaloa, barat laut Mexico pada Khamis lalu yang menyebabkan lebih 100,000 orang terjejas. Sebanyak tiga orang terbunuh dalam bencana itu. Negeri Guerrero paling teruk terjejas dengan sekurang-kurangnya 65 kematian dicatatkan. Dalam perkembangan berkaitan, banjir lumpur melanda kampung La Pintada yang dihuni 400 orang semasa penduduk menyambut hari kemerdekaan pada Isnin lalu. Bencana itu menenggelamkan sebahagian rumah, sebuah sekolah dan gereja sebelum aliran lumpur itu mengalir ke sungai. | ||
Kecoh orang ramai berebut iPhone Posted: 21 Sep 2013 09:19 PM PDT PASADENA, California - Suasana perkhemahan terbuka di luar sebuah Kedai Apple di sini bertukar kecoh kelmarin apabila dua lelaki ditangkap kerana bergaduh manakala taktik seorang lelaki mengupah beberapa gelandangan untuk beratur bagi mendapatkan telefon pintar baharu iPhone memakan diri, kata pihak berkuasa. Orang ramai berkhemah di luar Kedai Apple sejak malam kelmarin sementara menunggu premis berkenaan dibuka pada keesokan harinya, Seorang pegawai polis tempatan, Leftenan Jason Clawson berkata, berpuluh-puluh penghuni sebuah rumah amal yang diupah untuk membeli iPhone tidak dibayar oleh seorang lelaki yang mengupah mereka. "Mereka kemudian mengasak lelaki berkenaan," kata Clawson. Seorang lelaki gelandangan berkenaan ditahan selama 72 jam selepas dia berlari ke jalan raya dalam keadaan marah, kata Clawson. Rakaman berita televisyen menunjukkan polis meleraikan beberapa pergaduhan kecil dan cuba menenangkan pelanggan yang marah. Dominoe Moody, 43, memberitahu akhbar Los Angeles Times bahawa dia dibawa menaiki sebuah van sejauh 10 kilometer dari Los Angeles ke sini bersama beberapa gelandangan lain oleh seorang lelaki. Mereka diminta beratur selama semalaman untuk menunggu kedai itu dibuka. Moody dijanjikan upah AS$40 (RM131) tetapi menyatakan, dia tidak dibayar kerana lelaki itu ditahan polis selepas dia menyerahkan iPhone yang dibelinya kepada individu tersebut. Kekecohan itu berlaku selepas orang ramai membuat aduan kerana berang melihat taktik lelaki itu. "Ini tidak adil. Saya berdiri di luar kedai ini sepanjang malam," kata Moody kepada akhbar itu sambil menambah, dia tiada pengangkutan untuk kembali ke Los Angeles. Lelaki berkenaan yang memegang sebuah beg sarat berisi iPhone baharu versi 5S dan 5C, diusir oleh polis pada pukul 9.30 pagi kelmarin. "Kami tidak menahannya kerana dia tidak melakukan sebarang jenayah," kata Clawson. Dalam kejadian berasingan beberapa jam lebih awal di kedai sama , dua lelaki ditahan kerana bertumbuk ketika beratur untuk membeli iPhone. Tidak ada kecederaan serius dilaporkan. Polis menganggarkan sekurang-kurangnya 200 orang berada di kaki lima di luar kedai itu sejak malam kelmarin. Menurut Clawson, pihak pengurusan kedai itu mengupah dua anggota polis bandar ini untuk mengawal orang ramai. Model iPhone baharu 5S dan 5C berada dalam pasaran seluruh dunia sejak kelmarin. | ||
BlackBerry mahu buang 4,500 pekerja Posted: 21 Sep 2013 09:17 PM PDT NEW YORK - BlackBerry menyatakan kelmarin ia akan membuang 4,500 pekerja ketika syarikat yang beribu pejabat di Kanada itu berdepan kerugian besar ekoran kelembapan jualan beberapa model telefon baharunya. BlackBerry memberitahu, ia menjangka kerugian antara AS$950 juta (RM3.1 bilion) hingga AS$995 juta (RM3.2 bilion) pada suku kedua tahun ini yang berpunca daripada kelemahan jualan model Z10 keluarannya. Gajet itu merupakan senjata BlackBerry untuk mengembalikan keuntungan di pasaran yang dikuasai telefon sistem perisian Android dan Apple. Publisiti meluas pelancaran BlacBerry Z10 awal tahun ini gagal merancakkan jualan. Pihak atasan BlackBerry memberitahu, mereka masih mengkaji beberapa strategi alternatif termasuk kemungkinan menjual syarikat berkenaan. Pembuangan pekerja itu melibatkan 40 peratus tenaga kerja BlacBerry dengan bilangan kakitangan dijangka berkurangan kepada 7,000 orang. | ||
Posted: 21 Sep 2013 09:15 PM PDT
WAHIDIN SALIM dengan penuh berhati-hati mengira daun terup yang diterimanya daripada seorang ahli silap mata, Kabir Khan Mohamad Reaz. Dia yang merupakan seorang jurugambar akhbar Kosmo! pasti terdapat sebanyak 10 kad daun terup selepas dia membuat pengiraan. "Anda pasti. Masukkan semua kad daun terup tersebut ke dalam poket baju kemeja anda," kata Kabir. Wahidin menuruti arahan Kabir. Ahli silap mata dan psikik itu kemudian menggosok kad terup itu dengan menggunakan kedua-dua tapak tangannya selama beberapa saat. Wahidin kemudian diminta mengira semula kad daun terup itu yang terdapat di dalam poket bajunya di pejabat Kabir di Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Jurugambar itu terkejut kerana jumlahnya bertambah dari 10 kepada 13 kad daun terup. Wahidin tergamam sebentar. Namun, persembahan silap mata itu tidak memberikan kepuasan maksimum kepada kru Jurnal. Seperti dapat meneka fikiran penulis, Kabir yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang itu melakukan aksi yang berbeza. Kad terup Penulis diminta memegang sepuluh kad daun terup tetapi diminta berdiri di sebuah bilik yang pintunya dikunci dengan rapat. Kabir berdiri berdepan dengan penulis tetapi dihalang dengan cermin bersaiz besar dan panjang. Dia kemudian menggosok kedua-dua tapak tangannya sebelum meminta penulis mengira kad daun terup yang berada di tangan. Sekali lagi, jumlahnya bertambah dari 10 menjadi 17 kad daun terup. Masih tidak berpuas hati, jam tangan Wahidin pula menjadi mangsa. Kabir yang masih bujang menggenggam jam tangan itu sebelum menggosoknya beberapa kali. Jarum jam tangan itu menunjukkan pukul 6.30 petang. Namun, setelah digosok jarum jam itu menunjukkan pukul 8.30 malam. Buku nota Kosmo! yang tidak terdapat sebarang wang kertas hanya direnung oleh Kabir. Selepas sehelai kertas nota itu diselak, terdapat wang kertas RM50 di dalamnya. Selain silap mata, lelaki yang rambutnya ala penyanyi terkenal, mendiang Elvis Presley itu juga mampu membaca minda seseorang. Kabir yang agak kepenatan kemudian duduk bersandar di sebuah kerusi sofa sambil menghirup air minuman tin yang dibelinya di sebuah kedai serbaneka berhampiran pejabatnya. Menurutnya, minat dalam bidang silap mata mula tercetus sejak dia kecil lagi. "Mungkin kerana bapa saudara saya juga ahli silap mata iaitu George Chan. Ibu bapa kanakkanak lain membelikan hadiah permainan sempena hari jadi anak mereka.
"Tetapi, kerana saya meminati silap mata, ibu bapa saya membelikan set barangan silap mata," katanya sambil tersenyum. Dia berjinak-jinak dengan dunia silap mata dengan membuat persembahan di depan rakan-rakan sekelasnya. "Upahnya bukan mewah pun. Hanya habuan gula-gula atau air minuman di kantin. Tetapi, saya tetap puas," kata Kabir. Dia kemudian menyambung pengajian peringkat diploma di Universiti Help, Petaling Jaya, Selangor. Semasa di universiti, Kabir mendapat tawaran untuk membuat persembahan di sebuah hotel di Subang, Selangor. "Saya sendiri tidak menyangka dapat membuat persembahan di hotel pada setiap Sabtu semasa masih belajar. Walaupun bermula pukul 7 petang sehingga 3 pagi memenatkan badan tetapi saya berasa seronok," ujarnya. Lelaki yang berumur 28 tahun itu mengambil langkah drastik untuk menambah ilmu dalam dunia silap mata dengan mengambil keputusan menyambung pengajian dalam bidang tersebut di Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS). "Saya memperolehi diploma dalam kemahiran silap mata di Chaves Studio of Magic, Los Angeles, California, AS dalam tempoh enam bulan sahaja walaupun tempoh pengajian sebenarnya selama dua tahun. Teruja Sebaik sahaja pulang selepas melanjutkan pelajaran, Kabir bertuah kerana mendapat tawaran membuat persembahan di hotel-hotel mewah di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). "Saya membuat persembahan di sana selama beberapa bulan dan bayarannya juga agak lumayan," katanya. Dia juga teruja kerana mendapat peluang membuat persembahan di Hollywood Magic Castle, Los Angeles, California, AS. "Hanya ahli silap mata terkenal dunia sahaja yang membuat persembahan di kelab itu seperti David Copperfield dan David Blaine," ujarnya. Dia juga tidak dapat melupakan sisi lucu dan suspen sepanjang membuat persembahan di Abu Dhabi dan AS. "Semasa melalui pemeriksaan imigresen di sebuah lapangan terbang yang terletak di Abu Dhabi, salah satu barang yang saya bawa ialah kotak silap mata yang boleh mengeluarkan wang kertas. "Tetapi, saya ditahan oleh imigresen negara itu sebelum diminta duduk di sebuah bilik. Selang beberapa minit kemudian, beberapa pegawai imigresen hadir untuk menyoal saya. "Mereka mendakwa saya terlibat dengan sindiket mengeluarkan wang palsu serta membiayai kegiatan jenayah," cerita Kabir. Tidak terbayang langsung ketakutan pada wajah lelaki itu ketika kejadian tersebut berlaku. "Saya kemudian menerangkan tentang profesion saya sebagai seorang ahli silap mata. Sebagai cara untuk membuktikannya, saya diminta membuat beberapa aksi silap mata. "Saya kemudian membuat persembahan selama 30 minit. Mulanya, hanya dua orang pegawai yang melihatnya sebelum bertambah menjadi tujuh orang kesemuanya. "Akhirnya, saya dilepaskan. Mungkin kerana mereka bosan (menyoal siasat). Justeru, penahanan saya itu hanya merupakan helah mereka (para pegawai imigrsen) semata-mata (untuk melihat persembahannya)," ujarnya. Kabir berkata, pengalamannya semasa membuat persembahan di Hollywood Magic Castle itu juga mencuit hatinya. "Semasa saya sedang asyik membuat persembahan dengan tiba-tiba, seorang wanita pertengahan umur datang berhampiran pentas bertanyakan kepada saya mengenai lokasi tandas. "Bayangkan, saya berasa terkejut dan tiada pengawal keselamatan yang menghalangnya. "Lucunya, majoriti penonton ketawa dengan insiden itu kerana menyangka ia telah dirancang," kata Kabir. Dia juga tidak dapat melupakan pengalaman tentang seluarnya hampir terlucut dari badannya kerana banyak menyimpan barang silap mata di kedua-dua kocek seluar. "Nasib baik saya dapat mengawalnya dengan baik jika tidak profesion saya berubah daripada seorang ahli silap mata menjadi penari separuh bogel," katanya sambil ketawa. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan