ads

Selasa, 5 Mac 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Video & Gambar Asmidar di Pelancaran Album Kali Pertama

Posted: 05 Mar 2013 06:37 PM PST

Jam 3 petang kelmarin, Budiey sempat menghadiri Majlis Pelancaran Album Kali Pertama dari pemilik suara pemenang Vokal Bukan Sekadar Rupa anjuran TV3 iaitu Asmidar di Black Box, Publika, Solaris Mont Kiara.

KLIK VIDEO: Sekitar Pelancaran Album ASMIDAR – KALI PERTAMA 

Beberapa minggu sebelum ini, Budiey telah menonton teaser video lirik lagu Kali Pertama dan penyanyinya dirahsiakan oleh Warner Music Malaysia sebagai satu gimik pelancaran ini. Ramai yang meneka siapakah pemilik suara untuk lagu Kali Pertama dan Budiey juga turut meneka.Memang tak syak lagi, Kali Pertama dinyanyikan oleh Asmidar.

Sebelum ini pun, Asmidar telah melahirkan sebuah single Biar Sampai Ke Bintang dan berjaya menembusi corong-corong radio dan diterima oleh ramai peminat. Maka, kelamarin menjadi titik mula untuk Asmidar melangkah lebih jauh ke bintang dengan melahirkan sebuah album pertama berjudul Kali Pertama. Album ini menggabungkan unsur pop dan rock alternative. Seiring dengan latar belakang Asmidar yang memulakan karier dengan lagu-lagu tradisional apabila menjuara Bintang Asli Remaka Kebangsaaan Kategori Wanita 2006, lagu-lagu dalam album ini mengetengahkan evolusi muzik, suatu idea yang tentunya menarik untuk dijadikan santapan halwa telinga.

KLIK VIDEO: Asmidar Nyanyi Lagu KALI PERTAMA di Pelancaran Album 

Ada tujuh buah lagu kesemuanya:

  1. Kali Pertama
  2. Goldilocks
  3. Bila Cinta Ada
  4. Sepenggal Kisah
  5. Sepasang Sudu
  6. Pesona Cinta
  7. Biar Sampai Ke Bintang

Budiey dah dengar semua lagu ini dalam kereta semasa pulang ke rumah dari majlis pelancaran album ini kelmarin. Ternyata, Budiey suka dengan lagu Bila Cinta Ada yang disampaikan dengan penuh penghayatan oleh Asmidar. Budiey ramalkan lagu ini akan jadi hits satu masa nanti. Kali Pertama pula adalah sebuah lagu yang berkisar tentang suara hati yang memendam perasaaan cinta. Lirik dan bait disusun rapi dan dipersembahkan dengan mood yang ceria. Kalau kita tengok pada video klip yang dipertontonkan semalam, lagu Kali Pertama ini sedikit fantasi dan seolah berada di alam khayalan. Dihasilkan oleh Audi Mok dan Omar K, gemersik suara Asmidar menjadi taruhan dan karya ini sangat indah sebenarnya.

KLIK VIDEO: Sekitar Sidang Media Album ASMIDAR – KALI PERTAMA

Budiey ucapkan tahniah buat Asmidar. Semoga anda terus sukses dan maju di masa akan datang ya.

Gambar sekitar Majlis Pelancaran Album Kali Pertama:

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Asmidar Kali Pertama

Komen via Facebook

Komen

Jeslina Hashim Sah Cerai Talak Satu

Posted: 05 Mar 2013 05:34 PM PST

Jeslina Hashim Sah Cerai Talak Satu, Enggan Dedah Punca

Masih ingat lagi tak dengan penyanyi Jeslina Hashim? Ala, dia pernah terkenal dulu sebagai penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia dan dia pernah membintangi beberapa buah filem pada awal tahun 2000.

Terbaru mengenai beliau, Budiey dapat tahu, beliau telah bercerai. Ikatan perkahwinan selama lapan tahun antara penyanyi Jeslina Hashim dan Dion Andrew Vercoe akhirnya terlerai apabila pasangan ni sah bercerai semalam.

Jeslina Hashim

Dion, 40, seorang warga New Zeland melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Jeslina, 36, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Tuan Haji Mohammad Karim Wahab pada jam 9.50 pagi selepas Jeslina mengakui dirinya suci (tidak datang haid) dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Jeslina untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Jeslina Hashim Bercerai

Jeslina dan Dion dilihat tenang sejurus lafaz cerai dibuat.

Terdahulu, peguam yang mewakili Dion, Mohd Hafiz Abdul Rashid memaklumkan kepada mahkamah bahwa kedua-dua pihak bersetuju dengan perjanjian penyelesaian antaranya berkaitan hak penjagaan anak iaitu secara bergilir-gilir, tuntutan edah sebanyak RM5000 selama tiga bulan dan muta'ah sebanyak RM150,000.

Sementara itu, Mohd Hafiz yang ditemui diluar mahkamah memberitahu, kedua-dua pihak bersetuju untuk hak jagaan bersama terhadap anak-anak mereka

"Mereka berdua bersetuju untuk menjaga anak-anak mereka secara bergilir-gilir. Kedua anak mereka akan tinggal bersama Dion dan hak lawatan diberikan kepada Jeslina",katanya.

Dalam pada itu, Jeslina yang ditemui di luar mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai punca dia dan suami membuat keputusan untuk bercerai.

"Ia adalah disebabkan hal peribadi. Itu saja yang boleh saya katakan", ujar Jeslina lalu terus beredar.

Jeslina berkahwin pereka dalaman itu pada tahun pada April 2005 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Micah Lee Hashim Vercoe,5, Keiranna Lee Hashim Vercoe,3. – Sumber: MalaysianDigest

Jeslina Hashim Bercerai

Dion Andrew Vercoe

Komen via Facebook

Komen

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved