ads

Rabu, 13 Februari 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Baharim

Posted: 13 Feb 2013 08:16 PM PST

ZIKIR ZINDAGI BERSAMA USTAZ HASLIN BAHARIM

Sinonim dengan panggilan Ustaz Bollywood, nama Ustaz Haslin Baharim bukan lagi asing dalam persada dakwah tanahair. Popularitinya juga tidak hanya terhad di corong – corong radio atau kaca televisyen, malahan rakaman video ceramah – ceramah yang dimuat naik di saluran You Tube juga berjaya meraih ratusan ribu jumlah tontonan. Bertitik tolak dari situlah, buat julung kalinya, UNICDOTMY Pro Sdn Bhd telah menjalin kerjasama dengan Ustaz Haslin untuk menghasilkan album sulung beliau yang bakal menggegar dan meruntun jiwa berjudul ZIKIR ZINDAGI.

Album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Baharim

Album yang dikategorikan sebagai zikir ini bakal menjengah di pasaran tidak lama lagi merupakan hadiah teristimewa daripada Ustaz Haslin dalam usahanya mempermudahkan orang ramai untuk sentiasa beribadah mengingati, memuji, mengagungkan keesaan dan kebesaran Allah s.w.t dengan caranya yang tersendiri. Tambahan lagi, album ini juga turut menampilkan zikir – zikir yang berunsurkan inspirasi sebagai taruhan utama buat para pendengar.

Umpama irama dan lagu, beliau yang merupakan lulusan Universiti Islam Abu Bakr Karachi, Pakistan, tampak begitu versatil sekali apabila alunan zikir serta doa yang dipersembahkan cukup merdu dan mendayu – dayu melalui melodi dan lenggok yang seakan – akan penyanyi Hindustan.

Album yang menghimpunkan 19 track Zikir Munajat, Doa dan Bacaan Ayat – ayat Suci Al – Quran ini bakal membawa perbezaan ketara kepada para pendengar kerana ianya dibacakan dengan lenggok berlagu dan bermelodi hindi selain menampilkan penggunaan bahasa Urdu dalam beberapa zikir pilihan. Selain itu, kelunakan vokal mantap Ustaz Haslin sendiri jelas kedengaran melalui zikir hits seperti Jago-Jago (urdu) dan Siru Fi Himallah.

Cara penyampaian yang bersahaja tetapi penuh bersemangat diselangi pula dengan dendangan zikir berlagu cukup membuatkan album ini unik dan dinanti – nantikan para penggemar zikir tempatan mahupun luar negara khususnya.

Bapa kepada tujuh orang anak ini juga merupakan panelis rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, Al Kulliyah TV3, Wanita Hari Ini TV3, Radio Kedah FM, Mutiara FM, Selangor FM dan juga Radio 24 BERNAMA FM.

Nantikan kemunculan album sulung Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood) berjudul Zikir Zindagi di pasaran nanti terbitan UNICDOTMY PRO SDN. BHD dengan harga RM19.90. Sebarang pertanyaan atau tempahan awal album, sila hubungi pejabat urusan UNICDOTMY PRO SDN. BHD di talian 03 – 6186 4300 atau emelkan kepada order@unic.my.

Website: www.unic.my

Album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Baharim

Komen via Facebook

Komen

Ibu Catriona Ross Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri

Posted: 13 Feb 2013 07:04 PM PST

Al-Fatihah buat pelakon, Catriona Ross di atas pemergian ibunya Allahyarhamah Siti Zawiyah Ab. Rahman yang telah ke rahmatullah. Malang tak berbau. Beberapa tahun sudah, pelakon Catriona Ross diberitakan cedera parah kerana terlibat dengan satu kemalangan. Kemudian, semalam ibunya pula kemalangan. Sesiapa sahaja yang duduk di tempat beliau pasti jadi lebih trauma. Semoga kita semua ambil iktibar dan berhati-hati di jalan raya.

Gerik: Arwah ibu pelakon Catriona Ross Bahrin, Siti Nur Zawiah Abdul Rahman, 63, bersama rombongan lapan individu dikatakan dalam perjalanan menyalurkan bantuan kepada pelajar sebuah madrasah di Kedah sebelum terbabit dalam kemalangan maut, semalam.

Kemalangan maut itu berpunca dari tindakan pemandu memotong beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas ketika menuruni bukit berhampiran Kilometer 61.8, Jalan Raya Timur Barat di Gerik kira-kira jam 1 pagi. Kereta mangsa gagal mengelak sebelum merempuh sebuah bas ekspres dari arah bertentangan. Akibatnya, kereta mangsa terseret sebelum berpusing dan terbabas masuk ke dalam longkang di bahu jalan.

Ibu Catriona Ross Meninggal Dunia

Warga emas terbabit adalah antara tiga penumpang sebuah kereta yang maut selepas kenderaan dinaiki bertembung bas ekspres di Kilometer 61.8, Jalan Raya Timur Barat berhampiran Hentian Rawat dan Rehat Titiwangsa, di sini, dalam kejadian jam 1 pagi.

Kemalangan itu turut meragut nyawa rakan Nur Zawiah, Norini Ghani, 42, dan dan Sitah Abdullah, 52, yang dilaporkan maut serta-merta di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu kereta lingkungan 40-an yang dinaiki ketiga-tiga mangsa terbabit terselamat dan dirawat di Hospital Taiping, di sini.

Ibu Catriona Ross Meninggal Dunia

Rakan arwah, Syed Ageel Syed Mahayadin, 39, yang ditemui di bilik mayat Hospital Gerik semalam berkata, semua mangsa mengikuti rombongan membabitkan dua kereta dalam perjalanan ke rumahnya di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Menurutnya, semua ahli rombongan seramai lapan orang itu sepatutnya tiba di rumahnya pada jam 3 pagi.

"Bagaimanapun, kira-kira jam 1.20 pagi, saya menerima panggilan telefon telefon daripada seorang ahli rombongan memaklummkan sebuah daripada dua kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dan arwah meninggal dunia akibat kecederaan parah. Saya benar-benar terkejut sebab arwah bersungguh-sungguh mahu menghulurkan bantuan kepada pelajar di sebuah madrasah di Kedah."

Dia berkata, arwah dan tujuh lagi ahli rombongan dijangka bermalam di rumahnya sebelum mengadakan lawatan ke Madrasah Zabaydiah, Merbuk, Kedah. Saya dan arwah sudah lama bersahabat selain turut menjalin kerjasama perniagaan sejak beberapa tahun lalu. Malah, arwah amat aktif membantu pelajar daif yang menuntut di sekolah pondok dan anak yatim."

Ibu Catriona Ross Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri

Syed Ageel berkata, dia dimaklumkan arwah dan tiga mangsa menaiki kereta Proton Saga BLM, manakala sebuah lagi kereta Toyota Camry dinaiki empat lagi rakannya dari arah Kota Bharu, Kelantan.

"Mengikut perancangan, kami akan ke Ipoh untuk urusan perniagaan kilang ais krim sebelum arwah bertolak pulang ke Kota Bharu. Saya hanya mengenali pemandu kereta Proton Saga itu sebagai Cikgu Mustafa Che Su, 50-an. Dia kini cedera parah dan kini dirawat di Hospital Taiping kerana cedera di badan dan di dada."

Semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. Sumber: Harian Metro

Komen via Facebook

Komen

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved