ads

Selasa, 14 Ogos 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pelancaran UNIQLO UT Grand Prix 2013

Posted: 14 Aug 2012 03:02 PM PDT

Pelancaran UNIQLO UT Grand Prix 2013

Peraduan Mereka Bentuk Baju-T UT Grand Prix 2013 Dilancarkan Jumlah Hadiah Bernilai AS$30,000 ditawarkan kepada Para Pemenang

UNIQLO telah melancarkan UT (UNIQLO T-shirt) Grand Prix 2013, sebuah peraduan mereka bentuk Baju-T tahunan yang mana para peserta di seluruh dunia mengubah baju-T menjadi karya seni kreatif. Peraduan bagi tahun 2013 akan berlangsung dari 3hb Ogos hingga 2hb September 2012.

Peserta peraduan boleh menghantar karya asli mereka yang mempamerkan salah seorang daripada enam artis muzik antarabangsa yang terkenal: AC/DC, David Bowie, Madonna, KISS, The Sex Pistols dan The Who.

Legenda-legenda muzik ini akan memilih sendiri enam penyertaan yang akan memenangi kategori Artist's Choice Award, manakala satu proses undian online akan memilih enam pemenang bagi kategori People's Choice Award. Sejumlah AS$30,000 berbentuk hadiah wang tunai akan ditawarkan kepada dua belas orang pemenang ini.

UNIQLO akan memilih lagi dua belas penyertaan bagi kategori Tempat Kedua. UNIQLO akan mengeluarkan UT bagi kesemua dua puluh empat rekaan dan menjualnya di semua kedai- kedai UNIQLO di seluruh dunia pada tahun 2013. Butir-butir mengenai penjualan UT akan diumumkan di masa yang akan datang.

Peraduan Mereka Bentuk Baju-T UT Grand Prix
UNIQLO telah menganjurkan Peraduan Mereka Bentuk Baju-T UT Grand Prix setiap tahun sejak tahun 2005, dengan tujuan menggalakkan individu-individu kreatif lagi berbakat di seluruh dunia. Peraduan ini terbuka kepada semua orang tanpa mengira umur, jantina atau kewarganegaraan. UNIQLO akan mula menerima penyertaan bagi peraduan tahun 2013 bermula 3hb Ogos 2012. Sila rujuk kepada maklumat di bawah untuk maklumat lanjut.

Rekaan Baju-T berasaskan Enam Artis, termasuk Madonna dan KISS
Muzik adalah tema peraduan mereka bentuk baju-T UT Grand Prix 2013, dan akan disertai oleh enam artis popular. AC/DC, David Bowie, Madonna, KISS, the Sex Pistols dan ahli The Who akan memilih sendiri penyertaan yang menang, yang mana setiap artis bertanggungjawab untuk memilih enam pemenang Artist's Choice Award.

Pelbagai Hadiah untuk Dimenangi
Para pemenang enam Artist's Choice Award akan menerima ASD$4,000 setiap seorang, manakala enam pemenang People's Choice Award akan menerima ASD$1,000 setiap seorang. UNIQLO akan memilih dua belas rekaan untuk kategori Runner Ups.

Sertai UNIQLO apabila ia mengumpulkan satu barisan eklektik artis berprofil tinggi, syarikat dan golongan muda dari serata dunia bagi menghasilkan satu rangkaian UT yang menarik.

Butir-butir Peraduan
Tempoh Penyertaan
Jumaat, 3hb Ogos 2012 hingga Ahad, 2hb September 2012 (Sehingga 23:59:59, Waktu Jepun)

Syarat-syarat Penyertaan
Peraduan ini terbuka kepada semua orang, tanpa mengira umur, jantina atau kerakyatan. Penyertaan akan diterima daripada semua negara di dunia.

Proses Pengadilan
Enam orang artis yang turut serta, AC/DC, David Bowie, KISS, Madonna, the Sex Pistols dan The Who, akan memilih sendiri pemenang Artist's Choice Award bagi setiap kumpulan muzik. Undian online berasingan akan memilih enam rekaan terbaik bagi People's Choice Award. Undian online terbuka kepada semua orang, yang mana hanya satu undian bagi setiap artis muzik.

UNIQLO akan memilih dua belas rekaan, atau dua rekaan bagi setiap artis, untuk kategori Runner Ups.

Cara Menyertai
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada laman web rasmi UT Grand Prix 2013, dan pastikan anda membaca syarat-syarat peraduan sebelum menghantar rekaan anda. Laman web rasmi UT Grand Prix 2013: http://www.uniqlo.com/utgp2013/

Hadiah-hadiah
• Artist's Choice Award x 6 (satu bagi setiap artis): hadiah wang tunai AS$4,000 setiap satu
• People's Choice Award x 6 ( satu bagi setiap artis ): hadiah wang tunai AS$1,000 setiap satu
• Kategori Runner Ups x 12 (dua bagi setiap artis)

Anugerah ini akan diumumkan di laman web rasmi UT Grand Prix 2013 setelah keputusan dibuat. 24 rekaan akan dijual sebagai UT melalui kedai dalam talian UNIQLO dan di lokasi kedai UNIQLO di seluruh dunia. Butir-butir mengenai penjualannya akan diumumkan di masa akan datang.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Irma Hasmie Sah Mengandung Anak Pertama

Posted: 14 Aug 2012 09:43 AM PDT

Isteri yang mengandung, suami pula mengidam. Begitulah yang berlaku buat suami kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang melalui tabiat pelik selepas isterinya itu disahkan berbadan dua.

Redza berkata, apabila mendapat tahu isterinya hamil lima minggu, dia menjadi seorang yang kuat makan tetapi Irma hanya mengalami alahan biasa seperti mana yang dilalui kebanyakan wanita mengandung lain.

Gambar Irma Hasmie Bersanding

"Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan,"

Dalam pada itu, Redza berkata buat sementara ini dia akan menemani isterinya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu kerana bimbang keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung.

"Jika terjadi apa-apa susah pula. Lebih baik saya menemani dia ke mana-mana selepas ini tambahan pula dengan cara itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri," ujarnya.

Redza turut menambah walaupun masih pada peringkat awal tetapi dia sangat teruja untuk bergelar seorang bapa.

Sementara itu, Irma memberitahu kandungannya berada di dalam keadaan baik cuma dia tidak boleh menikmati makanan dan sentiasa mengalami muntah-muntah.

"Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik buat diri saya," katanya.

Biarpun menganggap masih terlalu awal untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat, namun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie,30, tidak menafikan berita yang mengatakan bahawa dia kini sudah berbadan dua.

Malah, Irma yang ditemani suaminya, Redza Shah, 31, ketika majlis fitrah Ramadan 2012, malam tadi memberitahu keadaannya ketika ini kurang sihat dan menghadapi alahan muntah-muntah.

"Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu. Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.

"Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan,"

Gembira bakal bergelar bapa, sebagai suami, Redza lebih banyak meluangkan masa bersama Irma.

"Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semuanya mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah.

"Disebabkan kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya," jelas Redza.

Mempersetujui apa yang dijelaskan suaminya itu, Irma mengakui lebih selesa suaminya bersama dan merasakan sentiasa selamat. via Murai & Mstar

Irma Hasmie Kahwin

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved