OHBULAN! |
Neelofa Syak Teguran Yusof Haslam Sengaja Dibesarkan Pihak Ketiga Posted: 13 Aug 2012 11:10 AM PDT Ahad lepas, sebuah ruangan pojok di sebuah akhbar tempatan telah menyiarkan sebuah artikel yang mana menulis Datuk Yusof Haslam telah menegur Neelofa kerana dikatakan "telah lupa diri". Artikel ini telah menimbulkan banyak spekulasi dari peminat disebabkan sikap Neelofa dan tidak kurang juga yang menyokong kata-kata Datuk Yusof Haslam. Namun, mStar Online hari ini melaporkan bahawa Neelofa ketika ditemubual hanya menganggap teguran itu sebagai teguran antara bapa dan anak. "Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat. Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle." – Neelofa dipetik dari mStar Online. Neelofa turut memberitahu bahawa dia syak ada pihak ketiga yang sengaja membesar-besarkan hal ini. "Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan sengaja tidak mahu menghadiri majlis pelancaran filem S.A.M (Saya Amat Mencintaimu). Tetapi, selebriti jelita ini menjelaskan bahawa ketika majlis itu berlangsung, dia sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk menjalani sesi penggambaran drama terbarunya, "Kau Yang Terindah". |
Suami Suka Saya Bertudung – Ayu Raudhah Posted: 13 Aug 2012 10:55 AM PDT Mungkin tahun ini telah menjadi tahun dimana ramai selebriti-selebriti kita berhijrah. Bukan setakat Abby Abadi, malah selebriti seperti Diyana Amir dan juga Irma Hasmie turut memilih tahun ini untuk memakai tudung. Terbaru, isteri kepada Zaquan Adha iaitu Ayu Raudhah telah mengesahkan bahawa dia sudah mula bertudung. Menurut laporan Media Hiburan hari ini, Ayu Raudhah sebenarnya sudah lama mahu bertudung. Namun hatinya betul-betul terdetik pada Ogos lalu selepas pulang dari mengerjakan umrah. "Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru ini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini." – dipetik dari Media Hiburan Mungkin ini salah satu dari berkat bulan Ramadhan yang mulia. Semakin hari, semakin ramai selebriti yang memilih untuk memakai tudung. Sebagai selebriti, mereka memberikan contoh yang baik kepada para orang ramai samada peminat mahupun penonton sahaja. Dalam pada itu, beberapa hari lepas kita turut dikejutkan dengan berita Nurul Syuhada Nurul Ain yang juga telah mula berhijab. Untuk pengetahuan, Nurul Syuhada Nurul Ain adalah pengacara untuk stesyen televisyen tempatan, TV3. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan