ads

Ahad, 12 Ogos 2012

OHBULAN!


sumber :-

OHBULAN!


Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2

Posted: 12 Aug 2012 09:56 PM PDT

Pada 10 Ogos 2012 yang lalu, pihak Procter & Gamble Malaysia (P&G) telah melancarkan Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura, Cik Ellie Xie serta Ketua Pegawai Pemasaran, Television Network dan Media, Media Prima Bhd, Cik Shareen Ooi.

Pertandigan pencarian hos ini diadakan untuk mencungkil bakat yang tersembunyi di seluruh Malaysia untuk merebut peluang keemasan menjadi hos bersama Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 Red Carpet pada bulan November akan datang.

Menurut Cik Ellie Xie, "Orang yang berbakat memang banyak di Malaysia dan kami ingin merealisasikan impian hos TV yang berwawasan. Kami mencari keyakinan dan dengan inilah, jenama seperti Pantene, Olay, Oral-B, Gillette dan Head & Shoulder bersama-sama membantu mereka mengorak langakh ke hadapan. Kerjasama bersama acara berprestij seperti Anugerah Skrin Kebangsaan pasti akan menjadi batu loncatan untuk sesiapa yang serius dalam industri ini."

Pada kali ini pencarian hos Pantene menjadi lebih menarik dengan adanya penyertaan daripada golongan lelaki. Secara tidak langsung, ia menjadikan pertandingan ini lebih mencabar.

Menerusi pertandingan ini, selain berpeluang menjadi hos, peserta yang bergelar juara turut memenangi hadiah lain berupa makeover, dua pas ke Parti Post-ASK, piala, hamper barangan P&G serta sepasang jam tangan Titon yang setiap satunya bernilai RM 2,631.

Bagi individu yang berbakat dalam dunia pengacaraan, anda boleh menyertai pertandingan ini yang akan berlangsung pada 24 Ogos hingga 30 September 2012. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pertandingan ini, anda boleh layari www.tv3.com.my/ask2012.

Aidil Zafuan Ugut Mahu Malukan Rita Rudaini

Posted: 12 Aug 2012 09:49 PM PDT

Terkejut OHBULAN! apabila membaca artikel bertajuk "Rita Rudaini Diugut Suami Gara-Gara 'Melodi'" yang dikeluarkan oleh mStar Online. Apa tidaknya, isu yang kami anggap sudah selesai sebenarnya masih lagi berlanjutan apabila Rita Rudaini memberitahu bahawa Aidil Zafuan mengugut untuk memalukannya selepas pulang ke Malaysia.

"Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad). Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara."

Menurut laporan mStar Online hari ini, Rita dikatakan telah mengeluarkan beberapa kenyataan di rancangan Melodi sehingga menyebabkan Aidil menghantar SMS berbaur ugutan.

"Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?"

Dalam rancangan Melodi yang bersiaran Ahad lepas, Rita memberitahu bahawa dia sudah tidak mempunyai hati terhadap Aidil Zafuan. Malah dia turut mengakui yang dia kecewa terhadap Aidil yang tidak matang dalam menguruskan hal rumah tangga.

Untuk pengetahuan, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved