Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Mesin kuih siput/rotan
- Tapir kian berkurangan
- Satelit Pipit
- Pelbagai gajet Muslim
- Mesin maruku, laksa, putu mayam
- Warisan geologi Langkawi
- Terbaik dunia
- Memanfaatkan bahan buangan
- Industri satelit
- Jaga kehamilan waktu puasa
- Bisnes padi
- Scalogel
- DUBROVNIK - Mutiara Adriatik
- Kelas tersendiri ML350 generasi ketiga
- Redah belantara dengan 4x4
- Atasi kemelut juruterbang
- Cabaran 'Gipsi Laut'
- Mawi muncul dengan album Asma Ul Husna
- Amy Jackson-Prateik berpisah?
- Anushka Sharma dedah ciri lelaki idaman
- Belum putus asa
- Shahrukh Khan dalam Krrish 3?
- Honda Malaysia perkenal Jazz S
- Mahkamah kekal perintah berkelakuan baik ke atas Noor Afizal
- Pasar raya musnah terbakar
Posted: 08 Aug 2012 06:49 PM PDT Siri ketiga ruangan Inovasi ini menampilkan mesin untuk membuat kuih siput atau kuih rotan. Jika dua siri sebelum ini yang menampilkan mesin kuih tart dan maruku , inovasi daripada Zull Design Autotronic (ZDA) diteruskan dengan mesin membuat kuih buah rotan dan siput yang dijangka mendapat sambutan. Sekali pandang, ia kelihatan tidak banyak beza dengan mesin terdahulu kerana spesifikasinya hampir serupa. Bagi mereka yang berminat untuk mencuba mesin berkenaan, mungkin inilah peluangnya untuk merasai sendiri pengalaman tersebut. Ia sejajar dengan matlamat ZDA untuk membantu masyarakat terutamanya kepada usahawan dan bakal usahawan bagi industri kecil dan sederhana membangunkan perniagaan mereka menggunakan mesin automatik atau separa automatik bagi meningkatkan pengeluaran Pada masa sama mesin kuih siput ini dihasilkan dengan penggunaan yang mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Hasrat ZDA hanyalah satu iaitu memberi satu peluang kepada pengusaha untuk memulakan perniagaan dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka. Mesin kuih siput dan rotan itu mungkin menyerupai apa sedia ada di pasaran dan mungkin juga lebih mudah dikendalikan. Penggunaan material tahan karat memberi jaminan bahawa produk yang dihasilkan lebih bersih dan selamat. Mereka boleh membuat tempahan boleh menghubungi ZDA menerusi laman web www.zulldesign.com.my atau hubungi 012-7332066, 03-6092 1928 dan faks 03-60914000. |
Posted: 08 Aug 2012 06:45 PM PDT Menurut Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhammad Danial Felix, tujuan sambutan tersebut diadakan adalah untuk mendidik dan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan usaha memelihara tapir agar tidak pupus. "Melalui kempen sebegini, kami di pihak Zoo Negara berharap dapat menarik minat orang ramai dalam membantu serta memberi sokongan bagi menyelamatkan spesies tapir di seluruh negara. "Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Zoo Negara (EDU) tersebut melibatkan pelbagai aktiviti seperti Trek Laluan Tapir, Program Pengayaan, mengecat wajah dan pelbagai lagi," ujarnya ketika ditemui di Zoo Negara baru-baru ini. Ujar Dr. Muhammad Danial lagi, sehingga kini tiada jumlah tepat mengenai bilangan tapir liar yang terdapat di hutan belantara. Katanya, biarpun tapir masih banyak berkeliaran di hutan, haiwan tersebut sedang diancam kehilangan habitat secara drastik. "Seekor tapir dewasa memerlukan kawasan hutan yang luas untuk ia berkeliaran dan mencari makanan. "Justeru itu, sebarang perubahan kawasan hutan secara drastik akan memberi impak negatif kepada tapir malah boleh mempengaruhi kadar pembiakannya," ujarnya. Tambahan pula, seekor tapir betina dewasa mempunyai tempoh bunting yang agak panjang iaitu selama 13 bulan menjadikan spesies ini agak lambat berkembang biak. Tapir Malaysia merupakan antara tapir yang terbesar di dunia, malah ia merupakan satu-satunya spesies yang berasal dari Asia. Nama saintifik tapir berasal dari India Timur yang membawa maksud 'habitat semula jadi spesies'. Haiwan itu boleh ditemui sekitar Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia, Myanmar dan Thailand (sepanjang sempadan barat hingga ke selatan sempadan antara Thailand dan Malaysia). Selain itu, ia juga boleh ditemui di selatan Kemboja dan Vietnam. Bagaimanapun tiada pengesahan saintifik dicatatkan, malah ia juga mungkin terdapat di Laos. Bagi pihak Zoo Negara, penekanan terhadap perlaksanaan program kesedaran di kalangan orang awam berkenaan betapa pentingnya tapir kepada sesebuah ekologi hutan perlu dititikberatkan. Jelas Dr. Muhammad Danial, tapir yang ada di Malaysia merupakan spesies yang istimewa terutamanya daripada segi corak dan warna badannya yang berbeza daripada tapir terdapat di seluruh dunia. Pada program itu juga, dua ekor anak tapir berusia dua tahun yang dilahirkan di Zoo Negara turut diperkenalkan. Usaha membiak dan memulihara tapir oleh Zoo Negara perlu disokong oleh semua pihak dan usaha tersebut tidak seharusnya terletak di atas bahu pihak tertentu sahaja. Justeru itu, sokongan orang ramai mahupun badan bukan kerjaan (NGO) amat diperlukan bagi membantu mengembangkan aktiviti kesedaran dan usaha konservasi tapir di negara ini. |
Posted: 08 Aug 2012 06:44 PM PDT Di Malaysia, satu-satunya syarikat kerajaan yang bertanggungjawab membangunkan sendiri satelit untuk kegunaan komersial ialah Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. atau secara ringkasnya ATSB. ATSB yang ditubuhkan pada 1997 mempunyai visi untuk meningkatkan minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi serta memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia. Bidang-bidang teknologi maklumat, Internet, perisian, dan mikroelektronik merupakan teknologi satelit yang dapat memacu alaf akan datang kepada pertumbuhan industri angkasa negara. Masyarakat yang mahir dalam bidang sains dan teknologi akan dapat menjana perdagangan antarabangsa dan ekonomi negara serta memupuk ilmu dan pengetahuan saintifik di peringkat yang lebih tinggi. Peningkatan pengetahuan saintifik dan keupayaan dalam menterjemahkan pengetahuan yang ada kepada nilai komersial adalah kunci kepada pencapaian inovasi. Malaysia perlu menerapkan wawasan ini kepada generasi kini dan yang akan datang jika ingin bersaing dengan negara-negara perindustrian yang lain. ATSB telah terlibat di dalam industri sains angkasa lepas sejak tahun 1997 dalam pelbagai program satelit seperti TiungSAT-1 dan RazakSAT, serta program-program yang lebih berbentuk penyelidikan. Ini termasuk CubeSAT dan InnoSAT yang membawa beberapa kajian saintifik dan eksperimen yang dibangunkan bersama beberapa universiti tempatan termasuklah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Malaysia Perlis (UniMaP). Di dalam keluaran siri ke-3 Kuiz Teknologi Satelit Utusan-ATSB yang lalu, kita telah menghuraikan informasi berkenaan CubeSAT dan InnoSAT, iaitu antara satelit bersaiz antara satu dan 10kg yang dikategorikan sebagai satelit piko. Pipit atau sebelum ini dikenali sebagai FemtoSAT ialah sebuah satelit kecil untuk mengendalikan misi angkasa lepas yang mudah dengan berat kurang daripada satu persepuluh kilogram. Program skala yang kecil merangkumi pembinaan sebuah satelit yang kecil dalam bentuk miniature educational satellite" atau miniature satelit pendidikan yang mempunyai objektif misi yang lengkap bagi sesebuah satelit di samping matlamat pembelajaran yang diterapkan secara bersepadu. Untuk itu, ATSB memperkenalkan satu pendekatan baru untuk sains dan teknologi di negara ini menerusi aspek pendekatan secara praktikal atau hands-on dari peringkat sekolah menengah lagi. Menerusi kaedah pembangunan dan pembelajaran satelit Pipit , pelajar sekolah menengah atau pelajar ijazah sarjana muda akan dapat melihat dan mendalami ilmu kejuruteraan dan teknologi yang terlibat dalam pembangunan satelit. Meskipun ia berskala kecil, asas pembangunan satelit adalah sama dan menjadi teras dalam memperkasakan teknologi angkasa lepas Malaysia menerusi proses pembelajaran yang menarik dan diterjemahkan secara interaktif. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehi semasa membangunkan satelit InnoSAT, ATSB secara inovatif membina satelit berskala yang lebih kecil dengan berat yang kurang daripada 150 gram serta saiz berukuran 1/8 daripada InnoSAT. Idea asal Pipit adalah untuk menggunakan fungsi-fungsi utama untuk InnoSAT yang diubahsuaikan kepada sistem satelit yang berskala lebih kecil seperti On-Board Computer (OBC), Subsistem Kuasa Elektrik (EPS), Komunikasi Frekuensi Radio (RF Comm.), Sistem Pengesanan Attitude (ADS), serta kamera optikal CMOS. Struktur badan satelit juga diperlukan untuk melindungi semua elektronik-elektronik semasa pelancaran dan operasi. Kelebihan paling ketara untuk satelit bersaiz kecil ini adalah kos pembikinan serta pelancaran ke angkasa lepas. Tidak seperti satelit konvensional lain yang memerlukan kenderaan pelancar sendiri, satelit-satelit kecil ini boleh menumpang pelbagai jenis roket pelancar untuk ke angkasa lepas. Kemampuan unik yang dimiliki oleh satelit Pipit menggunakan litar elektronik sedia ada atau off-the-shelf seperti mikropemprosesan pemancar/penerima frekuensi radio yang merupakan komponen-komponen yang sama digunakan dalam telefon pintar (smartphone), unit mobil Sistem penentu kedudukan global (GPS) (Global Positioning System) dan kamera digital. Ini kerana komponen- komponen elektronik masa kini adalah lebih berprestasi tinggi berbanding dengan teknologi sepuluh tahun yang lalu. Adalah diharapkan agar satelit Pipit dapat menjadi satu produk Malaysia yang diterima oleh sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang sains dan teknologi. |
Posted: 08 Aug 2012 06:43 PM PDT Dalam kita berlumba-lumba membeli pelbagai jenis gajet, mungkin kita terlupa dengan gajet-gajet berkaitan kehidupan seharian seorang Muslim. Sememangnya sukar gajet berkenaan untuk bersaing dengan gajet yang ada di pasaran tetapi dengan kelebihan tertentu tidak mustahil mendapat tempat di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Sepanjang Ramadan, sudah tentu ramai yang mengambil kesempatan bertadarus sambil memperbetulkan bacaan al-Quran beramai-ramai. Bagi mereka yang mengaji sendirian di rumah mungkin al-Quran digital dapat membantu mereka menyempurnakan bacaan. Justeru sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk digital muslim sejak 2002, Enmac Technology (M) Sdn. Bhd. tampil dengan kelainan tahun ini. Bermula 10 tahun lalu, Enmac telah mengeluarkan beberapa versi al-Quran digital untuk pengguna Islam. Pengarah Urusannya, Mohamed Azam Shah Aziz Mohammed berkata, walaupun terdapat banyak al-Quran digital di pasaran, pihaknya menawarkan kelainan dengan membolehkan pengguna mendengar bacaan ayat demi ayat. "Teknologi ini boleh dikatakan pertama di dunia," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pembelajaran ayat demi ayat amat berguna bagi mereka yang mahu membetulkan bacaan al-Quran. Mohamed Azam berkata, caranya amat mudah hanya dengan meletakkan hujung pen pada ayat di muka surat dalam al-Quran. "Kami menggunakan teknologi barkod yang biasa digunakan di pasar raya. "Menggunakan teknologi ini menyebabkan setiap muka surat al-Quran dicetak dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama muka surat al-Quran, lapisan kedua barkod dan ketiga laminasi," katanya. Apabila pen diletakkan di atas muka surat al-Quran, kamera yang terdapat di hujung membaca barkod dan menukarkannya dalam bentuk audio. Mohamed Azam berkata, segala operasi dilakukan di pejabatnya bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sehingga kepada perisian, reka bentuk muka surat, rakaman dan produk akhir. "Kami mempunyai segala kepakaran terutama pengaturcara komputer bagi membina semua perisian," katanya. Cuma cetakan saja dilakukan di luar kerana Enmac tidak mempunyai kemudahan untuk mencetak. "Pengguna tidak rugi melabur dalam gajet Muslim kerana My Qalam mempunyai banyak kelebihan," katanya. My Qalam, kata Mohamed Azam memberikan pengguna pilihan bacaan sembilan orang qari dengan tiga bahasa terjemahan yang boleh dipilih. Pembaca juga boleh menyemak bacaan dengan merakam suara mereka selain mengawal volum pada al-Quran dan pen. Pengguna tidak perlu gusar kerana naskhah al-Quran yang disertakan mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan disertai kelulusan lajnah ustaz yang menyemak semua bacaan di dalamnya. Pakej My Qalam mempunyai pen, pengecas, fon kepala dan satu kad indeks. Mereka yang berminat boleh melayari laman web www.enmac.my. |
Mesin maruku, laksa, putu mayam Posted: 08 Aug 2012 06:42 PM PDT JIKA minggu lepas, ruangan Inovasi Utusan Malaysia Bersama Zull Design Autotronic (ZDA) memaparkan kelebihan mesin membuat kuih samprit, siri ke-2 ini menemui pembaca dengan mesin membuat maruku, laksa dan putu mayam. Sambutan terhadap mesin kuih samprit amat menggalakkan, mungkin disebabkan ramai pengusaha ingin mencuba sebagai usahawan kuih menjelang Aidilfitri. Tidak mustahil mesin membuat maruku ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Pembaca boleh menghubungi ZDA menerusi laman web www.zulldesign.com.my atau hubungi 012-7332066, 03-6092 1928 dan faks 03-60914000. |
Posted: 08 Aug 2012 06:41 PM PDT PENGISYTIHARAN di bawah inisiatif Jaringan Global Geoparks Dunia (GGN) itu bermatlamat mempromosi, melindungi serta membangunkan wilayah atau lokasi alam semulajadi yang kaya dengan ciri geologi. Kesemua kawasan yang diisytiharkan termasuk 99 buah pulau dalam gugusan kepulauan Langkawi meliputi setiap tunggul batu yang kelihatan di permukaan laut, kawasan hutan belantara dan seluruh perkampungan di sana. Secara asasnya, geopark merujuk kepada kawasan yang mempunyai sejarah batu-batu menarik, kepelbagaian pembentukan batuan dan landskap semulajadi yang indah. Apa yang istimewa, ia mampu menjadi tarikan pelancongan baru kerana mengandungi nilai warisan cukup tinggi merangkumi produk biodiversiti seperti flora dan fauna yang wajar dipelihara. Penggemar aktiviti berunsurkan geopark ini biasanya terdiri daripada golongan penyelidik, ahli akademik dan individu yang terlibat secara langsung dalam kajian berteraskan alam semulajadi. Mereka cukup menghargai kualiti estetika dan keanehan yang terdapat pada produk geopark di samping mengaplikasi operasi kajiannya untuk tujuan pembangunan pendidikan dan saintifik di peringkat antarabangsa. Selain itu, melalui aktiviti rekreasi geopelancongan pula, ia bakal menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang lebih mapan dan secara tidak langsung meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat. Sehingga hari ini, sebanyak 88 buah geopark telah disenaraikan oleh UNESCO di 27 buah negara seluruh dunia. Bantu pembangunan Salah satu visi Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar (NRE) adalah untuk membangun serta melindungi sumber mineral dan geosains negara menjelang tahun 2020. Melengkapkan matlamat itu, NRE bersama beberapa agensi di bawahnya telah mengambil pelbagai langkah proaktif memelihara dan membina kawasan geopelancongan di sekitar Pulau Langkawi. Ahli Geologi di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Muhammad Muztadza Mazni memberitahu, ketika ini pihaknya sedang proses memeta kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan geopelancongan. ''Ia termasuk aktiviti kajian dan penyelidikan (R&D) secara berterusan bermatlamat memelihara sumber warisan geologi ini. ''Tidak cukup dengan itu, kita turut menggariskan beberapa peraturan dan penguatkuasaan berkaitannya bagi memastikan sumber ini dibangunkan dengan selamat, sistematik dan efisien,'' katanya. Muhammad Muztadza memberitahu lagi, dalam usaha merangka pembangunan kawasan geopark, JMG memberi fokus kepada tiga elemen utama. Ia termasuk pemulihan warisan menggunakan pendekatan inovatif, perkembangan ekonomi dan pembangunan komuniti. Untuk kawasan hutan di geopark pula, JMG akan menjalankan proses pemuliharaan dan integrasi landskap geologi secara lebih bersepadu. Dengan segala usaha berterusan itu, geopark bakal menjadi satu konsep pelancongan alternatif baru di Malaysia. Menerusinya, pelancong dapat melawat sejarah evolusi Malaysia yang berusia jutaan tahun selain golongan muda juga dapat mencedok sedikit ilmu daripada warisan tidak ternilai ini. |
Posted: 08 Aug 2012 06:40 PM PDT Kedudukan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak di pinggir Kuala Lumpur bagaikan satu tangki oksigen kepada penduduk bandar raya. Ini kerana kawasan seluas 515 hektar itu yang merupakan bekas lombong itu, berubah menjadi pusat penyelidikan perhutanan sejak tahun 1929 dan kini merupakan antara santuari tumbuhan hidup tertua dan terpenting dunia. FRIM akan kekal dan diingati selagi negara ini memiliki hutan. FRIM wajar berbangga kini memiliki sekitar 15 juta batang pokok daripada 2,500 spesies yang berlainan dan melindungi kira-kira 100 spesies tumbuhan terancam. Koleksi jutaan batang pokok itu disimpan dalam bentuk pokok hidup atau Arboretum yang menjadi ciri utama membentuk suasana damai FRIM, yang berperanan untuk kajian sains, pemeliharaan sumber genetik serta pameran. Kejayaan FRIM kini lebih daripada sekadar menjaga khazanah alam belantara kita atau bahasa kekayaan alam sekitar kini yang dipanggil biodiversiti. Daripada sekian banyak anugerah yang diterima oleh agensi tersebut yang kini diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) antara yang istimewa ialah Anugerah Sains Mahathir 2008 bagi kategori Sumber Semulajadi Tropika. FRIM juga mengorak langkah membawa misi kejayaan negara apabila pada April lalu, agensi tersebut menerima Anugerah Sains dan Teknologi Bank Pembangunan Islam (IDB) 2012 bagi Institusi yang telah mencapai kecemerlangan dari segi sumbangan saintifik atau teknologikal terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara anggota di Khartoum, Sudan, Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abd. Latif Mohmod, telah menerima hadiah plak, sijil pengiktirafan dan wang tunai berjumlah RM330,000 yang disampaikan oleh Presiden Republik Sudan, Omar Hassan Ahmed al-Bashir. Anugerah itu yang disampaikan sempena dengan Mesyuarat Lembaga Gabenor IDB yang ke-37 turut mengiktiraf kejayaan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang menerima bagi kategori Perbankan dan Kewangan Islam Sesungguhnya penerimaan anugerah ini adalah satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan pencapaian FRIM dalam menerajui bidang perhutanan, bioteknologi perhutanan, alam sekitar dan biodiversiti hutan serta sumbangannya kepada pembangunan sains dan teknologi dalam sektor perhutanan di Malaysia. Usaha FRIM untuk berkongsi teknologi dan hasil R&D dengan orang ramai melalui penerbitan artikel-artikel saintifik dan bukan saintifik; kejayaannya dalam pengkomersialan hasil R&D; serta penerimaan pelbagai anugerah dan pengiktirafan lain juga telah melayakkan FRIM untuk menerima anugerah ini. Institut juga memahat pengiktirafan apabila disenarai antara institusi penyelidikan terbaik dunia oleh Majlis Penyelidikan Kebangsaan Sepanyol, atau Consejo Superior de Investigaciones CientÃficas (CSIC). FRIM muncul antara institusi penyelidikan terbaik dunia apabila disenaraikan pada ranking 546 daripada 4,000 oleh CSIC. Menurut kajian CSIC itu, melalui laporan terkini yang dikeluarkan pada Januari tahun ini, kedudukan FRIM bertambah baik dari kedudukan 813 pada tahun lepas. Kajian CSIC itu dibuat dari beberapa aspek seperti penyelidikan oleh FRIM, serta artikel-artikel yang keluarkan FRIM. "Ini satu penghargaan kepada Malaysia. Dari segi penyelidikan hutan tidak banyak negara luar yang melakukannya selain daripada Malaysia," kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul Latif Mohmod. Menurutnya, Malaysia mengamalkan pemeliharaan hutan, dalam masa yang sama mengimbangi pemeliharaan tersebut melalui penyelidikan untuk memastikan keseimbangan alam sekitar. Mengulas mengenai pencapaian-pencapaian itu, Dr. Abdul Latif yang juga pakar dalam bidang rotan berkata, pihaknya sedang merangka agenda baru bagi untuk pembangunan akan datang dalam konteks perspektif perhutanan. Memberitahu wartawan Utusan, beliau berkata, FRIM menjadi akan menjadi institusi penyelidikan bertaraf apeks dan mampu mencapai sehingga ke peringkat Hadiah Nobel. "FRIM sekarang berada berada dalam kedudukan pertama sebagai institusi perhutanan tropika dunia. "Kerajaan perlu menyediakan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan wajar atas sensitiviti dan kepentingan isu perhutanan dunia, persekitaran dan perubahan iklim dalam semua aspek kehidupan,'' katanya. FRIM juga kata beliau, akan menjadi badan akreditasi untuk antarabangsa, menjana pendapatan melalui pengkomersialan dan pusat sehenti terutama pensijilan Eropah. Dengan rentetan pencapaian itu , FRIM baru-baru ini dipilih sebagai penerima Anugerah Badan Berkanun kategori Penyelidikan bagi tahun 2012 oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM). Anugerah tersebut disampaikan pada 23 Jun lalu pada Majlis Penyampaian Anugerah 2012 yang diadakan sempena Mesyuarat Agung PBBM yang ke-29 di Langkawi, Kedah. FRIM berjaya meraih anugerah tersebut atas dasar konsistensi pencapaiannya menerima anugerah-anugerah sains berprestij seperti Nikkei Asia Award, Anugerah Sains Mahathir, Anugerah Buku Negara, Malaysia Book of Record (MBR), serta Anugerah Bank Pembangunan Islam (IDB) bagi kategori Sains dan Teknologi. Kesemua anugerah tersebut diperoleh atas kecemerlangan sumbangan penyelidikan FRIM terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara. Baru-baru ini FRIM juga telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Dr. Abdul Latiff berkata, pencapaian FRIM bukannya sesuatu yang mudah serta merupakan tanda penghargaan dari PBBM ke atas usaha, nilai dan impak penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilaksanakan oleh FRIM. Persoalannya, mampukah FRIM menyahut cabaran untuk terus melangkah ke persada lebih tinggi atau mengekalkan kejayaan di masa-masa akan datang?" Anugerah ini turut mengiktiraf inisiatif FRIM menterjemah hasil R&D dalam bentuk buku-buku mewah mesra ilmu untuk dikongsi dengan awam dan berkepentingan. PBBM telah ditubuhkan pada 1984 untuk merapat dan memperkukuh kerjasama di antara ahli-ahli Persatuan dengan tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan Badan-badan Berkanun di Malaysia. |
Posted: 08 Aug 2012 06:40 PM PDT SAMPAH yang kita buang setiap hari hingga menyebabkan longkang tersumbat dan menjadi punca kepada banjir kilat sebenarnya memiliki nilai yang tinggi jika diproses semula. Pada zahirnya ia mungkin kelihatan tidak berguna, tetapi jika diproses dan dikitar semula ia boleh ditukar kepada sesuatu yang bermanfaat. Plastik contohnya, antara bahan yang paling banyak digunakan oleh masyarakat hari ini dan paling banyak dibuang. Jika diproses dan diasingkan semula bahan-bahan itu boleh dijual dan menghasilkan pendapatan. Tetapi untuk membolehkan sampah itu mempunyai nilai tertentu, ia perlu diasingkan terlebih dahulu. Menurut Pengarah Urusan Zull Design Autotronic Sdn. Bhd., Zulkifli Haron, jika bahan-bahan buangan tersebut dapat diasingkan dengan baik, seorang pengusaha tapak pelupusan sampah mampu memperoleh keuntungan RM15,000 hingga RM20,000 sebulan. "Hari ini sampah tidak diasingkan secara sistematik bermula daripada rumah lagi dan yang diproses hanya sedikit berbanding yang dibuang. "Apabila tiba ditapak pelupusan sampah ia perlu diasingkan secara manual menggunakan tangan dan memakan masa yang panjang. "Ia juga tidak praktikal bagi longgokan sampah yang bertan-tan banyaknya," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Sungai Buloh baru-baru ini. Menyedari masalah tersebut, Zulkifli yang terkenal dengan pelbagai idea dan inovasi telah mencipta sebuah mesin pengisar gergasi yang mampu 'mengunyah' segala sampah dan mengasingkannya. Sebutkan sahaja apa jua jenis sampah di tapak pelupusan sampah bermula daripada plastik, logam, kaca, kertas mahupun bahan buangan organik semuanya boleh diguna pakai semula. "Mesin yang dicipta ini bukan sahaja mampu memproses sampah yang baru, malah boleh memproses bahan buangan yang telah bertahun-tahun terperap di tapak pelupusan sampah," ujarnya. Tambahnya, sampah yang telah terperap begitu lama sering menimbulkan masalah kerana ia sukar untuk diasingkan di samping tiada siapa yang mempedulikannya. Di kenali sebagai Domestic Tromel, ia mampu mengasingkan bahan buangan seperti plastik, logam, kertas, kayu dan bahan-bahan organik pada satu masa. Terdiri daripada tiga bahagian iaitu loader yang berfungsi sebagai pintu masuk bagi sampah atau 'mulut' Domestic Tromel. Kemudian bahagian badan yang bergerigi logam tajam bagi mengisar, mencarik dan menceraikan sampah lama yang telah bergumpal bersama bahan-bahan organik dan tanah. Terakhir adalah conveyer, bahagian yang bertanggungjawab mengasingkan sampah mengikut saiz dan jenis. Setelah diasingkan oleh conveyer, pekerja tapak pelupusan sampah hanya perlu mengutip bahan-bahan tersebut sebelum dijual untuk diproses. Semua bahagian sampah yang telah diproses boleh dijual atau diguna semula termasuklah sisa buangan organik yang mana boleh dijadikan baja. Jelas Zulkifli lagi, Domestic Tromel sengaja dicipta bersaiz besar untuk memenuhi kapasiti memproses sampah yang banyak di tapak pelupusan sampah. Dibina dengan panjang minimum 15 kaki dan boleh mencecah sehingga 30 kaki ia merupakan satu-satunya mesin mengasing sampah yang dihasilkan oleh anak jati tempatan. Bagi set domestik, ia boleh dibina sehingga panjangnya mencecah 80 kaki dan mampu memproses satu tan sampah dalam masa satu jam dan mampu memproses 10 tan sampah sehari. Ubah suai Mesin tersebut juga dibina daripada bahan yang tahan lasak, mudah diperbaiki dan hanya seberat dua tan yang mana ia boleh dialihkan dengan mudah. Selain digunakan di tapak pelupusan sampah, ia juga boleh diletakkan berdekatan kawasan perumahan, pasar-pasar basah bagi memproses sampah dengan lebih cepat tanpa perlu dihantar ke tapak pelupusan sampah. Dalam pada itu, ia juga boleh diubah suai untuk memproses pasir, batu-batu dan bahan buangan daripada tapak pembinaan. Sememangnya diluar negara terdapat mesin yang menggunakan konsep yang sama, namun ia lebih besar dan mahal. Bagi Zulkifli, bukan keuntungan yang dicari dengan mencipta mesin tersebut, tetapi lebih kepada memberi jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi oleh tapak pelupusan sampah yang menerima sampah terlalu banyak hari demi hari. Sehingga kini sudah dua set Domestic Tromel sedang digunakan dan Zull Design Autotronic Sdn. Bhd. sedia menerima tempahan daripada mereka yang berminat. Malah salah satunya telah dipasang di tapak pelupusan sampah di Bukit Beruntung, Selangor untuk tujuan ujian. Ujar Zulkifli lagi, harga adalah bergantung kepada saiz dan spesifikasi mesin yang dikehendaki pelanggan dan ia tidak melebihi RM50,000 bagi satu set. Berbanding dengan mesin yang sedia ada dari luar negara kadang kala mampu mencecah jutaan ringgit. Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat tambahan boleh melayari laman web Zull Design Autotronic di www.zulldesign.com.my. |
Posted: 08 Aug 2012 06:36 PM PDT Angkasa lepas merupakan satu bidang yang begitu dikagumi oleh semua golongan manusia kerana misterinya yang masih luas untuk diterokai. Negara-negara maju seperti Rusia dan Amerika Syarikat adalah antara yang terawal meneroka dan memanfaatkan teknologi dan aplikasi dari angkasa lepas. Malaysia turut tidak melepaskan peluang ini dengan bidang angkasa lepas bukanlah suatu yang baru di negara ini . Namun ia kurang dikenali seperti bidang-bidang lain seperti telekomunikasi, minyak dan gas, aeronautikal, teknologi maklumat, bioteknologi dan lain-lain. Minat masyarakat kepada angkasa lepas hanya mula diberi penekanan semasa Malaysia melahirkan Angkasawan Malaysia menerusi Program Angkasa wan Negara (PAN). Bermula daripada situ, ramai anak muda Malaysia bercita-cita tinggi untuk mencapai sesuatu yang sebelum ini dianggap mustahil. Antara cabang bidang angkasa lepas yang masih belum didukung sepenuhnya oleh masyarakat adalah teknologi satelit. Sebelum melahirkan angkasawan pertamanya, Malaysia telah mempunyai satelit-satelitnya sendiri iaitu TiungSAT-1, Measat dan RazakSAT®. Ramai rakyat Malaysia secara sedar atau tidak menggunakan aplikasi teknologi satelit seperti telekomunikasi, sistem penentu kedudukan global (GPS) dan penyiaran. Tidak ramai yang tahu bahawa sudah ada anak-anak Malaysia yang berpengetahuan dan melibatkan diri dalam kerja-kerja pembangunan satelit. Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB) yang ditubuhkan pada tahun 1997 sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan diseliakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diberikan mandat oleh kerajaan untuk membangunkan bidang teknologi angkasa lepas dan satelit. Kedua-duanya menawarkan peluang pekerjaan untuk anak tempatan agar bidang ini terus membangun dan berpotensi untuk mempelopori bidang ini setanding dengan negara maju. Kesemua faktor ini perlu diambil kira bagi mana-mana jurutera dan penganalisis misi yang terlibat dalam projek pembangunan satelit. Memandangkan sistem satelit adalah kompleks dan terdiri daripada pelbagai komponen, kerja-kerja pembangunan memerlukan tenaga yang mahir, pakar dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang. Bagi mereka yang mempunyai minat dalam bidang angkasa dan satelit boleh mencuba menerokai bidang yang mencabar ini. Sebagai permulaan, jurutera dan penganalisa misi satelit tersebut perlu mempunyai salah satu latar belakang bidang kejuruteraan seperti berikut: * Kejuruteraan Elektrikal * Kejuruteraan Elektronik * Kejuruteraan Mekanikal * Kejuruteraan Aeroangkasa/Aeronautik * Kejuruteraan Komunikasi * Kejuruteraan Komputer/Sains Komputer * Kejuruteraan Perisian * Fizik / Matematik Di ATSB, graduan yang ingin menceburi bidang angkasa lepas dan teknologi satelit memulakan kerjayanya sebagai jurutera terlebih dahulu. Setelah menerima pengalaman serta mahir dalam bidang yang diceburi, jurutera tersebut berpeluang untuk menjadi seorang Jurutera Kanan 2 dan seterusnya dinaikkan pangkat ke jawatan Jurutera Kanan 1 setelah menunjukkan prestasi yang baik dan konsisten. Selain minat yang mendalam dalam bidang angkasa dan teknologi satelit, seseorang yang bakal menjadi jurutera dan penganalisa misi satelit perlu mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi dan boleh menjalani kerja-kerja teknikal yang rumit dan melibatkan kerja-kerja di makmal sehingga berbulan lamanya. Ini kerana projek pembangunan satelit akan mengambil masa yang panjang di antara tiga hingga tujuh sebelum satelit tersebut dilancarkan ke angkasa lepas. Kerja pembangunan juga mencabar dimana kitaran prosesnya termasuk reka bentuk, analisis, pembangunan, integrasi dan ujian. Kesemua proses ini akan berulang sehingga sistem satelit itu berfungsi sepenuhnya dan seterusnya bersedia untuk dilancarkan. Berkat kesabaran, ketekunan dan minat yang jitu, kepuasan akan dikecapi oleh seseorang jurutera tersebut tatkala menyaksikan satelit berjaya dilancarkan ke ruang angkasa dan mula beroperasi pada kali pertamanya. Beberapa institusi pengajian tinggi di negara ini menawarkan kursus-kursus kejuruteraan yang membolehkan seseorang untuk menimba ilmu pengetahuan sebagai persediaan untuk bergelar sebagai jurutera atau penganalisis satelit. Terdapat beberapa universiti tempatan yang menawarkan bidang khusus dalam aeroangkasa dan teknologi angkasa atau satelit seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan lain-lain lagi. Ketika ini pelbagai bentuk program dan sokongan kerajaan diperoleh untuk mendukung usaha menarik minat pelajar terutama di peringkat sekolah lagi. Ini kerana pendedahan awal mampu memupuk jati diri, pemahaman dan minda pelajar agar lebih cenderung kepada bidang sains dan teknologi secara amnya dan angkasa lepas dan satelit teknologi secara khusus. Sebagai contoh, semasa merasmikan Program Angkasawan Negara ke-4 pada tahun lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili telah berkongsi pengalaman Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA) melalui program pendidikan dan penyelidikan yang dinamakan program Space Seed atau Space Seeds for Asian Future 2010-2011. Program ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan radiasi dan persekitaran dan mikrograviti kepada biji benih cili tempatan yang telah dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama tiga bulan. Biji benih tersebut sedang menjalani ujian pemantauan percambahan di tapak semaian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang dan dipercayai biji benih tersebut lebih tahan kepada penyakit. Menerusi program yang sama, Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Fadillah Yusof, juga memaklumkan bahawa biji benih tersebut bersama dengan biji benih kawalan yang tidak dibawa ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) telah diberikan kepada pelajar sekolah sebagai eksperimen sains untuk kajian dan penghasilan diperoleh daripada kedua-dua jenis biji benih ini. Dalam pada itu, Euroconsult iaitu sebuah firma perbankan pelaburan bebas serta analisis dalam penyelidikan pasaran pada Mac 2012 telah menyatakan bahawa Malaysia masih mendahului berbanding negara-negara lain di rantau Asia Tenggara dalam bidang teknologi satelit. Namun sekiranya usaha Malaysia tiada kesinambungan, tidak mustahil negara lain seperti Indonesia dan Thailand bakal mendahului negara ini pada masa akan datang. |
Posted: 08 Aug 2012 06:34 PM PDT BIARPUN kehamilan merupakan idaman setiap wanita, namun wanita harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil terutamanya pada bulan Ramadan. Tambahan, wanita hamil di bulan Ramadan memerlukan penjagaan dan pengambilan makanan secara teratur kerana amalan berpuasa dapat mengurangkan tenaga pada badan. Badan yang lemah akibat berpuasa bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan pada ibu tetapi bayi dalam kandungan juga akan turut mendapat implikasinya. Disebabkan oleh pelbagai faktor tertentu, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari kemungkinan menghidap pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan. Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Ng Ah See berkata, ibu yang mengandung dalam tempoh tiga bulan pertama memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi terutamanya di bulan Ramadan. "Tempoh tiga bulan pertama adalah waktu kritikal bagi bayi kerana berlaku pertumbuhan yang cepat pada bahagia organ mereka. "Ibu yang berada dalam keadaan ini perlu merancang pengambilan makanan yang sihat. Ia bermula dengan pengambilan sarapan dan makanan dalam kuantiti yang kerap setiap hari," katanya. Katanya, apabila berpuasa akan berlaku peningkatan kadar ketone dalam darah menyebabkan risiko berlaku kekurangan tenaga dalam badan. "Akibat berlaku peningkatan kadar ketone dalam darah, ramai wanita yang mengandung dalam tempoh tiga bulan akan mengalami loya dan muntah, pening, pitam dan sentiasa berasa letih. "Jika berlaku keadaan seperti ini, mereka digalakkan mengambil makanan tambahan yang mempunyai asid folik supaya kekal bertenaga dan boleh meneruskan puasa seperti biasa," kata Dr. Ng. Katanya, akibat buruk jika kesihatan dan pengambilan makanan tidak dijaga akan menyebabkan berlaku komplikasi kepada bayi dalam kandungan. "Bayi akan lahir sebagai bayi pramatang, beratnya lebih ringan, dan akan mengalami masalah pertumbuhan ketika proses tumbesaran berlaku. "Selain itu pergerakan anak akan berkurangan dan ibu akan berasa sakit pada bahagian rahim akibat berlaku pengecutan selain sakit kepala dan juga demam," katanya. Beliau berkata, terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti oleh ibu yang mengandung ketika berpuasa. "Mereka dinasihatkan berjumpa doktor pada peringkat awal untuk memastikan tiada penyakit seperti diabetes, tekanan darah rendah ataupun masalah gastrik. "Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang yang berat kerana bebanan yang berat ditakuti akan berlaku kecederaan pada kandungan. "Mereka juga perlu mengelakkan melakukan aktiviti yang akan menyebabkan badan berasa panas. Keadaan ini boleh menyebabkan badan terhidrat dengan cepat dan membahayakan kesihatan bayi," kata Dr. Ng. Menurut beliau, pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat ketika berbuka dan juga bersahur akan membantu ibu mendapat tenaga secukupnya di siang hari. "Banyakkan pengambilan sayuran dan buahan selain memilih makanan yang boleh menyimpan banyak tenaga seperti kurma, kacang dan bijirin. "Utamakan makanan berkarbohidrat yang mudah dihadam dan mengurangkan makanan yang mempunyai banyak lemak. Ketika berbuka juga digalakkan meminum banyak air dan juga jus buahan segar," katanya. Ujarnya, minuman berkafein seperti teh dan kopi tidak digalakkan untuk untuk ibu yang sedang mengandung ketika berpuasa. "Seeloknya, gantikan minuman tersebut dengan milo dan minuman yang berperisa coklat ataupun minuman buah-buahan," kata Dr. Ng. |
Posted: 08 Aug 2012 06:33 PM PDT SELALUNYA pada umur yang muda, usia banyak dihabiskan dengan menimba ilmu. Sementara masa senggang diisi dengan minum teh dan lepak bersama rakan-rakan atau berhibur. Tetapi tidak bagi Zulkifli Awang, 33, yang sejak awal 20-an sudah membanting tulang di bendang di kampungnya di Machang Kelantan. Dia ketika itu mula berjinak-jinak dengan penanaman padi, memandangkan persekitaran kampungnya merupakan kawasan bendang. Zulkifli yang berkongsi mengenai kepayahan yang terpaksa dilaluinya kerana tidak berpelajaran tinggi memberitahu, dia tidak menyesal terlibat dalam pertanian meskipun terpaksa membanting tulang empat kerat pada usia muda. ''Saya pada mulanya hanya menyambung usaha menanam padi seluas empat hektar milik arwah ayah saya di kampung," ujarnya yang berasal dari Kampung Bukit Tiu, Machang, Kelantan. Dengan hanya mempunyai kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) , Zulkifli mengaku dia tidak tahu apa hendak dilakukannya. ''Saya malas hendak menyambung pelajaran ketika itu dan akhirnya membantu ayah," ujarnya ketika di temui di tapak projek penanaman padi di Kelaweh, Machang. Beliau ditemui pada program lawatan pegawai - pegawai Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang turut disertai Utusan Malaysia di Machang baru-baru ini. Sambil merenung jauh melihat mesin memotong padi sedang menyempurnakan kerja-kerja di salah satu pekat sawah di situ, Zulkifli berkata, dia masih teringat peritnya membantu ayah mengusahakan tanaman padi tanpa menggunakan mesin. Penggunaan kerbau untuk membajak tanah satu ketika dulu menjadi amalan penduduk kampung berkenaan. Dia yang berkahwin pada 2000 dan kini memiliki seorang anak juga tidak lupa kata-kata bapa mertuanya yang tidak begitu yakin dengan usahanya menanam padi. ''Bapa mertua saya pernah menyatakan begitu sedangkan pada hari ini dia sendiri mengusahakan 20 hektar kawasan padi," ujarnya sambil tersenyum. Usaha tanpa jemu akhirnya menampakkan sinar kejayaan apabila semakin lama projek penanam padi khususnya varieti MRQ 74 yang pada mulanya sekadar membantu bapanya kini semakin maju. Zulkifli selepas itu tidak menoleh ke belakang lagi apabila projek yang pada mulanya memanfaatkan varieti padi hasil penyelidikan MARDI yang ditanam sejak 2000 seperti MR219 dan MR220 beralih kepada varieti baru. Sejak beberapa tahun lepas, dia telah beralih kepada varieti MRQ 74 iaitu padi wangi dan menambah keluasan tanaman kepada kira-kira 41 hektar ketika ini menerusi pajakan daripada pemilik. Kejayaan Zulkifli juga wajar menjadi teladan kerana setakat berbekalkan sijil PMR dan beberapa sijil kursus mengendalikan jentera, tidak banyak mampu dilakukan untuk mengubah nasib hidup. Namun ketika ini, dia memiliki beberapa jentera seperti pembajak, jentera penuai dan beberapa buah lori serta 25 orang pekerja. Ini tidak termasuk kenderaan sendiri hasil titik peluh nya selama lebih sedekad penanam padi. Terbaru , dia mampu memperoleh 125 tan padi dengan kawasan 26 hektar selepas dituai daripada keseluruhan kawasan penanaman yang dimilikinya ketika ini. Lebih menggembirakan dalam catatan kejayaannya, Zulkifli juga terlibat dalam penanaman tembikai seluas 4.8 hektar berhampiran dengan Kompleks Penjara Machang. Maswangi Sementara itu menurut penyelidik padi di MARDI, Datuk Dr. Othman Omar, varieti yang banyak ditanam di situ adalah jenis MRQ 74 atau padi Maswangi. Beliau berkata, ia sebahagian daripada Projek Peningkatan Pengeluaran Padi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang melibatkan tiga Entry Point Project (EPP) iaitu EPP 9, EPP 10 dan EPP 11. ''Projek di Machang ini ialah di bawah EPP 9 yang melibatkan pengeluaran beras wangi di luar kawasan jelapang,'' ujarnya. Menurut Dr. Othman, projek EPP 9 tersebut melibatkan beberapa negeri termasuk Kelantan, Pahang, Melaka dan Langkawi di Kedah. ''Projek ini digerakkan menerusi peruntukan daripada PEMANDU. "Kaedahnya ialah melalui penanaman secara kontrak kepada syarikat peneraju dan diusaha sendiri oleh syarikat peneraju melalui sewa tanah terbiar daripada tuan tuan tanah yang tidak lagi mampu mengusaha sawah mereka," kata beliau. Katanya, PEMANDU memberi peruntukan kepada syarikat peneraju untuk pulih tanah atau sawah terbiar. ''Di Kelaweh, ia melibatkan penanam kontrak oleh pengusaha dan musim pertama ini melibatkan 40 hektar," ujarnya. Syarikat peneraju menandatangani satu kontrak dengan pengusaha yang menentukan harga belian dan lain lain terma. Menurut Dr. Othman, kawasan 40 hektar itu asalnya adalah tanah atau sawah terbiar yang disewa oleh pengusaha. Berdasarkan purata seorang pemilik sawah memiliki satu hektar, dengan adanya projek ini, sekurang-kurangnya 25 pemilik sawah mendapat manfaat. Terdapat kawasan lain yang disewa terus oleh syarikat peneraju yang mana bilangan petani yang mendapat manfaat adalah ramai, bergantung kepada keluasan tapak. Selalunya persetujuan penyewaan dibuat melalui PPK atau menerusi perbincangan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kebanyakan penanam padi MRQ 74 di Kelantan adalah penanam kontrak dengan jumlah keluasan melibatkan 132 hektar Sementara itu, beberapa negeri lain juga di kenal pasti terlibat dengan projek tersebut masing - masing 48 hektar di Pahang, 40 hektar di Melaka dan 60 hektar di Langkawi. |
Posted: 08 Aug 2012 06:30 PM PDT ANDA mungkin biasa terluka atau cedera akibat kemalangan jalan raya , ketika bermain acara sukan atau menyertai aktiviti lasak atau kesan luka akibat pembedahan. Biasanya anda terus ke klinik mendapatkan rawatan atau segelintir lagi hanya mencuba ubat-ubatan tradisional seperti herba dan sebagainya. Bagi sesetengah luka, kesan parut tidak akan hilang dan meninggalkan kesan yang agak kurang menyenangkan. Namun begitu, terdapat jenama ubat luka tertentu yang didakwa berkeupayaan mengurangkan kesan parut tetapi ia bergantung kepada jenis ubat yang digunakan. Masalah parut tersebut boleh menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada individu tersebut, dan perasaan malu serta rendah diri seringkali menyelubungi diri mereka. Bagaimanapun, hasil kajian dua penyelidik Institut Bioteknologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu sepatutnya boleh memberi khabar gembira dengan penemuan mereka menghasilkan hidrogel untuk merawat luka, Scalogel. Menurut Ketua Penyelidik, Prof. Dr. Mohd. Effendy Ab Wahid, bahan atau hidrogel penyembuh luka tersebut dihasilkan menggunakan chitosan sebagai bahan asas. Penyelidikan yang dijalankan bersama penyelidik Thirukanthan Chandra Segaran sejak dua tahun lalu menghasilkan prototaip Scalogel yang kini sedia untuk dipasarkan dalam bentuk gel. Ia mampu membantu mengembalikan struktur morfologi kulit melalui pembentukan kolagen. Kajian itu dibiayai melalui lebihan peruntukan kajian kuda laut yang disumbangkan oleh Johor Biotech Corp. Katanya, chitosan merupakan bahan semula jadi biopolimer yang dihasilkan daripada chitin, komponen utama dalam organisme krustasea seperti udang, ketam dan belangkas. Selain itu ia juga boleh diperoleh daripada sisik ikan seperti kerapu atau arowana. "Bahan tersebut dikenali dalam bidang pengurusan luka dengan adanya bahan semula jadi yang bersifat mudah melekap dan hemostatik ( menghentikan pendarahan) yang penting dalam memastikan perdarahan dapat diminimumkan. Bahan hidrogel juga memberikan sekitaran yang lembap dan menggalakkan proses penyembuhan berlaku dengan kondusif. Ini kerana sewaktu luka, proses jangkitan yang berlaku akan menyebabkan cecair eksudatif keluar daripada saluran darah ke kawasan luka dan tisu-tisu sekitarnya. Tekanan ke atas saraf sekitar yang diakibatkan oleh pengumpulan cecair eksudatif (cairan yang keluar daripada saluran darah akibat pengembangan salur) merupakan punca kesakitan pada luka tersebut. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya luka tersebut dicemari dengan kehadiran bakteria. "Kemampuan hidrogel untuk menampung cecair melalui tindakan penyerapannya membantu mempercepatkan pengecutan luka, seterusnya mengurangkan jurang antara luka, dan membantu mengurangkan pembentukan parut. "Bahan asas yang digunakan juga tidak beracun dan tidak menunjukkan kesan-kesan sampingan serta mesra alam". "Bahan asas hidrogel ini menunjukkan ia bersifat antibakteria bergram positif antaranya Staphylococcus aureus, Bacillus sp. dan Streptococcus sp yang seringkali ditemui pada kawasan permukaan kulit. "Selain itu, hidrogel yang dihasilkan juga menggalakkan proses penyembuhan luka berlaku lebih dengan pantas," kata Dr.Mohd Effendy. Bahan chitin yang diperolehi daripada sisik ikan tilapia diproses secara berperingkat sehingga pembentukan chitosan dan akhirnya Scalogel. Ia hanya perlu disapu pada luka dan menunjukkan tindak balas penyembuhan dalam masa yang lebih singkat daripada produk seumpamanya di pasaran. Dengan kejayaan tersebut, beliau yakin ia membantu mengatasi masalah luka dan mengelakkan parut kekal pada badan. "Oleh kerana hidrogel merupakan polimer yang bersifat lentur, ia boleh digunakan untuk merawat luka pada kawasan yang banyak menggunakan pergerakan seperti sendi, pelipat siku, lutut dan sebagainya kerana kuasa melekapnya yang tinggi," jelasnya. Disebabkan saiznya partikel bahan chitin yang digunakan adalah 5kDa, ia mampu menembusi liang-liang pada permukaan kulit. Ini menjadikan ia sesuai digunakan sebagai bahan placebo (bahan asas yang boleh dicampurkan dengan ubat untuk kegunaan industri farmaseutikal. Sifat hidrogel yang mudah mengering dengan ciri-ciri antibakteria membolehkan ia digunakan sebagai bahan topeng untuk produk penjagaan kulit wajah. Pihaknya kini sedang menunggu syarikat yang berkemampuan dan berminat untuk mengkomersialkannya. Mereka yang berminat boleh menghubungi beliau menerusi e-mel effendy@umt.edu.my atau mohdeffendy2010@gmail.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. |
Posted: 08 Aug 2012 06:01 PM PDT PERCUTIAN sempena musim bunga atau Hari Easter memang dinantikan oleh kami, pelajar yang menuntut di luar negara. Ini kerana, faktor suhu yang sederhana, cuaca cerah, pemandangan indah serta waktu siang lebih panjang menjadikan cuti musim bunga paling ideal untuk makan angin di sekitar Eropah. Namun begitu, kami masih buntu memilih destinasi memandangkan kota-kota idaman Eropah seperti London, Paris, Rom dan Berlin telah dikunjungi. Inginkan kelainan, kami memilih salah sebuah negara Balkan di sekitar kawasan tenggara Eropah iaitu Croatia. Lokasi yang menarik perhatian kami adalah kota Dubrovnik, terletak di selatan Croatia dan menghadap Laut Adriatik yang menjadi pemisah antara Croatia dan Itali. Kota Dubrovnik atau nama kunonya, Ragusa menyimpan pelbagai fakta sejarah, malah tersenarai sebagai salah sebuah Taman Warisan Dunia UNESCO. Walaupun harga tiket kapal terbang untuk pergi dan balik hampir mencecah RM1,200 (300 Euro), kami pejamkan mata kerana kota Dubrovnik sangat indah dan jarang sekali kami berpeluang bercuti di pantai Eropah. Penerbangan mengambil masa hampir enam jam setelah transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Munich selama tiga jam, tidak terasa setelah berpeluang menjejakkan kaki di kota lama Dubrovnik. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubrovnik, kami memilih menaiki bas yang disediakan untuk ke apartmen yang telah kami sewa. Mulanya kami amat gusar dan berkira-kira untuk ke Dubrovnik, Croatia mendengarkan cakap-cakap sesetengah pihak. Antaranya, penduduk Croatia tidak fasih berbahasa Inggeris dan pasti sukar untuk berkomunikasi. Bukan itu sahaja, disebabkan kami semua perempuan Muslim, mungkin menyukarkan proses kemasukan di pintu imigresen, juga isu keselamatan kami sepanjang berada di sana. Tetapi sangkaan kami meleset sebaik sahaja tiba di sana. Sewaktu berlegar-legar di kaki lima jalan sambil membelek peta mencari apartmen yang kami sewa, seorang wanita separuh umur yang sedang menyidai jemurannya di beranda menegur saya. Hasil bantuan makcik ini, kami berjaya menemui Dubrovnik Apartment Kovacec yang menjadi tempat tinggal kami selama tiga malam. Pemiliknya, Mr. Felix menyambut kedatangan kami dengan minuman dan sedia membantu sepanjang kami di sana. Hari pertama kami habiskan dengan melawat tempat pelancongan utama seperti pantai Banje, kereta kabel Dubrovnik, Old Town, Old Harbour dan City Wall. Seni bina lama Eropah terutama sewaktu zaman Renaissance terukir indah di setiap bangunan di dalam Old Town yang dikelilingi City Wall sepanjang dua kilometer (km). Makanan lautSelain air laut yang jernih dan pasir pantai memutih, apa yang menyebabkan kami ingin kembali ke Dubrovnik adalah hidangan makanan laut yang boleh didapati di mana-mana restoran di kawasan Old Town. Sejujurnya, kami agak skeptikal terhadap restoran makanan lautnya kerana masyarakat Eropah mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan makanan laut dan memang tidak kena dengan tekak Melayu kita. Namun, sewaktu kami berlegar-legar di sekitar Old Town mencari restoran sesuai, kami terhidu seakan-akan bau tomyam. Apa lagi, kamu terus mencari tempat duduk dan mengambil keputusan makan di situ. Antara hidangan yang menjadi pilihan, seafood risotto, sotong bakar dan goreng tepung serta fish platter untuk empat orang. Makanannya amat menepati cita rasa kami, walaupun tidak seenak ikan bakar cicah air asam di Malaysia. Ais krim gelato juga boleh di didapati di dalam kawasan Old Town memandangkan suhu yang agak sederhana antara 18 hingga 25 darjah Celcius, kedai aiskrim menjadi tumpuan pelancong. Pelbagai pilihan perisa ditawarkan antaranya Ferrero Rocher, Oreo, dan Chocolate Macadamia. Hari kedua, kami mengikuti pakej bot persiaran yang mengelilingi tiga pulau iaitu Pulau Lopud, Sipan dan Lokrum. Kami bertolak dari jeti Old Harbour lebih kurang pukul 10.30 pagi dan dibawa mengelilingi kawasan pulau berdekatan. Makan tengah hari disediakan dan kami berpeluang bersiar-siar di kawasan sekitar pulau selama satu hingga dua jam dan pulang semula pada pukul 5 petang. Satu insiden menarik di Pulau Lopud, iaitu pulau terakhir yang kami lawati apabila salah seorang penumpang kehilangan dompetnya. Laporan dibuat dan kami terpaksa berlabuh sementara menunggu tindakan pihak berkuasa. Lebih kurang setengah jam, bot kami didatangi seorang lelaki pertengahan umur sambil membawa dompet penumpang tadi. Dompet tersebut dijumpai di atas tembok dan lelaki tersebut mengenal pasti pemiliknya berdasarkan kad pengenalan diri dan resit pembayaran pakej bot persiaran tersebut yang tertera nama bot tersebut. Hal ini membuka mata kami kerana bukan mudah untuk melihat situasi sebegini di Malaysia apatah lagi melibatkan pelancong. Berat hati kami meninggalkan kota bersejarah ini yang menyimpan 1,001 kenangan manis. Kami berjanji untuk kembali semula ke Croatia jika kelapangan untuk melawat bukan sahaja Dubrovnik, malah Taman Negara Plitvice dan ibu kotanya Zagreb. |
Kelas tersendiri ML350 generasi ketiga Posted: 08 Aug 2012 06:00 PM PDT Memiliki kenderaan utiliti sukan (SUV) dilihat masih belum menjadi trend di kalangan pengguna tempatan berbanding mereka yang memiliki kereta sedan. Dengan saiz lebih besar serta harganya yang lebih mahal merupakan antara punca mengapa SUV kurang diminati di sini. Walaupun jumlahnya di atas jalan raya kurang berbanding kereta sedan namun SUV mempunyai peminatnya sendiri. Sehubungan itu, ia tidak menghalang Mercedes untuk sekali lagi mempertaruhkan SUV atau M-Class generasi ketiga, Mercedes-Benz ML350 4Matic BlueEfficiency (kod W166) ke negara ini. Penulis yang berpeluang memandu SUV ini merasakan sangat selesa dipandu dan tidak begitu berat walaupun bersaiz besar. Apa yang menarik tentang model M-Class yang akan memasuki pasaran Malaysia bulan ini ialah ia memberi penekanan terhadap teknologi berkaitan keselamatan dan keselesaan penumpang. Paling ketara, SUV generasi ketiga ini menampilkan stereng elektronik berdasarkan pemanduan semasa yang menyaksikan gegaran di stereng sebagai tanda amaran ketika kenderaan yang dipandu penulis berada di luar garisan pemanduan. Malah kenderaan ini stabil dan seimbang semasa berada di selekoh tajam dan ini sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan kepada pemandu terhadap keupayaan SUV ini ketika mengambil selekoh tajam Kenderaan yang turut dilengkapi dengan teknologi yang boleh disesuaikan dengan laluan off-road (jalan tidak bertar) dengan menampilkan teknologi kelajuan penurunan bukit (DSR) turut memudahkan pemandu mengawalnya Bagaimanapun, reka bentuk luarannya sedikit membosankan dan tidak banyak beza berbanding generasi pertama dan kedua. Namun, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan model M-Class sejak 1997, mereka dapat mencari perbezaan iaitu generasi ketiga dilihat lebih sporty terutama pada lampu hadapan dan bahagian belakang. Apabila berada di dalamnya, jelas SUV ini berada di dalam kelas tersendiri yang mengenengahkan ciri-ciri mewah dengan tempat duduk, sebahagian pintu dan stereng disaluti kemasan kulit. Malah, pemandu boleh membuka bumbung panorama untuk menikmati tiupan udara segar ketika memandu. ML350 4Matic BlueEfficiency yang dipacu oleh transmisi automatik 7G-Tronic Plus tujuh kelajuan itu membolehkan SUV ini melakukan pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 7.6 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 235 km/j. Manakala penggunaan petrol pada kadar 8.8 liter untuk 100 kilometer dianggap munasabah berdasarkan jenis kenderaan dan saiznya. Menurut Mercedes, model ini dikatakan dapat melakukan penjimatan sehingga 25 peratus penggunaan petrol berbanding generasi sebelumnya. Apabila kenderaan besar, sudah pasti butnya juga besar dan dengan keluasan 690 liter pemiliknya tidak menghadapi untuk mengisi beg dan barangan lain untuk dibawa pulang ke kampung. Malah tempatan penyimpanan barang itu boleh diperbesarkan lagi sehingga 2,010 liter dengan melipatkan tempat duduk belakang. Selain itu, tempat duduknya juga agak luas khususnya bagi penumpang Asia (ketinggian purata di bawah 180 sentimeter) sudah cukup selesa sama ada di bahagian belakang atau hadapan. Keluasan bagi penduduk belakang membolehkan penumpang menyilang kaki. Seperti kenderaan mewah yang lain, ML350 4Matic BlueEfficiency dilengkapi dengan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), bantuan video mengundurkan kereta serta dilengkapi lapan beg udara. Setelah meneliti daripada pelbagai aspek, mungkin mereka yang memandu kereta sedan yang inginkan perubahan pemanduan, inilah masanya meneliti semula sama ada ingin terus memandu kereta sedan atau beralih ke SUV. Berdasarkan rekod, hampir 450 buah generasi pertama dan kedua model M-Class terjual di pasaran tempatan sejak diperkenalkan lebih 10 tahun lalu. Namun ia tidak menjejaskan keyakinan Mercedes untuk terus memperkenalkan M-Class ke sini. Bagi peminat SUV, sudah pasti pengenalan ML350 4Matic BlueEfficiency hujung bulan ini amat ditunggu-tunggu. |
Posted: 08 Aug 2012 05:24 PM PDT MEREDAH hutan dengan pacuan empat roda (4x4) bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Sebaliknya, hanya mereka memiliki kepakaran mengendalikan 4x4 sahaja yang mampu menempuh halangan belantara. Ada juga sesetengah pemandu yang tewas dalam pertarungan ekstrem mesin dan alam semula jadi. Baru-baru ini, .com berpeluang merasai sendiri pengalaman dilambung oleh 4x4 bersama dengan rakan-rakan remaja tajaan Pelancongan Malaysia. Perjalanan kami bermula setelah mendapat taklimat awal mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil sepanjang perjalanan oleh pemandu kami. Malah, kami juga perlu memakai jaket keselamatan bagi mengelakkan diri daripada tercedera jika terhempas ke palang besi dan dinding kenderaan. Sebanyak enam buah 4x4 turut serta dalam ekspedisi kali ini. Matlamat kami ialah untuk mandi di air terjun Lata Berembun yang terkenal dengan kedinginan airnya. Sepanjang perjalanan, pelbagai jenis laluan kami tempuh antaranya jalan kebun, dusun, kelapa sawit, tanah merah dan hutan, semuanya disusuri. Perasaan dilambung 4x4 memang mengujakan. Ada kalanya rasa seperti mahu tercampak keluar daripada kenderaan dek melanggar lubang dengan kelajuan yang tinggi. Malah, ada saat genting yang mana 4x4 terpaksa disengetkan dengan memanjat dinding bukit bagi memberi laluan kepada kenderaan 4x4 dari arah bertentangan. Bukan sahaja setakat lambungan, kami juga terpaksa menahan perasaan gayat kerana laluan yang betul-betul di tepi gaung. Setelah puas dilambung, meniti gaung, meredah sungai dan merentas hutan belantara, kini tiba masanya untuk laluan paling ganas bagi trek laluan ini. Menurut pemandu kami, laluan memanjat bukit berlecak dengan kecuraman 45 darjah adalah laluan yang paling dinantikan penggemar sukan ini. Ia digelar laluan hardcore. Memandangkan terdapat tiga laluan berbeza untuk pendakian itu, pemandu kami terlebih dahulu meneliti dan menilai setiap laluan sebelum mula mendaki. Menurutnya, ia penting sekiranya tidak mahu terperangkap di tengah laluan pendakian. Kenderaan yang dinaiki penulis akhirnya berjaya mendaki walaupun 4x4 yang dinaiki nyaris tergolek. Malah, badan penulis juga dipalit dengan becak daripada pusingan tayar 4x4. Kenderaan yang kedua tidak bernasib baik. Tersangkut di tengah pendakian dan terpaksa di tarik oleh 4x4 yang sudah terlebih dahulu tiba di puncak. Masa-masa yang dinantikan sudah tiba, setelah menempuh perjalanan meredah belantara selama 45 minit, detik kejayaan kini sudah boleh dirai. Air di Lata Berembun memang sejuk. Malah, peringatan diberikan kepada kami agar melakukan regangan otot sebelum mandi kerana dikhuatiri mengalami kekejangan otot semasa mandi. Mandi di situ seolah-olah mandi di dalam satu takungan air yang diletakkan ais di bawahnya. Memang sejuk tetapi menyegarkan. Suasana sekeliling juga berada dalam kedinginan kerana dilitupi hutan yang menjadi penghawa dingin semula jadi. Aktiviti kali ini memang menyeronokkan dan penuh cabaran. Malah, peluang untuk melakukannya bersama remaja lain berjaya merapatkan hubungan sesama kami dan menambah kenalan. |
Posted: 08 Aug 2012 05:22 PM PDT PADA Julai 2007, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperoleh enam buah helikopter Dauphin AS365N3 dan Agusta Westland AW139 dan dua pesawat Amfibia CL415 MP untuk melaksanakan tugas penguatkuasaan dan mencari dan menyelamat di perairan Negara melalui udara. Namun ketika itu agensi tersebut hanya mempunyai seorang juruterbang yang benar-benar bersedia untuk mengemudikan aset berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan pihak pengurusan Cawangan Operasi Udara (COU) Maritim Malaysia. Ini kerana keperluan tugas pemantauan memantau keselamatan perairan negara secara berterusan iaitu 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu memerlukan 36 anak kapal iaitu 18 komander pesawat dan 18 pembantu juruterbang dengan aset seperti di atas. Persoalan yang sentiasa bermain di minda COU pada waktu itu ialah bagaimanakah pelaksanaan penugasan dapat dilaksanakan dengan kekangan juruterbang yang dihadapi? Ingin sahaja mereka menutup sebelah mata berhubung dengan kekangan tersebut sehingga agensi berkenaan mampu mengeluarkan melatih juruterbangnya anak kapalnya sendiri. Namun Perintah Tetap Penerbangan Maritim Malaysia yang dirangka berdasarkan pada Human Performance and Limitation (HPL) oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pula mempunyai pendapat yang berbeza. Perintah tetap itu sebaliknya menggariskan bahawa keselamatan setiap operasi penerbangan bergantung kepada kecergasan fizikal anak kapalnya. Oleh itu dalam memastikan anak kapal mempunyai kesedaran tahap kecekapan minda yang tinggi terhadap situasi di persekitaran situasi yang tinggi, pelaksanaan penugasan operasi penerbangan selama 12 jam waktu bekerja termasuk dua jam sebelum penerbangan dan satu jam selepas penerbangan dan 11 12 jam waktu berehat, telah dihadkan tetapkan. Bagaimanapun, waktu bertugas anak kapal tersebut boleh dilanjutkan di atas keperluan yang mendesak walaupun tidak boleh dilaksanakan secara berterusan. Satu demi satu usaha dan cadangan diperhalusi. akhirnya jalan pertama yang boleh dilaksanakan dengan kadar segera untuk mengatasi isu ini adalah permohonan juruterbang secara pinjaman daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM). Perolehan empat juruterbang secara pinjaman daripada TUDM dan tujuh daripada TDM telah memberi ruang untuk COU mula bernafas. Namun kelegaan yang dirasai itu tidak bertahan lama apabila TUDM sendiri mula merasai bahang kekangan operasi akibat juruterbang yang dimiliki mereka tidak mencukupi untuk pengoperasian pesawat TUDM sendiri. Berikutan itu, pihak TUDM mula merancang menarik balik juruterbang pinjamannya daripada Maritim Malaysia. Begitu juga dengan Tentera Darat TDM yang mahu anggotanya dipulangkan semula di atas dasar keperluan organisasi. Setelah membuat sedikit kajian berdasarkan dasar pengurusan sumber manusia sedia ada daripada organisasi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), satu kertas kerja telah dicadangkan iaitu pengambilan juruterbang berpengalaman (jurulatih dan operasi) secara Kontrak Perkhidmatan Juruterbang (COS)(CFS). Pengarah COU Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zammani Mod Amin berkata, kajian pasaran telah dilaksanakan dan akhirnya keputusan dibuat bahawa kontrak tersebut adalah jalan terbaik buat Maritim Malaysia amnya dan COU khasnya dalam mengatasi permasalahan ini. "Pembentangan kertas kerja mula dilaksanakan di Mesyuarat Penyelarasan Operasi Maritim Malaysia dengan komen-komen yang sangat konstruktif telah diterima. Penambahbaikan kertas kerja mula dilaksanakan dan bajet mula dirancang. "Setelah kelulusan daripada pihak Kementerian Kewangan diterima, maka pengambilan mula dilaksanakan. Ia bermula dengan Kapten Manoheran Govindasamy yang bertugas di Erickson Air-Crane Malaysia. "Dengan kelayakan sebagai Instruktor Helikopter Berkelayakan (QHI) serta jumlah jam penerbangan yang melebihi 8,000 jam, beliau memulakan tugas di Maritim Malaysia pada 1 November 2011," katanya. Selain daripada pernah bertugas sebagai jurulatih juruterbang di TUDM, beliau juga berpengalaman menerbangkan helikopter untuk penugasan memadam kebakaran di Australia dan Greece. Sementara itu, pada 18 Disember 2011, Zammani berkata, kerajaan telah membatalkan kontrak latihan pelatih juruterbang Maritim Malaysia di sebuah akademi penerbangan tempatan apabila ia gagal melaksanakan latihan seperti yang termaktub dalam kontrak yang ditandatangani di antara akademi penerbangan dan Kerajaan Malaysia. Menurutnya, kontrak berkenaan terpaksa ditamatkan ketika pelatih juruterbang belum sempat menamatkan latihan mereka. Bagaimanapun katanya, berkat kerjasama dan muafakat yang ditunjukkan oleh anggota unit COU, perancangan baru mula dibuat dengan menggunakan Juruterbang COS CFS untuk melatih sendiri juruterbang pelatih Maritim Malaysia yang tidak dapat menamatkan latihan mereka. Cadangan itu bukan sahaja membantu Maritim Malaysia menghadapi masalah kekangan juruterbang sedia ada, pada masa yang sama penjimatan terhadap kewangan kerajaan. Ia juga dapat dilaksanakan memandangkan satu-satunya alternatif yang ada hanyalah menghantar juruterbang pelatih agensi itu ke luar negara untuk menamatkan latihan mereka. Kata Zammani, juruterbang COS CFS dilihat bukan sahaja dapat membantu Maritim Malaysia daripada aspek pengoperasian pesawat tetapi dalam masa yang sama, dapat membantu bertindak sebagai jurulatih dalam melatih juruterbang baru APMM. Dengan adanya juruterbang COS, kata beliau, COU mula merangka latihan untuk pelatih juruterbang secara dalaman. "Pegawai berkelulusan QHI dan Instruktor Penerbangan Berkelayakan (QFI) adalah kriteria utama yang diperlukan untuk melantik juruterbang CFS ini. Kelayakan tambahan yang lain adalah berpengalaman di dalam penerbangan pesisiran pantai. Sehingga hari ini, lima orang juruterbang CFS sedang berkhidmat dengan kami. ''Pegawai yang ada akan menjadi tenaga pengajar kepada pelatih juruterbang Maritim Malaysia agar mereka dapat menamatkan latihan dan mula menjalankan operasi udara,'' katanya. Ujar beliau, perancangan latihan mula dirangka dan dianggarkan seramai 15 pelatih juruterbang Maritim Malaysia akan mula beroperasi secara berperingkat-peringkat mulai September ini dan dijangka keseluruhannya akan tamat latihan pada Januari tahun depan. |
Posted: 08 Aug 2012 05:20 PM PDT MEREKA bukanlah kaum Bajau Laut Pala'u iaitu komuniti etnik di daerah Semporna, Sabah yang selesa hidup di laut berbanding daratan. Jauh sekali mahu menyamakan mereka dengan Bajau Pala'u yang amat mahir dengan laut sehingga ada di kalangan mereka tidak tenang berada di daratan dalam tempoh lama kerana akan jatuh sakit. Walaupun tidak bermukim sepanjang masa di laut seperti Bajau Pala'u, namun panggilan 'Gipsi Laut' yang diberikan kepada etnik unik di Semporna itu tetap layak dianugerahkan kepada mereka kerana tuntutan tugas dan tanggungjawab menghendaki mereka menghabiskan banyak masa di laut. 'Gipsi Laut' dimaksudkan ialah anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang bertugas di atas bot peronda yang menjaga keselamatan perairan pulau-pulau di negara ini. Antaranya ialah anggota PPM dari Wilayah 2 yang berkhidmat di atas Bot Ronda PA54 yang menjaga kawasan perairan Mersing, Johor yang menempatkan beberapa pulau seperti Pulau Tinggi, Pulau Aur, Pulau Pemanggil dan Pulau Sibu. Menurut Ketua Bot Ronda PA54, Sarjan Othman Yacob, 54, pasukannya yang berpangkalan di Pengerang, Kota Tinggi, Johor, terlibat menjalankan operasi rondaan laut selama seminggu dua kali sebulan. Othman juga jurumudi pertama bot berkenaan berkata, sepanjang seminggu 'bermukim' di laut, beliau bersama tujuh rakan setugas terdiri daripada lain-lain pangkat bertanggungjawab menjaga perairan Mersing daripada diceroboh oleh anasir luar dan memberi bantuan kepada penduduk yang ditimpa kes-kes kecemasan seperti sakit tenat dengan menghantar mereka ke darat untuk mendapatkan rawatan di hospital. "Semua kes kecemasan membabitkan penduduk dan pelancong khususnya pada waktu malam akan dimaklumkan kepada kami oleh anggota PPM yang bertugas menjaga pondok polis pulau. "Memang Kementerian Kesihatan ada menyediakan bot bagi kegunaan kakitangan klinik di empat pulau ini. Tetapi ia tidak sesuai digunakan pada waktu malam kerana hanya dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) tanpa radar," katanya. Beliau berkata, adalah bahaya bagi bot atau kapal belayar pada waktu malam tanpa radar kerana keadaan gelap. Malah bot milik Kementerian Kesihatan kecil iaitu hanya bersaiz kira-kira 15 meter panjang. Sepanjang seminggu tempoh operasi, Othman berkata, bot mereka tidak tetap di satu kawasan. Tetapi bergerak mengelilingi empat pulau yang dilindungi secara bergilir-gilir. Ujarnya, mereka bertugas dalam bot tersebut juga bersedia selama 24 jam untuk berdepan dengan apa sahaja ancaman dan menghulurkan bantuan. Mengenai pembahagian tugas dalam bot, beliau berkata, selain jurumudi pertama dan jurumudi kedua, terdapat anggota bertugas di bahagian teknikal yang bertanggungjawab menjaga, memeriksa dan membaiki enjin bot jika berlaku kerosakan. Selain itu, katanya, ada juga bertugas menurunkan sauh, membersih bot dan memasak. Semua tugasan itu dilakukan secara giliran sepanjang seminggu operasi di laut. Memandangkan bot ronda beroperasi 24 jam, sekurang-kurangnya tiga anggota perlu berjaga pada tugas waktu malam iaitu jurumudi, tukang pandang luar dan pemerhati radar yang juga bertindak sebagai pembaca peta laut. "Bagi mengelak keletihan, tugas jurumudi dan pandang luar akan dilakukan secara bergilir selang sejam. "Selepas tamat operasi di laut, kami akan kembali ke pangkalan di darat untuk melakukan tugas-tugas lain seperti Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Marin yang bertanggungjawab menyiasat apa sahaja kes-kes jenayah dilaporkan berlaku di sungai dan laut," katanya sambil memberitahu mereka akan bertugas di darat dan laut selang seminggu bergilir-gilir. Selain siasatan kes jenayah, mereka juga terlibat dalam tugas risikan bagi mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI), memeriksa bot bagi mengenal pasti kerosakan, mengecat, mengisi minyak dan air. Sementara itu, Penolong Ketua Bot PA54 merangkap jurumudi kedua, Koperal Mustafa Miah, 52, berkata, cabaran paling getir dalam tugasan di atas bot ialah semasa berada di laut ketika musim tengkujuh iaitu sekitar November hingga Mac. Menurutnya, ketika itu, laut akan bergelora kuat dan langit gelap-gelita tetapi mereka harus sentiasa bersedia 24 jam untuk memberi bantuan kepada penduduk. "Tidak dinafikan nyawa kami bagaikan di 'hujung tanduk' semasa berada di tengah laut yang berombak kuat. Dalam suasana gelap-gelita, radar dan pengalaman amat diperlukan untuk pandu arah," katanya. Mustafa yang berpengalaman selama 32 tahun mengemudikan bot turut mengakui tidak terlepas mengalami mabuk laut yang teruk jika berdepan dengan cuaca buruk. Malah, beliau pernah melalui pengalaman tidak boleh dilupakan iaitu muntah teruk selama dua hari dua malam kerana mabuk laut semasa baru bertugas atas bot. "Saya menyertai PPM sejak berusia 21 tahun dan menimba banyak pengalaman pahit dan manis. Saya biasa terlibat dalam tugas risikan dan penyamaran mengesan PATI. "Macam-macam PATI saya jumpa. Ada yang datang dari Indonesia, Sri Lanka, Pakistan dan Afghanistan. Malah, sudah biasa bermalam dengan PATI termasuk yang membawa kanak-kanak di dalam bot kerana menunggu untuk dihantar ke darat bagi proses tahanan," katanya yang tidak menafikan kadangkala terbit perasaan simpati melihat keadaan pendatang asing yang sanggup bergadai nyawa untuk memasuki negara ini. Bagi Lans Koperal Syahibul Lakirbul, 30, pula, perkara paling dirindui semasa seminggu bertugas di laut ialah isteri dan anak kecil berusia setahun di rumah. Anak kelahiran Kudat, Sabah itu memberitahu, disebabkan jarang berada di rumah, beliau sering terlepas peluang melihat pembesaran anak kesayangannya tetapi ia langsung tidak melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat demi rakyat dan negara. "Saya gembira dengan tugas membantu masyarakat di sekitar pulau-pulau ini dan menganggap faktor berjauhan dari keluarga dan pengalaman dilambung ombak di laut sebagai satu cabaran," katanya yang sudah lapan tahun berkhidmat dalam PPM. Rakan setugasnya, Konstabel Ismail Abu Kassim, 37, berkata, beliau tiada masalah bertugas di laut kerana mempunyai berpengalaman menjadi pegawai operasi di atas bot CB19 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum ini. Ismail yang baru setahun tujuh bulan berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan pesara TLDM yang berpengalaman berkhidmat di bahagian navigasi selama 13 tahun. Beliau yang diterima menyertai PDRM di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan kumpulan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pertama yang berjaya menamatkan latihan asas kepolisan di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu. "Walaupun bekas tentera, saya tiada masalah menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan polis kerana kepakaran saya sebelum ini saling berkaitan dengan bidang tugas dalam PPM. "Berbeza hanyalah tugas sebagai anggota polis lebih mencabar kerana perlu bersedia 24 jam menjaga ketenteraman awam," katanya gembira dengan kehidupan sebagai anggota polis. |
Mawi muncul dengan album Asma Ul Husna Posted: 08 Aug 2012 05:19 PM PDT PADA suatu ketika dulu namanya pernah menjadi fenomena dengan gelaran TsuMawi yang diberi banyak pihak lantaran populariti yang dicipta dalam sebuah program rancangan realiti nyanyian popular. |
Posted: 08 Aug 2012 05:18 PM PDT Hubungan pelakon Amy Jackson dan Prateik yang dilaporkan kini sedang goyah. |
Anushka Sharma dedah ciri lelaki idaman Posted: 08 Aug 2012 05:16 PM PDT Kebelakangan ini terdapat khabar angin yang mengatakan pendatang baru dalam industri seni Bollywood, Anushka Sharma kini sedang menjalin cinta dengan pelakon, Ranveer Singh. |
Posted: 08 Aug 2012 05:15 PM PDT Walaupun berasa tertekan gara-gara kecurangan buah hatinya, Kristen Stewart yang menjalinkan hubungan bersama pengarah Snow White and the Huntsman, Rupert Sanders, nyata kehidupan Robert Pattinson tidak terjejas. |
Posted: 08 Aug 2012 03:36 PM PDT Meskipun kebelakangan ini pelakon, Shahrukh Khan begitu sibuk dengan penggambaran beberapa filem, namun aktor terkenal ini masih sempat bersetuju untuk melibatkan diri dalam filem rakan baiknya, Hrithik Roshan. Bagaimanapun penglibatan Shahrukh dalam filem berjudul Krrish 3 itu hanyalah sebagai penampilan khas memandangkan aktor terkenal itu mempunyai banyak projek buat masa ini. Menurut sumber, sebagai balasan kepada Shahrukh yang menampilkan Hrithik sebagai cameo dalam filemnya, Don 2, kali ini pelakon Kaho Na Pyar Hai itu pula bakal menampilkan rakannya itu dalam filem terbitan syarikatnya sendiri. "Hrithik telah bertemu Shahrukh untuk membincangkan mengenai kemunculan khasnya dalam filem Krrish 3. Memandangkan SRK pernah bekerjasama dengan Hrithik dalam Don 2, jadi tidaklah sukar untuk mereka bekerjasama lagi sekali," kata sumber rapat kepada dua aktor ini. Penggambaran Krrish 3 ini telah pun 60 peratus disiapkan. Filem ini dibintangi oleh Hrithik, Priyanka Chopra, Vivek Oberoi dan Kangana Ranaut. Krrish 3 merupakan filem sains fiksyen adiwira yang diarah dan diterbitkan oleh Rakesh Roshan. |
Honda Malaysia perkenal Jazz S Posted: 08 Aug 2012 03:14 PM PDT KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini memperkenalkan variasi Honda Jazz S kepada rakyat Malaysia, sambil mengekalkan ciri-ciri penting kereta kompak hatchback lima pintu yang popular. |
Mahkamah kekal perintah berkelakuan baik ke atas Noor Afizal Posted: 08 Aug 2012 03:11 PM PDT PUTRAJAYA - Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur. |
Posted: 08 Aug 2012 03:09 PM PDT BANDARAYA MELAKA - Ribuan helai pakaian untuk pelbagai peringkat usia di Pasaraya Khelass musnah dalam kebakaran di Jalan Kee Ann, Kampung Jawa, di sini, tengah malam kelmarin. Turut musnah adalah 14 gerai menjual makanan dan buah-buahan di hadapan pasar raya terbabit yang telah beroperasi sejak 14 tahun lalu dalam kejadian jam 11.58 malam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Lokman Hakim Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada bahagian hadapan pasar raya terbabit. "Pihak kami menerima panggilan pada jam 11.58 malam sebelum tiba di lokasi enam minit kemudian. "Ketika itu, api marak memusnahkan keseluruhan isi bangunan namun dapat dikawal pada jam 1.26 pagi," katanya. Menurutnya, operasi yang tamat jam 3.15 pagi itu itu disertai 47 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Bukit Katil dan Ayer keroh membabitkan lapan jentera. Lokman Hakim berkata, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. "Kebakaran ini juga tidak membabitkan kehilangan nyawa walaupun terdapat runtuhan batu-bata pada awalnya, dipercayai akibat tekanan panas dari dalam bangunan dan tujahan air dari luar bangunan oleh pihak bomba yang berusaha memadamkan api," katanya. Kerajaan Negeri beri bantuan Dalam pada itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memberikan bantuan kepada peniaga gerai yang turut mengalami kerugian akibat kebakaran itu. "Pihak MBMB akan menjalankan siasatan jumlah peniaga terlibat, selain mengenal pasti kerugian dialami mereka. "Apabila laporan sepenuhnya siap, Kerajaan Negeri akan memberikan bantuan berdasarkan laporan dalam tempoh terdekat," katanya yang turut meninjau lokasi kebakaran, malam kelmarin. Menurutnya, buat sementara waktu, peniaga terbabit dibenarkan berniaga di Jalan Pasar Baru beberapa meter dari lokasi kebakaran. Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian sehingga jam 11 pagi mendapati, operasi perniagaan membabitkan beberapa premis di Jalan Kee Ann lumpuh berikutan laluan itu terpaksa ditutup sementara siasatan dijalankan pihak forensik JBPM. Penutupan jalan itu juga berikutan jalan raya dipenuhi batu-bata akibat runtuhan bangunan pasar raya tersebut. "Saya tidak dapat selamatkan apa-apa kerana sebaik tiba di lokasi kejadian sejurus dimaklumkan mengenai kebakaran, api telah marak," katanya. Peniaga buah, Serena Tan, 20-an berkata, ia adalah kejadian pertama kali menimpanya. "Saya berniaga di gerai turun temurun milik keluarga yang diusahakan sejak 40 tahun lalu," katanya. Tak sempat buat apa-apa Pengawal keselamatan Pasaraya Khelass terkejut selepas dia mendakwa dimarahi orang ramai kerana melarikan diri sejurus pasar raya itu terbakar. Mohd Murilah Abdullah, 81, berkata, dia sebenarnya bukan melarikan diri, sebaliknya mencari telefon awam untuk menghubungi penyelianya selepas melihat api mulai marak membakar pasar raya tersebut. "Sebelum kejadian, saya sedang bersahur di hadapan pasar raya, tiba-tiba saya terlihat api dan tidak sempat berbuat apa-apa kerana api begitu cepat marak. "Saya tiada telefon bimbit dan cuba mencari telefon awam untuk hubungi penyelia kerana dia selalu pesan, hubunginya jika berlaku apa-apa," katanya. Bagaimanapun menurutnya, dia terkejut kerana sebaik sahaja kembali ke pasar raya, orang ramai memarahinya kerana menyangka dia cuba melarikan diri. Sementara itu, pekerja hotel di hadapan pasar raya terbabit, Mohd Isa Abd Latiff, 34, berkata, dia yang melihat api kira-kira jam 12 tengah malam segera menghubungi bomba. "Mula-mula saya nampak api kecil di gerai buah yang terletak berhadapan pasar raya berkenaan, namun tidak sampai lima minit api merebak ke dalam pasar raya. "Banyak kali saya cuba hubungi talian bomba namun tidak dapat disambungkan, namun beberapa minit kemudian bomba datang. Mungkin orang lain dapat menghubungi bomba," katanya. Menurutnya, dia turut meminta 13 pelanggan hotel supaya segera mengalihkan kenderaan masing-masing di tempat lebih selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan