Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Shila Hamzah mahu kekal bertudung
- Status bukan penghalan g
- Syafik mahu buat filem Chong Wei
- Waspada buaya darat
- Bimbang budaya raya terhakis
- Aidil disuruh fokus hal kahwin
- Pelajar lama Unisel terkandas
- Masjid di AS dibakar, mungkin kerana khianat
- Bank Standard Chartered sembunyi transaksi dengan Iran
- Gunung berapi New Zealand meletus
- Manila dilanda banjir
- Bieber beri nasihat pada Putera William
- Simpan enam juta tulang manusia
- Menu sederhana tetapi berkat
- Najib lancar 1M Privilege Card
Shila Hamzah mahu kekal bertudung Posted: 07 Aug 2012 06:03 PM PDT SELEBRITI terkenal Shila Hamzah, yang kini popular dengan lagu Patah Seribu, mula mengenakan hijab sejak Sabtu lalu dan berazam untuk kekal bertudung. | |
Posted: 07 Aug 2012 06:02 PM PDT NAMA Faezah Elai atau Noor Faezah Md Elai bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. | |
Syafik mahu buat filem Chong Wei Posted: 07 Aug 2012 05:54 PM PDT SHAH ALAM - Syafik Yusof, pengarah termuda negara, melahirkan hasrat untuk menghasilkan filem yang mengisahkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Hasrat ini dilahirkan oleh Syafik kira-kira 1 tengah hari tadi menerusi Twitter. "Memang pernah terfikir nak buat filem pasal Datuk Lee Chong Wei, tapi cuma idea sahaja, tiada perancangan serius," katanya. Secara kebetulan Chong Wei yang menang pingat perak, yang kedua, dalam Sukan Olimpik London kelmarin, pulang ke tanah air dan diberi sambutan sebagai wira negara oleh peminat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Sementara itu ketika dihubungi Sinar Harian Online, Syafik, 19 berkata, beliau memang pernah terfikir untuk menghasilkan filem kisah Chong Wei, namun masih belum mempunyai perancangan yang serius. "Memang benar saya terfikir untuk memberi satu kelainan dalam industri perfileman tahah air kita yang berkisarkan kisah seorang jaguh sukan negara. "Sekiranya sudah sampai masa untuk saya mengarah filem ini, mungkin saya akan lebih memfokus tentang pengalaman hidup Datuk Lee Chong Wei. "Gaya penceritaan juga akan berkisarkan cabaran yang ditempuhi oleh beliau bermula dari beliau menceburi sukan badminton semasa kecil sehinggalah beliau menjadi seorang jaguh sukan badminton yang disanjungi oleh orang ramai," jelas Syafik yang telah menghasilkan filem berjudul SAM, yang akan ditayangkan sempena Aidilfitri bulan ini. Apabila ditanya tentang perkembangan aktiviti sepangjang Ramadan ini, Syafik yang merupakan anak bongsu pengarah filem terkenal negara Yusof Haslam berkata, berkata, beliau sedang sibuk mengarahkan drama KL Drif yang akan disiarkan di TV1 sebanyak 26 episod selepas raya nanti. Drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Aaron Aziz, Norman Hakim, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. | |
Posted: 07 Aug 2012 05:46 PM PDT KUALA KANGSAR – "Berwaspada, jangan sampai tertipu dengan taktik lelaki hidung belang itu," demikian peringatan yang diberi Kiah, 47, mengenai tindakan bekas suaminya yang gemar mempermainkan wanita. Kiah berkata, bekas suaminya itu bukan sahaja ligat permainkan wanita tetapi turut mengikis harta mangsa-mangsanya untuk meneruskan hobi yang suka menukar kereta setiap tahun. Menurutnya, tanpa mengira status sama ada janda, isteri orang dan wanita muda sebagai mangsa, lelaki berusia, 48, itu juga dikatakan seakan mempunyai aura apabila dengan mudah mampu memperdayakan semua mangsanya. "Cukuplah dengan derita yang saya tanggung selama ini, saya tidak mahu wanita lain terutama di daerah ini menjadi mangsa kerakusannya lagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam. Kiah membongkar perbuatan bekas suaminya yang dikenali sebagai Karim dan mangsa terbarunya wanita berusia 40an yang baru dikahwininya bulan lalu. Katanya, dia percaya Karim yang mempunyai sumber pendapatan tetap, mempunyai ilmu untuk menundukkan wanita yang dituntutnya dari sebuah perkampungan Orang Asli di Gopeng. "Karim mempunyai tangkal di bahagian pinggangnya. Mungkin sebab itulah orang lain kalau memandangnya pasti akan berasa simpati selain menurut kata-katanya terutama ketika dia meminta wang. "Saya berasa kasihan dengan wanita yang baru dikahwininya itu kerana saya tahu mereka pasti akan menderita sama yang dialami oleh isteri pertamanya umpama patung bernyawa di rumah," katanya. Kiah turut terkejut apabila dirinya telah diceraikan dengan talak tiga tanpa pengetahuannya dan perkara itu diketahuinya selepas 10 bulan dilafazkan di hadapan isteri pertamanya. "Masa itu memang saya tidak tahu dan kami masih bersama sebagai suami isteri sehinggalah saya bertemu dengan isteri pertama yang kemudiannya menunjukkan dokumen penceraian," katanya yang turut membawa kes itu ke Mahkamah Syariah. Menceritakan detik pertemuan pertama, dia yang tidak pernah berkahwin terus menjadi 'gila bayang' dengan lelaki itu selepas bertemu di sebuah kedai di sini. "Saya terus demam selepas berjumpa dengannya dan tidak mempedulikan nasihat orang sekeliling termasuk ahli keluarga. Lelaki yang diharap menjadi pelindung merupakan bebanan dalam hidup saya. "Kami berkahwin melalui sindiket dengan perbelanjaan ditanggung sendiri oleh saya. Dia tidak keluar sesen pun," katanya. Kiah berkata, selain manis mulut, lelaki berkenaan turut 'ringan tangan' sekiranya perbuatannya itu ditegur. "Saya nasihatkan wanita-wanita di luar sana supaya tidak mudah terpedaya dengan dia yang bermulut manis. "Saya juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya dia masih ganggu hidup saya," katanya. | |
Posted: 07 Aug 2012 05:42 PM PDT
TIGA tahun berada dalam industri membuatkan si gadis manis ini semakin matang untuk menempuh cabaran dalam arus industri seni tempatan. Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum mengakui dia ingin dikenali kerana bakat yang dicurahkan dan bukan dengan kontroversi atau isu yang remeh dikaitkan dengan empunya diri. Bicara gadis berusia 22 tahun ini juga, setelah namanya dikenali melalui drama Nora Elena yang menggabungkan dirinya dengan aktor sensasi, Aaron Aziz, dari situ dia mengambil keputusan untuk melangkah ke peringkat yang lebih serius dalam kariernya sebagai seorang pelakon. "Tapi saya tidak mahu terus naik dan lama-kelamaan terus tenggelam. Jika boleh saya mahu kekalkan keseimbangan tersebut. Oleh itu, jika tidak muncul dalam drama, saya akan muncul di layar perak pula. "Semestinya populariti itu sesuatu yang baik, namun perlu lihat juga dari segi apa. Saya mahu populariti meningkat dari segi bakat yang saya tampilkan dan bukan kontroversi atau isu remeh-temeh yang tidak berbaloi," tutur Saleha yang ditemui di set penggambaran telemovie Syawal, Aidil dan Fitri di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini. Aktiviti Ramadan Walaupun ketika bulan Ramadan, Saleha masih aktif mengambil tawaran berlakon seperti biasa. Namun apa yang berbeza, dia memenuhi jadual di bulan Ramadan ini dengan banyak mengambil tawaran penggambaran telemovie serta program raya. Antara telemovie sempena Ramadan yang melibatkan dirinya juga termasuklah Aku, Dia dan Tong Sampah yang bakal bersiaran di TV9. "Sepanjang bulan Ramadan ini, saya banyak ambil tawaran berlakon telemovie memandangkan masa penggambaran yang singkat tidak seperti drama atau filem yang mengambil masa lebih lama. "Jadi, saya banyak fokus kepada telemovie dan menghadiri sesi fotografi yang telah diatur. Selain itu, saya juga banyak menghadiri program berbuka puasa," tambahnya lagi. Bagaimanapun, jika tidak terbabit dengan aktiviti bekerja, gadis kelahiran England ini pasti pulang ke rumah bapanya yang terletak di Klang, Selangor untuk berbuka serta bertarawih bersama keluarganya. "Alhamdulillah, setakat hari ini, saya sudah sempat berbuka bersama keluarga dan melakukan solat tarawih memandangkan masjid hanya bertentangan dengan rumah," tutur Saleha lagi. Menambah cerita mengenai kegemaran juadah berbukanya, bicara Saleha, dia jarang memasak. Jadi, antara menu juadah yang menjadi kegemaran Saleha ketika mengunjungi bazar Ramadan ialah nasi tomato, ayam percik, sate, rojak, murtabak serta air soya. Aidilfitri dan teknologi Sementara itu, menyentuh mengenai aktiviti Aidilfitrinya, saban tahun dia akan beraya di rumah bapanya serta rumah saudara-mara yang terletak di kawasan Lembah Kelang sahaja. "Memandangkan saya tiada kampung, jadi saya hanya beraya di sini sahaja sama seperti tahun-tahun sebelumnya. "Namun, mungkin raya tahun ini berbeza, kerana pada 1 September ini, sepupu saya bakal melangsungkan perkahwinan di Terengganu. Mungkin juga kami akan ke sana, insya-Allah," cerita Saleha tentang jadual rayanya. Ketika ditanya mengenai persiapan raya, jawab Saleha, dia hanya mengamalkan kesederhanaan setiap kali menjelang Aidilfitri. Akuinya, dia bukan jenis yang perlu berbelanja besar untuk membeli barang atau pakaian baharu di musim perayaan. "Saya bukan jenis yang semuanya perlu beli baharu, dan saya tidak kisah untuk memakai semula pakaian yang lepas. Kami sekeluarga begitu, sangat mudah. Begitu juga di rumah yang mana kuih-muih dan juadah banyak juga yang dibeli," katanya. Namun cerita Saleha, walaupun mengamalkan kesederhanaan dalam berbelanja, suasana raya mereka sekeluarga sangat meriah memandangkan bapa Saleha mempunyai bilangan ahli keluarga yang sangat besar. "Ayah saya ada 14 orang adik-beradik. Jadi, bayangkan jika hari raya pertama bila semua saudara-mara berkumpul termasuk sepupu-sepupu saya, memang meriah. "Lagi bertambah meriah kini, kerana ada antara sepupu yang telah berkahwin dan telah melahirkan cahaya mata. Jadi, ia suasana yang pastinya sangat riuh rendah pada beberapa hari di awal Aidilfitri nanti," ucap Saleha penuh keterujaan. Ditanya tentang perbezaan raya kini dan dahulu, dia memberitahu jika dahulu mereka sama-sama berkumpul dan bermain bunga api serta mercun sesama sepupu yang hadir, sayangnya budaya itu kini bagai sudah dilupakan. Menurut pengamatan dirinya, generasi kini lebih gemar menghabiskan masa dengan teknologi seperti lebih banyak meluangkan masa bersama gajet yang mereka miliki. "Selalunya, apabila saudara-mara datang ke rumah, yang muda pasti masuk ke dalam bilik dan membuat kerja masing-masing serta tidak berkomunikasi. "Sebenarnya teknologi ini, ada baik dan buruknya. Seronok juga kadangkala kita melayan permainan di iPad mahupun di telefon bimbit kita, tapi, apa yang tidak baiknya, apabila kita melawat keluarga, dan yang muda ini, sedang bermain dengan gajet mereka. "Tidak bagus juga, kerana pada saya jika ke rumah saudara, saya akan menghargai mereka dengan bersembang bersama. Ini kerana, setahun sekali kita dapat berkumpul dan berjumpa saudara-mara," cerita Saleha panjang lebar. Bagaimanapun, apa yang pasti, apabila bersama sepupu-sepupunya, mengambil banyak gambar bersama keluarga dan saudara-mara merupakan satu perkara yang harus dilakukannya. Katanya, itu kegunaan gajet yang dimiliki iaitu untuk merakam gambar kenangan bersama. | |
Aidil disuruh fokus hal kahwin Posted: 07 Aug 2012 05:40 PM PDT PETALING JAYA – Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam meminta pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak supaya memberi keutamaan kepada hal-hal perkahwinan berbanding dengan karier bola sepak. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, kes mahkamah ini melibatkan hubungan suami isteri dan perkara ini tidak boleh dibuat main-main. "Saya minta peguam nasihat plaintif (Mohd. Aidil) kena ambil kira mana lebih penting sama ada kes mahkamah atau main bola, kena korban salah satu, ini tentang hidup mati, pahala dosa, kalau tidak main bola tidak berdosa," tegur Wan Mahyuddin dengan tegas. Wan Mahyuddin berkata demikian semasa sebutan kes permohonan kembali taat yang difailkan Mohd. Aidil terhadap isterinya, pelakon, Rita Rudaini Mokhtar supaya dia dan dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, menetap di rumah yang disediakan di USJ1 di sini. Perkara itu terbangkit susulan permintaan peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita supaya Mohd. Aidil mengemukakan dokumen berhubung ketidakhadiran plaintif dalam prosiding kes pasangan itu semalam. Mohd. Aidil gagal menghadiri prosiding semalam kerana menjalani latihan bola sepak di Austria. "Alasan yang diberi munasabah tapi perlu ada dokumen bertulis bukan secara lisan dan sambil lewa," kata beliau. Terdahulu peguam syarie Noor Azlina Che Hassan yang mewakili Mohd. Aidil memaklumkan plaintif kini berada di Austria selama dua minggu mulai 4 Ogos hingga 17 Ogos kerana latihan bola sepak. Sehubungan itu, beliau yang hadir bagi pihak peguam syarie Ahmad Nazib Johari iaitu peguam kepada Mohd. Aidil bersetuju mengemukakan salinan surat pengesahan bertulis daripada plaintif sekiranya dia gagal hadir ke mahkamah kelak. Noor Azlina berkata, dia juga telah memfailkan afidavit jawapan kepada bantahan Rita berhubung permohonan kembali taat dan diserahkan kepada defendan semalam. Merujuk arahan mahkamah supaya kedua-dua pihak berunding bagi mencari jalan penyelesaian, peguam memberitahu setakat ini tiada rundingan dibuat secara rasmi antara kedua-duanya. Wan Mahyuddin menetapkan 3 Oktober depan untuk sebutan semula bagi defendan memfailkan afidavit balasan terhadap jawapan plaintif. Permohonan kembali taat difailkan Mohd. Aidil pada 15 Mei lalu iaitu hari yang sama dia menarik balik permohonan cerai terhadap Rita walaupun mereka tidak lagi tinggal sebumbung selepas Mohd. Aidil bertindak meninggalkan rumah kelamin di Damansara. Pasangan itu bernikah secara rahsia di Songkhla Thailand pada 28 Februari 2008 kerana tidak mendapat restu keluarga Mohd. Aidil. | |
Posted: 07 Aug 2012 05:36 PM PDT KUALA SELANGOR – Lebih 1,000 pelajar lama Universiti Selangor (Unisel) tidak dapat mendaftar masuk ke asrama masing-masing semalam apabila pejabat pengurusan kolej kediaman itu di sini masih tidak beroperasi. Tinjauan Kosmo! di universiti itu semalam turut menemui beberapa kumpulan pelajar yang masih duduk menanti di hadapan Dewan Biru institusi tersebut. Beberapa pelajar wanita juga ada yang dilihat melepaskan penat di surau asrama berhampiran apabila mereka tidak mendapat kunci kediaman dan mengakui terpaksa menumpangkan barang-barang di rumah rakan yang terletak di kawasan berhampiran. Dua beradik dari Sabah, Nurini Anwar, 20, dan Nurhaya, 18, yang baru tiba dari Sabah berkata, mereka terkejut apabila hanya mengetahui keadaan itu sebaik sampai di situ kira-kira pukul 9 pagi semalam. Mereka yang masing-masing merupakan pelajar semester dua bagi program Diploma Pendidikan Awal turut mengakui tidak tahu ke mana hala tuju mereka selepas itu kerana tidak ada pihak yang tampil untuk menjelaskan masalah sebenar. "Kami tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang kira-kira pukul 1 pagi dan tidur di sana sebelum menyewa teksi dengan bayaran RM115 untuk sampai ke Unisel. "Bila sampai di sini, kami ingatkan sudah boleh kemaskan barang-barang di asrama dan pergi kuliah seperti biasa tetapi lain pula yang berlaku," kata Nurini ketika ditemui di sini semalam. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd. Jeffri Abu Hassan memberitahu, pihaknya sudah melakukan perbincangan dengan Bahagian Unit Kebajikan Unisel dan mereka berjanji akan menyelesaikan masalah itu segera. | |
Masjid di AS dibakar, mungkin kerana khianat Posted: 07 Aug 2012 05:35 PM PDT
JOPLIN, Missouri - Sebuah masjid di barat daya negeri Missouri, Amerika Syarikat terbakar kelmarin dalam kebakaran kedua di pusat Islam tersebut dalam tempoh kurang sebulan. Pihak berkuasa menyelongkar timbunan runtuhan masjid tersebut seharian kelmarin untuk mencari bukti kemungkinan kebakaran disebabkan oleh perbuatan khianat. Pejabat Syerif Daerah Jasper memberitahu, tiada kecederaan dilaporkan tetapi bangunan masjid Persatuan Islam Joplin ranap dalam kebakaran yang mula dilaporkan sekitar pukul 3.30 pagi. Beberapa penyiasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Biro Alkohol, Tembakau Dan Senjata Api serta Jabatan Syerif Daerah Joplin berada di lokasi kejadian seharian kelmarin. Mereka memindahkan timbunan runtuhan dengan sebuah jentolak dan beberapa peralatan lain. Turut berada di lokasi berkenaan adalah sekumpulan penduduk Islam yang berkumpul untuk melakukan solat Maghrib dan berbuka puasa di laman masjid itu. Ia merupakan kali kedua pihak berkuasa dipanggil ke masjid itu sepanjang musim panas tahun ini. Masjid berkenaan terletak di dalam sebuah bangunan bekas gereja di pinggir bandar ini. Satu kebakaran dilaporkan sekitar waktu yang sama pada berlaku pada 4 Julai lalu dan didapati berpunca daripada perbuatan khianat tetapi tiada dakwaan dibuat setakat ini. FBI turut menyiarkan rakaman sistem kamera litar tertutup suspek dan menawarkan ganjaran AS$15,000 (RM47,797) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek tersebut. | |
Bank Standard Chartered sembunyi transaksi dengan Iran Posted: 07 Aug 2012 05:34 PM PDT
NEW YORK - Pihak berkuasa perbankan di sini mengancam akan membatalkan lesen operasi Bank Standard Chartered di negeri New York, Amerika Syarikat (AS). Dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Kewangan Negeri New York (DFS), pihak berkuasa berkenaan menuduh bank Britain itu sebuah 'institusi penyangak' kerana menyembunyikan AS$250 bilion (RM796.6 bilion) hasil transaksinya dengan Iran yang melanggar undang-undang AS. Pihak DFS menyatakan, Standard Chartered berkomplot dengan pemerintah Iran dan menyembunyikan sekitar 60,000 transaksi rahsia untuk menjana yuran perkhidmatan mencecah jutaan dolar sejak hampir 10 tahun lalu. Perbuatan Standard Chartered itu turut didakwa mendedahkan sistem perbankan AS kepada pengganas, penyeludup dadah dan negara yang mengamalkan rasuah. Kehilangan lesen perbankan New York mendatangkan kerugian besar ke atas sebuah bank asing kerana ia menyekat akses ke dalam pasaran bank AS. Menurut DFS, Standard Chartered memproses transaksi berjumlah AS$190 bilion (RM605.4 juta) pada setiap hari untuk pelanggan global. Standard Chartered merupakan bank Britain ketiga yang disiasat pada musim panas tahun ini. Pada Jun lepas bank Barclays Plc bersetuju membayar AS$453 juta (RM1.4 bilion) untuk menyelesaikan siasatan AS dan Britain berhubung perbuatan memalsukan penanda aras faedah pinjaman pada Jun lalu. Sebulan kemudian, sebuah panel Senat AS mengeluarkan laporan yang mengkritik usaha bank HSBC untuk mengawasi transaksi meragukan termasuk daripada penyeludup dadah Mexico. | |
Gunung berapi New Zealand meletus Posted: 07 Aug 2012 05:33 PM PDT WELLINGTON - Gunung Tongariro di sebuah taman negara New Zealand semalam meletus buat kali kedua dalam tempoh lebih sedekad lalu. Beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan selepas gunung tersebut menghamburkan debu tebal. Kelmarin, gunung tersebut hanya menghamburkan batu dan debu selama 30 minit. Sejumlah penduduk meninggalkan rumah bagi menyelamatkan diri. Jabatan Pemuliharaan semalam menyatakan tiga pendaki yang tinggal di sebuah pondok berjaya menyelamatkan diri keluar dari kawasan gunung tersebut dengan selamat. | |
Posted: 07 Aug 2012 05:33 PM PDT MANILA - Separuh bandar raya Manila ditengelami air semalam, kata beberapa pegawai ketika hujan lebat melumpuhkan ibu kota Filipina itu. Puluhan ribu penduduk meninggalkan rumah mereka manakala sejumlah penduduk terperangkap di atas bumbung. Sebuah kawasan setinggan dilanda tanah runtuh menyebabkan 15 orang mati dekat bandar raya ini. Jumlah itu mengakibatkan 68 orang maut sejak minggu lalu kerana cuaca buruk di negara ini. Seorang peramal kaji cuaca, Gine Nievarez memberitahu: "Jika kami meletakkan peratusan, sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk Manila dilanda banjir." | |
Bieber beri nasihat pada Putera William Posted: 07 Aug 2012 05:31 PM PDT LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Bieber menasihati pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William supaya mendapatkan rawatan berhubung rambutnya yang semakin nipis, lapor portal berita Stv kelmarin. Penyanyi Kanada itu berkata, beliau terkejut apabila mendapati keluarga diraja Britain itu belum mendapatkan rawatan bagi memulihkan semula rambutnya. "Maksud saya kini terdapat ubat bagi merawat masalah tersebut seperti Propecia," katanya dalam satu wawancara dengan majalah Rollercoaster. "Saya tidak tahu mengapa beliau tidak mendapatkan produk ini. Anda cuma perlu mengambil Propecia dan rambut anda akan tumbuh semula. Mustahil ubat itu tidak dijual di Britain," tambahnya. Pada tahun 2010, seorang jurucakap firma rawatan rambut, Rogaine memberitahu bahawa mereka mahu menggunakan Putera William sebagai wajah jenama itu. "Kami melihat kepala Putera William semakin botak sejak beberapa tahun lalu dan kami percaya Rogaine dapat membantunya mengatasi masalah ini," kata seorang wakil syarikat berkenaan. Dalam pada itu, pelakon Hollywood, Jennifer Aniston mempertahankan keguguran rambut Putera William. Dalam satu temu bual bersama stesen radio Capital FM aktres berkenaan berkata, Putera William tidak perlu mengubah apa yang berlaku pada dirinya. "Maksud saya jika beliau mendapatkan rawatan penanaman, kita pula akan menyebabkan beliau mendapatkan transplan rambut. Saya fikir beliau kelihatan kacak seperti aktor Ed Harris dengan keadaan sekarang," kata Aniston. | |
Simpan enam juta tulang manusia Posted: 07 Aug 2012 05:30 PM PDT PARIS - Bandar raya ini mempunyai daya tarikan pelancong di bawah tanah iaitu sebuah tempat simpanan tinggalan enam juta tulang manusia. Menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin, terowong bawah tanah itu dikenali sebagai Empayar Kematian Paris. Terowong bawah tanah itu dijadikan tempat menyimpan rangka manusia sejak abad ke-18 bagi menyelesaikan masalah kawasan kubur yang terhad di Paris. Menurut laman web CNN, pada 1786, kawasan perkuburan di Paris didapati tidak lagi mempunyai ruang untuk menanam mayat. Ketika itu, mayat-mayat tersebut terpaksa dikebumikan dekat dengan kediaman manusia. Terowong bawah tanah itu terdapat di Place Denfert-Rochereau dekat daerah Montparnasse di sini. Sesiapa yang didapati menceroboh masuk ke dalam terowong sejauh 249.44 kilometer itu akan dikenakan denda sebanyak 60 euro (RM230.88). Beberapa anggota polis mengawal terowong itu. | |
Posted: 07 Aug 2012 05:26 PM PDT
SEBAIK selesai menunaikan solat Asar di Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, Jamal Adam bersama tiga ahli jawatankuasa masjid bergegas menuju ke bahagian belakang masjid yang menempatkan 10 buah khemah berbumbung putih. Mereka bergotong-royong mengemas kerusi dan meja untuk orang ramai berbuka puasa di masjid itu. Masing-masing bagaikan sudah memahami tugas yang perlu dilaksanakan sebelum menjelangnya Maghrib. Ada yang bertanggungjawab membersihkan ruang di dalam masjid, sementara yang lain mengalas meja khas untuk menyajikan hidangan berbuka. Meja hidangan pula dibahagikan kepada dua bahagian untuk jemaah lelaki dan wanita. "Segala-galanya perlu dilaksanakan pada kadar segera. Kami tak boleh mengambil sikap lewa dan melewat-lewatkan persiapan kerana bimbang makanan tidak dapat dihidangkan sebelum waktu berbuka puasa. "Bagi memastikan orang ramai menikmati sajian yang lazat dan sempurna sepanjang bulan Ramadan ini, maka pihak masjid melantik dua syarikat katerer untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Lazimnya khidmat katerer bersama pramusaji digunakan pada hari bekerja saja kerana hari Sabtu dan Ahad, ahli jawatankuasa masjid akan masak bersama-sama," terang Jamal, 51, yang melakukan persiapan berbuka puasa sekitar pukul 5 petang. Sambil memotong kuih talam, Jamal menceritakan menu berbuka puasa yang disediakan ala kadar saja. Memadailah untuk mengisi perut selepas seharian menahan lapar dan dahaga. Namun hari yang paling mengujakan apabila sajian berbuka puasa di Masjid Bukit Antarabangsa ditaja oleh beberapa individu yang bermurah hati dan berkemampuan. Sumbangan makanan tidak dibungkus sebaliknya akan dihidangkan secara bufet untuk kapasiti antara 150 hingga 300 orang. Saki-baki kuih dan minuman pula tidak akan dibuang begitu saja kerana memberi peluang jemaah membawa pulang ataupun menikmatinya selesai solat tarawih. Selain Masjid Bukit Antarabangsa beberapa masjid di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur turut menyediakan perkhidmatan berbuka puasa di masjid. Antaranya Masjid Asy-Syakirin yang terletak di taman rekreasi Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Masjid Kampung Baru dan Masjid Al-Bukhary di Jalan Hang Tuah. Dihidangkan secara bufet, menu seperti nasi putih, daging masak merah, ikan masih goreng dan ulam-ulaman serta kuih talam kole kacang sedikit pun tidak menyuntik rasa tawar hati kepada Rosnina Mat Suan, 55 untuk berbuka puasa di masjid. Apatah lagi pilihan minuman di masjid yang terhad pada minuman panas dan sejuk seperti air sirap dan teh tarik. Rosnina merupakan penduduk setempat di Bukit Antarabangsa. Lebih bersyukur "Salah satu sebab saya gemar berbuka puasa di masjid kerana amalan ini mendidik kita erti bersyukur dengan rezeki yang ada. Tiada sebab untuk saya mengeluh dan merungut apabila disajikan hidangan sedemikian. Sekurang-kurangnya saya masih berpeluang menikmati sajian nasi bersama lauk ayam dan daging jika hendak dibandingkan dengan umat Islam yang tinggal di negara miskin. "Berbuka puasa dengan menu yang ringkas mengelakkan pembaziran. Jika di rumah kita cenderung memasak pelbagai lauk, dorongan nafsu menyebabkan kita menambah juadah yang dibeli di bazar Ramadan. Kadangkala tak habis pun semua makanan itu," jelas Rosnina ketika ditemui Kosmo! di Masjid Bukit Antarabangsa. Tambah suri rumah itu, berbuka puasa di masjid secara tidak langsung memberinya peluang berdiskusi topik keagamaan dan kemasyarakatan bersama jemaah wanita yang lain sementara menunggu azan Maghrib. Sementara itu Nazir Masjid Bukit Antarabangsa, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, Datuk Bedolah Botok menjelaskan, hidangan secara bufet atau dihidangkan di dalam dulang lebih berkat. Kaedah sajian tersebut dirasakan membantu mengajak orang ramai datang ke masjid untuk menikmati hidang berbuka bersama-sama. "Lazimnya, makanan yang dibungkus menyebabkan orang ramai hanya datang ambil dan terus pulang ke rumah. Kesannya, saf untuk solat Maghrib, Isyak dan tarawih akan kosong. "Berbuka puasa di masjid secara tidak langsung jemaah akan mendekatkan diri di masjid. Sementara menunggu waktu berbuka mereka boleh membaca al-Quran, beriktikaf ataupun mendengar tazkirah," jelas Bedolah. Mood berbeza Bagi Siti Norlida Ghazali, 48, tahun ini dia berkesempatan berbuka puasa di masjid buat julung-julung kalinya. Sekitar pukul 6.45 petang selepas pulang bertugas sebagai Pengurus Kanan Jualan di Hotel Prince & Residence, Kuala Lumpur, beliau mula mengambil tempat duduk di meja makan yang disediakan di pekarangan Masjid Bukit Antarabangsa. "Mood berbuka puasa di rumah dan masjid cukup berbeza. Di sini kita bukan saja perlu menjaga adab-adab ketika berada di masjid malah wajar mengamalkan sikap bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri. Misalnya, elak berebut-rebut ketika mengambil hidangan. Berikan keutamaan kepada warga emas dan golongan yang uzur. "Kemudian, jangan tamak mengisi pinggan dengan kuantiti yang banyak. Ramai lagi jemaah yang ingin menikmati juadah berbuka puasa," jelas Siti Norlida yang hadir bersama dua orang anaknya, Daniel Hafiz Hamdan, 13 dan Ali Imran, 9. Jelas anak kelahiran Ipoh, Perak itu, sebelum ini aktiviti berbuka puasa menjadi pilihan orang bujang dan amalan itu popular di kampung-kampung. Namun seiring peredaran zaman, amalan itu turut menjadi perhatian golongan berkeluarga dan warga kota. "Amalan berbuka puasa di masjid dapat meningkat jumlah jemaah dan merapatkan ukhwah sesama manusia. Di sini saya berpeluang menambah kenalan baharu dan mengenali jiran lebih dekat yang sebelum ini sukar untuk bertegur sapa. Kami saling bertukar nombor telefon dan mula merangka aktiviti menarik untuk dilakukan selepas bulan Ramadan. "Kini barulah saya faham betapa program di masjid membantu menyemai semangat kejiranan yang kuat. Insya-Allah jika berkesempatan tahun depan saya ingin meneruskan amalan berbuka puasa di masjid," kata Siti Norlida ketika ditemui Kosmo!. "Tahun ini genap sembilan tahun saya berbuka puasa di masjid. Walaupun tidak penuh selama sebulan tetapi saya akan mencari masa bagi memastikan sekurang-kurangnya lima kali seminggu untuk berbuka di masjid. "Suasana berbuka puasa di rumah mahupun di restoran lebih selesa dan agak mewah, namun hakikatnya berbuka puasa di masjid memiliki keunikan tersendiri meskipun terpaksa duduk bersila di atas lantai dan tidak bermeja. Makanan pula dihidangkan di atas pinggan plastik dan kadangkala pinggan kertas saja," ujar anak jati Sungai Petani, Kedah, Mohd. Faiz Naim Hassan, 25, yang gemar berbuka puasa di Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria, Sungai Petani, Kedah. Didik berdisiplin Dia mula berbuka di masjid pada umur 16 tahun sewaktu menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Pemberian Zakat Fitrah anjuran masjid berkenaan. Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Khidmat Pelanggan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam, Selangor itu salah satu keistimewaan berbuka puasa di masjid ia mendidik para jemaah lelaki ataupun wanita erti disiplin. "Disiplin yang dipamerkan ialah dari aspek solat berjemaah dan berbuka puasa. Di masjid, kita akan berbuka puasa dengan segelas air, sepotong kuih dan beberapa biji kurma sebelum menunaikan solat Maghrib secara jemaah. Selesai solat, barulah kita makan makanan berat. "Selesai berbuka para jemaah berkumpul semula di dalam masjid untuk bersama-sama mengerjakan sembahyang Isyak dan solat sunat tarawih. Situasi menonjolkan perpaduan dan semangat bersatu padu umat Islam dalam menjalani amal ibadat pada bulan Ramadan," jelas Mohd. Faiz yang juga gemar berbuka puasa di masjid kerana enggan terperangkap dalam kesesakan jalan raya. | |
Najib lancar 1M Privilege Card Posted: 07 Aug 2012 05:18 PM PDT
PUTRAJAYA - Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenalkan satu lagi inisiatif terbaharu bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian. Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang'. Ia merupakan lanjutan kepada strategi NBOS 6 yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara. "Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau pendapatan boleh guna rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam. Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 itu menyaksikan kerjasama antara tiga kementerian berkenaan yang membolehkan pemegang kad tersebut menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan. Ia meliputi barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan yang mana senarai syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal berkenaan. Perdana Menteri berkata, kerjasama tentera dan polis memberi banyak manfaat kepada negara dan beliau memberi contoh langkah dua pasukan keselamatan itu berkongsi tempat latihan rekrut, membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan bernilai ratusan juta ringgit. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan