ads

Isnin, 27 Ogos 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Rancang kahwin

Posted: 27 Aug 2012 06:14 PM PDT

MESRA...Chong Wei (kanan) dan Mew Choo bersiar-siar pada Sukan Olimpik London, bulan lalu.
MESRA...Chong Wei (kanan) dan Mew Choo bersiar-siar pada Sukan Olimpik London, bulan lalu.

BEKAS pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei bakal mengikut jejak langkah Lin Dan yang akan melangsungkan perkahwinan selepas merancang menamatkan zaman bujangnya tahun depan.

Pemain yang kini berada di ranking kedua dunia bakal mengahwini bekas ratu badminton negara Wong Mew Choo, meskipun pernah berpisah.


Begitupun Chong Wei belum menetapkan tarikh dan tempat melangsungkan perkahwinan.

"Mungkin saya akan berhenti bermain tahun depan kerana tiada kejohanan besar dan mahu merancang perkahwinan. Saya tidak lagi muda seperti dulu," kata Chong Wei.


Mew Choo, 29, kini bergelar jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) selepas bersara sebagai pemain tahun lalu.


"Kami saling mengenali sejak sekian lama. Ada kalanya berdepan situasi sukar dan bahagia, itulah hubungan kami kerana saya fokus kepada kerjaya dan salah faham sering berlaku," kata Chong Wei mengulas mengenai kisah cintanya dengan Mew Choo yang pernah terputus sekitar 2009, ketika dia menjalani latihan di Korea Selatan.

Menanti reaksi peminat

Posted: 27 Aug 2012 06:10 PM PDT

ARTIS di bawah naungan MIG Productions ini (dari kiri) Zul Suphian, Wawa Zainal, Diana Amir, Mon Ryanti dan Azhari Zaini.

MUSIM raya biasanya akan disambut oleh umat Islam dalam suasana yang gembira dan tenang. Namun, berlainan pula halnya dengan tiga pelakon muda yang sedang meningkat naik ketika ini iaitu Diana Amir, Mon Ryanti dan Wawa Zainal.

Tiga pelakon ini menganggap sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bukan masa untuk bergembira semata-mata. Sebaliknya, ia masa untuk berdoa agar filem berjudul Seram Sejuk dan Salam Cinta lakonan mereka yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara diterima ramai penonton.

Menurut Diana, Salam Cinta merupakan filem bertemakan Islamik kedua yang dilakonkannya selepas 7 Petala Cinta. Biarpun Salam Cinta lebih ringan daripada segi pengucapan dialog dan makna di sebaliknya tetapi dia tidak mahu memandang enteng filem tersebut.

"Saya memang berdebar-debar menantikan tayangan dan sambutan para penonton terhadap filem lakonan saya itu. Ini kerana, sewaktu berlakon dalam 7 Petala Cinta saya belum berhijrah dan tidak bertudung. Hanya kerana mahu menghayati watak bernama Laila itu memerlukan saya bertudung.

"Tetapi berlainan dengan Salam Cinta di mana saya telahpun bertudung dan dua minggu selepas itu maka barulah saya mula menjalani penggambaran filem ini. Selepas bertudung saya tidak lagi melakonkan adegan-adegan yang berpegang tangan dengan pelakon bukan muhrim.

"Saya mula bertudung pada September 2011 dan mulai saat itu saya berlakon bukan setakat mencari makan tetapi juga bagi memberikan mesej yang positif untuk para penonton. Sebab itu, saya berasa berdebar-debar dan berdoa agar Salam Cinta akan sampai ke hati para penonton," katanya.

Dalam pada berdebar-debar menantikan reaksi para penonton terhadap filem terbitan MIG Productions Sdn. Bhd. itu, Diana tetap akan menyambut raya dengan seadanya. Seperti biasa, dia menyambut Hari Lebaran di kampung ibunya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang selama empat hari.

Diana yang telah pun berada di kampungnya sejak 17 Ogos lalu menyambut perayaan buat umat Islam itu dalam keadaan yang rapi. Dia antaranya telah membeli banyak keperluan termasuklah baju-baju raya sewaktu mengerjakan umrah di Mekah pada 8 Jun hingga 21 Jun lalu.

"Saya menunaikan umrah itu bersama-sama kawan-kawan iaitu Irma Hasmie, Yatt, Heliza AF dan 24 lagi anggota rombongan yang lain. Sewaktu di sana saya telah membeli 10 helai jubah. Jubah paling murah saya beli berharga RM40 dan paling mahal RM180 sepasang.

"Sewaktu ke sana saya hanya bawa dua pasang jubah sahaja. Jubah-jubah yang saya beli itu pula saya gunakan sebagai baju raya tahun ini. Insya-Allah mungkin tahun depan di rumah keluarga ayah pula di Batu Pahat, Johor," ujar anak keempat daripada tujuh beradik ini.

Mencabar keupayaan

Mon Ryanti yang turut berlakon dalam Salam Cinta dapat merasai debaran yang lebih kencang berbanding Diana. Ini kerana, filem itu merupakan dalam genre Islamik pertama yang dilakonkannya. Watak Nadia yang dilakonkannya juga turut mencabar keupayaan bakatnya.

"Salam Cinta adalah filem kelima lakonan saya selepas filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Saya berdebar-debar menantikan reaksi para penonton atas lakonan watak Nadia dalam filem terbaru saya ini. Saya takut juga kalau para penonton meluat menonton lakonan saya itu.

"Ini kerana, watak Nadia yang merupakan seorang supermodel digambarkan bersikap angkuh di mana kalau penghayatan watak itu sampai, saya rasa para penonton akan membenci saya sehingga ke luar panggung wayang. Harap-harap jangan sampai ke tahap itulah," pintanya.

Bersederhana

Bercerita tentang sambutan hari raya kali ini, pelakon berusia 24 tahun ini telah pulang ke rumah ibu bapanya di Tampoi, Johor pada 18 Ogos lalu. Biarpun rezekinya dalam bidang lakonan datang mencurah-curah sejak kebelakangan ini tetapi dia tetap bersederhana sewaktu raya ini.

Namun, itu tidak menghalangnya untuk mengadakan majlis rumah terbuka bagi memberi peluang lebih ramai peminat, saudara mara dan sahabat handai berkunjung ke rumahnya kelak. Anak kacukan Hokkien dan Melayu itu lebih senang menyediakan sendiri hidangan untuk tetamunya.

"Tahun ini majlis rumah terbuka saya lebih sederhana. Tahun lalu kami menyediakan tiga khemah untuk menampung para tetamu tetapi kali ini ala kadar sahaja. Apa yang penting hidangan tradisi Johor seperti laksa Johor dan lontong antara menu utama selain redang dan lemang.

"Selain para peminat dan kawan-kawan saya, bapa saya Muhammad Sahudina Abdullah yang berketurunan Cina dan bekas tentera yang telah pencen mempunyai ramai kawan turut menjemput ramai jemputan pada majlis itu," kata anak kedua daripada tiga beradik ini.

Sementara itu, Wawa Zainal paling merasakan debaran paling kencang berbanding Diana dan Mon memandangkan Seram Sejuk merupakan filem pertama lakonannya yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Jelas Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, Seram Sejuk bukan setakat filem pertama lakonannya di layar perak. Malah, menerusi filem arahan Azhari Zain dalam genre komedi seram itu dia melakonkan beberapa adegan yang cukup malu untuk dilakonkannya.

"Dalam filem itu, saya melakonkan watak Rose. Saya antaranya melakonkan watak itu yang terkencing dalam seluar kerana terlalu takut. Saya memang malu untuk melakonkan adegan itu, apatah lagi apabila menerima reaksi daripada para penonton yang menontonnya kelak.

"Sewaktu penggambaran filem ini yang dijalankan di Taman Medan dan Hulu Yam, Selangor itu watak Rose digambarkan sebagai seorang yang gedik. Saya risau juga takut nanti para penonton sudah mula meluat dengan saya biarpun ini adalah filem pertama lakonan saya," ungkapnya.

Bagi melupakan seketika rasa kebimbangannya terhadap sambutan para penonton terhadap Seram Sejuk, pelakon berusia 20 tahun ini melupakannya seketika setelah pulang beraya di samping sanak keluarganya di Lahad Datu, Sabah selama kira-kira seminggu lamanya.

Anak kelapan daripada 11 adik beradik ini mengharapkan debarannya menantikan tayangan Seram Sejuk akan bertukar keceriaan sehingga menyebabkan para penonton yang bakal menontonnya ketawa terbahak-bahak kelak. Itulah harapan anak Melayu Brunei ini untuk filem tersebut.

Ini kerana, selepas itu dua lagi filem lakonan Wawa yang berjudul Budak Pailang yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 1 September ini, manakala sebuah lagi filem lakonannya bertajuk Ahji Noh Motor pula bakal ditayangkan pada 27 September ini.

"Saya anggap kemunculan di layar perak masih baru. Sebelum ini saya cuma sempat berlakon dalam drama televisyen berjudul Klik. Tidak sangka pula rezeki saya dalam filem lebih banyak walaupun ini adalah filem pertama yang memberi peluang pada saya melakonkan watak utama," ujarnya.

Izara korban zaman remaja demi karier

Posted: 27 Aug 2012 06:09 PM PDT

Izara Aisyah
Izara Aisyah

Umurnya bakal mencecah 20 tahun, 28 September ini. Dalam usia muda sebegini, Izara Aisyah boleh dikatakan beruntung kerana mempunyai segalanya.

Bukan saja memiliki raut wajah menawan, malah karier lakonannya juga berjalan lancar tanpa diiringi sebarang kontroversi.

Hari demi hari, bakat anak kelahiran Johor ini semakin mendapat tempat dalam kalangan penonton.

Usai tayangan drama bersiri popular, Vanilla Coklat di TV3 yang berjaya melonjakkan namanya, wajah Izara kini menghiasi pula slot Zehra menerusi drama Naziha.

Dua tahun berada dalam industri selepas memenangi tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010, Izara mengakui semakin selesa menjalani kehidupan sebagai selebriti.

"Alhamdulillah, kehadiran saya dalam dunia lakonan disedari dan diterima peminat yang banyak memberi sokongan.

"Bukan mudah untuk membina karier dan saya anggap ini semua sebagai rezeki," katanya ketika ditemui di majlis anjuran Burger King, baru-baru ini.

Biarpun terpaksa mengorbankan masa remajanya, menurut Izara, tidak sedikit pun terdetik rasa menyesal dengan apa yang dilaluinya.

"Ya, kadang-kadang saya agak tertekan dengan jadual yang padat setiap hari.

"Namun, inilah impian saya dari dulu. Di sebalik semua ini, saya bersyukur kerana emak sentiasa memberi sokongan dan nasihat," katanya yang hanya berkesempatan berehat ketika Ramadan lalu.


Tak memilih

Semakin 'lebat' dengan tawaran lakonan, tidak lama lagi Izara akan memulakan penggambaran filem Putera di samping pelakon handalan seperti Beto Kusyairi dan Namron.

Putera merupakan filem kedua dibintangi Izara selepas KL Zombie dan selepas itu dia bakal terlibat dengan sebuah lagi filem baru.

Mula dikenali daripada drama televisyen, Izara menafikan dia kini hanya memilih tawaran berlakon di layar perak.

"Saya bukanlah terlalu memilih dan akan ambil tawaran mana yang datang dulu, tidak kira drama atau filem.

"Malah, sebagai pelakon baru, saya sedar kemampuan lakonan saya. Jika saya rasa belum layak membawakan sesuatu watak, saya akan tolak," katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian di kolej demi memberi tumpuan kepada lakonan.


Cerewet jadi duta

Selain bergiat aktif dalam lakonan, gadis kacukan Melayu-Pakistan ini turut menjadi pilihan jenama makanan segera terkenal, Burger King sebagai duta selama setahun.

Memulakan tugas barunya itu sejak dua bulan lalu, jelas Izara, dia mempunyai kriteria sendiri sebelum menerima tawaran sesebuah produk.

"Saya memang cerewet dalam bab ini dan hanya memilih produk yang boleh membantu karier saya.

"Selain itu, saya juga akan meneliti terlebih dahulu tugas saya sebagai duta dan pasaran sesebuah produk," katanya yang juga duta Cosry Pink Label dan Secret Garden.

Izara turut menjelaskan dia memilih menjadi duta produk dalam usahanya untuk lebih mendekati peminat.

"Kebiasaannya saya sibuk berlakon dan tiada masa terluang untuk berjumpa peminat.

"Apabila terlibat dengan program diaturkan produk yang saya wakili, dapatlah saya bertemu peminat yang banyak menyokong selama ini," akhirinya.

Tauke-Meera sah cerai

Posted: 27 Aug 2012 06:06 PM PDT

Tauke dan Meera
Ketika saat bahagia Tauke dan Meera

PELAWAK yang lahir menerusi program realiti Raja Lawak terbitan Astro, Tauke, mengesahkan bahawa dia dan isterinya sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, sejak dua minggu lepas.

Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 36, menjelaskan dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas Meera, 23, pada 12 Ogos lalu.

"Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu," katanya.

Sebelum ini kecoh mengatakan rumah tangga yang dibina Tauke dan Meera yang baru berusia beberapa bulan berdepan masalah besar. Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan khabarnya Tauke juga sudah lama tidak bertemu Meera.

Menjawab dakwaan itu, Tauke menjelaskan, "memang benar sebelum ini rumah tangga kami dilanda krisis agak besar apabila dia keluar dengan membawa semua pakaiannya, pada bulan Julai lalu dan puncanya biarlah saya rahsiakan saja."

Perkahwinan ketiga Tauke dengan model sambilan itu berlangsung pada April lalu dan dia mempunyai enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan terdahulu.

Ketika ditanya sama ada dia sudah serik untuk berkahwin lagi, Tauke berkata: "Kalau ada jodoh pada masa akan datang, saya tidak akan menolak tetapi apa-apa pun saya kini mahu lebih fokus kepada kerjaya terlebih dahulu."

Ketika ditanya sambutan Syawal yang lalu, Tauke meraikan Hari Lebaran di kampung halamannya di Pasir Gudang, Johor bersama keluarganya.

Tauke dan rakan kumpulan Jambu, Yus dijangka kembali dengan program komedi berjudul Pondok Jambu yang bakal bersiaran di Astro Warna bermula bulan depan.

Telefon mudah alih dijangka atasi komputer peribadi menjelang 2015

Posted: 27 Aug 2012 06:04 PM PDT

Sekadar gambar hiasan.
Sekadar gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Telefon mudah alih dijangka mengatasi komputer peribadi sebagai peranti akses web umum menjelang 2015, kata PropertyGuru.com.my, gerbang hartanah dalam talian serantau.

"Di seluruh rantau ini, kami melihat lebih ramai orang beralih kepada penembusan dan hubungan mudah alih yang lebih baik.

"Justeru itu, aplikasi kami merupakan sebahagian daripada langkah untuk bergerak seiring dengan aliran ini dan mengukuhkan kedudukan dalam pasaran mudah alih," kata Pengurus Negaranya John Paul Sta Maria dalam satu kenyataan.

Syarikat itu melancarkan aplikasi mudah alih pertamanya di Malaysia pada 9 Ogos bagi pengguna iPhone dan telefon pintar berasaskan Android di negara ini.

Aplikasi itu merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dan menguasai bahagian pasaran dalam pasaran mudah alih yang sedang pesat berkembang.

Pada 15 Ogos, lebih 10,000 muat turun dilaporkan dalam masa seminggu pelancarannya, memberikan prospek baik kepada sasaran syarikat itu untuk mencapai 50,000 muat turun pada akhir September.

Ahli perniagaan rugi RM1 juta akibat ditipu

Posted: 27 Aug 2012 06:00 PM PDT

Ahli perniagaan rugi RM1 juta akibat ditipu
Pegawai penyiasat Insp. Zaharah Jaafar menunjukkan sekeping wang palsu matawang India (India rupee). Sebanyak 402 keping wang kertas 1000 India rupee berjaya dirampas.

IPOH - Seorang ahli perniagaan berusia 53 tahun kerugian hampir RM1 juta apabila ditipu oleh sekumpulan warga Indonesia dalam urusan jual beli 100,000 tan metrik diesel.

Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahlan berkata ahli perniagaan berkenaan membuat laporan polis pada 23 Ogos lepas setelah sebuah bank di sini mengesahkan bahawa draf bank bernilai RM925,000 yang diterimanya adalah palsu.

"Bertindak atas laporan mangsa dan risikan, kita membuat serbuan pada awal pagi tadi dan menahan lima lelaki warga Indonesia di sebuah hotel di sini yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan berusia antara 25 dan 45 tahun serta memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum sepuluh tahun dan dengan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan, katanya.

Dalam kes lain, Shukri berkata anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menahan dua lelaki warga Pakistan masing-masing berusia 22 dan 42 tahun serta seorang warga Lubnan berumur 31 tahun, antara 23 dan 25 Ogos lepas yang dipercayai terlibat dalam wang palsu matawang India (Rupee).

"Suspek datang ke Ipoh dan pergi ke sebuah premis pengurup wang berlesen untuk menukar wang palsu itu kepada Ringgit Malaysia. Apabila pengurup wang berkenaan mengesan wang yang dibawa suspek adalah wang palsu, beliau terus menghubungi polis," katanya.

Dua daripada suspek ditangkap semasa cuba menukar wang palsu di premis berkenaan dan selepas disoal siasat, tangkapan susulan dibuat terhadap seorang lagi suspek di Kuala Lumpur, katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas semua suspek, polis menemui 402 keping wang kertas 1000 Rupee, tiga buah telefon bimbit, sebuah beg berwarna hitam dan dua pasport Pakistan.

"Modus operandi yang digunakan adalah mereka akan ke premis pengurup wang berlesen dan menukar wang palsu matawang India kepada Ringgit Malaysia. Wang palsu yang digunakan suspek berkualiti tinggi dan mangsa sukar mengecam wang kertas palsu itu," katanya.

Katanya kesemua mereka ditahan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 489 C Kanun Keseksaan iaitu memiliki matawang kertas yang dibuat secara palsu atau pelancungan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Shukri menasihati orang ramai terutama pengurup wang berlesen supaya berhati-hati semasa berurusan dengan pelanggan yang ingin menukar wang asing dan segera menghubungi polis sekiranya ada sebarang maklumat.

Bicara Isnin: Kucing diseksa sebelum menjadi lauk

Posted: 27 Aug 2012 05:59 PM PDT

 Ismail Mohd Ali
Presiden Peminat Kucing Malaysia, Ismail Mohd Ali

Kekejaman terhadap kucing bukan sahaja ketika memakan dagingnya, tetapi fikirkan bagaimana ketika membunuh binatang comel itu sebelum dijadikan hidangan atas meja.

Presiden Peminat Kucing Malaysia, Ismail Mohd Ali berkata, perbuatan segelintir manusia dipercayai warga asing yang memakan kucing adalah perbuatan sangat tidak berperikemanusiaan kerana haiwan tersebut perlu melalui tragedi pembunuhan yang cukup tragis sebelum dijadikan hidangan lazat.

"Cuba fikirkan bagaimana mereka yang memakan kucing itu perlu membunuhnya terlebih dahulu. Saya percaya mereka menangkap haiwan itu dan kemudian mematikannya sama ada dipukul dengan teruk atau apa cara pembunuhan sekalipun.

"Tentunya cara kematian kucing itu sangat ngeri dan pembunuhannya sangat kejam. Inilah yang kita kecam," ujar Ismail yang mempunyai kedai kucing di Shah Alam.

Ketika wartawan Bicara Isnin berkunjung ke kedainya tempoh hari, Ismail sedang menyediakan ayam mentah untuk kira-kira 100 kucing yang dimilikinya.

"Kita jaga kucing bukan untuk dimakan. Haiwan ini untuk disayangi kerana ia membantu kita mengurangkan tekanan hidup.

"Tetapi nampaknya kehadiran warga asing di negara ini telah menimbulkan satu budaya baru yang lama kelamaan boleh menjadi kebimbangan masyarakat. Kita khuatir jika amalan memakan kucing berleluasa di kalangan peminat makanan eksotik.

"Nampak seperti remeh, tetapi kita perlu ingat bahawa ini membawa bahaya kepada keselamatan kucing domestik. Begitu juga perasaan pemilik kucing yang melepaskan kucing mereka, namun kemudian hilang, dan hakikatnya jadi hidangan lazat di atas meja warga asing. Keadaan ini sungguh kasihan," katanya sambil tangannya ligat membersihkan ketulan peha ayam.

Katanya, warga asing seperti Myanmar dan Vietnam dikatakan paling gemar memakan kucing dan perlu kita fikirkan bahawa warga asing di negara ini semakin ramai.

"Sedarkah kita amalan itu seperti menjadi wabak yang menular di kalangan warga asing. Bayangkan mereka tinggal di negara ini dan memakan makanan eksotik yang enak secara percuma dengan menangkap serta mencuri kucing-kucing kita.

"Ini yang membimbangkan peminat-peminat kucing kerana kita takut budaya ini meluas dan akhirnya menjadikan kucing sebagai hidangan kegemaran selain anjing.

"Berdasarkan omongan orang, daging kucing juga sesedap daging arnab. Dagingnya kenyal dan lazat dimasak kari, rendang dan sambal. Semakin orang tahu rasa daging kucing, semakin ramai penggemar yang mahu memakannya," ujarnya yang banyak mendapat pengetahuan tentang haiwan itu menerusi Internet.

Katanya, sedangkan dalam keadaan negara yang makmur dan mempunyai banyak makanan untuk santapan, tidak semena-mena hadir amalan yang seolah-olah mengheret masyarakat ke dalam kancah budaya memakan haiwan yang jika difikirkan tidak tergamak dimakan berdasarkan sifat dan keadaan tubuh haiwan itu.

Bahkan ujarnya, amalan warga asing itu sedikit demi sedikit membangunkan budaya kurang ajar kerana perbuatan menangkap kucing yang mungkin ada pemiliknya boleh kita anggap mencuri.

"Bayangkan sekiranya amalan memakan kucing terus berleluasa dan jadi amalan kebiasaan? Dibimbangi kucing domestik akan mudah pupus. Apabila yang berkeliaran sudah habis, bagaimana pula nasib kucing kita di rumah?.

"Saya mewakili peminat-peminat kucing yang lain membantah terhadap penggemar daging kucing. Mengapa kucing yang hendak dimakan, hanya orang kejam sahaja yang tergamak meratah daging haiwan sejinak itu," tegasnya.

Dengan itu beliau berpesan, supaya pemilik kucing berhati-hati sekiranya tidak mahu kucing kesayangan menjadi hidangan di atas meja.

"Saya nasihatkan pemilik kucing supaya meletakkan kucing di tempat selamat. Bukan sahaja untuk penjagaan, tetapi juga bagi mengelakkan sebarang kekejaman serta kucing anda menjadi santapan si penggemar daging kucing," akhiri beliau.

Ikan eksotik dirampas

Posted: 27 Aug 2012 05:57 PM PDT

Ikan eksotik dirampas
Mohamad (dua kiri) bersama kakitangannya menunjukkan antara anak ikan yang dirampas oleh pihak PGA di Rantau Panjang, dua hari lalu.

BACHOK - Sejumlah 17 jenis ikan hiasan eksotik termasuk spesies Phirana dirampas dalam serbuan Pasukan Gerak Am (PGA) di sebuah rumah di Taman Rantau Jaya, Rantau Panjang, jam 7 malam, Sabtu lalu.

Hasil rampasan itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Negeri Perikanan Kelantan, Datuk Mohamad Mat Saman berkata, berdasarkan intipan yang dilakukan pihak PGA mendapati penyeludup membawa masuk ikan hiasan itu dari selatan Thailand melalui pengkalan haram Syed Agil, Rantau Panjang.

Ikan tersebut kemudiannya disimpan di sebuah rumah sebelum menunggu pengangkutan yang akan membawanya kepada pembeli atau pengedar.

"Kebanyakan spesies ikan ini adalah dari spesies eksotik yang jarang ditemui seperti barb, silver shark, betta, pacu, clarias, keli albino dan ikan larangan seperti Phirana yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM12,000.

"Kes ini diserahkan kepada kami di bawah Seksyen 61, Akta Perikanan 1985, mengikut Peraturan Perikanan (Larangan Import Eksport 1990), kerana membawa masuk ikan tanpa permit dan ikan larangan import eksport, " katanya semalam dalam sidang media di Pengkalan Perlindungan Sumber Perikanan, Tawang, di sini.

Beliau berkata, dalam serbuan tersebut sebuah lori yang disyaki sebagai pengangkutan untuk memuatkan ikan tersebut turut dirampas.

"Ikan ini akan dilupuskan terutamanya Phirana yang menjadi ancaman dan perosak ekosistem perikanan memandangkan ia adalah spesies pemakan daging.

"Beberapa ikan yang bersesuaian akan digunakan untuk penyelidikan di Pusat Pengembangan Komuniti dan Akuakultur di Machang," katanya.

Mohamad berkata, kes penyeludupan ikan hiasan eksotik ini sering berlaku berikutan permintaan dari pembekal dan peminat ikan hiasan.

"Semua ikan ini tidak diperolehi di Malaysia dan mempunyai nilai tinggi di pasaran. Kami tidak menolak kemungkinan laluan negeri ini adalah transit sebelum diedarkan ke negeri lain," katanya.

Wanita kongsi kisah silam dirogol bomoh

Posted: 27 Aug 2012 05:55 PM PDT

Wanita konsi kisah silam dirogol bomoh
Rosilawati memberi kata-kata semangat keoada Nur Izah

"SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir ALLAH SWT yang ditentukan-Nya," itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa ditempuhinya.

Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu. Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan kerjaya.

"Sejak kembali ke pangkuan ibu bapa, baru saya ketahui bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat dan percaya kepada seorang bomoh yang berusia lingkungan 40-an," katanya.

Menurutnya, keluarganya mengambil jalan singkat dengan membawanya berjumpa bomoh berkenaan di ibu kota setelah didakwa membawa 'sial' kepada keluarga.

Malang bagi Izah apabila niat keluarganya menemui bomoh terbabit dengan harapan masalah yang dihadapi mereka berjaya dipulihkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol lelaki terbabit.

"Kejadian berlaku apabila bomoh terbabit mendakwa saya menjadi punca masalah rumah tangga serta kewangan ibu bapa," katanya.

Nur Izah berkata, episod hitam bermula apabila bomoh berkenaan menjalankan upacara dengan mengarahkannya mandi terlebih dulu bagi 'membuang sial', sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.

"Saya diperkosa setiap kali berjumpa dengan bomoh berkenaan. Saya juga pernah dipukul abang dan dimarahi keluarga jika saya ingkar untuk menjalankan 'rawatan' itu," katanya.

Menurutnya, disebabkan kejahilan tentang ilmu agama turut menjadi punca perkara ini berlaku ke atas keluarga.

"Banyak perkara dijanjikan bomoh berkenaan seperti kewangan keluarga kembali pulih dan pelbagai janji manis. Difahamkan beberapa orang turut menjadi mangsa bomoh terbabit," katanya.

Nur Izah berkata, dia memaafkan perbuatan keluarganya dan berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.

"Saya tidak salahkan mereka, ia berkemungkinan terpengaruh dengan hasutan bomoh tersebut sehingga rumah, kereta dan harta ditukar milik ke atas nama bomoh berkenaan," katanya.

Menurutnya, setelah perkara itu dimaklumkan kepada ibu saudaranya, dia diselamatkan dan di hantar ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani), Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

"Ibu saudara saya membuat laporan polis. Demi keselamatan, saya ditempatkan di rumah ini untuk belajar ilmu agama," katanya.

Peluang kedua

Rumah Insani turut dihuni seorang remaja bekas penagih dadah. Jefri, 19, (bukan nama sebenar) yang sudi berkongsi kisah silamnya.

"Saya serik dengan pengalaman sebagai penagih sejak di bangku sekolah. Biarpun dibesarkan dengan kasih sayang ibu bapa.

"Saya harap peluang kedua ini, dapatdigunakan untuk hidup lebih gembira dan tenang," katanya.

Menurutnya, semuanya bermula kira-kira 11 tahun lalu ketika tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia bersama rakan ingin mencuba sesuatu yang baru dan mengamalkan gaya hidup bebas.

"Aktiviti itu diteruskan sehingga saya mengabaikan persekolahan dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Jefri berkata, dia sanggup mencuri besi, menjual tong gas apabila kesempitan wang untuk membeli dadah jenis heroin.

"Saya juga mencuri wang ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan bekalan. Saya langsung tidak ambil peduli kesusahan mereka," katanya.

Menurutnya, kini dia tidak akan mensia-siakan 'kehidupan kedua' yang diberikan selepas menjalani proses pemulihan dengan menumpukan sepenuh masa kepada keluarga untuk menebus segala kesilapan lalu.

"Saya memenuhi hasrat arwah ayah agar saya dapat sambung belajar di Yaman. Saya berazam untuk bebas daripada pengaruh dadah," katanya.

Menurutnya, namun setelah pulang kampung dan berjumpa semula rakan lamanya, dia terjerumus buat kali kedua.

"Saya berharap ini yang terakhir kerana saya ingin pulih sepenuhnya dan menjadi anak yang baik. Saya tidak sanggup untuk pulang ke kampung kerana masyarakat tidak mempercayai saya lagi," katanya.

Rumah Insani

Sementara itu, Pengurus Rumah Insani, Ustaz Ahmad Fauzi Hussain berkata, pihaknya membantu ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah segi sosial, dadah dan mental.

"Kami berusaha menjadikan remaja terbabit sebagai insan yang bertakwa, beriman, beramal soleh, berilmu dan berakhlak mulia," katanya.

Menurutnya, kini seramai 10 pelatih lelaki dan 25 pelatih wanita yang menjalani pemulihan di Rumah Insani yang telah beroperasi sejak 2006.

"Pengasas Rumah Insani adalah Ustaz Hanafi Abdul Malek yang berusaha membantu remaja yang bermasalah. Sehingga kini seramai 600 remaja telah melalui proses pemulihan dan rawatan," katanya.

Ahmad Fauzi berkata, antara punca remaja bermasalah faktor persekitaran, pengaruh kawan dan ibu bapa yang tidak mengawal pergaulan anak mereka.

Aiman, Izara mesra bersama

Posted: 27 Aug 2012 05:53 PM PDT



MENUNTUT di sebuah kolej yang sama, Aamir dan Zara saling membenci antara satu sama lain. Namun, kedua-duanya terpaksa menjadi pasangan suami isteri menerusi perkahwinan yang sudah diaturkan oleh keluarga masing-masing.

Ia merupakan rentetan kisah drama bersiri Vanila Coklat yang pernah disiarkan di TV3 pada awal tahun ini sehingga mempopularkan dua nama pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Aiman Hakim Ridza dan Izara Aishah.

Biarpun mereka baru kali pertama digandingkan bersama-sama menerusi drama tersebut, ternyata keserasian yang ditonjolkan telah memberi impak yang positif sehingga kini mereka semakin dikenali ramai.

Malah, kemesraan yang ditampilkan semasa sesi fotografi bersama Kosmo! yang diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam, Selangor baru-baru ini menunjukkan mereka berdua semakin serasi bersama.

"Saya tidak nafikan drama Vanila Coklat telah berhasil melonjakkan nama saya dan Izara. Malah, saya akui selepas membintangi drama tersebut semakin banyak tawaran berlakon yang diterima.

"Mengenai gandingan bersama Izara pula, saya rasa tidak sukar untuk mencari keserasian bersama. Biarpun saya dan Izara boleh dilabelkan sebagai pendatang baharu, tetapi kami telah memberikan yang terbaik dan gembira kerana lakonan kami diterima ramai," ujar Aiman yang baru berusia 23 tahun itu.

Melihat kepada keserasian yang sudah terjalin antara dirinya dan Izara, pelakon kelahiran Johor Bahru, Johor itu menyatakan dia tidak kisah untuk terus digandingkan bersama dalam mana-mana drama, asalkan mendapat watak dan jalan cerita yang menarik.

Malah, kedua-duanya juga baru-baru ini turut digandingkan dengan sebuah telefilem khas Vanila Coklat Raya sempena Aidilfitri yang telah ditayangkan pada hari raya pertama yang lalu.

"Berkenaan dengan filem Vanila Coklat yang pernah dirancang untuk dihasilkan, saya memang masih lagi mengharapkan agar ia dapat direalisasikan kerana ia merupakan permintaan daripada peminat sendiri," jelasnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai sambutan lebaran pada tahun ini, Aiman menjelaskan ia pastinya memberi kelainan apabila buat kali pertama dapat meraikannya sebagai seorang artis.


BAGAIKAN pasangan kekasih di alam realiti, Aiman dan Izara tidak kekok sebagai pasangan suami isteri dalam drama Vanila Coklat.


"Kalau diikutkan memang terdapat banyak perbezaan ketara kerana kini orang lebih mengenali diri saya dan tidak dinafikan perasaan berdebar itu tetap ada kerana semakin ramai yang sudah mengenali diri saya.

"Bagaimanapun, saya tetap berasa gembira dan seboleh-bolehnya mahu dapat mendekati lebih ramai peminat yang menyokong kerjaya saya dan cuba untuk melayan sebaik mungkin kalau ada yang berkesempatan datang beraya ke rumah," ujarnya.

Menurut Aiman, pada tahun ini juga dia tidak pulang berhari raya ke kampung halamannya di Batu Pahat, Johor. Sebaliknya dia sekeluarga menyambutnya di Kuala Lumpur sahaja.

Masih menyanyi

Sebelum berkecimpung dalam dunia lakonan, pastinya ramai yang sudah tahu bahawa Aiman terlebih dahulu mencuba terbabit dalam bidang nyanyian dengan menyertai Mentor musim kelima pada tahun lalu.

Bagaimanapun, nasibnya dalam program realiti TV nyanyian tersebut tidak menyebelahinya apabila dia gagal meneruskan saingan ke peringkat seterusnya, biarpun mendapat bimbingan daripada penyanyi terkenal, Rahim Maarof.

Ditanya sama ada dia masih lagi berminat untuk menceburi bidang nyanyian memandangkan sudah dikenali sebagai pelakon, Aiman memberitahu dunia nyanyian masih lagi tersemat dalam jiwanya.

"Selepas tamat menyertai rancangan Mentor 5 dahulu saya masih tetap mendapat undangan untuk membuat persembahan termasuk muncul dengan single berjudul Khalimah Janji. Cuma sekarang ini rezeki saya nampaknya lebih terarah kepada bidang lakonan pula.

"Buat masa ini biarlah saya tumpu kepada lakonan sahaja terlebih dahulu. Sekiranya ada tawaran untuk menghasilkan album atau single, mungkin saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu," jelasnya.

Makin selesa

Bagi Izara pula, sambutan lebaran pada tahun ini ternyata lebih bermakna dan menganggap tahun ini cukup bertuah buat dirinya.

Berbanding dengan pasangannya dalam drama tersebut yang pertama kali merasai nikmat Aidilfitri sebagai seorang artis, Izara mengakui gembira kerana dia semakin dikenali ramai gara-gara impak terhadap drama berkenaan serta tawaran berlakon yang semakin banyak diterimanya.

"Tidak dinafikan menyambut hari lebaran sebelum bergelar artis dan sekarang memang jauh berbeza. Namun, kini saya berasa semakin selesa dan tidaklah terlalu kekok kalau meraikannya bersama peminat.

"Bagaimanapun, persiapan untuk menyambut lebaran pada kali ini terpaksa dilakukan pada saat-saat akhir memandangkan sepanjang bulan puasa saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti dan penggambaran," jelasnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai sambutan hari raya pada tahun ini, Izara memberitahu dia sekeluarga menyambutnya di Johor Bahru, Johor selama beberapa hari sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.


DUA figura muda dan popular ini mengakui teruja menyambut Aidifitri pada tahun ini.


Ditanya mengenai pengalaman paling menarik yang pernah dilalui sewaktu menyambut lebaran, Izara menyatakan saat-saat dapat berkumpul dengan ahli keluarga yang lain termasuk bersama sepupu merupakan kenangan paling indah yang dirasai.

Bagaimanapun, suasana kemeriahan tersebut kini semakin kurang dirasai memandangkan kebanyakan sepupunya sudah ramai yang mendirikan rumah tangga dan pulang berhari raya ke kampung pasangan masing-masing.

"Kalau dahulu setiap kali tibanya Aidilfitri saya antara individu yang paling teruja. Yang paling menarik sehingga ke hari ini saya masih lagi mendapat duit raya, meskipun usia saya sekarang sudah mencecah 20 tahun," ujarnya.

Sementara itu, pelakon berkenaan menyatakan selepas cuti berhari raya dia akan terbabit dengan penggambaran dua filem, malah memberitahu jadualnya lakonannya agak padat sehingga hujung tahun ini.

Menurut Izara, biarpun dirinya agak jarang dipalit dengan sebarang cerita kontroversi, namun dia gembira kerana tawaran lakonan yang diterima sehingga kini masih lagi tidak putus-putus.

"Saya bersyukur kerana kerjaya seni saya sekarang semakin berkembang, namun ia tidak bermakna saya sudah berada di zon selesa. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari dan berharap agar mendapat lebih banyak tawaran dengan watak-watak yang berbeza.

"Lagipun sebagai seorang pelakon baharu saya perlu mencuba apa sahaja watak memandangkan saya masih lagi dalam proses pembelajaran.

"Bagaimanapun, saya sangat berterima kasih kepada peminat yang memang banyak menyokong kerjaya seni saya," ujarnya.

Ia tak buruk - Que

Posted: 27 Aug 2012 05:50 PM PDT


QUE bersama dua orang anaknya, Qalif dan Ratu serta isteri, Linda pada majlis sambutan ulang tahun Ratu tahun lalu. Anak ketiga mereka, Cleopatra tiada dalam gambar.


SIAPA tidak sayang anak! Begitu juga perasaan pelakon berbakat besar, Que Haidar apabila baru-baru ini nama cahaya mata keduanya yang dilahirkan tiga bulan lalu menjadi pertikaian banyak pihak.

Ada yang mendakwa nama Tengku Cleopatra Haidar sangat kebaratan dan tidak sesuai diberikan untuk seorang yang beragama Islam, malah ramai yang menyarankan dia memilih nama yang lebih mencerminkan nilai Melayu dan Islam.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 33, yang juga memiliki dua orang anak bersama guru tarian, Linda Jasmine iaitu Qalif Khan (anak hasil perkahwinan pertama Linda) dan Tengku Ratu Haidar, 4, tampil memberikan penjelasan dan menyatakan pendiriannya kepada Kosmo! ketika ditemui di sebuah majlis anjuran Lord's Tailor di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Que sedar atau tidak akan kata-kata sesetengah pihak yang kurang senang apabila anda menamakan puteri kedua dengan nama Tengku Cleopatra sempena nama permaisuri Mesir suatu ketika dulu?

QUE: Sebelum memilih nama itu, kami sudah memikirkan baik buruk dan sudah memahami maksud di sebalik nama itu. Ertinya kekuatan bapa atau glory of father daripada bahasa Greek.

Jadi apa masalahnya? Saya rasa tidak perlu timbul isu sesuai atau tidak sesuai nama yang saya beri kepada anak saya. Apakah nama yang sesuai dan melambangkan orang Johor atau orang Malaysia?

Apabila ada juga sesetengah pihak yang menilai pemilihan nama yang sesuai mencerminkan akhlak seseorang anak, bagaimana pandangan anda?

Tidak ada kena-mengena nama seseorang dan personaliti. Jika dibentuk dengan cara yang baik, maka akan jadi baiklah seseorang itu. Nama itu pun bukan membawa maksud sesuatu yang buruk. Contohnya nama bapa saya iaitu Tengku Haidar yang bermaksud singa, tapi bagi saya dia lelaki paling mulia dan baik yang pernah saya kenali dalam hidup. Jadi bukan nama orang yang menilai personaliti.

Anda ada alasan sendiri untuk tidak mempedulikan kata-kata orang sekeliling?

Saya menghiburkan masyarakat sejak usia 16 tahun lagi dan sekarang sudah tiba waktu untuk saya berasa gembira dengan keputusan dan kehidupan saya. Saya gembira memilih nama Tengku Cleopatra Haidar untuk anak saya dan keluarga saya juga gembira. Ini masa saya dan inilah saya sekarang! Saya gembira untuk memanggilnya dengan nama itu.

Pandangan anda terhadap komen-komen negatif di internet berkenaan pilihan nama Cleopatra?

Saya tidak anggap perkara itu besar dan saya rasa orang yang memberikan komen di internet tidak berapa pandai. Anak saya seorang Islam dan saya sendiri yang qamat Tengku Cleopatra Haidar. Saya rasa tidak menjadi masalah.

Terkilan atau sedih dengan perkara ini?

Saya sedih apabila kebanyakan yang memberikan komen terdiri daripada kaum Melayu dan bagi saya mereka berfikiran sempit. Tapi tidak kurang juga ada yang memuji. Saya agak terperanjat sebenarnya dengan respons negatif segelintir pihak, tapi tidak mengapa kerana ia tidak memberi kesan pun.

Memandangkan anda sekarang sudah semakin menyepi daripada dunia seni, mungkin anda ada perancangan lain selain daripada berlakon?

Tawaran berlakon masih ada, cuma saya terlalu cerewet. Saya perlu pastikan skrip, karakter, pengarah dan pelakon lain menepati kriteria yang saya inginkan. Saya melihat keseluruhan aspek kerana saya kini mempunyai keluarga yang perlu diberikan perhatian dari segi masa. Saya mahukan sebuah naskhah yang mempunyai pengisian ke arah kemasyarakatan dan bermakna untuk memberi pendidikan kepada penonton.

Selain meluangkan masa bersama keluarga, apa aktiviti lain buat masa sekarang?

Saya masih menantikan tayangan filem Rock 2 pada bulan Mac tahun depan. Selepas pementasan Primadona, saya ada terfikir untuk berlakon dalam beberapa buah teater lain, tapi belum diputuskan buat masa sekarang. Saya belum sedia untuk menjadi pengarah kerana risikonya tinggi dan biar betul-betul bersedia. Buat masa sekarang kebanyakan projek saya masih dalam proses perbincangan.

Rekod Ek Tha Tiger

Posted: 27 Aug 2012 05:49 PM PDT


GANDINGAN Katrina Kaif dan Salman Khan dalam Ek Tha Tiger menjadi fenomena masa kini.


FILEM milik Kabir Khan, Ek Tha Tiger yang menggandingkan pasangan Salman Khan dan Katrina Kaif mencipta rekod apabila memperoleh sebanyak RM56.4 juta (Rs 100 crore) hanya lima hari tayangan!

Kutipan luar biasa tersebut bukan satu kejutan, sebaliknya telah dijangka. Ia turut menjadikan filem tersebut sebagai filem Bollywood paling pantas meraih kutipan pecah panggung.

Selain itu, Ek Tha Tiger menjadi filem pecah panggung terbesar lakonan Salman, sekali gus memecah kutipan pecah panggung filem lakonannya sebelum ini, Bodyguard iaitu sebanyak RM50 juta (Rs 87 crore).

Pemerhati filem meramalkan, untuk tempoh tayangan sepanjang Aidilfitri ini, Ek Tha Tiger dijangka mencapai kutipan lebih RM100 juta (Rs 150 crore) dan mampu memecah rekod kutipan filem 3 Idiots yang mempunyai kutipan bersih sebanyak RM220 juta (Rs 200 crore).

"Kutipan yang mereka peroleh sejak ia mula ditayangkan pada 15 Ogos lalu memang merupakan satu rekod yang luar biasa. Dijangkakan, kutipan akan terus bertambah dan tidak mustahil filem ini akan menjadi filem pecah panggung paling hebat abad ini," ujar seorang pemerhati filem.

Sementara Ek Tha Tiger mengalami fenomena yang luar biasa, sebuah lagi filem yang ditayangkan serentak dengan filem tersebut, Gangs of Wasseypur Part II, gagal meraih perhatian penonton.

Timbang kenaikan gaji juruterbang polis

Posted: 27 Aug 2012 05:46 PM PDT


SALLEH (kiri) beramah mesra dengan Penolong Pengarah King Air PGU, Asisten Komisioner Kamaruddin Ismail dan pegawai lain di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PGU PDRM) meminta kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji serta pemberian insentif kepada juruterbang pasukan itu supaya mereka tidak berhijrah ke sektor komersial yang menawarkan gaji lebih lumayan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid berkata, perkara tersebut disuarakan memandangkan buat masa ini juruterbang PGU PDRM semakin berkurangan.

"Setakat ini, seramai 30 juruterbang telah meletakkan jawatan dan jumlah terkini juruterbang ialah seramai 105 pegawai," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat di PGU Pengkalan Semenanjung, Sungai Besi di sini semalam.

Padah tendang kakak pada pagi raya

Posted: 27 Aug 2012 05:45 PM PDT


MUHAMMAD NAJMI didakwadi Mahkamah Majistret Kota Bharu kerana menendang kakak tirinya semalam.


KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menendang lutut kakak tirinya di rumah mereka di Jalan Kuala Krai di sini pada pagi 1 Syawal lalu, yang lazimnya menjadi detik untuk umat Islam bermaaf-maafan.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Najmi Yamin, 20, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan semasa dihadapkan di hadapan Majistret Muhamad Safuan Azhar.

Muhammad Najmi didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Paziah Mat Rovi, 38, dengan menendang lutut kiri mangsa di sebuah rumah di Kampung Tunjung di Jalan Kuala Krai di sini pada pukul 10.30 pagi 19 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dua cedera ambulans terbalik

Posted: 27 Aug 2012 05:34 PM PDT


BEGINILAH keadaan sebuah ambulans yang terbalik hingga menyebabkan pemandu dan seorang jururawat cedera dalam kemalangan di Kuching semalam.


KUCHING – Seorang pemandu ambulans dan seorang jururawat nyaris cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki itu terbabas lalu terbalik di atas pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Wan Alwi di sini semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Hospital Pakar Kuching, Tabuan Stutong di sini ke Tabuan Dayak untuk mengambil pesakit. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tiga kilometer.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila pemandu ambulans tersebut hilang kawalan ekoran jalan licin ketika hujan lebat di sepanjang perjalanan.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Polis percaya kejadian itu disebabkan jalan licin ekoran hujan lebat. Pemandu ambulans dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terhumban melepasi penghadang ke jalan bertentangan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kejadian itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira dua kilometer ekoran pemandu bertindak memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kemalangan tersebut.

Lelaki dijel ugut bunuh isteri

Posted: 27 Aug 2012 05:32 PM PDT


MOHD. FADZLI dijatuhi hukuman penjara dan denda atas tuduhan mengugut bunuh isterinya di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang penghantar surat dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan mengugut untuk membunuh isterinya selepas menuduh wanita itu curang.

Majistret Muhamad Safuan Azhar menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh Mohd. Fadzli Ibrahim, 24, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Muhamad Safuan mengarahkan hukuman tersebut berkuat kuasa semalam dan jika tertuduh gagal membayar denda, dia akan dipenjarakan tiga bulan lagi.

Mohd. Fadzli didakwa mengugut isterinya, Wan Nor Aishah Wan Hassan, 24, di sebuah rumah di Jalan Sultanah Zainab di sini pada pukul 8 pagi, 23 Ogos lalu dengan mengacukan pisau ke arah mangsa.

Bapa tekad tinggalkan 3 anak

Posted: 27 Aug 2012 05:29 PM PDT


NURUL SAFIZA (kiri) menjaga dua adiknya, Muhammad Nurhan (tengah) dan Nur Masyita Amiera di rumah mereka di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Nordi Adi, bapa kepada Siti Norzana, 12, yang masih terkandas di Indonesia bersama keluarga bekas isteri keduanya, Karsini Kaslam, 25, tekad meninggalkan tiga anaknya bersendirian di Flat Taman Kempas di sini.

Lelaki itu dipercayai menuju ke Lampung, Indonesia bersendirian untuk menyelamatkan anaknya yang kini didakwa di bawah cengkaman bapa angkatnya.

Dia dipercayai berbuat demikian lantaran kecewa kerana mendakwa sudah terlalu lama menunggu janji pihak tertentu untuk membawa anak kesayangannya pulang ke pangkuannya.

Namun, sebelum bertekad meninggalkan tanah air, niat itu terlebih dulu telah disuarakan Nordi, 57, kepada wartawan Kosmo! melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon yang dibuat sejam sebelum dia berangkat ke negara seberang.

Berikut adalah beberapa petikan SMS yang dihantar kepada Kosmo!:

Nordi: Mungkin esok (24 Ogos lalu), saya akan tinggalkan tiga anak saya.

Kosmo!: Apa maksud pakcik?

Nordi: Saya pergi sahut cabaran bapa angkat Siti Norzana. Tunggu berita Interpol, macam tunggu buah tak gugur.

Kosmo!: Pakcik sudah beli tiket kapal terbang?

Nordi: Saya keluar melalui jalan belakang.

Nordi dipercayai meninggalkan rumah dan tiga anaknya, Nurul Safiza, 11, Muhammad Nurhan, 9, dan Nur Masyita Amiera, 8, di Flat Taman Kempas di sini kira-kira pukul 10.30 pagi, 24 Ogos lalu menggunakan perkhidmatan feri.

Membuktikan tindak-tanduknya bukan main-main, dia menghubungi Kosmo! semula menggunakan talian dari Indonesia kira-kira pukul 3.45 petang pada hari yang sama.

"Saya sudah berada di Lampung, saya sudah bersedia berjuang walau apa juga rintangan untuk selamatkan Zana, tolong tengok-tengokkan anak saya," katanya ringkas.

Nordi sebelum ini telah mendapatkan bantuan daripada Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO untuk menyelamatkan empat anaknya yang didakwa diculik dan disimpan oleh ibu tiri mereka di Lampung, Indonesia, sejak dua tahun lalu.

Misi itu, bagaimanapun hanya berjaya membawa pulang tiga daripada mereka manakala Siti Norzana tidak dapat dibawa bersama pada 30 Jun lalu selepas Suwwandi Kariorojo, 44, yang mendakwa sebagai bapa angkat kanak-kanak itu enggan membenarkannya pulang ke negara ini.

Dalam pada itu, Nordi ketika ditanya bagaimana nasib ketiga-tiga anaknya yang ditinggalkannya, jawabnya: "Saya serah kepada Allah. Tiada siapa menjaga mereka, sudah kehendak takdir, terpaksa saya terima dugaan ini. Untuk seminggu dua (duit belanja) cukup, seterusnya, entahlah."

14 lagi mayat ditemui dekat Damsyik

Posted: 27 Aug 2012 05:28 PM PDT

FOTO menunjukkan mayat-mayat terbaring di atas simen semalam di bandar Daraya dekat ibu kota Damsyik.


BEIRUT - Sekurang-kurangnya 14 lagi mayat ditemui di bandar Daraya dekat Damsyik selepas aktivis melaporkan satu pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan berlaku di situ dalam serangan lima hari oleh tentera rejim Syria, kata pemerhati semalam.

Kumpulan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia sebelum ini melaporkan penemuan 320 mayat di Daraya selepas satu serangan yang disifatkan sebagai sangat kejam, pembunuhan tanpa perbicaraan dan serbuan rumah ke rumah oleh tentera kerajaan.

Pemerhati berkata, sehingga kini ia telah mengenal pasti seramai 220 mangsa yang dibunuh.

Jawatankuasa Penyelaras Tempatan sebuah rangkaian aktivis menyifatkan insiden itu sebagai pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan pemerhati Britain menjelaskan sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh di negara bersengketa itu kelmarin. Mereka terdiri daripada 105 orang awam, 26 pejuang pemberontak dan 18 tentera.

Kelmarin, tentera rejim mengebom bandar Basra al-Sham dalam wilayah Daraa dan membunuh sekurang-kurangnya 17 orang awam.

Serangan terbaru yang berlaku semalam pula membunuh tiga orang lelaki, kanak-kanak dan dua wanita di Kafr Batna dalam wilayah Damsyik.

Menurut angka pemerhati, kira-kira 25,000 mangsa yang kebanyakannya orang awam telah terbunuh di Syria sejak tercetusnya kebangkitan rakyat pada Mac tahun lalu.

Penganut fahaman Syiah di Indonesia diserang

Posted: 27 Aug 2012 05:27 PM PDT




SAMPANG, Indonesia - Serangan ke atas penganut fahaman Syiah di Indonesia menyebabkan dua lelaki terbunuh dan berpuluh-puluh buah rumah dibakar.

Kira-kira 500 orang penganut fahaman Sunni bersenjatakan parang kecil dikatakan menyerang sekumpulan pelajar di bandar Sampang, wilayah Jawa Timur pada Ahad lalu.

"Perselisihan fahaman agama kian meningkat kerana penguatkuasaan undang-undang untuk menangani keganasan tidak dilaksanakan dengan berkesan. Keadaan ini menggalakkan berlakunya keganasan ke atas orang awam," kata penyelidik Institut untuk Demokrasi dan Keamanan Setara, Ismail Hasani.

Jurucakap polis wilayah Jawa Timur, Hilman Thayib memberitahu, dua lelaki terbunuh dan enam yang lain cedera. Sementara sebanyak 39 buah rumah dibakar dalam serangan terbabit. Menurutnya, hampir 2,000 orang pegawai polis dan keselamatan diarah ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.

"Mangsa mati kerana diserang dengan sabit. Seorang mati di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia pagi tadi. Setakat ini, kami telah menahan lapan orang suspek," kata Thayib.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono semalam mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.

Ini bukan insiden pertama di wilayah tersebut. Disember lalu, penganut fahaman Syiah di Nangkernang diserang. Beratus-ratus rumah dan sebuah sekolah agama dibakar, sekali gus memaksa 500 orang mangsa melarikan diri dari kampung mereka.

Perry tolak tawaran jadi juri American Idol

Posted: 27 Aug 2012 05:26 PM PDT


AKSI Katy Perry ketika mempromosikan filemnya yang bertajuk Part of me 3D di Rio de Janeiro, Brazil. Perry tetap enggan menjadi juri American Idol walaupun ditawarkan wang sebanyak RM60.8 juta.


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Katy Perry menolak tawaran sebanyak AS$20 juta (RM60.8 juta) untuk menjadi juri program televisyen American Idol, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Menurut portal hiburan TMZ.com, penyanyi lagu Wide Awake itu tidak berganjak dengan keputusannya. Dia juga tidak pasti sama ada American Idol adalah langkah betul untuk mengembangkan kerjayanya.

"Katy Perry sedang hangat diburu. Mereka sangat mahukannya," kata satu sumber kepada akhbar Us Weekly.

Sewaktu diwawancara oleh majalah Hollywood Reporter pada Julai lalu, Perry, 27, pernah mendedahkan bahawa dia berasa belum sesuai menjadi juri program televisyen.

Setakat ini, hanya penyanyi pop terkenal, Mariah Carey mengesahkan penyertaan sebagai juri untuk musim American Idol akan datang. Carey dilaporkan bakal menerima bayaran sebanyak AS$$18 juta (RM54.7 juta).

Sebelum ini, bintang terkenal Jennifer Lopez yang juga bekas juri program itu menerima bayaran sebanyak AS$12 juta (RM36.5 juta) bagi setiap musim.

Antara selebriti lain yang disebut-sebut bakal menyertai American Idol sebagai juri termasuklah Nicki Minaj, Pharell Williams, Nick Jonas, Keith Urban dan Kanye West.

Kabaret guna robot wanita pikat pelanggan

Posted: 27 Aug 2012 05:25 PM PDT


Dua wanita memakai bikini (kiri) mengendalikan robot perempuan setinggi 3.6 meter di Restoran Robot di daerah Kabukicho, Tokyo, 16 Ogos lalu.


TOKYO - Di sebuah restoran yang terletak di daerah hiburan di sini, empat buah robot wanita mengenyit mata dan melambaikan tangan sambil bergerak mengikut rentak gendang tradisi Jepun dan lagu Lady Gaga.

Suasana itu menandakan bermulanya persembahan di 'Restoran Robot' yang merupakan sebuah restoran kabaret berteknologi tinggi di Jepun.

Sebahagian besar robot industri di dunia digunakan di negara ini.

Pemilik restoran berkenaan menyatakan, dia berbelanja 10 bilion yen (RM391.2 juta) dan menunggu selama tiga tahun untuk keempat-empat robot itu disiapkan.

"Semuanya kecuali komponen utama robot ini dihasilkan dan dipasang oleh kami," kata jurucakap kabaret berkenaan, Watanabe.

Katanya, robot wanita itu memiliki ketinggian 3.6 meter. Robot yang ditempah khas tersebut mempunyai ciri-ciri raut wajah yang dikawal oleh penari kelab berkenaan.

Bahagian bawah tubuh robot tersebut dilengkapi beberapa tempat duduk seperti karakter siri kartun popular Jepun, Gundam.

Bahagian tubuh atas robot itu dihiasi dengan pakaian dalam pahlawan wanita futuristik.

Robot tersebut turut dirias dengan rambut berwarna perang, coklat dan merah bersama mata biru atau hijau.

Setiap robot tersebut dikawal oleh dua penari wanita berbikini.

Penari-penari itu akan duduk di kerusi yang terletak di bahagian perut robot berkenaan.

Mereka akan mengawal raut wajah dan kaki robot berkenaan dengan menggunakan kayu bedik sepanjang persembahan robot wanita itu berlangsung.

Konsep di sebalik pembukaan restoran itu adalah bergaduh, wanita yang lincah dan robot-robot tersebut adalah sebahagian daripada tema restoran ini.

Kambing panjat pokok di Maghribi

Posted: 27 Aug 2012 05:24 PM PDT


BEBERAPA ekor kambing memanjat pokok argan untuk memakan buahnya di sebuah gurun dekat Essaouira, Maghribi semalam.


RABAT - Senario beberapa ekor kambing memanjat sebuah pokok argan di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi mendapat sambutan hebat di laman perkongsian video YouTube.

Haiwan itu memanjat pohon berkenaan untuk memakan buahnya yang manis.

Pokok yang dapat hidup pada musim kemarau itu digunakan oleh penduduk Maghribi untuk menghasilkan sejenis minyak bagi pembuatan kosmetik dan ubat.

Minyak argan merupakan antara minyak termahal di dunia dengan komoditi tersebut dijual pada harga sekitar AS$300 (RM939) seliter.

Tanda nama istimewa si mati

Posted: 27 Aug 2012 05:23 PM PDT



KAMPUNG Dumpil Keramat dan segala isi penghuninya memang unik. Kampung yang terletak di Putatan, Sabah itu telah lama menjadi saksi kepada keistimewaan pertukangan tangan penduduknya.

Bagaimanapun, pertukangan yang disebut-sebut ramai itu bukanlah melibatkan raga rotan, seni kayu atau kaca mahupun kraf dekorasi yang lazim diusahakan secara tradisi di desa.

Melewati jalan masuk ke kampung yang terletak kira-kira 13 kilometer dari Kota Kinabalu itu sahaja sudah mencuri perhatian ramai. Deretan pondok kecil yang mempamerkan susunan batu nisan dan pusara (bakun) sudah cukup mengundang pelbagai perasaan yang bercampur-baur

Bagi mereka yang baru kali pertama mengenali kampung itu, batu-batu nisan itu adalah suatu petanda bahawa mereka sedang melintasi sebuah kampung yang ramai penduduknya menghasilkan keperluan bagi perjalanan akhir hayat manusia.

Oleh kerana masyarakatnya banyak melibatkan diri dengan pembuatan penanda kuburan itu, kampung tersebut dikenali dengan jolokan 'lubuk batu nisan' oleh masyarakat setempat dan sekitarnya.

Bagi ramai orang, batu nisan dilihat sebagai lambang yang menandakan noktah sebuah kehidupan. Ia juga dikaitkan dengan emosi hiba dan kepiluan selain sesetengah yang lain percaya ia mempunyai kaitan dengan dunia mistik yang menakutkan. Walau apapun penerimaan dan persepsinya, penduduk di Kampung Dumpil Keramat menganggapnya sebagai sumber rezeki.

Paling popular pastinya perusahaan Century Enterprise, iaitu syarikat milik bekas pemain sepak takraw Sabah, Sharif Banisadr Hashim.

Hanya tanda nama

Ketika anak muda lain lebih berminat menceburi bidang profesional, Sharif yang baru berusia 30 tahun adalah contoh anak muda yang memiliki pendekatan berbeza dalam mencari rezeki.

Memiliki pengalaman lima tahun sebagai kuli di sebuah kedai pembuatan batu nisan, Sharif pantas menimba pengalaman seterusnya mengambil peluang menubuhkan syarikat sendiri di atas nama Century Enterprise sejak 2007.

"Saya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan hanya bersekolah setakat tingkatan lima. Saya bermula sebagai seorang kuli dengan kerja hakiki adalah pembancuh simen.


SHARIF menunjukkan koleksi batu nisan yang sedia untuk dijual kepada para pelanggannya.


"Bagaimanapun, saya melihat potensi yang tinggi pada perniagaan ini. Saya tahu, batu nisan adalah benda yang sensitif, tetapi atas niat untuk mencari rezeki yang halal, isu tersebut terpaksa saya ketepikan," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Sharif, pandangan orang ramai yang menganggap pembuat batu nisan sepertinya selalu mengharapkan kematian bagi mendapat rezeki turut disangkal.

"Kami tidak pernah meminta kematian ataupun mendoakan kematian. Tetapi harus diingat, kematian adalah sesuatu yang pasti.

"Batu nisan dan pusara yang kami usahakan ini hanyalah semata-mata tanda nama bagi si mati," ujarnya.

Pelbagai jenis

Mengulas lanjut, Sharif yang dibantu kakaknya, Sharifah Nordie Sharif Hashim, 36, berkata, proses pembuatan batu nisan dan pusara bukanlah sesuatu yang sukar, tetapi memerlukan ketelitian serta ketepatan.

Tambahnya, setiap batu nisan perlu dihasilkan dengan kualiti yang baik bagi memenuhi permintaan keluarga si mati.

"Batu nisan ada tiga jenis iaitu nisan bulat, nisan persegi dan nisan jubin. Bentuknya pula pelbagai iaitu bulat, leper, kecil ataupun bersaiz besar dan dijual pada harga RM50 hingga RM250.

"Bagaimanapun, ada sesetengah pelanggan yang mahukan nisan dan pusara yang diperbuat daripada batu marmar. Nisan ini cukup mahal kerana bahan yang digunakan sukar untuk diperoleh," katanya.

Ujar Sharif, harga bagi nisan marmar biasanya mampu mencecah sehingga RM1,800 sebatang sementara bagi pusara pula adalah RM8,000.

Bagi memenuhi permintaan, beliau terpaksa mengupah lapan pekerja bagi membantunya menyiapkan tempahan.

Setiap pekerja yang diupah mempunyai kemahiran masing-masing sama ada dalam pembuatan batu nisan jubin ataupun pusara.

"Untuk sebatang batu nisan, kami memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk menyiapkannya termasuk proses mengilat dan menulis nama si mati.

"Namun, ia bergantung kepada saiz yang diminta kerana ada sesetengah pelanggan yang mahukan batu nisan besar yang mencecah berat sehingga 20 kilogram," jelasnya yang mampu menyiapkan 250 batang batu nisan dan 40 pusara dalam sebulan.

Dieksport ke luar negara

Dalam pada itu, kakak Sharif, Sharifah yang bertanggungjawab bagi menulis dan menghias batu nisan mengakui mereka bukan sahaja membuat tempahan untuk negeri Sabah, malah batu nisan yang dihasilkan turut dieksport ke Indonesia dan Filipina.

Jelas Sharifah, hasil tangan syarikat itu turut mendapat perhatian orang-orang kenamaan termasuklah dari Brunei.

"Kami memang mementingkan kualiti dan sebab itu ada pelanggan dari negara luar seperti Indonesia, Filipina dan Brunei yang sanggup membuat tempahan daripada kami.


SUASANA pemandangan biasa di Kampung Dumpil Keramat yang terkenal dengan perusahaan membuat batu nisan.


"Mereka akan datang ke sini dan membeli terus batu nisan yang telah siap. Kemudian mereka akan memasangnya sendiri di pusara ahli keluarga mereka," katanya.

Bagaimanapun katanya, Century Enterprise turut menyediakan perkhidmatan sokongan seperti pengangkutan dan pemasangan batu nisan serta pusara.

"Bagi kawasan berhampiran, kami ada menawarkan pakej penghantaran dan pemasangan batu nisan serta pusara.

"Biasanya, pusara yang dipasang akan disiapkan sepenuhnya di bengkel sebelum dibawa ke tanah perkuburuan," ujarnya.

Beliau turut berkongsi cerita bahawa ada pengunjung dari negeri di Semenanjung Malaysia yang kebetulan datang ke Sabah untuk bercuti telah tertarik dengan hasil pembuatan nisan oleh adiknya.

Penduduk kongsi rezeki

Perkembangan positif yang dirai syarikat Century Enterprise hasil daripada perniagaan batu nisan dan pusara mendorong beberapa individu lain untuk mencuba nasib.

Paling menarik, kebanyakan pengusaha batu nisan di kawasan ini adalah penduduk Kampung Dumpil Keramat dan mereka yang pernah berkerja di bawah Century Enterprise.

"Di kawasan kami sahaja ada tiga pengusaha batu nisan. Ia adalah persaingan yang sihat kerana kami juga saling membantu antara satu sama lain

"Pelanggan yang datang mempunyai cita rasa sendiri dan dengan adanya bengkel-bengkel lain, maka ia akan memberi lebih banyak pilihan," tambah Sharif.

Dalam pada itu, Sharif turut mengakui tidak semua hasil kerja syarikatnya mampu memuaskan hati pelanggan.

Namun, setiap kritikan yang diterima daripada pelanggan dianggapnya sebagai rahmat untuk menghasilkan batu nisan berkualiti tinggi.

"Ada yang mengadu cat pada batu nisan tertanggal dan ada juga yang mengadu pusara yang dibina berlubang-lubang. Inilah asam garam yang perlu kami terima.

"Apapun, niat kami untuk melakukan kerja ini bukanlah semata-mata untuk mencari duit, tetapi demi memenuhi permintaan pelanggan yang mahu menyediakan sebuah tanda nama istimewa kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Pelancongan sejarah kuku besi

Posted: 27 Aug 2012 05:21 PM PDT


PELANCONG Jepun ini bertafakur untuk memberi penghormatan kepada lebih 9,000 mangsa yang terkorban di kem pembunuhan.


SELAMAT datang ke bandar Anlong Veng yang merupakan bekas kubu kuat Khmer Rouge. Kini, ia menjadi salah satu destinasi yang harus dilawati pelancong sekiranya berkunjung ke Kemboja yang pernah dilanda tragedi berdarah suatu ketika dahulu.

Antara tumpuan di situ adalah timbunan botol yang membentuk ruang segi empat dan berbumbung bagi menandakan tempat mayat pemimpin Pol Pot, Khmer Rouge dibakar pada tahun 1998.

Terdapat satu papan tanda yang tertulis 'Sila Hulurkan Bantuan Untuk Mengekalkan Tapak Bersejarah Ini'. Seorang pelancong tempatan, Pov Dara, 27, merenung sejenak akan nota itu dan berfikir tentang kaitan kubur tersebut kepada negaranya.

"Perasaan sedih ini bukan untuk Khmer Rouge, tetapi khas untuk rakyat Kemboja yang sengsara ketika itu," katanya.

Lebih dua juta penduduk Kemboja mati kerana bebanan kerja yang berlebihan dan kebuluran ketika era pemerintahan Khmer Rouge yang diketuai oleh Pol Pot. Pemerintah kuku besi itu mahu menjadikan negara tersebut sebagai sebuah negara komunis pada lewat tahun 1970-an.

Hari ini, tempat pembakaran mayat Pol Pot merupakan salah satu daripada 14 tempat di bahagian utara Kemboja iaitu Anlong Veng yang dibangunkan sebagai lokasi pelancongan.

Tempat-tempat pelancongan yang menarik di kawasan tersebut ialah kediaman lama pemimpin tersebut dan sebuah trak radio usang yang dahulunya menyiarkan segala propaganda Khmer Rouge.

Dalam kemiskinan Kemboja, negara tersebut tetap menjalankan aktiviti pembunuhan beramai-ramai ketika itu. Aktiviti penyeksaan dilakukan di pusat Tuol Sleng di Phnom Penh dan padang pembunuhan Choeung Ek. Lokasi itu hari ini menjadi tumpuan pelancong.

Penduduk tempatan merasakan tinggalan sejarah itu sebagai salah satu prospek yang menguntungkan.

Sehingga kini, Kementerian Pelancongan Kemboja telah bekerjasama dengan Pusat Dokumentasi Kemboja untuk menjejak kekejaman Khmer Rouge.

"Pusat tersebut menerbitkan buku panduan yang menunjukkan realiti kehidupan penduduk ketika itu. Pemandu pelancong turut memberikan maklumat mengenai keadaan dan peristiwa yang pernah berlaku semasa kejatuhan rejim Khmer Rouge," kata Pengarah Kumpulannya, Youk Chhang.

Menurutnya, mereka tidak akan melupakan segala tragedi hitam yang telah melanda negaranya.

Pembunuhan beramai-ramai

"Kami mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tinggalan sejarah di Anlong Veng memberi kesedaran kepada orang ramai," katanya.

Rejim Khmer Rouge telah digulingkan oleh tentera Vietnam pada tahun 1979 walaupun ketua rejim tersebut dan penyokongnya berusaha melancarkan perang gerila untuk melawan kerajaan pada masa itu.

Satu tempat yang harus dikunjungi oleh pelancong di bandar tersebut ialah sebuah rumah yang terletak di tepi tasik. Dahulu, rumah tersebut menempatkan mendiang komander Ta Mok yang turut dikenali sebagai The Butcher.

Beliau digelar sedemikian kerana didakwa menjadi dalang dalam pembunuhan beramai-ramai secara kejam yang mengorbankan beribu-ribu nyawa. Ironinya, Ta Mok pada mulanya suka membantu penduduk tempatan dengan memberi jalan raya, jambatan, hospital dan sekolah.

Ta Mok merupakan pemberontak yang enggan menyerah dan membatalkan perjanjian dengan kerajaan selepas kematian Pol Pot. Beliau ditangkap beberapa tahun kemudian dan ditemui mati di dalam penjara pada tahun 2006 semasa menunggu perbicaraan mahkamah.

Selain tinggalan perabot yang merupakan hasil rompakannya satu ketika dahulu, beberapa bahagian dinding di dalam rumahnya kini boleh dikunjungi. Hiasan mural mengenai kuil dan peta Kemboja berwarna-warni yang mempamerkan semangat Ta Mok juga boleh disaksikan.

"Diharap kehadiran pelancong ke sini mampu meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan yang menyara hidup dengan bertani. Penduduk di sini biasanya menjual buah mangga atau belimbing kepada pelancong," ujar penjaga rumah tersebut, San Roeung, 60.

Nhem En merupakan ketua jurugambar di Tuol Sleng yang telah menangkap gambar tahanan yang menunggu kematian.

Pasukan dalaman Khmer Rouge telah berpaling tadah pada pertengahan tahun 1990-an dan Nhem Em telah membina galeri gambar serta koleksi pelik yang memaparkan selipar milik Pol Pot, pakaian seragam beliau dan kerusi tandas miliknya yang telah hancur.

Muzium Pol Pot

Galeri gambar tersebut merupakan antara tempat yang harus dikunjungi oleh pelancong sekiranya berkunjung ke daerah Anlong Veng.

Kini beliau sedang mencari rakan kongsi untuk membantunya untuk menubuhkan muzium untuk pameran segala khazanah milik Pol Pot.

Menurutnya, idea menjual barangan tersebut mampu untuk mendapat pendapatan mencecah ratusan ribu dollar.

"Barangan ini mungkin tidak mempunyai nilai kewangan, tetapi nilainya sejarahnya amat tinggi.

"Sekiranya kamera ini diletakkan di dalam muzium, saya akan memanggilnya kamera pembunuh," ujarnya sambil memegang kamera lama Rolleicord.

Nhem En menegaskan bahawa dia tidak membantu banduan dan apa yang beliau lakukan hanya mengikut arahan dan ini merupakan halnya sendiri.

Tempat lain yang telah berjaya menarik jutaan pelancong setahun ke negara tersebut ialah kuil purba Angkor yang mengambil masa selama dua jam perjalanan itu.

Nhem En percaya bahawa sekiranya pengunjung yang hadir ke Anglong Veng bertambah, daerah tersebut pasti mendapat pelbagai keuntungan dengan lambakan rumah tumpangan dan restoran.

"Anglong Veng akan terus maju. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memberi kefahaman kepada dunia mengenai rejim Khmer Rouge," katanya.

Rancang rumah terbuka di hotel

Posted: 27 Aug 2012 05:19 PM PDT

KONSEP rumah terbuka sempena musim perayaan sudah menjadi suatu tradisi di negara ini. - Gambar hiasan


SETIAP kali tiba musim perayaan, perancangan mengadakan rumah terbuka sering muncul dalam senarai perkara yang hendak dilaksanakan. Seumpama sebuah tradisi dalam masyarakat kita, rumah terbuka adalah peluang untuk bertemu ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang jauh mahupun yang dekat di bawah satu bumbung.

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, jemputan rumah terbuka tentunya mengisi jadual kunjungan dalam kalangan masyarakat kita. Lagipun, kerana kelaziman hari raya di Malaysia disambut sepanjang bulan Syawal, ramai yang mahu mengambil peluang menganjurkan majlis tersebut.

Sebelum ini, rumah terbuka dianjurkan di kediaman persendirian, baik di kampung mahupun di bandar. Ada juga yang menggunakan ruang atau bangunan tertentu seperti khemah sementara ataupun balai rakyat di taman perumahan masing-masing.

Beberapa kediaman apartmen ataupun kondominium juga mempunyai kemudahan dewan serbaguna untuk menampung kunjungan tetamu yang ramai.

Kini, tuan rumah beralih pula kepada cara yang lebih mudah dan menarik. Mereka memilih untuk mengadakan rumah terbuka di hotel-hotel yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Bernilai tambah

Penyediaan hidangan lazat dan pelbagai perkhidmatan bernilai tambah oleh pihak hotel pastinya meringankan beban tuan rumah untuk mengemas, memasak dan seterusnya memberi keselesaan buat para tetamu.

Apabila banyak perkara asas rumah terbuka sudah dipertanggungjawab kepada pihak hotel, tuan rumah boleh memberi perhatian kepada tugas melayan tetamu dengan lebih lancar.

Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor ialah antara hotel yang menyediakan pakej rumah terbuka sepanjang bulan Syawal. Bermula pada harga RM49 seorang, keperluan mengadakan rumah terbuka sudah sedia dipenuhi dan dilaksanakan.

Bagi tujuan tersebut, barisan chef berpengalaman di Hotel Concorde mampu menyediakan pelbagai seleksi hidangan tradisi yang boleh menghidupkan suasana sambutan Aidilfitri.

Sajian utama seperti sate, puyuh dan ayam goreng rempah, daging gulai kawah dan kambing masak beriani boleh dinikmati. Semua kelazatan itu mengiringi keenakan lemang pulut serunding, ketupat, dodol serta banyak lagi hidangan lain. Tidak ketinggalan, susunan meja dan hiasan dewan makan mengikut tema yang dipilih juga disiapkan.

Selain itu, pakej rumah terbuka Hotel Concorde, Shah Alam turut disertai kegunaan dewan secara percuma, meja menyambut tetamu, bunga segar untuk setiap meja termasuk meja VVIP/VIP, sistem bunyi asas, tirai latar dengan maksimum 60 huruf tanpa logo dan tempat letak kereta untuk tetamu jemputan dengan kadar harga tetap.

Perjalanan acara rumah terbuka tentunya menjadi lebih tersusun dan tuan rumah boleh melayan semua tetamu yang hadir dengan hati yang tenang. Mereka tidak perlu bimbang andai makanan dan kerusi meja tidak mencukupi kerana semua itu akan diuruskan oleh kakitangan hotel.

Jika tetamu jemputan berasal dari luar daerah, tidak perlu bimbang kerana Hotel Concorde, Shah Alam, mempunyai sebanyak 381 bilik dan suit untuk tetamunya. Penginap boleh memilih unit bilik yang mempunyai pemandangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ataupun kolam renang yang indah.

Bagi anda yang telah merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka dan menyediakan tempat penginapan untuk tetamu jangan melepaskan peluang sempena ulang tahun ke-15 Hotel Concorde, Shah Alam kerana anda berpeluang untuk memperolehi 15 peratus diskaun jika menempah bilik secara talian. Promosi ini adalah untuk semua jenis bilik dan sah sehingga 30 September 2012.

Fleksibel, selesa dan berbaloi adalah kata kunci untuk kejayaan dan kemeriahan rumah terbuka anda. Jika ingin menempah pakej rumah terbuka atau mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi talian 03-5512 220 serta sambungan 2122/2124. Selain itu anda juga boleh layari laman web shahalam.concordehotelsresorts.com.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved