Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Raja segala ikan
- Pinjam wang secara ghaib
- Tidak Kecil Hati, Neelofa Terima Teguran Yusof Haslam
- Misai A Galak Laris Sehingga Ke Singapura
- Anne Ngasri Enggan Tipu Anak-Anak Mengenai Status Diri
- Anak Yatim Jadi Inspirasi Hidup Aizat
- Bunkface Yakin Masih Ada Pengaruh Penjualan Album
- Kleenex Perkenal Tisu Mandi Wangian Pertama di Malaysia
- Flat Pekeliling: Terbiar Dan Berbahaya
- Cutebbcollections sasar jualan RM10,000 sempena raya
- Far East Movement bikin histeria
- Dev Patel hormati kerjaya wartawan
- Lelaki 'warak' jadi pencuri
- Ibu buaya Sungai Telaga Air diburu
- Belum ada bukti kehidupan di Marikh
- Patuhi jadual PLUS elak sesak ketika pulang raya
- Siling runtuh, empat cedera
- Penipu wanita sunyi dicekup
- Mati selepas samun warga emas
- Keluarga pelatih PLKN terima pampasan insurans
- Iran bimbang wabak penyakit selepas gempa
- Jet tentera Syria ditembak jatuh
- Morsi arah Menteri Pertahanan letak jawatan
- Romney ikrar kembalikan kegagahan negara AS
- Imej serpihan meteor Perseid
Posted: 13 Aug 2012 09:41 PM PDT BERTUAH...nelayan sungai, Abdul Fadil Abu Samah berjaya menangkap patin muncung Sungai Pahang seberat 33 kilogram. JERANTUT: Harga ikan patin muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri ini apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram, sekali gus mengatasi harga jelawat yang dijual pada kadar RM220 hingga RM250 sekilogram. Bagaimanapun, harga yang tinggi bagi mendapatkan ikan yang boleh dianggap sebagai identiti negeri itu bukanlah penghalang sebaliknya orang ramai tetap mahukan ikan berkenaan seraya membuatkan permintaan terhadap patin muncung meningkat dua kali ganda berbanding biasa.
Di Jerantut, lokasi paling panas mendapatkan ikan air tawar segar ialah di Pekan Sehari Jerantut, Pasar Tani dan Pasar Besar Jerantut yang mula dikerumuni orang ramai sejak awal pagi.
"Harga patin muncung memang mahal sekarang terutama bagi yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram," katanya.
| ||||
Posted: 13 Aug 2012 09:39 PM PDT BUKTI...Juminah menunjukkan bungkusan mengandungi al-Quran beserta kain kuning yang diserahkan wanita terbabit. JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang mengaku pengamal perubatan tradisional kononnya menyediakan rawatan Islam berasaskan al-Quran, mengenakan syarat pelik iaitu perlu meminjam wang pelanggannya secara ghaib bagi mengupah jin untuk memulihkan rumah mereka daripada gangguan makhluk halus. Lebih pelik, wanita berusia 48 tahun terbabit menyatakan wang RM6,450 itu muncul kembali dalam al-Quran yang dibalut dan dijahit dengan kain kuning pada hari raya nanti di rumah pelanggannya di sebuah perkampungan di Ayer Baloi, Pontian, dekat sini. Menceritakan helah wanita berketurunan Orang Asli itu, Juminah Basir, 57, berkata pada awalnya pengamal perubatan terbabit meminta keluarganya menyediakan wang berkenaan untuk memenuhi syarat bagi upacara di rumah mangsa. | ||||
Tidak Kecil Hati, Neelofa Terima Teguran Yusof Haslam Posted: 13 Aug 2012 09:38 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Neelofa menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga. "Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat. "Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle. "Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," katanya yang dihubungi mStar online di sini, Isnin. Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu. Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut. Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah. Sementara itu, Yusof yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia tiada niat mahu memburukkan pelakon itu yang sudah pun dianggap seperti anak sendiri. Sebaliknya kenyataan tersebut dibuat ketika beliau "berborak kosong" dengan wartawan akhbar berkenaan. "Sebenarnya ia sekadar perbualan biasa antara saya dengan wartawan dan saya tak mahu perkara seperti itu diperbesarkan. "Mengenai teguran tersebut, ia juga bukan niat saya untuk menjatuhkan atau memalukan Neelofa. Saya lihat dia mempunyai potensi besar untuk bergelar bintang. Apabila dilihat ada beberapa perkara yang tidak kena, saya tegurlah. "Diharap, teguran itu diterima dengan positif. Sebagai orang muda, bukan sahaja Neelofa, sebaliknya semua artis perlu bersikap positif untuk menerima teguran dengan hati terbuka jika hendak berjaya," katanya. | ||||
Misai A Galak Laris Sehingga Ke Singapura Posted: 13 Aug 2012 09:37 PM PDT KUALA LUMPUR: Bak kata pepatah! Tuah ayam nampak di kaki, tuah A.Galak pada misainya. Itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh pelakon Gerak Khas, A.Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad, 70, yang mengakui misai lintangnya itu menjadi pembuka rezekinya selama ini. Beliau berkata, dek kerana misai itu, rezeki lakonan yang diterimanya tidak pernah putus sehinggalah ditawarkan berlakon di Singapura untuk sebuah drama komedi sempena Hari Raya Aidilfitri. "Percaya atau tidak sebuah syarikat produksi di Singapura menawarkan saya berlakon kerana misai saya. Penerbit drama itu memberikan saya watak sebagai penjual songkok cap misai," katanya kepada mStar Online. A Galak berkata, dek kerana faktor usia, misainya yang sudah beruban itu terpaksa diwarnakan menggunakan inai agar kelihatan menarik dan kemas. Namun katanya, kadang kala dia menjadi rimas kerana misai itu sering kali mengganggu terutamanya ketika hendak menikmati makanan. "Setiap kali saya menikmati aiskrim, mesti aiskrim itu terlekat pada misai saya. Tapi apa boleh buat, kalau saya potong misai ini, habislah rezeki saya nanti," katanya yang gemar berjenaka. Bercerita mengenai sejarah misai itu A Galak berkata ia bermula ketika penggambaran drama bersiri Roda Roda Kota Raya pada tahun 1990-an apabila pengarah drama itu, Datuk Yusof Haslam memintanya menyimpan misai. Katanya, watak tersebut merupakan inspirasi seorang anggota polis trafik Jalan Bandar di sini bernama Sarjan Senin yang terkenal dengan misai lintangnya. "Untuk menjiwai watak, saya pun menyimpan misai untuk drama itu sehinggalah ia sinonim dengan saya sampai ke hari ini," katanya. A Galak memberitahu tidak berhasrat memotong misai berkenaan kerana menganggap tidak ramai pelakon yang mampu dikenali dengan imej yang ditampilkan. Katanya, walaupun sesetengah orang melihat wajahnya serius gara-gara misai lintangnya itu, tetapi sifatnya tidak seperti yang digambarkan banyak pihak malah beliau juga seorang yang suka berseloroh. Dalam perkembangan lain jika tiada apa-apa tawaran berlakon, beliau akan menghabiskan masa di Kampong halamannya yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan bersama isteri. A Galak juga turut berbangga selama 35 tahun bergiat dalam dunia seni, dia dapat membuktikan mampu menyara kehidupannya sekeluarga termasuklah membesarkan lima orang anak yang sekarang berumur antara 25 hingga 40 tahun. "Saya bersyukur, anak-anak saya kebanyakannya sudah berjaya dalam pelajaran hasil wang yang saya peroleh sebagai pelakon. "Anak-anak saya ada yang bekerja sebagai arkitek, ahli perniagaan, pengurus syarikat serta pembantu perubatan. Saya juga hidup bahagia bersama 11 orang cucu," katanya. | ||||
Anne Ngasri Enggan Tipu Anak-Anak Mengenai Status Diri Posted: 13 Aug 2012 09:36 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Anne Ngasri mengambil pendekatan enggan menipu anak-anaknya mengenai statusnya yang sudah berpisah dengan suami, Abdul Wafi Hassan walaupun mereka dilihat berkawan baik. Anne, 28, berkata, dia mahu tiga anaknya mengetahui status tersebut agar mereka benar-benar faham apa sebenarnya yang telah berlaku di antara dia dengan bekas suamnya itu. "Saya tidak mahu menipu mereka dan adalah lebih baik mereka faham kenapa bapa kandung mereka tidak tinggal serumah. "Setakat ini anak yang sulung semakin memahami apa yang terjadi dan menerimanya dengan baik manakala dua adiknya masih belum faham perkara sebenar," ujarnya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Anne berkata, hasrat menceritakan kisah rumah tangga terhadap anak-anak bukan untuk memburuk-burukkan Wafi sebaliknya ingin mereka faham bagaimana sebuah keluarga yang mengalami kegagalan rumah tangga itu berfungsi Malah kata Anne, bekas suaminya sangat mengambil berat dan masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan baik kepada tiga anak mereka iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2. "Wafi sering datang jumpa anak-anak dan menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Anak-anak juga memang rapat dengan dia," katanya. Sementara itu, ditanya mengenai persiapan menjelang Aidilfitri, Anne berkata, setiap tahun dia akan mengutamakan anak-anaknya sebelum membeli pakaian untuk dirinya sendiri. Bakal berkunjung ke rumah kekasihnya iaitu Alif Aziz di Singapura pada Hari Raya nanti, Anne memberitahu dia hanya akan bercuti selama seminggu sebelum kembali sibuk dengan penggambaran filem dan drama. | ||||
Anak Yatim Jadi Inspirasi Hidup Aizat Posted: 13 Aug 2012 09:35 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Aizat Amdan menganggap anak-anak yatim adalah golongan istimewa dan individu yang paling tabah mengharungi hidup dalam keadaan serba kekurangan. Aizat berkata, tidak semua manusia mampu menjalani kehidupan tanpa ibu dan bapa di sisi pada usia muda apatah lagi setiap kali menyambut Hari Raya. "Saya begitu seronok dapat bersama anak-anak yatim kerana mereka adalah antara insan yang tabah dalam mengharungi kehidupan tanpa kehadiran ibu dan bapa. "Setiap tahun saya akan cuba meluangkan masa mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama mereka dan Alhamdulillahlah ini adalah tahun keempat pihak Kasi Gegar Entertainment menganjurkan program seperti ini," ujarnya kepada mStar Online. Dalam majlis berbuka puasa dan solat Maghrib yang diadakan di Masjid Al Syakirin, KLCC itu, Aizat bersama kira-kira 60 anak yatim yang didatangkan dari Kampung Melayu Subang dekat sini dan Seremban, Negeri Sembilan. Aizat berkata, dia sengaja memilih untuk mengadakan majlis tersebut di masjid adalah kerana ingin mewujudkan perasaan sama rata di antara manusia tanpa mengira darjat dan status. "Masjid adalah tempat mulia dan kita (manusia) adalah sama di sisi Allah dan saya mahu mencipta suasana dan perasaan itu. "Sebab itu juga, semua yang hadir akan makan makanan yang sama serta merasai duduk bersila di atas lantai," katanya. Dalam pada itu, Aizat memberitahu dia berhasrat untuk menjadikan program tersebut sebagai aktiviti tahunan syarikatnya dan berharap perkara itu akan mendapat keberkatan daripada Allah. | ||||
Bunkface Yakin Masih Ada Pengaruh Penjualan Album Posted: 13 Aug 2012 09:32 PM PDT PETALING JAYA: Kumpulan Bunkface masih menaruh harapan agar album terbaru mereka berjudul Bunk Not Dead mampu dijual biarpun senario penjualan album artis tempatan sedang merudum. Vokalisnya Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam berkata, atas semangat itu mereka amat menitikberatkan ciri-ciri kulit album dan kualiti muzik yang dipertaruhkan agar ia terus memikat peminat untuk membeli album kedua itu. "Kami tidak pernah berputus asa walaupun menyedari senario penjualan album fizikal di negara ini merosot. Namun, kalau diperhatikan peminat muzik di luar negara masih teruja membeli album artis kesayangan mereka. "Kami berharap masih ada kelompok peminat di sini yang menghargai kemunculan album fizikal untuk dijadikan koleksi peribadi. Maka sebab itu, kami begitu menekankan kualiti dan ciri-ciri album kedua ini," katanya. Sam dan dua lagi anggota kumpulan tersebut iaitu Ahmad Farhan Hashim (Paan) dan Mohd. Farouk Jaafar (Youk) ditemui pada majlis memeterai perjanjian bersama Warner Music Malaysia selaku pengedar tunggal album itu di Bangunan THK di sini, petang Isnin. Katanya, sebagai nilai tambahan kepada peminat, album itu menawarkan sistem interaktif, AR yang pertama di dunia dengan kod tersembunyi untuk melihat gambar-gambar dan lirik lagu menerusi aplikasi telefon pintar Apple dan Android. "Seiring dengan perkembangan teknologi, kami menawarkan ciri-ciri interaktif dalam album kali ini yang dinamakan album AR. "Sistem ini membolehkan pengguna melihat gambar-gambar dan lirik lagu secara interaktif dengan mengimbas kod tersembunyi dalam album ini menggunakan aplikasi berkenaan," katanya. Mengenai perjanjian dengan Warner Music, Sam berkata hubungan baik sebagai rakan industri menyuntik keyakinan kepada mereka untuk bekerjasama dengan label itu. Sementara itu, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy berkata, kerjasama dengan Bunkface sudah lama dirancang dan ia terjalin pada waktu yang tepat. "Sebenarnya, sebelum saya menyertai Warner lagi saya sudah berhasrat untuk bekerjasama dengan mereka (Bunkface). Rupa-rupanya, dalam diam Warner menerusi Ketua A&R kami Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) sudah 'merisik' mereka. "Kemunculan album kedua Bunkface sekali gus menjadikan hasrat untuk bekerjasama ini satu kenyataan. Dengan kemahiran, pengalaman dan strategi pemasaran yang ada, kami yakin album ini mendapat sambutan apabila dipasarkan nanti," katanya. Album yang memuatkan 13 trek lagu itu mengandungi empat lagu bahasa Malaysia dan sembilan lagu bahasa Inggeris. Diterbitkan sendiri menerusi syarikat Bunkface Production Sdn Bhd, album tersebut bakal dipasarkan selepas Hari Raya ini. | ||||
Kleenex Perkenal Tisu Mandi Wangian Pertama di Malaysia Posted: 13 Aug 2012 09:31 PM PDT PETALING JAYA: Kleenex jenama tisu muka no.1 di dunia, tampil memperkenalkan pengalaman baru yang menyegarkan kediaman anda dengan, Kleenex Ultra Soft Fresh. Ia dihasilkan dengan gabungna keselesaan dan kelembutan terbaik serta kemewahan untuk anda dan keluarga yang turut dilengkapi dengan wangian segara semulajadi dan dicetak dengan corak bunga-bungaan. Bukan itu sahaja jenama Kleenex sememangnya terkenal dengan kualiti tisu yang amat lembut, kuat dan lebih menyerap. Rumusan 3 helainya kekal kuat walaupun dalam keadaan basah sekaligus memberi penjagaan yang lembut dan berkesan kepad anda sekeluarga. Menurut Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Sumeet Parab, sebagai peneraju yang berpandangan jauh dalam kategori tisu Kleenex adalah produk yang mementingkan kualiti dan inovasi. "Kami berusaha untuk lebih memahami keperluan pelanggan kami. Dalam kajian yang dijalankan, kami mendapati sedikit kesegaran tambahan dapat memberi kesan positif yang mendalam kepada rutin harian sesesorang. "Kleenex Ultra Soft Fresh adalah satu-satunya tisu mandi wangian yang pertama di pasaran. Ia mampu memberikan sentuhan kelembutan istimewa dan kekuatan yang hanya dapat diberikan oleh Kleenex. Jadi anda mesti mencuba untuk mempercayainya!," katanya. Kleenex Ultra Soft Fresh boleh didapati di semua pasar raya dalam pek 10 gulung dan 20 gulung dan setiap satu dijual pada harga RM17.95 dan RM 33.10. Lebih istimewa, Kleenex turut mengadakan peraduan 'Kleenex Refresh Your Bathroom' pada bulan September ini dan maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi di laman sosial, www.facebook.com/Kleenex.Malaysia. Anda berpeluang memenangi tiga hadiah utama bernilai lebih daripada RM40,000. Ia terdiri daripada pengubahsuaian bilik mandi professional bernilai RM10,000, bekalan tisu wangian Kleenex Ultra Soft Fresh baru selama setahun dan liputan eksklusif dalam majalah Parenthood. Apa yang perlu anda lakukan adalah menjelaskan kepada kami kenapa anda perlukan bilik mandi anda 'disegarkan' oleh Kleenex. Usah berlengah lagi, hantarkan jawapan yang paling kreatif untuk memenangi peluang menyegarkan bilik mandi anda! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan, Kimberly-Clark di 1-800-82-118 pada setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. | ||||
Flat Pekeliling: Terbiar Dan Berbahaya Posted: 13 Aug 2012 09:20 PM PDT BIMBANG tentang keselamatan mereka, orang ramai meminta supaya baki sembilan blok flat Pekeliling di Jalan Tun Razak diruntuhkan dengan segera. Bangunan yang ditinggalkan itu dikatakan menjadi sarang penagih dadah dan tempat bersembunyi bagi pengemis. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah pun melaksanakan pemeriksaan ketat di Flat Tunku Abdul Rahman (Flat Pekeliling) di Jalan Tun Razak, di mana menjadi tarikan untuk aktiviti jenayah dan salah laku di bandar. Bangunan yang berusia 45 tahun itu yang sepatutnya diruntuhkan pada awal tahun 2010 kini berada dalam keadaan terbiar berikutan isu perundangan yang berlaku. Ia mencemarkan nama DBKL dan pihak berkuasa tempatan itu kini diberikan tekanan kerana dikatakan tidak berbuat apa-apa terhadap beberapa aduan yang dikemukakan oleh orang awam berkaitan dengan isu keselamatan dan keselamatan. Flat berkenaan yang sudah pun dikosongkan sejak lewat 2008 dibiarkan usang. Sejak itu, orang gelandangan, penagih dadah dan kutu rayau menjadikan flat 17 tingkat itu sebagai 'kediaman' mereka. Pakar dan aktivis keselamatan, Kapten K. Bala berkata, flat yang ditinggalkan itu dilihat sebagai tempat yang sesuai untuk jenayah dan sarang kepada aktiviti-aktiviti haram. "Flat-flat ini terletak di kawasan utama berhampiran dengan terminal bas dan stesen monorel, menjadi ia sebagai kawasan sesak dengan orang ramai. Ini menjadikan orang awam boleh menjadi mangsa jenayah," kata beliau. Menurut Bala, bangunan usang itu dikatakan menjadi peluang kepada aktiviti jenayah dan berkaitan dengan pembunuhan Ang May Hong yang berusia 10 tahun pada 1987, di mana kesnya masih belum selesai. "Mayat kanak-kanak perempuan itu dijumpai beberapa jam kemudian di sebuah rumah usang kira-kira 200 meter dari rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. "Pembunuh itu, disyaki merupakan penagih dadah tidak ditangkap. Sejak itu, apabila saya melalui bangunan atau rumah kosong, ia mengingatkan saya bahawa jenayah seperti itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja," kata Bala. Beliau menambah, sebagai mengurangkan jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), isu-isu yang membimbangkan orang awam seharusnya diberikan perhatian sewajarnya. "Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Pencegahan adalah perlu dan kita mesti membasmi lokasi panas jenayah bagi menjadikan bandar lebih selamat," kata Bala. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau bersetuju dengan Bala mengenai Flat Pekeliling menjadi tarikan kepada aktiviti jenayah dan menggesa Kerajaan supaya membersihkan kawasan itu. "Ia merupakan masalah lama dan terdapat banyak bangunan yang ditinggalkan di bandar ini yang menjadi lokasi persembunyian oleh pihak-pihak yang berkelakuan tidak baik. Kerajaan seharusnya mempercepatkan pembangunan atau sekurang-kurangnya meruntuhkan bangunan itu," kata Lee. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi Malaysians Against Rape, Assault and Snatch (Marah) turut menerima aduan daripada ahlinya juga orang awam mengenai aktiviti berkaitan dengan jenayah di flat Pekeliling. "Mereka bimbang tentang keselamatan mereka kerana terdapat banyak unsur yang tidak diingini dan aktiviti menyalahi undang-undang melibatkan mereka yang disyaki mengedar dadah dan penagih dadah. "Beberapa kumpulan turut terlibat dalam aktiviti jenayah juga disyaki menggunakan bangunan berkenaan sebagai tempat pertemuan mereka dan untuk menyembunyikan barangan yang dicuri atau dadah. Sementara itu, kutu rayau pula menjadikan flat terbengkalai ini sebagai tempat perlindungan," kata Pengasas Marah, Dave Avran. "Flat tersebut tidak berpenghuni sejak 31 Disember 2008. Disebabkan lokasinya terletak di kawasan utama, kami menggesa supaya pemaju memulakan kerja mereka secepat mungkin kerana bangunan tinggal ini mendedahkan bahaya kepada ramai orang," kata Dave. Mereka juga bimbang struktur bangunan yang dibiarkan terlalu lama itu akan menyembahkan ia retak. "Bumbung, pintu, tingkap dan paip begitu mudah runtuh sekiranya terdapat tekana berlaku, dan ini akan menjadi ancaman kepada mereka yang berada berdekatan," kata beliau. Penswastaan dan pembangunan semula bagi flat berkenaan diumumkan pada awal 1995 dan menjangkakan antara 8,000 sehingga 12,000 penduduk akan dipindahkan dalam dua fasa. Pemaju yang dilantik oleh Kerajaan iaitu Asie Sdn Bhd mula meruntuhkan Blok A dan B pada akhir 2005 selepas kebanyakan penduduk dari 11 blok berpindah keluar, sebahagian besar mereka berpindah ke flat Taman Sri Rampai di Setapak. StarMetro pada Januari 2010 melaporkan bahawa kerja-kerja merobohkan flat Pekeliling akan dilakukan dalam dua bulan dan flat Sri Terengganu yang berhampiran dijadualkan untuk diruntuhkan pada tahun yang sama. Menurut laporan itu, semua blok di kedua-dua kawasan dijangka akan dirobohkan dalam tempoh satu setengah tahun. Bagaimanapun, ia tidak dilakukan seperti dirancang. Menurut beberapa laporan sebelum ini, kawasan itu akan dilihat sebagai projek pembangunan semula yang diberi nama Taman Sari. Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperbaharui kawasan perumahan dan persekitaran lebih baik. Flat Pekeliling merupakan antara projek perumahan terawal di Kuala Lumpur. Sebanyak 11 blok flat berkenaan dibina antara 1964 dan 1967. | ||||
Cutebbcollections sasar jualan RM10,000 sempena raya Posted: 13 Aug 2012 09:02 PM PDT AKTIVITI membeli belah secara atas talian seakan sudah menjadi satu budaya masyarakat hari ini. Kesibukan bekerja dan kemudahan di hujung jari sering kali menjadi sebab mengapa aktiviti ini menjadi pilihan. Selain pakaian dan aksesori wanita, pakaian bayi juga antara peluang perniagaan mendapat sambutan menggalakkan. Nyata, peluang ini diguna sebaik mungkin Maizatul Nazihah Abd Rahim untuk menjana pendapatan. Walaupun baru membangunkan laman cutebbcollections.com bersama kakaknya, Norfarrah Wahida Abd Rahim pada April lalu, namun sambutan diterima sangat menggalakkan di mana jualan mampu mencecah RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. "Semuanya bermula semasa saya sedang berpantang anak kedua, kakak menyarankan menceburi perniagaan atas talian untuk mengisi masa lapang. "Dengan modal RM5,000 untuk membeli stok baju, kami menggunakan laman sosial Facebook dan iklan percuma di blog untuk mempromosikannya. Sambutan diterima menggalakkan," katanya. Tidak seperti kebanyakan perniagaan atas talian lain, Cutebbcollections menawarkan kelainan tersendiri iaitu sistem dropshipping, di mana ejen dropship boleh mempromosikan produk Cutebbcollections di blog dan Facebook pada harga sendiri. Apabila ejen menerima tempahan, ejen perlu memeriksa stok di laman rasmi Cutebbcollections dan dapatkan bayaran. Menurut Maizatul, cara ini secara tidak langsung meluaskan capaian pelanggannya. Malah, dia turut menerima tempahan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sempena musim perayaan yang bakal tiba, Cutebbcollections bakal memperkenalkan stok baru dan optimis capai sasaran jualan RM10,000 hingga RM15,000. | ||||
Far East Movement bikin histeria Posted: 13 Aug 2012 07:09 PM PDT
FAR East Movement atau juga dikenali sebagai FM bukan lagi sebuah nama yang asing dalam industri muzik antarabangsa. Adunan elemen muzik hip-hop, elektro dan dance yang dicetuskan oleh kumpulan ini diterjemah melalui album sulung yang berjudul Free Wired. Ternyata penampilan muzik yang bertenaga dan asli itu membuatkan mereka digilai oleh peminat di seluruh dunia. Itu signatur kumpulan yang telah ditubuhkan pada tahun 2003 itu dianggotai oleh empat orang jejaka iaitu Kev Nish (Kevin Nishimura), Prohgress (James Roh), J-Splif (Jae Choung), and DJ Virman (Virman Coquia). Mungkin ada peminat di luar sana, pernah menyaksikan FM secara langsung ketika mengadakan konsert pada tahun lepas. Namun, bagi yang pertama kali menyaksikan empat orang jejaka berdarah campuran Korea-Amerika ini secara langsung pada konsert yang telah diadakan di Singapura baru-baru ini sudah pasti terpukau dan teruja dengan aura pesona mereka di pentas persembahan. Konsert diberi nama Far East Movement National Day EVE Partee yang diadakan di The Coliseum, Hard Rock Hotel, Singapura pada 8 Ogos 2012 itu adalah bersempena konsert jelajah dunia yang kebetulan jatuh pada malam Hari Kemerdekaan Singapura pada 9 Ogos 2012. Tirai konsert yang disingkap lebih kurang pukul 9 malam itu dimulakan dengan putaran muzik daripada DJ Wendy Cakes yang membuatkan kira-kira 500 penonton yang hadir bersorak penuh keterujaan menantikan kehadiran anggota FM yang lain tampil di pentas. Kali kedua ke Singapura Sepanjang konsert berlangsung, anggota FM tidak putus-putus mengucapkan terima kasih dan meluahkan keterujaan mereka hadir ke sana buat kali kedua. Mereka pertama kali membuat konsert di Singapura pada tahun 2011. Walaupun ada ruang kosong di lokasi konsert berlangsung, namun jeritan para peminat yang hadir bergema bagaikan sudah cukup untuk memeriahkan suasana konsert. Ramai yang melaungkan nama FM dan tidak kurang juga peminat setia yang menyanyi bersama mereka. Ternyata, persembahan empat orang jejaka kacak ini tidak menghampakan apabila dari mula persembahan hingga ke saat akhir, mereka sentiasa memberi persembahan yang sangat menarik dan penuh bertenaga. Putaran muzik yang dimainkan oleh DJ VerMan dan tarian beberapa orang penari seksi sememangnya menambah histeria penonton yang turut sama menari mengikut rentak tari yang dipersembahkan di atas pentas The Coliseum itu. Apa yang menariknya, bukan sahaja golongan muda-mudi hadir memenuhi ruang konsert tersebut, namun kelihatan juga beberapa warga emas yang bukan sahaja seronok melarutkan diri ke dalam lagu-lagu FM, malah turut sama menari mengikut rentak muzik. Antara lagu yang didendangkan oleh kumpulan ini termasuklah single terbaharu mereka iaitu Dirty Bass, Suasana pada hari konsert tersebut berlangsung tidak pernah dilanda kebosanan kerana FM sentiasa memberikan persembahan yang menarik walaupun ketika mereka sibuk bermain alat muzik, namun tenaga yang dipamerkan seperti tidak pernah kurang walau sedikit. Menambah histeria peminat, apabila kumpulan yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini, menyampaikan lagu hit mereka iaitu Like A G6. Suasana bertukar menjadi semakin rancak apabila FM mempersembahkan satu lagi hit terbaik mereka yang pada asalnya dinyanyi bersama vokalis One Republic, Ryan Tedder yang berjudul Rocketeer. Setelah mendendangkan kira-kira 10 buah lagu, peminat seperti tidak mahu meninggalkan tempat tersebut dan melaung-laung meminta FM untuk menyampaikan lebih banyak lagu. Tidak sampai lima minit, kumpulan itu dilihat muncul semula setelah diseru oleh peminat yang masih belum puas dengan persembahan yang diberikan. Lebih kurang dua jam menghiburkan peminat melalui persembahan yang cukup menarik, konsert FM tamat disambut dengan tepukan gemuruh dan jeritan kepuasan dari para peminat yang menantikan kehadiran mereka. Selepas konsert dijalankan, beberapa peminat bertuah dipilih untuk sesi Meet and Greet bersama keempat-empat jejaka tersebut yang mana seorang peminat dari Malaysia telah memenangi dua keping tiket menyaksikan konsert tersebut yang dibawa oleh Universal Music Malaysia ke Singapura. | ||||
Dev Patel hormati kerjaya wartawan Posted: 13 Aug 2012 07:07 PM PDT
SEMENJAK membuat kemunculan sulung dalam filem Slumdog Millionaire pada tahun 2008, nama aktor Dev Patel di persada perfileman global terus meningkat naik. Ia nyata impak lakonan penuh efektif dirinya untuk salah satu watak penting filem itu iaitu sebagai Jamal Malik, seorang pemuda yang memenangi sebuah program kuiz televisyen, Who Wants To Be A Millionare. Terbaharu, aktor kelahiran London, England itu muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul The Newsroom yang sudah mula disiarkan di saluran HBO (Astro 411) setiap hari Rabu pukul 9 malam sejak 1 Ogos lalu. Menerusi perbualan telefon bersama Kosmo! yang diaturkan oleh pihak HBO Malaysia baru-baru ini, Patel berkata, dia tertarik untuk memegang watak sebagai Neal Sampat sebaik sahaja menerima skrip drama berkenaan pada tahun lalu. "Sepanjang bergelar pelakon dunia kehidupan saya sememangnya sentiasa dikelilingi wartawan dan paparazi. Jadi, berpeluang membintangi drama ini membuatkan saya merasakan pengalaman tentang selok-belok dunia kewartawanan. "Diberi peranan watak sebagai seorang wartawan dan blogger, saya tidak mengambil masa yang lama membuat keputusan untuk menerimanya setelah menerima skrip drama ini daripada pihak agensi pada tahun lalu," ujar aktor berusia 22 tahun itu. Menurut Patel, ketika mula menjalani penggambaran drama berkenaan dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gugup, terutama apabila berlakon dengan beberapa pelakon hebat lain seperti Jeff Daniels dan Emily Mortimer.
Bagaimanapun, perasaan tersebut terus hilang dan dia semakin selesa mendalami watak lakonannya itu dan sangat berterima kasih kepada penerbit eksekutif dan pencipta drama tersebut, Aaron Sorkin kerana memberi peluang buat dirinya untuk berlakon. "Apa yang lebih penting, dapat berlakon dalam drama ini memberikan saya gambaran yang sebenar tentang dunia kewartawanan dan kini saya semakin menghormati kerjaya seorang wartawan," kata kekasih kepada aktres Frieda Pinto itu. Bollywood Sementara itu, ketika ditanya adakah dia berminat untuk melebarkan sayap lakonannya di Bollywood memandangkan darah keturunan India yang dimilikinya, aktor berkenaan memberitahu dia lebih selesa mengembangkan karier di negara kelahirannya. "Bagi saya, dalam industri perfileman Bollywood sudah terlalu ramai pelakon lelaki yang hebat. Lagipun saya sendiri membesar dengan filem-filem Barat berbanding Bollywood," jelasnya. Ujarnya, selepas ini dia menaruh harapan ditawarkan peluang berlakon dalam filem aksi memandangkan dia merupakan peminat filem-filem lakonan Bruce Lee dan turut mempunyai ilmu dalam seni mempertahankan diri iaitu Taekwando. | ||||
Posted: 13 Aug 2012 07:03 PM PDT KUALA LUMPUR - Para pengusaha stesen minyak kini berdepan dengan jenayah licik seorang penganggur yang bertindak mencuri wang dari stesen berkenaan beberapa jam selepas diambil bekerja. Kosmo! difahamkan sekurang-kurangnya tiga stesen minyak di Lembah Klang telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit akibat dipedayakan oleh lelaki berusia 20-an itu. Terbaharu, lelaki terbabit berjaya mempedayakan pengusaha sebuah stesen minyak di Puchong, Selangor untuk mengambilnya bekerja pada Jumaat lalu. Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, lelaki yang menggunakan identiti palsu semasa memohon kerja itu mencuri RM4,268 dari stesen minyak itu. Penyelia stesen minyak tersebut, Noorzieanna Naim berkata, dia tidak menyangka pemuda yang kelihatan warak itu didapati bertanggungjawab mencuri wang di stesen minyak berkenaan. "Semasa dia minta kerja, kami lihat dia begitu baik dan jujur serta mempunyai pengetahuan dalam urusan stesen minyak. "Mujur kami berjaya merakam perbuatannya mencuri melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. | ||||
Ibu buaya Sungai Telaga Air diburu Posted: 13 Aug 2012 07:02 PM PDT KUCHING - Keluarga nelayan yang berjaya menangkap seekor buaya yang hampir memasuki rumah mereka malam kelmarin, bertekad untuk menangkap seekor lagi reptilia tersebut yang kerap dilihat muncul di Sungai Telaga Air dekat sini. Mohd. Saiful Sulaihi, 35, berkata, dia bersama rakannya kini merancang untuk memburu buaya yang dipercayai ibu kepada reptilia yang ditangkap malam kelmarin meskipun terpaksa mempertaruhkan nyawa bagi memastikan keselamatan anak-anaknya terjamin. Menurutnya, mereka merancang untuk memasang empat mata kail dengan menggunakan umpan ayam selain tali sepanjang 18 meter pada setiap kali waktu air pasang bagi menangkap haiwan ganas berkenaan. "Pada ketika air pasang adalah masa terbaik untuk menangkap ibu buaya tersebut memandangkan masa tersebut haiwan ganas itu gemar muncul ke permukaan air. "Buaya yang difahamkan sepanjang 4.8 meter itu dipercayai bertelur di kawasan tepi Sungai Telaga Air ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Mohd. Saiful memberitahu, lokasi yang dekat dengan sungai dan sentiasa dinaiki air pada waktu air pasang menjadi tempat buaya bertelur. Menurutnya, beberapa penduduk kampung sering ternampak tapak kaki buaya berhampiran dengan kediaman masing-masing. | ||||
Belum ada bukti kehidupan di Marikh Posted: 13 Aug 2012 07:01 PM PDT PASADENA, California - Gambar-gambar yang dihantar kenderaan robotik Curiosity menunjukkan Marikh kelihatan seperti sebuah planet mati, lapor akhbar The Sun kelmarin. Berdasarkan gambar-gambar berwarna yang dihantar kenderaan itu, permukaan planet tersebut tandus dan berbatu-batu. Gambar-gambar itu dihantar ke sebuah makmal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat di sini. Tiada pokok kelihatan di permukaan Marikh berdasarkan gambar-gambar yang dihantar Curiosity. Bukit-bukau yang terdapat di planet itu menunjukkan ia digambarkan mirip Gurun Mojave di California, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, para saintis percaya permukaan tanah di planet tersebut tidak tebal sekali gus membolehkan kenderaan itu menggerudi dengan mudah. Menurut seorang saintis, John Grotzinger, tujahan roket kenderaan robotik itu menyebabkan terbentuk parit sepanjang 0.5 meter di permukaan Marikh. "Ia kelihatan seperti kami dapat menyaksikan batuan dasar planet Marikh," katanya yang merupakan saintis dari Institut Teknologi California yang berkhidmat untuk misi NASA itu. Kenderaan robotik itu mendarat di Marikh pada 5 Ogos lalu dengan misi selama dua tahun untuk mencari sebarang tanda kewujudan kehidupan. Ia mendarat di Kawah Crater yang mempunyai pemandangan Gunung Sharp dan jerebu. Kos projek yang dikendalikan NASA itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.8 bilion). Kenderaan robotik berkuasa nuklear itu mengharungi penerbangan sejauh 566 juta kilometer selama lapan bulan sebelum tiba di Marikh. Gambar-gambar itu dihantar menerusi dua satelit NASA yang mengorbit Marikh selepas dirakamkan Curiosity. | ||||
Patuhi jadual PLUS elak sesak ketika pulang raya Posted: 13 Aug 2012 07:00 PM PDT
PETALING JAYA – PLUS Expressway Berhad (PLUS) akan melaksanakan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini bagi melancarkan pergerakan lalu lintas perjalanan pulang warga kota ke kampung halaman masing-masing pada 17 serta 18 Ogos ini. Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi (gambar kecil) berkata, TTA berkenaan merangkumi waktu perjalanan pengguna dari Lembah Klang ke utara serta dari arah selatan bagi Johor. Menurutnya, TTA itu turut dilaksanakan untuk perjalanan kembali ke ibu negara selepas cuti Aidilfitri berakhir mulai 21 hingga 26 Ogos ini. "Melalui kaedah yang diamalkan sejak tahun 2007 itu, lebih 50 peratus pengguna jalan raya telah mengikuti waktu yang disarankan dan perjalanan trafik didapati lancar tanpa melibatkan kesesakan jalan raya yang ketara. "Sehubungan itu, kami menasihatkan orang ramai agar terus memberikan kerjasama dengan mengikut TTA yang dikeluarkan untuk cuti hari raya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PLUS di sini semalam. Dalam pada itu, Fuad memberitahu, pihaknya menjangkakan peningkatan sebanyak 1.4 juta pengguna di lebuh raya PLUS menjelang musim perayaan ini. Selain itu, menurut Fuad, bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya semasa cuti musim perayaan ini, PLUS turut menyediakan 153 pasukan PLUS Ronda untuk mengadakan lebih banyak rondaan. "Seramai 432 anggota pasukan kecemasan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta 683 anggota sokongan RELA turut membantu PLUS sempena Aidilfitri nanti. | ||||
Posted: 13 Aug 2012 06:59 PM PDT SERDANG – Seorang pegawai perubatan dan tiga jururawat cedera apabila dihempap 15 keping siling yang runtuh ketika sedang bertugas di kaunter jururawat wad kecemasan, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Serdang di sini semalam. Kejadian pukul 2.45 pagi itu berlaku apabila siling-siling yang runtuh itu menghempap kepala dan belakang badan keempat-empat kakitangan berkenaan yang berada di kaunter tersebut. Beberapa pesakit yang berada di dalam bilik rawatan berhampiran tidak cedera. Ekoran itu, seorang jururawat terpaksa menerima jahitan di tangan manakala tiga yang lain cedera ringan. Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr. Ardi Awang (gambar kecil) berkata, siasatan awal pihaknya mendapati runtuhan berlaku apabila salah satu skru yang digunakan untuk mengikat dua penyokong lantai bumbung tercabut hingga menyebabkan satu lagi penyokong patah. "Runtuhan itu kemudian telah menimpa seorang pegawai perubatan dan tiga jururawat berusia lingkungan 20-an. Mereka kemudian diberi rawatan segera dan tidak melibatkan kecederaan serius. "Hanya seorang jururawat menerima jahitan di tangan akibat terkena serpihan runtuhan. Mereka kemudian meneruskan tugas seperti biasa hari ini (semalam)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. | ||||
Posted: 13 Aug 2012 06:58 PM PDT MELAKA - Warga Afrika seperti tidak pernah serik dengan kegiatan menipu wanita kesunyian walaupun banyak tangkapan telah dilakukan dan yang terbaru tiga Awang Hitam itu dan seorang wanita tempatan berketurunan Portugis diberkas atas kesalahan sama di sini kelmarin. Suspek-suspek berusia antara 26 hingga 37 tahun tersebut diberkas dalam serbuan di sebuah apartmen di Batu Berendam di sini pada pukul 12 tengah hari selepas polis melakukan risikan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, sindiket tersebut menyasarkan wanita sunyi yang gemar melayari laman sosial untuk mencari teman berbicara. Katanya, suspek menggunakan gambar lelaki kacak untuk menyamar dan memerangkap mangsa supaya jatuh cinta sebelum mula memperdaya wanita-wanita itu. "Suspek kemudian menunjukkan beberapa sijil palsu menggunakan logo kerajaan Malaysia kononnya mereka diberikan projek bernilai jutaan ringgit termasuk pernah menerima cek berjumlah AS$1.8 juta (RM5.6 juta). "Kesemua dokumen itu dihantar melalui e-mel dan mangsa yang sudi membantu suspek mengendalikan projek itu kemudian diarahkan memasukkan wang ke dalam akaun kononnya untuk membayar cukai, komisen dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar semalam. | ||||
Posted: 13 Aug 2012 06:57 PM PDT SUNGAI PETANI - Seorang penyamun tidak sempat menikmati hasil rompakan sebanyak RM20,000 apabila dia tiba-tiba diserang sakit jantung sebaik melakukan jenayah itu bersama tiga lagi rakannya dalam kejadian di Taman Orkid, Sungai Layar di sini semalam. Kejadian pukul 10.15 pagi itu berlaku selepas suspek berusia 46 tahun tersebut menyamun seorang warga emas, Yeoh Ah Seng, 66, yang baharu mengeluarkan wang daripada sebuah bank di Taman Pekan Baru, di sini. Mengimbau semula kejadian itu, Ah Seng memberitahu, kejadian berlaku apabila dia dalam perjalanan pulang dengan menaiki sebuah motosikal dengan wang itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Katanya, tanpa diduga, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal kemudian menghalangnya manakala dua lagi suspek mengacukan parang memaksanya berhenti. "Suspek kemudian mengoyakkan poket seluar saya dan merampas wang tersebut. Saya kemudian lari ke sebuah rumah untuk bersembunyi. "Ketika itulah saya ternampak salah seorang suspek terjatuh dari motosikal dan tidak lagi bergerak," ceritanya ketika ditemui semalam. | ||||
Keluarga pelatih PLKN terima pampasan insurans Posted: 13 Aug 2012 06:55 PM PDT
SHAH ALAM - Walaupun sudah hampir lima bulan, R. Vinoth, 18, (gambar kecil) meninggal dunia ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Terkok, Sungai Siput, Perak, kehilangannya masih dirasai ahli keluarga di Flat Sungai Rasau, Jalan Batu Tiga Lama, Seksyen 16 di sini. Menurut ibunya, R. Vasantah, 47, dia masih masih terkenang detik-detik manis bersama anak bongsu daripada empat beradik itu yang sebelum ini begitu teruja untuk menyertai PLKN. "Dialah anak bongsu yang paling disayangi dan menjadi harapan keluarga untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti. Mungkin sebab itu kami sukar menerima hakikat telah kehilangan dia," kata Vasantah ketika ditemui di sini semalam. Dia ditemui selepas menerima cek bayaran pampasan insurans PLKN bernilai RM55,000 yang disampaikan oleh Ahli Majlis PLKN yang juga Setiausaha Agung MIC, Datuk V. Murugesan. Turut hadir ialah Pengarah Pengurusan PLKN, R. Manoranjitham. Vinoth dilaporkan meninggalkan dunia pada 12 Mac lalu disebabkan demam dipercayai akibat jangkitan kencing tikus ketika menjalani latihan di dalam kolam. Sementara itu, bapa Vinoth, S. Raman, 47, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, dia sering menangis apabila melihat gambar mendiang anaknya yang dikalungkan bunga setiap hari. | ||||
Iran bimbang wabak penyakit selepas gempa Posted: 13 Aug 2012 06:54 PM PDT
TEHERAN - Gempa bumi berkembar yang memusnahkan sejumlah perkampungan di pedalaman barat daya Iran hujung minggu lalu meragut 306 nyawa dengan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak, kata beberapa pegawai semalam. Bencana itu juga kata mereka, mencetuskan kebimbangan penularan wabak penyakit. Menteri Kesihatan Iran, Marzieh Vahid berkata, seramai 3,037 lagi mangsa cedera dengan 2,011 orang diberikan rawatan di lokasi kejadian manakala baki mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan. Menurutnya dalam laporan yang disiarkan di laman web Parlimen Iran, sebanyak 700 pembedahan dilakukan bagi menyelamatkan mangsa gempa bumi tersebut. "Kami masih meneruskan usaha bagi mencari mayat-mayat mangsa," katanya. Kelmarin pihak berkuasa Iran membatalkan usaha operasi menyelamat selepas memberitahu semua mangsa yang terselamat telah ditemui. Seorang lagi pegawai, Hassan Ghadami yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Bagi Pengurusan Krisis berkata: "Ramai mangsa terbunuh selepas beberapa jam pertama gempa berlaku ekoran dihempap timbunan runtuhan kediaman mereka.," Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Kecemasan Iran, Gholamreza Masoumi memberi amaran kemungkinan berlaku wabak penyakit berjangkit ketika mangsa-mangsa tinggal dalam persekitaran kotor dan mengalami kekurangan air dan tandas. "Satu lagi isu penting adalah sejumlah besar bangkai haiwan yang bergelimpangan di sekitar kawasan gempa dan di dalam sumber air," katanya. Dua gempa bumi kuat berkenaan yang setiap satu berukuran 6.4 dan 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat daya Iran pada Sabtu lalu dengan meruntuhkan banyak bangunan dan kediaman di sejumlah perkampungan di barat daya bandar Tabriz. Ketua Bulan Sabit Merah Iran, Abdolhossein Faghih memberitahu Parlimen negara itu, 230 buah kampung rosak teruk dengan sejumlahnya musnah sama sekali dalam bencana tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, pemerintah Iran melancarkan satu dana bagi membina semula kediaman di kawasan pergunungan dilanda gempa tersebut menjelang musim sejuk yang akan melanda empat bulan lagi. Pemerintah turut memberikan bantuan tunai hampir AS$2,000 (RM6,373) kepada setiap keluarga yang terjejas selain pemberian pinjaman dengan kadar faedah rendah sehingga AS$6,000 (RM19,119) untuk setiap keluarga. Iran turut menolak bantuan luar daripada beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Taiwan, Singapura dan Rusia. Teheran menyatakan, ia dapat menangani bencana tersebut. | ||||
Jet tentera Syria ditembak jatuh Posted: 13 Aug 2012 06:54 PM PDT DAMSYIK - Pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) mendakwa pihaknya menembak jatuh sebuah jet pejuang semalam tetapi kedudukan tentera pemerintah semakin kukuh di bandar raya Aleppo apabila mereka mara ke sebuah daerah baharu yang dikuasai FSA. Tentera pemerintah turut mengebom beberapa kawasan di sekitar ibu kota Syria di sini dan melancarkan operasi pembersihan di bandar raya berkenaan. Perkembangan itu berlaku ketika beberapa klip video kontroversi yang menunjukkan kekejaman FSA di sekitar Aleppo disiarkan. Satu rakaman tersebut menunjukkan anggota-anggota FSA mencampakkan beberapa mayat dari sebuah bangunan pejabat pos manakala klip video kedua memaparkan pemberontak menyembelih seorang lelaki. Dalam perkembangan berkaitan, media Syria melaporkan sebuah jet tentera terhempas di timur negara itu ketika penerbangan rondaan selepas mengalami masalah teknikal. Menurutnya, juruterbang pesawat itu sempat mengaktifkan kerusi anjal pesawat bagi menyelamatkan diri. Namun, FSA yang menggesa masyarakat antarabangsa supaya membekalkan organisasi tersebut dengan senjata penangkis pesawat mendakwa pihaknya menembak jatuh jet berkenaan di wilayah Deir Ezzor, timur Syria. "Ya, kami boleh mengesahkan bahawa sebuah jet pejuang MiG 21 telah ditembak jatuh," kata jurucakap FSA, Kassem Saadeddine. | ||||
Morsi arah Menteri Pertahanan letak jawatan Posted: 13 Aug 2012 06:53 PM PDT
KAHERAH - Presiden Mohammed Morsi melakukan kejutan apabila beliau mengarahkan Menteri Pertahanan, Fil Marsyal Hussein Tantawi supaya bersara. Presiden Mesir berkenaan turut membatalkan rombakan perlembagaan oleh tentera sebelum ini yang memberikan kuasa eksekutif kepada beberapa orang jeneral Mesir. Dalam pada itu, Morsi melantik seorang hakim kanan, Mahmoud Mekki sebagai Naib Presiden Mesir. Keputusan tersebut yang diumumkan kelmarin berkuat kuasa serta-merta. Berita mengenainya diumumkan oleh jurucakap Presiden, Yasser Ali pada satu sidang media yang disiarkan oleh stesen televisyen negara berkenaan. Menurutnya, Morsi melantik Abdel-Fattah El-Sissi sebagai Menteri Pertahanan bagi menggantikan Hussein. Hussein sebelum ini mengetuai Majlis Tentera yang memerintah Mesir selama 17 bulan selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak pada Februari 2011. Turut diarahkan bersara adalah ketua nombor dua Majlis Tentera iaitu Ketua Staf Sami Annan. Sementara itu, beribu-ribu orang berhimpun di Dataran Tahrir di sini semalam sebagai menyatakan sokongan mereka berhubung perubahan kuasa yang diumumkan oleh Morsi. "Rakyat Mesir menyokong keputusan Presiden," kata mereka. Tindakan berani itu dibuat seminggu selepas 16 askar sempadan Mesir ditembak mati oleh sekumpulan militan di sebuah pos kawalan sempadan di utara Semenanjung Sinai, dekat Israel. Peningkatan penentangan kumpulan militan itu berlaku selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden pada Februari tahun lalu atas desakan penunjuk perasaan. Kepimpinan tentera amat berpengaruh di Mesir tetapi setakat semalam tiada tanda-tanda bahawa angkatan bersenjata negara itu mencabar arahan Presiden. Tiada alasan diumumkan berhubung langkah pertukaran kepimpinan tersebut setakat ini. | ||||
Romney ikrar kembalikan kegagahan negara AS Posted: 13 Aug 2012 06:52 PM PDT WAUKESHA - Calon Parti Republikan, Mitt Romney kelmarin berikrar akan mengembalikan kegagahan Amerika Syarikat (AS) dan mengelakkan negara berkenaan daripada ditimpa 'bencana fiskal' ketika kempen beliau pada pilihan raya Presiden kali ini ditentang hebat oleh parti Demokrat. Ketika kempen politik kini bertambah rancak, beberapa penyokong Presiden Barack Obama menyelar Romney dan regunya, Paul Ryan sebagai cuba menghapuskan keistimewaan yang dinikmati rakyat seperti insurans kesihatan awam dan pencen warga emas. Kritikan tersebut dilemparkan dalam satu program bual bicara AS kelmarin. Namun, pada masa yang sama, Romney dan Ryan berusaha menampilkan diri mereka sebagai penyelamat ekonomi AS yang kini dibebani kadar pengangguran yang tinggi. "Saya mempunyai berita baik untuk anda. Negara ini akan bangkit kembali," kata Romney sambil diperhatikan oleh Ryan semasa berucap pada perhimpunan di fasiliti perlumbaan kereta NASCAR di negeri Carolina Utara. Dalam ucapannya, Romney mengecam Obama kerana didakwa menjadikan negara AS 'semakin menyerupai Eropah,' yang dibebani 'kadar pengangguran tinggi, kadar gaji yang rendah'. Ryan pula cuba menyuarakan perbezaan dasar parti Republikan berbanding pasukan kempen Obama ketika beliau berucap di hadapan sekitar 1,700 penyokong di dalam bangunan berkenaan dengan 4,000 orang lagi berada di luar. "Kita boleh menyatakan sama ada kita adalah sebuah negara yang penuh dengan hutang, kesedihan dan kadar pengangguran tinggi yang mana kita memberikan masa depan yang kelam kepada anak-anak kita atau kita boleh merubah semua ini (dengan mengundi Parti Republikan) dan membantu negara ini kembali ke landasan betul," katanya. Dalam pada itu, parti Demokrat melancarkan serangan balas dengan mendakwa pemilihan Ryan sebagai regu Romney untuk jawatan Naib Presiden AS pada pilihan raya kali ini sebagai bukti bahawa parti Republikan mahu menghapuskan program komuniti seperti Medicare dan pelan insurans perubatan bagi warga emas di AS. "Beliau merupakan arkitek yang merancang untuk menamatkan Medicare seperti kita semua tahu dan meletakkan kos perubatan berjumlah ribuan dolar pada bahu warga emas," kata penasihat kanan kempen Obama, David Axelrod. | ||||
Posted: 13 Aug 2012 06:51 PM PDT FORT CHURCHILL, Amerika Syarikat - Imej serpihan meteor Perseid di langit berjaya dirakamkan di sini kelmarin. Imej itu diperoleh agensi berita AP daripada Kevin Clifford. Serpihan itu adalah daripada komet Swift-Tuttle yang terbakar selepas melalui atmosfera bumi. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan