ads

Sabtu, 25 Ogos 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


sumber :-

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar Ibu Johan Terima Nabila Seadanya

Posted: 24 Aug 2012 08:26 PM PDT


Meskipun beberapa kali timbul cerita dua selebriti ini sedang hangat menjalin cinta. Pun begitu baik Johan As'ari mahupun Nabila Huda, tegas menjelasakan yang mereka hanya berkawan rapat. Meskipun beberapa kali timbul cerita dua selebriti ini sedang hangat menjalin cinta. Apapun status perhubungan mereka, bagi ibu Johan, Datin Hajah Firdaus Binti Abdul Kadir memberitahu tiada halangan daripada pihak keluarga malah sebagai ibu, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya dengan aktres tersebut.

"Saya tak ada masalah dengan perhubungan Johan dan Nabila. Nabila memang selalu datang rumah. Dia pun dah kenal keluarga saya. Pada pandangan saya, Nabila ini baik orangnya, hormat orang tua dan juga pandai masak ".

"Soal jodoh ini bukan kita yang tentukan. Kalau dah jodoh Tuhan kata, Johan dengan dia (Nabila), saya terima seadanya. Cuma apa yang boleh saya katakan setakat ini memang perhubungan Johan dengan Nabila merupakan kawan rapat sahaja. ", kata ibu Johan kepada Gua.com baru-barfu ini.

Dalam masa yang sama, Johan tetap mengatakan perhubungan beliau dan Nabila terjalin atas dasar persahabatan. Menurut Johan, beliau sudah lama mengikuti kerjaya lakonan Nabila dan mengagumi bakat Nabila di hadapan kamera. Justeru, peluang berlakon bersama Nabila sebelum ini disifatkan sebagai satu peluang yang cukup berharga untuk berkerja bersama pelakon berbakat seperti Nabila. -MD-

Gossip Jue Aziz kekasih Aidil mula tersebar?

Posted: 24 Aug 2012 08:19 PM PDT


Pastinya anda masih ketahui bahawa Aidil masih suami Rita Rudaini. Kini timbul pula gossip baru bahawa Jue Aziz dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil, kesahihannya masih belum diketahui dari penyebar tersebut, kini Jue Aziz menunggu orang yang menyebarkan berita ini disusuli dengan bukti yang sahir, Ikuti kenyataan dibawah

Maklumbalas pertama secara rasmi dari satu pihak berkaitan gossip yang mengatakan mereka kini sedang hangat bercinta sudah keluar dan ianya agak menarik.

Jue Aziz hari ini menerusi Kosmo! menegaskan yang beliau tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang kini masih suami kepada Rita Rudaini.

Namun, aktress berusia 29 tahun ini tidak menafikan yang beliau memang mengenali Aidil Zafuan secara peribadi tetapi hubungan mereka sekadar kawan biasa.

"Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk," ujar Jue Aziz yang kecewa dengan gossip ini.

"Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil & jujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu."

Menariknya, Jue Aziz mendakwa yang beliau tahu gossip ini timbul angkara siapa kerana ia'nya turut melibatkan nama Ayu Raudhah — dan beliau meminta bukti.

"Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah," tambah Jue Aziz.

Sama ada hubungan ini benar ataupun tidak, G.A.M doakan mereka berdua bahagia bersama ...

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah

Posted: 24 Aug 2012 08:05 PM PDT


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini."Akibatnya,mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.

Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul." tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.


Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.

Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.

Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

Hilang Dara sudah menjadi kebanggaan golongan pelajar - Ahli Kelab Tiada Dara

Posted: 24 Aug 2012 07:57 PM PDT



PELAJAR IPT DIJANGKITI HIV, KELAB TIADA DARA DI MALAYSIA
- Ketika dahulu dara merupakah sesuatu mahkota penting buat seseorang wanita, sekiranya dara tiada, golongan wanita menganggap dirinya sudah tidak berguna lagi didunia ini, tetapi pada zaman yang serba moden ini, ketiadaan dara merupakah sesuatu aset yang bernilai buat seseorang wanita. Ikuti salah seorang pelajar IPT ini.

Mereka golongan terpelajar dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan tersebut.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak ingin melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.


Malah, sesiapa yang masih dara akan dipecat 'keahliannya' atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli 'kelab tiada dara' itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Artis Popular memiliki Wajah Cantik tetapi Pehanya Kerepot, Siapakah Dia?

Posted: 24 Aug 2012 07:47 PM PDT



Cuba anda teka adakah artis ini dari malaysia atau luar negara, kebanyakkan wanita cukup penting menjaga penjagaan kulit muka, tetapi adakah anda ketahui keseluruhan tubuh artis tersebut?

Setiap manusia selalu ingin tampil sempurna dan muda di depan umum untuk hal tersebut tidak ada batasan umur, tua-muda, laki-laki perempuan, semuanya ingin melakukan hal tersebut. Namun untuk urusan yang satu ini biasanya kaum wanita mempunyai yang lebih di bandingkan dengan lelaki. Ramai wanita mengeluarkan biaya yang sangat besar untuk keperluan ini. Wajah biasanya menjadi standard bagi setiap orang untuk tampil muda, makanya perawatan tubuh agar tetap tampak awet muda lebih di utamakan pada bahagian wajah. Berbagai macam usaha pun dilakukan mulai dari pembedahan plastik sampai melakukan implan silicon pada wajah agar kulit tetap terkesan kencang dan tidak kerepot.


Kita juga sering tertipu dengan penampilan seseorang, wajah terlihat muda namun sebenarnya orang tersebut sudah lanjut usia. Janice Dickinson adalah salah satu contoh manusia dengan wajah terlihat muda tapi kerepot dengan anggota tubuh yang lain. Mantan model berusia 60 tahun ini sering tampil di khalayak awam dengan wajah usia 30-an namun bila kita perhatikan anggota tubuh lainnya jelaslah bahawa dia sebenarnya adalah seorang nenek dengan kulit kerepot dan berjerutu.

Azwan Ali langgar Janji

Posted: 24 Aug 2012 07:37 PM PDT


Apa nak jadi lah Azwan Ali nie, sebelum ini dia beria ia berjanji dan memohon maaf secara terbuka kepada adiknya, Ummi Hafilda. Tetapi sekarang lain pula ceritanya, dah macam, cakap tak serupa bikin. Dia juga pernah berjanji tidak akan menghantar sebarang Twitter mengenai politik dan isu-isu semasa pada masa akan datang.

Baru - baru ini Aku janji Azwan Ali tidak kemana kerana Azwan tak tahan dan terpaksa mengutuk adiknya Umi Hafilda. Dahlah bapa mereka pernah tak mengaku Umi Hafilda sebagai anak kini Azwan pula tak mahu mengaku Umi Hafilda sebagai adik.

Ini kerana Azwan percaya Umi Hafilda memperalatkan ibunya. "Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti," kata Azwan melalui Twitter.

"Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah 'great leader' (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN," katanya menyokong Azmin.

Azwan juga melancarkan melancarkan kempen anti TV3 #JijikTV3 di twitternya. Inilah akibatnya kebodohan Umi Hafilda bersekongkol dengan UMNO dan TV3…

Nampaknya taubat Azwan untuk berbaik dengan Umi Hafilda sebelum ini tak tahan untuk diteruskan…

Tak habis habis kontroversi yang tak apa apa, adakah ini salah satu teknik murahan untuk menaikkan semula namanya?

maklumat lanjut boleh rujuk ke website milosuam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved