sumber :-
Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
Gambar Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Berbaik, Buka Puasa Bersama Posted: 01 Aug 2012 11:56 PM PDT G.A.M dengar cerita terbaru berkenaan Abby Abadi, ya ia bukan berkenaan politik tetapi lebih kepada sifat kemaafan kisahnya di bulan ramadhan ini. Dengan Kuasa Allah Allah S.W.T. pertelingkahan diantara kedua artis tersebut telah berubah ke arah kebaikkan. Setelah empat tahun mereka seperti 'berperang', akhirnya Abby dan Memey telah pun berbaik dan boleh bertentang mata. Abby telah pun menjemput Norman dan Memey datang ke rumahnya untuk berbuka puasa bersama-sama anak-anak mereka. Hubungan baik mereka jelas terpancar melalui gambar yang mereka ambil selepas selesai solat maghrib bersama-sama semalam. Di sebalik kisah sensasi dan panas yang timbul mengaitkan pelakon wanita, Abby Abadi yang dicanang meluas sejak akhir-akhir ini, ini adalah satu khabar gembira yang mungkin kita sendiri tidak terfikir. Umum mengetahui yang Abby langsung tidak boleh bersua muka dengan isteri bekas suaminya, Memey Suhaiza. Semuanya kerana kes Norman Hakim ditangkap khalwat beberapa tahun lepas bersama Memey di pejabat rasmi Norman. Kes itu menyebabkan rumah tangga antara Abby dan Norman kecundang walaupun mereka sudah pun dikurniakan dengan tiga orang anak ketika bersama. Semenjak itu, Abby memang langsung tidak boleh bertemu atau bercakap apatah lagi diminta mengulas tentang perkahwinan kedua Norman bersama Memey. Menerusi Bisik Buzz oleh FF di saluran radio Hot.FM, Farah Fauzana (FF) telah pun menghubungi Memey pagi tadi untuk mendapatkan pengesahan tentang cerita yang mereka berdua telah berbaik. Ternyata, Memey melahirkan rasa syukur kerana cerita yang tersebar cepat itu yang mengatakan mereka berdua sudah berbaik adalah benar-benar berlaku. "Sebenarnya semalam, Memey dan abang Norman telah berbuka puasa di rumah Kak Abby. Alhamdulillah, kami berbuka bersama-sama. Selepas berbuka, kami solat Maghrib bersama-sama dan diimamkan oleh abang Norman sendiri. "Memey rasa bersyukur dan gembira kerana selepas empat tahun kami tidak berapa baik, doa orang ramai telah pun dimakbulkan. Jadi, Memey berharap agar orang ramai terus mendoakan kebahagian Memey, abang Norman, kak Abby dan anak-anak," luah Memey gembira. Bukan itu sahaja, gambar Memey dan Abby yang memakai telekung yang sama juga turut dirakam membuktikan mereka sudah boleh berjumpa. "Sebenarnya, gambar itu ditangkap selepas selesai solat Maghrib. Memey pakai telekung Memey sendiri. Tapi, kak Abby berikan telekung yang sama dengan kak Abby kepada Memey. Jadi, Memey tukar pakai telekung tu. Tu yang kami tangkap gambar," katanya. Selain itu, Abby sendiri turut berkongsi cerita gembiranya itu di laman Twitternya. |
Solat Tarawih 100 Rakaat Di Yemen Posted: 01 Aug 2012 11:27 PM PDT Ini kisah di sebuah negara di Yeman. Rata - rata masyarakat Islam di kota Tarm, Hadramaut, Yemen akan menunaikan solat tarawih sebanyak 100 rakaat sepanjang malam hingga ke waktu subuh. Sedikit fakta tentang negara Yemen. Masyarakat Islam di kota Tarim, Hadramaut, Yemen menunaikan solat tarawih sebanyak 100 rakaat sepanjang malam. Perkara yang sama menjadi amalan di 365 buah masjid yang terdapat di negara itu. Berpuasa pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan. Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut. Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia. Sebaliknya, seseorang itu hanya mendapat kepenatan. Bagi Haniff Abu Talib, 23, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu walaupun beliau berada di perantauan. Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih. "Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam. "Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan. Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat. "Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah," jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja'far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir. Haniff juga pernah berkunjung ke Masjid Ba'alawi dan tidak melepaskan peluang mengerjakan solat tarawih bersama ulama terkemuka Yemen, Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustofa, Tarim, Hadramaut. Tarim merupakan sebuah kota kecil yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Yemen, Sana'a. Menurut Ensiklopedia Islam, ia turut disebut sebagai kota Seribu Wali dan terkenal sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam ke seluruh dunia. SOLAT tarawih hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan dan ini menjadikan ia satu solat yang eksklusif. Di Yemen, terdapat 365 buah masjid. Setiap kali Ramadan, solat tarawih akan dikerjakan sepanjang malam hingga solat Subuh. Keadaan itu membolehkan para jemaah memilih masa yang diinginkan untuk menunaikan solat tarawih di mana-mana masjid yang ada. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan