sumber :-
Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
- Anak Rini AF7 berusia 2 Hari Kritikal Kerana Jatuh Katil
- Majalah Mangga Difatwakan Haram ?
- Irma Hasmie kini disahkan Mengandung
- Abby Abadi Malu dengan Soalan Sendiri, Kena Tegur Dengan Ustaz Azhar Idrus - Panasss!!
Anak Rini AF7 berusia 2 Hari Kritikal Kerana Jatuh Katil Posted: 14 Aug 2012 09:39 AM PDT Sesetengah keluarga sudah pasti berasa gembira apabila menerima cahaya mata didalam kehidupan mereka, tetapi ada juga sesetengah pihak merasakan perasaan gembira menimang puteri sulung berubah menjadi sedih buat Rini bintang Akademi Fantasia 7 (Rini AF7) apabila bayi perempuannya yang diberi nama Maryam Joanna dilaporkan jatuh katil pada 11 Ogos lalu. Berita ini disahkan Rini AF yang tatkala ini baru saja pulih dari trauma selepas berdepan dengan insiden yang tragik itu. "Saya selamat melahirkan anak saya, Maryam Joanna di Hospital Putrajaya pada jam 9.34 pagi Khamis lalu. Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana anak saya seberat 4.25 kg. Waktu itu, suami saya ada bersama saya tetapi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan. "Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. "Ini semua kuasa Allah dan saya hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh dan selamat. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari saja nak menyambut Syawal. Saya harap, semua doakan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya itu," katanya. Menjelaskan lanjut kejadian yang menimpa anaknya itu, Rini AF7 yang merupakan penyanyi lagu Apa Sebenarnya memberitahu anaknya itu lemas selepas terjatuh dari katil di rumahnya. "Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah. "Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku. "Saya memang sedih sebab dia adalah cahayamata pertama saya. Saya mengandungkan dia selama 10 bulan. Saya menjalani pembedahan apabila sudah cukup tarikh untuk dia dilahirkan," jelasnya. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga anak rini cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.. |
Majalah Mangga Difatwakan Haram ? Posted: 14 Aug 2012 09:29 AM PDT Majalah sensasi yang banyak menonjolkan majalah tanpa pakaian telah dihukum hebat oleh JMK. Majalah Mangga Difatwakan Haram dimana Majalah hiburan Mangga yang mirip kepada majalah Playbloy kini difatwakan haram. Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat. Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa: "Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif." |
Irma Hasmie kini disahkan Mengandung Posted: 14 Aug 2012 09:22 AM PDT G.A.M ingin berkongsi kisah terkinin Irma Hasmie, Biarpun menganggap masih terlalu awal untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat, namun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie (30) mengesahkan kebenaran berita yang mengatakan bahawa dia kini sudah berbadan dua. Malah, Irma yang ditemani suaminya, Redza Shah (31) ketika majlis fitrah Ramadan 2012, malam tadi memberitahu keadaannya saat ini agak kurang sihat dan menghadapi alahan muntah-muntah. "Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya telahpun 4 minggu dan hampir masuk ke 5 minggu. "Saya kerap muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom yang biasa kepada bakal ibu. Saya berharap badan saya cukup kuat untuk menghadapinya. "Buat masa ini, itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun, sebaliknya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan," katanya kepada kepada wartawan. Gembira bakal bergelar bapa, Redza sebagai suami lebih banyak meluangkan masa bersama Irma. "Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semua turut sama mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah. "Kerana kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah hendak bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya," kata Redza. Mempersetujui apa yang dijelaskan suaminya itu, Irma mengakui lebih selesa suaminya bersama dan merasakan sentiasa selamat. |
Abby Abadi Malu dengan Soalan Sendiri, Kena Tegur Dengan Ustaz Azhar Idrus - Panasss!! Posted: 14 Aug 2012 09:18 AM PDT Minggu lalu telah berlansungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak. Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah. Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri. Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama. UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan. Selain itu, antara jawapan UAI adalah; "Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan. Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. Ahhh.. itu yang kita kena jaga," kata UAI. Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI. Abby berkata, "Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan." Ehhh.. kenapa Abby 'menggelupur' ni? Sedangkan UAI menyatakan secara umum dan tidak menyebut mana-mana individu. Itulah kata orang-orang tua, 'siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya'. Menjadi persoalan juga apabila mengapa perlu Abby terasa dengan kata-kata UAI itu. Patutnya Abby malu dan menimbangkan untuk terjun lombong sekejap pasal nasihat UAI tu kena tepat kat batang hidung dia sampai dia menjerit-jerit nak cover line kat atas pentas ceramah. Dan adakah dia seorang sahaja artis yang berhijrah dalam masa yang sama menghentam rakan-rakan industri? Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI. UAI lebih 'direct' dalam menyampaikan sesuatu mesej. Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu. Zizan tidak melenting dan 'cool' serta menerima secara positif nasihat UAI. Penulis tidak lah bijak mana untuk memberi nasihat kepada pembaca. Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak seharusnya cepat 'melatah' dengan mesej yang disampaikan oleh panel. Seolah-olah seperti Abby tidak tahu adab serta cara untuk mengawal diri sebagai sebagai seorang pengacara yang baik. Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif. Video Abby Abadi dimalukan dengan soalannya sendiri sumber: mynewshub.my |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan