Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Aiman Hakim Enggan Dedah Kisah Bersama Seorang Wanita
- Caroline Juara Mentor 6, Bawa Pulang RM100,000
- Syafie Naswip Terima Tujuh Suntikan Digigit Obor-Obor
- Johan As'ari Sedia Dikaitkan Dengan Siti Saleha
Aiman Hakim Enggan Dedah Kisah Bersama Seorang Wanita Posted: 11 Jun 2012 03:43 AM PDT ![]() PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Vanila Coklat, Aiman Hakim Ridza enggan mengulas mengenai penyebaran gambar dia bersama seorang wanita yang dikatakan kekasihnya. Aiman menjelaskan, tidak mahu memberikan perhatian kepada kontroversi yang melanda sebaliknya ingin menumpukan kepada kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi. "Mungkin ada peminat tertanya-tanya mengenai status wanita berkenaan dengan saya tetapi apa yang boleh saya katakan dia adalah seorang kawan rapat. "Selebihnya tidak perlulah saya menyatakan secara terbuka kerana tidak mahu kisah peribadi menjadi perbualan utama berbanding kerjaya seni saya," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Tambah Aiman, dia lebih selesa kisah peribadi tidak menjadi tumpuan dan yakin peminat faham mengenai pendirian itu. Dalam pada itu, bercakap mengenai single pertamanya yang berjudul Khalimah Janji iaitu duet bersama penyanyi Ernie Zakri, Aiman berkata peluang yang diberikan oleh syarikat rakaman FMC adalah satu ruang yang baik untuknya mengembangkan kerjaya dalam bidang seni. Dia bagaimanapun tidak melihat penghasilan lagu tersebut sebagai bonus disebabkan popularitinya sebagai pelakon. "Saya belum cukup bagus untuk tampil sebagai penyanyi secara serius dan penghasilan lagu duet ini adalah sebagai satu cubaan baik pihak FMC yang percayakan bakat nyanyian saya. ![]() "Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki sebelum benar-benar diterima peminat dalam kedua-dua bidang itu," ujarnya. Bagaimanapun Aiman memberitahu, dia cukup seronok dapat merakamkan lagu tersebut bersama Ernie dan berharap ia akan diterima baik oleh pendengar. "Saya sangat sukakan melodi dan lirik yang dibuat oleh Buddhi Hekayat dan Manusia Putih. Selain itu bekerjasama dengan Ernie sangat seronok dan tidak mempunyai sebarang masalah," ujarnya. Khalimah Cinta turut dijadikan sebagai lagu tema untuk filem Vanila Coklat yang bakal menjalani penggambaran pertengahan bulan ini. Dalam perkembangan lain Aiman juga akan muncul dengan telefilem Rania Si Ikan Duyung di Astro Ria pada 28 Jun ini bergandingan dengan pelakon Tasha Shila. |
Caroline Juara Mentor 6, Bawa Pulang RM100,000 Posted: 11 Jun 2012 03:42 AM PDT ![]() SHAH ALAM: Memperoleh 71 markah secara keseluruhan, protege kepada Ella iaitu Caroline menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor musim keenam (Mentor 6) yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Ahad. Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi. Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah , sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi. Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan (50 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM10,000 berserta trofi. Ketiga-tiga mentor tersebut turut mendapat trofi dan habuan wang tunai mengikut kemenangan protege masing-masing di mana Ella mendapat RM100,000, Ogy (RM30,000) dan Faizal (RM10,000). ![]() Pada segmen pertama, Anas membawakan lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, diikuti Zatul dengan dua buah lagu daripada kumpulan Search iaitu Pawana dan Pelesit Kota. Manakala Caroline membawakan lagu My Love (Justin Timberlake) dan I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith). Kemudian ketiga-tiga protege ditugaskan untuk berduet dengan penyanyi profesional yang mana menyaksikan Anas membawakan lagu Selamat Malam (Faizal Tahir) bersama Hazama, Zatul dan Ziana Zain (Nakal-Gigi dan Sedang Ingin Bercinta-Dewa 19) manakala Caroline membawakan lagu Kau Kekasihku (Siti Nurhaliza) dengan Azlan The Typewriter. Tugasan terakhir, Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu. Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam. Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini. Turut diumumkan adalah pemenang peserta uji bakat iaitu Najua P.Ramlee yang menyanyikan lagu Kisah Hati menerima hadiah wang tunai RM1,000. Mentor 6 akhir itu disiarkan secara langsung di TV3. |
Syafie Naswip Terima Tujuh Suntikan Digigit Obor-Obor Posted: 11 Jun 2012 03:41 AM PDT ![]() PETALING JAYA: Pelakon remaja, Syafie Naswip, menerima nasib malang kerana digigit obor-obor ketika sedang mandi di Pantai Batu Empat, Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan selepas tamat penggambaran drama bersiri Miscinta Rabu lalu. Syafie, 20, ketika dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, akibat kejadian itu dia terpaksa menerima tujuh suntikan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson, selama dua jam bagi mengurangkan bisa dalam badan. "Semasa kejadian saya dan beberapa krew drama Miscinta telah mandi di pantai itu bagi meraikan tamat penggambaran drama tersebut yang telah selesai kira-kira pukul 6.45 petang pada hari berkenaan. "Bagaimanapun setelah hampir 10 ke 15 minit saya mandi tiba-tiba lengan sebelah kanan saya telah disengat oleh obor-obor sehingga menyebabkan rasa sakit seperti terkena renjatan elektrik. Krew lain yang mandi tidak mengalami gigitan tersebut," ujarnya. Tambah Syafie, walaupun doktor mengesahkan kecederaannya itu tidak serius, kesakitan akibat bisa obor-obor itu masih dapat dirasainya walaupun telah diberi tujuh suntikan. Dalam pada itu, Syafie berkata, dia juga telah membuat pemeriksaan susulan di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaannya sudah beransur pulih. "Alhamdulillahlah doktor memberitahu keadaan saya semakin pulih namun diarahkan berehat dengan secukupnya. Sepanjang minggu lalu badan saya terasa begitu lemah," katanya. Bagaimanapun kata Syafie, dia tidak dapat berehat lama kerana bakal kembali ke set penggambaran Miscinta yang akan dihasilkan dalam bentuk telefilem pada Isnin (hari ini). Syafie memberitahu, selain drama itu, dia juga akan muncul dengan telefilem lain berjudul Cikgu Saodah arahan Azman Nor untuk siaran RTM. |
Johan As'ari Sedia Dikaitkan Dengan Siti Saleha Posted: 11 Jun 2012 12:31 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR: Pelakon Johan As'ari, 26, bersedia jika digosipkan dengan gandingannya dalam filem Pencinta, Siti Saleha, seperti kontroversi sebelum ini yang mengaitkan dia dengan beberapa pelakon wanita menerusi drama dibintanginya. Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari berkata, dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu kerana percaya khabar angin akan hilang dengan sendiri jika ianya tidak benar seperti yang didakwa. "Memandangkan sebelum ini saya sering digosipkan bercinta dengan pelakon=pelakon wanita yang berganding dengan saya, maka saya juga sudah bersedia untuk dikaitkan dengan Saleha. "Saya tidak boleh menolak persepsi orang yang akan berkata macam-macam walaupun sudah diberikan penjelasan. "Dan gosip-gosip cinta seperti ini akan lenyap dengan sendiri jika apa yang perkatakan itu tidak benar," katanya yang sedang menjalani penggambaran Pencinta, arahan Khir Rahman. Selain bakat lakonannya yang hebat dalam drama Juvana pada tahun lalu, namanya mula diperkatakan apabila dia tidak mengaku mempunyai hubungan cinta dengan Izreen Asminda, yang juga merupakan pelakon siri berkenaan. Kemudian dia turut dikaitkan dengan heroinnya dalam drama Cinta Elysa, Fasha Sandha dan Nabila Huda menerusi drama Pelangi Kasih. Bagaimanapun, Johan menepis kesemua gosip berkenaan. Mengakui gosip yang mengaitkan Johan dengan pelakon-pelakon wanita sedikit sebanyak mempengaruhi popularitinya, dia berharap, populariti yang terlalu cepat diraihnya itu tidak mudah jatuh, seperti yang dialami oleh beberapa artis lain. "Alhamdulillah, dalam masa setahun sahaja saya dikenali ramai. Semua ini kerana Juvana dan sedikit sebanyak gosip yang melanda juga mempengaruhi populariti tersebut. "Walaupun orang sering berkata seseorang artis itu mudah tersungkur jika terlalu cepat popular, saya harap ia tidak berlaku kepada diri sendiri. "Kalau boleh saya ingin menjadi orang popular kerana menjadi yang terbaik. Saya percaya, jika bekerja dengan ikhlas dan selalui ingat Tuhan, InsyaAllah, karier kita akan berjalan dengan lancar," tuturnya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan