Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Marsha sekadar suka-suka
- Tomok Menangis Lihat Isteri Bersalin
- Miera Leyana Rasa Kekok Berlakon Dengan Shahrizal Jaszle
- Macam dirasuk
- Pencuri kereta nahas koma
- Gunung Everest alami kesesakan
- Jangkitan kulat pada kulit
- Ruang redakan tekanan belajar
- Kekurangan tak halang Norhalim
- Belajar jadi setia
- Kaki sihat, badan kuat
- Perkasa guru agama tangani isu akidah
- Sambutan hari kebesaran Islam
- Perpustakaan Istac khazanah negara
- Senandung Bali di Senerity Spa
- Jelajah Aman Kampus Kenyalang bermula secara rasmi hari ini
- Sarat dengan fakta tersirat, tersurat
- Bekas pensyarah pilih polis kerana cabaran
- 25 anggota PGA berlepas ke Timor Leste
- Nora Danish tak mudah melata h
- Samsung Galaxy S III tiba di pasaran Malaysia
- Nelayan naikkan ikan mirip naga
- Tomok dikurnia cahaya mata lelaki
- Empat maut nahas ngeri di Miri
- Lagi ATM kena pecah
Posted: 29 May 2012 09:22 PM PDT Marsha Milan Londoh JIKA sebut namanya sekarang, pasti ramai peminat terus teringat kepada rancangan gosip Propaganza yang hangat ke udara setiap Ahad, jam 12 tengah hari di Astro Ria. Bergandingan dengan Reza AF, lagak Anak Tamparuli, Sabah ini cukup selamba, lucu malah ada juga yang menganggapnya sebagai 'gedik' tatkala mengacarakan rancangan itu. Biar apapun kata orang terhadap gaya penyampaiannya itu, Marsha Milan Londoh, 26, tidak pernah mengambil pusing, sebaliknya terus memfokuskan untuk memberikan yang terbaik kepada dunia baru itu.
|
Tomok Menangis Lihat Isteri Bersalin Posted: 29 May 2012 09:20 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Tomok, 28, mendapat anak lelaki apabila isterinya Rahayu Abbas (Ayu), 32, selamat melahirkan bayi berkenaan di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 6.03 petang, Selasa. Tomok atau nama sebenarnya Shah Inderawan Ismail, 28, berkata, anaknya lahir dengan berat 3.33 kilogram itu masih belum diberikan nama namun bersyukur apabila proses kelahiran berjalan lancar. "Alhamdulillah, semuanya selamat. Inilah detik paling gembira dalam hidup saya, apabila isteri dan anak saya sihat. "Lebih bererti, saya diberi kesempatan untuk melihat proses bersalin sejak awal, serta diberi peluang untuk memotong sendiri tali pusat bayi itu. Ia pengalaman yang sangat bermakna," katanya yang dipetik daripada akhbar Berita Harian. Tambah Tomok, dia terpaksa akur bahawa tanggungjawabnya kini lebih besar dan harus memikul peranan sebagai suami dan bapa. "Sebagai seorang lelaki, saya tahu tanggungjawab besar saya sebagai suami dan bapa. Selain sibuk dengan kerjaya, saya akan mengutamakan keluarga dan berjanji untuk bekerja keras demi kebahagiaan kami sekeluarga. "Sebenarnya kesempatan melihat kesukaran seorang isteri bersalin menimbulkan rasa insaf buat saya sehingga menitiskan air mata. "Inilah pengorbanan seorang isteri yang sepatutnya kita hargai," katanya. Tomok dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada 1 Julai tahun lalu. |
Miera Leyana Rasa Kekok Berlakon Dengan Shahrizal Jaszle Posted: 29 May 2012 09:18 PM PDT KUALA LUMPUR: Aktres Miera Leyana mengakui berasa janggal untuk berlakon bersama bekas kekasihnya iaitu aktor Shahrizal Jaszle selepas hubungan mereka berakhir kira-kira tiga bulan lalu. Miera, 19, berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama secara profesional namun di dalam hatinya terdetik juga perasaan kekok dan kurang selesa untuk bergandingan dengan aktor itu. "Saya berasa kekok untuk berlakon bersama sejak hubungan kami putus. Kami memainkan peranan sebagai pasangan kekasih dalam drama 13 episod berjudul Harapan arahan pengarah dari India iaitu Ishal. "Saya akui sangat susah untuk bertentang mata dan menjayakan watak pasangan kekasih tetapi saya lakukan juga atas dasar profesional," katanya kepada mStar Online. Hubungan Miera dan Shahrizal yang terjalin selama lima bulan berakhir pada Februari lalu kerana lelaki itu dikatakan berlaku curang. Miera berkata dia hanya berkomunikasi dengan Shahrizal semata-mata untuk menjayakan watak itu sepanjang penggambaran berlangsung selama sebulan. "Kami hanya berkomunikasi apabila babak kami dirakamkan. Jika tidak, kami akan duduk berasingan dan membuat hal masing-masing. Pada peringkat ini, saya sedang menyesuaikan diri dan emosi akibat perpisahan itu. "Jujurnya, masih berat dan sukar untuk saya berpura-pura seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku di antara kami sebelum ini," luahnya. Diusik mengenai keputusannya menerima tawaran untuk berlakon bersama, Miera berkata tawaran tersebut diperolehnya lebih awal sebelum dimaklumkan oleh pihak produksi bahawa Shahrizal turut serta dalam drama berkenaan. "Saya tertarik dengan idea dan konsep drama itu yang bertemakan percintaan. Sebab itu, saya menerima tawaran tersebut. Saya tidak sangka pula dia (Shahrizal) akan ditawarkan sebagai hero drama ini. "Jika saya tahu daripada awal, mungkin saya tidak ambil. Namun, saya menetapkan syarat kepada syarikat produksi iaitu kami hanya berlakon atas dasar profesional dan tiada isu-isu peribadi perlu dilibatkan sepanjang penggambaran," akuinya. Drama Harapan dijangka menemui penonton pada Ogos depan menerusi RTM. Selain drama itu, Miera juga sedang terlibat dalam penggambaran drama Pencinta terbitan Grand Brilliance. |
Posted: 29 May 2012 09:17 PM PDT PERIKSA...anggota Unit Forensik polis memeriksa rumah mangsa. RAWAT...Juriah ditemani ahli keluarganya di HPSF, semalam. MUAR: "Dia (suspek) bagaikan dirasuk. Walaupun melihat suami tidak berdaya dan berlumuran darah, dia terus menetak hingga kakaknya dan beberapa jiran datang menghalangnya. "Ketika itu, mak cik tak dapat buat apa-apa kerana ditetak di kepala dan badan menyebabkan mak cik merangkak ke depan pintu dan menjerit minta tolong," kata warga emas, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, menceritakan kejadian menyayat hati di rumahnya di Kampung Parit Kerinchi, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.41 pagi itu, Juriah dan suaminya, Revuan@Reduan Harun, 73, hanya berdua di rumah sebelum tiba-tiba pintu depan rumah mereka ditendang suspek, wanita berusia 22 tahun yang juga jiran mangsa.
"Saya dan suami memarahi kelakuannya kerana menyebabkan kami terkejut, namun dia tidak mengendahkannya lalu mencapai parang di kawasan berhampiran dan menyerang kami bertubi-tubi," katanya ketika ditemui selepas mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam. |
Posted: 29 May 2012 09:16 PM PDT REMUK...kereta dilarikan suspek yang terbabit kemalangan. KAJANG: Seorang lelaki yang disyaki mencuri sebuah kereta utiliti sukan (SUV) di Batu 9, Cheras, di sini, awal pagi kelmarin kini koma selepas kereta dipandu itu terbabit kemalangan di Jalan Cheras. Dalam kejadian jam 4 pagi itu, SUV dipandu lelaki berusia 30-an terbabit hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik menyebabkannya tersepit serta parah di kepala.
Menurut sumber, pada masa sama, syarikat kereta yang menerima maklumat dari bank untuk menarik kenderaan berkenaan menghantar dua wakil mereka menjejaki pemilik berdasarkan alamat nombor pendaftaran kenderaan itu.
Sementara itu, seorang wakil syarikat kereta yang dikenali sebagai Kam, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
"Bagaimanapun, kami diberitahu lelaki itu koma menyebabkan usaha menjejaki keluarganya dilakukan bagi meneruskan urusan berkenaan," katanya. Kam berkata, sebaik menemui keluarga pemilik kenderaan itu, dia terkejut kerana kenderaan itu dilaporkan hilang dan dibawa lari awal pagi iaitu beberapa jam sebelum kemalangan. |
Gunung Everest alami kesesakan Posted: 29 May 2012 09:15 PM PDT RATUSAN pendaki dilihat dalam pendakian ke puncak Gunung Everest. KASHMIR: Satu gambar memaparkan barisan ratusan pendaki yang cuba mendaki Gunung Everest menunjukkan kesesakan teruk pada paras ketinggian 30,000 kaki. Pakar daki gunung percaya laluan tirus yang sama di Hillary Step, tembok batu 40 kaki pada ketinggian 28,740 kaki, sekurang-kurangnya menjadi sebahagian punca terhadap kematian empat pendaki hujung minggu lalu. Ha Wenyi, 55, dari China; warga Kanada, Shriya Shah-Klorfine, 32; warga Jerman, Eberhard Schaaf, 61, dan Song Won-bin yang berusia 40 tahun dari Korea Selatan, semuanya berhenti hampir tiga jam di altitud yang memeningkan itu - terpaksa membakar bekalan oksigen berharga milik mereka ketika menunggu sekumpulan 150 pendaki untuk meninggalkan tempat itu.
Kebanyakan lelaki dan wanita ini terdesak meraih pulangan daripada AS$75,000 (RM236,523) yang telah dibayar untuk mendaki Everest. Ramai daripada 220 orang yang mati di Gunung Everest adalah pendaki amatur yang meneruskan pendakian melanggar nasihat sherpa atau pendaki lain. Menurut Outside, seorang pendaki wanita, Shah-Klorfine adalah pendaki yang tidak menghiraukan kedua-duanya. Apabila dua pendaki bertembung dengannya ketika turun dari puncak, mereka menyedari dia berkelakuan pelik. Mereka menggesanya supaya berpatah balik. Dia menggelengkan kepalanya dan memberi isyarat untuk meneruskan pendakian. Pemandu arah juga menggesanya berpatah balik. "Tidak, saya perlu teruskan. Saya perlu teruskan," katanya kepada mereka. Dia berkeras untuk meneruskan pendakian dan hanya dengan sedikit oksigen yang tersisa, dia berjaya sampai ke puncak. Dalam perjalanan turun ke bawah, dia kekurangan udara dan sherpa terpaksa mendukungnya hingga dia menemui ajal, lapor Outside. |
Posted: 29 May 2012 09:13 PM PDT TUKAR...lampin pakai buang perlu sentiasa ditukar untuk mengelakkan masalah ruam lampin pada kulit bayi yang halus dan sensitif. KULIT bayi yang halus memerlukan penjagaan khusus kerana ia mudah mengalami keradangan berbanding kulit orang dewasa. Ramai ibu rasanya pernah berhadapan dengan kulit bayi di bahagian yang 'terperap' menjadi kemerah-merahan dan ada kalanya timbul bintik kecil merah yang dipanggil ruam lampin. Ruam lampin ini memang menyebabkan ketidakselesaan pada bayi hingga boleh menyebabkan bayi anda menangis. Bagi wanita yang baru menjadi ibu, tangisan anak yang berlarutan dan menunjukkan tanda gelisah itu kadang kala menimbulkan rasa panik kerana bayi masih belum pandai memberitahu ketidakselesaan yang mereka alami. Ia hanya diluahkan melalui tangisan.
Katanya, kira-kira 10 peratus bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun mendapat ruam lampin iaitu kulit bayi yang sensitif menjadi merah dan mengalami keradangan terutama di bahagian punggung, kemaluan, celah kangkang dan bahagian dalam peha. "Ruam lampin berlaku pada bahagian dan sekitar tempat yang ditutupi lampin dan keadaan ini boleh menyebabkan bayi tidak selesa serta meragam. "Sebagai ibu, anda perlu sentiasa memastikan lampin bayi anda ditukar sekerap mungkin bagi mengelakkan terjadinya masalah ruam lampin sebegini," katanya ditemui pada majlis pelancaran program Huggies School of Skin Health dan juga rangkaian produk lampin pakai buang terbaru yang terbukti secara klinikal, Huggies - DryPants, Dry, Ultra, Total Protection Pants dan Total Protection. Dr Yong Junina berkata, antara gejala ruam lampin termasuk tompokan kasar, gatal dan merah pada bahagian punggung, kemaluan dan paha. Ini diikuti dengan kulit melepuh dan luka kemerahan dan jika dijangkiti kuman, kawasan lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diselaputi ruam berkilat dan bertompok-tompok serta dipenuhi bintil kecil di luar bahagian yang dijangkiti. "Faktor penyebab kepada masalah ini berlaku apabila kulit bayi yang sensitif dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama menyentuh air kencing dan juga najis. "Disebabkan tempoh 'pemerapan' bahan buangan itu terlalu lama, ia mula memberikan kesan pada kulit bayi anda dan perkara ini perlu dielakkan," katanya. Selain itu, menurutnya, gangguan bahan kimia dan ammonia yang terhasil daripada perkumuhan air kencing secara tidak langsung boleh memusnahkan lapisan perlindungan terdapat pada kulit terutama pada kulit bayi. Keadaan ini boleh menyebabkan kulit bayi bertukar kemerah-merahan dan mengalami keradangan selain turut dikaitkan dengan alahan pada bahan cucian ataupun kandungan bahan pada lampin pakai buang yang digunakan. "Bayi akan mengalami rasa ketidakselesaan berterusan disebabkan masalah ini dan ia sedikit sebanyak boleh mengganggu perhatian ibu bapa dan juga bayi terbabit. "Berikan rawatan bersesuaian untuk menangani permasalahan itu antaranya menggunakan krim antifungal jika ada tanda jangkitan kulat kerana masalah ini boleh berlaku secara berulang terutama jika faktor kebersihan bayi dipandang ringan," katanya. Malah, tinjauan yang dilakukan ke atas 2,500 ibu melalui program Huggies School of Skin Health ini juga menunjukkan mereka percaya 100 peratus kesihatan kulit bayi amat penting. Selain itu, tinjauan yang dilakukan ini turut diadakan bertujuan memahami dengan lebih mendalam keadaan dilalui ibu apabila kesihatan kulit bayi mereka bermasalah. Daripada keputusan keseluruhan yang diperoleh, 70 peratus golongan ibu mengakui bayi mereka pernah mengalami masalah kulit termasuk ruam lampin. Faktor kebimbangan sebegini menyaksikan 34 peratus daripada mereka mengakui sering rasa hilang sabar hingga menyebabkan berlakunya pertengkaran dengan suami, rakan atau ahli keluarga disebabkan perkara itu. Sementara itu, menurut Pakar Pendidik Keluarga, Charis Patrick, perhubungan yang erat antara bayi dan ibu menambahkan lagi keperitan yang dirasai si ibu terutama apabila berhadapan dengan bayi mereka yang sakit ataupun tidak selesa. Katanya, keadaan ini boleh menyebabkan golongan ibu terbabit mengalami masalah ketegangan, tidur tidak lena serta tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja ataupun tugasan harian. "Tidak dapat dinafikan ia suatu yang sukar dihadapi tetapi bukan juga perkara mustahil untuk ditangani kerana sebagai ibu, kita perlu menjadi lebih fleksibel dalam menangani kesukaran dihadapi bayi anda. "Sebagai contoh, untuk mengurangkan ketidakselesaan dialami ibu dan juga bapa boleh mengalihkan perhatian bayi mereka dengan melakukan perkara diminati daripada berterusan menggaru bahagian yang mengalami ruam berkenaan," katanya. Selain itu, Charis berkata, dengan kemudahan kelengkapan bayi kini, penjagaan bayi makin mudah dilakukan contohnya jika bayi buang air kecil atau besar, bahagian yang terkena najis boleh dibersihkan menggunakan tisu basah. "Bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai bagi bayi yang masih kecil tetapi sekiranya mereka sudah mula makan, penggunaan tisu basah tidak mencukupi. Kulit yang terkena najis perlu dibersihkan dengan air dan sabun lembut. "Pada ketika ini, penjagaan kebersihan bayi anda sudah menjadi seperti orang dewasa iaitu ia perlu dibersihkan dengan air bersih dalam kuantiti mencukupi untuk menghilangkan kotoran berkenaan dan pastikan sebelum memakaikan bayi anda dengan lampin, kawasan yang dibasuh tadi perlulah kering sepenuhnya," katanya. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah ruam lampin secara berpanjangan serta memastikan kebersihan bayi anda sentiasa terjaga. Malah asas kekeluargaan yang utama yang perlu diterapkan apabila berumah tangga adalah kerjasama antara kedua-dua pihak dan bukan sebaliknya. "Masing-masing memiliki peranan tersendiri terutama jika membabitkan soal penjagaan serta kebajikan anak dan jangan hanya terlalu berharap ataupun bergantung kepada satu individu saja untuk melaksanakannya. "Jika si ibu sudah memandikan dan menukar lampin bayi, si ayah pula perlu turut sama membantu sama ada bermain dengannya ataupun menenangkannya jika berada dalam ketidakselesaan dan ia adalah kerjasama dua hala yang perlu dilakukan sebaiknya agar masing-masing berasa dihargai," katanya. Hadir sama, Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia/Singapura, Chia Oi Peng dan Pengurus Jenama Perdagangan Penjagaan Bayi & Kanak-Kanak Kimberly-Clark Malaysia, Iris Tee. Di samping itu, program Huggies School of Skin Health ini turut menawarkan peluang mencuba sampel dan juga menyertai peraduan serta kuiz disediakan. Malah, ia turut membekalkan maklumat terkini kepada ibu bapa mengenai mitos kesihatan kulit bayi dan kaedah penjagaan yang betul, tip dan juga pelbagai maklumat lain berkaitan isu ini. Rutin penukaran lampin bayi > Cuci punggung bayi dengan kapas dan gunakan sabun yang tidak memiliki bahan pewangi. > Anginkan seketika bahagian berkenaan sehingga kering. > Jika menggunakan lampin kain, bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin atau basuh serta-merta serta jemur di bawah cahaya matahari terik. > Ambil langkah pencegahan sepatutnya jika berlaku ruam lampin untuk mengelakkan daripada terus merebak. |
Posted: 29 May 2012 09:09 PM PDT DIDIK...mahasiswa sebagai generasi pemimpin perlu mempunyai kualiti yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat. - Gambar hiasan ENTAH mengapa pembabitan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan kurang mendapat perhatian berbanding pencapaian akademik, menjadikan aspek itu kurang bernilai di mata masyarakat. Tambahan pula, bukan semua mahasiswa mampu memberi sepenuh komitmen, menjadikan aktiviti itu dianggap tempat 'bersuka ria' yang hanya menimbulkan pembaziran masa dan tenaga. Apatah lagi, jangka hayat aktiviti itu singkat menjadikan masyarakat luar mempunyai pelbagai modal untuk mengkritik.
Ketua Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Martinelli Hashimberkata, pembabitan mahasiswa dalam aktiviti sosial bukan satu pembaziran, malah sangat bermanfaat. Beliau berkata, istilah pembaziran dan tanggapan aktiviti itu tidak mencapai matlamat adalah dangkal selain mahu menjatuhkan kredibiliti mahasiswa tanpa usul periksa. "Saya tahu ramai beranggapan aktiviti seperti ini hanya seperti mahu mengundang keseronokan tanpa mencapai matlamatnya. Malangnya tanggapan itu silap. "Membabitkan diri dalam aktiviti sosial anjuran institusi itu banyak kelebihan dan manfaatnya, jadi jangan sewenang-wenangnya memberi persepsi negatif jika tidak tahu hujung pangkal. "Sikap masyarakat yang mudah melabelkan sesuatu hanya pada pandangan kasar perlu diubah kerana ia tidak membantu membangunkan minda, sekali gus membantutkan usaha melahirkan mahasiswa cemerlang," katanya. Kesal dengan tanggapan seperti itu, beliau berkata, masyarakat sering kali memberi tanggapan hanya melihat pada aspek luaran semata-mata. Katanya, mereka hanya melihat secara kasar dan sekali imbas tanpa mahu menghargai penat lelah mahasiswa yang bertungkus-lumus menjayakan aktiviti itu. "Bercakap memang mudah, namun adakah mereka tahu kepayahan dan kepenatan mahasiswa melaksanakan program terbabit? "Ini bukan program main-main kerana ia membabitkan imej institusi. "Cuba letakkan diri di tempat mahasiswa itu, adakah anda sanggup bersengkang mata, berpanas berhujan semata-mata menjayakan matlamat sesuatu program? "Saya percaya, mahasiswa juga tidak mahu aktiviti dijalankan itu menjadi buah mulut orang dan dilabelkan gagal. Jadi mereka pasti akan melaksanakannya bersungguh-sungguh," katanya. Bukan sesuatu yang menghairankan apabila ada segelintir masyarakat yang celupar melabelkan khidmat sosial berkenaan sebagai satu pembaziran. Alasannya, mahasiswa tidak begitu fokus dalam pelaksanaan selain melakukan aktiviti sama setiap kali penganjuran program. Menyangkalnya, beliau berkata, bukan semua mahasiswa pergi untuk 'bersuka ria', sebaliknya mereka tetap memanfaatkan setiap tanggungjawab itu. "Ya, mungkin ada yang terpesong matlamatnya, namun bukan semua yang sanggup melepaskan tanggungjawab diberikan sewenang-wenangnya. "Malah, perlu diingat, setiap pelaksanaan projek ada struktur perancangannya, jadi mana mungkin mereka melaksanakannya atas dasar 'suka-suka'. "Janganlah kerana seorang dua yang lepas tangan, semua terkena tempiasnya. Ini tidak adil," katanya menegaskan antara manfaat terbesar diperoleh ialah membina sikap prihatin mahasiswa terhadap permasalahan masyarakat. "Ini manfaat paling baik sebab bukan mudah mahu membentuk sikap peduli golongan muda terhadap masyarakat. Program seperti ini mengasuh dan mendidik emosi mereka supaya tidak lepas tangan. "Namun, ada kalangan masyarakat menganggap program ini sebagai satu pembaziran. Hakikatnya mereka sendiri tidak mahu 'membuka mata' seluas-luasnya melihat apa yang diperoleh mahasiswa menerusi program ini," katanya. Program ini, katanya, perlu dilaksanakan dalam situasi santai kerana menjadi tempat mahasiswa meredakan sebentar tekanan belajar, selain memikat hati golongan sasaran. "Jika program dilaksanakan dengan protokol ketat, golongan sasaran mungkin tidak suka kerana program itu akan membosankan. "Biarpun pelbagai program diadakan seperti bersama keluarga angkat, matlamat dan pengisian pasti ada perbezaannya," katanya. Memberi pendapat bahawa masyarakat mahukan hasil segera, beliau berkata, ia mungkin mustahil kerana pembentukan nilai murni di kalangan mahasiswa memerlukan masa dan banyak pendedahan. Akuinya, mereka masih memerlukan bimbingan, tunjuk ajar serta tatacara betul untuk berada di landasan betul, sekali gus memperbetulkan tindakan andai kata bertentangan dengan matlamat. "Sebagai generasi muda, mereka ada terlalu banyak cabang pilihan seperti melakukan keseronokan, tanggungjawab dan perasaan. Masyarakat lebih dewasa perlu memberi bimbingan bukan kritikan yang boleh melemahkan mereka. "Malangnya, itulah sikap sebahagian besar masyarakat hari ini. Daripada memberi bimbingan, mereka gemar mengkritik yang bukan-bukan. "Akibatnya, ia melemahkan daya juang mahasiswa, sekali gus memadamkan keinginan mendekati masyarakat. Ini satu kerugian yang perlu dielakkan," katanya. Masyarakat juga perlu melihat apa yang cuba dilaksanakan golongan mahasiswa sebagai satu percubaan meneroka alam baru yang lebih mencabar. "Mereka ibarat baru bertatih, justeru apa salahnya jika masyarakat memberi sokongan padu sebagai pembakar semangat. "Tanggapan bahawa mereka hanya ingin berseronok dan aktiviti ini tidak mampu memberi manfaat adalah keterlaluan. "Bukankah ini satu ilmu baru yang mampu menjana pengalaman lebih praktikal? Saya hairan apabila aktiviti seperti ini digambarkan sebagai tempat mengambil kesempatan. "Jangan terlalu sempit menilai atau memberi persepsi salah, nanti merugikan golongan terbabit," katanya. Pada masa sama, beliau mengingatkan mahasiswa menggunakan peluang diberikan bagi menjadikan diri sebagai insan prihatin dan disayangi masyarakat. Menurutnya, dengan pelbagai isu mengaitkan mahasiswa hari ini, ia sedikit sebanyak memburukkan imej golongan terbabit. "Walaupun hanya segelintir (berbuat salah), tempiasnya tetap kena pada mahasiswa. Justeru, jangan rosakkan nama baik itu dengan tanggapan salah. "Sebaliknya, buktikan mahasiswa memang ikhlas dan ingin mendapat manfaat daripada aktiviti ini. Masyarakat tidak tahu jika tidak melihat hasilnya," katanya. Beliau turut mengakui, program itu memberi pendedahan positif terutama pembentukan jati dan kemahiran diri. "Jika tiada kepentingannya, tentu program seperti ini tidak ditekankan di institusi pengajian tinggi. Melihat kepada manfaatnya, ia menjadi antara agenda wajib yang perlu dilaksanakan mahasiswa. "Kebaikan diperoleh apabila tamat pengajian. Bagi yang aktif terbabit dalam pelbagai program, karisma diri pasti terserlah berbanding melakukannya kerana terpaksa. "Justeru, jangan anggap aktiviti ini tidak berfaedah mahupun hanya membazir. Masyarakat sering menyuruh mereka berfikir di luar kotak, jadi sokonglah mereka," katanya. |
Kekurangan tak halang Norhalim Posted: 29 May 2012 09:08 PM PDT DARIPADA pandangan mata kasar, tiada apa yang istimewa tentang insan ini. Sekadar individu biasa yang dirinya serba kekurangan. Dilahirkan 48 tahun lalu di Klang, Selangor, Norhalim Talib, yang mempunyai tangan kanan tanpa tangan kiri tidak pernah menyangka akan berjaya seperti apa yang dimiliki pada hari ini. Sebenarnya atas kapasiti kekurangan diri itulah yang mendorong Norhalim untuk berusaha lebih gigih meneruskan hidup dengan anugerah kemahiran yang dikurniakan Tuhan kepadanya. ''Saya tahu amat sukar untuk mencari pekerjaan bagi orang kelainan upaya (OKU) seperti saya. Berbekalkan semangat enggan meminta-minta dan menyusahkan keluarga dan ibu bapa, saya tekad untuk berusaha sendiri biarpun saya sebenarnya tidak tahu apakah kebolehan yang ada pada diri saya ketika itu. ''Untuk mendapatkan sedikit pendapatan sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya bekerja di sebuah kedai bunga. Di situ saya mencabar bakat dengan membuat gubahan bunga," katanya ketika ditemui di butiknya di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. Tanpa disangka, setiap gubahan yang dihasilkannya 'menjadi'. Seterusnya dia menyertai beberapa pertandingan gubahan dan sentiasa mendapat tempat teratas dan pernah menjadi juara gubahan bunga peringkat kebangsaan pada tahun 1990-an. Selepas itu Norhalim mengubah haluan bekerja di sebuah butik pakaian di Shah Alam, Selangor. Di situ dia belajar pula bagaimana mereka fesyen dan jahitan manik. Dia bekerja di butik itu selama lima tahun untuk mendapatkan pengalaman ''Saya pun sebenarnya tidak menyangka kebolehan saya sebenarnya dalam bidang kreatif. Seperti menggubah bunga, menjahit manik, menyolek, membuat hantaran, menghias pelamin, membuat bunga telur dan sebagainya. ''Alhamdulillah Tuhan memberi saya sebelah tangan dan berbekalkan sebelah tangan itu saya mengambil tempahan jahitan manik. ''Setiap jahitan bergantung kepada cita rasa pelanggan. Saya boleh menyiapkan tempahan jahitan manik dalam tempoh dua ke tiga hari. Sekarang pula saya sibuk menyiapkan tempahan manik dan labuci baju-baju pengantin," katanya. Menyambung cerita, Norhalim yang merupakan anak keenam daripada 10 adik-beradik seterusnya mencuba nasib membuka sebuah kedai bunga di Plaza Masalam di Seksyen 9, Shah Alam. Ketika itu dia menerima banyak tempahan bunga daripada sektor korporat dan syarikat-syarikat terkemuka di Selangor, khususnya. Namun apabila kemelesetan ekonomi berlaku pada tahun 1998, dia bertukar arah menjual pelbagai baju pengantin di kedai yang sama. ''Apabila saya mendapati permintaan amat menggalakkan daripada orang ramai, saya pun membesarkan perniagaan menjadi sebuah pusat sehenti perkahwinan. ''Ini termasuklah menyediakan perkhidmatan pelamin, baju pengantin, solekan, perkhidmatan perunding perkahwinan dan perkhidmatan saya pernah digunakan di Concorde Shah Alam, Grand Blue Wave, Kelab Shah Alam dan beberapa hotel terkemuka lain," katanya yang menamakan butik perkahwinannya itu Norhalim Bridal Boutique. Apabila ditanya bagaimana dia mendapat kepercayaan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakannya, Norhalim berkata, kalau diikutkan memang orang tidak percaya dengan kebolehan yang dimilikinya. Namun katanya, orang akan percaya setelah melihat hasil kerjanya dan mengiktiraf kebolehannya. ''Dengan keadaan saya begini sebagai contohnya, siapa menyangka saya boleh menjahit manik. "Tapi saya boleh melakukannya kerana telah biasa," katanya sambil menunjukkan kebolehan menjahit manik. Terpegun seketika melihat ketangkasan tangannya memasukkan manik-manik ke dalam jarum untuk dilekatkan di lengan baju dibantu oleh jari kakinya. Dia juga berterima kasih dengan Kuzie Catering yang memberi peluang memberikan sentuhan gubahan, pelamin dan sebagainya di majlis-majlis orang-orang kenamaan. Bukan itu sahaja, ada antara majlis perkahwinan artis seperti Linda Rafar dan Ziana Zain turut mendapat sentuhan kreatif daripadanya selain sibuk berurusan dengan orang-orang kenamaan lain dalam mengendalikan majlis persandingan anak-anak mereka. Kini, Norhalim sudah memindahkan butiknya ke tempat baru di Bukit Raja, Seksyen 7 Shah Alam yang ternyata lebih besar dan selesa. Baru sahaja menghuni butiknya itu beberapa bulan lalu dan kini sedang sibuk dibuat pengubahsuaian. ''Ruang di sini lebih luas. Bolehlah menempatkan pelbagai peralatan perkahwinan. Sekarang kami juga turut sibuk menerima tempahan orang ramai untuk mengadakan majlis perkahwinan apatah lagi cuti sekolah semakin dekat," katanya yang mempunyai lapan pembantu sambilan. Dia juga mempunyai seorang pembantu tetap, Mohd. Shahri Sazlan, 28, yang telah lima tahun bekerja dengannya. Menurut Norhalim, untuk mendapatkan trend terkini bagi pelamin dan gubahan, dia menimba idea terbaru dari Internet untuk digabungkan dengan idea sendiri. Bagi mereka yang mahu mendapatkan perkhidmatan perkahwinan daripada Norhalim Bridal Boutique bolehlah menghubungi talian 019-308 5058 atau www.norhalimbridalblogspot.com atau facebook norhalimbridalboutique. |
Posted: 29 May 2012 09:07 PM PDT Intim Biarpun benar, terdapat pelbagai masalah yang boleh mencetuskan konflik rumah tangga. Namun banyak daripada kes perceraian terjadi akibat faktor kecurangan atau ketidaksetiaan terhadap pasangan. Untuk menjadi setia, apa yang anda perlu lakukan ialah sentiasa mengingati persetujuan bersama yang telah dicapai ketika diijabkabulkan. Orang kata berakad nikah, berwali dan bersaksi merupakan satu ikrar taat setia yang seharusnya tidak dirungkai sewenang-wenangnya oleh pasangan. Menerusi ijab dan kabul, anda berdua telah melakukan ikrar setia terhadap pasangan dalam apa jua keadaan. Justeru, ketika anda berada di alam rumah tangga, inilah masanya saling meletakkan tahap kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain. Syak wasangka hanya akan menyebabkan anda dan pasangan hidup dalam kegelisahan. Sepatutnya semakin lama sesuatu tempoh perkahwinan itu, lagi banyak kepercayaan terhadap pasangan dapat ditingkatkan. Sekiranya kepercayaan ditingkatkan, andai satu hari ada pihak menuduh pasangan anda, pastinya hubungan tidak tergugat kerana anda `kenal' siapa pasangan anda. Anda telah memilih si dia menjadi pasangan untuk sehidup semati. Jaga tingkah laku kerana setiap perlakuan yang boleh membuatkan pasangan anda rasa tergugat atau rasa was-was boleh membawa kepada keraguan dan menyebabkan dia rasa tidak selamat. Jangan cuba-cuba untuk bermain 'api' dengan mengapi-apikan hubungan sekadar untuk melihat reaksi pasangan anda. Kerana sekali pasangan anda tergugat kesetiaannya, sukar untuk dia menerima anda seperti biasa. Anda perlu terima kenyataan yang anda kini tidak lagi bujang kerana mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan dan begitu juga sebaliknya. Anda tidak boleh pergi ke mana-mana dan pulang sesuka hati. Ada yang memerlukan keputusan yang dipersetujui bersama. Jika sudah berumahtangga, banyak yang perlu anda korbankan. Begitu juga dengan perilaku. Belajarlah berkorban demi untuk melunaskan tanggungjawab terhadap pasangan dan keluarga. Sebenarnya cinta adalah kepercayaan dan tanggungjawab dan bukannya dijadikan alat untuk mengawal pasangan anda. Sekiranya mempunyai cincin perkahwinan, pakai cincin itu untuk memberi peringatan yang anda telah berumahtangga. Bagi yang telah agak lama berumahtangga, cuba perbaharui cara berasmara dengan isteri agar ia tidak membosankan. Sekiranya terdapat sebarang masalah dari segi hubungan seksual, sentiasalah berbincang mengenainya. Perbuatan berkasih sayang seperti pelukan, ciuman, interaksi dan bisikan cinta sebenarnya adalah cara membuktikan perasaan cinta kepada pasangan anda selain membangkit api asmara dan kenangan terindah ketika bersama. Sentiasa ingat mengapakah anda jatuh cinta dengan pasangan anda. Selain itu, elakkan daripada segala bentuk pergaulan yang boleh mendatangkan 'kesalahan' kepada perhubungan anda. Sebagai contoh, jika ada seseorang yang memberikan 'respons' kepada anda, jangan panik. Paling mudah, anda cuma memikirkan yang anda kini sudah berumahtangga dan bahagia dengan perkahwinan itu dan nyatakan ke dalam diri, anda tidak berminat dengan si dia. Elakkan diri daripada terus terjebak dengan insan-insan perosak rumah tangga seperti itu. Lebih senang, jangan biarkan diri anda bersendirian dan jangan sesekali berjumpa sama ada rakan lelaki atau perempuan secara bersendirian di luar rumah. |
Posted: 29 May 2012 09:05 PM PDT KARL Muller telah menderita sakit pada bahagian tulang belakang juga sakit lutut sejak bertahun-tahun lamanya. Dia akur dengan keadaan itu, tetapi pada masa sama Muller mencari alternatif untuk menghilangkan penyakit tersebut. Muller berhijrah ke Korea Selatan pada awal tahun 1990-an dan telah menjalani terapi dengan caranya sendiri iaitu berjalan di atas sawah padi yang lembut tanpa berkasut atau selipar setiap hari. Lama kelamaan penyakit belakang dan lututnya beransur hilang. Pada mulanya Muller tidak perasan akan kesihatannya yang meningkat baik itu. Akhirnya dia sedar bahawa kesan positif tersebut adalah dari hasil berjalan setiap hari di atas permukaan sawah padi yang lembut dan beralun. Sekembalinya ke negara asalnya iaitu di Switzerland, Muller mula melakukan kajian tentang teknologi kasut dan juga struktur badan. Malah dia turut mengkaji tentang cara hidup Orang Asli Masai di Afrika. Puak itu dikatakan boleh berjalan berpuluh-puluh kilometer tanpa rehat mahupun berasa penat tanpa berkasut. "Dari situ saya mencipta teori berjalan di atas permukaan yang tidak rata seperti di atas pasir atau tanah memberikan kesan baik pada postur badan sekali gus meningkatkan kekuatan pada bahagian otot," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran cawangan kedua jenama kasut kesihatan Kybun di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Itu kisah 16 tahun lalu yang sekali gus memberikan satu revolusi dalam teknik berjalan. Muller menambah, bahawa kaki yang sihat melahirkan manusia yang sihat. "Memang kita perlu mengambil makanan yang sihat. Keduanya kita perlu menjaga kesihatan kaki dengan cara berjalan di atas permukaan yang betul. "Berjalan dengan menggunakan kasut tumit tinggi sebenarnya memberikan beban yang lebih pada bahagian paha sekali gus mengehadkan pergerakan. "Kybun adalah kasut yang saya reka dengan menggunakan teknologi yang membuatkan kaki merasa selesa. Kasut Kybun terdapat untuk lelaki dan wanita. Selain itu kami turut memperkenalkan KyBounder sejenis lapik terapi kaki yang memberikan anda peluang bersenam sambil melakukan kerja rumah seperti menggosok baju," jelasnya. Tambah Muller, kasut Kybun memberikan kesan yang menyeluruh terhadap kesihatan seperti mengurangkan keletihan, mempertingkat tahap kecergasan, mengurangkan kesakitan pada bahagian otot, mengawal pergerakan kaki dan banyak lagi. |
Perkasa guru agama tangani isu akidah Posted: 29 May 2012 09:04 PM PDT SESUNGGUHNYA agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (ali Imran : 19) Bagi membekalkan ilmu pengetahuan dengan kepelbagaian kaedah dakwah untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar sekolah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan telah menganjurkan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam Tahun 2012 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur pada awal Mei lalu. Program itu anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Ugama Malaysia Barat (KKGUMB) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia disertai lebih 1,500 peserta terdiri daripada guru pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah dan menengah, guru Islam sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan guru besar serta pengetua sekolah. Pemangku Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Muhammad Rais Abdul Karim berkata, strategi gerakan transformasi dakwah akan berkesan melalui tenaga penggerak yang terdiri daripada kalangan pendakwah yang berilmu dan terlatih. "Seminar ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru pendidikan Islam bagi memperkasakan kaedah dakwah kepada pelajar sekolah berkaitan akidah dan sahsiah. "Umat Islam kini terdedah dengan cabaran ujian kekuatan akidah iaitu dengan pelbagai fahaman, ideologi moden seperti pluralisme, sekularisme, liberalisme, kapitalisme, materialisme, humanisme dan unsur negatif mempengaruhi dengan mudah terutamanya pelajar sekolah. "Dalam kemajuan era globalisasi, negara kita digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam bahkan dihimpit juga dengan budaya songsang, black metal, punk, gejala gay, lesbian, pondan, mat rempit, seks bebas, penyalahgunaan dadah, penagihan arak serta sukan judi," katanya. Menurut Rais, peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin luas dan mencabar terutamanya dalam soal penyelewengan akidah di kalangan para pelajar serta gejala sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat serta ia merupakan satu cabaran yang hebat terhadap semua pihak di negara ini khususnya guru-guru. "Guru-guru harus bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai kegiatan dan cabaran dakyah pihak tertentu dalam usaha meruntuhkan akidah atau moral dengan menyebarkan dakyah secara halus kepada murid-murid dan pelajar sekolah," tegasnya. GPI bertanggungjawab memberi ajaran agama yang sebenar dengan merujuk fakta-fakta rasmi dan bertepatan serta mewujudkan kumpulan pelajar yang dibekalkan pengetahuan dan bimbingan dakwah agar mereka berperanan membantu penghayatan Islam di sekolah di samping berperanan sensitif terhadap dakyah agama asing di kalangan pihak-pihak tertentu. Ia sejajar dengan suruhan Allah dalam surah at-Tahrim ayat enam. Seminar tersebut dijadikan medan untuk bertukar pendapat, ilmu pengetahuan, perkongsian dan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan guru pendidikan Islam dalam membina kekuatan ummah. Ia dimantapkan lagi dengan pembentangan kertas kerja oleh Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dengan tajuk Kegiatan Dakyah dan Usaha Pihak Tertentu Untuk Memesongkan Akidah Umat Islam. Tegas Wan Zahid, gerakan Liberalisme, Pluralisme, Sekularisme, Yahudi dan Emotion Spiritual and Quotient (ESQ) yang menjadi ancaman serta perkembangannya akan merosakkan akidah umat Islam sekiranya tidak dibendung. |
Posted: 29 May 2012 09:03 PM PDT TELAH menjadi suatu kebiasaan berkumpul untuk menghidupkan hari-hari kebesaran Islam lagi bersejarah seperti Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Maal Hijrah, Nuzul Quran dan banyak lagi. Perkara ini adalah suatu adat yang tidak bersangkut paut dengan agama. Oleh itu, tidak perlu dipersoalkan sama ada ia disyariatkan ataupun suatu sunnah. Malah ia tidak bertentangan dengan asas agama. Apa yang merbahaya ialah meyakini sesuatu itu sebahagian daripada syariat sedangkan hakikatnya bukan. Acara-acara tradisi dan 'uruf seumpama ini tidak lebih daripada dikatakan sama ada ia disukai oleh Allah atau tidak. Sebahagian orang mendakwa hari-hari kebesaran Islam yang diadakan dengan berkumpulnya orang ramai, tidak boleh dilakukan lebih awal atau dilewatkan kerana adanya penetapan waktu tertentu yang disepakati ke atasnya. Maka ada yang mengatakan bahawa orang ramai berkumpul pada malam ke-27 Rejab untuk memperingati peristiwa Israk Mikraj dan juga mereka berkumpul pada malam ke-12 Rabiulawal untuk menghidupkan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, sedangkan para ulama berbeza pendapat dalam menentukan tarikh kedua-dua peristiwa itu dengan tepat. Pada hakikatnya, ketiadaan persepakatan ulama dalam menentukan waktu dan tarikhnya tidak memberi sebarang kesan kerana kita tidak disyariatkan membataskan perhimpunan itu pada waktu tertentu. Tetapi ia hanyalah suatu kebiasaan. Apa yang penting ialah memanfaatkan sebaik-baiknya kesempatan berkumpul sesama Islam dan berusaha membawa mereka ke arah kebaikan. Sesungguhnya kita percaya bahawa selagi mereka berkumpul dengan niat semata-mata kerana Allah dan berada di atas landasan Allah, maka perhimpunan tersebut diterima di sisi Allah sekalipun tarikhnya tidak betul. Memanfaatkan peluang ini dengan berdoa dan bertawajjuh kepada Allah SWT, menagih limpahan anugerah, kebaikan dan keberkatan daripada-Nya adalah lebih besar faedah daripada sekadar mengingati atau mengenang peristiwa tersebut. Menggunakan kesempatan begitu adalah lebih utama daripada menegah, menolak dan mengingkari perkumpulan mereka dengan alasan yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Sesungguhnya perhimpunan bersempena hari kebesaran Islam adalah satu wasilah yang besar bagi usaha dakwah kepada Allah SWT. Ia merupakan peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan. Bahkan wajib ke atas para pendakwah dan ulama mengingatkan umat dalam kesempatan berhimpun seumpama itu tentang segala akhlak, adab, hal keadaan, sirah, muamalah dan ibadat Nabi Muhammad SAW, memberi nasihat dan menunjukkan mereka ke arah kebaikan dan kejayaan serta memberi amaran mengenai bala, bidaah, kejahatan dan fitnah. Sesungguhnya menyibukkan diri mengingkari dan menolak hukum perkumpulan umat Islam bagi majlis-majlis seumpama itu adalah sia-sia. Bahkan merupakan suatu kebodohan dan kejahilan kerana kita hanya mensia-siakan peluang yang besar dan melenyapkan kesempatan yang berharga itu. |
Perpustakaan Istac khazanah negara Posted: 29 May 2012 09:02 PM PDT SEBAIK menjejakkan kaki di laman Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) yang gah tersergam di Persiaran Taman Duta, Kuala Lumpur, membuatkan diri terasa teruja dengan keunikannya. Seni bina klasik berunsur ketamadunan Islam pada setiap binaan bangunan menjadikan cawangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kampus Kuala Lumpur itu kelihatan sangat menakjubkan sehingga tidak terasa berada di negara sendiri. Ditambah pula dengan persekitaran yang damai dan menenangkan terletak di pinggir bukit amat sesuai untuk dijadikan lokasi strategik bagi menuntut ilmu dan mendapatkan sumber ilham. Bukan sahaja mempunyai seni bina yang pastinya dicemburui, malah Istac turut mempunyai sebuah gedung ilmu bertaraf dunia yang mengandungi sumber simpanan khazanah negara dan juga segenap dunia Islam. Dengan menyediakan hampir 163,000 koleksi sumber rujukan, perpustakaan Istac memainkan peranan penting dalam menghidupkan perbincangan mengenai pelbagai aspek Islam secara mendalam di seluruh dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1987 di bangunan asal yang terletak di Damansara, tahun ini merupakan hari bersejarah bagi perpustakaan itu apabila ia diberi penjenamaan semula dengan nama Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas sempena nama pengasasnya iaitu Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Melalui koleksi bukunya terutama koleksi khas dan manuskrip yang istimewa dan luar biasa menjadikan Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas sebutan dan rebutan pelbagai institusi samaada dalam dan luar negara. Ketua Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas, Istac, Normala Harun berkata, dengan menumpukan dalam bidang ketamadunan Islam, membolehkan perpustakaan itu mengumpulkan koleksi dan rujukan eksklusif mengenai tamadun dunia yang tidak terdapat di mana-mana. "Sehingga kini terdapat sebanyak 45,518 koleksi khas seperti koleksi peribadi yang diperoleh daripada penulis asal bahan tersebut. Koleksi tersebut tidak terdapat di tempat lain kerana kebanyakan buku yang diperoleh adalah daripada salinan asal daripada penulis yang menggunakan tulisan tangan. "Sebagai contoh, koleksi Andre dan Oleg Grabar yang mengandungi 5,825 buku merupakan antara koleksi seni bina Islam terunggul di dunia. Koleksi Brandenburg yang merupakan seorang pakar pengajian Islam termasuk seni dan senibina Islam dan perubatan Islam," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas, Istac, baru-baru ini. Ia disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Turut hadir Rektor UIAM, Profesor Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin; Dekan Istac, Profesor Hassan Ahmed Ibrahim dan wakil keluarga Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas. |
Senandung Bali di Senerity Spa Posted: 29 May 2012 09:00 PM PDT PERTAMA kali melangkah masuk ke Senerity Spa pasti pengunjung akan terbuai dengan alunan muzik Bali dan tusukan aroma wangian serai. Gabungan muzik, dekorasi indah dan aroma yang menusuk hidung pasti memberikan satu perasaan tenang dan nyaman. Tambahan, pengunjung akan melalui satu laluan bertangga sebelum menuju ke bahagian atas bilik rawatan dengan diiringi cahaya samar yang lembut dan menenangkan. Setiap lukisan yang tergantung di dinding dan laluan ke bilik rawatan berunsurkan kayu mencetuskan perasaan seperti berada di Bali. Penyelia Spa, Lita Pilus, 38, berkata, konsep tradisional dan Bali di spa itu sentiasa mendapat perhatian pengunjung. "Dari saat pertama pengunjung melangkah kaki di spa ini kami memberi jaminan mereka akan terpesona dan rasa nyaman sepanjang menerima rawatan. "Setiap rawatan yang dilakukan sentiasa mengutamakan kepuasan kepada pelanggan," katanya. Tambahnya, kebanyakan pelanggan yang datang pertama kali di situ akan berkunjung lagi kerana mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Beliau berkata, terdapat enam kamar rawatan disediakan di bahagian bawah dan atas spa. "Terdapat tiga bilik rawatan bujang, dua bilik rawatan muka, selain satu bilik khas yang kesemuanya dilengkapi rawatan bertangas dari Thailand dan juga surau untuk pelanggan. "Aras tingkat atas spa juga terdapat ruang menunggu yang luas dan cantik selain laluan untuk ke setiap bilik rawatan sangat peribadi," katanya. Beliau berkata, terdapat pakej rawatan khusus yang disediakan dengan empat langkah merangkumi rawatan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. "Rawatan ini dimulai dengan bertangas bertujuan membuang toksik dalam badan, kemudian diikuti dengan urutan dan skrub bagi membuang sel-sel kulit mati dan melancarkan peredaran darah. "Seterusnya disusuli dengan mandian susu kambing bertujuan melembutkan seluruh permukaan kulit," katanya. Katanya, keistimewaan spa itu pelanggan akan diberikan segelas minuman air teh campuran daun sirih selepas selesai melakukan rawatan. Tambahnya, bahan-bahan yang digunakan dalam setiap rawatan menggunakan akar-akar kayu, daun sirih, manjakani, kacip fatimah, kopi dan boreh. "Terdapat juga rawatan lain yang disediakan iaitu rawatan selepas bersalin, rawatan untuk bakal pengantin, rawatan pencerahan muka dan resdung," katanya. Katanya, harga yang ditawarkan untuk pakej seluruh badan adalah serendah RM180 hingga RM335. "Sementara rawatan selepas bersalin berharga RM199, pakej rawatan pengantin RM335, rawatan muka RM 125 dan rawatan resdung RM35," katanya. Serenity Spa yang beroperasi di Jalan Lawan Pedang 13/27, Seksyen 13, Shah Alam dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 7 malam. Sebarang maklumat lanjut dan juga pertanyaan boleh hubungi di talian 03-55116069 atau layari laman sesawang www.serenityspa.com.my. |
Jelajah Aman Kampus Kenyalang bermula secara rasmi hari ini Posted: 29 May 2012 08:59 PM PDT KOTA SAMARAHAN 29 Mei - Jelajah Aman Kampus Kenyalang yang julung-julung kali diadakan di negeri ini akan bermula secara rasmi di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), esok. Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, jelajah tersebut melibatkan seramai 150 peserta terdiri daripada penuntut universiti dan golongan belia dari negeri ini serta Semenanjung. "Program selama 11 hari ini bakal menjelajah di 11 lokasi di seluruh Sarawak dan mensasarkan untuk mengumpul lebih 5,000 maklum balas daripada masyarakat sebelum laporan akhirnya diserahkan kepada Perdana Menteri serta menteri-menteri Kabinet. "Ia merupakan kesinambungan daripada dua fasa program Aman Kampus yang diadakan di Semenanjung tahun lalu," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyambut ketibaan rombongan peserta Jelajah Kampus Kenyalang di Unimas, di sini hari ini. Hadir sama, Naib Presiden Kelab Chedet Malaysia, Najib Mokhtar, Naib Presiden Persatuan Anak Sarawak Semenanjung (PASS), Samuel Sila, Pengarah Kebangsaan Belia dan Sukan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh. Mengulas lanjut, Mohd. Shahar memberitahu, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijadual menyempurnakan pelancaran program tersebut. Bertemakan 'Anak Sarawak Pulang Berbakti', program itu dipelopori Aspirasi dengan kerjasama Kelab Chedet Malaysia, PASS, JMM serta Kesatuan Dayak Sarawak Kebangsaan (SDNU). Selain mengumpul maklum balas untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, ia memberi peluang kepada golongan belia berbakti kepada masyarakat menerusi pelbagai aktiviti dijalankan. |
Sarat dengan fakta tersirat, tersurat Posted: 29 May 2012 08:56 PM PDT Bagi merangka dan menyusun strategi ke arah masa depan yang lebih efisyen dan mantap, mendorong Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengadakan lawatan kerja ke Sepanyol baru-baru ini. Teras lawatan itu antara lain ialah memberi pendedahan kepada jawatankuasa tersebut untuk melihat secara lebih dekat mengenai kesan dan pengaruh Islam dalam membentuk jati diri dan ketamadunan di ketiga-tiga negara. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs berkenan mengetuai lawatan penuh bermanfaat berkenaan. Sewaktu di sana, selain misi serampang empat mata iaitu lawatan sambil belajar, memperkenalkan MAIPs dan Perlis, silaturrahim dan juga dakwah, pelbagai maklumat dikumpulkan oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis untuk dibawa balik ke negeri di utara Semenanjung itu. Sebenarnya, Sepanyol cukup sarat dengan pelbagai sejarah tamadun Islam yang tersendiri. Buktinya cukup jelas apabila ia memiliki banyak bangunan indah dan setiap bangunan itu pula menyimpan sejarahnya yang tersirat dan tersurat. Apabila berjalan-jalan di Sepanyol, bererti kita juga telah bersedia untuk menikmati keindahan panaroma dan sejarah budayanya yang cukup hebat. Negara ini memang memiliki perjalanan sejarah yang bukan pendek. Apa tidaknya, Sepanyol dulunya dikenali dengan nama Andalusia iaitu negara yang bersempadan dengan Portugal di barat, manakala Gibraltar dan Magribi/Morocco di selatan sementara di timur pula terletaknya Perancis dan Andorra. Dikenali dengan nama Andalusia, mengambil istilah bahasa Arab 'Al Andalus', merujuk kepada bahagian jazirah Iberia yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Muslim. Namun pada 1492 di bawah pemerintahan Raja Ferdinand dan Ratu Isabell, pemerintahan Muslim Andalusia ditakluk semula oleh Kerajaan Katolik. Sejarah inilah yang menjadikan Sepanyol memiliki seni bina bangunannya yang tersendiri, tetapi jelas menunjukkan ia dipengaruhi oleh kebudayaan Muslim dan Katolik. Berikut adalah di antara bangunan-bangunan indah di Sepanyol: - Alhambra di Granada Alhambra terletak di Bukit La Sabica. Ia merupakan istana peninggalan Bani Ummaiyah ketika Sepanyol masih kekal sebagai Andalusia. Istilah Alhambra diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud Istana Merah. Ia juga sempena seluruh bahagian bangunan yang didirikan oleh Sultan Muhammad bin Ahmar, raja bangsa Moor yang berasal dari Afrika Utara itu berwarna merah. Satu keistimewaan yang terdapat di bangunan ini ialah tertera hasil pahatan huruf Arab yang mewarnai bahagian dinding sebelah dalam bertulis "Laa ghaliba illalah" (tiada kejayaan selain Allah). - Torre del Oro di Seville Torre del Oro atau lazimnya disebut Gold Tower. Ia merupakan menara tinjau tentera yang terletak di sebuah benteng pertahanan yang menghubungkan Alcazares dengan dermaga yang kedudukannya sangat strategik. Buat pertama kalinya, ia dibina oleh Gabenor Abul-Ula pada tahun 1220-1221 yang terletak di tepi Sungai Gualdarquivir yang ada di Kota Seville. Nama Torre del Oro berasal daripada keadaan lantai yang dulunya diperbuat daripada emas. Ketika ini Torre del Oro digunakan sebagai Muzium Maritim dan menjadi salah satu mercu tanda hebat bagi Kota Seville. - Mezquita-Katedral de Cordoba Ia biasanya disebut sebagai Masjid-Katedral di Cordoba. Awalnya, ia adalah tempat pemujaan Pagan (orang yang tidak percaya kepada sebarang agama utama seperti Islam, Kristian atau Yahudi) yang diambil alih oleh gereja Kristian Visigothic dengan menambahkan katedral Gothic di tengah-tengah bangunan sehingga terlihat seperti ada gereja dalam masjid. Kemudian, ketika bangsa Moors (Umayyad) menduduki Andalusia, bangunan ini diubah menjadi Masjid. Namun demikian, kini seluruh bangunan masjid tersebut sudah digunakan untuk Katedral Paderi Kristian Cordoba. Mezquita menjadi salah satu Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) setelah itu disebut-sebut dan diakui sebagai salah sebuah masjid yang tercantik dan terbesar di dunia. - Giralda di Seville Giralda pula merupakan satu simbol paling terkenal di Sevilla kerana saiznya yang cukup besar dengan keluasan 1,361 meter persegi, sementara ketinggiannya pula 42 meter. Giralda merupakan menara masjid yang pada awalnya adalah Cathedral of Seville. Di Cathedral of Seville inilah terletaknya makam Christopher Columbus. Columbus dimakamkan di Sepanyol kerana meninggal dunia di salah satu wilayah di 'Negeri Matador' ini iaitu di Valladolid pada 20 Mei 1506. - Reales Alcazarez di Seville Ia merupakan istana yang dibentengi oleh asas binaan yang cukup kukuh. Dibina sewaktu pemerintahan Abd. Al Ramn III pada tahun 913. Antara keistimewaan bangunan ini ialah memiliki banyak bilik, teras dan ruang bervariasi dengan gaya Islam Neoklasik. Terdapat juga Salon de los Embajadores (Ruang Duta), iaitu kubah yang dihiasi dengan patung kayu cedar bersepuh emas juga Arcos de Herradura (Sepatu Kuda) ialah ubin berplaster yang memiliki tiga busur masing-masing tiga sepatu kuda. |
Bekas pensyarah pilih polis kerana cabaran Posted: 29 May 2012 08:54 PM PDT TUGAS sebagai seorang pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selama dua tahun belum cukup memberi kepuasan buat Asisten Supritendan (ASP), Rizal Abd. Rahman Sidek sehingga dia membuat keputusan memilih kerjaya polis pada 1 Oktober 2000. Sejak tarikh itu, anak kelahiran Taiping, Perak itu tidak menoleh ke belakang lagi malah berbangga dan bersyukur kerana cita-cita untuk menyarung uniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya tercapai jua. Walaupun berpeluang untuk menjadi seorang pendidik, namun Rizal masih mencari-cari sesuatu yang lebih mencabar sekali gus menyumbang bakti terhadap masyarakat. Malah keputusan untuk beralih bidang kerjaya itu dibuat dengan mudah kerana minat yang mendalam untuk berkhidmat bersama pasukan Sang Saka Biru telah bermula sejak kecil lagi. Tambahan pula, bapa Rizal, Abdul Rahman Sidek Ahmad, 62, merupakan seorang pesara polis yang banyak memberi galakan dan sokongan untuk menyambung bakti dalam bidang yang sama. Disember 2005, wartawan Utusan Malaysia, Suffian Abu Bakar pernah mencoret di sebalik tabir kehidupan Abdul Rahman yang ketika itu menjawat Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar. Ketika itu, bapa dan anak ini pernah berkongsi pangkat ASP dan bidang tugas di jabatan yang sama iaitu Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) sebagai pegawai trafik di cawangan masing-masing. Abdul Rahman, 62, kemudian bersara pada 2006 manakala Rizal, 37, kini bertugas sebagai Pegawai Penerangan Akhbar Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Bukit Aman. "Bapa saya menerapkan sikap tanggungjawab dan disiplin yang diamalkannya dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya menarik minat saya untuk mengikut langkah yang sama. "Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kerana jasa kedua ibu bapa telah menjadikan saya dan adik-adik, manusia yang berguna seperti hari ini. "Sebenarnya saya menyertai polis kerana mahu lebih dekat dengan masyarakat," katanya yang menceritakan pernah menangis melihat mayat seorang bayi yang dibuang dalam keadaan menyayat hati di dalam masjid di Johor Bharu, 2002. Pemegang dua diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Sains Pengurusan, Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan, sentiasa menganggap proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat dan tidak pernah terhenti. Di sebalik pencapaian akademik cemerlang, Rizal yang memperoleh Gred Purata Nilai Kumulatif (CGPA) 3.92 selepas menamatkan program Ijazah Sarjana, menceritakan dia pernah dicabar melakukan sebaik mungkin dalam pengajiannya itu oleh pegawai kanan Unit Latihan Polis, Bukit Aman, Datuk Jamshah Mustapha. "Saya amat menghargai peluang yang diberi PDRM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi melanjutkan pelajaran dengan cuti bergaji penuh serta bantuan biasiswa sepanjang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana pada 2010 hingga 2011," katanya lagi. Rizal akui tidak pernah menyesal memilih PDRM walaupun memiliki latar belakang akademik yang baik kerana baginya ilmu pengetahuan diibaratkan akar yang perlu kuat sebelum menghasilkan buah yang baik. "Tiga asas penting iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik perlu ada dalam pembangunan kerjaya seseorang. Contohnya, sikap malu, malas dan mudah rasa selesa merupakan sikap negatif yang boleh menghalang seseorang untuk terus maju ke hadapan," jelasnya. Katanya sambil memberi contoh tugas sebagai pegawai perhubungan awam yang perlu menerapkan 3C iaitu kolaborasi, komunikasi dan kreativiti dalam membina hubungan dengan pihak lain. "Masyarakat adalah pelanggan PDRM, jadi membina hubungan yang positif antara kedua-dua pihak merupakan tugas paling mencabar. "Sebagai polis, kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal kerana semua maklumat hari ini di hujung jari sahaja. "Jadi untuk berhadapan dengan masyarakat alaf baru, empat asas penting dalam hierarki pengurusan maklumat perlu ada iaitu fakta, maklumat, pengetahuan dan bijaksana supaya mesej yang ingin disampaikan tercapai," ujarnya. |
25 anggota PGA berlepas ke Timor Leste Posted: 29 May 2012 08:52 PM PDT KUANTAN 28 Mei - Seramai 25 daripada 136 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Kem Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan kumpulan terakhir berangkat ke Timor Leste hari ini bagi menyertai misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu selama enam bulan. Jumlah itu termasuk seorang doktor serta tiga pembantu perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertolak secara berperingkat dalam misi Mal-Formed Police Unit (FPU) ke negara tersebut. Timbalan Komander Kem Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Mohd. Kashim Mohd. Ram berkata, misi kali ini adalah bagi menggantikan pasukan Briged Tengah yang akan kembali ke tanah air setelah menamatkan misi selama enam bulan di Timor Leste. "Kumpulan ini bertolak secara berperingkat sejak awal bulan ini dan yang terakhir pada hari ini iaitu seramai 25 orang termasuk empat anggota tentera," katanya kepada pemberita selepas majlis penghantaran kumpulan itu di Kem Briged Tenggara di sini. Menurut beliau, kumpulan terakhir itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada pukul 4 pagi esok. Katanya, semua anggota PGA yang terlibat dalam misi berkenaan dipilih melalui pemilihan yang ketat dan mereka telah menjalani latihan selama dua bulan. "Pasukan tersebut akan terlibat dalam menjaga keselamatan penduduk serta ketenteraman awam. Selain itu, mereka juga turut membantu polis tempatan di sana bagi menguatkuasakan undang-undang," katanya. Beliau berharap pasukan itu dapat menjaga nama baik negara di sana dan tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. |
Nora Danish tak mudah melata h Posted: 29 May 2012 08:51 PM PDT Lumrah buat semua manusia yang hidup di dunia ini terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan yang sememangnya memberi kematangan buat seseorang untuk menjadi insan yang lebih berguna. |
Samsung Galaxy S III tiba di pasaran Malaysia Posted: 29 May 2012 08:45 PM PDT KUALA LUMPUR - GALAXY S III Samsung Malaysia Electronics boleh didapatkan di pasaran Malaysia menerusi rakan kongsi telekomunikasinya Celcom, DiGi dan Maxis bermula 31 Mei, 2012, dan cawangan Samsung Elite Partner kemudiannya pada Jun 2012. |
Nelayan naikkan ikan mirip naga Posted: 29 May 2012 08:43 PM PDT Kemaman – Nelayan dan pembeli di jeti Kuala Kerteh di sini gempar apabila seorang nelayan membawa pulang seekor ikan aneh menyerupai naga, pagi semalam. |
Tomok dikurnia cahaya mata lelaki Posted: 29 May 2012 08:42 PM PDT KUALA LUMPUR - Isteri kepada penyanyi Tomok selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini petang semalam. Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, bayi sulungnya itu selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi. "Alhamdulillah, perasaan saya tidak boleh digambarkan dan saya sangat gembira apabila dikurniakan kehadiran orang baharu dalam keluarga. "Saya menyaksikan sendiri dari awal hingga akhir proses kelahiran cahaya mata sulung saya dan ini merupakan pengalaman yang paling berharga buat saya. "Syukur semuanya berjalan lancar dan bayi serta isteri saya pun sihat walafiat," ujarnya ketika dihubungi di sini semalam. |
Empat maut nahas ngeri di Miri Posted: 29 May 2012 08:39 PM PDT MIRI - Empat lelaki termasuk tiga beradik maut dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan sebuah lori tangki di Kampung Agus, Bekenu di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 1 petang itu, Sarbini Senen, 25, Mohamad Syafik, 17, serta seorang rakan, Nazri Sanawi, 18, maut di tempat kejadian. Seorang lagi mangsa, Mohd. Ikmal Alif, 9, maut ketika dalam perjalanan ke klinik berdekatan. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, dalam kejadian tersebut, kereta yang dipandu Sarbini dalam perjalanan dari Miri ke arah Bintulu. "Setibanya di tempat kejadian, Perodua Viva tersebut dipercayai masuk ke laluan bertentangan. "Sebuah lori tangki yang datang dari depan gagal mengelak lalu merempuh kereta mangsa," katanya ketika dihubungi di sini semalam. |
Posted: 29 May 2012 08:36 PM PDT KUALA LUMPUR - Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang terletak di dalam sebuah pasar raya di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam di sini dipecah penjenayah, menjadikan ia kejadian yang kedua dalam tempoh lima hari di kawasan sama. Bagaimanapun, tiada wang dapat dilarikan selepas penjenayah gagal memecahkan sepenuhnya mesin ATM tersebut dengan menggunakan alatan yang mengeluarkan api dalam kejadian pukul 11 malam itu. Kejadian tersebut disedari oleh pengurus pasar raya berkenaan, Muhammad Rosli Mohamad, 40, sebaik dia terdengar bunyi alat penggera ATM ketika hendak memulakan perniagaan pada pukul 9.30 pagi. Menurut Muhammad Rosli, dia menyangka ATM itu rosak tetapi selepas diperiksa, dia dapati mesin itu didapati telah dipecahkan. "Penduduk mendakwa alat penggera telah berbunyi pada pukul 3 pagi. Pemeriksaan menemui satu lubang pada pintu bersebelahan mesin selain kesan terbakar pada ATM tersebut. "Wayar di dalam mesin itu turut dipotong tetapi penjenayah gagal melarikan wang," katanya yang memberitahu ia kejadian pertama sejak premis itu beroperasi 10 tahun lalu. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan