Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- ‘Wahai remaja , jangan taksub cint a!’
- Michelle Yeoh cipta nama di seluruh negar a
- Pomen basikal naik angin, acu parang pada ibu
- Anak gadis lari ikut kekasih
- Gaji Nazmi sebulan RM300,000?
- Mangsa ragut dakwa rugi RM18,000
- Orang Asli berkhatan pada usia 20 tahun
- Keluarga miskin idam rumah sempurna
- Sindiket curi emas tumpas
- Lima hari terkandas di laut
- Pelatih pindah dalam tangisan
- Didik 200,000 pengguna cilik
- Guna kontena seludup 4WD
- Majikan dera amah ditahan
- Organ, tulang milik manusia
- Puteri Sarah rancang buka hotel
- Tak popular tapi bahagia
- Preity Zinta cari klon
- Filem Love menang filem terbaik
- Lady Gaga kecewa konsert dibatalkan
- Harimau jatuh ke dalam kolam air
- Muzium ketam di bandar Rusia
- Gergasi udara TUDM
- Kepupusan bahasa etnik di Bangladesh
- Simbol hidup wanita moden
‘Wahai remaja , jangan taksub cint a!’ Posted: 28 May 2012 08:13 PM PDT "SELAGI kita tidak jumpa sumber dan asas cinta, jangan kita sesekali berani untuk bercinta!" Demikian kata selebriti Wardina Safiyya, dalam memberi definisi cinta menerusi dialog "Di Mana Cinta Kita" bagi program Bicara Cinta Anak Muda, yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, baru-baru ini. | |||
Michelle Yeoh cipta nama di seluruh negar a Posted: 28 May 2012 07:58 PM PDT Siapa yang dapat menafi kan pesona bintang nan satu ini. Karier seninya cemerlang dan bersinar di peringkat antarabangsa. Baru saja tampil dengan filem The Lady, wanita kelahiran Ipoh, Perak, Datuk Seri Michelle Yeoh membuktikan dirinya adalah antara pelakon gred A yang berada dalam kelas tersendiri. | |||
Pomen basikal naik angin, acu parang pada ibu Posted: 28 May 2012 07:57 PM PDT KUALA TERENGGANU - Gara-gara tidak berpuas hati terhadap tindakan bapanya yang secara tiba-tiba mengamuk dan membuang semua papan tanda pemberitahuan yang dipasang, seorang 'pomen basikal' sanggup menjadikan ibu kandungnya sebagai tempat melepaskan geram dalam satu kejadian 'amuk' di Kampung Wakaf Mempelam di sini, 21 Mei lalu. Tertuduh, Zu@Mohd Zulkifli Salim, 37, telah mengacukan sebilah parang kepada ibunya yang juga seorang warga emas, 64, dengan menetak beberapa kali pagar besi rumah mereka semata-mata ingin melepaskan perasaan amarah terhadap tindakan bapanya sebelum itu. Bagaimanapun, tindakan Zu@Mohd Zulkifli yang bekerja sebagai 'pomen basikal' itu terbalas jua setelah Mahkamah Majistret, di sini, semalam menjatuhkan hukuman denda RM6,500 atau lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan. Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Noradila Ab Latif selepas tertuduh mengaku salah atas dua pertuduhan iaitu menyebabkan ketakutan secara jenayah dan melakukan khianat yang menyebabkan kerugian lebih kurang RM100 dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu. Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan itu, Zu@Mohd Zulkifli mengaku salah melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah terhadap ibunya. Berikutan pengakuan salah itu, dia dijatuhi hukuman denda RM4,000 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan. Manakala bagi pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan pula, dia mengaku salah melakukan khianat yang menyebabkan kerugian lebih kurang RM100 pada tarikh, masa dan tempat yang sama. Bagi kesalahan itu, dia dijatuhi hukuman denda RM2,500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, Zu@Mohd Zulkifli secara tiba-tiba mengambil parang dan memaki hamun ibunya sambil menetak parang di pagar besi yang menyebabkan ibunya berasa takut dan terancam. Kejadian itu telah menyebabkan pasu bunga dan tanaman rosak serta pagar besi milik ibunya juga rosak dan pecah yang dianggarkan kerugian lebih kurang RM100. Disebabkan takut dengan tindakan Zu@Mohd Zulkifli itu, ibunya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, selepas kejadian dan dia ditangkap sejurus laporan dibuat. | |||
Posted: 28 May 2012 07:55 PM PDT JELI – Seorang bapa di sini,meminta bantuan orang ramai untuk mencari anak gadisnya, yang didakwa terpedaya dengan pujuk rayu kekasihnya, sehingga sanggup melarikan diri. | |||
Posted: 28 May 2012 07:51 PM PDT JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000. | |||
Mangsa ragut dakwa rugi RM18,000 Posted: 28 May 2012 07:50 PM PDT PETALING JAYA – Seorang pekerja swasta yang tinggal di Kondominium Kelana D'Putra, Kelana Jaya di sini mendakwa kerugian kira-kira RM18,000 termasuk rantai emas emas bernilai RM5,000 dalam kejadian ragut pada 14 Mei lalu. Bukan itu sahaja, wanita malang itu, K. Sharala Thevi, juga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selepas ditolak dan diheret oleh peragut dalam kejadian pada pukul 5 petang itu. Sharala berasal dari Pahang telah berhijrah ke Petaling Jaya setelah berkahwin dengan orang kelainan upaya (OKU) pada tiga bulan lalu dan rantai emas tersebut merupakan simbol perkahwinan sah mengikut adat resam kaum India. Kejadian itu berlaku ketika Sharala berjalan kaki dari pejabatnya di Kelana Square untuk pulang ke rumahnya di Kelana D'Putra yang terletak kira-kira 50 meter sahaja. | |||
Orang Asli berkhatan pada usia 20 tahun Posted: 28 May 2012 07:49 PM PDT IPOH - Berkhatan sering dikaitkan dengan kanak-kanak beragama Islam yang bakal menginjak ke alam dewasa. Tetapi lain pula ceritanya di perkampungan Orang Asli Pos Raya, Simpang Pulai di sini semalam. Ini kerana, selain 19 kanak-kanak lelaki berumur antara lapan hingga 12 tahun, majlis berkhatan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Raya itu turut disertai dua lelaki dewasa. Guru Besar SK Pos Raya, Zahari Che Ros berkata, kedua-dua peserta dewasa itu ialah Mohamad Salleh, 20, dan Risa Ridwani, 19. "Kesemua mereka adalah pelajar sekolah terbabit selain penduduk Orang Asli di kawasan itu yang baru memeluk agama Islam," ujarnya di sini kelmarin. | |||
Keluarga miskin idam rumah sempurna Posted: 28 May 2012 07:48 PM PDT MARANG - Sebuah keluarga di Kampung Tanah Lot, Gong Balai, Merchang dekat sini terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mampu untuk membaiki kediaman mereka yang kian usang. Paling ketara, bahagian dapur rumah berkenaan yang mula mereput, selain keluarga itu tidak mempunyai bilik air yang sempurna. Di samping itu, atap rumah berkenaan juga bocor menyebabkan keluarga yang bergantung dengan pendapatan Che Minah Che Senik, 46, sebagai tukang sapu di sebuah sekolah dengan pendapatan RM500 sebulan tidak mampu untuk membaikinya. | |||
Posted: 28 May 2012 07:47 PM PDT MUAR - Satu sindiket mencuri emas tumpas apabila 21 suspek termasuk 14 orang warga China ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di sini pada 25 Mei lalu. Sindiket berkenaan dipercayai mencuri emas milik pelanggan dengan cara mencuci barangan kemas berkenaan menggunakan bahan kimia bagi tujuan melunturkan emasnya. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, modus operandi kumpulan itu adalah dengan mengunjungi rumah ke rumah kononnya untuk menjual emas pada harga murah tetapi sebenarnya emas tiruan. "Apabila mangsa tidak berminat membeli emas tersebut, mangsa ditawarkan pula khidmat mencuci emas pada harga RM3 hingga RM5 tetapi mereka sebenarnya menggunakan sejenis kimia yang boleh menyusutkan 20 peratus kandungan emas tulen milik mangsa tanpa disedari," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. | |||
Posted: 28 May 2012 07:46 PM PDT PASIR PUTEH - Sembilan orang pemancing bersama seorang tekong dan seorang awak-awak yang terkandas di lautan sejak 23 Mei lalu berjaya diselamatkan oleh pasukan Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali dalam operasi mencari dan menyelamat kelmarin. Bot pemancing tersebut yang berlepas dari jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Genting, Tumpat pada 22 Mei lalu dikatakan mengalami kerosakan enjin sehari selepas itu menyebabkan ia terpaksa melabuhkan sauh bagi menunggu bantuan. Ketua Penguatkuasaan Maritim Daerah Tok Bali, Komander Maritim Zainin Abdul Majid berkata, bot dengan pendaftaran TRF 761 yang dinaiki 11 mangsa tersebut sepatutnya kembali ke pangkalan pada 25 Mei lalu "Pusat operasi APMM Tok Bali menerima panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan daripada seorang individu bernama Azahar Hassan yang memaklumkan sebuah bot memancing kelas A gagal pulang ke pangkalan mengikut jadual yang ditetapkan. "Berdasar maklumat, bot terbabit merancang untuk ke lokasi memancing di kawasan pelantar minyak Lawit, Cakerawala dan di lokasi kapal karam. "Bertindak atas maklumat itu, gerakan mencari dijalankan pada 26 Mei melibatkan Kapal Maritim (KM) Ligitan dan bot Penyelamat 7 melaksanakan operasi 'Carilamat' dengan membuat pengesanan. | |||
Posted: 28 May 2012 07:45 PM PDT KUALA KANGSAR - Sebanyak 248 pelatih Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tangkas Kendiri, Sauk dekat sini mula berpindah ke sembilan kem lain di Perak, Kedah dan Kelantan semalam. Pemindahan itu berikutan kem tersebut dikenakan tindakan sita oleh mahkamah pada 22 Mei lalu ekoran masalah hutang pemiliknya. Proses pemindahan itu bagaimanapun menimbulkan perasaan sedih dalam kalangan pelatih terbabit. Rata-rata pelatih, baik lelaki mahupun perempuan dilihat agak beremosi sehingga ada yang menitiskan air mata sambil berpelukan antara satu sama lain kerana sebahagian mereka terpaksa berpisah ke kem berlainan. Salah seorang pelatih, Lee Hoi Yan, 18, berkata, dia dan rakan-rakan mengetahui mengenai pengosongan Kem PLKN Tangkas Kendiri itu setelah diberi penerangan oleh jurulatih dan pegawai Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) termasuk Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. "Secara jujur, saya sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan. Hubungan kami tanpa mengira kaum sudah mula rapat walaupun baru berkenalan selama 28 hari sejak mendaftar masuk ke kem ini pada 1 Mei lalu," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Kem Tangkas Kendiri semalam. | |||
Posted: 28 May 2012 07:44 PM PDT PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan konsep penerapan ilmu kepenggunaan kepada hampir 200,000 kanak-kanak di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya kini menyasarkan untuk mendedahkan mengenai amalan kepenggunaan yang baik kepada kanak-kanak seawal usia empat tahun. "Konsep ini akan menumpukan kepada tiga fokus utama menerusi kaedah belajar sambil bermain. "Tiga fokus tersebut meliputi amalan pemakanan sihat, pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan kewangan berhemah," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Pengguna Cilik Yang Celik di sini semalam. | |||
Posted: 28 May 2012 07:02 PM PDT SUBANG - Kegiatan haram sekumpulan lima lelaki yang menyeludup keluar kenderaan pacuan empat roda (4WD) curi menggunakan kontena melalui Pelabuhan Klang, Selangor sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila kesemua mereka ditahan di Kampung Baru Subang di sini Khamis lalu. Suspek-suspek berusia antara 21 dan 31 tahun tersebut ditahan pada pukul 8.45 malam ketika sedang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda curi jenis Toyota Hilux. Difahamkan, dalam tempoh tersebut, suspek dipercayai telah menyeludup keluar sebanyak 57 daripada 64 buah kenderaan curi menggunakan 19 buah kontena ke beberapa buah negara seperti Bangkok, Thailand dan Singapura. Kesemua kenderaan itu dianggarkan bernilai RM8 juta. Antara kenderaan kegemaran untuk dicuri ialah Toyota Fortuner dan Hilux. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, melalui soal siasat, pihaknya kemudian dapat mengesan sebuah kontena mengandungi dua buah Hilux dan sebuah Fortuner curi yang sedang didaratkan di Singapura. | |||
Posted: 28 May 2012 06:49 PM PDT
KUALA LUMPUR - Perbuatan zalim sepasang suami isteri yang sering mendera seorang amah warga Kemboja hingga menyebabkan tulang pinggul mangsa beralih dari kedudukan asalnya terbongkar apabila pasangan itu ditahan semalam. Pasangan berusia 35 dan 36 tahun tersebut ditahan pada pukul 10.15 pagi di Kondominium Plaza Prima Setapak di Jalan Prima Setapak, Sentul di sini selepas polis menerima laporan daripada seorang kakitangan sebuah agensi pembekal pembantu rumah. Sumber memberitahu, rahsia itu terbongkar selepas majikan mangsa menghantar semula wanita berkenaan yang dikenali sebagai Chea Phali, 28, ke agensi tersebut setelah tidak mahu menggunakan khidmatnya lagi pada Sabtu lalu. Katanya, ketika itu, kakitangan agensi berkenaan hairan apabila melihat mangsa berada dalam keadaan lemah, jalan terhincut-hincut dan lebam serta luka di muka dan badan. "Selepas diperiksa dengan teliti, kakitangan itu mendapati tulang pinggul amah tersebut telah beralih dari posisi asal akibat dipukul dengan kuat dan kesan diseterika pada badan mangsa. "Kakitangan itu kemudian telah mendesak mangsa untuk menceritakan apa yang berlaku sebelum mangsa memberitahu yang dia sering didera majikannya sejak bekerja di situ beberapa bulan lalu," katanya ketika dihubungi di sini semalam. | |||
Posted: 28 May 2012 06:44 PM PDT SRI AMAN - Cebisan organ serta serpihan tulang yang ditemui ketika operasi mencari seorang remaja, Peter Heerema Sadan, 13, yang hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Linggang, Engkilili dekat sini Selasa lalu disahkan adalah milik manusia. Ketua Polis Daerah Lubuk Antu, Deputi Superintendan James Johnathan berkata, pihaknya menerima laporan pengesahan tersebut daripada Hospital Sri Aman pagi semalam. Beliau berkata, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) milik ibu mangsa, Janti Derin, 34, juga telah diperoleh bagi tujuan ujian mengesahkan sama ada tulang dan organ tersebut benar-benar milik mangsa. "Kita akan mengetahui keputusan tersebut dalam masa dua bulan setelah ujian DNA dilakukan Jabatan Kimia Hospital Umum Sarawak. "Meskipun cebisan organ berupa usus dan serpihan tulang bahagian bahu itu belum disahkan milik Peter, keluarga mangsa menyatakan hasrat untuk mengkebumikannya mengikut adat masyarakat Iban," katanya ketika dihubungi di sini semalam. | |||
Puteri Sarah rancang buka hotel Posted: 28 May 2012 06:43 PM PDT
SEBELUM ini, nama pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 27, sering menjadi tumpuan ramai gara-gara pelbagai kontroversi yang melanda dirinya, terutama yang membabitkan kisah bersama kekasihnya, Ammar Alfian. Mengambil iktibar daripada pengalaman lalu, Puteri Sarah membuat keputusan untuk mengambil sikap mengelakkan diri daripada sebarang publisiti agar tidak lagi dihimpit dengan sebarang kontroversi murahan. Ikuti temu bual bersama pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Asmaradana itu yang ditemui pada majlis pelancaran drama Indera Joned di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kosmo!: Sudah lama kisah anda jarang dipaparkan media. Adakah anda sudah tidak aktif berlakon sekarang? PUTERI SARAH: Saya masih lagi bergiat dalam bidang seni sehingga ke hari ini. Cuma kisah mengenai diri saya sekarang semakin jarang dipaparkan media. Sehingga ada peminat yang menyangka saya sudah tidak lagi aktif berlakon. Saya mengambil keputusan untuk bersikap low profile bukan bertujuan hendak melarikan diri daripada mana-mana pihak, tetapi ini adalah langkah terbaik agar tidak timbul lagi sebarang cerita negatif mengenai diri saya. Selain berlakon, apa lagi aktiviti yang anda lakukan? Mungkin ramai yang tidak tahu sepanjang tempoh setahun ini, saya sibuk menyambung pelajaran di Kolej Olympia, Petaling Jaya, Selangor. Di kolej tersebut saya mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan pengajian sudah tamat pada bulan April lalu. Ini merupakan ijazah yang kedua kerana pada awal Januari 2011, saya telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Kolej Taylor, Kelana Jaya. Apa yang menyebabkan anda mengambil dua ijazah? Pada usia yang masih muda ini, seharusnya saya mengambil peluang untuk menimba sebanyak ilmu pengetahuan. Lagipun, dua ijazah yang saya ambil ini berlainan bidang dan dengan cara itu pelbagai pengetahuan dapat saya peroleh menerusi kedua-dua bidang tersebut. Adakah anda mempunyai sebarang perancangan selepas menamatkan pengajian? Sebenarnya saya mempunyai cita-cita untuk membuka sebuah hotel sekiranya tidak lagi berlakon. Jadi, saya mahu bekerja dalam bidang perhotelan untuk menimba pengalaman terlebih dulu. Kalau diikutkan, saya sudah merancang untuk berhijrah ke luar negara, sama ada ke Amerika Syarikat atau Australia selepas tamat belajar dan bekerja dengan mana-mana hotel dalam tempoh empat atau lima tahun. Mengikut perancangan awal, saya akan pergi sebaik sahaja tamat pelajaran, tetapi jadual lakonan yang padat membuatkan saya terpaksa menangguhkannya. Mungkin saya akan pergi pada tahun hadapan. Kenapa anda mahu bekerja di hotel luar negara, sedangkan di Malaysia sudah banyak hotel yang bertaraf lima bintang? Sudah tentu cara kerja di Malaysia dan negara lain mempunyai banyak perbezaan. Maka, dengan segala pengalaman yang saya peroleh di luar negara nanti akan dapat membantu saya untuk membuka hotel sendiri di negara ini pada masa akan datang. Memang saya berkeinginan besar untuk merasai suasana kehidupan di negara lain. Lagipun, semua adik-beradik saya telah berpeluang menyambung pelajaran di luar negara, kecuali saya sahaja yang belum lagi ada peluang. Bagaimana pula hubungan anda dengan Ammar? Buat masa ini dia masih lagi kekasih saya, dan kini sudah empat tahun kami bercinta. Namun, kami berdua belum terfikir mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga kerana saya mahu memberikan tumpuan terhadap apa yang saya rancang sekarang ini. | |||
Posted: 28 May 2012 06:38 PM PDT
PETANG yang penuh syahdu, diusik samar cahaya dari belakang banglo milik Asmawi Ani, 31, majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas buat puteri tercinta, Cahaya Malaika berlangsung lancar. Puteri sulung milik pasangan Mawi dan isterinya, Nor'Asikin Rahmat atau Ekin itu kini sudah memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari lalu. "Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini," ujar Mawi ketika ditemui di kediamannya di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor kelmarin. Ditanya mengenai signifikan tarikh yang dipilih untuk mengadakan kenduri berkenaan, ujar Mawi, tiada yang istimewa melainkan bagi tujuan memudahkan urusan memandangkan cuti hujung minggu. "Tiada yang istimewa pun tarikh untuk kenduri kesyukuran hari ini (Ahad), tapi sebab cuti hujung minggu, jadi tetamu pun senang datang sebab ada kelapangan. "Kebetulan pula keesokan hari iaitu (Isnin), umur Cahaya genap tiga bulan," tambah Mawi. Nama Cahaya Malaika dipilih sendiri oleh Mawi dan Ekin ketika dalam tempoh kehamilan yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku. Ujar lelaki yang namanya meledak selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) lebih lima tahun lalu itu, dia bahagia melihat perkembangan anak perempuannya membesar di depan mata dan teruja menantikan perubahan demi perubahan yang bakal dilalui Cahaya. "Sekarang kalau ada cerita kartun di kaca televisyen, Cahaya akan diam dan tengok saja, buat masa sekarang pembesarannya sama seperti bayi lain," luah Mawi berukir senyuman. Mawi bagaimanapun tidak menolak sekiranya Cahaya mengikut jejak langkah kedua ibu bapanya sebagai orang seni, namun perlu disusun dan diatur kehidupannya dengan berhemat. "Selagi baik untuk dia, kami sebagai ibu bapa sokong, tak kisah kalau dia suka untuk terlibat dalam bidang seni. "Kalau dia mahu jadi artis, jadilah artis yang baik, kami ikut saja apa yang dia suka," kata Mawi yang pernah berjauhan daripada Cahaya dalam tempoh empat hari ketika membuat persembahan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Tak popular Raut wajah pelantun lagu Aduh Saleha itu berubah kala ditanya mengenai populariti. Dahinya berkerut. Pernah suatu ketika juara AF3 itu meraih pelbagai anugerah dan dilimpahi rezeki tak putus-putus ketika namanya berada di puncak. Namun kini, dia lebih akur akan perjalanan seninya yang semakin perlahan dan barangkali sudah tidak selaris dahulu. "Saya masih menerima undangan untuk mengadakan persembahan, cuma tidak sebanyak selepas saya keluar daripada AF dulu. Sekurang-kurangnya empat atau lima kali dalam masa sebulan. "Walaupun kadar bayaran sekarang tidak seperti ketika saya popular dahulu, tapi saya masih boleh menyara kehidupan keluarga saya. Tuduhan bahawa saya sudah muflis sebelum ini tidak benar sama sekali dan Insya-Allah saya masih boleh hidup dalam bidang seni," tegasnya. Malah, Mawi sudah membuat persediaan awal untuk menjamin kelangsungan hidupnya sebagai seorang penyanyi dan selebriti yang senantiasa menjadi bahan perhatian. "Saya sudah bersedia dari awal-awal lagi, selain bidang nyanyian yang merupakan sumber periuk nasi, saya turut mencuba bidang penerbitan. Saya yakin bidang yang sedang saya usahakan ini berkekalan untuk jangka masa yang panjang," getusnya penuh yakin. Tambah Mawi lagi: "Selagi peminat mahukan saya menyanyi, saya akan terus menyanyi. Saya tidak akan berundur." Siapa Dapat Lisa Sementara itu, Mawi dijadualkan keluar bersama single terbaharu berjudul Termolek ciptaan Datuk M.Nasir dan lirik oleh Ad Samad tidak lama lagi. "Penggambaran klip video single itu akan dijalankan pada bulan Jun nanti bersama sebuah lagi single Siapa Dapat Lisa," singkap Mawi. Siapa Dapat Lisa juga akan diterbitkan sebagai sebuah telefilem sempena Hari Raya Aidilfitri pada 23 Ogos nanti dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Telefilem terbitan syarikat milik Mawi sendiri, MW Entertainment Sdn. Bhd. itu akan dibintangi oleh anggota kumpulan Sepahtu (Shuib dan Jepp), Didie Alias serta Yasmin Hani. Mawi juga dalam perancangan menerbitkan album kumpulan Sepahtu. Dalam perkembangan lain, Mawi yang bekerjasama dengan Art Effect bakal merakamkan sebuah album Asma Ul-Husna yang dipecahkan kepada 10 buah lagu. "Melodi nyanyian lagu kerohanian ini masih sama seperti yang kita dengar setiap hari cuma menariknya dipecahkan kepada beberapa track," katanya yang dijadual memulakan projek itu bersama Hafiz Hamidun pada bulan Ramadhan nanti. | |||
Posted: 28 May 2012 06:36 PM PDT
AKTRES Preity Zinta kini dilaporkan dalam misi pencarian klon seperti dirinya yang mempunyai lesung pipit pada pipi kanan. Pencarian tersebut dibuat Zinta untuk memenuhi tuntutan karakter dirinya sewaktu kecil bagi filem perdana miliknya yang berjudul Ishqk In Paris. "Agensi saya sedang mencari kanak-kanak usia empat hingga tujuh tahun yang mempunyai lesung pipit pada pipi kanan untuk memainkan watak saya sewaktu kecil. "Hakikatnya, sangat sukar untuk menemui kanak-kanak yang boleh dijadikan klon saya kerana tidak ramai yang mempunyai lesung pipit pada pipi kanan seperti saya," tulis Zinta dalam Twitter peribadinya. Oleh kerana sukar mencari klon dirinya itu, Zinta turut meminta bantuan daripada para pengikutnya di Twitter. Dia menulis: "Jika sesiapa ada mengetahui tentang kanak-kanak dengan lesung pipit pada pipi kanan dan boleh berlakon untuk menjadi saya sewaktu zaman kecil, tolong hantarkan gambar mereka ke alamat ishakqinparis.casting@gmail. com. Terima kasih." | |||
Filem Love menang filem terbaik Posted: 28 May 2012 06:35 PM PDT CANNES - Filem Love, arahan pengarah Austria, Michael Haneke, dinobatkan sebagai pemenang anugerah tertinggi Palme d'Or pada Festival Filem Cannes ke-65 di sini kelmarin. Filem yang dilakonkan ikon popular Perancis, Jean-Louis Trintignant, 81, dan Emmanuelle Riva, 85, yang mengisahkan tentang kisah percintaan antara suami dan isteri yang sakit kerana diserang strok. Hanake yang berusia 70 tahun itu menggondol anugerah tersebut buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun. Sebelum ini dia memenangi anugerah tersebut menerusi filem The White Ribbon. Pelakon Denmark, Mads Mikkelsen, 46, yang memberikan lakonan hebat dalam filem The Hunt arahan Thomas Vinterberg menerima anugerah pelakon lelaki terbaik. Sementara itu, aktres Cosmina Stratan dan Cristina Flutur yang berlakon dalam filem Beyond the Hills arahan Cristian Mungiu berkongsi anugerah pelakon wanita terbaik. Mungiu pernah memenangi Palme d'Or pada tahun 2007 bagi filem berjudul 4 Months, 3 Weeks and 2 Days. Anugerah kedua tertinggi, Grand Prix pula dimenangi pelakon Itali, Matteo Garrone manakala tempat ketiga diraih pelakon veteran, Ken Loach Pengarah Asia yang bertanding, Im Sang-Soo and Hong Sang-soo dari Korea Selatan gagal meraih sebarang anugerah. Seramai 15 pengarah Amerika Syarikat (AS) telah memenangi anugerah Palme d'Or sejak ia diperkenalkan pada tahun 1955. Satu-satunya pembikin filem dari AS yang memenangi anugerah pada festival kali ini ialah Benh Zeitlin. Dia memenangi anugerah filem yang dihasilkan buat kali pertama menerusi Beasts of the Southern Wild. Hadiah Juri pula dimenangi pengarah filem dari Britain, Ken Loach menerusi filem The Angels' Share. | |||
Lady Gaga kecewa konsert dibatalkan Posted: 28 May 2012 06:34 PM PDT JAKARTA - Penyanyi pop dari Amerika Syarikat, Lady Gaga memberitahu para peminatnya bahawa dia berasa kecewa kerana konsertnya yang dijadualkan di sini pada 3 Jun ini dibatalkan ekoran ancaman daripada kumpulan-kumpulan ekstremis Islam. Kumpulan-kumpulan ekstremis Islam menggelarkan Lady Gaga sebagai pemuja syaitan. Sebahagian peminatnya mendakwa polis tunduk kepada hasrat sekumpulan kecil penduduk kerana enggan mengeluarkan permit untuk konsert itu. Polis enggan membenarkan konsert itu ekoran atas sebab-sebab keselamatan kerana bimbang kekecohan akan berlaku melibatkan peminat dan penentang Lady Gaga. "Kami terpaksa membatalkan konsert di Indonesia. "Saya betul-betul (minta) maaf kepada peminat dan kecewa seperti anda (para peminatnya). "Anda adalah segala-galanya buat saya," kata Lady Gaga menerusi mesej di laman Twitter. Sebelum ini, ribuan anggota sebuah kumpulan radikal, Barisan Pembela Islam berikrar akan pergi ke sebuah lapangan terbang di sini bagi menghalang kedatangan penyanyi itu. Sejumlah penentang Lady Gaga menyatakan mereka akan membeli tiket dengan tujuan untuk memasuki stadium dan mencetuskan kekecohan. Konsert penyanyi itu dijadualkan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno. Lady Gaga turut mengadakan konsert di Stadium Tertutup Singapura selama tiga hari bermula semalam. | |||
Harimau jatuh ke dalam kolam air Posted: 28 May 2012 06:33 PM PDT
SANGATRAM, India - Seekor harimau bintang liar terjatuh ke dalam kolam takungan air di sebuah ladang teh di sini semalam. Namun, haiwan itu berjaya keluar dari kolam tersebut selepas ia memanjat tangga. Tangga itu diletakkan oleh seorang anggota penyelamat daripada Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Mahananda. | |||
Posted: 28 May 2012 06:32 PM PDT
KRASNOYARSK, Rusia - Seorang pesara, Vitaly Islentyev menyimpan pelbagai jenis peralatan ketam di sebuah muzium miliknya di bandar Yeniseisk. Menurut maklumat yang terdapat dalam Book of Records of Russia, dia mempunyai koleksi peralatan itu yang terbanyak di negara ini. Kira-kira 760 ketam yang diperbuat di Jerman, United Kingdom, Perancis, Rusia dan negara-negara lain dipamerkan di muzium itu. Muzium tersebut turut mempamerkan ketam yang dihasilkan pada abad ke-18 dan ke-20. Ketam digunakan untuk melicinkan permukaan kayu. Islentyev, 65, yang pernah bekerja sebagai seorang pemandu kenderaan turut mempunyai sejumlah koleksi akordion dan alat pemain piring hitam. | |||
Posted: 28 May 2012 06:30 PM PDT
SEMASA Kementerian Pertahanan (Kementah) mengumumkan pembelian pesawat pengangkut Airbus A400M kira-kira enam tahun lalu, ada kalangan pemikir pertahanan tempatan beranggapan cadangan tersebut kurang bernas. Alasannya, perolehan pesawat yang menelan kos berbilion ringgit itu ada risikonya kerana tempoh untuk menyiapkan pesawat dijangka memakan masa bertahun-tahun. Ketika itu, Airbus melalui cabang firma pertahanannya, Airbus Military masih belum menghasilkan pesawat hakiki dan cuma mempamerkan visual komputer pesawat kepada negara bakal pembeli. Namun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak melihat ia sebagai perolehan serampang dua mata. Dimeterai pada Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi 2005 (LIMA 05), pembelian empat pesawat pengangkut bernilai RM2.8 bilion itu merupakan keputusan bijak kerajaan. Selain bagi menggandakan keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti yang dirancang, Najib sudah membayangkan bahawa perolehan tersebut menguntungkan industri hiliran tempatan khususnya teknologi mega aeroangkasa. Ini kerana banyak syarikat tempatan yang berkelayakan bakal menerima limpahan ekonomi berganda seperti mengeluarkan bahagian tertentu pesawat. Walaupun hanya komponen kecil, ia akan digunakan di peringkat global. Sebanyak 184 buah pesawat telah dipesan, antaranya Jerman dengan pesanan 60 buah pesawat, Perancis (50), Sepanyol (27), Britain (20) dan Turki (10). Pengangkut A400M diilhamkan pada tahun 1982 bagi Program Pesawat Pengangkut Masa Hadapan (FIMA) melibatkan tiga gergasi aeroangkasa Barat iaitu Aérospatiale, British Aerospace (BAe), Lockheed and Messerschmitt-Bölkow-Blohm (MBB). Mengikut perancangan, pesawat yang dihasilkan dalam kategori sederhana nanti hendaklah lebih besar daripada Hercules C-130 tetapi lebih kecil berbanding pesawat Boeing C-17. Malangnya, Lockheed menarik diri tujuh tahun kemudian sebelum disertai firma Alenia dan CASA dari Itali.
Hanya pada tahun 2003, pelan global pembangunan A400M dimeterai lapan negara Eropah iaitu Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Britain, Turki, Belgium dan Luxemborg. Itali bagaimanapun menarik diri kemudian. Pembelian A400M menyaksikan Malaysia menjadi negara tunggal Asia menyertai program pesawat pengangkut global itu manakala Afrika Selatan pula mewakili benuanya. Pesawat A400M yang pertama siap dibina pada Jun 2008 sebelum melakukan penerbangan sulung pada 11 Disember 2009. Kini, sebanyak lima model pesawat ujian telah dihasilkan. Ia direka bagi operasi di kawasan pendaratan tidak tersedia, boleh menggabungkan keupayaan logistik dan taktikalnya untuk membawa beban hingga 30 tan metrik sejauh 2,450 batu nautika. Menurut penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Mat Nor, TUDM sememangnya memerlukan pesawat pengangkut berkeupayaan tinggi sesuai dengan peranan pelbagai misi yang perlu dilaksanakan dan bukan terhad kepada tugas ketenteraan. Katanya, A400M dijana empat enjin turboprop (berkipas) yang kosnya lebih ekonomi sesuai dengan angkatan udara kecil seperti TUDM berbanding pesawat jenis sama sedia ada menggunakan enjin jet. "Bagaimanapun dengan saiz lebih besar berbanding C-130 Hercules, ia meningkatkan kemampuan TUDM sebanyak dua kali ganda. "Misalnya, misi membawa pulang 3,482 pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi pada Februari tahun lalu selama 11 hari menggunakan tiga pesawat C-130 menjadi lebih pantas dengan sebuah A400M sahaja," ujarnya. Ruang kargonya yang luas dengan kapasiti membawa beban sehingga 37 tan membolehkan A400M berfungsi sebagai hospital udara untuk diterbangkan ke mana-mana kawasan bencana di dunia. | |||
Kepupusan bahasa etnik di Bangladesh Posted: 28 May 2012 06:29 PM PDT
BANGLADESH kini sedang berdepan dengan ancaman kepupusan bahasa kaum etnik, apabila penumpuan hanya diberikan ke atas bahasa utamanya iaitu bahasa Bangla. Terdapat 30 jenis bahasa pertuturan yang dikenal pasti di negara tersebut dan 20 daripadanya telah hampir-hampir pupus kerana jarang digunakan. Bahasa Bangla atau Bengali merupakan bahasa utama dalam arena linguistik di negara itu. Sebanyak 95 peratus populasi rakyat negara tersebut menggunakan bahasa Bangla dan ia merupakan 'pasport' tunggal ke arah pendidikan serta kerjaya yang baik. Batu loncatan kepada perjuangan bahasa di negara Bangladesh bermula selepas peristiwa pelajar-pelajar di tembak mati oleh pegawai polis ketika negara tersebut masih berada di wilayah timur Pakistan pada 21 Februari 1952. Barisan pelajar tersebut pada awalnya bertindak membantah polisi dan permintaan kerajaan Pakistan Urdu yang mahu bahasa Bangla diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara berkenaan. Perjuangan nasionalis rakyat negara itu berakhir setelah pembentukan negara Bangladesh dengan kemenangan ketika peperangan bagi menuntut kemerdekaan dengan berjaya menewaskan Pakistan pada tahun 1971. Sejak daripada peristiwa itu, tarikh 21 Februari diisytihar sebagai hari cuti di negara berkenaan sempena tanda perhormatan kepada wira negara itu. Tarikh tersebut turut diisytihar sebagai Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk mengetengahkan hak etno-linguistik penduduk di seluruh dunia. Namun begitu, bahasa Bangla kekal digunakan sebagai bahasa utama di sekolah dan tempat kerja. Tetapi, selepas hampir 40 tahun, penumpuan ke atas bahasa Bangla sahaja akhirnya menyebabkan bahasa etnik lain mula dilihat tidak penting. Salah satu bahasa yang digunakan oleh masyarakat di Bangladesh ialah bahasa Laleng. Bahasa tersebut digunakan oleh kira-kira 2,000 suku kaum Patra yang berada di bahagian timur laut negara tersebut. Bahasa suku kaum Patra tidak mempunyai sebarang bahan bertulis atau skrip untuk dijadikan rujukan. Mereka hanya bergantung kepada cerita lisan dan lagu-lagu rakyat semata-mata. Ketua suku kaum tersebut, Laxman Lal Patra, 70, berkata, ibunya menyanyikan lagu menggunakan bahasa Laleng semasa beliau masih kecil. "Kisah dongeng masyarakat, puisi dan lagu telah dilupakan kerana ia tidak ditulis sebagai langkah untuk memelihara bahasa tradisi kami. Menantu saya hanya dapat menggunakan bahasa tradisi kami ketika mendodoikan anaknya untuk tidur," katanya. Kehilangan besar Menurut Patra, kebanyakan suku kaumnya masih menggunakan bahasa Laleng. "Kami mempelajari bahasa Bangla dengan cepat, tetapi kami bernasib baik masih sedikit sebanyak mampu mempertahankan bahasa Laleng. "Kanak-kanak lelaki tidak pernah mengambil ungkapan bahasa Bangla dari sekolah dan jiran yang berbangsa Bengali," katanya. Pensyarah Linguistik Universiti Dhaka, Prof. Shourav Sikder menerusi tulisan beliau dalam sebuah buku bertajuk Indigenous Languages of Bangladesh telah menyenaraikan bahasa-bahasa yang kian pupus di negara tersebut. "Bahasa Mahali, Malto, Razoar dan Rajbangshi kini sudah tidak lagi digunakan. Berdasarkan situasi tersebut, kerajaan Bangladesh seharusnya patut dipersalahkan. "Hanya bahasa daripada dua suku kaum masih digunakan kerana mempunyai bahan cetakan bertulis," katanya. Seorang penyelidik bahagian penyelidikan dan pembangunan kerja-kerja amal orang asli, Mesbah Kamal berkata, kepupusan bahasa dalam kalangan puak-puak tertentu berpunca daripada mereka tidak menyayangi bahasa ibunda mereka sendiri. "Ia bukan satu kehilangan yang besar jika suku kaum tersebut tidak menggunakan bahasa ibunda mereka. "Masalah bahasa yang terjadi di Bangladesh akan memberi kesan kepada kepelbagaian dan kemajmukan budaya dalam kehidupan sehingga menyebabkan sifat toleransi semakin pudar dalam diri mereka," katanya. Setiausaha Hal Ehwal Budaya, Suraiya Begum berkeras bahawa suku kaum di negara tersebut sentiasa mengamalkan bahasa dan budaya mereka melalui pelbagai usaha yang dikendalikan. Begum kebiasaannya akan memberi ruang kepada Institut Bahasa Ibunda Antarabangsa yang telah ditubuhkan pada tahun 2001 untuk memelihara dan menguasai bahasa etnik yang menjadi pertuturan masyarakat di Bangladesh. Pengkritik pula berpendapat bahawa institut tersebut hanya rekaan semata-mata yang mengabaikan keadaan realiti di Bangladesh. "Bahasa ibunda saya yang indah telah hampir mati. "Golongan muda tidak mempedulikan bahasa ibunda mereka. Pada mereka, pekerjaan dan pelajaran adalah segala-galanya." kata Patra. | |||
Posted: 28 May 2012 06:27 PM PDT
WARNA ungu dan kuning keemasan memenuhi ruang legar Avi Lounge, Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Bertambah mengasyikkan apabila para tetamu yang duduk di tengah-tengah pelantar dikelilingi kerusi bulat rona keemasan turut disambut mesra dengan deruan ombak Selat Melaka. Itulah keistimewaan yang diperoleh sepanjang berlangsungnya majlis Melangkah ke Gerbang Keemasan bersama Safi Rania Gold. Menurut Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman, sejak rangkaian produk Safi Rania Gold dilancarkan pada tahun 2009, sambutan pengguna terhadap produk kecantikan itu cukup menggalakkan. Dalam tempoh tiga tahun, statistik jualan produk Safi Rania Gold menunjukkan peningkatan yang positif meskipun terpaksa bersaing dengan jenama tempatan dan antarabangsa yang lain. "Paling membanggakan adalah apabila kajian oleh AC Nielson pada tahun lalu mendapati Serum Safi Rania Gold yang bertindak sebagai agen antipenuaan merupakan serum awet muda nombor satu di Malaysia. Ini antara pencapaian terbaik dan penghormatan bagi pihak Safi Rania Gold. "Secara asasnya, produk Safi Rania Gold, dicipta untuk golongan wanita yang berusia antara 30 dan 40 tahun. Namun kini, remaja seawal usia 24 tahun pun sudah menggunakan produk Safi Rania Gold," jelas Mahsuri kepada Kosmo!, baru-baru ini. Tambah Mahsuri, Safi Rania Gold menjadi simbol perjalanan wanita moden yang mampu mengecapi kejayaan dan mengharungi cabaran dalam kehidupan mereka. Mereka memberikan yang terbaik buat keluarga dan kerjaya serta berazam untuk terus berjaya. Formula diperkaya Justeru, bagi memastikan kelompok wanita berterusan berusaha mencapai tahap cemerlang, di samping mengekalkan kecantikan dan keanjalan kulit, maka Safi melancarkan produk Safi Rania Gold terbaharu yang diperkaya dengan sebatian amino peptida. Jelas Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan Produk Wipro Unza (M) Sdn. Bhd., Eileen Tan, kombinasi nano emas 24k bersama amino peptida memberikan dwikuasa kehebatan emas pada kulit wajah. Ia membantu mengembalikan keanjalan kulit, tona kulit sekata, mengurangkan garisan kedutan dan melambatkan penuaan. "Amino peptida juga bertindak meningkatkan sintesis kolagen dan menghasilkan kolagen I dan III pada wajah sebanyak dua kali ganda. Kedua-dua kolagen ini ialah sejenis kolagen yang wujud dalam dermis untuk membentuk gentian. "Umum mengetahui apabila usia meningkat, kadar penghasilan dan keanjalan kolagen semakin berkurangan. Dengan adanya paduan nano emas 24k dengan amino peptida, maka ia boleh memaksimumkan penghasilan kolagen serta melindungi lapisan dalaman kulit daripada rosak," kata Eileen. Safi jenama halal Sementara itu, duta Safi Rania Gold yang dilantik pada bulan April tahun lalu, Rozita Che Wan, menyifatkan keistimewaan dan keunikan produk berkenaan bukan saja terletak pada kandungan nano emas 24k dan amino peptida yang bermutu, malah produk itu juga disahkan halal. "Jika diperhatikan, pada hari ini wanita Muslim mengimpikan wajah yang menawan dan bebas daripada masalah jerawat, pigmentasi serta garis-garis halus. Namun, dalam proses mencantikkan wajah ini, mereka mementingkan penggunaan produk yang halal dan suci. Maka, produk Safi Rania Gold pilihan yang tepat. "Tambahan pula, produk terbaharu yang terdiri daripada pencuci wajah, skrub, krim pelembap siang, krim pelembap malam dan krim kecantikan ini mengandungi bahan tambahan iaitu amino peptida. "Ia meresap jauh ke dalam kulit dan dalam tempoh dua minggu, pengguna dapat melihat hasil yang menakjubkan," luah Rozita, 38, ibu kepada dua cahaya mata lelaki dan pelakon wanita popular di Malaysia. Rangkaian produk Safi Rania Gold boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya utama di seluruh Malaysia. Ia dijual pada harga antara RM8.90 hingga RM33.90. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan