Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar
- Bukan ditaja
- Kulit mengelupas, hati ‘panas’
- 'Usah ulang lagi'
- Tiru wajah artis Korea
- Tambah menu tiap tiga bulan
- Chef Farouk perkenal konsep halal di Macau
- Ibu bapa punca anak malas
- Diburu kerana cukai
- Tok Mak kumpul 1,000 buku skrap
- Membazir atau keperluan?
- Pengaruh adat Perpatih
- Bertemu, bercinta di dalam bas
- Jatuh cinta 'SMS menyamar' daripada isteri sendiri
- Makanan untuk tenaga
- Nasi beriani sejuk beku
- Bella tidak takut air
- Chef cilik beraksi
- Jangkitan bakteria punca ruam
- Jangan dedahkan anak pada bahaya
- Zikir landasan mohon pertolongan sebenar
- Semak arah kiblat petang Ahad ini
- Pulut kuning 'kepala' majlis
- Zakat bukan cukai
- Bilakah hari Kiamat?
Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Posted: 27 May 2012 11:01 PM PDT KULIM - "Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni," jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang. |
Posted: 27 May 2012 10:56 PM PDT PERNAH terdetik dalam hatinya untuk melupakan saja impian bergelar ahli perniagaan meskipun itu adalah cita-cita yang bersarang dalam hatinya sejak dulu lagi. Semakin hampir hari butiknya itu bakal dibuka kepada khalayak, pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau lebih akrab disapa Fazura mengakui pendiriannya goyah seketika dek cabaran yang mendatang. Disebabkan perkara itu (kos) hampir saja saya mahu melupakan hasrat untuk membuka butik itu. "Tapi disebabkan inilah adalah cita-cita saya sejak dulu lagi dan jaminan saya untuk kehidupan pada masa depan, segala cabaran dan dugaan, saya tempuhi dengan penuh sabar. "Perniagaan ini adalah keutamaan saya ketika ini dan lakonan jatuh nombor dua. Disebabkan itulah saya berusaha untuk merealisasikan impian ini," ujar Fazura pada sidang media pembukaan butiknya di Bangsar, Kuala Lumpur, semalam. Bukan kecil modal yang dikeluarkan aktres yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini. Meskipun merahsiakan jumlah sebenar, khabarnya modal yang dikeluarkan adalah berjumlah ratusan ribu ringgit. Tegas Fazura, semua wang yang dikeluarkan untuk membuka perniagaan itu adalah hasil keringatnya sepanjang bergelar anak seni dan bukannya ditaja sesiapa. "Bagi mereka yang suka menyangka bukan-bukan, mereka harus sedar bahawa saya juga ada pendapatan sendiri. Saya dibayar untuk berlakon. Itu tidak termasuk pendapatan yang diperoleh dari hasil saya menjadi duta produk. Tak perlulah untuk saya beritahu berapa wang yang saya ada dalam bank. "Beratus ribu juga saya habis untuk membuka perniagaan ini. Semuanya adalah duit simpanan saya sepanjang menjadi anak seni dan saya tidak membuat pinjaman bank langsung. Tak percaya sila tanya 'banker' saya yang ada di sini," katanya sambil tertawa. Dua tahun lamanya Fazura merancang untuk pembukaan butik ini. Bukan sekadar menggunakan nama dan popularitinya semata-mata, jelas Fazura semua perkara membabitkan butiknya itu adalah idea dan juga cita rasanya dengan dibantu pereka fesyen, Rizman Ruzaini. "Dari sekecil-kecil cincin hinggalah pakaian berkonsepkan adi busana, semuanya adalah lahir dari cita rasa dan rekaan saya sendiri bersama Rizman. Harganya juga tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh peminat," jelasnya yang kelihatan cukup anggun mengenakan dress paras paha rona fuchsia yang juga berjenama HOD. Ditanya apakah dia akan sentiasa berada di butik itu untuk melayan peminat yang ingin membeli pakaiannya, Fazura berkata perkara itu tertakluk pada jadualnya. "Jika saya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran, saya akan berada di butik. Jika tidak, kakitangan saya akan membantu mereka," jelasnya. |
Kulit mengelupas, hati ‘panas’ Posted: 27 May 2012 10:53 PM PDT MENGGARU..akan menyebabkan ia merebak ke kawasan lain. KRONIK..keadaan ekzema atopi yang teruk. SIAPA yang tidak rasa tersisih apabila dipandang jijik gara-gara melihat kulit kemerah-merahan dan mengering kerana menghidap penyakit ekzema. Biarpun saya kuatkan hati untuk berhadapan dengan orang lain tanpa memikirkan pandangan mereka, memang tidak berjaya kerana rasa malu dan rendah diri tetap menguasai diri apabila berada di tempat awam. Keinginan untuk membeli pakaian yang sesuai juga begitu sukar. Apa tidaknya, ada jurujual yang memandang sinis dek melihat kesan seperti menghidap kudis atau lebih teruk lagi ada yang menganggap ia jangkitan kulat atau kurap.
|
Posted: 27 May 2012 10:50 PM PDT Muka depan B*Pop hari ini SELEPAS Marsha Milan Londoh yang dianggap bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) paling kerap dihimpit kontroversi, Siti Adira Suhaimi atau Adira, 21, juga tidak pernah sunyi daripada dihujani cerita panas apabila sisi peribadinya sering menjadi paparan media massa. Adira yang menganggap dirinya sudah puas 'ditelanjangi', tidak mahu lagi mengingati kisah hitam yang pernah menyelubungi dirinya dan berkali-kali memohon supaya penulis tidak menceritakan kembali tuduhan atau fitnah yang dilemparkan kepadanya sebelum ini. "Tanah Kubur adalah percubaan pertama saya untuk bergelar pelakon dan peluang yang datang itu tidak harus dipersia-siakan. Saya sudah memberikan apa yang termampu dan dalam masa sama, tidak mempedulikan apa orang nak cakap. Secara peribadi, saya tidak mahu lagi mengingati kontroversi berkenaan kerana ia amat mengaibkan. Justeru, saya mohon pihak wartawan tidak memperkatakannya lagi kerana ia sudah lama berlalu," pinta Adira berkali-kali. Tambah Adira, dia juga manusia biasa, ada hati dan perasaan sama seperti orang lain. "Isu yang pernah mengaibkan diri saya itu, janganlah diulang siar. Saya sudah cukup tertekan. Berilah saya ruang untuk 'bernafas' seperti orang lain," pohon Adira dalam nada perlahan, sekali gus mengharapkan peminat tidak memberikannya perspektif negatif secara berterusan. Namun, cerita sensasi yang pernah menghambat dirinya itu tidak selari dengan pencapaian seni atau dalam erti kata lain, kontroversi tidak membantu melonjakkan namanya walaupun hampir tiga tahun bergelar anak seni. Sehinggalah muncul filem yang menempa fenomena, Ombak Rindu, nama Adira meniti di bibir peminat apabila gandingan vokalnya bersama Hafiz melantunkan Ombak Rindu berjaya menyentap perasaan orang ramai. Bagaimanapun, kemunculan single terbarunya, Sakura dilihat belum mampu melonjakkan nama Adira secara berterusan. Pembabitannya menerusi Mania, program realiti yang mencari superstar berdasarkan undian SMS, juga membantutkan perjalanan Adira apabila dia terkeluar di peringkat separuh akhir, sekali gus memberi laluan kepada Hafiz untuk bergelar juara Mania pertama. Sekalipun didakwa tidak menyerlah seperti rakan lain - Hafiz, Stacy mahupun Hazama, Adira nampaknya tidak mudah menyerah kalah apabila dia turut menjadi pilihan untuk mendendangkan lagu runut bunyi filem terbaru, Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) dan menyanyikan semula lagu Sampaikanlah Salam yang pernah dipopularkan Alleycats untuk sebuah telemovie. "Saya perlu melipat gandakan usaha dalam menghadapi persaingan kerana setiap hari ada saja bakat baru yang muncul. Andai terleka, kita akan tenggelam. Paling penting perlu konsisten apabila berkarya. Produk berkualiti daripada seseorang artis itu boleh diibaratkan seperti pasport yang mampu memacu dirinya untuk terus berdaya saing dan berada di kedudukan lebih selesa," kata Adira yang ingin membuktikan bintang AF seperti dirinya bukan artis mi segera! INFO ADIRA NAMA PENUH: Siti Adira Suhaimi TARIKH LAHIR: 19 September 1991 ASAL: Kampung Pinausok, Kundasang, Ranau, Sabah KELUARGA: Bongsu daripada lapan beradik KETURUNAN: Dusun PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Menengah Kebangsaan, Kundasang PENCAPAIAN: Naib juara, Akademi Fantasia 8 (AF8) dan Mania, terkeluar pada peringkat separuh akhir SINGLE: Ku Ada Kamu, Ilusi, Ombak Rindu, Lara Lagi dan Sakura DRAMA: Tanah Kubur (musim keempat) |
Posted: 27 May 2012 10:48 PM PDT DEMAM K-Pop yang melanda dunia sejak lima tahun lalu bukan hanya terhad kepada genre muzik pop, tarian, elektropop, hip hop, rock, R&B dan muzik elektronik berasal di Korea Selatan semata-mata - malah lebih dari itu. Fenomena itu berkembang menjadi cabang kebudayaan yang popular di kalangan remaja dan orang muda di seluruh dunia termasuk fesyen, tata rias dan gaya hidup. Statistik itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding 10 tahun lalu yang mana Korea tidak pernah masuk dalam senarai 10 negara yang paling banyak menjalankan prosedur pembedahan kosmetik. Persoalannya, apakah wajah dan tubuh 'sempurna' yang ada pada artis Korea? Menurut Pakar Pembedahan Kosmetik, Dr M Nasir Zahari, pada asasnya majoriti orang Korea mempunyai wajah unik yang biasa di kalangan orang Asia seperti mempunyai satu lapisan kelopak mata, tulang pipi yang tinggi kelihatan seperti menonjol dan rahang yang besar manakala hidung mereka pesek. Dr M Nasir berkata, dengan wajah sebegitu, orang Korea berpandangan mereka nampak garang atau kelihatan hodoh yang mana boleh menyebabkan hilang keyakinan diri. Manakala untuk artis di sana, mereka merasakan wajah sedemikian tidak sesuai untuk dikomersialkan jika mahu terbabit dalam industri hiburan. Justeru, beliau berkata, ramai yang mahu menukar rupa wajah dengan melakukan pembedahan kosmetik atau rawatan estetik dengan melakukan pembedahan pada kelopak mata supaya ia nampak berganda dan memancungkan hidung sama ada pembedahan plastik atau menambah likatan atau pengisi (filler) serta implan silikon. "Untuk pipi yang kelihatan terlalu menonjol, biasanya orang Korea melakukan prosedur membentuk semula struktur pipi dengan menipiskan tulang pipi. "Manakala rahang yang kuat atau besar itu dibentuk semula melalui pembedahan plastik atau bagi menampakkan dagu yang lebih runcing mereka menggunakan filler atau implan silikon. "Semua pembedahan ini banyak dilakukan artis mereka kerana percaya wajah komersial mirip artis Hollywood lebih mudah diterima dan dianggap mempunyai wajah 'sempurna' yang boleh memberikan keyakinan serta lebih popular," katanya. Aliran yang dilakukan artis Korea kemudiannya merebak menjadi satu budaya baru kepada masyarakat umum di negara itu di mana pada usia semuda 14 tahun, ada yang sudah mendapatkan rawatan estetik atau melakukan pembedahan kosmetik membentuk wajah. Malah, dikatakan pembedahan kosmetik sentiasa dinantikan setiap remaja Korea sebagai hadiah ulang tahun mahupun habuan selepas tamat sekolah tinggi mahupun universiti. Pengaruh artis K-Pop di seluruh dunia juga menyebabkan industri estetik dan pembedahan kosmetik mahu pun plastik di Korea menjadi lebih rancak begitu juga sektor pelancongan. Pelancong yang masuk ke negara itu bukan hanya melancong melawat tempat menarik di sana kerana terpesona dengan keindahannya saja tetapi melawat negara itu kerana terpikat dengan keindahan tempat yang pernah menjadi lokasi dalam filem, drama mahu pun klip video. Pada masa sama, peminat fanatik K-Pop juga melancong ke Korea kerana mahu menjalani pembedahan kosmetik dan rawatan estetik. Dilaporkan pelancong dari China paling ramai mendapatkan rawatan estetik dan pembedahan kosmetik di Korea, yang mana kebanyakannya menjalankan pembedahan menambah kelopak mata, membetulkan rahang dan tulang pipi selain pembedahan membuang lemak di perut seperti artis K-Pop pujaan mereka. Pertambahan klinik dan pakar pembedahan plastik yang kini mencecah 1,700 orang juga dikatakan menjadikan industri itu semakin agresif dalam cubaan menarik pelanggan baru. Pelbagai pakej menarik termasuk penginapan bertaraf lima bintang serta layanan VIP ditawarkan manakala kemudahan dan perkhidmatan di klinik juga ditingkatkan. Malah, dilaporkan ada klinik yang menjemput pesakit dari lapangan terbang dengan limosin manakala kakitangan klinik dilatih fasih berbahasa Inggeris, China, Jepun, Vietnam atau Mongolia. Selain Korea Selatan, beberapa negara Asia turut ghairah menawarkan rawatan dan pembedahan yang sama kepada pelanggan yang mahu kelihatan seperti artis pujaan K-Pop mereka. Selain China dan Jepun, Thailand dan Singapura juga menawarkan perkhidmatan yang sama. Bagaimana dengan Malaysia? Dr M Nasir yang juga Pengarah Perunding Perubatan Pembedahan Plastik, Pembentukan Semula dan Pembedahan Kosmetik Beverly Wilshire berkata, pengaruh K-POP tidak begitu mempengaruhi orang Malaysia untuk melakukan pembedahan kosmetik supaya kelihatan seperti artis Korea. Namun, beliau berkata, pengaruh industri rawatan estetik dan pembedahan kosmetik di Korea Selatan secara tidak langsung mempengaruhi masyarakat Malaysia untuk kelihatan lebih cantik dan menitik beratkan soal penampilan diri. "Mengapa orang Malaysia tidak ghairah melakukan pembedahan kosmetik seperti orang Korea? Jawapannya kerana orang Malaysia percaya rupa mereka tidak 'sehodoh' orang Korea. "Lagipun, dengan latar budaya dan agama masyarakat yang pelbagai di negara ini berbanding Korea yang ada satu bangsa dan agama itu, maka permintaan terhadap pembedahan kosmetik di sini sikit berbeza. Jika ada yang mahu kelihatan seperti artis Korea pun mereka tidak mahu melakukan terlalu drastik sampai terpaksa membetulkan tulang pipi dan rahang mahu pun hidung mereka. "Orang Malaysia lebih suka rawatan estetik seperti pengambilan botox, filler, implan dan rawatan laser. Jumlah rawatan ini semakin mendapat sambutan. Lagi pun, kebanyakan orang Malaysia mempunyai hidung yang agak tinggi dan bentuk muka yang pelbagai, tidak nampak garang seperti orang Korea. "Bagi orang Melayu mahupun India, biasanya mempunyai kelopak mata berlapis, jadi permintaan untuk pembedahan kosmetik di wajah tidak begitu menggalakkan," katanya. Dr M Nasir memberitahu kebanyakan pembedahan payu dara serta menggandakan kelopak mata dilakukan wanita Cina di negara ini manakala lelaki Malaysia paling ramai melakukan pembedahan membuang lemak di perut atau liposuction serta pembedahan payu dara. "Berdasarkan pemerhatian, sejak 15 tahun lalu, saya dapati jumlah pelanggan lelaki yang mendapatkan rawatan estetik mahu pun pembedahan kosmetik semakin bertambah. Jika 10 tahun dulu bagi setiap 10 pesakit saya untuk dapat seorang pesakit lelaki sangat susah tetapi kini jumlahnya meningkat kepada dua pesakit bagi setiap 10 pesakit yang ada," katanya. Ibu bapa galak anak remaja ubah wajah STATISTIK dikeluarkan Persatuan Pembedahan Plastik dan Doktor Estetik Antarabangsa (ISAPS) menunjukkan penduduk Asia paling banyak melakukan pembedahan plastik pada 2010 dengan 5.8 juta prosedur yang dilakukan 9,512 pakar bedah. Daripada jumlah itu, China menjadi negara Asia yang paling banyak menjalankan pembedahan plastik iaitu 588,880 kes diikuti Jepun (588,880 kes), India (553,420 kes) dan Korea Selatan (361,988 kes). China berada di tangga ketiga selepas Amerika Syarikat (AS) dan Brazil dalam senarai 25 negara yang dicatatkan dalam laporan ISAPS itu. Manakala Jepun tempat keempat diikuti India (kelima) dan Korea Selatan (kelapan) selepas Itali (keenam) dan Mexico (ketujuh), Perancis (ke-9) dan Columbia (ke-10). Daripada statistik itu, Malaysia tidak termasuk dalam senarai 25 negara kerana jumlah pembedahan plastik yang dikendalikan tidak banyak selain jumlah doktor pakar dalam bidang itu kurang. Namun, di Asia Tenggara, Malaysia dicatatkan sebagai negara ketiga selepas Thailand dan Singapura yang paling banyak melakukan prosedur pembedahan plastik. Menyentuh mengenai Korea Selatan, 10 tahun lalu negara itu tidak pernah masuk dalam senarai 10 negara paling banyak melakukan pembedahan plastik. Korea mula masuk dalam senarai 10 negara terbabit sejak tiga tahun lalu. Data dikeluarkan di Korea menunjukkan keseluruhan rawatan perubatan yang dibelanjakan oleh pelancong asing di negara itu bernilai AS$116 juta (RM348 juta) tahun lalu. Sebanyak 14 peratus daripada mereka menjalani pembedahan kosmetik atau rawatan kulit seperti botox. Pembedahan yang mendapat sambutan di kalangan pelancong adalah pembedahan hidung, menegangkan muka, pembedahan rahang atau membuang lemak di perut. Sementara itu, data tinjauan sebuah laman web e-Seoul, mendapati 41.4 peratus remaja di Korea sedia menjalani pembedahan kosmetik untuk cantik. Malah, pelajar sekolah menengah yang kebanyakannya pelajar perempuan, mengakui mereka mahu melakukan pembedahan membetulkan wajah mereka. "Dulu kebanyakan pelanggan klinik ini adalah pelajar sekolah tinggi tetapi kini trend berubah kerana lebih ramai pelajar sekolah menengah yang berumur 15 hingga 16 lebih mendapatkan perkhidmatan kami," kata Pengurus Kosmetik sebuah klinik estetik di Apgujeong-dong, selatan Seoul. Ketua Pakar Bedah Klinik Pembedahan Plastik BK Dongyang di Nonhyeon-dong, selatan Seoul, Lee Seung-hwan pula berkata, klinik itu menerima banyak pelanggan remaja sejak kebelakangan ini. "Berbanding 2007, peratusan pelanggan remaja semakin meningkat pada 2010. Ini jelas menunjukkan semakin ramai pelajar seawal usia 14 tahun sudah bersedia menjalani pembedahan kosmetiK," katanya. Seorang pelajar perempuan di sekolah tinggi di Korea yang mahu dikenali sebagai Lee, berkata beliau tidak yakin dengan penampilannya kerana mempunyai mata yang kecil lalu sentiasa merasa rendah diri. "Ibu saya berjanji akan membenarkan saya melakukan pembedahan membetulkan kelopak mata jika berjaya dalam peperiksaan pertengahan tahun," katanya. Selepas menerima pembedahan kosmetik bagi menggandakan kelopak matanya, ketika cuti musim sejuk pada tahun kedua di sekolah tinggi, Lee berkata dia mendapat lebih keyakinan. Menjadi aliran baru di Korea, pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajah bukanlah satu perkara yang memalukan sebaliknya digalakkan. Malah, pelajar yang mempunyai ciri-ciri menarik hasil pembedahan plastik akan menjadi lebih popular di sekolah. Trend pembedahan plastik di Korea banyak dipengaruhi populariti kumpulan artis remaja tempatan seperti gadis kumpulan LGP yang mengakui dalam satu wawancara rancangan TV bahawa mereka pernah menjalani lebih 27 pembedahan plastik. Ibu bapa juga mempunyai pengaruh yang kuat kepada anak-anak mereka untuk mendapatkan pembedahan plastik. Seorang pelajar perempuan dikenali sebagai Kim, mendapat pembedahan menggandakan kelopak mata pada usia 15 tahun atas cadangan ibunya. "Ibu saya sebenarnya cukup positif mengenai pembedahan plastik dan memberitahu pembedahan itu akan menjadikan saya lebih yakin memasuki sekolah menengah," katanya. Satu tinjauan dijalankan jenama penjagaan diri DOVE pada 250 reponden di seluruh Korea, mendapati satu daripada empat ibu mencadangkan anak remaja mereka mendapatkan pembedahan plastik. "Media massa dan internet mempunyai impak yang besar kepada pelajar. Golongan ini paling banyak terdedah kepada televisyen dan konsep 'diskriminasi atau prasangka berdasarkan penampilan peribadi' sudah ditanam dalam diri mereka sejak kecil," kata pakar pembedahan plastik di Wonjin Plastic Surgery, Dr Park Won-jin. Dr Park berkata, bilangan puncak pesakit pelajar semasa musim cuti sekolah pada Disember dan Januari meningkat lima hingga 10 peratus daripada hari-hari biasa. Pembedahan menggandakan kelopak mata adalah prosedur yang paling popular di kalangan pelajar kerana berisiko rendah. Manakala pembedahan membetulkan hidung mahu pun tulang rahang dan pipi tidak digalakkan kerana ia mungkin memberi kesan sampingan yang berbahaya. Park berkata jika pembedahan plastik dilakukan ke atas tulang muda, ia boleh mencetuskan masalah di masa depan dan mungkin memerlukan pembedahan lain bagi membetulkannya. |
Posted: 27 May 2012 10:47 PM PDT JIKA anda inginkan kelainan dalam hidangan masakan Cina Muslim, apa kata singgah ke Restoran Adam Lai yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Jangan lupa memesan menu ayam Adam Lai iaitu antara hidangan popular pelanggan. Hidangan ayam yang lembut ditambah rasa masam-masam manis dan sedikit pedas daripada hirisan cili padi yang dimakan bersama nasi panas, sememangnya membuka selera. Rasa tauhu yang dihidangkan di dalam labu kuning bersama-sama kuah membangkitkan rasa unik yang enak. Ditambah dengan Three Combination, ikan kerapu Cheong Pao dan udang kelapa istimewa,. sudah pasti membuka selera. Ini antara hidangan istimewa dan popular yang sering dipesan oleh pelanggan tetap restoran ini. "Misalnya bagi hidangan ayam Adam Lai saja, kami menggunakan sehingga 30 kilogram (kg) kepak ayam sehari pada hari biasa manakala lebih 60 kg pada hujung minggu," kata Ketua Eksekutifnya, Ebby Yus semasa ditemui di Restoran Adam Lai baru-baru ini. BaruWalaupun baru dibuka tidak sampai tiga bulan, restoran hasil gabungan empat sahabat - pelawak dan pelakon terkenal Ebby Yus Rashid, Adam Lai, Muhammad Helmi dan Muhammad Faizal - berjaya memikat hati pelanggan. Ebby berkata, keistimewaan hidangan di restoran berkenaan tertumpu pada kelainan rasa masakan Cina Muslim yang disesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia. "Pengalaman lebih 25 tahun Adam Lai menjadi tukang masak digunakan sepenuhnya bagi menghasilkan pelbagai menu. "Atas sebab itu juga kami melantiknya menjadi ketua chef yang bertanggungjawab mengemas kini menu setiap tiga bulan supaya pelanggan sentiasa merasai menu yang baru," katanya. Sehingga kini Restoran Adam Lai mempunyai lebih 100 menu untuk dipilih dan tidak lama lagi menjelang tiga bulan usia restoran, mereka akan menambah lagi menu. Selain ala carte, pelanggan yang ingin mengadakan jamuan juga boleh memilih pelbagai menu makanan Cina Muslim bagi tempahan berkumpulan. Restoran Adam Lai turut menyediakan pelbagai pakej keluarga bagi enam hingga 10 orang dengan harga bermula RM288 hingga RM888. Restoran yang boleh memuatkan sehingga 300 pelanggan pada satu-satu masa itu mempunyai dua bilik VIP bagi mereka yang ingin mengadakan majlis persendirian. |
Chef Farouk perkenal konsep halal di Macau Posted: 27 May 2012 10:46 PM PDT Tiba sahaja ke restoran eksklusif bertaraf lima bintang, mata pengunjung pastinya tertumpu kepada juadah yang disediakan secara bufet. Biarpun beribu hidangan disajikan pihak hotel kepada pengunjungnya, namun bagi mereka yang beragama Islam pastinya tidak banyak pilihan selain menjadi vegetarian atau sekadar menjamah makanan laut kerana meragui status halal makanan tersebut. Ini kerana dalam Islam tidak ada istilah separuh halal atau gred halal berstatus tiga bintang atau sebagainya. Walaupun makanan yang disajikan sekadar sup cendawan, bahan tambahan seperti pewarna, perisa, pengawet dan seumpamanya masih diragui, apatah lagi setelah melihat isi kandungan berkod E471, E152, E280 dan E635. Teori dan demonstrasi Minggu ini, S3 membawa pembaca ke dapur kampus tepi tasik, Taylor's University College untuk bertemu Chef Farouk Othman. Pada sesi temuramah tersebut, Chef Farouk sempat berkongsi pengalaman beliau ketika memperkenalkan konsep makanan halal di Macau. Menurutnya, beliau telah dilantik sebagai wakil Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau (MGTO) di Malaysia di bawah pimpinan, Tunku Iskandar. "Tujuan saya mengunjungi Macau bersama Chef Faizul Mat Akhir adalah untuk memperkenalkan subjek halal kepada hotel-hotel bertaraf lima bintang yang terdapat di Macau," jelasnya. Pada masa yang sama, beliau sempat mengadakan bengkel makanan halal yang disampaikan melalui pembentangan penyampaian menerusi aplikasi power point. "Dalam penyampaian ini, saya berikan contoh yang diambil daripada penyelidikan yang telah saya lakukan dari segi perbandingan antara makanan halal dengan kosher (makanan bangsa Yahudi). "Dengan adanya perbandingan seperti ini, ia secara tidak langsung memudahkan para pegawai atasan dan chef eksekutif dari hotel ternama yang menyertai bengkel tersebut memahami serba sedikit persamaan yang ada dalam kedua-dua jenis makanan berkenaan," katanya. Chef Farouk berkata, makanan kosher telahpun diterapkan di Eropah dan para chef di sana juga memahami konsep tersebut tetapi mereka masih kekurangan ilmu mengenai makanan halal. "Ini kerana mereka yang bukan Islam hanya menganggap makanan yang tidak mengandungi bahan haram seperti daging khinzir adalah halal. "Tetapi dalam Islam, kita ada cara tersendiri dalam penyediaan makanan seperti daging ayam atau kambing yang ingin dimasak itu perlulah disembelih mengikut tuntutan agama. "Maka saya terangkan kepada mereka mengenai cara-cara penyediaan bahan-bahan halal hingga ke perkakas dan senarai bahan yang boleh dan tidak boleh digunakan. "Di samping itu, saya juga terangkan bahan yang telah dikodkan sebagai haram seperti E471 secara terperinci dengan apa yang dituntut oleh syarak, contoh darah dari bangkai haiwan tidak boleh dimakan umat Islam," ujarnya. Selain menerangkan konsep tersebut secara teori, bekas Chef Tournant dari Hotel Westin Kuala Lumpur ini juga melakukan demonstrasi masakan Melayu seperti roti canai, kuah dal, nasi lemak dan laksa. "Rata-rata pegawai atasan dan chef eksekutif yang mengikuti bengkel ini mahu saya mengadakan demonstrasi masakan Islam. "Tetapi sebagai orang Melayu yang beragama Islam, masakan kita sudah terbukti status halalnya," katanya. Sebelum bengkel tersebut bermula, Chef Farouk dan Chef Faizul telah menyamak kesemua perkakas dan peralatan memasak yang ingin digunakan. "Sebelum bertolak ke Macau, saya dan Chef Faizul telah menyediakan tanah yang diambil dari Malaysia untuk tujuan tersebut. "Sehari sebelum buat demonstrasi masakan, saya samak semua perkakas yang ingin digunakan dan ia mengambil masa lebih dua jam. "Segelintir chef yang bertugas di sana berasa pelik dengan tindakan saya dan ada juga yang bertanya kenapa saya perlu menyamak kesemua perkakas yang ingin digunakan dengan tanah. "Jawapan yang saya berikan kepada mereka mudah sahaja. Saya jawab ia sebenarnya tuntutan agama seperti holistic approach bagi memudahkan mereka memahami konsep samak. "Pihak hotel tidak ada masalah kerana di samping itu mereka boleh belajar mengenai cara-cara samak," ujarnya. Tepat pukul 6 petang, masa yang dinanti-nantikan tiba. Ini kerana pada waktu itu, Chef Farouk dan Chef Faizul akan menyajikan makanan halal kepada pegawai atasan dan chef eksekutif dari pelbagai hotel ternama di Macau. "Mereka menyambut baik kedatangan kami dan melalui bengkel tersebut, saya dapati sambutan yang diberikan amat positif termasuk daripada para hadirin. "Mungkin mereka akan mengaplikasikan kaedah pemakanan halal pada masa akan datang. "Untuk menyediakan makanan halal bukan mudah kerana kalau hotel tersebut tidak mempunyai pekerja Islam, hotel tersebut kena melatih pekerja bukan Islam mengenai cara-cara penghasilan makanan halal," katanya. Tambahnya ketika sesi soal jawab, pelbagai soalan ditujukan kepada mereka berdua termasuk kenapa mereka perlu melakukan apa yang dituntut oleh hukum syarak. "Soalan ini agak sukar untuk dijelaskan dan jawapan terbaik adalah apa yang saya terangkan dalam bengkel tersebut merupakan hukum syarak dan sebagai orang Islam, saya tidak boleh mempersoalkan apa yang telah ditulis dalam al-Quran. "Hukum pemakanan Islam merupakan peraturan yang menentukan makanan yang halal dimakan oleh Muslim. "Perkara berhubung halal dan haram telah dijelaskan dengan begitu nyata dalam al-Quran. "Dalam membincangkan konsep halal, ia bukan sahaja meliputi makanan tetapi juga konsep yang lebih luas seperti gaya hidup," jelasnya. Disamping itu, Chef Farouk turut mendedahkan bakteria Staphylococcus sangat berbahaya kepada manusia dan ia banyak terdapat dalam daging khinzir. |
Posted: 27 May 2012 10:44 PM PDT SAYA bersetuju dengan pandangan Zame sebulan lalu tentang sukarnya mencari suami berkualiti cuma saya hendak tambah, bukan anak lelaki sahaja bermasalah bahkan anak perempuan pun sama. Itu kata Hizam dalam e-melnya. ''Bagi saya itu semua berkait rapat dengan didikan ibu bapa zaman ini yang terlalu memanjakan anak. Mereka bukan sahaja mengikut kehendak anak-anak malah ada yang takut berkata 'Tidak'. Apatah lagi hendak memarahi anak-anak takut nanti lari dari rumah. ''Kawan saya suami isteri bekerja, tinggal di bandar, bagi anaknya yang bersekolah menengah duit saku antara RM10 hingga RM15 sehari untuk belanja waktu rehat dan makan tengah hari. '' Kadangkala dia terpaksa beri lebih kalau anaknya ada aktiviti luar. Jumlahnya diramal bertambah apabila anaknya meningkat usia. ''Isterinya tak sempat nak siapkan sarapan apa lagi untuk masak nasi dan lauk tengah hari sebab bergegas ke pejabat. Makan malam pun isterinya tak sempat masak sebaliknya beli di gerai-gerai setiap hari. ''Hari cuti pun isterinya tak sempat masak sebab sibuk berkemas, cuci pakaian dan sebagainya. Akhirnya sarapan, makan tengah hari juga malam, mereka beli sahaja di gerai. Isterinya cuma masak kalau ada masa, setakat goreng sayur atau sup ayam. Biasanya mereka suruh anak-anak beli di luar. ''Apa yang ingin saya katakan, ibu bapalah punca anak-anak kurang pandai mengurus diri. Anak-anak dilimpahkan wang ringgit untuk membeli apa yang disukai. Mereka langsung tidak diajar membantu ibu mengemas, menggosok dan mencuci pakaian apa lagi ke dapur memasak. ''Alasan isteri kawan saya ini, buat apa nak masak kalau setakat dua tiga orang nak makan, lebih baik beli. Tak buang masa, badan tak penat dan tak membazir. ''Oleh kerana ibu bapa selalu sibuk dengan hal masing-masing, anak-anak ambil kesempatan minta apa sahaja yang mereka mahu. Kalau tak dapat mereka merajuk. Jadi untuk hilangkan rasa bersalah kerana kurang beri perhatian kepada anak-anak, mereka mengikut apa saja anak-anak minta seperti telefon bimbit dan sebagainya. Apabila besar, mereka tuntut belikan kereta, itu juga akan diikut jika mampu. ''Apabila dah ada motor dan telefon, duit saku mesti lebih untuk minyak motor dan top up. Duit dah lebih dalam tangan, banyak benda anak-anak akan fikirkan. Akhirnya terlibat dengan rokok dan kemudiannya dadah. ''Kawan saya ini tak berani menasihati apa lagi memarahi anaknya kalau balik lewat. Bayangkan sekolah pagi tapi tiba rumah pukul 5 petang. Jika sekolah rendah anaknya balik sekolah duduk rumah pengasuh, naik tingkatan satu anaknya lebih suka duduk di sekolah, alasannya belajar dengan kawan. ''Dia tahu anaknya tak belajar, sebaliknya duduk melepak di gerai dengan kawan, pergi rumah kawan atau ke kompleks beli-belah. Dia pernah jumpa pemetik api di dalam beg sekolah anaknya tetapi dia terima apabila anaknya nafikan dia merokok. ''Hantar anak pergi tuisyen malam, selepas turun kereta anaknya melencong ke tempat lain. Dia pernah marah anaknya sekali, akibatnya anaknya balik rumah pukul 10 malam. Kerana takut anaknya lari, dia memujuk anaknya belajar dengan memberi wang, tetapi itu memburukkan lagi keadaan. ''Sebagai ibu bapa, sepatutnya kita ajar anak-anak mengurus duit belanja sekolahnya dengan baik, ajar menabung, latih mereka membantu bersihkan rumah, paling tidak bilik sendiri. Ajar mereka cuci baju dan menggosoknya sendiri jika tak mahu pakai pakaian berkedut ke sekolah. ''Jangan beri duit saku berlebihan supaya mereka balik ke rumah selepas sekolah dan masak sendiri walaupun makan telur dengan kicap. Ibu bapa juga kenalah rajin bangun awal pagi siapkan sarapan walaupun hanya nasi goreng dan roti. Apa susahnya masak nasi guna periuk elektrik. Yang penting anak-anak boleh balik makan tengah hari. ''Masalahnya zaman ini, kita lihat ramai ibu yang tak mahu ke dapur, suka beli makanan siap di gerai, alasannya tak ada masa sebab bekerja, lebih menjimatkan, tak penat cuci periuk dan pinggan. Masalahnya mereka lupa bahawa mereka tidak mendidik anak-anak berjimat, mengurus rumahtangga terutama anak-anak perempuan. Apa akan jadi kepada mereka apabila dewasa nanti? ''Apa salahnya kalau isteri berkorban tidur dengan bangun pagi memasak. Bangun awal sediakan sarapan atau sedikit makanan untuk anak makan tengah hari kerana selain dapat berjimat, mereka juga boleh mendidik anak-anak rajin memasak terutama anak perempuan. ''Zaman ini bukan sahaja anak lelaki tak berkualiti, anak perempuan lebih teruk lagi. Jadi apabila anak kita kahwin, mereka sama-sama tak berkualiti. Semua benda ambil mudah, tak suka susah. Jangan terkejut kalau nanti lahir keluarga yang sentiasa tak cukup duit sebab mereka tidak pernah tahu dan diajar berjimat serta mengurus keluarga dengan baik ''Saya bukan nak menunjuk ajar, tetapi saya berikan didikan kepada anak-anak saya. Jadi saya tak bimbang apabila mereka dewasa dan berumahtangga. Sekurang-kurangnya, baik anak lelaki mahupun perempuan, mereka tahu bagaimana hendak mengurus keluarga setelah berkahwin, tahu berjimat dan menabung demi masa depan mereka. "Dari pengamatan saya, mereka yang tak tahu mengurus keluarga, sering mengeluh tak berduit. Walaupun gaji naik setiap tahun, mereka sering salahkan kerajaan tidak kawal harga barang sehingga mereka terpaksa berbelanja lebih. Sedangkan mereka tidak tahu menguruskan duit gaji yang diterima setiap bulan. ''Sepatutnya kita latih diri mengurus duit gaji, dari situ barulah kita boleh didik anak-anak berjimat, sebab kita telah tunjukkan tauladan. Kalau kita sendiri boros, semua ambil mudah, isteri malas ke dapur, suami suka enjoy, sampai bila pun duit tidak akan cukup dan kita bakal lahirkan generasi pemboros," kata Hizam panjang lebar tentang masalah anak-anak zaman ini yang berpunca daripada kesilapan ibu bapa mendidik di rumah. |
Posted: 27 May 2012 10:43 PM PDT APAKAH hukuman yang bakal diterima jika ada individu yang cuba mengelak daripada membayar cukai di negara ini? Pastinya, mereka bakal menerima surat amaran atau berdepan tindakan undang-undang atau mungkin hukuman penjara. Namun, masih banyak pihak yang masih terlepas daripada tindakan undang-undang. Di Brazil, lain pula halnya, perkara seperti itu tidak akan berlaku. Anda kena berwaspada kerana ada pihak berkuasa yang akan mencari anda sampai ke lubang cacing. Seandainya anda didapati cuba mengelak membayar cukai, sekumpulan ejen lengkap bersenjata akan datang mengetuk pintu rumah anda dan ia sekali gus mengundang ketakutan kepada sesiapa saja yang cuba menggelak membayar cukai. Malah, pasukan itu turut menggunakan helikopter untuk terbang ke seluruh negara bagi mengesan mereka yang 'culas' menunaikan tanggungjawab kepada negara. Namun, ejen tersebut bukan polis. Sebaliknya daripada agensi pemungut cukai. Perkhidmatan Hasil Persekutuan atau dalam bahasa latin Receita Federal do Brasil (RFB), dikenali di seluruh dunia sebagai satu-satunya agensi pemungut cukai yang menggunakan taktik kreatif dan 'ganas'. Atas usahanya, badan itu menjadi kunci utama kepada prospek ekonomi Brazil pada tahun ini. Presiden Dilma Rousseff mengharapkan keberanian anggota agensi pemungut cukai itu akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran bajet yang telah ditetapkan, walaupun negara itu berdepan keadaan ekonomi yang sedikit goyah. RFB menguruskan semua hasil Persekutuan termasuk cukai (cukai pendapatan, cukai hasil industri, cukai dagangan antarabangsa, cukai kredit dan cukai insurans). Ia turut menguruskan sumbangan ekonomi kepada negara (bayaran sumbangan berdasarkan aktiviti ekonomi) dan sumbangan keselamatan sosial (sumbangan yang patut dibayar kepada pesara, orang kurang upaya dan orang miskin). Pegawai paling tinggi di RFB adalah Secretário da Receita Federal yang dilantik Menteri Kewangan dengan persetujuan Presiden. Dari 1994 hingga 2001, agensi itu diterajui Everardo Maciel yang bertanggungjawab memperkenalkan teknologi dan prosedur pentadbiran baru, yang menyaksikan peningkatan kutipan hasil dan menambah kredibiliti kepada badan itu. Maciel yang kini dilantik sebagai konsultan RFB, merupakan antara pemimpin yang suaranya sangat dihormati di Brazil apabila membicarakan mengenai hal berkaitan cukai. RFB menggunakan 'singa' sebagai lambang rasminya dan mengejar individu yang cuba mengelak membayar cukai melalui kaedah yang boleh dikatakan keterlaluan. Pelbagai taktik digunakan, antaranya membawa senjata ketika mengadakan operasi dan meletakkan meter pada tong arak di kalangan penjual arak bagi memastikan individu dan syarikat terbabit mengisytihar serta membayar cukai perniagaan mereka kepada kerajaan. Operasi terbaru agensi itu menggunakan nama seperti 'harimau kumbang hitam' dan 'delta' yang biasanya dikaitkan dengan pasukan khas tentera. Agensi itu turut menggunakan helikopter bagi mengukur luas dan nilai kediaman jutawan bagi memastikan mereka membayar cukai secara konsisten. Satu daripada rahsia kejayaan RFB adalah kesediaan agensi itu mengenepikan status sosial dan hubungan politik dalam negara yang biasanya memberi golongan elit perlindungan daripada dakwaan mahkamah. Rousseff sendiri pernah disiasat pada 2009, ketika beliau memegang jawatan menteri dalam kerajaan terdahulu, kerana menurutnya berlaku satu kesilapan berkenaan pemulangan cukainya. Namun, kaedah yang digunakan agensi tersebut turut mengundang rungutan di kalangan penduduk di negara itu. Mereka berpendapat kemudahan infrastruktur, pendidikan dan perkhidmatan lain di Brazil tidak setimpal dengan cukai yang mereka sumbangkan. Namun, ada juga yang memuji tindakan itu kerana ia meletakkan negara itu dalam sejarah pungutan cukai tersendiri di kalangan negara Amerika Latin. Sehingga kini, prestasi RFB boleh dipuji. Dalam tiga bulan pertama tahun ini, kerajaan Brazil berjaya memungut sehingga lebih satu pertiga daripada sasaran cukai yang ditetapkan. Hasil cukai juga meningkat lebih tujuh peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Sikap ejen yang mencatatkan rekod bersih ketika menjalankan tugas wajar dipuji. Tidak banyak kes rasuah dicatatkan, berbeza dengan kes melibatkan polis dan juga institusi-institusi penguatkuasa lain di negara itu. Malah kerajaan Chile, Tanzania dan China mengambil langkah menghantar pegawai mereka mengunjungi Brazil bagi mengkaji apa yang membuatkan agensi itu cukup efektif. Ketika beberapa negara Amerika Latin seperti Mexico dan Paraguay kehilangan separuh hasil cukai berpotensi disebabkan pengelakan pembayaran dan juga kurang penguatkuasaan, Brazil pula mencatatkan anggaran hanya sekitar 16 peratus, menurut Institut Perancangan Cukai Brazil, sebuah badan swasta di negara itu. Walaupun kadarnya masih tinggi jika dibandingkan dengan beberapa negara Eropah utara, namun pakar berkata, ia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang berada pada tahap yang sama. |
Tok Mak kumpul 1,000 buku skrap Posted: 27 May 2012 10:42 PM PDT RUTIN Wan Zahrah Wan Idris setiap pagi seakan tidak berubah sejak lebih 30 tahun lalu. Setiap hari, dia akan membaca surat khabar dan selesai sahaja 'sarapannya' itu, Wan Zahrah yang selesa dipanggil Tok Mak akan bertanya kepada ahli keluarganya sudah habis membaca atau tidak lalu membawa naskhah-naskhah akhbar itu ke biliknya. Digunting kemas artikel-artikel kegemarannya, lalu Tok Mak menampal ia ke buku lukisan atau buku latihan mengikut kategori artikel membentuk buku skrapnya sendiri. Artikel rencana agama, luar negara, politik, isu semasa, forum, kolumnis, teka silang kata, malah kartun sekalipun, asal yang menarik minat wanita berusia 80 tahun itu atau ahli keluarganya, Tok Mak segera memotong dan menyimpan rapi dalam buku skrap yang kini berjumlah lebih 1,000 buah.
Tilawah Cerita ibu kepada tujuh orang anak ini, semuanya bermula sekitar 1980-an ketika dia menetap di Johor Bahru. Waktu itu, Tok Mak gemar mengikuti perjalanan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. "Tok Mak memang suka membaca surat khabar dan mula memotong artikel berkenaan tilawah al-Quran kerana mengikuti perjalanannya dari awal. "Kemudian, aktiviti itu berterusan terutamanya ruangan agama dan apa saja artikel yang menarik, penuh dengan informasi malah menghiburkan hati untuk dibaca kemudian hari. "Tok Mak rasa rugi untuk membaca sepintas lalu sahaja penulisan-penulisan tersebut kerana sebagai contoh, pelbagai ilmu dan pengetahuan boleh diperolehi dalam ruangan agama yang mungkin kita telah lupa kerana pernah membacanya sekali sahaja. "Apabila Tok Mak menyimpannya, ilmu itu akan berterusan dan ia menjadi peringatan setiap kali Tok Mak atau anak-anak membacanya kembali," ujar warga emas yang menjadi pembaca setia Utusan Malaysia sejak dahulu lagi. Antara ruangan wajib Tok Mak adalah Bisik-Bisik, kartun Mamak Cyber dan Senyum Kambing kerana baginya penulis ruangan tersebut sentiasa mempunyai idea yang dapat memancing pembaca. Tok Mak turut membuat buku skrap khas untuk anak-anaknya bergantung kepada minat mereka seperti anak kelimanya, Melati Mohd. Ali gemar artikel berkenaan kenegaraan dan dia akan mencarinya. Ada buku skrap yang disimpan di rumah lamanya di Johor Bahru, ada yang diberikan kepada anak-anaknya malah yang menyedihkan Mak Tok apabila 'harta'nya itu terjejas akibat banjir yang melanda kawasan rumah anaknya di Hulu Langat baru-baru ini. Menurut Melati, dia percaya budaya membaca yang diamalkan ibunya itu membuatkan ingatannya terus tajam serta menceriakannya kerana mempunyai aktiviti untuk dilakukan setiap hari. |
Posted: 27 May 2012 10:37 PM PDT VANISHA MITTAL dan AMIT BHATIA Menantu beliau ialah seorang ahli perbankan di Britain yang juga pemilik Swordfish Investment. Sebanyak 12 pesawat Boeing disewa khas untuk membawa tetamu dari India manakala penginapan mewah disediakan untuk 1,000 tetamu yang majoritinya ahli politik, ahli perniagaan dan selebriti. Lebih 10,000 kuntum bunga digunakan untuk majlis tersebut dan seramai 45 chef ternama diupah untuk menyediakan lebih 100 jenis hidangan kepada tetamu. Ketika perkahwinan berlangsung, Vanisha yang mendapat pendidikan di Universiti of London, berusia 23 tahun manakala pasangannya berusia 25 tahun. Kos keseluruhan perkahwinan dikatakan mencecah AS$78 juta (RM242 juta). |
Posted: 27 May 2012 10:36 PM PDT TIGA perbilangan di kiri menunjukkan betapa kuatnya pengaruh adat dalam kehidupan masyarakat di negara ini. Dianggap sebagai tiang seri kehidupan, adat Melayu yang didasari daripada adat Temenggung dan adat Perpatih masih kukuh dipelihara serta diamalkan masyarakat khususnya membabitkan perkara berkaitan nikah kahwin, pembahagian harta dan sebagainya. Bagaimanapun, berbanding adat Temenggung, adat Perpatih sering dikaitkan dengan perkara negatif dan bertentangan hukum agama khususnya perihal pembahagian harta dan kuasa wanita. Walaupun telah 700 tahun diguna pakai di Negeri Sembilan, ramai yang masih prejudis terhadap adat tersebut. Lebih malang, pengamal adat tersebut kerap dimomokkan dengan pelbagai gelaran termasuk dilabel queen control dan mereka yang beristerikan wanita Negeri Sembilan pula dikatakan lelaki yang mengikut telunjuk isteri. Sejauh mana kebenaran itu? Wartawan S2, NORAZRIN MARZUKI bersama jurufoto FAIRUZ IZYANA AYUB dan RIDUAN RIZAL cuba mencari jawapan dan merungkai mengapa adat tersebut dikatakan terlalu mengangkat darjat wanita. |
Bertemu, bercinta di dalam bas Posted: 27 May 2012 10:34 PM PDT ATING di atas bas? Mungkin ia pelik tetapi itulah realiti siri percintaan bagi juruhebah radio Perlis FM, Mohd. Shah Hashim. Selama setahun Mohd. Shah, 43, menyulam cinta bersama gadis impian, Salmi Mahamud, 45, yang dinikahinya 16 tahun lalu. Salmi ketika bercerita tentang detik awal percintaan mereka berkata: "Faktor masa membuatkan kami berdua tidak seperti pasangan lain yang bertemu di taman atau di lokasi tertentu. "Jadi, Mohd. Shah menggunakan sepenuhnya waktu perjalanan saya pulang ke rumah untuk bertemu. Saya pula setiap hari menaiki bas berulang-alik ke tempat kerja." Mendengar itu, Mohd. Shah menyampuk: "Ada kalanya saya termengah-mengah kerana berlari ke Stesen Bas Kangar. Ini kerana biasanya tepat pukul 6 petang, bas yang dinaiki Salmi akan bergerak meninggalkan Kangar ke destinasi Kuala Perlis. "Saya akan naik bas pada pukul 6 petang dan akan 'menempah' tempat duduk untuk Salmi jika dia belum tiba. Saya akan turun bersamanya di perhentian bas di persimpangan jalan masuk ke rumahnya di Behor Ibus, Jalan Kuala Perlis," katanya ketika ditemui S2 di rumahnya di Taman Jeliti, Kangar baru-baru ini. Ketika temu bual ini berlangsung, ketiga-tiga anak mereka, Muhammad Danial, 15, Muhammad Nabiel, 12 dan Nur Farahiyah, 7, leka mendengar kisah percintaan ibu dan bapa mereka. Mohd. Shah memberitahu, biasanya dia akan menunggu bas yang sama untuk balik semula ke Kangar. "Jadi, konduktor dan pemandu bas berkenaan memang cukup mengenali saya," katanya. Ditanya apa yang menyebabkannya tertarik kepada Salmi, katanya, setiap hari dia nampak Salmi makan di Restoran Rakyat berhampiran Stesen Bas Kangar. "Sudah lama saya perhatikan dia. Dalam pemerhatian itu, saya dapati dia memiliki ciri-ciri gadis idaman saya iaitu lemah-lembut. "Tetapi saya tidak berani menegurnya sehinggalah suatu hari saya dicabar oleh seorang rakan," katanya. Rakannya itu mencabar Mohd. Shah supaya meminta nombor telefon Salmi. Mohd. Shah menyahut cabaran itu yang mana sebaik sahaja Salmi selesai makan di restoran tersebut, dia pantas mengejar gadis yang berjaya memikat hatinya. Menurutnya, pada mulanya Salmi enggan melayan permintaannya itu, tetapi selepas Mohd. Shah 'mengugut' Salmi bahawa dia akan menelefon ke pejabatnya, barulah dia mengalah. "Pada malam itu juga, saya menelefon dia untuk menyatakan hasrat hati yang ingin berkenalan dengan lebih dekat," ujarnya. Sejak detik itulah juga, Mohd. Shah hanya berpeluang bertemu dengan Salmi di dalam bas sahaja. "Salmi seorang yang tak banyak cakap. Sehinggalah suatu hari dia pula mencabar saya supaya berjumpa ibu bapanya untuk memberitahu hasrat berkawan rapat dengannya," katanya. Mohd. Shah yang pantang dicabar itu terus sahaja berkunjung dan menemui ibu bapa Salmi. Alhamdulillah, perhubungan mereka semakin menghampiri puncak bahagia apabila mendapat restu orang tua. Oleh kerana Salmi agak pendiam orangnya, maka Mohd. Shah menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang terkandung di dalam hatinya. Sungguhpun begitu, Mohd. Shah dapat mengagak bahawa Salmi juga menyukainya sebab sepanjang tempoh menemaninya balik ke rumah setiap hari, raut wajahnya menunjukkan Mohd. Shah tidak bertepuk sebelah tangan. Mohd. Shah yakin kerana katanya: "Jika dia tidak suka, sudah tentu abang Salmi yang setiap hari menunggunya balik di simpang jalan datang kepadanya untuk memberi amaran. Tetapi ini tidak berlaku," katanya. Cerita Salmi pula, percintaan mereka juga ada dugaannya. "Entah macam mana dalam masa kami bercinta, tiba-tiba ada orang dari kampung sebelah masuk meminang saya," katanya. Beliau berkata, dia tidak mengenali lelaki itu tetapi proses peminangan dilakukan melalui orang 'tengah'. Katanya, pinangan itu ditolak dengan baik kerana ibu bapanya sudah tahu yang dia sedang berkawan rapat dengan Mohd. Shah. Mendengar khabar itu, Mohd. Shah tidak menunggu lama untuk menyunting Salmi sebagai suri hidupnya. Paling tidak dapat dilupakannya apabila dia juga hadir sama pada majlis peminangan yang lazimnya jarang dilakukan oleh mana-mana bakal pengantin. Akhirnya pada tarikh 29 September 1996, Mohd. Shah memberitahu, dia dan Salmi disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. |
Jatuh cinta 'SMS menyamar' daripada isteri sendiri Posted: 27 May 2012 10:32 PM PDT BANYAK cara seorang isteri boleh menguji kesetiaan suami. Ada suami yang susah menghubungi isteri apabila berada di luar daerah kerana bertugas. Bayangkan jika berlaku masalah di rumah, kematian dan sebagainya, bagaimana khabar hendak disampaikan kepada mereka. Berlainan pula dengan isteri yang selalu menelefon dan bertanya khabar sehingga suami ada kala rimas dan bosan. Tapi isteri tidak pernah kecewa walaupun tahu suami tidak suka. Kepada saya, Suzana (bukan nama sebenar) bercerita tentang bagaimana dia menyamar menggunakan nombor telefon lain untuk menguji suaminya yang berada di luar daerah selama sebulan kerana bertugas. Apa kesudahan penyamaran Suzana, ikuti kisah seterusnya. "Saya berusia awal 30-an, mempunyai dua orang anak berusia 7 dan 8 tahun. Suami, Shahrul (bukan nama sebenar) seorang penjawat awam yang terlibat dengan banyak program di luar daerah. Ertinya dia selalu tidak ada di rumah. "Saya selalu tinggal bersama anak dan pembantu rumah, dalam sebulan hanya tiga hari kami dapat bersama. Hujung minggu memang jarang saya dan suami bersama anak-anak tetapi saya tetap melayan mereka seperti biasa walaupun bapa mereka tidak ada. "Suami seorang yang susah untuk menelefon bertanya khabar dan menjawab panggilan. Saya juga pelik kenapa dia jadi begitu. Alasannya banyak kerja, tidak ada masa. Sudahlah tidak menelefon, menjawab telefon pun susah. "Kalau pun tidak ada masa, apa salahnya telefon anak-anak tanya khabar dan berbual seketika dengan mereka, tentu anak-anak gembira. "Apabila nasihat saya tidak berjalan saya dapat satu idea. Saya menyamar untuk menduga hatinya. Lalu saya beli satu nombor pra bayar baru yang mana nombornya suami tidak tahu. "Setiap hari saya mesej bertanya khabar, sudah makan ke, sihat ke dan macam-macam lagi soalan berbau cinta. Hari pertama dia agak ragu-ragu, tetapi dibalasnya juga. "Dia membalas mesej saya dengan soalan, mana dapat tahu nombornya kata saya kami pernah berkawan dulu tetapi putus di tengah jalan. Syoknya dia percaya pula! "Lama juga saya menyamar hampir tiga minggu, sehingga dia jatuh cinta dengan kata-kata saya. Saya tidak berani telefon sebab bimbang dia cam suara saya. "Apa yang saya pelik, dia langsung tidak segan silu untuk melahirkan rasa rindu dan cinta kepada saya apabila saya mesej dan menelefon dia. Saya merasakan seperti kami mula bercinta dulu. "Sakit juga hati saya bila fikirkan perangai dia. Pada masa yang sama saya cuba juga telefon guna nombor telefon biasa, macam biasa, dia tidak jawab dan respons. Saya mula syak yang suami ada hubungan dengan wanita lain. "Tapi saya tidak mahu serkap jarang kerana mahu cari bukti dulu. Saya layan mesej sehingga dia benar-benar sudah jatuh cinta dengan saya. Akhirnya apa yang saya takut berlaku, dia mahu dengar suara saya dan minta saya telefon dia. Saya gelabah tetapi memberi cadangan agar kami berjumpa. "Selesai kursus suami balik ke rumah. Dia kelihatan selamba sahaja dan gembira. Dalam mesej terakhir saya berjanji akan berjumpa dia di sebuah restoran ternama di pinggir bandar. "Dia setuju sebab di situ kami selalu dating masa mula-mula bercinta dulu. Saya takut juga hendak pergi, tetapi saya kuatkan semangat. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. "Akhirnya hari yang dinanti pun tiba. Saya melaram sakan untuk menduga hati suami. Apa yang akan jadi saya serahkan kepada Allah. Ini semua untuk kebaikan fikir saya. "Tiba di tempat pertemuan, saya mencari suami. Dia memilih sudut yang agak terpencil jauh dari tetamu lain. Saya terus berjalan ke meja yang ditempah berpandukan mesej yang diterima. "Sebaik melihat saya suami terkejut. Terpinga-pinga dibuatnya dia. Wajahnya pucat melihat kehadiran saya tetapi saya buat selamba ala-ala primadona filem Melayu zaman dulu. "Saya terus mencium tangannya dan duduk. Saya lemparkan senyuman kepadanya dan bertanya apa khabar. Dia nampak marah. Matanya ligat mencari wanita yang ingin ditemui, dia sangat gelisah. "Melihat situasi itu, saya ingin segera tamatkan lakonan. Saya beritahu dia yang perempuan yang ditunggu itu tidak akan datang. Saya minta maaf sebab menipu dia. Saya bagi tahu dia, kalau dia marah dan ingin bertindak terhadap saya, silakan, saya tidak kisah. "Lalu saya ceritakan dari A - Z kepadanya. Saya menangis sepanjang bercerita. Mungkin sedih dan bersalah kerana menipu dia tetapi saya berniat baik. Suami terdiam tanpa kata. Ada penyesalan di wajahnya walaupun di peringkat awal dia amat marah dengan perbuatan saya. "Katanya saya telah menjatuhkan maruahnya sebagai suami tetapi saya betulkan keadaan dengan berkata tindakan saya semata-mata untuk kebaikan kami sekeluarga terutama anak-anak. "Lama juga kami bertengkar dan berbincang. Saya luahkan apa yang terbuku di hati. Lalu saya tunjukkan nombor telefon yang saya gunakan untuk menggoda dia. "Saya katakan kepada dia, kenapa tidak boleh layan saya sebagai isteri seperti mana dia melayan saya semasa menyamar menjadi teman wanitanya. "Saya tunjukkan kata-kata manisnya dalam mesej tersebut bagaimana dia rindu dan teringatkan saya selalu. Saya hanya perlukan itu sahaja, kata-kata dan ingatan, bukan kemewahan. "Selain itu, anak-anak juga perlukan kasih sayang ibu bapa. Saya bagi tahu dia selama ini anak-anak tertanya-tanya, ke mana bapa mereka pergi setiap minggu sehinggakan tidak ada masa untuk membawa mereka berjalan-jalan. "Mungkin Allah merestui perbuatan saya, akhirnya suami sedar dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Dia sama sekali tidak menduga saya berani hingga ke tahap tersebut dan mohon maaf kerana mengabaikan saya dan anak-anak. Tentang hubungan dengan wanita lain, dia mengaku tidak pernah berbuat demikian kecuali melayan mesej, itu pun bukan selalu. "Saya juga minta maaf kerana menipu dia dan berjanji akan mengubah sikap saya. Tidak saya sangka pertemuan itu mengembalikan nostalgia saya dengan dia macam kami bercinta dulu. "Itulah manisnya apabila kita selalu mengingatkan pertemuan pertama setiap kali menghadapi masalah rumah tangga. Bagi saya apa yang saya buat adalah satu percubaan yang baik. "Sekurang-kurangnya saya menggunakan akal untuk mengembalikan kesejahteraan dan kasih sayang keluarga saya. Saya bersyukur kerana Allah merestui tindakan saya dan mengembalikan kebahagiaan kami yang hampir hilang. "Saya juga bersyukur kerana selepas kejadian itu, suami berubah 100 peratus. Dia kini menjadi seorang suami dan bapa yang baik, penyayang dan bertanggungjawab serta meletakkan keluarga di tempat utama selepas kerjayanya. "Semoga kebahagiaan ini berkekalan. Kepada para isteri, pesanan saya, kita harus berani untuk menyelesaikan masalah rumah tangga dengan cara sendiri menggunakan akal. Jangan ikut nafsu dan emosi, tetapi bertindak bijak menanganinya agar hubungan kasih sayang tidak putus. Semoga apa yang saya lalui akan menjadi pedoman buat orang lain,'' demikian pinta Suzana mengakhiri kisahnya. Saya angkat tabik kepada Suzana atas tindakannya yang bijaksana. Suzana telah melakukan tugas yang baik untuk menyelamatkan rumah tangganya sekali gus menguji kesetiaan suami terhadapnya. Inilah yang harus dilakukan oleh para isteri jika mahu rumah tangga mereka berkekalan hingga ke pintu syurga. Syabas Suzana. Menamatkan catatan, pesanan ikhlas saya sentiasa menilai diri mencari kelemahan dan kekurangan agar ia boleh dibaiki dalam mencari keharmonian dan kedamaian hidup berkeluarga. Salam |
Posted: 27 May 2012 10:31 PM PDT AKTIVITI beriadah seperti merentas desa, berkelah dan berkhemah merupakan satu aktiviti yang menguja dan menyeronokkan. Anda boleh melarikan diri daripada tekanan di tempat kerja dan menikmati keindahan dan ketenangan alam semulajadi dengan melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti luar seperti itu juga membolehkan diri anda berinteraksi dengan persekitaran yang segar. Maklumlah, kesibukan bekerja kadang-kadang membuatkan kita tidak sempat memberi ruang kepada diri sendiri. Pada 26 April lalu saya telah menyertai program khidmat masyarakat anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang. Aktiviti utamanya adalah merentas Hutan Simpan Pulau Pinang ke Pantai Kerachut. Antara objektif program itu membersihkan sampah sepanjang merentas desa, melihat sendiri pemeliharaan penyu di Pantai Kerachut dan menyayangi alam sekitar. Jadi pada minggu ini saya akan menyentuh tentang tip makanan dan pemakanan bagi anda yang mungkin bercadang untuk melakukan aktiviti seperti itu nanti. Aktiviti seperti itu memang menggunakan tenaga. Justeru, makanan amatlah mustahak bagi membekalkan dan mengganti tenaga yang hilang. Selain itu minuman yang mencukupi harus disediakan untuk membekalkan air yang cukup kepada badan. Mari kita lihat bagaimana anda boleh meningkatkan prestasi dengan menyediakan dan makan makanan yang sesuai ketika melakukan aktiviti riadah. Untuk aktiviti seperti ini makanan yang sangat sesuai adalah yang berasaskan karbohidrat. Ada yang mengatakan anda perlu mengambil karbohidrat yang kurang berlemak kerana lemak lambat dihadam. Karbohidrat gandum penuh umpamanya akan mempercepatkan penghadaman dan memberikan bekalan tenaga dengan cepat di samping kurang tenaga diperlukan untuk menghadamnya. Saya bersetuju yang kita memerlukan karbohidrat sebagai bekalan tenaga. Pelari jarak jauh misalnya mengambil minuman berkarbohidrat tinggi untuk bekalan tenaga mereka. Ini dibuktikan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh pakar pemakanan, Isabelle Huot dalam Le Journal de Montreal bahawa lemak tidak sihat untuk aktiviti fizikal kerana lemak mengambil masa untuk dihadam. Ini berbeza dengan pengambilan gula kerana ia mampu membekalkan tenaga berbanding lemak yang akan membuat anda terlalu kenyang. Beliau juga mengatakan, prestasi akan menurun dan tidak produktif jika anda tidak mengambil karbohidrat. Walaubagaimanapun adakah lemak memberikan kesan yang buruk? Tetapi, perlu diingat, lemak mengambil masa yang panjang untuk dihadam. Dengan itu ia membekalkan tenaga yang lebih. Paling penting ia tahan lebih lama dan tidak ada kesan terhadap gula dalam darah. Namun saya pasti anda tidak mahu aktiviti riadah terganggu. Jadi bekalkan diri dan makanlah makanan yang tinggi dengan karbohidrat seperti yang bergula dan sebagainya. Suka saya nasihatkan agar anda melakukan perancangan rapi dengan menyediakan makanan ringkas tapi dapat membekalkan tenaga yang diperlukan semasa aktiviti. Makanan yang dibekalkan mestilah cukup dan tidak terlalu berat untuk dibawa. Gunakan bekas plastik yang mudah dibawa untuk membawa makanan anda supaya ia tidak mencemarkan alam sekitar. Bawa minuman yang bergula supaya anda dapat tenaga daripada gula. Paling penting jangan makan berlebihan sehingga mengganggu kegiatan dan aktiviti. Minggu ini saya akan berkongsi resipi sandwich yang memang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti riadah di luar. |
Posted: 27 May 2012 10:30 PM PDT SEBUT sahaja beriani, ramai yang terbayang nasi beraroma harum dengan pelbagai pilihan lauk yang enak seperti ayam, daging lembu, kambing mahupun ikan. Ternyata menu yang berasal dari Johor itu mampu memikat sesiapa sahaja. Malah antara lauk yang menjadi pilihan ramai sudah pastinya kambing. Ini mungkin kerana tekstur dagingnya lebih lembut dan manis di samping rasa yang istimewa. Justeru tidak hairanlah daging kambing semakin mendapat tempat di hati masyarakat tempatan. Memandangkan nasi beriani turut memenuhi cita rasa masyarakat tempatan, AYS Sdn. Bhd., pengeluar produk lauk sedia dimakan sejuk beku halal jenama Sri Kulai telah mengeluarkan satu lagi produk terbarunya iaitu nasi beriani kari kambing. Walaupun kombinasi kedua-dua menu tersebut sudah berada di pasaran, tetapi tidak bagi produk lauk sedia dimakan sejuk beku. Hanya perlu dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro selama empat minit, ia sudah pasti sedia untuk dihidangkan. Menurut Pengurus Teknikalnya, Siti Hamidah Ahmad, Sri Kulai sebelum ini telah menawarkan pelbagai rangkaian lauk dan juga masakan sedia dimakan. Oleh yang demikian menu baru tersebut merupakan kepelbagaian pilihan kepada pengguna selain menu-menu yang sedia ada. "Dengan adanya nasi beriani kari kambing ini, ia memberi satu lagi pilihan kepada pengguna untuk menikmati satu lagi hidangan yang sentiasa menjadi pilihan. "Bukan itu sahaja, malah dengan adanya menu ini, anda boleh menikmati hidangan dalam masa kurang daripada lima minit. "Pada masa yang sama, anda boleh menikmatinya di rumah sambil berehat atau bersantai bersama ahli keluarga yang lain," ujarnya ketika ditemui di salah satu cawangan Sri Kulai di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Tambahnya lagi, kesemua produk berjenama Sri Kulai sebenarnya telah dimasak dan ia hanya memerlukan sedikit pemanasan sebelum menikmatinya. Katanya lagi, makanan sejuk beku itu adalah kategori baru dalam industri makanan halal Malaysia malah produk-produk sebelum ini nampaknya telah mula dapat diterima ramai. Malah nasi beriani kari kambing sejuk beku ini dilihat satu pembaharuan dalam industri pembuatan makanan hari ini. |
Posted: 27 May 2012 10:29 PM PDT TERLALU cepat masa berlalu. Rasanya baru beberapa bulan lalu Mega memenuhi undangan sesi fotografi sempena kelahiran cahaya mata sulong pasangan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 40, dan isteri, Datin Dr. Harlina Mohd. Yunos, 32. Pejam celik, bayi yang diberi nama Sophea Isabella atau nama timangannya Bella, kini sudah mencecah usia 9 bulan 3 minggu. Memenuhi semua peringkat tumbesar seorang bayi, wajah comel Bella dengan mata bundar dan tubuh halus gebu membuatkan sesiapa pun tidak jemu memandangnya apatah lagi jika berpeluang 'menggomol'nya. Nyata Bella bukan calang-calang bayi kerana pada usia sebegitu dia punya kelebihan yang jarang ada pada teman sebayanya - sudah pandai menyelam dan menggapungkan badan dalam air. Memerhatikan Bella duduk bermain di gigi air langsung tidak nampak riak takut mahupun terkejut. Malah sentiasa ketawa dan tersenyum riang lebih-lebih lagi apabila diusik oleh beberapa orang jurugambar yang ada di lokasi. Gelagatnya membuatkan penulis teruja dan tidak sabar untuk melihat Bella beraksi di kolam renang sementara menunggu bapanya menyapu losyen di seluruh badan. Ternyata Bella seorang bayi yang berani. Apabila badannya sudah mencecah air di kolam renang dengan bantuan bapanya, dengan mudah dia mengawal pergerakan dan hanya sesekali menunjukkan reaksi terkejut mungkin kerana suhu air yang agak sejuk. Kemudian, apabila Bella dapat menyesuaikan diri dengan suhu dan suasana dalam kolam tersebut, dia sudah mampu tersenyum menampakkan beberapa batang gigi comelnya yang mula tumbuh teratur di bahagian atas dan bawah. Sedikit demi sedikit Bella menunjukkan 'belang'nya apabila berani mengapungkan badan di permukaan air sambil dipegang oleh bapanya. Apabila bapanya cuba menyelam ke dasar kolam bersamanya dia tidak kelemasan kerana pandai mengawal pernafasan. Beberapa kali aksi selaman itu dilakukan antara tiga hingga lima saat tidak langsung membuatkan Bella meragam, cuma kadang -kadang sedikit rengekan manja yang terkeluar dari mulut comelnya. Dr. Sheikh Muszaphar berkata, dia dan isteri mula mengajar Bella teknik menahan nafas ketika berada dalam air sejak bayinya berusia sebulan lagi. "Bella berani kerana hanya dua bulan sahaja kami mengajarnya teknik menahan nafas iaitu meletakkannya di dalam tab mandi di rumah. "Kemudian setiap kali mandi kami akan menuangkan air keatas kepalanya secara perlahan untuk membiasakan dia menahan nafas ketika di dalam air," katanya. Ujarnya, pada peringkat permulaan, reaksi Bella agak terkejut dan tidak dapat mengawal dirinya kerana belum biasa dengan situasi itu. "Lama-kelamaan Bella semakin serasi dan selesa dengan keadaan tersebut sehingga berjaya mengawal sendiri nafasnya," kata Dr. Sheikh Muszaphar. Jelasnya lagi, setelah dapat mengawal pernafasan dengan baik, dia mula didedahkan dengan aktiviti bermain air di dalam kolam renang ketika berusia empat bulan. "Memang pada mulanya Bella agak terkejut kerana keadaan air dalam kolam lebih sejuk berbanding tab mandi. "Namun apabila aktiviti ini sering dilakukan, dia semakin berani serta pandai menyesuaikan diri dalam kolam renang dan menganggap aktiviti tersebut sangat menyeronokkan. "Sehingga kini, Bella berupaya menahan nafas dalam air dari kiraan tiga saat sehingga mencapai 10 saat," katanya. Begitupun Menurut Dr. Sheikh Muszaphar lagi, Bella masih belum boleh berenang sebaliknya hanya terapung dan menyelam sahaja kerana otot-otot badannya masih belum kuat. "Sebelum pandai berenang kami ingin Bella menguasai dahulu teknik menahan nafas dan mengawal pergerakan kaki dan tangan ketika di dalam air. "Selalunya saya dan isteri akan biarkan dia menyelam sambil badannya dipegang kemudian ditolak ke hadapan dan akan disambut oleh isteri "Bagi memastikan Bella selesa ketika menyelam, kami akan tunjukkan dahulu cara tersebut kemudian akan menyelam sambil diikuti olehnya," katanya. Tambah Dr. Sheikh Muszaphar lagi, sebelum memulakan aktiviti renangan di kolam air, beberapa perkara penting perlu diambil kira supaya Bella tidak meragam. "Saya akan pastikan Bella tidur dengan secukupnya, minum susu, memakai pakaian renang yang sesuai dan cuaca cukup baik sebelum membawanya ke kolam renang. "Bagi memberi ruang kepada Bella untuk mencari keselesaan, saya akan biarkan dahulu dia bermain-main dalam air sebelum meneruskan aktiviti," katanya. Dia memperuntukan masa tiga atau empat kali dalam seminggu bersama Bella di kolam renang. Selalunya aktiviti ini dilakukan pada waktu petang selama setengah jam sama ada di kolam renang luar mahupun kolam di kediaman rumah kami. Untuk jaminan keselamatan Dr. Sheikh Muszaphar akan sentiasa bersama dan memerhati Bella apabila berada di kolam renang. "Beberapa bulan lalu Bella pernah terjatuh dalam kolam renang ketika saya meninggalkannya seketika untuk mengambil barang. "Alhamdulillah Bella pandai menahan nafas dan boleh terapung dengan sendiri sebelum saya mencapainya," katanya. Dia mengakui banyak manfaat yang diperoleh apabila melakukan aktiviti berenang terutamanya dari aspek kesihatan tubuh badan. "Selain dapat meningkatkan kecerdasan diri, berenang juga dapat meningkatkan daya fikir seseorang, menguatkan otot-otot tulang dalam badan dan dapat menyelamatkan diri apabila berada dalam situasi kecemasan. "Ibu bapa di luar sana juga tidak perlu rasa takut untuk mengajar anak mereka berenang kerana ia adalah satu aktiviti yang selamat dan menyihatkan badan. "Seeloknya aktiviti didedahkan kepada anak-anak ketika usia bayi lagi. Ibu bapa perlu mempelajari dulu teknik-teknik yang betul sebelum mengajar anak mereka berenang," kata Dr. Sheikh Muszaphar. |
Posted: 27 May 2012 10:26 PM PDT GANDINGAN mantap ibu dan anak menyediakan sajian kreatif dan sihat nyata membuahkan hasil bagi dua beranak Zeiti Zulhani, 33, dan anak lelakinya, Ahmad Danish Dzulkarnain, 7, untuk dinobatkan sebagai sebagai pemenang pertandingan memasak realiti TV Dumex Chef Cilik Komplete Nutri (Chef Cilik). Melalui kemenangan itu mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM20,000. Menurut Zeiti, dia memang tidak menyangka akan memenangi pertandingan itu memandangkan pesaing mereka tidak kurang hebatnya. Apa pun katanya, melalui program itu dia memperoleh banyak pengetahuan yang tentang pemakanan lengkap selain merapatkan lagi hubungannya bersama keluarga tercinta. "Saya mengakui bahawa semua ibu mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka, hanya satu cara untuk melakukannya adalah dengan menyediakan sajian yang lazat dan mempunyai nilai khasiat yang tinggi. "Saya dan anak sangat seronok menyertai Chef Cilik kerana pertandingan ini memberi peluang kepada kami untuk belajar lebih banyak tentang penyediaan sajian yang sihat dan lazat, sambil mengukuhkan lagi hubungan kami sebagai ibu dan anak," jelasnya. Manakala naib juara dimenangi oleh pasukan Afiza Aksan,38, dan anak perempuannya, Zaireen Sofea, 8. Manakala pasangan adik-beradik lelaki dan perempuan, Syed Mohamad Afiq, 18, dan Saiyedah Aminna, 9, mendapat tempat ketiga. Kedua-dua pasangan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000. Pengarah Urusan Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd., Toni Brendish berkata, rancangan Chef Cilik diilhamkan dengan untuk menekankan pentingnya pemakanan yang lengkap. "Sebagai jenama dengan warisan 54 tahun, kami tahu bahawa pemakanan yang baik dan diet yang seimbang adalah asas untuk kehidupan yang sihat. "Kanak-kanak menjadikan ibu bapa mereka sebagai teladan. Menerusi Chef Cilik dapat menggalakkan masyarakat dan keluarga mengamalkan tabiat makan yang sihat. "Dalam program ini peserta dan penonton dapat berkongsi cara mudah dan berkhasiat untuk menyediakan sajian dan juga menekankan bahawa tidak perlu mengorbankan kelazatan semata-mata untuk khasiat pemakanan," ujarnya pada majlis penyampaian hadiah di Bangsar, Kuala Lumpur baru baru ini. Program ini menyaksikan 27 pasukan mencuba kebolehan mencipta pelbagai sajian yang lazat dan berkhasiat untuk kanak-kanak berdasarkan tema mingguan yang ditetapkan. Sajian mereka kemudiannya di nilai oleh panel hakim, yang terdiri daripada Chef Bebas dan pengusaha restoran, Chef Andri Abdul Hadi; Pakar Pemakanan Dumex, Nor'azah Mohd. Sidi dan selebriti jemputan. Masakan dinilai berdasarkan kreativiti, kerjasama berpasukan dan paling penting mengikut t sukatan pinggan Dumex Komplete Nutri, yang merupakan pinggan sukatan berasaskan piramid makanan. |
Posted: 27 May 2012 10:25 PM PDT KULIT bayi yang halus sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi dan lembut kerana ia mudah mengalami keradangan berbanding kulit orang dewasa. Selain itu, kulit bayi juga sangat sensitif dengan keadaan persekitaran. Malah, kajian membuktikan bahawa kulit bayi adalah paling sensitif selain lebih nipis, kurang pigmentasi dan mempunyai kadar kelebatan kelenjar peluh yang tinggi. Tinjauan yang dilakukan melalui Huggies School of Skin Health 2012 jelas menunjukkan 100 peratus ibu-ibu di Malaysia percaya, kesihatan kulit bayi mereka adalah penting dan daripada jumlah tersebut 81 peratus ibu pula menamakannya sebagai perkara paling penting bagi mereka sebagai ibu. Tidak dinafikan, ramai ibu-ibu beranggapan ruam lampin terhasil akibat lampin pakai buang yang digunakan. Tetapi hakikatnya masalah tersebut boleh dielakkan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mengamalkan tabiat kebersihan yang baik untuk mengekalkan kulit bayi yang sentiasa bersih dan kering serta mengelakkan barangan yang boleh menambahkan lagi kegatalan kulit. Dalam pada itu, menurut Pakar Perunding Kanak-Kanak, Dr. Yong Junina Fadzil, masalah ruam lampin biasanya terjadi apabila jangkitan bakteria dan kulat ataupun disebabkan alahan kulit. Tambah beliau, walaupun ia bukanlah penyakit berbahaya, namun terdapat sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius. "Ruam lampin merupakan masalah kulit yang paling kerap dialami oleh kebanyakan anak kecil khususnya bayi. "Ia lazimnya berlaku di sekitar bahagian yang ditutupi seperti punggung, kelangkang, paha dan kemaluan. Ia amat menyakitkan. "Kulit di sekitar bahagian-bahagian tersebut akan berbintik-bintik kemerahan dan merengsakan bayi dan ruam lampin boleh sembuh dengan sendiri jika kita sebagai ibu mengamalkan penjagaan kulit bayi dengan betul," ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan produk terbaru Huggies, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Berbicara lanjut mengenai masalah tersebut, Dr. Yong memberitahu bahawa ruam lampin yang tidak serius akan beransur pulih dalam masa dua hari sahaja. Sekiranya ia mengambil masa dalam seminggu atau lebih untuk sembuh, ini bermakna ruam lampin yang dihadapi bayi tersebut boleh dikategorikan sebagai serius. Katanya lagi, terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku ruam lampin di kalangan bayi. Antaranya pemakaian lampin dalam tempoh yang terlalu lama dan dibiarkan bersama air kencing. Ammonia yang dihasilkan air kencing akan mengganggu lapisan perlindungan kulit bayi dan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan. Selain air kencing, najis bayi terutama yang cair juga penyebab terjadinya ruam lampin. Najis sebenarnya amat berbahaya kepada kulit bayi kerana ia terhasil daripada makanan bayi dan juga ubat-ubat tertentu yang diberikan kepada mereka. Punca lain ialah bahan kimia yang terdapat dalam sabun mandian bayi. Ketika ditanya peratusan jantina bayi yang lebih kerap terkena ruam lampin, jelas Dr. Yong, tiada mana-mana kajian menunjukkan bayi lelaki atau perempuan yang lebih kerap mengalami ruam lampin. Tetapi pada pendapatnya, jika dilihat daripada sistem anatomi badan, bayi perempuan yang akan lebih kerap mengalami masalah ini. Berbalik kepada tinjauan 'Huggies School of Skin Health 2012, hasilnya turut mendapati 70 peratus ibu melaporkan bayi mereka pernah mengalami masalah kulit termasuk ruam lampin. Dalam masa yang sama disebabkan masalah tersebut, sebanyak 80 peratus ibu-ibu tidak lelap tidur sementara 60 peratus lagi tidak dapat menumpukan kepada pekerjaan atau tugas harian. Tinjauan tersebut turut mendapati 86 peratus ibu bimbang masalah kesihatan kulit bayi mereka akan terjejas dalam jangka masa panjang. Manakala 84 peratus pula berkata mereka terasa ingin menangis apabila bayi menangis kesakitan. Bagi mengatasi masalah tersebut, Huggies menghasilkan rangkaian baru lampin yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin. Ibu-ibu diharapkan agar tidak membiarkan lampin bayi dalam keadaan basah dan rajinlah untuk menukarnya. |
Jangan dedahkan anak pada bahaya Posted: 27 May 2012 10:23 PM PDT Seorang anak kecil berjalan pantas sambil menjinjing beberapa beg plastik berisi barangan yang baru dibelinya. Sesekali dia berhenti memperkemaskan jinjingannya itu. Matanya mengerling ke kiri dan kanan. Ada kala langkahnya pantas. Ada kala seakan lemah. Derap-derup bunyi sepatunya melanggar batu kerikil dan sekonyong itu dirinya hilang di satu selekoh yang dipenuhi deretan kereta. Siapakah anak itu? Mengapa anak kecil itu yang disuruh ke kedai? Siapa ibu bapanya? Di mana rumahnya? Selamatkah dia balik ke rumah? Senario yang di atas adalah lumrah kehidupan kanak-kanak pada masa ini. Kita juga mungkin pernah melihat kanak-kanak itu. Tetapi berapa ramai antara kita yang ambil peduli? Tidak ramai. Ini adalah rumusan spontan dijawab dua wakil Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini. Mereka itu ialah Pengurus Korporat/Pentadbir yayasan, Raflly Nann dan Setiausaha Eksekutif, Chan Kuang Yu. Chan adalah pegawai polis sepenuh masa berpangkat Deputi Supritendan yang ditempatkan secara lantikan oleh Ketua Polis Negara selaku Timbalan Pengerusi MCPF. MCPF adalah badan bukan kerajaan(NGO)yang berlandaskan pencegahan jenayah yang pertama ditubuhkan di luar Jepun, di bawah naungan Asia Crime Prevention Foundation (ACPF) yang berpusat di Tokyo. Setiap dua tahun sekali, semua NGO pencegahan jenayah Asia akan bersidang untuk membentangkan laporan masing-masing untuk berkongsi usaha pencegahan jenayah yang digunapakai. Menurut Raflly, MCPF diiktiraf kerajaan sebagai peneraju NGO pencegahan jenayah di negara ini.
Beri ruang Raflly dan Chan senada dalam memberitahu bahawa kanak-kanak pada hari ini mudah terdedah kepada jenayah. Mereka berkata demikian bersandarkan kepada beberapa kes jenayah, yang melibatkan kanak-kanak dan yang berakhir dengan penculikan dan pembunuhan kejam. "Kalau kita jejak balik kes seseorang anak yang diculik, kita boleh dapati ada ruang yang membolehkan anak itu diculik, dilarikan atau apa sahaja boleh berlaku kepada budak itu. "Siapa yang memberikan ruang itu? penjaganya? keluarganya? emak ayahnya? masyarakat? budaya atau persekitarannya," tanya Raflly. Beliau memberi contoh kebiasaan ibu bapa atau penjaga yang menyuruh anaknya ke kedai setakat untuk membeli sebungkus garam atau gula. Si ibu mungkin sibuk di dapur memasak atau sedang menonton televisyen atau si ayah sibuk membaca surat khabar atau melayari internet. "Antara kedai dan rumah, siapa yang memerhatikan budak itu? Tak ada? Kalau berlaku sesuatu, tidak ada yang nampak. "Masyarakat hanya lebih nampak kepada senario pemangsa? Siapa orang yang jahat sangat itu? Tangkap sahaja dia, penjarakan dia? "Tapi kita tidak tengok senario mangsa? Budak ini mati atau hilang sebab apa? Sebab kelalaian, kecuaian? Kecuaian siapa? Emak, ayah atau penjaga dia," tambahnya. Raflly turut memberi contoh pengalamannya memberi ceramah di sebuah sekolah rendah. "Soalan pertama yang saya ajukan ialah siapa ada membawa kunci rumah. Ini budak-budak darjah satu hingga darjah lima. Ramai yang angkat tangan. "Persepsi saya ialah keselamatan budak itu. Bayangkan dia balik ke rumah dan ada orang yang nampak dia sendirian memegang kunci rumah. "Bayangkan jika dia menangkap budak ini, kemudian masuk ke dalam rumah. Ini membuka pelbagai peluang seperti rompak dan samun. Penjenayah hanya perlu menunggu emak, ayah atau penjaga itu balik," katanya. Tanggungjawab terhadap anak bukan sekadar bagi makan, sekolah dan duit. Ada sesetengah ibu bapa yang berkata mereka telah cukup menjaga anak mereka dengan melakukan ketiga-tiga perkara tersebut. Ada juga ibu bapa memberi alasan bahawa mereka terpaksa keluar bekerja dan tidak mampu mengambil orang gaji untuk menjaga anak, justeru anak di didik atas nama berdikari dan perlu menjaga diri sendiri. Menurut Raflly, sikap sedemikian sebaliknya boleh mengundang musibah ke atas kanak-kanak. Beliau turut menegur sikap sesetengah ibu bapa atau penjaga yang menjaga anak mengikut kesenangan mereka sedangkan keutamaan perlu diberikan kepada keselamatan anak-anak. Ibu bapa, katanya, perlu jelas dengan tanggungjawab mereka dan mesti faham mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang jika melakukan kesalahan itu. Raflly berkata sesetengah ibu bapa atau penjaga mungkin terbawa-bawa dengan cara mereka dibesarkan dahulu, bebas berjalan sendirian dan bermain di keliling kampung atau taman perumahan tanpa perlu risau kemungkinan diculik atau dicederakan. "Dulu kita tidak pernah mendengar anak-anak diculik melainkan jika kita anak orang berada. "Keadaan dulu dan sekarang juga sudah berbeza. Dulu kalau kita jalan seorang, ada yang akan menegur kita. Dia tahu siapa kita dan akan menyuruh kita balik. Jiran tetangga saling kenal mengenali sehingga ada juga yang memantau pergerakan anak-anak jiran serta menegur. "Lagi pun semangat kejiranan masa itu kuat. Sekarang kita tak tahu siapa jiran kita, anak siapa? Macam mana nak tegur," tambahnya. |
Zikir landasan mohon pertolongan sebenar Posted: 27 May 2012 10:22 PM PDT TERASA bagaikan berada di dataran Masjidil Haram, Mekah, perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi lokasi majlis Istighasah al-Kubra dibanjiri oleh umat Islam dengan berpakaian serba putih. Masing-masing hadir membawa semangat dan niat yang ikhlas semata-mata untuk mengabdikan diri dan bermunajat kepada Allah SWT. Meremang bulu roma mendengar kehebatan gema takbir, tahmid, tahlil dan bacaan ayat suci al-Quran yang dialunkan oleh lebih 5,000 umat Islam memuji kebesaran tuhan yang maha esa dan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Perhimpunan zikir besar-besaran yang julung kalinya diadakan di negara ini itu berjaya menghimpunkan umat Islam tidak kira keturunan, ideologi politik, warna kulit dan peringkat umur. Peserta sanggup melawan nafsu dengan mengorbankan masa rehat, tenaga dan wang ringgit demi menghadiri majlis tersebut yang bermula seawal pukul 4 pagi - waktu ketika orang lain sedang enak dibuai mimpi. Kelihatan peserta yang hadir bukan sahaja daripada sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, malah daripada seluruh pelosok tanah air untuk menyertai majlis yang penuh keberkatan itu. Warga emas, kanak-kanak dan golongan kurang upaya turut bersemangat meraikan majlis dan sama-sama memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah. Penganjuran Istighasah al-Kubra yang dipenuhi dengan pengisian kerohanian termasuk qiamullail, zikir munajat, ceramah dan tazkirah itu memberi peluang kepada orang ramai bermuhasabah diri, menyucikan hati dan memanjatkan hajat kepada Allah. Di samping itu, ia turut membuktikan amalan Islam merupakan landasan terbaik bagi umat untuk memohon keamanan dan kesejahteraan negara serta menyatupadukan ummah. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika ditemui berkata, zikir yang diucapkan dengan hati yang ikhlas untuk mengagungkan Allah dapat menyucikan hati dan boleh mendatangkan banyak kelebihan. Ini sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram. (Ar-Ra'd : 28) Menyucikan hati "Kita digalakkan untuk berzikir mengingati Allah pada setiap masa, bukan sahaja ketika mengikuti program-program yang dianjurkan, tetapi di mana sahaja dalam apa jua keadaan. "Sebagai contoh, dalam kehidupan seharian, kita banyak melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Allah. Maka ucaplah subhanallah, setiap detik kita menghirup udara segar dan mengurniakan kesihatan, ucaplah kalimah syukur, alhamdulillah. "Zikir yang diucap dengan perasaan yang ikhlas mampu menyucikan hati seseorang daripada sifat yang negatif serta menghapuskan dosa-dosa kecil," katanya ketika ditemui Mega pada majlis itu. Majlis itu anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut hadir Yang Di-Pertua Yadim, Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd. Tahir; Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Menteri Agama Republik Indonesia, Profesor Dr. Said Agil Husin Al Munawir. Tambah Harussani, majlis perhimpunan zikir seperti itu juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi semangat ukhuwah silaturahim sesama umat Islam di negara ini yang dilihat semakin luntur. "Jika kita lihat apa yang terjadi pada masa ini, ramai di kalangan umat Islam berpecah belah dan berlaku perbalahan di sana sini. Ini hanya akan merosakkan kekuatan institusi agama Islam itu sendiri. "Maka dengan adanya majlis ini secara tidak langsung dapat mengumpulkan seluruh umat Islam tidak kira apa jua fahaman untuk sama-sama bermunajat dan memohon pertolongan daripada Allah SWT supaya dikurniakan keamanan serta kesejahteraan kepada negara dan rakyat," jelasnya. Setiap usaha yang dilakukan tidak mungkin akan tercapai jika tidak mendapat keizinan daripada Allah. Dalam ribuan jemaah yang hadir, pasti ada terselit seorang yang doanya diterima oleh Allah. Menerusi penganjuran program itu diharap mampu mengekalkan keamanan negara dan menambah baik keharmonian rakyat serta negara dalam setiap aspek. Beliau turut menasihatkan rakyat negara ini terutama umat Islam supaya mengelakkan diri daripada mengikuti atau menganjurkan perhimpunan yang tidak berfaedah dan boleh membawa kebinasaan kepada Malaysia. "Sebagai umat Islam, kita perlu mengelakkan diri daripada mengikuti perhimpunan yang tidak berfaedah kerana ia hanya perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan kemudaratan kepada negara serta orang ramai. "Sebaliknya kita harus menganjur dan mengikuti perhimpunan yang memberikan kebaikan kepada negara dengan sama-sama memohon pertolongan dan keampunan daripada Allah SWT. Ini penting bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara daripada sebarang bencana dan huru-hara," katanya. |
Semak arah kiblat petang Ahad ini Posted: 27 May 2012 10:20 PM PDT KUCHING 25 Mei - Umat Islam di seluruh negara berpeluang menyemak arah kiblat menggunakan teknik bayang matahari pada pukul 5.18 petang, Ahad ini. Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sarawak berkata, peluang keemasan itu tidak wajar dilepaskan kerana fenomena istiwa' matahari yang menyebabkan bayang semua objek menjadi tegak 90 darjah di seluruh dunia hanya berlaku dua kali setahun iaitu pada Ahad ini dan 15 Julai depan. Tambahan pula, katanya, penggunaan teknik bayang matahari adalah mudah dan paling tepat untuk menentukan arah kiblat kerana pada masa itu matahari berada tepat di langit bersamaan dengan latitud Kaabah. "Fenomena istiwa' matahari berlaku dua kali dalam setahun iaitu ketika matahari bergerak menuju ke arah utara dalam bulan Mei dan ketika matahari kembali ke ekuinoks dalam bulan Julai. "Fenomena itu berlaku pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun kecuali pada tahun lompat. Memandangkan 2012 merupakan tahun lompat, maka tarikh akan berganjak lebih awal iaitu pada 27 Mei dan 15 Julai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mengulas lanjut, bahagian berkenaan berkata, jika berpeluang berada di Masjidil Haram ketika itu, seseorang berpeluang melihat Kaabah serta apa yang berdiri tegak di persekitarannya seolah-olah tidak ada bayang-bayang. Katanya, pada saat itu, waktu di Mekah adalah 12.18 tengah hari dan di Malaysia ialah 5.18 petang. "Jika memandang ke arah matahari (pada waktu itu), bermakna kita sedang menghadap tepat ke arah kiblat. "Istiwa' matahari di atas Kaabah akan menyebabkan bayang semua objek tegak 90 darjah di seluruh dunia bersamaan dengan arah kiblat dan ini boleh dilihat pada 27 Mei dan 15 Julai ini ketika menghampiri waktu zuhur di Mekah. "Mengikut pengiraan pada 15 Julai ini pula, istiwa' matahari di atas Kaabah tepat pukul 12.27 tengah hari waktu Mekah yang bersamaan pukul 5.27 petang waktu Malaysia," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, bahagian berkenaan turut membandingkan ketepatan teknik bayang matahari untuk menentukan arah kiblat berbanding penggunaan teknik lain seperti kompas. Katanya, kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi dan jika ada sumber medan magnet yang berdekatan seperti besi, aliran elektrik dan lain-lain, penunjuknya akan terpesong. "Jika kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan kepada arah yang hendak dicari. "Objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun," katanya. |
Posted: 27 May 2012 10:19 PM PDT PULUT kuning biasanya dihidangkan untuk menjadi santapan pada majlis berbentuk doa selamat, kesyukuran, majlis berendoi, majlis pernikahan, majlis akikah, marhaban dan sebagainya. Justeru sudah berabad lamanya hidangan pulut kuning dijadikan sebagai santapan rasmi bukan sahaja untuk meraikan tetamu dalam upacara keagamaan malah pada majlis pernikahan juga pada majlis persandingan sebagai salah satu kemestian hidangan majlis yang perlu ada dalam adat istiadat Melayu. Menurut pengusaha pulut kuning untuk majlis, Khalid Talib, 42, pulut kuning bukan sekadar sebagai penyeri majlis, malah ia berfungsi lebih daripada itu. Ia juga dijadikan barang 'tukaran' kepada jiran tetangga yang menghadiri jamuan majlis perkahwinan di rumah jemputan apabila mereka membawa bersama 'hadiah' berbentuk makanan. Kata Khalid, dahulu pulut kuning dijadikan hidangan suapan mesra kepada pasangan pengantin ketika makan beradap mahupun ketika berada di pelamin sebelum digantikan dengan kek. Jelasnya, kedatangan kek seperti kek fondant menggantikan fungsi pulut kuning. malah, pada masa majlis perkahwinan atau ulang tahun, kek bertingkat kini menjadi sebagai status lambang meriahnya sesuatu majlis itu pada acara memotong kek. ''Justeru bertitik-tolak dari situ, saya merasakan apa salahnya kita mengembalikan semula kegemilangan pulut kuning sebagai penghulu kepada santapan di mana-mana sahaja majlis yang diadakan. ''Pulut kuning kini mengalami zaman perubahan bersesuaian dengan keadaan majlis yang diadakan. Pulut kuning boleh dipelbagaikan fungsinya bukan sahaja diperlukan ketika acara 'memotong kek' pada majlis persandingan malah ia boleh dijadikan sebagai 'kek' pada majlis hari jadi dan sebagainya," katanya yang berpengalaman empat tahun dalam pembuatan pulut kuning untuk majlis-majlis. Khalid menjelaskan, selain menerima tempahan pulut kuning sebagai hidangan rasmi dan istimewa di majlis-majlis kesyukuran, dia turut mempelbagaikan pulut kuning untuk dijadikan sebagai cenderahati. ''Kita sekarang sibuk dengan kek cawan. apa kata kita mengambil fungsi kek cawan itu dan menjadikannya sebagai cawan pulut kuning, lengkap dengan hiasan dan ayam atau daging sebagai lauknya. ''Saya turut menerima tempahan cawan pulut kuning sebagai pemberian cenderahati kepada tetamu selain hidangan pulut kuning berbentuk hiasan yang besar sebagai kepala hidangan rasmi di majlis-majlis," katanya ketika di temui di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. Setakat ini Khalid yang hanya beroperasi dari rumahnya menerima dua tempahan seminggu untuk majlis yang memerlukan pulut kuning dan menghantarnya ke lokasi tempahan. Sentuhan Khalid dalam memberikan daya kreativiti tersendiri terhadap pulut kuning memberikan impak yang menarik. Malahan menerusi kreativitinya menghias pulut kuning menjadikan pulut kelihatan lebih menarik, segar dan menyerlah. Katanya, pulut kuning sebenarnya lebih menyerlah warnanya ketika di dalam jamuan kerana warnanya yang kuning berhias ayam atau daging dan lada merah menyebabkan ia seperti satu acuan seni yang indah. Khalid berkata, setakat ini dia menerima tempahan pulut kuning untuk 60 tetamu menggunakan empat ke enam kilogram pulut dan dua ekor ayam untuk dibuat rendang. Mereka yang menempah juga boleh memilih rendang daging, puyuh, daging ayam, telur, kari ayam, kari daging dan lain-lain sebagai pilihan lauk. ''Membuat pulut kuning ini agak remeh. Pulut akan direndam semalaman sebelum ditanak beberapa jam untuk memastikan ia tidak mentah dan lembut. ''Pulut kuning juga boleh disimpan agak lama dengan menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum mengeluarkannya semula dan kemudian dikukus untuk melembutkan pulutnya kembali," katanya. Katanya, hidangan pulut kuning sebenarnya boleh dilakukan di mana-mana majlis persandingan termasuk sesuai di dalam dewan biarpun mengikut majlis yang bertema. Beliau memberitahu, pulut kuning bertingkat berharga dari RM150 ke RM400 mengikut saiz tingkat dan sebesar hidangan untuk berapa orang. Bagi cawan pulut kuning untuk cenderahati dia menawarkan harga serendah dari RM3 sahaja. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan hasil kreativiti pulut kuning Khalid boleh menghubunginya di talian 012-6204958 atau facebook Ilham Alid Flower Touch. |
Posted: 27 May 2012 10:18 PM PDT SAYA keliru apabila ada orang yang menyatakan zakat itu adalah sejenis cukai di dalam Islam. Benarkah pernyataan ini dan harap pihak ustaz dapat jelaskan? Jawapan Terima kasih kerana mahu mengajukan persoalan. Sebenarnya, pendapat yang menyatakan zakat itu adalah cukai dilontarkan oleh mereka yang tidak memahami kefarduan zakat dalam Islam. Bahkan, tidak keterlaluan dikatakan pandangan ini dikeluarkan oleh golongan orientalis yang sentiasa berusaha melemahkan Islam. Mereka mempelajari Islam bukan untuk mencari hidayah, tetapi berusaha mencari titik-titik kesamaran yang diharap menjadi pintu demi menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang sempurna. Sudah menjadi lumrah cukai sering dianggap menekan. Andai kita mengiyakan pandangan bahawa zakat adalah cukai, dibimbangi maka kita akan cenderung menyatakan zakat juga menekan kehidupan. Hakikatnya, jika kita mengkaji lebih dalam, amalan zakat dan cukai walaupun mempunyai persamaan namun kedua-duanya amat berbeza. Zakat adalah syariat yang qatie (putus) sedangkan cukai adalah perkara ijtihad semata-mata. Zakat dalam Islam bukanlah perkara baharu. Jika kita merujuk kepada al-Quran, yakni pada surah al-Qasas (ayat 76-78) dan Maryam (ayat 31), maka kita akan dapati bahawa zakat sudah pun disyariatkan oleh Allah SWT kepada kalangan umat yang terdahulu. Maknanya, ibadah zakat bukanlah rekaan Nabi Muhammad SAW yang bertujuan semata-mata mahu mengambil harta kekayaan manusia. Sebaliknya ia adalah ibadah yang maksud asasinya adalah untuk melestarikan perkongsian harta sesama manusia di samping menundukkan ketamakan dan keangkuhan manusia dalam berharta. Hal ini adalah selari dengan fitrah manusia. Setiap orang benci kepada sifat bakhil dan tamak. Maka inilah yang digagaskan di sebalik amalan zakat. Fitrah juga mengajak kepada membantu sesama manusia. Hal ini jugalah yang terkandung di sebalik amalan zakat. Bahkan fitrah manusia juga apabila menerima kebaikan maka dibalas dengan mengucapkan syukur dan menghargai perbuatan baik orang lain. Inilah yang disajikan di sebalik ibadah zakat. Dalam pada itu, jika kita merujuk di dalam surah at-Taubah (ayat 75-79), maka kita akan bertemu dengan kisah yang berlaku pada zaman Nabi SAW, yang mana pada masa itu ada umat Islam yang menyamakan zakat dengan cukai. Sebahagian mufassirin menyatakan, orang yang dimaksudkan sebagai Tsa'labah bin al-Hatib. Tetapi pendapat itu dibantah oleh sebahagian fuqaha yang lain dengan pelbagai hujah. Antaranya Tsa'labah adalah antara sahabat terawal memeluk Islam dan turut sama berperang dalam Perang Badar. Mereka yang turut berperang dalam Badar al-Kubra telah mendapat jaminan syurga daripada Rasulullah SAW dan mustahillah seorang yang dijamin syurga akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat. Maka, sebahagian ulama hanya menyatakan 'ada seorang lelaki' demi mengelakkan fitnah ke atas sahabat dalam keadaan kita sendiri kurang mengetahui (rujuk Eksklusif Zakat, hal. 139). Walau bagaimanapun, apa yang jelas tindakan 'lelaki berkenaan' telah menimbulkan kemarahan kepada Nabi. Bahkan orang yang melakukan tindakan sedemikian dikhabarkan telah tidak diterima zakatnya hingga ke zaman Umar al-Khattab menjadi khalifah. Orang berkenaan dikatakan meninggal dunia penuh penyesalan dan menanggung perasaan berdosa yang tidak terkira (rujuk Fizilalil Quran, jilid 7). Mungkin ada pihak yang menyatakan bahawa Umar pada zamannya pernah mengutip cukai daripada rakyatnya. Benar! namun Umar sebenarnya lebih mengenakan cukai kepada kalangan orang-orang kafir (khususnya kafir zimmi) yang mendiami negara Islam. Harus diingat, zaman Umar adalah zaman pembukaan wilayah baharu yang sudah pastinya menuntut beliau melakukan pelbagai pembaharuan dalam dasar kewangan negara demi meraikan keperluan semasa, termasuklah dalam isu cukai. |
Posted: 27 May 2012 10:16 PM PDT Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul Hubungan surah ini dengan surah yang sebelumnya, bahawa di dalam surah sebelumnya ada menyebutkan tentang firman Allah SWT yang bermaksud: Sebenarnya (bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil) bahkan mereka (tidak percaya) dan tidak takut akan hari akhirat. (al-Mudassir: 53) Mereka tidak berasa takut dengan kedatangan hari akhirat itu disebabkan keingkaran tentang kebangkitan semula. Manakala dalam surah ini pula terdapat dalil tentang hari kebangkitan yang disebutkan dengan cara yang sempurna sehingga digambarkan hari Kiamat itu dengan segala kengeriannya. Kemudian digambarkan pula apa yang berlaku sebelum terjadinya hari Kiamat, iaitu keluarnya roh dari badan. Dan disebutkan juga apa yang berlaku sebelum itu iaitu penciptaan yang pertama. Firman Allah SWT: Aku bersumpah demi hari Kiamat. Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). (al-Qiyamah: 1-2) Al-Farra' berkata: "Tidak ada nafsu yang baik dan buruk kecuali ia mencela dirinya. Jika ia mengerjakan kebaikan, ia mengatakan 'mengapa aku tidak memperbanyakannya'. Sebaliknya jika ia mengerjakan keburukan, ia mengatakan 'seandainya aku tidak melakukannya'. Gambaran ini menunjukkan pujian terhadap jiwa dan boleh bersumpah dengan jiwa." Sumpah Allah SWT dengan hari Kiamat itu untuk membesarkan dan menghormati keadaannya. Allah SWT sahaja boleh bersumpah dengan apa yang dikehendaki-Nya daripada makhluk-Nya. Said Ibnu Jubair berkata: "Aku bertanya kepada Ibnu Abbas tentang firman Allah SWT: Aku bersumpah dengan hari Kiamat. Dia menjawab: Tuhanmu bersumpah dengan apa yang dikehendaki-Nya daripada makhluk-Nya." Qatadah berkata: " Aku bersumpah dengan keduanya secara keseluruhan." Ibnu Jarir berkata: "Yang lebih dekat dengan lahiriah ayat bahawa jiwa mencela pemiliknya atas kebaikan dan keburukan serta menyesali segala perkara yang telah berlalu." Firman Allah SWT: Apakah manusia mengira, bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. (al-Qiyamah: 3-4) Al-Maraghi berkata: "Allah SWT dapat mengumpulkan semua tulang-temulang, menyusun dengan sempurna dan mengembalikan seperti dalam keadaan asal selepas tulang-temulang itu bercerai-berai dan bertebaran di dasar lautan atau di padang pasir yang luas, mahupun di mana-mana tempat. Allah SWT juga dapat meratakan hujung kedua-dua tangan dan kakinya. Allah SWT jadikan kedua-duanya itu menjadi satu, seperti kuku unta, keldai dan sebagainya." Ibnu Kathir berkata: "Apakah pada hari Kiamat kelak manusia akan mengira bahawa Kami (Allah) tidak akan mampu mengembalikan sekali gus dan mengumpulkan tulang-belulangnya dari tempat yang terpisah-pisah?" Said bin Jubair dan al-'Aufi berkata daripada Ibnu Abbas: "Kami (Allah) mampu membuatnya beralas kaki ataupun tidak beralas kaki." Sayid Qutub berkata: "Yang menjadi masalah kesedaran kaum musyrikin ialah kesulitan mereka untuk memikirkan kemungkinan tulang-tulang yang telah hancur reput di dalam tanah itu dapat dikumpulkan kembali untuk menghidupkan semula manusia yang telah mati. Mungkin masalah ini masih menjadi masalah kepada setengah-setengah manusia sehingga hari ini." Ayat ini juga menerangkan tentang proses penyusunan semula jari-jari yang merupakan proses pembentukkan semula seseorang manusia dengan sehalus-halus dan serapi-rapinya. Dan penyusunan semula itu dilakukan dengan sempurna. Firman Allah SWT: Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus. (al-Qiyamah: 5) Al-Maraghi berkata: "Allah SWT beralih daripada perbincangan tentang orang yang berprasangka itu, kepada pemberitahuan tentang keadaan orang yang berprasangka tadi, seolah-olah dikatakan: "Tinggalkan mencacinya kerana dia telah sampai kepada tahap, dia ingin meneruskan kemaksiatannya pada masa akan datang dan tidak ingin meninggalkannya." Said mengatakan daripada Ibnu Abbas: Iaitu berjalan terus. Al-Aufi mengatakan daripada Ibnu Abbas juga iaitu angan-angan. Manusia berkata: "Aku akan melakukan ini dan kemudian akan bertaubat sebelum hari kiamat." Ali bin Abi Talhah menceritakan daripada Ibnu Abbas iaitu orang kafir yang mendustakan hari perhitungan. Firman Allah SWT: Ia berkata: Bilakah hari kiamat itu? (al-Qiyamah: 6) Menurut Al-Maraghi, mereka mengingkari hari kebangkitan lantaran dua perkara berikut: 1. Kekaburan yang wujud dalam pemikiran, seperti ucapan mereka yang mengatakan bahawa anggota tubuh ini, apabila telah bercerai-berai dan bercampur-aduk dengan tanah serta berserakan di bahagian timur dan barat bumi, maka bagaimana mungkin untuk dibeza-bezakan dan dikembalikan semula keadaannya yang asal itu. 2. Sentiasa ingin berada dalam kenikmatan dan suka menurut nafsu syahwat sehingga orang tidak mahu mengakui kedatangan hari perhimpunan dan kebangkitan, supaya kenikmatannya itu tidak terganggu. Ibnu Kathir berkata: " Dia bertanya, bilakah hari Kiamat itu tiba? Pertanyaan ini menuju ke arah menganggap mustahil berlaku kejadian hari Kiamat dan mendustakan keberadaannya." Sayid Qutub berkata: "Pertanyaan dengan menggunakan kata-kata ayyana (bilakah) yang bernada panjang itu menyarankan betapa jauhnya bagi mereka kemungkinan berlakunya hari Kiamat itu. Ini sesuai dengan keinginan mereka untuk terus melakukan kejahatan dan maksiat tanpa diganggu dan dihalang oleh bayang-bayang kebangkitan semula atau bayang-bayang akhirat. Sebenarnya akhirat itu merupakan pengawal nafsu kejahatan dan penghalang hati yang ingin melakukan maksiat, sedangkan manusia mahu menghapuskan pengawal dan penghalang ini supaya mereka bebas melakukan kejahatan dan maksiat tanpa memperhitungkan hari hisab." Dalam surah yang kita bincangkan di atas jelas menunjukkan betapa berkuasanya Tuhan di dalam mengatur kejadian dan ciptaan-Nya yang Maha Agung. Allah SWT boleh melakukan apa sahaja, sedangkan manusia dengan sifatnya yang lemah kadang-kadang terbabas dalam melayari bahtera kehidupan sehingga melanggar perintah dan arahan Allah. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa taat dan patuh terhadap perintah-Nya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan