ads

Rabu, 23 Mei 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Berlakon sampai tua

Posted: 23 May 2012 11:22 PM PDT

  • Foto

  • Foto

    ROZITA (tengah) bersama Meer Sadik dan Zarida merasmikan cawangan Habib Jewels di Kelana Jaya.

Rozita Che Wan tidak bersara daripada lakonan

PELAKON drama sensasi, Rozita Che Wan menegaskan dia akan berlakon tanpa had umur sekaligus menjelaskan tidak ada istilah bersara daripada bidang seni yang diceburinya.
Tidak pernah terfikir kehadirannya tergugat, dia tetap terus berdiri di landasan bakatnya yang tersendiri. Selagi ada tawaran, selagi itulah wajahnya akan dilihat menghiasi layar skrin.
Kalau ada rezeki dan ditawarkan sehingga saya tua, saya akan terus berlakon dan begitulah sebaliknya. - Rozita Che Wan, Pelakon
"Saya meletakkan semua itu kepada rezeki. Kalau ada rezeki dan ditawarkan sehingga saya tua, saya akan terus berlakon dan begitulah sebaliknya. Seperti lumrah, apabila saya sudah berusia nanti, tawaran pun berkurangan, permintaan sedikit serta bayaran pun tidak tinggi.

"Kita lihat saja sampai mana rezeki saya. Lagi pun, saya tidak merancang, biarlah semuanya berjalan seperti biasa tanpa perlu dirancang.

"Kalau ada anak raja mahu meminang saya, mungkin pasti saya akan berhenti berlakon dan itu semua bergantung pada keadaan," katanya dengan nada cukup ceria.

Di sebalik itu, biar pun dirinya dilihat tidak merangkul mana-mana anugerah atau pengiktirafan, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta tidak kecewa kerana dia masih berada dalam kalangan pelakon yang dikenali ramai.
"Lihat saja di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini. Saya masih disenaraikan di kalangan Top 5, manakala di Anugerah Skrin juga saya disenaraikan di kalangan lima terbaik.

"Daripada situ, saya sudah berada di kalangan popular dan terbaik secara tidak langsung. Biar pun tidak menang, tapi saya tetap diiktiraf di dalam golongan terbaik dan popular. Cuma belum sampai rezeki saya lagi untuk dinobatkan sebagai pemenang," tambahnya lagi.

Rozita ditemubual selepas dijemput merasmikan cawangan baru kedai emas Habib Jewels dan Pandora di Paradigm Mall, Kelana Jaya, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd, Datuk Meer Sadik Habib dan isterinya Datin Zarida Noordin.

Penampilan dirinya sentiasa dijaga meskipun hampir memasuki era 40-an. Ibu tunggal kepada dua anak, Rozita sentiasa tampil dengan bergaya walau ke majlis mana pun yang dihadirinya.

Mana tidaknya, bagai tidak menang tangan mengendalikan aktiviti seninya, daripada bidang lakonan sehinggalah menjadi duta serta penampilan untuk pelbagai barangan kecantikan dan perhiasan wanita.

Dipilih kerana dirinya sendiri yang menggemarkan barang kemas, Rozita terharu dan gembira kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan jenama tersebut.

Menyentuh mengenai kerjaya seni pelakon berasal dari Sungai Petani, Kedah ini, dia agak sibuk dengan aktiviti penggambaran drama dan telefilem sehingga November ini.

Jadual seninya penuh dengan tanggungjawab sebagai pelakon dan duta kepada produk kecantikan wanita. Baru saja selesai dengan penggambaran telefilem Kasihnya Qasih, beberapa hari lalu, kini pelakon itu akan kembali ke lokasi menjayakan wataknya sebagai pelakon utama di samping Fahrin Ahmad dan Nabil Raja Lawak, dalam drama bersiri 13 episod iaitu Cinta Octopus.

Selepas itu dia terbabit dengan menjayakan penggambaran drama bersiri 52 episod terbitan RTM.

Setakat ini belum ada lagi tawaran filem yang perlu dijayakan, hanya barisan drama dan telefilem. Turut muncul menghiasi rancangan seperti Oh My English dan bual bicara Semanis Kurma.

Walaupun tiada rehat, Rozita akui sudah biasa dengan kehidupannya yang padat dengan kerja, kerana bukannya baru di dalam industri seni tempatan, malah sudah lali dengan asam garam kehidupan sebagai selebriti.

Tiada beza dengan tahun sebelumnya, dia juga menyatakan rezekinya dalam bidang lakonan tidak pernah putus walaupun semakin ditelan usia. Tidak merasakan pelakon muda seperti Nora Danish, Fasha Sandha, Nur Fathia dan banyak lagi sebagai pesaing mahupun pencabar, kerana masih mendapat tempat di dalam dunia lakonan dengan watak lebih pelbagai dan semakin berkembang dari semasa ke semasa.

"Tidak menjadi satu masalah untuk menghayati watak walaupun setiap karakter yang diberikan.

"Saya tetap akan memberi tumpuan sebaik-baiknya apabila menerima skrip. Bagi mengelakkan daripada lupa skrip, saya elakkan daripada menerima tawaran berlakon dengan rapat. Lagipun, saya juga nak pastikan karektor yang diberikan tidak bertindih dengan lakonan yang terdahulu," katanya.

Marsha Tidak Kisah Dituduh 'Gedik'

Posted: 23 May 2012 11:21 PM PDT

Marsha

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara Marsha Milan Londoh tidak berkecil hati terhadap segelintir pihak yang menuduh dirinya "gedik".

Menurut wanita berusia 27 tahun ini, dia tidak mahu memikirkan hal itu sebaliknya lebih selesa memberi tumpuan kepada dunia seni yang diceburi sejak tujuh tahun lalu itu.

"Kalau hendak diambil kira setiap apa yang orang katakan pada kita, memang pening jadinya. Saya sedar ramai orang yang memandang remeh akan kewujudan saya dalam industri.

"Mereka anggap saya hanya tahu buat gedik selain kewujudan saya dilihat seperti tidak memberikan sumbangan tetapi saya tidak berkecil hati dan enggan memikirkan perkara itu," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Pengacara program Propaganza di Astro Ria itu berkata, atas kesedaran tersebut dia sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kerjanya agar dapat meyakinkan khalayak terhadap kebolehannya dalam bidang seni.

"Saya tahu bukan mudah untuk mengikis persepsi orang jika kita sudah diberikan sesuatu jolokan. Sama juga kesnya dengan saya di mana orang akan tetap labelkan saya seorang yang gedik walau apa pun saya lakukan.

"Namun, saya berusaha untuk meningkatkan kualiti dalam apa juga kerja yang diceburi. Saya tidak pernah berputus asa untuk meyakinkan masyarakat terhadap bakat yang dimiliki dan bukan sekadar berperangai gedik dan menggoda semata-mata," jelasnya.

Ditanya mengenai kehidupannya selepas kontroversi tuduhan dia menelan pil dipercayai bertujuan untuk membunuh diri sebelum ini, Marsha berkata dia mahu melupakan kisah hitam itu.

"Saya semakin bersemangat selepas lapan bulan kes itu berlalu. Saya akui kejadian itu benar-benar membuatkan saya tertekan dan trauma tetapi kini saya sudah stabil.

"Saya berharap agar 2012 akan menjadi tahun yang baik dalam kerjaya dan kehidupan peribadi. Lagipun, pada tahun ini saya mahu mengeluarkan beberapa buah lagu dan kerjaya lakonan juga kian berkembang," tuturnya mengakhiri perbualan.

Norman Hakim Anggap Normal Tak Popular Lepas Kahwin

Posted: 23 May 2012 11:18 PM PDT

Norman dan Memey bahagia dengan rumah tangga yang dibina.

PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim menganggap popularitinya yang semakin menurun selepas mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada 24 September tahun lalu adalah satu kitaran hidup normal bagi seseorang selebriti.

Norman berkata, hal tersebut juga pernah terjadi kepada perkahwinannya terdahulu dengan bekas isteri, Abby Abadi, dan ia bukanlah satu perkara yang pelik.

"Pada pendapat saya, meraih populariti adalah sebahagian daripada putaran kehidupan di mana seorang selebriti itu boleh berada di atas dan bawah pada bila-bila masa sahaja.

"Ia juga boleh dikira sebagai satu rutin dan perjalanan industri hiburan tempatan. Saya terima tentang hal itu.

"Biasalah, sebelum berkahwin, macam-macam spekulasi tentang hubungan saya dan Memey dan apabila sudah berkahwin, kiranya kontroversi dah selesai," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Norman, dia dan Memey kini lebih selesa menjalani kehidupan dengan menguruskan hal rumah tangga dan kesibukan kerjaya.

"Lagipun, kami tidak ada apa pun untuk diceritakan, melainkan menghadiri majlis-majlis yang dijemput.

"Bagaimanapun ia juga menunjukkan satu kematangan bagi kami sebagai selebriti. Yang penting kita ingat keluarga dan Tuhan, Insya-Allah, rezeki sentiasa ada.

"Dan Alhamdulillah tawaran kerja yang diterima masih lagi konsisten, tidak kurang ataupun lebih," ujarnya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Bahang Akhirat, arahan Rashid Sibir.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan Memey yang mungkin sudah berbadan dua, Norman berkata, mereka masih lagi belum mempunyai rezeki.

Dia dan Memey hanya berserah kepada Tuhan dan enggan merancang tentang kesesuaian masa bagi mendapatkan anak.

"Setakat ini kami belum ada rezeki lagi untuk memiliki anak. Sekiranya ada, sudah pasti saya akan berkongsi berita gembira ini kepada semua," katanya.

Sementara itu, Norman bakal muncul di slot Senda Pagi TV3, menerusi drama Esah Pajero yang akan disiarkan pada bulan hadapan.

Tuduhan Enggan Hadir Promosi Jatuhkan Zizan Razak

Posted: 23 May 2012 11:17 PM PDT

Zizan Razak

PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Zizan Razak (Raja Lawak) menyifatkan tuduhan dia sukar memberikan kerjasama bagi menjayakan promosi beberapa buah filem lakonannya adalah cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerjayanya.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 28, berkata dakwaan itu adalah tidak adil kerana dia dan pihak pengurusan tidak pernah melanggar sesuatu perjanjian dan komitmen jika ia sudah diatur dari awal.

"Tidak adil untuk menyalahkan saya semata-mata apabila saya gagal melibatkan diri dalam promosi sesebuah filem. Saya dan pengurusan tidak pernah melanggar perjanjian jika ia sudah dimaklumkan lebih awal.

"Masalahnya, ada syarikat produksi meminta komitmen saya pada saat-saat akhir sedangkan jadual saya bagi tarikh dan waktu tersebut sudah diisi dengan urusan lain. Apabila saya tidak dapat memenuhinya, timbul pula cerita saya sukar memberikan kerjasama," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Rabu.

Terbaru, Zizan sekali lagi didakwa enggan terbabit dalam rangka promosi filem Jalan Kembali... Bohsia 2 terbitan Skop Productions kerana sudah terikat dengan penggambaran filem lain.

Ditanya mengenai perkara itu, Zizan berkata dia tidak mendengar apa-apa berhubung dakwaan tersebut.

Namun, dia lebih menghargai jika ada pihak yang tidak berpuas hati agar menyatakan terus kepadanya daripada hanya tahu "cakap belakang".

"Saya belum mendengar mengenai perkara itu lagi. Setakat ini, saya dan pihak Skop tidak mempunyai sebarang masalah.

"Tidak adil untuk tuduh saya enggan beri kerjasama kerana pada malam tayangan perdana filem itu baru-baru ini, saya sempat singgah walaupun saya mempunyai kerja di luar Kuala Lumpur pada keesokan paginya," jelas Zizan.

Mengenai perasaannya berhubung isu tersebut, Zizan berkata dia berasa terkilan kerana dipersalahkan sewenang-wenangnya atas masalah yang turut disebabkan oleh pihak lain.

"Saya sudah penat mendengar tuduhan sebegini. Kalau diikutkan hati, memang saya sudah malas hendak. Saya sedar bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak tetapi seboleh mungkin saya akan berusaha untuk tidak membuat keputusan dan tindakan yang akan menyusahkan pihak lain," akuinya.

Bercakap mengenai tahap kesihatannya sejak kembali bekerja selepas dua minggu berehat akibat keradangan otot, Zizan berkata dia bersyukur kerana keadaannya bertambah baik.

"Alhamdulillah keadaan kesihatan saya bertambah baik untuk kembali bekerja seperti biasa. Sebelum ini, saya terlalu memaksa diri bekerja siang dan malam sehingga jatuh sakit.

"Kini, saya belajar untuk lebih menghargai kesihatan diri," katanya yang bakal memulakan penggambaran filem terbaru Bikers Kental terbitan Tayangan Unggul dalam masa terdekat.

Rafflesia Himpun Lebih 20 Artis Sambut Hari Ibu

Posted: 23 May 2012 11:16 PM PDT

Barisan artis yang hadir pada majlis Rafflesia Mother's Day Celebration.

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang telah pun disambut pada 13 Mei lalu, jenama barangan kemas Rafflesia telah menghimpunkan lebih daripada 20 selebriti pada majlis Rafflesia Mother's Day Celebration.

Majlis yang bertemakan warna ungu itu telah diadakan di Hotel Royal Kuala Lumpur, di sini, malam Rabu.

Jurucakap Rafflesia, Bill Bora selaku pengerusi majlis berkata, majlis Hari Ibu merupakan anjuran kedua Rafflesia dan akan menganjurkan majlis sambutan seperti ini di masa akan datang.

Tasha Shila dan ibunya.

"Selepas melihat kejayaan penganjuran majlis Hari Ibu yang diadakan pada tahun lalu, pihak kami merasakan majlis sebegini wajar diadakan sebagai acara tahunan.

"Saya percaya, pengumpulan para selebriti bersama ibu masing-masing satu acara yang dianggap unik dan jarang sekali diadakan," katanya.

Antara selebriti yang hadir ialah Fathia, Memey, Norman Hakim, Miera Liyana, Fizz Fairuz, Azie Yahya, Afiq Muiz, Vanida Imran, Rashidi Ishak, Zain Saidin, Dafi, Fizo dan Anzalna. Mereka hadir bersama ibu masing-masing.

Lufya menyanyikan lagi 'I Will Always Love You' kepada ibunya.

Sepanjang majlis makan malam tersebut, tetamu yang hadir dihiburkan persembahan nyanyian oleh penyanyi Lufya, dan tiga artis daripada negara Indonesia iaitu Audy, Abdul serta Naia.

Dalam pada itu, para selebriti turut diberi peluang untuk memberi ucapan khas kepada ibu mereka di atas pentas.

Selain menikmati juadah makanan, para selebriti dan ibu masing-masing menerima hadiah khas tajaan Rafflesia.

Phillip Phillips Juara American Idol 2012

Posted: 23 May 2012 11:15 PM PDT

Philip Phillips

LOS ANGELES: Philip Phillips berjaya merebut gelaran pemenang program nyanyian American Idol musim kesebelas (AI11) pada pentas akhir yang berlangsung di Nokia Theatre, di sini, Rabu.

Penyanyi kelahiran Georgia yang berusia 21 tahun itu membawakan muzik berkonsep 'indie' telah berjaya menarik perhatian pengundi sekaligus mengalahkan saingannya, Jessica Sanchez. 16, yang lebih kearah muzik balada.

Menurut hos program tersebut, Ryan Seacrest, AI11 telah berjaya memecahkan rekod pentas akhir musim terdahulu dengan meraih sebanyak 132 juta undian.

Phillip dilihat terkejut apabila kemenangannya diumumkan dan tidak dapat menghabiskan persembahannya ketika diminta menyanyikan semula ingle lagu terbaru, Home, pada akhir rancangan.

Jessica dan Phillip masing-masing memiliki keunikan suara tersendiri.

Sepanjang episod AI11 berlangsung, Philip tidak pernah mendapat rekod undiah tiga peserta terendah.

Juri program berkenaan, Steven Tyler, Jennifer Lopez dan Randy Jackson menganggap persembahan Phillip dan Jennifer pada segmen pertama yang berlangsung pada Selasa lalu adalah yang terbaik mereka.

Phillip telah membawakan lagu Stand By Me, nyanyian Ben E. King manakalah Jessica memilih lagu I Have Nothing, nyanyian Whitney Houston.

Bagi segmen seterusnya, Jessica memilih The Prayer yang dipopularkan oleh Celine Dion dan Andrea Bocelli, manakala Phillip membakawan lagu Movin Out nyanyian Billy Joel.

Selain itu, kesemua finalis turut membuat persembahan dengan lagu pilihan masing-masing.

Vanidah Imran Hadkan Aktiviti Seni Kerana Pelajaran

Posted: 23 May 2012 11:14 PM PDT

Vanidah Imran ingin memberikan tumpuan kepada pelajaran buat masa ini.

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Vanidah Imran mengambil keputusan untuk mengehadkan aktiviti seni selama ini kerana ingin memberikan tumpuan kepada pengajiannya di sebuah universiti.

Vanidah berkata, dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan dunia lakonan tetapi mengakui perlu meningkatkan potensi diri demi masa depan keluarga dan anak-anak.

"Masa muda dulu tak nak belajar tetapi bila dah berumur macam ni baru terhegeh-hegeh nak belajar balik. Tetapi semua ini adalah untuk masa depan saya dan keluarga.

"Tentang merajuk atau kecewa dengan industri lakonan ia tidak pernah timbul cuma saya kini lebih memberikan tumpuan kepada pelajaran dan kalau boleh saya mahu cepat habis belajar," ujarnya kepada mStar Online.

Menurut Vanidah, dia ingin menjadi contoh kepada anak-anaknya iaitu Mikail Aimran, 8, dan Mariyam Rashika, 7, yang sedang membesar selain mahu mereka berbangga dengan pencapaian pelajarannya.

Vanidah dan suaminya, pelakon Rashidi Ishak.

Malah suaminya, iaitu pelakon Rashidi Ishak juga berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) selepas tujuh tahun bergelar mahasiswa.

Kata Vanidah, dia yakin tindakan dia dan suaminya menyambung pelajaran dapat mempengaruhi anak-anak agar mengikut jejak mereka apabila besar nanti.

"Saya berazam ingin menggantung gambar konvokesyen saya nanti di dinding rumah supaya ia dapat menjadi inspirasi kepada anak-anak saya dalam mengejar cita-cita mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain Vanidah bakal muncul dengan filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki pada September depan.

Astro Oasis Ajak Ke Majlis Tahlil Esok

Posted: 23 May 2012 11:13 PM PDT

Izelan Basar

PETALING JAYA: Sempena memperingati insan-insan seni yang telah meninggal dunia, Astro Oasis akan menganjurkan majlis tahlil dan Qiamullail pada Jumaat ini (esok).

Ia akan diadakan pada pukul 7 malam di Masjid As-Syakirin, KLCC.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, melihat kepada sambutan yang diterima terhadap beberapa siri majlis Qiamullail yang dianjurkan sebelum ini, ia membuatkan pihaknya ingin menjadikannya sebagai acara tahunan.

"Pihak kami dapat melihat kesungguhan masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti keagamaan dan kerohanian seumpama ini.

"Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, kami berharap penyertaan orang ramai untuk majlis kali ini akan bertambah," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online yang dikeluarkan di sini, Rabu.

Tambah Izelan, penganjuran majlis ini diharap mampu memupuk semangat mencintai masjid di kalangan masyarakat terutama golongan muda.

"Di samping memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah, kami juga berharap agar usaha murni yang dianjurkan ini mampu memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat tentang iktikaf di masjid dan Qiamullail yang boleh diteruskan secara individu dan istiqamah selepas ini," ujarnya yang mengundang seluruh umat Islam menyertaimnya.

Majlis akan dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang akan diimamkan oleh Imam Masjid Asy-Syakirin dan disusuli dengan majlis tahlil dan bacaan surah Yasin.

Selepas solat Isyak, sebuah sesi tazkirah oleh Imam Muda Arrazi akan diadakan.

Kemuncak program ini adalah sekitar pukul 3 pagi untuk melaksanakan solat tahajud yang dipimpin oleh Imam Muda Aran dan Imam Muda Hassan dan akan berakhir selepas solat Subuh.

Brad Pitt Nafi Nikah Angelina Jolie Ogos Ini

Posted: 23 May 2012 11:12 PM PDT

SEJAK pasangan selebriti popular Brad Pitt dan Angelina Jolie mengumumkan telah bertunang pada pertengahan April lalu timbul pula khabar angin mengatakan pasangan itu akan bergelar suami isteri pada 11 Ogos ini.

Bagaimanapun, menurut laporan Aceshowbiz, Brad memberikan kenyataan kontra dengan khabar angin tersebut bahawa mereka masih lagi belum memilih tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinannya itu.

"Sebenarnya kami belum menentukan tarikh sesuai untuk perkahwinan. Kalau boleh saya dan Jolie tidak mahu terburu-buru dan khabar angin mengenai tarikh (perkahwinan) itu adalah gosip semata-mata," katanya.

Sebelum ini pasangan tersebut dikhabarkan akan berkahwin pada hari ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah Brad namun telah mengambil pendekatan untuk memperjuangkan hak perkahwinan golongan transeksual terlebih dahulu.

"Kami berharap dapat mewujudkan hak untuk pernikahan golongan transeksual sebelum berkahwin nanti," demikian kata Brad pada tahun 2008.

Anak Tom Cruise Lebih Matang Daripada Usia

Posted: 23 May 2012 11:11 PM PDT

Suri Cruise

WALAUPUN usia Suri Cruise baru sahaja enam tahun, lagak puteri pasangan selebriti Tom Cruise dan Katie Holmes ini benar-benar nampak seperti gadis remaja berusia 16 tahun.

Suri dilihat keluar daripada sebuah kafe pada Isnin lalu dengan gaya gincu merah serta dandanan ala remaja dan imejnya itu langsung tidak menunjukkan seperti kanak-kanak seusianya.

"Jika kanak-kanak lain sering dilihat memegang aiskrim sambil berjalan, lain pula bagi Suri yang dilihat memegang segelas kopi, minuman yang tidak sesuai buat kanak-kanak.

"Selain itu kukunya juga diwarnakan seperti gadis remaja. Cuma satu sahaja yang menunjukkan dia seorang kanak-kanak di mana Suri mengendong anak patung," kata sumber.

Bagaimanapun, tidak boleh disangkal, gaya pemakaian Suri tetap menarik perhatian ramai yang mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi.

Malah ini bukanlah kali pertama Suri memakai gincu sebaliknya, sejak setahun yang lalu.

Katy Perry Kembali Hidup Solo

Posted: 23 May 2012 11:11 PM PDT

Katy Perry

LOS ANGELES: Penyanyi Katy Perry yang bercerai dengan suaminya Russell Brand pada Disember tahun lalu dilaporkan sudah berpisah pula dengan kekasih barunya Rob Ackroyd.

Pasangan itu membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing kerana Perry merasakan komitmen kerja mereka telah mengehadkan waktu untuk bersama.

"Punca utama yang membawa kepada perceraiannya (Perry) dengan Russell adalah kerana kesibukan Katy dengan siri jelajah. Dia mula merasai perkara yang sama berulang sejak dia menjalin hubungan dengan Rob.

"Katy berpendapat ia adalah sesuatu yang memalukan jika mereka menjalin hubungan tetapi jarang bertemu. Walaupun Rob berat hati tetapi Katy merasakan perpisahan adalah jalan terbaik memandangkan hubungan mereka baru saja bermula," katanya.

Meracau mabuk dadah pecah

Posted: 23 May 2012 11:09 PM PDT

DIIKAT...lelaki dalam keadaan khayal berikat kaki dan tangan selepas  kapsul disyaki mengandungi heroin (gambar kecil) pecah dalam perut.
DIIKAT...lelaki dalam keadaan khayal berikat kaki dan tangan selepas kapsul disyaki mengandungi heroin (gambar kecil) pecah dalam perut.

MELAKA: Tindakan berani mati seorang keldai dadah warga Nigeria menelan puluhan kapsul dadah disyaki heroin yang dibalut di dalam kondom untuk diseludup ke negara ini, nyaris meragut nyawanya apabila bahan haram itu dipercayai pecah di dalam perutnya hingga menyebabkan dia meracau teruk di tepi jalan di Melaka Perdana, dekat sini, awal pagi semalam.

Menurut sumber, kelicikan lelaki berusia 33 tahun itu berjaya melepasi pemeriksaan kastam dan kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak bertahan lama apabila diberkas polis di negeri ini.

Sumber berkata, sebelum itu suspek bersendirian menaiki teksi dari KLIA dan tiba di Melaka Sentral kira-kira jam 10 malam.

Katanya, ketika hendak membayar tambang, suspek memberitahu pemandu teksi dia tidak mempunyai wang dalam Ringgit Malaysia (RM) dan mahu menukar mata wang asing di Melaka Sentral."Bagaimanapun, pengurup wang enggan menerima tukaran mata wang asing sebelum suspek bertindak melarikan diri menyebabkan pemandu teksi membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh untuk tindakan lanjut," kata sumber.

MIB3 lebih banyak emosi

Posted: 23 May 2012 11:07 PM PDT

pix_middle

SIKAP dan telatahnya begitu ceria, mesra dan kelakar - sama seperti yang sering kita lihat dalam filem-filem lakonannya. Kalau boleh kita mahu melepak seharian dengannya untuk bertanyakan pelbagai soalan mengenai kerjaya mahupun yang bersifat peribadi. Dia nyata bukan 'spesies' yang membosankan.

Jadi peluang yang diberikan kepada pihak media antarabangsa termasuk Harian Metro selama 20 minit untuk duduk semeja dengannya di hotel The Ritz-Carlton, Cancun, Quintana Roo, Mexico, baru-baru ini selepas dia muncul pada sidang media pada hari yang sama, adalah sesuatu yang sangat berharga. Bertubi-tubi soalan dilemparkan kepadanya sampaikan dia sendiri tidak menang tangan menjawab.

  • Foto

    KACA MATA GELAP...suasana meriah ketika tayangan perdana di Seoul, baru-baru ini.

  • Foto

  • Foto

    SCI-FI...antara babak menarik dalam MIB3 yang mula ditayan�gkan hari ini.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Namun aktor yang saya maksudkan - Willard Christopher Smith Jr. atau nama komersilnya, Will Smith - tetap ramah dan 'cool', tidak ubah seperti seperti Agent J berkacamata hitam yang dilakonkan dalam siri Men In Black (MIB) yang sekarang sudah sampai kepada sekuel ketiga (MIB3). Filem terbaru ini mula ditayangkan di Malaysia hari ini.

Sebaik saja melabuhkan diri ke kerusi, Will, 43, terus menerima ucapan tahniah daripada kami yang sudah menonton filem itu pada malam sebelumnya di kompleks pawagam Cinemark yang terletak di pusat beli-belah La Isla Shopping Mall."Terima kasih, terima kasih. Saya sangat gembira kamu semua sudah menontonnya (MIB3) dan terhibur. Kamu juga kena lihat versi 3D. Saya sendiri pun tak sabar-sabar menunggu filem ini ditayangkan (kepada umum)," kata Will dalam kata-kata pertama mengulas filem sains-fiksyen (sci-fi) komedi arahan Barry Sonnenfeld itu.Kali terakhir sekuel filem itu dihasilkan adalah 10 tahun lalu selepas kali pertama diperkenalkan kepada peminat pada 1997. Seperti mana kisah sebelumnya, MIB3 masih menggandingkan Will bersama aktor handalan Tommy Lee Jones yang memegang peranan sebagai Agent K, duo penghapus makhluk asing perosak yang datang ke bumi.


Bagi Will, walaupun sudah sedekad tidak muncul dalam francais filem itu, dia masih teruja untuk kembali membintangi MIB3 kerana keunikan cerita, pelakon dan juga format 3D yang sangat mengagumkan.

"Saya suka saga MIB kerana bagi saya, ia francais komedi fantasi terbaik pernah saya lakonkan selama ini. Bukan itu saja, dalam MIB3, ia turut menyelitkan elemen menyentuh emosi penonton berbanding dua filem yang lepas.

"Semuanya kini semakin matang dan kalau hendak dinyatakan siapa yang sebenarnya lucu dalam MIB, orang itu tidak lain daripada pengarahnya sendiri, Barry Sonnenfeld yang berjaya membuatkan filem ini menjadi sangat lucu," ujar Will lagi yang bercakap dengan nada yang cukup jelas.

Tambahan pula dalam MIB3 muncul seorang lagi aktor handalan, Josh Brolin sebagai Agent K ketika muda, Will menganggap sekuel kali ini lebih 'tricky', mantap dan menarik.

Selama empat tahun tidak berlakon (kali terakhir beraksi dalam Seven Pounds), Will akui sepanjang tempoh itu dia banyak memerhati, berfikir serta menumpukan perhatian kepada keluarganya selain menjadi seorang produser.

Antara filem yang diterbitkannya sepanjang 'berehat' daripada lakonan adalah Lakeview Terrace, The Secret Life of Bees, Karate Kid dan This Means War.

"Empat tahun tidak berlakon memberikan saya peluang untuk bersama keluarga. Ia masa yang bagus untuk saya menjadi suami dan ayah kepada anak-anak saya (Trey, Jaden & Willow). Jaden sibuk berlakon dan manakala anak perempuan saya (Willow) pula menceburi bidang nyanyian. Malah saya sempat menemani Willow membuat konsert jelajah dengan Justin Bieber.

"Dari segi tugas, kami juga seronok menerbitkan filem Karate Kid. Pada tempoh itu saya turut membuat banyak kajian, bacaan dan melihat pembikinan filem daripada sudut berbeza. Malah saya dan Jaden sempat ke Cuba dan di sana kami melihat seni menjadi teras dan cara hidup rakyat mereka. Ini memberikan satu pengalaman hebat buat diri saya," katanya.

Selama menjadi artis, ramai peminat tahu Will bermula sebagai seorang penyanyi dan rapper dengan nama The Fresh Prince. Namanya mula dikenali apabila membintangi siri TV popular NBC, The Fresh Prince of Bel-Air pada 1990 sehingga 1996.

Seterusnya dia beralih kepada filem dan bermulalah penguasaannya sebagai seorang bintang ternama. Will satu-satunya aktor Hollywood yang lapan filemnya mencapai kutipan 'box-office' melebihi AS$100 juta (RM300 juta) secara berturut-turut. Pada April 2007, majalah Newsweek melabelkan Will sebagai aktor paling hebat dan berpengaruh di Hollywood.

Antara filem hit lain lakonan beliau termasuklah Bad Boys, Independence Day, I, Robot, The Pursuit of Happyness, I Am Legend, Hancock, Ali, Wild Wild West, Enemy of the State, Shark Tale dan Hitch.

Lalu bagaimanakah perasaan anak kelahiran West Philadelphia ini apabila digelar sebagai seorang bintang terhebat di dunia?

"Sebenarnya sudah menjadi impian saya sejak kecil lagi untuk menjadi orang yang berjaya. Ini didorong oleh apa yang saya lihat ketika saya berumur enam tahun. Dulu saya selalu melihat nenek saya terpaksa keluar bekerja secara syif di sebuah hospital pada waktu tengah malam.

"Sejak itu saya berazam untuk tidak melihat mana-mana wanita dalam 'jajahan' keluarga saya perlu keluar kerja di tengah malam ketika saya sendiri sedang nyenyak tidur. Mungkin itulah antara faktor penggalak yang membuatkan saya mahu menjadi apa yang anda lihat sekarang," jelasnya yang memperisterikan aktres Jada Pinkett.

Ditanya pula mengenai apa yang ditakutkan dalam hidup ini, Will berkata dia lebih takut apabila 'ditakutkan' oleh orang mahupun keadaan di sekelilingnya.

"Bagi saya ketakutan bukan sesuatu yang benar. Ia adalah mainan perasaan kita sendiri. Kalau saya berdepan dengan ketakutan, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengatasinya dengan segera. Manusia memang selalu membiarkan diri mereka diburu ketakutan.

"Ada satu pengalaman yang saya lalui tidak lama dulu di Jamaica. Di sebuah kafe yang terletak di tepian sebuah jurang yang tinggi, saya melihat semua orang asyik terjun ke dalam air. Saya memang rasa takut melihat perbuatan mereka. Akhirnya saya dicabar untuk terjun sedangkan saya sendiri memang tak tahu berenang!

"Tapi saya cuba juga lawan perasaan takut itu dan berjaya terjun. Sebenarnya ketakutan dalam minda kita biasa akan lebih teruk daripada situasi sebenar. Apapun saya akan belajar berenang tidak lama lagi kerana Jaden sendiri cakap kalau tak tahu berenang, jangan haraplah saya boleh selamat seorang diri di dalam air!" katanya sambil ketawa.

Sekalipun banyak gosip melanda dirinya selama ini, Will berkata dia memang tidak dapat menangkis apa yang diperkatakan orang kepadanya kerana masyarakat kadangkala lebih mempercayai gosip walaupun dia cuba bercakap benar dan letih membuat penafian.

"Satu ketika, ada orang bertanya benarkah saya membeli satu unit tingkat atas sebuah pangsapuri tapi saya cakap itu hanyalah gosip dalam akhbar. Namun orang itu tetap anggap saya mungkin masih nak berahsia. Saya tegaskan bahawa saya bukan hendak berahsia kerana itu bukan rumah saya. Jadi di sini, apa lagi yang boleh saya buat kerana walaupun penafian itu datang daripada mulut saya sendiri, orang di luar masih lagi was-was dan tetap percayakan gosip," katanya.

Kembali kepada MIB3, Will kini hanya mengharapkan agar semua peminat saga MIB akan keluar beramai-ramai menyaksikan filem terbarunya itu yang turut ditayangkan di banyak pawagam bertaraf IMAX seluruh dunia.

Selain Mexico, karyawan MIB3 juga sudah muncul dalam beberapa tayangan perdana filem itu di Moscow, London, Seoul serta Tokyo dan sambutan hangat sentiasa diberikan peminat.

MIB3 diedarkan di negara ini oleh Sony PIctures Releasing International (Malaysia).

Pendatang ugut terjun bumbung

Posted: 23 May 2012 10:29 PM PDT

PUJUK...lelaki terbabit ditenangkan isterinya.
PUJUK...lelaki terbabit ditenangkan isterinya.

KLANG: Seorang lelaki warga Indonesia mengugut untuk terjun dari bumbung rumah jirannya bagi mengelak ditahan ketika pemeriksaan Jabatan Imigresen Selangor di Sungai Udang, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, pihak imigresen terpaksa menghubungi pasukan bomba dan penyelamat bagi memasang tilam angin untuk mengelak lelaki berusia 42 tahun itu cedera selepas cubaan memujuknya, gagal. Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, lelaki terbabit lembut hati selepas berjaya dipujuk isterinya, dua jam kemudian. Katanya, sebelum kejadian pihak imigresen membuat pemeriksaan ke atas rumah lelaki terbabit dan sejurus menyedari pihak berkuasa itu membuat pemeriksaan di rumahnya, dia bangun dan melompat ke atas atap rumah jirannya mengelak dirinya daripada dicekup.


Othman berkata, sebaik saja pihak imigresen naik ke atas bumbung lelaki itu mengugut pegawai imigresen supaya tidak mendekatinya.

"Sebaik mendengar ugutan itu, pihak imigresen cuba menenangkannya dan memintanya supaya menyerahkan diri, tetapi lelaki itu enggan bekerjasama.


"Selepas hampir dua jam, pihak imigresen berjaya memujuk lelaki terbabit dengan bantuan isterinya sebelum dia menyerah diri," katanya.


Dalam operasi itu, Othman berkata, seramai 22 orang warga asing yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki, 10 wanita, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan kerana pelbagai kesalahan imigresen.

Semua yang ditahan berusia satu hingga 52 tahun dan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, untuk siasatan lanjut. Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendahulu TV 3D

Posted: 23 May 2012 10:11 PM PDT

CANGGIH...televisyen Cinema 3D Smart TV dilancarkan di The Gardens Mall, semalam.
CANGGIH...televisyen Cinema 3D Smart TV dilancarkan di The Gardens Mall, semalam.

LG Electronics Malaysia Sdn Bhd (LG) yakin menguasai pasaran televisyen tiga dimensi (3D) di negara ini, lebih-lebih dengan pengenalan pelbagai model baru termasuk dalam siri Cinema 3D, TV pintar Cinema 3D dan TV pintar semalam.

Kini LG di tangga kedua, namun penguasaannya dijangka melonjak melebihi 40 peratus menerusi pengenalan model TV dilengkapi teknologi yang diperkemas menjelang akhir tahun ini.


Pengarah Urusannya, H K Kwon berkata, LG yakin menjadi pendahulu bukan saja diperkukuh dengan pengenalan model baru dengan teknologi yang dimajukan, malah ia kini lebih mampu dimiliki apabila harganya jauh lebih murah berbanding sebelum ini.

"Teknologi 3D dimajukan itu membolehkan paparan lebih lancar ditambah dengan fungsi mudah guna, pilihan kandungan 3D lebih meluas, kerjasama 20 penyedia perkhidmatan kandungan premium dan 450 aplikasi TV pintar," katanya pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.


Menurut Pengurus Pemasaran Produk Hiburan di Rumah LG, Banjir Kim, LG memasarkan 6,000 unit sebulan TV 3D di seluruh negara dan dijangka meningkat sekali ganda kepada 12,000 unit sebulan menjelang akhir tahun ini.


"Jualan kami dijangka meningkat ketara berdasarkan harganya yang kini 20 peratus lebih rendah, selain memiliki teknologi yang dikemas kini untuk menambah baik paparan," katanya.LG memperkenalkan tiga model baru dalam siri Cinema 3D, dua model dalam kategori TV pintar Cinema 3D dan satu model TV pintar dengan saiz antara 42 hingga 72 inci. Harga runcit cadangannya pula antara RM2,699 dan RM26,999.

Gabungan kreativiti, kesabaran

Posted: 23 May 2012 09:38 PM PDT

HIDUP...tampak hidup dengan teknik tiga dimensi pada gulungan kertas.
HIDUP...tampak hidup dengan teknik tiga dimensi pada gulungan kertas.

LEKA melihat jari anak muda ini melipat dan menggulung pelbagai ukuran kertas. Bukan calang-calang orang mampu melakukannya, tanpa kreativiti serta kesabaran tinggi sudah pasti hasilnya kurang memuaskan.

Quilling atau seni menggulung kertas merujuk kepada penghasilan kraf kertas untuk dijadikan aneka bentuk yang kemudian dirangkai menjadi suatu karya seni yang indah.

  • Foto

    BAHAN...sediakan kertas (digunting panjang), gunting, gam, pembaris bulat dan peralatan khusus membuat gulungan kertas.

  • Foto

    BENTUK...ambil kertas sudah dipotong dan lipat menjadi bentuk kuntuman bunga.

  • Foto

    GAM...pastikan anda tidak lupa melekatkan bahagian hujungnya supaya bentuk itu kekal seperti digubah.

  • Foto

    GULUNG...untuk membuat bahagian tengah, gulung kertas menggunakan alat penggulung dan lekatkan bahagian hujung.

  • Foto

    CANTUM...cantumkan setiap kelopak menjadi bentuk bunga bersama gulungan bulat di tengah. Untuk membuat daun, lakukan teknik menggulung yang sama kemudian bentukkan menjadi daun dan lekat untuk kekal lama.

  • Foto

    CANTIK...seni gulungan kertas menghiasi penanda buku dengan gabungan warna menawan.

  • Foto

    MERAH...pemilihan warna memainkan peranan penting.

Ia berasal sejak 500 tahun dulu di Eropah sejak abad ke-17 dengan nama paper filigree atau roll work. Khususnya di Perancis dan Itali, seni ini banyak digunakan golongan istana untuk menghiasi perhiasan bersifat keagamaan.

Namun kini, seni menggulung kertas semakin meluas dan digunakan sebagai hiasan kad cenderahati, perkahwinan, hari jadi, penanda buku serta hiasan buku tetamu.Menurut Mohd Namizam Muda, 24, sejak kecil dia berminat melakukan kerja seni yang rumit. Setiap hari berhadapan dengan kertas pelbagai warna, dipotong halus kemudian digulung menjadi bentuk bunga atau lakaran haiwan menjadi perkara biasa. Ibarat sebuah ukiran, setiap hasil karya seninya memang bernilai serta mempunyai peminat tersendiri.Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Industri, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Namizam berkata, dia berjinak-jinak dengan seni menggulung kertas selepas melayari Internet.


"Sewaktu melayari Internet, saya menemui dua blog iaitu miyyahatkertas dan simplerhyme menulis secara terperinci mengenai kraftangan ini.

"Terpaut dengan paparan gambarnya, saya memberanikan diri menghubungi mereka dan sejak itu, langsung serius dengan seni quill," katanya yang menerima tempahan menerusi laman sosial facebook Namizam dan blog www.miezam.blogspot.com.

Biasanya, idea diperoleh daripada pelanggan kemudian Namizam cuba menghasilkan mengikut kombinasi warna kertas yang dibentuk menjadi bunga. Untuk satu bentuk quill, ia berharga RM40 manakala yang memaparkan imej tiga dimensi (3D), nilainya boleh mencecah sehingga RM120 selain quill berbentuk kad bercorak ringkas dijual pada harga RM3 ke atas.

Agar nampak menarik dan hidup, Namizam menggunakan kertas berwarna berukuran 0.1 milimeter (untuk perincian bentuk), 0.3 milimeter (motif dan corak) dan 0.4 milimeter bagi membentuk rekaan timbul dengan struktur.

Katanya, dia menerima banyak tempahan kad yang biasanya dapat dihasilkan dalam masa empat jam bergantung kepada corak digunakan.

"Sebelum menghasilkan sesuatu kad, saya sudah mempunyai gambaran bentuk yang akan dihasilkan, gabungan warna serta susunan pada kad. Semua ini memainkan peranan penting kerana kombinasi kesemuanya akan menghasilkan seni yang unik dan diterima ramai," katanya yang turut mengadakan kelas menggulung kertas bagi mereka yang berminat.

Tambahnya, kreativiti, kesabaran dan ketelitian dalam menentukan corak susunan objek selain tidak berputus asa memperbaiki teknik lakaran adalah ciri-ciri diperlukan bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang ini.

Aksesori tanah liat

Posted: 23 May 2012 09:37 PM PDT

Mohd. Fauzi Mohd. Tahir menunjukkan sebahagian produk seramik yang terdapat di Terusi Art Studio.

SIAPA sangka, barangan yang hanya diperbuat daripada tanah liat mampu dijadikan hiasan yang menarik seperti produk hiasan rumah, aksesori perhiasan diri dan juga cenderahati.

Malah, penghasilan seni dari tanah liat seperti seramik terus berkembang dan masih diminati serta digemari ramai kerana nilai estetika yang terdapat pada produk itu sendiri.

Buktinya, terdapat pelbagai pengeluaran produk dihasilkan oleh Terusi Art Studio yang terletak di kawasan Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.

Ini termasuklah menghasilkan produk hiasan dalaman seperti perhiasan dinding, batu rantai, cenderahati dan sebagainya.

Menurut pemilik Terusi Art Studio, Mohd. Fauzi Mohd. Tahir, 36, seramik yang diperbuat daripada tanah liat ini sangat unik kerana rekaan dan coraknya adalah eksklusif dan tersendiri terutama dari segi motifnya.

"Sememangnya ia tidak memerlukan modal yang besar untuk membuat produk seramik ini, hanya menggunakan tanah liat.

"Penglibatan saya dalam industri ini adalah untuk mengangkat martabat tanah liat selain menghargai keindahan ciptaan Tuhan yang boleh digunakan oleh manusia sepenuhnya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya bagaimana beliau mula menceburi industri ini, katanya, ia sebenarnya bermula semenjak di bangku sekolah lagi.

Sebelum terlibat secara serius dalam bidang seramik, Mohd. Fauzi pernah berguru dengan Pengarca Malaysia, Mad Anuar Ibrahim dari tahun 1998 sehingalah kini untuk belajar secara lebih mendalam mengenai teknik penghasilan produk.

Katanya, kehadiran Mad Anuar pada masa itu, memberi peluang kepadanya untuk menimba ilmu di samping membantunya melakukan kerja pengarcaan.

"Saya pernah menghasilkan arca, besi dan pernah juga membuat lukisan sebelum terlibat dalam pengeluaran produk seramik,"katanya yang sudah lapan tahun terlibat dalam industri seramik.

Kemudian, pada tahun 2002, dia dapat menghasilkan karyanya sendiri sehinggalah berjaya membuka kelas seramik pada awal tahun 2010.

Jelasnya, dia tidak begitu berminat dalam pembuatan seramik, tapi lama- kelamaan semakin tertarik dan jatuh cinta dalam industri ini apabila menyertai seorang rakannya dalam penghasilan seramik.

"Pada mulanya, memang sukar untuk menghasilkan seramik dan mengambil masa hampir enam bulan untuk menyiapkannya tetapi lama-kelamaan saya dapat menyiapkannya untuk menjadi satu barangan yang cantik dan menarik,"ujarnya.

Dalam proses pembuatan seramik ini katanya, tanah liat stoneware digunakan kerana ia mudah dibentuk dan boleh direka mengikut cita rasa dan kehendak sendiri. Selepas itu ia perlu dikeringkan dalam seminggu.

Ketika proses mengering, tanah liat ini perlu dibakar dan suhu perlu dikawal. Untuk menyiapkan produk ini, biasanya mengambil masa selama seminggu bergantung kepada saiznya.

Katanya, pembuatan seramik ini sebenarnya tidak begitu sukar jikalau mengetahui teknik-teknik tertentu dalam pemprosesan produk tersebut.

Katanya, sambutan dan permintaan daripada orang ramai terhadap produk seramik ini cukup menggalakkan dan kebanyakkannya adalah daripada warga asing.

Bagi mereka yang berminat untuk memiliki produk seramik boleh melayari Facebook Terusi Art Studio ataupun boleh hubungi di talian 019-2593047.

Tina jadi pengkid kerana cinta monyet

Posted: 23 May 2012 09:36 PM PDT

Pada usia sementah sembilan tahun, Tina ( bukan nama sebenar) sudah pandai menjalin hubungan cinta dengan kawan lelaki.

Namun hubungan terjalin itu diibaratkan seperti cinta monyet ketika zaman kanak-kanak. Ia hanya mampu bertahan selama dua tahun.

Walaupun tempohnya singkat, tetapi kesan daripada perpisahan tersebut menyebabkan tersimpan secubit perasaan tidak percaya pada kaum lelaki sehinggalah dia menyambung pelajaran di sekolah menengah.

Jelas Tina, ketika di tingkatan tiga dia telah berkenalan dengan seorang senior di sekolahnya yang dikenali sebagai Ema (bukan nama sebenar).

Ema seorang gadis cantik dan lembut, dua tahun lebih tua daripada Tina.

Pada mulanya hubungan mereka berjalan seperti biasa sebagai rakan atau lebih kepada kakak dan adik.

"Lama kelamaan hubungan kami semakin rapat. Ema telah meluahkan perasaannya untuk mengambil saya sebagai adik angkat," katanya.

Tina menerima pelawaan Ema lebih-lebih lagi ketika itu dia merasa keseorangan dan memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan.

"Dalam tempoh dua tahun hubungan kami menjadi rapat dan mula terselit perasaan sayang dan cinta antara satu sama lain.

"Hubungan dengan Ema merubah hidup saya. Apatah lagi apabila kami pernah tidur sekatil beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan syak kepada rakan-rakan lain.

"Namun, hubungan itu hanya mampu bertahan dua tahun apabila Ema mengambil keputusan untuk berpisah dengan alasan mempunyai teman lelaki yang amat disayanginya," kata Tina.

Berpisah dengan Ema bagaikan satu pukulan hebat pada Tina yang pada anggapannya pengorbanan membuang segala perasaan minatnya terhadap lelaki nyata sia-sia.

"Selepas berpisah dengannya saya mula berubah daripada seorang remaja perempuan yang lembut kepada karakter seperti seorang budak lelaki.

"Selain perubahan ketara pada perasaan yang menyukai wanita, perubahan aspek fizikal juga berlaku kepada saya seperti berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki," katanya.

Ujarnya, tabiat itu berlarutan malah minatnya terhadap wanita juga berterusan sehingga dia menyambung pelajaran di universiti di selatan tanah air.

"Di alam universiti saya dikelilingi ramai kawan yang datang dari pelbagai latar belakang keluarga.

"Begitupun, saya masih dengan perangai lama iaitu gemar melihat dan mencari kawan-kawan perempuan yang cantik dan mempunyai perwatakan menarik untuk dijadikan pasangan," katanya.

Namun semuanya mula berubah apabila Tina berkenalan dengan seorang kawan perempuan sekelas iaitu Dhia (bukan nama sebenar) pada semester kedua pengajian.

"Dhia seorang gadis cantik dan baik hati. Walaupun Dhia seorang yang lemah lembut tetapi dia tidak kisah untuk berkawan dengan saya.

"Pernah beberapa orang rakan kelas memulaukan Dhia kerana berkawan dengan saya.

"Tetapi dia tidak kisah kerana niatnya ikhlas untuk membawa saya kembali ke jalan benar," katanya.

Setelah berkawan dengan Dhia, sedikit demi sedikit perangai Tina berubah kembali kepada perwatakan seperti seorang wanita.

"Namun, dalam pada masa yang sama, saya menyimpan perasaan istimewa padanya lebih daripada seorang kawan.

"Saya bertindak berani meluahkan perasaan kepadanya. Namun, Dhia telah menolak dan memarahi kerana tidak dapat menerima keadaan tersebut," katanya.

Selepas luahan perasaan ditolak oleh Dhia, Tina kecewa lalu kembali kepada perangai lama seperti seorang lelaki.

"Selepas ditolak oleh Dhia, saya menjadi semakin liar dan tidak terkawal. Saya mula merokok, mengambil minuman keras dan mula bergaul dengan rakan-rakan pengkid.

"Dhia pernah menasihati saya untuk berubah dan tidak mahu hubungan persahabatan kami musnah kerana keadaan tersebut.

"Saya tidak menghiraukan nasihatnya, malah bertindak menjauhkan diri darinya," katanya.

Ujarnya, walaupun setelah hampir setahun peristiwa itu berlaku, beliau masih tidak dapat melupakan Dhia sehingga kini.

Tambah Tina, bukan tidak terdetik dalam hatinya untuk kembali ke pangkal jalan, tetapi suasana persekitaran dan dirinya masih belum kuat untuk berubah.

Rezeki dua warga asnaf

Posted: 23 May 2012 09:35 PM PDT

Jamil Khir Baharom (tiga dari kiri) beramah mersa dengan Omar Ravi Abdullah (lima dari kiri) dan Abdul Samad Safei (tiga dari kanan) pada majlis penyerahan tiket penerbangan program Umrah Seringgit Sejuta Nilai di Masjid Negara, baru-baru ini.

BAGAI bulan jatuh ke riba. Itulah ungkapan syukur yang tidak terhingga yang mampu diucapkan oleh dua penerima bertuah hasil kutipan kempen Umrah Seringgit Sejuta Nilai (USSI).

Omar Ravi Abdullah, 42, dan Abdul Samad Safei, 59, yang tergolong dalam keluarga kurang kemampuan tidak pernah menyangka terpilih sebagai peserta pertama program USSI yang dilancarkan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pertengahan Februari lalu.

Siapa duga niat suci dua insan bertuah itu dimakbulkan Allah SWT apabila menjadi dua peserta yang terpilih daripada keseluruhan umat Islam di Malaysia.

Siapa yang tidak mahu menjejakkan kaki ke tanah suci. Begitu juga dengan impian mereka sejak berpuluh tahun lalu walaupun dianggap mustahil memandangkan kos perjalanan yang tinggi dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Omar yang berstatus mualaf berkata, sejak memeluk Islam pada tahun 1988, dia telah menanamkan azam untuk melihat kiblat umat Islam dengan mengerjakan ibadah umrah.

Namun, oleh kerana hidup yang serba kekurangan dengan pendapatan tidak menentu hasil kerja kampung yang dilakukan menghalang niat sucinya itu.

Lebih menyedihkan, Omar hidupsebatang kara setelah dibuang keluarga sebaik mendapat tahu dia memeluk Islam.

"Saya sangat terkejut apabila diberitahu terpilih sebagai peserta pakej umrah anjuran kempen USSI ini. Kerana dalam keadaan sekarang, aya sama sekali tidak menyangka dapat menunaikan umrah.

"Saya percaya ini adalah ketentuan Allah SWT yang telah dirancang kepada kita. Sejak memeluk Islam pada tahun 1988, yang ada masa itu berusia 18, saya telah bercita-cita untuk menunaikan umrah.

"Namun saya sedar akan kemampuan diri. Namun saya tidak pernah berhenti berdoa untuk menjejakkan kaki ke tempat suci umat Islam itu," katanya yang berasal dari Tanjung Karang, Selangor.

Omar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima tiket penerbangan peserta USSI yang disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di Dewan Syarahan Masjid Negara, baru-baru ini.

Program USSI mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengumpulkan sumbangan derma RM1 daripada orang ramai bertujuan menghantar golongan kurang berkemampuan ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

Jumlah kutipan yang dikumpulkan sejak dilancarkan pada Februari sehingga Mei ialah sebanyak RM15,000.

Omar dan Samad telah berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Jeddah pada 12 Mei lalu dan dijangka pulang esok dengan ditemani beberapa wakil penganjur.

Selain mengutip wang ringgit, USSI juga berjaya mendapatkan sumbangan berupa buku panduan umrah, makanan kesihatan, beg serta kain ihram yang disumbangkan beberapa agensi yang prihatin.

Sementara itu, bagi Samad program seumpama itu sangat baik dan perlu bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk turut berpeluang mengerjakan umrah.

"Usaha melancarkan USSI ini sangat bagus dan perlu dicontohi oleh pihak lain. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada golongan tidak mampu untuk menunaikan umrah malah menggalakkan orang ramai bersedekah.

"Saya sedar diri sendiri tidak mampu, tetapi dengan adanya program ini memberi peluang kepada saya untuk melakukan sesuatu yang telah lama saya hajati," katanya.

Samad yang merupakan pesara bomba pelabuhan hanya bergantung hidup dengan duit pencen sebanyak RM400 sebulan di samping melakukan kerja-kerja kampung untuk membiayai enam daripada 12 anaknya yang masih bersekolah.

Ditambah dengan kecederaan dihadapi akibat kemalangan van yang hampir meragut nyawan turut menghalangnya daripada melakukan kerja-kerja berat.

"Saya pernah ditimpa kemalangan ngeri sebanyak dua kali ketika memandu van beberapa tahun lalu sehingga mengakibatkan kecederaan teruk pada anggota tubuh saya.

"Ini membuatkan pergerakan saya terbatas. Ditambah pula dengan faktor umur," ujarnya.

Dalam pada itu, Jamil Khir ketika ditemui menasihatkan Omar dan Samad supaya melakukan ibadah umrah dengan sebaik mungkin agar mendapat umrah yang makbul.

"Dua peserta yang terpilih ini merupakan peserta yang bertuah. Mereka diberi peluang untuk mengerjakan umrah secara percuma.

"Diharap, peserta dapat menunaikan ibadah umrah dengan sebaik mungkin dan sentiasa bersemangat untuk mendapatkan umrah yang makbul, katanya.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, penganjur tidak bercadang untuk membuka tawaran sumbangan untuk mengerjakan ibadah haji memandangkan kekangan kuota yang dihadkan kerajaan Arab Saudi serta faktor semangat peserta yang mungkin luntur jika perlu menunggu giliran yang lama.

Program akan diteruskan dengan mensasarkan untuk menghantar antara seorang atau dua peserta setiap bulan.

Gelap pandangan tetapi terang hati

Posted: 23 May 2012 09:33 PM PDT

Mohd. Gadafi Mohd. Zuki (kiri) gembira dapat berkongsi ilmunya, apatah lagi ia dapat memberi rezeki tambahan kepada pengamalnya.

TIDAK dapat dibayangkan bagaimana rasanya apabila tiba-tiba penglihatan menjadi kabur, berbalam-balam dan akhirnya kelam sebelum semuanya gelap gelita.

Itu yang dialami anak muda yang berasal dari Tumpat, Kelantan, Ahmad Zahir Mohd. Nasir, apabila peralihan siang dan malam tidak ada bezanya lagi.

Dilahirkan 29 tahun lalu dengan sempurna sifat. Namun menginjak usia 18 tahun, iaitu sebaik menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ahmad Zahir hilang fungsi indera matanya.

"Semua ini disebabkan penyakit keturunan, walaupun dilahirkan sempurna tetapi lama-kelamaan kami akan hilang penglihatan.

"Daripada enam adik-beradik, empat orang termasuk saya, telah menjadi buta; abang sulung, Ahmad Nazri, 35, abang kedua, Allahyarham Ahmad Azli, saya dan adik perempuan, Noor Shuhada, 26.

"Yang tidak mengalami masalah ini, Ahmad Nazri, 31, dan adik bongsu kami Ahmad Ridwan 23. Insya-Allah kedua-duanya tidak mengalami nasib seperti saya," katanya.

Kedua-dua ibu bapanya tidak mengalami penyakit itu yang membabitkan kegagalan saraf mata yang lama-kelamaan ia 'mati tanpa diketahui puncanya.'

Sekalipun cuba diatasi dengan prosedur pemindahan kornea namun ia tidak akan mampu mengembalikan semula fungsi mata tersebut.

Tanpa ada banyak pilihan Ahmad Zahir reda walaupun terlalu pedih akan hakikat yang terpaksa diterima.

"Walaupun saya telah cuba menerima hakikat yang saya akan buta suatu hari kelak, namun kekecewaan tetap ada.

"Apa tidaknya, di saat usia masih muda, punyai cita-cita untuk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, tiba-tiba saya hilang penglihatan. Ia satu dugaan yang berat," kata Ahmad Zahir.

Saat itu, bermula kehidupan Ahmad Zahir sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mendaftarkan diri dengan Persatuan Orang Buta Malaysia bagi mendapatkan manfaat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Di persatuan itu, sebagaimana mereka yang senasib dengannya, dia mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran terutamanya membaca Braille.

Tiga tahun kemudian, iaitu pada awal 2010 Ahmad Zahir cuba beralih kemahiran dengan menyertai Pusat Nuri Refleksologi Terapi di Bangunan Medan Mara, Kuala Lumpur untuk menjadi juru urut.

Sejak itu, Ahmad Zahir sudah tidak menang tangan kerana tidak putus-putus dikunjungi pelanggan yang memerlukan perkhidmatan urut.

"Tidak sahaja bertugas di Medan Mara, malah saya membantu seorang rakan yang membuka sebuah pusat urutan di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Malah saya juga membuka pusat perkhidmatan urutan sendiri di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor," katanya.

Kelebihan dan kemahiran ini telah membawa Ahmad Zahir kepada kaedah terbaru yang dipelajari dan diamalkan, iaitu urutan saraf. Tumpuan urutan dibuat terhadap titik dan urat saraf berbanding bahagian dan otot badan.

Kaedah ini dipelajari daripada pakar Urutan Saraf, Mohd. Gadafi Mohd. Zuki yang juga merupakan Pengurus Darul Irsyad, sebuah pusat perubatan alternatif yang menggunakan kaedah perubatan Islam, yang terletak di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Sementara itu, seorang lagi OKU, Rosni Saini juga giat mempelajari kaedah urutan saraf itu sebagai satu lagi cabang ilmu urutan, selain menambahkan kepakaran mengurut yang diceburi sejak 2006.

Walaupun kini bertugas di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya, Rosni mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai juru urut terutama mengurut para atlet negara yang bernaung di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil.

"Kecuali satu, saya masih belum 'berani' untuk mengurut wanita selepas bersalin. Namun saya suka profesion juru urut ini kerana ia mampu meluaskan pandangan 'mata' saya yang tidak nampak ini.

"Selain itu, saya juga berkesempatan berkenalan dengan ramai orang dan sering dibawa ke merata tempat apabila khidmat saya diperlukan," katanya sambil tersenyum.

Berniaga dari bangku sekolah

Posted: 23 May 2012 09:33 PM PDT

Manje dengan koleksi baju Manje Fabulous miliknya.

Dia sentiasa kelihatan riang sepanjang beberapa jam sesi penggambaran dilakukan di sudio Utusan Malaysia. Tidak memerlukan arahan-arahan tambahan daripada jurugambar, liuk-lintuk tubuhnya mengiringi setiap perjalanan lensa kamera dan sentiasa pandai beraksi di hadapannya.

''Saya memang suka bergambar," katanya jujur apabila ditanya akan kebolehan beraksi sepanjang sesi penggambaran berkenaan.

Siti Nuraida Syd Mostapa, gadis genit berlesung pipit yang menjadi tetamu Mega kali ini, baru berusia 21 tahun.

Dalam usia sementah itu dia sudah mempunyai sebuah bilik pameran sendiri koleksi pelbagai baju dan aksesori bersama dapur khas untuknya membuat pelbagai jenis coklat dan candy yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Dinamakan Manje Fabulous, selain dipamerkan, baju-baju berkenaan juga untuk jualan. Bilik pameran umpama butik itu juga menawarkan perkhidmatan penyewaan kepada orang ramai yang mahu menyewa baju-baju untuk pelbagai majlis.

Siti Nuraida yang senang dengan panggilan Manje merupakan anak keenam daripada tujuh adik-beradik.

Sepanjang hidup, bidang perniagaan memang menjadi minatnya. Sejak di sekolah rendah lagi dia telah berniaga menjual coklat dan gula-gula.

''Saya menjual gula-gula dan coklat pada rakan-rakan di sekolah sehinggalah saya dewasa. Saya kini menceburi apa sahaja bentuk perniagaan. Tumpuan saya kini ialah berniaga baju-baju, aksesori dan segala jenis kek dan coklat buatan sendiri.

''Saya memang didedahkan dalam bidang perniagaan sejak kecil apabila ibu dan ayah membuka restoran.

''Coklat, candy dan sebagainya itu saya sendiri yang membuatnya mengikut tempahan yang diterima,'' katanya yang benar-benar mula berniaga pada usia 18 tahun.

Selain berkemahiran membuat kek, coklat, candy, mufin, apam polka dot dan sebagainya, gadis ini juga menyediakan kelas kepada mereka yang berminat untuk belajar membuat kek.

''Jangan sangka orang macam saya tidak tahu memasak. Kek fondant pun saya boleh buat sekiranya ada tempahan," katanya.

Pernah menyertai kursus membuat kek, gadis ini memberitahu, dia mempunyai beberapa pembantu sekiranya menerima banyak tempahan.

Apabila berbicara mengenai baju-baju jualannya, dia memberitahu semua stok diperoleh dari Jakarta, Indonesia. Terdapat beberapa baju yang dia reka sendiri dan kemudian meminta pembantunya jahitkan untuk disewakan kepada orang ramai.

''Antara baju yang dijual ialah baju kurung, kaftan, sutera yang berharga antara RM70 hingga RM150 sehelai.

''Selain baju-baju ini diletakkan di bilik pameran, Manje juga melakukan operasi jualan secara bergerak di tempat yang bersesuaian mengikut permintaan pelanggan.

''Mereka yang berminat juga boleh menghubungi saya di talian 012-9444049 dan melayari saya di Facebook BB 2863A831 aidamanje untuk pertanyaan dan mendapatkan perkhidmatan membuat coklat," kata anak jati Kuala Lumpur itu.

Bertekad menebarkan sayap perniagaannya dalam bidang francais masakan kek dan coklat satu hari nanti di samping menubuhkan cawangan butik miliknya di semua negeri, Manje berkata, semua itu pastinya akan berlaku sekiranya dia bekerja dengan kuat dari sekarang.

Sementara itu koleksi aksesori yang dibuatnya sendiri juga cukup mengagumkan.

Diilhamkan daripada idea dan kreativitinya, aksesori berbentuk gelang tangan, utas rantai, perhiasan kepala dan rambut itu juga menjadi antara yang terbaik dalam rantaian perniagaannya.

Biarpun ramai orang berkata, dunia perniagaan penuh dengan cabaran dan asam garam, namun Manje bersyukur kerana dia sentiasa dilindungi daripada orang-orang yang berniat tidak elok kepada dirinya.

''Setakat ini Alhamdulillah, perniagaan saya berjalan dengan lancar malah apa yang saya hendak buat semuanya dapat dilakukan dengan jayanya," katanya yang gemar dengan makanan pedas dan minum air suam.

Kreativiti hebat terserlah di pentas London

Posted: 23 May 2012 09:32 PM PDT

Koleksi Bernard Chandran (tengah) antara yang paling mendapat tumpuan tetamu.

CUACA pada musim bunga di kota London nampaknya tidak bersahabat dengan tetamu yang datang bagi memeriahkan Festival Fesyen Islam (IFF) yang berlangsung di The Natural History Museum pada 25 April lalu.

Hujan yang hampir setiap hari menyimbahi bumi London bagaimanapun tidak sedikitpun menjejaskan penganjuran festival yang telah masuk edisi ke-24 itu. Lebih mengujakan ini merupakan kali kedua IFF bertamu di London, selepas kejayaan kali pertama pada Julai tahun lalu.

Menjadi saksi kejayaan festival yang diasaskan dan dipengerusikan oleh Datuk Raja Rezza Shah adalah barisan tetamu kehormat yang terdiri daripada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah yang diiringi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Festival kali ini dijayakan oleh tujuh pereka fesyen iaitu Datuk Bernard Chandran, Datuk Tom Abang Saufi, Melinda Looi dan Syaiful Baharim selain Ghea Panggabean (Indonesia), Souad Chraibi (Morocco) dan Nickie Nina (Pakistan).

Sambil menikmati hidangan makan malam, tetamu disajikan dengan himpunan busana muslimah yang nampaknya 'lari' jauh daripada apa yang biasa dipertontonkan kepada umum.

Sungguhpun warna hitam amat sinonim dengan Abaya yang menyarung tubuh wanita Arab masih menjadi pilihan, namun padanan warna lain bersamanya meletakkan rekaan Melinda Looi dalam kelas tersendiri.

Melinda menampilkan gaya era Edo dalam sejarah Jepun. Bertemakan The Enchanting Edo Era, beliau bijak memadankan warna hitam dan merah dalam koleksinya yang hebat.

Dipengaruhi gaya pahlawan Jepun, shogun dan samurai serta keanggunan geisha, Melinda selesa menyesuai padankan fabrik bertemakan bunga kekwa dengan kimono dan tali pinggang obi yang diperbuat daripada kulit.

Jika pada IFF tahun lalu, Ghea menampilkan koleksi Enchanting Heritage, kali ini beliau mempertaruhkan koleksi bertemakan warisan juga, iaitu Romantic Heritage.

Ghea memang dikenali sebagai pereka yang memiliki identiti tersendiri dalam mengetengahkan aspek budaya dan warisan dari negara kelahirannya, Indonesia. Kesemua aspek itu menjadi inspirasi dalam menghasilkan rekaan terbarunya.

Kali ini fabrik yang dipilih mempunyai pengaruh masyarakat Cina, selain sulaman, batik dan songket dari Sumatera.

Warna pilihannya pula adalah merah hati, pastel dan kuning emas yang digarap pada kaftan, skaf tunik yang disambung dengan gaun dan seluar labuh. Kesemuanya nampak mewah dengan limpahan kilauan sulaman yang diperbuat daripada manik dan labuci.

Pentas terus 'hangat' dengan kreativiti Tom yang menampilkan warisan budaya masyarakat Bumi Kenyalang.

Peluang kedua berada di pentas IFF London digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan keunikan koleksi Borneo. Ini dapat dilihat pada pilihan batik tenun tangan dalam koleksinya yang mana imej suku kaum asli Sarawak seperti ukiran kayu dan tiang totem jelas terpapar pada setiap koleksi.

Memperkatakan tentang sentuhan Souad pula, jelas beliau ia menonjolkan ciri-ciri kisah seribu satu malam dalam setiap helaian rekaannya.

Koleksi terhad One Thousand and One Nights menampilkan ciri-ciri tradisional masyarakat negaranya, termasuk kaftan dan djellabas. Kesemuanya diadun sempurna bagi menonjolkan ciri-ciri mewah, ringkas, moden dan berani.

Kemewahan rekaannya dapat dilihat pada sentuhan fabrik dan warna yang dibawa khas daripada nama-nama besar dalam dunia fesyen seperti satin daripada Jacob Schleffer dan fabrik khas daripada Christian Lacroix serta Chanel.

Ketika para tetamu asyik berbicara tentang rekaan berikutnya, Syaiful muncul bersama para jelitawan yang memperagakan koleksi yang dinamakan Sartorial Hijab.

Biasanya hijab dikaitkan dengan pakaian bersaiz longgar dan labuh menutupi keseluruhan bentuk tubuh wanita. Potongan seperti itu masih dikekalkan tetapi telah dipermodenkan supaya lebih bergaya.

Membezakannya dengan hijab yang berwarna hitam, Syaiful memilih fabrik songket dan batik tenun tangan berwarna biru nila, putih gading dan merjan (batu karang merah).

Sementara itu, Nickie mempertaruhkan koleksi Jasmine. Beliau yang begitu mengagumi bunga melor berkata, bau yang harum itu merupakan syurga wanita, selain menampilkan sifat romantik.

Justeru, tidak hairanlah jahitan manik, labuci dan sekuin menyerupai bunga menjadi motif pada fabrik pilihannya iaitu sifon, sutera dan broked.

Apa yang dapat dilihat, setiap helaian rekaannya sarat dengan taburan manik, labuci dan sekuin. Untuk menghasilkannya, katanya, memakan masa lama demi mendapatkan koleksi klasik dan kontemporari.

Ketika tetamu terpaku melihat setiap koleksi yang ditampilkan, tiba-tiba kedengaran perkataan wow! Begitulah reaksi pertama tetamu tatkala peragawati jelita yang menyarung busana rekaan Bernard muncul di pentas.

Tepukan gemuruh dan suara yang saling berbisik pastinya memuji kreativiti yang ditampilkan oleh pereka tersohor tanah air itu.

Menampilkan rekaan yang eksklusif, elegan dan bergaya mewah, ternyata sentuhan kreativiti Bernard dalam memperincikan potongan dan pilihan fabrik yang tepat bersesuaian dengan konsep yang ditampilkan, Abaya Abaya.

Kehebatan rekaan beliau dapat dilihat apabila himpunannya kali ini menampilkan gaya mewah sang puteri yang diadaptasikan daripada gaya Permaisuri Iran, Farah Diba, Permaisuri Rania dari Jordan dan Sheikha Mozah dari Qatar.

Tidak lengkap busana Muslimah tanpa tudung yang menutupi kepala. Tanpa mahu bermain dengan rekaan tudung yang labuh, Bernard lebih selesa memadankan pakaian rekaannya dengan turban yang berwarna sedondon. Antara warna pilihan beliau adalah merah cili, merah jambu, kelabu dan hitam.

Selepas kejayaan IFF London 2012, kemungkinan besar edisi berikutnya akan diadakan di Monaco. Apa yang diharapkan daripada penganjuran ini adalah setiap helaian busana muslimah yang diperagakan bakal 'menghapuskan' stigma masyarakat dunia yang takut terhadap Islam selepas kejadian 11 September.

Kreativiti yang ditonjolkan menerusi busana muslimah itu, diharap dapat membetulkan tanggapan negatif masyarakat dunia khususnya Barat terhadap Islam.

Koleksi baru Tomei

Posted: 23 May 2012 09:30 PM PDT

Barisan model menggayakan koleksi Ana-stasia.

kilauan emas jarang mengecewakan dalam melengkapkan penampilan wanita. Logam kuning berharga ini bukan sekadar jadi hiasan bahkan menjadi pelaburan menguntungkan sejak zaman berzaman.

Justeru bukan sesuatu yang luar biasa jika hiasan emas kekal mendominasi dalam pasaran aksesori wanita apatah lagi apabila ia sentiasa mendapat sentuhan baru dari segi konsep dan rekaan.

Terbaru jauhari emas terkenal, Tomei, melancarkan koleksi rekaan hiasan emas musim bunga/panas yang turut ditampilkan bertepatan dengan sambutan Hari Ibu.

Pengurus Kanan Pemasaran Tomei Consolidated Berhad, Christine Lim berkata, tahun ini pihaknya telah mencipta satu koleksi terbaru yang diberi nama Ana-stasia bagi menambah rekaan-rekaan yang sedia ada.

Katanya, kemunculan Ana-stasia adalah kesinambungan daripada kejayaan Tomei menghasilkan dua koleksi mewah terdahulu Exotic Allure dan Eternel Binding .

"Kesemua koleksi ini adalah hasil rekaan dan kreativiti tukang-tukang emas kami," katanya pada majlis pelancaran sulung koleki Ana-stasia, di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Christine, Ana-stasia koleksi emas 916 yang menampilkan pelbagai bentuk rekaan yang menarik dan versatil.

Ia meliputi set lengkap rantai leher dan gelang tangan, anting-anting, cincin dan sebagainya yang setiap satu terdapat logo Tomei sebagai tanda dagang eksklusif.

Beliau menambah, antara ciri menarik koleksi ini ialah konsep suai padan seperti padanan rantai panjang dengan pakaian ke pejabat atau juga dengan dres labuh dan kebaya.

"Rekaan yang menonjol dan glamor ini boleh digayakan secara konvensional dengan padanan pakaian tradisional mahupun dengan gaya moden dan trendy.

"Apa yang pasti koleksi Ana-stasia disasarkan kepada semua golongan wanita daripada usia 16 tahun ke atas.

"Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan pada harga bermula serendah RM600 bergantung kepada harga emas pasaran dan juga rekaannya," katanya.

Pada majlis pelancaran yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Tomei, Ng Yih Pyng, sebanyak enam koleksi Ana-stasia dipamerkan buat pertama kali kepada orang ramai.

Digayakan oleh barisan model-model jelita, pelancaran bersejarah itu turut diserikan dengan penampilan istimewa Ratu Cantik Chinese Cosmos 2004, Natalie Chiaw dan Ratu Cantik Chinese Cosmos Asia Tenggara 2011, Carrie Lee.

Turut ditampilkan koleksi barangan emas putih, berlian, emas juga termasuk jenama antarabangsa iaitu Batar Gold dan Prima Gold.

Pelajar cemerlang SPM terima sumbangan

Posted: 23 May 2012 09:29 PM PDT

SUBAHAN Kamal (barisan depan, enam dari kiri) bersama pelajar cemerlang dan guru sekolah yang menerima insentif pada majlis penyampaian sumbangan di Selayang baru-baru ini.

SELAYANG 22 Mei - Pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 dari lima buah sekolah di sini menerima insentif sebanyak RM100 seorang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong mencatatkan penerima tertinggi iaitu seramai 106 pelajar menerima insentif itu.

Sumbangan tersebut disampaikan dalam Majlis Mesra Rakyat Bersempena dengan Sumbangan Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2011 dan Penyampaian Cek untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sumbangan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Menurut Subahan, sumbangan tersebut bertujuan mengurangkan beban pelajar cemerlang berkenaan selain memberi motivasi kepada mereka untuk cemerlang dalam pelajaran.

Selain itu menurutnya, pelajar dari SMK Darul Ehsan, SMK Selayang Baru, SMK Ideal Heights dan SMK Rawang turut menerima sumbangan tersebut.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan cek berjumlah RM3,000 kepada PIBG daripada 14 buah sekolah di kawasan itu.

Keciciran pelajar Orang Asli di sekolah menurun

Posted: 23 May 2012 09:27 PM PDT

JOSEPH Entulu Belaun (dua dari kanan) bersama dua pelajar Orang Asli, Azzanazatina Teo Chong Yim (kiri) dan Mila Yulianti Yusof melihat buku yang disediakan di bilik bacaan selepas merasmikan Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Rompin, semalam.

ROMPIN 22 Mei - Kadar keciciran pelajar Orang Asli di sekolah di negara ini menunjukkan penurunan iaitu daripada 29 peratus pada tahun lalu kepada 26 peratus bagi tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerajaan amat memandang serius pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman khususnya pelajar Orang Asli.

"Justeru fokus utama kementerian melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) ialah penurunan kadar keciciran terutamanya dari sekolah rendah ke sekolah menengah dengan menyasarkan sehingga 15 peratus pada 2015.

"Bagaimanapun sokongan padu dan kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru amat diperlukan bagi mencapai hasrat tersebut," katanya pada majlis perasmian Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA), di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun.

PIPOA merupakan pusat akademik pertama diwujudkan di negara ini dengan kos sebanyak RM6.3 juta bagi menempatkan pelajar Orang Asli seluruh Pahang yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Menurut Mohd. Shafie, sebanyak RM22.5 juta dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun bagi membantu para pelajar Orang Asli mendapat pendidikan percuma dalam usaha mengurangkan jurang perbezaan dengan masyarakat lain terutama di kawasan bandar.

"Antara bantuan diberikan adalah tambang pengangkutan, yuran sekolah, wang saku serta kemudahan biasiswa bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)," jelasnya.

Sementara itu, beliau yakin dapat melahirkan lebih ramai pelajar Orang Asli yang cemerlang terutama di kawasan pedalaman dengan terbinanya PIPOA.

"PIPOA yang beroperasi pada September 2010 akan dijadikan perintis sebelum dibina di negeri-negeri lain," jelasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved