Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Kelab Doktor Muda tingkat kesedaran
- Geseran papan selaju
- Tiga kem terima lawatan VIP
- Mantera filem Sci-Fi pertama Malaysia bertaraf antarabangsa
- Lan, Sheila bakal timang cahaya mata kedua
- Rita: 'Saya tidak bersalah, akan terus juang demi anak'
- Friendster labur RM6j
- Polis buru pasangan bantu siasatan
- Wanita dikurung majikan
- Hargai pengorbanan jururawat
- ‘Saya sunyi tanpa isteri di sisi’
- Effan kini terbaring koma
- ‘Adam derita, saya sengsara’
- Lea Centre taja Miss WHF 2012
- Bell Boy jadi 'ulat' teksi haram sekitar ibu kota
- Sasar tingkat 10 peratus setahun
- Pelajar Penan pertama terima biasiswa
- Malaysia tuan rumah Festival Jazz Belia Dunia
- Besi tembus kereta
- Asni jumpa botol arak cederakan pelancong
- Jualan kenderaan tempatan terus menyusut
- Dadah 12.4kg RM14.9j dirampas
- Anas, Tisha mara ke separuh akhir
- Konsert RM1 juta DJ Dave
- Pelayaran cinta Anang, Ashanty
| Kelab Doktor Muda tingkat kesedaran Posted: 18 May 2012 06:47 PM PDT Rosnah Abdul Rashid Sirlin meletakkan tapak tangan pada mural yang dilukis oleh Kelab Doktor Muda SK Wawasan Seremban 2 sebagai simbolik pelancaran Pertandingan Melukis Mural Kesihatan dan Kebersihan Kebangsaan Antabax. BERDASARKAN kajian, purata tangan manusia mempunyai hampir 150 spesies bakteria dengan 80 peratus jangkitan penyakit tersebar melalui tangan yang kotor. Tabiat kebersihan yang mudah iaitu membasuh tangan dengan sabun atau mensanitasi tangan dapat mengurangkan jumlah statistik ini. Ini kerana membasuh tangan dengan cara yang betul telah terbukti dapat mengurangkan risiko cirit-birit sebanyak 20 peratus dan risiko jangkitan saluran pernafasan sebanyak 24 peratus. Berlandaskan hakikat itu jugalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan asas penjagaan kebersihan. Antara usaha tersebut ialah memperkenalkan Kelab Doktor Muda yang menyasarkan golongan remaja khususnya murid sekolah. Ia merupakan kesinambungan daripada program health promoting school yang pertama kali diperkenalkan pada 1989 berbentuk pembimbing rakan sebaya mengenai ilmu asas kesihatan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata, Kelab Doktor Muda merupakan program kokurikulum yang dianggotai oleh para pelajar Tahun 4, 5 dan 6 bagi melatih murid-murid untuk menjadi mentor kepada rakan-rakan sebaya. Para pelajar ini seterusnya bertindak sebagai pemangkin perubahan kepada pengetahuan, sikap dan amalan positif tabiat penjagaan kesihatan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. "Para pelajar yang menyertai aktiviti kelab ini dilatih mengenai asas kesihatan bagi membantu mereka mengajar rakan sebaya. "Secara tidak langsung mereka menjadi role model dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan mereka di sekolah," katanya. Tambah Rosnah, Kelab Doktor Muda berperanan penting dalam memupuk tabiat kesihatan dan kebersihan yang baik bagi murid-murid dari usia yang muda. Menurut Rosnah, sehingga kini terdapat kira-kira 1,392 atau 18 peratus buah sekolah rendah di seluruh Malaysia yang telah menubuhkan Kelab Doktor Muda dengan penglibatan 36,000 orang murid sekolah Tahun 4 hingga 6. "Kita harus membentuk tabiat ini sewaktu kanak-kanak masih muda lagi dan dengan adanya program Kelab Doktor Muda bagi tahun 2012, terdapat pelbagai aktiviti interaktif yang mampu menarik minat mereka untuk menyertainya," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Pertandingan Melukis Mural Kesihatan dan Kebersihan Kebangsaan Antabax di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti bagi menggalakkan sekolah-sekolah rendah menubuhkan Kelab Doktor Muda . Sekolah yang mempunyai mural terbaik akan menerima RM10,000 yang akan diagihkan kepada pelajar-pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terbaik pada tahun 2012. Manakala empat sekolah terbaik pula akan menerima satu tahun bekalan produk Antabax, yang boleh digunakan di kawasan-kawasan umum persekitaran sekolah. Dalam pada itu menurut Rosnah, projek melukis mural oleh Antabax akan memberi peringatan untuk setiap hari mengenai tabiat penjagaan kebersihan dan kesihatan kepada kanak-kanak apabila mereka berada di sekolah. Serentak dengan majlis itu Rosnah turut melancarkan skuad mobil Zoomers Kelab Doktor Muda . Skuad ini diperkuat dengan 46 orang anggota kesihatan dan pelajaran telah dilatih untuk berperanan sebagai jurucakap utama Zoomers Kelab Doktor Muda yang akan diadakan di setiap negeri. Skuad ini bergerak bermula di Seremban dan dijangka akan berakhir pada 20 Oktober 2012 di Negeri Sabah. Sementara itu Pengurus Besar (Bahagian Pemasaran Penjagaan Rumah dan Penjagaan Diri) Lam Soon, Francis Ng, berkata, langkah Antabax menaja program Kelab Doktor Muda, kerana ia memahami kepentingan memupuk tabiat penjagaan kebersihan yang baik di kalangan kanak-kanak. "Kelab Doktor Muda merupakan platform terbaik untuk meningkatkan kesedaran, mengajar dan memupuk tabiat yang baik di kalangan murid-murid sekolah supaya dapat diamalkan seumur hidup," katanya. | ||
| Posted: 18 May 2012 06:45 PM PDT Bermain papan selaju memerlukan keseimbangan badan yang tinggi. Gerakan-gerakan menarik dan agak berbahaya mengiringi bunyi geseran roda bersentuhan palang besi yang cukup kuat kedengaran. Ia dihasilkan oleh sekumpulan remaja yang begitu asyik bermain papan selaju (skateboard). Melihat mereka mengimbangkan diri di atas papan beroda empat bagaikan kebal daripada rasa takut terjatuh atau cedera. Oleh kerana sudah terbiasa dengan latihan yang dilakukan setiap hari, rata-rata anak-anak remaja berusia antara 12 hingga 18 tahun ini tidak terusik oleh rasa gerun jauh sekali berputus asa apabila ada gerakan yang tidak menjadi. Pelbagai teknik dan gaya yang ditampilkan sehingga ada yang menonton terasa ingin berdiri sekali di atas papan selaju tersebut. Sememangnya aksi-aksi berani kumpulan remaja yang menjalani latihan di tempat letak kereta Pasar Besar Cheras, Kuala Lumpur, bukan pemandangan baru bagi mereka yang kerap lalu-lalang di situ. Pengasas yang juga bertindak sebagai jurulatih kepada anak-anak muda tersebut, Muhamad Faisal Taib, 35, berkata, kumpulan dikenali sebagai Skaters Cheras ini, telah wujud sejak tahun 2005 lagi. Biarpun ahlinya datang dan pergi, kumpulan tersebut terus utuh dan ketika ini terdapat lebih 30 remaja dari kawasan sekitar yang datang untuk berlatih atau sekadar suka-suka untuk bermain papan selaju. "Saat saya mula menubuhkan kumpulan di sini ada beberapa lagi rakan yang turut menjadi jurulatih. "Sekarang hanya tinggal saya sahaja yang melatih anak-anak muda ini tanpa sebarang bayaran. "Saya buat ini pun hanya sekadar suka-suka untuk menurunkan ilmu kepada mereka yang berminat kerana tidak mahu sukan ini pupus begitu saja," jelasnya mula bermain papan selaju sejak tahun 1996 lagi. Rasa minat yang mendalam terhadap aktiviti sukan lasak ini memberikan inspirasi kepada Muhamad Faisal untuk meneruskan perjuangan bersama remaja-remaja di Cheras. Menurutnya, terdapat pelbagai teknik latihan papan selaju yang boleh dipelajari seperti street skate, bowl skate, skatepark dan vert skate. Namun katanya, bagi sekumpulan remaja di Cheras ini, mereka hanya didedahkan dengan gaya permainan permulaan yang ringan iaitu street skate (skate jalanan). "Teknik street skate pun ada banyak gaya seperti ollie, board slide, manual, caveman, heel flip dan 50-50 grind. "Untuk menguasai setiap teknik memerlukan komitmen dan latihan yang mantap. Mula-mula belajar memang sukar, tetapi selepas itu mereka akan mahir dengan sendiri," ujarnya. Sementara itu salah seorang remaja yang ditemui, Muhammad Aiman Masri, 19, berkata, bermain papan selaju memerlukan ketangkasan dalam melakukan pergerakan-pergerakan yang sukar. "Saya menyertai kumpulan Skaters Cheras ini sejak sekolah rendah lagi. Saya memang minat sukan lasak ini dan telah menjadi hobi setiap petang untuk datang ke sini bersama-sama rakan. "Kalau ingin mencabar diri saya luangkan masa pergi ke tempat yang disediakan untuk para pemain papan selaju di Mont Kiara," jelasnya yang pernah patah tangan dan bahu sewaktu bermain papan selaju. Seorang lagi remaja yang merupakan satu-satunya peluncur perempuan, Annur Abdullah Sani, 17, menyertai kumpulan itu sejak dua tahun lalu. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tasik, Kuala Lumpur itu, tidak menjadikan perbezaan gender sebagai halangan menguasai teknik-teknik menarik dalam permainan papan selaju. "Walaupun dikelilingi lelaki, tetapi tidak menggusarkan saya untuk menyertai kumpulan ini kerana sudah serasi dan selesa bersama mereka. Malah kebanyakan mereka adalah rakan satu sekolah. "Sebelum ini terdapat beberapa orang skategirl yang ikut serta tetapi menarik diri kerana sibuk memberi komitmen untuk sukan di sekolah," katanya yang juga gemar hobi berenang dan menari. Seorang lagi remaja, Ammar Danish Saiful Azrin, 15, menarik perhatian dengan dengan melakukan pergerakan ollie iaitu lompat setempat di atas papan selaju yang bergerak. Pelajar SMK Seri Tasik ini juga mahir dalam melakukan pelbagai teknik lain yang tidak kurang mencabarnya. "Saya pernah menyertai beberapa pertandingan. Kepuasan saat beraksi dengan gerakan-gerakan menarik memang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata," katanya. | ||
| Posted: 18 May 2012 06:41 PM PDT Sebahagian pegawai dan anggota tentera darat mendengar ucapan Menteri Pertahanan di Kuantan, baru-baru ini. BAGI memastikan pertahanan negara sentiasa berada dalam keadaan siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob melakukan lawatan ke tiga kem tentera di Kuantan baru-baru ini. Lawatan itu juga bertujuan mendapatkan maklum balas tentang permasalahan yang mungkin dihadapi mereka. "Ini bukan lawatan politik sebaliknya majlis muhibah antara pemimpin kerajaan dengan rakyat daripada golongan angkatan tentera," kata Menteri Besar Pahang itu. Adnan berkata, orang ramai sentiasa tidur nyenyak setiap malam kerana adanya anggota tentera yang sentiasa menjaga pantai, hutan dan udara. Ahmad Zahid pula mengingatkan anggota tentera agar memahami prosedur pembelian aset tetapi semua maklumat berkenaan tidak boleh didedahkan kepada umum seperti yang dikehendaki oleh pemimpin parti pembangkang. Sementara itu Panglima Markas Empat Briged, Kem Batu 10, Brigedier Jeneral Datuk Abdul Rahim Abdul Mutalib berkata, anggota tentera amat berbesar hati dan merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kerana kesudian Menteri Pertahanan dan Menteri Besar Pahang meluangkan masa berjumpa dengan mereka. Menurutnya, tahap keselesaan dan kebajikan warga ATM telah diberi keutamaan seperti yang dapat dilihat pada hari ini. "Perbezaan dan perubahan yang membanggakan itu menunjukkan kerajaan begitu prihatin dalam memberi keutamaan kepada ATM,'' ujarnya. Beliau yakin hasil usaha Menteri Pertahanan yang banyak membawa pemodenan dari segi sistem persenjataan dan kemudahan kepada tentera akan dapat mempertingkatkan keupayaan tempur dan keharmonian anggota tentera. "Sesungguhnya usaha murni itu memberi inspirasi dan perangsang kepada kami di sini untuk terus berusaha dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan sekali gus bersedia menghadapi segala bentuk rintangan yang mendatang," katanya. Panglima Wilayah Laut 1 Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, Kuantan, Laksamana Pertama Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli pula berkata, anak buahnya sentiasa bersiap sedia menjaga keamanan di sekitar lautan negara. Menurutnya, tentera laut turut mempunyai aset tentera yang serba moden dan mampu mempertahankan negara seperti pasukan lain. Komander Panglima Udara Kuantan, Brigedier Jeneral Mohammad Salleh berkata, pertemuan itu akan dapat mengeratkan hubungan kerajaan dan anggota tentera. | ||
| Mantera filem Sci-Fi pertama Malaysia bertaraf antarabangsa Posted: 18 May 2012 06:40 PM PDT Tomok teraju utama filem Mantera Pertama kali melihat poster filem ini, fikiran penulis terus teringatkan filem Transformers arahan Michael Bay. Justeru, sekalung tahniah dilayangkan kepada syarikat produksi, Flare Studios Sdn Bhd kerana berani mempertaruhkan filem bercorak Sains Fiksyen bertaraf antarabangsa dengan kos yang besar, RM8.5 juta (kos yang agak besar untuk fi lem tempatan). Diarahkan oleh Mohd Aliyar Al- Kutthy, filem Mantera dibarisi oleh Tomok, Shiqin Kamal, Kamaliya, Faezah Elai dan Yank Kassim. Filem ini turut mendapat kerjasama daripada pelakon antarabangsa seperti Wael Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojkin (Russia), pelakon seni mempertahankan diri Russia Saide Dashuk-Nighmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Mrs. World 2008,Natalya Shmarenkova (Ukraine). Namun, harus diingatkan, apabila melangkah ke dalam panggung, anda harus buang jauh-jauh bayangan filem Transformers kerana ini adalah Mantera. Malah, tidak adil rasanya jika kita mahu membandingkan filem yang pembikinannya memakan kos lebih tinggi dengan filem yang kosnya jauh lebih kecil. Perjalanan jalan cerita banyak menggunakan teknologi imej janaan komuter (CGI) termasuk babak yang melibatkan pertarungan robot. Malah, pada permulaan cerita, garapan Mantera dibuat sebaik seperti filem luar kerana kebanyakan dialog dilontar dalam bahasa Rusia dan Inggeris. Selain itu, pengarah bijak memasukkan tempat-tempat menarik di Moscow dan Dubai bagi menarik perhatian penonton. Biarpun cukup cemerlang dari teknik sinematografi , teknik pencahayaan filem ini kadangkala mencacatkan kerana ada beberapa babak, pencahayaan kelihatan suram, sekali gus menjejaskan mood. Begitu juga dengan skrip dan perkembangan plot yang sepatutnya dipertingkatkan lagi kerana ada di antara babak di dalam filem ini, tidak meninggalkan kesan kepada penonton. Namun, Tomok sebagai teraju utama filem ini, berjaya mengekspresikan satu lakonan yang cukup baik. Cuma, disebabkan dialog tidak cukup kuat, buatkan lakonan Tomok kadangkala sedikit kaku. Bagaimanapun, secara keseluruhannya, tidak mustahil andai selepas ini Mantera akan dijadikan filem rujukan buat penerbit yang mahu hasilkan filem Sains Fiksyen bertaraf antarabangsa. Malah, bagi peminat filem tempatan yang mahu mencari kelainan, anda harus menonton filem ini. Namun, harus diingat agar tidak menyamakannya dengan mana-mana filem antarabangsa kerana ini adalah filem dan usaha anak tempatan yang mahu hasilkan kelainan. Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik tabir, iaitu 'Alliance of Light' dan 'Dark Legions'. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia dinamakan MANTERA iaitu singkatan kepada 'MAN Transformable Exo-Robotic Armor'; sistem motosikal dan sarung tangan nano yang boleh berubah bentuk menjadi baju perisai robotik. Bagaimanapun, ketua reka cipta MANTERA iaitu Dr. Natasya yang tahu niat jahat syarikat itu, mensabotaj dan musnahkan sistem MANTERA sebelum menghilangkan diri dengan pelan skematik dan 'blue print' MANTERA. Sisa-sisa dan cebisan MANTERA secara tidak sengaja dihantar kepada seorang pelajar IT di Malaysia bernama Azman. Azman dengan bantuan rakan karibnya, Kevin membina semula Tanpa disedari, motor itu bertukar jadi baju perisai robotik yang beri kekuatan dan kepantasan 'superhero' kepada pemakainya. Apa akan berlaku seterusnya? Saksikannya di pawagam. | ||
| Lan, Sheila bakal timang cahaya mata kedua Posted: 18 May 2012 06:39 PM PDT Lan, Sheila bakal timang cahaya mata kedua Kisah cinta pasangan suami isteri ini bermula sejak di alam persekolahan lagi iaitu ketika mereka berada di tingkatan dua, Sekolah Menengah Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 1999. Siapa sangka daripada cinta monyet, percintaan yang mencecah usia 10 tahun itu akhirnya membawa ke jinjang pelamin. | ||
| Rita: 'Saya tidak bersalah, akan terus juang demi anak' Posted: 18 May 2012 06:38 PM PDT Rita bersama anaknya SHAH ALAM - Meluahkan isi hati sehari selepas keputusan berkenaan kes cerainya, pelakon Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar hari ini menegaskan, dia akan terus mempertahankan haknya sebagai seorang isteri selain meneruskan perjuangan demi masa depan anaknya. Semalam, Mahkamah Rendah Syariah membenarkan permohonan pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak menarik balik hasrat untuk bercerai dengan Rita. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Mohamad Aidil Zafuan berhubung penarikan permohonan cerai yang difailkannya pada 12 April lalu. Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 dan dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2. "Saya tidak bersalah dan akan teruskan berjuang demi anak-anak. Semoga ALLAH melindungi kami yang teraniaya. Jangan menipu... ALLAh ada," luah Rita dalam salah satu mesej Twitter hari ini. Dia juga menyeru agar orang ramai menghentikan segala spekulasi dan andaian yang belum pasti kebenarannya berhubung masalah rumah tangganya. "Tolonglah... jangan rasa terlalu seronok atas kesengsaraan orang dan menambah duka yang ada," katanya yang menghantar siri mesej Twitter, termasuk menjawab soalan beberapa pengikutnya. Rita juga berkata, dia telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. Katanya lagi, dia telah laksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang baik kepada suami. "Saya tidak pernah mengaibkan suami saya", tambah beliau lagi. | ||
| Posted: 18 May 2012 06:37 PM PDT Ganesh Kumar (kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi Friendster, Nikolai Galicia pada pelancaran Friendster di Kuala Lumpur, semalam. Peneraju laman sosial, Friendster milik MOL Global, optimis menyasarkan peningkatan 10 juta pengguna unik yang aktif di peringkat global sebulan menjelang akhir 2012 disokong pengenalan Friendster Hotspot dan Friendster iCafe. | ||
| Polis buru pasangan bantu siasatan Posted: 18 May 2012 06:34 PM PDT Gambar suspek yang dirakam menerusi CCTV. KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan dua individu yang dipercayai menyamun, membogelkan, mengikat dan mengurung seorang agen hartanah lebih 10 jam di sebuah kondominium di Mont Kiara, 10 Mei lalu. | ||
| Posted: 18 May 2012 06:33 PM PDT Azizah menceritakan kejadian itu dan menunjukkan salinan laporan polis, semalam. CHEMOR - Seorang kerani mendakwa bukan sahaja dikurung malah dikasari majikannya yang berang dengan tindakannya yang mahu melaporkan penindasan kepada Pejabat Tenaga Kerja Negeri, kelmarin. | ||
| Posted: 18 May 2012 06:32 PM PDT Sapilah (enam, kanan) memotong kek meraikan Hari Jururawat sambil diperhatikan Onn. SIMPANG RENGGAM - Meskpun tanggal 12 Mei sempena Hari Jururawat Sedunia sudah berlalu namun sambutannya masih dirai sebagai usaha menghargai pengorbanan golongan terbabit dalam bidang kesihatan. | ||
| ‘Saya sunyi tanpa isteri di sisi’ Posted: 18 May 2012 06:31 PM PDT Nayan menunjukkan gambar isterinya yang masih dalam simpanannya. BALING - Seorang lelaki, Nayan Harun, 60, merayu agar isterinya, Fadilah Samsudin, 34, pulang ke pangkuannya setelah empat bulan menghilangkan diri. | ||
| Posted: 18 May 2012 06:28 PM PDT Shamsul dan Hasanah sedih dengan nasib yang menimpa anak bongsunya. PASIR GUDANG – Suara rengekan manja anak kecil berusia empat tahun, Effan Shamsul kini tidak lagi kedengaran selepas disahkan koma akibat kecederaan setelah terjatuh dari tangga di Flat Taman Cendana, di sini 2 Mei lalu. | ||
| Posted: 18 May 2012 06:24 PM PDT 'Adam derita, saya sengsara' SHAH ALAM – "Saraf tunjang Adam semakin lama semakin mengecut. Postur tubuhnya jadi tidak sempurna kesan penyakit itu. Begitulah gambaran keadaan Adam Akbar Ali, 10, yang mengalami penyakit tumor di saraf tunjang, seperti diceritakan bapanya, Akbar Ali Mohamed Noordin. Kini, tumor Adam di peringkat kedua. Akhbar berkata, Adam pernah menjalani pembedahan di Hospital Queen Elizabeth di Singapura pada Julai 2010 dan pada 17 November 2011 di Hospital Kuala Lumpur. | ||
| Posted: 18 May 2012 06:22 PM PDT ![]() MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA SERAMAI 10 peserta Miss World Harvest Festival 2012 memberikan pose istimewa bersama kasut tajaan Lea Centre di Kuching semalam. KUCHING - Senarai penaja acara final Miss World Harvest Festival (WHF) 2012 anjuran Kampung Budaya Sarawak di Santubong, dekat sini pada 26 Mei ini terus bertambah dengan pengeluar barangan sukan terkenal, Lea Centre Sdn. Bhd. tampil sebagai penaja terbaharu. Syarikat itu menaja koleksi kasut jenama Emilio Valentino untuk diperagakan oleh 15 jelitawan Miss WHF 2012. Penyerahan tajaan itu dilakukan oleh Pengurus Jualan Lea Centre, Lim Kim Guek kepada Koordinator Miss WHF 2012, Alyaa Mastura Noorjaya Chew di sini semalam. Acara itu mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Kementerian Pelancongan Negeri Sarawak, Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). Finalis Miss WHF 2012 ialah Rebekah Livan Balan, 23; Corry Philip, 21; Gracia Vicky Chua, 18; Helina Sarani Saba, 24; Kara Karissa Simon, 23; Rachel Frankie, 22; Angelica De Rozario, 24; Diana Kedeny, 21; Alfira Asmila Asmi, 20; Magrina Awing George, 19; Stephanie Yiap Ai Nee, 20; Prescilla Mark, 22; Farahana Zita Joes, 21; Dayang Haizum Abang Kerni, 24; dan Annie Salang, 19. Syarikat jenama haruman terkenal, One Drop Perfumes menjadi penaja utama manakala Kosmo! pula sebagai rakan media rasmi Miss WHF 2012. | ||
| Bell Boy jadi 'ulat' teksi haram sekitar ibu kota Posted: 18 May 2012 06:21 PM PDT ![]() KELIHATAN beberapa kakitangan hotel yang membantu pelancong asing menaiki teksi haram di Kuala Lumpur baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Masalah "ulat" teksi haram tidak pernah selesai terutama di Jalan Bukit Bintang di sini. Kali ini modus operandinya didalangi oleh kakitangan hotel terutama mereka yang bekerja sebagai pelayan atau Bell Boy. Tinjauan Kosmo! mendapati, peluang berinteraksi dengan pelancong yang menginap di hotel digunakan mereka memujuk menaiki teksi haram. Selain itu, kakitangan hotel itu juga mempunyai rangkaian sesama mereka di kebanyakan hotel utama di Kuala Lumpur dan berpakat mengenai caj yang dikenakan sesama sendiri. Pendedahan itu dibuat oleh pemandu teksi sendiri yang mendakwa kegiatan itu seakan-akan mencurah pasir ke dalam periuk nasi mereka. Seorang daripadanya, Manpreet Singh, 30, berkata, kakitangan hotel didakwa menetapkan harga kepada pelancong untuk ke destinasi tertentu dan memperoleh komisen sebanyak 20 peratus daripada bayaran dikenakan teksi haram. "Mereka (pekerja hotel) juga beritahu pelanggan tambang teksi berlesen tinggi dan mereka mengesyorkan perkhidmatan teksi haram. | ||
| Sasar tingkat 10 peratus setahun Posted: 18 May 2012 06:20 PM PDT ![]() GENERASI muda didedahkan dengan pendidikan interaktif bagi membentuk masyarakat tahu hak pengguna. - Gambar hiasan PUTRAJAYA - Kerajaan menyasarkan tahap pengetahuan orang ramai mengenai hak pengguna meningkat sebanyak 10 peratus setiap tahun bagi menjadikan rakyat Malaysia dapat melaksanakan perlindungan kendiri menjelang tahun 2020. Timbalan Ketua Setiausaha Kepenggunaan dan Pengurusan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datin Mahani Tan Abdullah berkata, perlindungan kendiri ialah kemampuan rakyat untuk melaksanakan perlindungan pengguna sejajar menjadi penduduk sebuah negara maju. "Ke arah menjadi sebuah negara maju, masyarakat perlu menterjemahkan hak pengguna dalam bentuk tindakan. "Oleh itu, pengguna di Malaysia perlu mampu melaksanakan perlindungan kendiri manakala peniaga pula berupaya menjalankan kawal selia kendiri bagi memastikan mereka menepati hak pengguna," katanya ketika ditemui di sini semalam. Mahani memberitahu, kajian terkini yang dilaksanakan KPDNKK pada tahun 2009 mendapati tahap pengetahuan rakyat Malaysia mengenai hak pengguna pada waktu itu cuma sebanyak 58 peratus dengan peningkatan yang kecil iaitu satu peratus. | ||
| Pelajar Penan pertama terima biasiswa Posted: 18 May 2012 06:19 PM PDT ![]() LERROY (tengah) berkongsi kegembiraan dengan Jolly (kiri) dan ibu saudaranya, Suraya Akup selepas menerima surat tawaran biasiswa di Kuching semalam. KUCHING – Didorong oleh semangat ingin berjaya dan membantu kaumnya sendiri, Lerroy Lemen mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pelajar Penan pertama dari kawasan pedalaman Long Lemai, Baram menerima biasiswa melalui program Peneraju Tunas Potensi. Lerroy, 18, adalah antara 15 pelajar Bumiputera dari Sarawak yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menerima surat tawaran biasiswa tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) semalam. Anak sulung daripada enam beradik itu berkata, kejayaannya adalah hasil dorongan serta tekad untuk membantu kaumnya. "Persekitaran di Long Lemai banyak mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh seterusnya berjaya dalam peperiksaan SPM. "Saya lihat ramai anak muda di kampung saya tidak bekerja, jadi perasaan untuk membantu itu timbul. Ini jadi azimat untuk diri saya berjaya dan melunaskan hasrat tersebut," katanya selepas majlis penyerahan surat tawaran biasiswa YPPB di sini. Surat tawaran tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Turut hadir, Menteri Muda Promosi Pendidikan Teknikal dan Alam Sekitar negeri, Len Talif Salleh yang mewakili Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta Ketua Eksekutif YPPB, Raja Azura Raja Mahayuddin. | ||
| Malaysia tuan rumah Festival Jazz Belia Dunia Posted: 18 May 2012 06:18 PM PDT ![]() AHMAD SHABERY menunjukkan kemahirannya memetik gitar selepas merasmikan Studio Jazz Belia Sedunia di pasar raya Carrefour di Sri Petaling, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Malaysia buat julung-julung kalinya dipilih menjadi tuan rumah penganjuran Festival Jazz Belia Sedunia (WYJF) bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya mulai 23 Mei ini. Pemilihan Malaysia dibuat berikutan pengiktirafan yang diberikan oleh Organisasi Festival Jazz Asia dan Komuniti Jazz Sedunia. Festival itu disifatkan sebagai satu daripada komponen penting daripada 38 segmen yang akan diadakan sepanjang sambutan berkenaan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penyertaan pertama kali WYJF itu bukan sahaja membawa bersama peminat jazz malah turut disertai belia beberapa buah negara.
"Selain komuniti dan pengikut tempatan, saya difahamkan sebanyak lapan buah negara akan turut sama memeriahkan WYJF iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Indonesia, Filipina, India, Singapura dan Australia. "Secara tidak langsung, WYJF dengan sendirinya telah mengantarabangsakan Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara 2012 yang selama ini dilihat dalam konteks belia tempatan," jelasnya selepas merasmikan Studio Jazz Belia Sedunia di pasar raya Carrefour di Sri Petaling di sini semalam. | ||
| Posted: 18 May 2012 06:14 PM PDT ![]() ROZIANA menenangkan suaminya, Mohd. Ali selepas kereta mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering di Taiping semalam. TAIPING - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku kepada tiga beranak yang terselamat walaupun kereta Proton Saga yang dinaiki mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya sepanjang 15 meter selepas kenderaan itu terbabas ke tepi lebuh raya. Semasa kejadian pada pukul 2.30 petang di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering itu, pemandu kereta, Mohd. Ali Mohd. Hussin, 33, isterinya, Roziana Abu Samah, 29, dan anak lelaki pasangan itu, Mohd. Haziq, 3, dalam perjalanan ke Petaling Jaya, Selangor. Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Mohd. Ali yang memandu kereta dipercayai mengantuk menyebabkan kenderaan itu merempuh penghadang lebuh raya. Kejadian itu menyebabkan, Mohd. Ali tersepit dalam kereta dipandunya dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan orang ramai. Difahamkan keluarga itu berasal dari Kulim, Kedah dan mahu ke Petaling Jaya untuk menziarahi kakak Roziana di Petaling Jaya. Roziana yang sedang memangku anaknya ketika kejadian berkata, sebelum terbabas kereta dipandu suaminya bergerak terhuyung-hayang. "Suami ketika itu juga memberitahu dia mahu berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat Changkat Jering yang terletak 10 kilometer dari tempat kejadian. "Bagaimanapun, sebelum sempat berhenti rehat, kereta kami terlebih dulu terlibat dalam kemalangan," katanya yang hanya cedera ringan. | ||
| Asni jumpa botol arak cederakan pelancong Posted: 18 May 2012 06:13 PM PDT ![]() KERATAN Kosmo! semalam. KUANTAN - Saksi pendakwaan memberitahu mahkamah, Asni Omar, 37, yang dituduh membunuh Stephanie Foray, 30, (gambar kecil) mencari dan menjumpai sendiri botol arak jenama Malibuyang dijadikan senjata untuk mencederakan mangsa ketika tertuduh dibawa oleh polis ke tapak pelupusan sampah Sarang Tiong di Rompin dekat sini. Perkara tersebut diberitahu saksi kedua pendakwaan, Lans Korporal Jef Anashrul Mohd. Jaafar ketika dia disoal peguam bela Hisham Abd. Rahim yang mewakili tertuduh semasa perbicaraan yang masuk hari kedua kes pembunuhan pelancong wanita warga Perancis di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini semalam. Jef berkata, sebelum menemui botol arak itu, dia merupakan antara beberapa anggota polis yang mengiringi tertuduh ke lokasi pelupusan sampah itu untuk mencari barang bukti. Kata saksi itu, polis meminta tertuduh mencari botol arak itu selepas usaha mencari botol arak yang diberitahu tertuduh digunakan sebagai senjata untuk mencederakan Stephanie gagal ditemui oleh polis yang mencari satu jam di lokasi sama. Jef memberitahu, tertuduh menemui botol arak itu hanya selepas kira-kira 10 minit tertuduh diiringi mencari botol itu di tapak pelupusan sampah tersebut. | ||
| Jualan kenderaan tempatan terus menyusut Posted: 18 May 2012 06:12 PM PDT ![]() jumlah jualan kenderaan Perodua tidak menggalakkan kebelakangan ini. KUALA LUMPUR - Jualan kenderaan bermotor bulan lepas menyusut kepada 47,736 unit daripada 50,936 unit atau 6.5 peratus pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automobil Malaysia (MAA). Segmen kenderaan penumpang mencatatkan 41,436 unit berbanding 45,335 unit pada bulan yang sama tahun lepas. Bagaimanapun, menurut MAA dalam satu kenyataan akhbar semalam, bagi tempoh yang sama, jualan kenderaan komersial pula meningkat kepada 6,300 unit daripada 5,601. Jualan kenderaan bermotor merosot selepas Bank Negara Malaysia mengeluarkan garis panduan baharu pada 21 November 2011 yang menetapkan institusi kewangan perlu membuat penilaian kelayakan berdasarkan pendapatan bersih individu. Pendapatan ataupun gaji bersih itu bermaksud jumlah gaji sebenar yang diterima oleh individu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) dan termasuk segala hutang-hutang lain yang belum habis dibayar. | ||
| Posted: 18 May 2012 06:11 PM PDT ![]() NOOR Rashid menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Sebanyak 736,330 biji pil dipercayai dadah sintetik eramin 5 dan serbuk putih dipercayai Ephedrine seberat 12.4 kilogram (kg) dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat dekat Kapar, Klang di Selangor kelmarin. Kesemua dadah tersebut yang dianggarkan bernilai RM14.9 juta dirampas di rumah tersebut yang dijadikan stor menyimpan bahan tersebut pada Rabu lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan tersebut dilakukan susulan penahanan 25 individu pada 12 Mei lalu kerana terlibat dengan sindiket memproses dan pengedaran dadah antarabangsa. Dalam serbuan itu juga, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dipercayai penjaga rumah tersebut untuk membantu siasatan. "Serbuk putih itu dipercayai Ephedrine yang merupakan bahan utama untuk memproses dadah. | ||
| Anas, Tisha mara ke separuh akhir Posted: 18 May 2012 06:10 PM PDT
SETELAH empat minggu bersaing di pentas Mentor 6, rezeki ternyata tidak memihak kepada Ana Syuhada yang merupakan protege Ramlah Ram apabila gagal layak ke peringkat separuh akhir. Dalam saingan yang berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu, Ana gagal mengatasi dua lagi peserta iaitu Anas dan Tisha apabila sekadar mendapat 201 markah, sekali gus markah terendah untuk saingan Kumpulan A. Ana yang ditemui sebaik sahaja konsert berakhir tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila tersingkir. "Dengan berat hati saya terima penyingkiran ini dan menganggap ia merupakan satu keputusan yang adil. Namun, ia tidak bermakna saya akan melupakan terus impian untuk bergelar seorang penyanyi. "Sepanjang menyertai program ini, sudah banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat terutama sekali daripada mentor saya iaitu Ramlah Ram. Begitu juga dengan komen yang diberikan oleh kedua-dua juri turut membantu saya untuk membuat persembahan yang lebih baik setiap minggu," ujarnya. Pada konsert terakhir Kumpulan A, Tisha yang juga protege kepada Ferhad mendapat markah tertinggi sebanyak 70 markah, diikuti protege Faizal Tahir iaitu Anas dengan 49 markah, manakala Ana pula sekadar meraih 47 markah. Ana yang mempersembahkan dua buah lagu berjudul Ingkar (Bunga Citra Lestari) dan Tentang Rasa (Astrid) ternyata gagal menarik perhatian Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini selaku juri tetap. Tidak dapat menahan sebak sewaktu sidang akhbar berlangsung, Ana menafikan dia tidak dapat memberikan persembahan yang mantap disebabkan mengenangkan keadaan kesihatan ibunya yang kurang baik. "Dengan keadaan ibu yang kurang sihat telah menyebabkan semangat saya semakin membara kerana tidak mahu mengecewakannya. Namun, keputusan telah diumumkan dan perasaan saya memang sedih kerana penyertaan saya sehingga peringkat awal sahaja," ujarnya. Mengenai penyingkiran Ana pada malam tersebut, Ramlah Ram menyatakan, dia berpuas hati dengan keputusan tersebut dan berharap protegenya mampu merealisasikan impian untuk bergelar seorang penyanyi. Selaku mentor kepada Ana selama empat minggu, penyanyi berkenaan berkata dia bersedia membantu sekiranya Ana masih mahu mendapatkan ilmu dan tunjuk ajar untuk pergi lebih jauh dalam bidang nyanyian. "Walaupun sudah tersingkir daripada saingan Mentor 6, tidak bermakna hubungan kami akan berakhir. Memang saya berhasrat untuk terus membimbingnya kerana yakin dia mampu pergi lebih jauh lagi," ujarnya. Sementara itu, Ramli MS pula menilai persembahan ketiga-tiga protege tersebut masih berada pada tahap biasa, tetapi memberikan pujian kepada Tisha yang telah menunjukkan peningkatan ketika mempersembahkan dua buah lagu iaitu Pilihlah Aku (Kris Dayanti) dan The Climb (Miley Cyrus). "Berdasarkan kepada persembahan Tisha, saya melihat sudah banyak kemajuan yang dilakukan berbanding minggu-minggu sebelumnya. Kalau peningkatan ini dapat terus dikekalkan, tidak mustahil dia mampu memberi saingan hebat semasa peringkat separuh akhir nanti," ujarnya. Pada esok malam, saingan Kumpulan B pula akan berlangsung membabitkan tiga orang protege yang akan berebut tempat ke peringkat separuh akhir iaitu KJ (Adam), Caroline (Ella) dan Zatul (Fauziah Ahmad Daud). | ||
| Posted: 18 May 2012 06:08 PM PDT ![]() DARI kiri: S.Atan, Dayang Nurfaizah, DJ Dave dan Marsha bergambar pada majlis Konsert Journey Through Song - Ingin Bersua DJ Dave, baru-baru ini. SETELAH hampir 20 tahun tidak menghasilkan sebarang album lagu berbahasa Melayu, penyanyi popular 1970-an Datuk DJ Dave kini telah tampil dengan single terbaharu berjudul Nyawaku. Menurut penyanyi yang cukup popular dengan lagu-lagu berirama Hindi, lagu berkenaan bukanlah berunsur cinta. Sebaliknya, lagu Nyawaku ciptaan Datuk M. Nasir itu berkisarkan tentang realiti yang berlaku sekarang iaitu mengenai gejala pembuangan bayi. "Sebelum ini, saya meluahkan hasrat kepada Datuk M. Nasir agar dia dapat menghasilkan lagu untuk saya. Kemudian beliau memberikan tujuh buah lagu yang dihasilkannya, tetapi tiada satu pun yang saya berkenan. "Kemudian saya ambil keputusan untuk duduk bersama-sama dengan beliau dan menghasilkan lagu ini, manakala liriknya pula telah dihasilkan oleh AD Samad," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar sidang akhbar Konsert Journey Through Song - Ingin Bersua DJ Dave. Menurut DJ Dave, selain lagu Nyawaku, beliau juga sebenarnya sudah mempunyai perancangan untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal itu bagi menghasilkan dua buah lagu lagi untuknya. Bagaimanapun, penyanyi berkenaan memberitahu, buat masa ini dia mahu memberikan tumpuan terlebih dulu kepada konsertnya yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari bermula pada 1 Jun ini. "Mengenai pembikinan video muzik untuk lagu ini pula, ia telah diarahkan oleh Syafiq yang juga merupakan anak kepada Datuk Yusof Haslam. Saya telah bertemu dengannya dalam satu majlis dan beliau sendiri yang mencadangkan nama anaknya untuk menghasilkan video muzik lagu saya itu. "Meskipun berusia 19 tahun dan masih baru dalam bidang pengarahan, tetapi saya berpuas hati dengan hasil kerjanya. Memang idea yang ditampilkannya sangat bernas dan saya bangga dengan kebolehan yang ada pada dirinya," ujar DJ Dave yang turut menayangkan video muzik Nyawaku semasa acara tersebut. Menurutnya, selain menghasilkan single terbaharu, beliau juga telah merakamkan semula lagu nyanyian Whitney Houston berjudul I Always Love You yang dinyanyikan secara duet bersama penyanyi Marsha. "Rakaman semula lagu ini merupakan tribute kepada penyanyi terkenal tersebut, namun liriknya telah diubah kepada bahasa Hindi. Saya telah memilih Marsha untuk berduet bersama saya kerana kami pernah mengadakan persembahan bersama-sama sebelum ini dan dia memang memiliki suara yang sedap," ujarnya. Sementara itu, M. Nasir yang turut hadir pada majlis berkenaan berkata, dia sendiri mulanya tidak menyangka apabila penyanyi kelahiran Punjabi itu meminta khidmatnya untuk menghasilkan lagu baharu. Ujarnya, selama ini dia memang sering mengikuti perkembangan karier nyanyian DJ Dave, apatah lagi penyanyi berkenaan juga terlebih dahulu berkecimpung 10 tahun lebih awal berbanding dirinya dalam bidang seni. "Pada mulanya saya sendiri tertanya-tanya juga kenapa DJ Dave mahu menggunakan khidmat saya. Setelah diberitahu, dia mahu menampilkan kelainan untuk lagu terbaharunya itu, akhirnya saya bersetuju dan menganggap ia satu cabaran buat diri saya," jelasnya. Imbau nostalgia Bercerita lebih lanjut mengenai Konsert Journey Through Song - Ingin Bersua DJ Dave, penyanyi tersebut memberitahu konsert yang dianjurkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Shahdave Entertainment bakal mengimbas kembali perjalanan kariernya sebagai seorang anak seni. Jelasnya, konsert yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1 juta itu akan memberi kepuasan kepada penonton menerusi persembahan selama dua jam dengan 35 buah lagu popular nyanyiannya serta diiringi 40 orang pemuzik orkestra. "Konsep persembahan nanti akan berdasarkan kepada peredaran zaman sepanjang karier saya sebagai anak seni bermula dari tahun 1970-an sehingga sekarang. Beberapa orang penyanyi seperti Uji Rashid, Dayang Nurfaizah, Marsha dan komposer S. Atan turut diundang untuk menjayakan konsert ini. "Menariknya, semasa konsert tersebut berlangsung, saya akan memakai enam kostum yang pernah dipakai sebelum ini. Sebenarnya, saya memiliki 30 kostum yang masih lagi tersimpan rapi sehingga sekarang," ujarnya. Menurut penyanyi yang sudah berusia 65 tahun itu lagi, memandangkan ia sebuah konsert yang besar serta menelan kos yang cukup tinggi, dia berharap agar konsert tersebut dapat memberi kepuasan kepada penonton yang hadir. "Bagi memastikan konsert ini berjalan dengan lancar, persiapan dan latihan telah dilakukan sejak dua bulan lalu. Memandangkan tempoh persembahan agak panjang, kini saya turut mengambil berat tentang pemakanan seperti kurang mengambil nasi dan sentiasa bersenam," jelasnya. Tiket untuk menonton konsert tersebut sudah mula dijual dengan harga RM53, RM83, RM183, RM253, RM303 dan RM453 dan boleh didapati dengan melayari lawan sesawang www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-4147 8600, 018-326 8001 atau 016 202 1445 untuk membuat tempahan. | ||
| Pelayaran cinta Anang, Ashanty Posted: 18 May 2012 06:07 PM PDT
SEKITAR pertengahan tahun lalu, sewaktu penyanyi duet Anang Hermansyah, 43, dan Ashanty Siddik, 28, datang ke Kuala Lumpur dalam rangka promosi album mereka, Jodohku, mantan suami Kris Dayanti itu tidak menyembunyikan perasaannya terhadap Ashanty. Anang juga tidak malu untuk mengatakan bahawa dia sudah lama ingin menikahi Ashanty, hanya penyanyi bermata bundar itu sahaja yang masih belum memberi sebarang jawapan. Waktu itu, Ashanty memberi alasan kukuh mengapa dia masih belum bersedia menerima lamaran Anang. Katanya yang pada waktu itu baru menjadi kekasih Anang selama dua bulan: "Saya seorang yang realistik dalam soal cinta. Lebih-lebih lagi apabila hubungan cinta ini masih baru, semuanya masih manis. "Sementelah jarak usia kami juga sejauh 14 tahun membuat saya harus berfikir panjang untuk melangkah masuk ke fasa baharu. Saya memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk menilai hubungan cinta kami." Seperti memegang prinsip diri, wanita cantik bermata bundar itu memang benar-benar mengambil jangka waktu hampir setahun untuk menerima lamaran Anang. Pada tanggal 12 Mei lalu, selepas beberapa kali rencana mereka ingin bernikah tergendala, Ashanty akhirnya sah bergelar isteri Anang. Majlis pernikahan mereka berlangsung dengan serba sederhana tetapi meriah di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta Pusat, Indonesia. Ia hanya dihadiri oleh lebih kurang 300 ahli keluarga dan sahabat terdekat pasangan selebriti itu. Usai solat Asar, Anang dan Ashanty pun rasmi menjadi suami isteri. Anang dilihat tersenyum lebar, berbeza Ashanty yang menangis terharu sebelum si suami datang memberi kucupan di dahi buat isteri tercinta untuk menenangkan perasaan Ashanty. Sudah pasti, Anang yang merupakan seorang duda anak dua, menjadi lelaki yang paling bahagia kerana penantian untuk memperisterikan wanita yang dinilai sebagai manja, pintar dan berprinsip itu tercapai. "Kalau ingin tahu, saya sebenarnya sudah lama merancang pernikahan ini tanpa pengetahuan anak-anak atau keluarga saya. Ini (pernikahan) cita-cita saya. Pada saat saya melamar dia dahulu, malah pada saat lagu Jodohku dibikin, ia bukan sebuah lagu yang kosong. Jodohku mempunyai makna yang besar dan ia dibuktikan pada hari ini," ujar Anang membuka rahsia hatinya saat ditemui media usai majlis pernikahan yang dijalankan di Masjid Al Bina, Senayan. Memberi sepersalinan alat solat sebagai tanda mas kahwin kepada Ashanty, selain sejumlah Rp12,512 (RM4,092) sebagai wang hantaran, Anang mempunyai alasan tersendiri. Ujarnya: "Memang sengaja kami memilih wang hantaran yang sedikit jumlahnya dan juga sepersalinan alat solat. Ia sudah cukup buat kami. Rp12,512 itu juga membawa makna kepada tarikh pernikahan kami pada hari ini." ![]() PASANGAN Anang dan Ashanty menurunkan tandatangan ke atas kad pernikahan mereka. Ashanty pula menambah, jika mas kahwin tersebut berjumlah Rp12 juta (RM4,040) atau Rp120 juta (RM40,400), maka angkanya tidak akan sama dengan tanggal pernikahan mereka iaitu 12 Mei 2012. "Kalau Rp12 juta, angka kosongnya terlalu banyak. Tentang sepersalinan alat solat itu, ia simbolik kepada Anang yang akhirnya akan menjadi imam dalam keluarga kami," ujar Ashanty sambil dipersetujui Anang. Naik motosikal Usai bernikah, pasangan tersebut melepaskan sepasang merpati putih untuk terbang bebas. Selain merpati, ahli keluarga mereka juga ikut melepaskan belon-belon berwarna putih, merah dan biru. Anang dan Ashanty mempunyai persepsi tersendiri tentang melepaskan sepasang merpati itu. Ia dianggap sebagai satu simbolik kepada pernikahan mereka akan terus kekal dan sentiasa harmoni. "Seperti sepasang merpati yang setia dengan pasangannya dan tidak akan ke mencari merpati lainnya, semoga pernikahan mereka akan abadi selamanya," ujar pengacara majlis tersebut. Sementara itu, pasangan tersebut telah meraikan cinta mereka dengan sebuah rencana yang cukup unik. Ashanty dibawa suaminya itu, keliling kota Jakarta dengan menunggang motosikal! Itu aktiviti yang mereka lakukan pada malam pertama menjadi pasangan suami isteri. Anang ternyata punya alasan sendiri berbuat demikian. Ujarnya: "Kami naik motosikal pada malam pertama menjadi suami isteri kerana ia merupakan pengangkutan penting bagi saya. "Selama ini, saya memang menggunakan motosikal untuk pergi ke satu-satu destinasi dan malam itu, saya bawa Ashanty bersama untuk menikmati Jakarta dengan menaiki motosikal. Apa yang pasti, naik motosikal, kami bebas daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas." Saat ditanya tentang perancangan mempunyai anak, Anang secara berterus-terang memberitahu dia tidak mahu menunda waktu untuk memiliki anak. Dengan serius, dia memberitahu: "Mudah-mudahan malam ini sudah boleh buat anak (selepas bernikah.) Kini pasangan tersebut sedang enak diulit bahagia sebagai suami isteri. Anang berharap agar perkahwinan keduanya ini kekal ke syurga, begitu juga Ashanty yang berdoa agar ia menjadi perkahwinan pertama dan terakhir buatnya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!












0 ulasan:
Catat Ulasan