Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- 'Bunga mayat' mekar di taman botani Honolulu
- Gian panjat pencakar langit
- Kerjaya dari dalam hati
- Ragam pengunjung di Fiesta Kosmo
- Kaviti sifat bersama Faizal
- Manusia gemar bias balik diri
| 'Bunga mayat' mekar di taman botani Honolulu Posted: 17 May 2012 06:28 PM PDT
HONOLULU, Hawaii - Pokok 'bunga mayat' mekar buat kali pertama dalam tempoh sepuluh tahun di Taman Botani Honolulu di sini. Seorang pekerja di taman itu, Scot Mitamura berkata, bau bunga itu cukup busuk. "Baunya seperti bangkai tikus. Ia amat busuk," kata seorang penduduk, Isaiah Meheula-Lando. | |||
| Posted: 17 May 2012 06:27 PM PDT
"IA satu perasaan yang hebat apabila mengetahui terdapat 100 pegawai polis cuba menghentikan anda daripada melakukan sesuatu, tetapi mereka tidak mampu." Kenyataan itu mungkin berbaur angkuh, namun keterujaan itu hanya mampu diluahkan seorang manusia pelik tetapi unik iaitu pemanjat bangunan atau pendaki solo dari Perancis, Alain Robert, 49. Mei lalu, dia sekali lagi membuat kerja gila dengan memanjat bangunan tertinggi di Perancis iaitu First Tower setinggi 231 meter. Setiap pengawal keselamatan bangunan tertinggi dunia barangkali sudah disuruh bersedia dengan kehadiran lelaki itu yang sering menceroboh bangunan sasarannya pada waktu subuh supaya dia mudah meloloskan diri. Robert sudah memanjat lebih 100 buah struktur gergasi yang kebanyakannya bangunan tertinggi dunia. Lebih mengejutkan, dia langsung tidak menggunakan sebarang kelengkapan memanjat atau pendakian kecuali sepasang kasut mendaki. Antara bangunan pencakar langit utama dunia yang berjaya dipanjatnya termasuklah Burj Khalifa di Dubai yang mempunyai ketinggian 828 meter pada tahun lalu dan Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur yang berketinggian 452 meter pada Julai 2009. Robert juga telah berjaya mencapai puncak menara Jin Mao di Shanghai berketinggian 420 meter pada tahun 2007, Taipei 101 di Taipei (508 meter) pada tahun 2004 dan Sears Tower di Chicago (443 meter) pada tahun 1999. Justeru, rekod pada bulan lalu itu bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan. Para peminat yang mengikuti perkembangannya juga pasti tertunggu-tunggu struktur bangunan seterusnya yang bakal dijadikan sasaran jejaka itu. Mungkin tidak ramai mengetahui bahawa Robert dilahirkan sebagai manusia yang takut pada ketinggian. Dia seorang yang mudah gayat. Begitupun, dalam satu kejadian dia tertinggal kunci rumah, telah menyebabkan dia mengatasi fobianya itu dengan memanjat apartmen ibu bapanya hingga ke tingkat lapan. "Semasa berumur 12 tahun, saya lupa membawa kunci apartmen ibu bapa saya. Jadi saya memanjat bangunan buat kali pertama untuk masuk ke dalam rumah.
"Percayakah anda saya takut dengan ketinggian? Saya selalu ingin memanjat cenuram berbatu tetapi tidak berani. Akhirnya, saya ada sebab untuk memanjat. Peristiwa itu telah membantu mengatasi ketakutan saya," katanya melalui satu temu bual dengan Men's Health tahun lalu. Bercerita lanjut, Robert memberitahu, sejak itu dia memanjat bangunan-bangunan rendah di sekeliling rumahnya tanpa kelengkapan keselamatan dan minat itu berkekalan sehingga kini. "Saya memanjat secara solo tanpa kelengkapan keselamatan sehingga ke paras 8b (gred mendaki ekstrem) di atas cenuram sebenar dan menjadi pendaki solo bebas pertama di dunia. "Namun, saya hanya memperoleh pendapatan yang sedikit. Justeru, saya bekerja di kedai barangan sukan selama 15 jam seminggu untuk membayar sewa tetapi kehidupan menjadi bertambah sukar," katanya. Disebabkan pengalaman pahit itulah, Robert mula memanjat bangunan-bangunan tinggi dengan cara menceroboh, tidak meminta kebenaran dan seperti biasa tidak dilengkapi ciri-ciri keselamatan kecuali memakai sepasang kasut mendaki. "Saya mula memanjat bangunan kerana mahu timbulkan satu perkara menarik untuk dibincangkan. "Kini, saya menggunakan populariti saya untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemanasan global, kebajikan dan memberikan ceramah motivasi. "Saya meraih pendapatan yang tinggi. Sekali ceramah sahaja saya dibayar lebih daripada jumlah pendapatan kebanyakan orang selama enam bulan," ujarnya. Latihan dan kecederaan Tidak seperti kebanyakan atlet mendaki lain, Robert lebih selesa menjadikan kediamannya di Paris sebagai lokasi latihan mendaki, malah biliknya diubah suai sebagai gim persendirian. "Saya mengubah suai siling bilik tidur menjadi dinding tembok. Saya sudah berumur 48 tahun, tetapi dapat bertahan pada dinding berkenaan selama 20 minit dan memanjat secara terbalik sejauh kira-kira 80 ke 90 meter. "Saya bina semua itu di dalam bilik tidur kerana ia mempunyai siling yang tinggi - cukup tinggi dan membahayakan," katanya dalam satu temu bual tahun lalu. Bagaimanapun katanya, biarpun berlatih di rumah sendiri, dia pernah terjatuh sehingga menyebabkan tengkoraknya retak dan koma. "Namun saya sentiasa mencari jalan untuk mendaki semula," katanya yang ternyata tidak pernah serik. Pada satu temu bual pada tahun 2005, Robert memberitahu, dia terjatuh sebanyak tujuh kali sepanjang hidupnya. Semasa berumur 19 tahun dan 20 tahun, dia pernah terjatuh setinggi 15 meter menyebabkan keretakan tulang. Para doktor mengatakan bahawa Robert sudah 60 peratus cacat dan memberitahu, dia tidak lagi mampu untuk mendaki. ![]() Robert turut dipelawa menyampaikan ceramah awam tentang pelbagai topik. Dalam masa enam bulan, dia kembali mendaki dan cuba memanjat lebih banyak struktur mencabar untuk meningkatkan kemahirannya. Robert memberitahu, dia menikmati setiap pendakian dan menganggap bahawa mendaki ibarat makan atau minumnya. "Manusia perlu belajar untuk hidup dengan mengambil risiko. Hidup ini berbahaya. Kini, tidak lagi, lebih-lebih lagi di Singapura apabila semua perkara yang dilakukan perlu diiringi peraturan dan aspek keselamatan," jelasnya. Memiliki hobi pelik yang menyebabkannya tercedera dan ditahan berulangkali oleh pihak berkuasa ternyata hanya menyebabkan Robert lebih teruja memanjat bangunan dengan cara menceroboh, ibarat satu permainan yang menyeronokkan. Dia pernah ditahan semasa memanjat Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur. Pada tahun 2007, dia dibebaskan tanpa denda selepas dua kali gagal percubaan menuju ke puncak menara. Namun, pada tahun 2009, selepas berjaya memanjat menara 88 tingkat itu dalam masa kurang dua jam, dia direman sehari sebelum didakwa di mahkamah. Dia didapati bersalah kerana menceroboh dan didenda AS$567 (RM1,761). Ditahan pihak berkuasa "Pihak berkuasa telah menahan saya, membebaskan saya dan kemudian menjemput saya untuk menghoskan acara awam. Bagi saya, ia pengalaman yang sangat menarik. "Saya bertindak bijak semasa memanjat Menara Berkembar Petronas pada tahun 2009 walaupun pernah gagal dua kali sebelum itu. Saya mengibarkan bendera Malaysia ketika sampai di puncak," ceritanya. Isteri Robert, Nicole Robert juga tidak dapat menahan obsesi suaminya. "Saya sudah terbiasa dengannya (obsesi Robert) kerana saya terpaksa. Ia bukanlah pekerjaannya, tetapi obsesi," luahnya. Robert sendiri menegaskan dia tidak akan berhenti walaupun diminta isteri dan anak-anaknya. "Saya mempunyai tiga orang anak lelaki. Saya yakin bahawa saya tidak akan berhenti mendaki secara solo walaupun disuruh anak-anak. "Saya bukanlah bapa yang jahat. Saya biarkan mereka tahu batas-batas mereka tetapi membenarkan mereka membuat keputusan sendiri. Ia mengenai had, mengambil risiko tertentu dan menikmati kehidupan," katanya. Bangunan atau gunung? ![]() TANPA sebarang kelengkapan dan peralatan memanjat, Robert sebaliknya hanya memakai kasut mendaki yang sesuai. Ketika kebanyakan pendaki lebih gemar memilih gunung sebagai lokasi pendakian, Robert lebih selesa memanjat bangunan walaupun sedar mengenai risiko terutama apabila cuaca berubah buruk dan angin kencang. Ternyata debaran memanjat bangunan tinggi tetap dirasai Robert, terutamanya semasa memanjat Sears Tower pada tahun 1999. Paras kelembapan tinggi menyebabkan tingkap kaca bangunan itu licin. "Saya fikir saya akan jatuh, tetapi anda tahulah, bila anda berhadapan masalah yang meletakkan nyawa anda dalam bahaya, hanya ada satu pilihan," katanya dalam temu bual dengan Buildering.net pada Jun 2006. Setiap kali memanjat bangunan katanya, dia akan merancang untuk memulakan dan melaksanakannya. Tidak terkecuali, dia juga memikirkan tentang cara untuk mengelakkan daripada ditahan pihak berkuasa. Tidak sekadar menarik perhatian orang awam dengan aksi memanjatnya yang dianggap mustahil bagi kebanyakan orang, Robert turut mencuit hati seluruh dunia yang mengikuti perkembangannya dengan memakai pelbagai kostum terutamanya kostum adiwira. "Inilah rupa saya. Kadangkala saya memakai baju seperti koboi. Saya tidak pernah berhenti memainkan watak koboi, Red-Indian, polis dan perompak," katanya. | |||
| Posted: 17 May 2012 06:25 PM PDT
TIDAK kira sama ada anda orang biasa atau berpangkat besar, orang kaya mahupun orang miskin, pasti ada satu momen dalam hidup anda dekat dengan insan bergelar jururawat atau dipanggil juga misi. Mungkin pada hari biasa, insan itu tiada kepentingan buat kita semua, namun apabila ahli keluarga, saudara terdekat, mahupun anda sendiri terlantar di hospital dan memerlukan rawatan, nama insan inilah yang sentiasa bermain di bibir setiap kali kita memerlukan sesuatu. Namun, sejauh manakah kita menghargai insan ini? Tahukah anda bahawa tanggal 12 Mei setiap tahun merupakan Hari Jururawat Antarabangsa dan tarikh tersebut turut dipilih untuk menyambut Hari Jururawat Malaysia? Setiap hari khidmat diberikan dengan ikhlas beserta secalit senyuman yang tidak pernah lekang di bibir walaupun lelah menyelubungi diri. Cita-cita sejak kecil Dek tugas yang digalas jururawat dianggap murni dan mulia, anak kelahiran Jerantut, Pahang, Wu Jie Yee, 22, mendambakan kerjaya tersebut sejak di bangku sekolah lagi. "Kerjaya sebagai jururawat membolehkan kita berbakti dan membantu ramai orang setiap hari.
"Sejak sekolah lagi saya sudah meletakkan kerjaya jururawat sebagai cita-cita. Jadi, tamat sahaja Sijil Pelajaran Malaysia, saya melanjutkan pelajaran di Kolej Sains Kesihatan dan Kejururawatan Pantai selama tiga tahun," katanya yang baru berkhidmat di Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) selama lapan bulan. Sepanjang lapan bulan berkhidmat, Jie Yee pernah bertugas di wad perubatan pembedahan selama tujuh bulan dan kini meneruskan tugasnya di Unit Rawatan Koronari (CCU). Menyifatkan tugas dan tanggungjawab sebagai jururawat amat mencabar, namun Jie Yee tidak mempunyai sebarang kenangan pahit. Sungguhpun begitu, Jie Yee memberitahu, dimarahi doktor dan berdepan dengan pelbagai kerenah pesakit merupakan perkara biasa. "Adakalanya, ada juga pesakit yang mencabar tahap kesabaran namun, sebagai jururawat kami perlu bijak menangani emosi sendiri demi memberikan layanan baik buat pesakit. "Jangan sesekali mencampuradukkan masalah peribadi dengan kerja. Jururawat juga perlu bersedia menerima kritikan daripada orang lain," kata anak sulung daripada tiga beradik itu yang dinobatkan sebagai Jururawat Bintang Harapan, Anugerah Jururawat Cemerlang sempena sambutan Hari Jururawat 2012 di Hospital Pantai Kuala Lumpur 11 Mei lalu. Kerjaya sepanjang hayat Dalam pada itu, Betterline Nyorid, 31, anak kelahiran Kuching, Sarawak pula tidak pernah terfikir mempunyai kerjaya lain selain mahu menyarung uniform jururawat. Anak bongsu daripada lima beradik itu yang sudah 11 tahun berkhidmat dengan PHKL tidak pernah menjadikan kerenah pesakit sebagai alasan atau bebanan untuk memberikan layanan terbaik. "Saya pernah masuk hospital ketika tingkatan lima kerana pembedahan apendiks. Sepanjang berada di sana, saya kagum melihat jururawat melayan pesakit di hospital. ![]() SUNGGUHPUN penat melayah kerenah pesakit, insan bergelar jururawat masih mampu mengukir senyuman dan memberikan layanan terbaik. "Sejak itu, saya tanamkan azam untuk menjadi seorang jururawat seperti mereka supaya dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya yang dianugerahkan sebagai Jururawat Paling Popular. Bagi Betterline, kejadian dimarahi pesakit merupakan perkara biasa. "Jangan salahkan pesakit kerana mereka sakit dan sudah tentu emosi mereka terganggu. Berikanlah perkhidmatan terbaik. Jujurnya, saya tidak pernah ada perasaan geram atau marah dengan pesakit yang banyak kerenah," ujarnya yang tidak lokek dengan senyuman. Ceritanya, suatu hari dia memasuki bilik pesakit dan pesakit tersebut memberitahu, dia gembira melihat Betterline kerana membuat hidupnya ceria. "Apa yang saya lakukan mudah sahaja, sebelum masuk wad, tinggalkan segala masalah peribadi di luar dan sentiasa mendoakan kesejahteraan pesakit tidak kira bangsa dan agama," terangnya. Dalam pada itu, bagi Kalaiselvi Kumaresan, 43, biarpun sudah 20 tahun berkhidmat di PHKL, dia tidak pernah jemu melayan kerenah pesakit yang pelbagai dan memeningkan kepala. Berasal dari Ipoh, Perak, anak kedua daripada lima beradik itu yang menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat tidak pernah terlintas untuk bertukar kerjaya kerana jiwa dan hidupnya mahu berbakti kepada pesakit. ![]() PARA penerima Anugerah Jururawat Cemerlang 2012 Hospital Pantai Kuala Lumpur bergambar bersama Khairil Anuar (tengah). "Sebagai seorang jururawat, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat pesakit di bawah jagaan kita sihat. Kita sebagai jururawat perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana kadang-kadang kita perlu berhadapan dengan pesakit yang emosinya tidak stabil kerana tidak sihat," kata ibu kepada seorang cahaya mata itu. Memulakan perkhidmatan sebagai jururawat tapi kini, Kalaiselvi diberi mandat untuk melatih jururawat-jururawat baharu. "Jururawat dahulu dan kini banyak bezanya. Dulu, kami cepat menyesuaikan diri dan terima tunjuk ajar serta teguran daripada jururawat senior. Namun kini, segelintir jururawat generasi baharu, sukar menerima teguran dan kritikan. "Kerjaya sebagai jururawat perlu lahir dari dalam hati dan bukannya sebagai kerjaya pilihan terakhir," pesannya kepada anak-anak muda yang mahu menjadikan jururawat sebagai karier mereka. | |||
| Ragam pengunjung di Fiesta Kosmo Posted: 17 May 2012 06:22 PM PDT ![]() Misha Omar, Nera, Amy Search dan Akim antara selebriti yang menghiburkan para pengunjung pada acara kemuncak Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo! pada 13 Mei lalu. Akhbar kompak Kosmo! yang memulakan operasi pada 30 Ogos 2004 di Semenanjung Malaysia kini sudah memasuki pasaran Sarawak sejak 7 Mei lalu. Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Wisma Sumber Alam, Kuching. Bagi mendekati dan meraikan para pembaca di Sarawak, akhbar Kosmo! dengan kerjasama stesen radio Cats FM dan turut disokong oleh Kampung Budaya Sarawak serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak menganjurkan Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo!. Senamrobik Seawal pukul 6 pagi, orang ramai sudah mula memenuhi tapak fiesta kerana ingin menyertai acara senamrobik Kosmo!. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang berebut-rebut mendapatkan 500 helai baju-T eksklusif Kosmo! yang diedarkan secara percuma. Acara senamrobik Kosmo! yang dikendalikan oleh kakitangan Kampung Budaya Sarawak berlangsung selama dua jam. Para peserta diajak bersenam dan menari dengan seleksi genre lagu yang menyeronokkan. Selain itu, pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur turut dihiburkan dengan pertandingan Badang Kosmo!. Pada acara tersebut para peserta dikehendaki menarik sebuah trak pikap Isuzu Dmax seberat 300 kilogram. Kemudian, pada sebelah petang pula gelanggang Muay Thai Kosmo! dibuka. Seramai 20 peserta bertarung bagi merebut hadiah berupa wang tunai. Bagi memeriahkan lagi suasana Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo!, orang ramai turut dialu-alukan menyertai acara menyumpit. Walaupun hujan mula membasahi tapak fiesta sekitar pukul 4 petang, tetapi orang ramai tetap tidak berganjak. Masing-masing tidak sabar menyerbu gerai Kosmo! untuk menebus baju-T eksklusif Kosmo!. Pada masa yang sama, pengunjung dihiburkan dengan lima kumpulan muzik popular dalam kalangan belia di bandar raya Kuching. Mereka bersaing menunjukkan kehebatan dalam pertandingan Battle of The Band untuk merebut wang tunai RM1,000. Lebih menarik, para pengunjung berpeluang membeli lima unit iPad bernilai 50 sen setiap satu dan empat unit basikal pada harga 50 sen setiap satu. Kosmo! juga menawarkan tujuh unit kamera digital jenama Nikon dan polaroid yang dijual pada harga 10 sen setiap satu. ![]() ACARA Muay Thai disertai 20 peserta yang tangkas beraksi. "MERIAH. Itulah suasana yang sesuai untuk menggambarkan Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo! yang berlangsung di The Square Tower, Kuching, Sarawak pada Ahad lalu. Bagi melayakkan diri membeli barangan tersebut pengunjung perlu menyertai Teka Fiesta Kosmo! dengan meneka jumlah kacang, epal dan biskut yang diletakkan di dalam balang kaca. Bermacam-macam ragam pengunjung dapat dilihat. Mereka cukup teliti dan berhati-hati ketika mengira kerana enggan melepaskan peluang memiliki hadiah-hadiah berkenaan. Menjelang acara kemuncak Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo!, sebuah konsert diadakan dibarisi artis popular tanah air seperti Amy Search, Misha Omar, Bob AF2, Akim AF5 dan Nera AF9. Turut serta ialah selebriti kelahiran Sarawak iaitu Iwan Dasri, Norhafizah Busman dan Mal Imran (Juara Soulstar 2011) serta penampilan khas 15 orang finalis Miss World Harvest Festival 2012. Tidak ketinggalan persembahan Rainforest Group Kaban Ka'au' yang cukup menghiburkan. Hadir merasmikan Konsert Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo! yang berlangsung pada pukul 8 malam itu ialah Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Datuk Talib Zulpilip. Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin. Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo! turut diadakan dengan kerjasama daripada Daiichi, OneDrop Perfumes, MyIPO, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Giant, Zarlith Events and Catering Sdn.Bhd., Buena Vista International, Popmyberry dan Nikon. | |||
| Posted: 17 May 2012 06:21 PM PDT
SUNGGUHPUN jadualnya padat dan bergelut dengan masa bekerja yang tidak menentu, penyanyi, Faizal Tahir tetap tidak mengabaikan soal penjagaan gigi yang dikira amat penting dalam kerjayanya sebagai seorang penghibur. Baginya, senyuman yang manis dan menarik pastinya menjadi aset penting ketika melakukan sesi penggambaran mahupun sesi bergambar bersama peminat kerana ia merupakan 'kekuatan' dalam sesebuah gambar. Meskipun sibuk dengan kerja, selebriti sokongan bagi Kempen Bulan Kesihatan Mulut 2012 itu tetap tidak melupakan keluarga dan anak-anak yang berada di rumah. Sebagai seorang ayah, tanggungjawab mendidik anak-anak dalam menerapkan penjagaan gigi yang betul datang secara semula jadi. "Walaupun saya selalu pulang lewat malam, namun bila ada kesempatan, saya pasti akan memeriksa gigi anak-anak saya sebelum mereka masuk tidur. "Semua kanak-kanak termasuklah anak-anak saya sukakan makanan yang manis. Namun, saya tidak menghalang mereka menikmati makanan tersebut, cuma saya tegaskan bahawa pengambilan makanan-makanan tersebut secara kerap tidak bagus untuk gigi," katanya yang menggunakan pendekatan yang lembut dalam soal mengajar anak-anak tentang penjagaan gigi. Faizal memberitahu, sempena kempen Bulan Kesihatan Mulut tahun ini yang bertemakan Misi Kami: Kaviti Sifar, anak-anaknya mendapat pendedahan yang lebih menyeluruh tentang teknik-teknik penjagaan gigi yang betul. Matlamat kesihatan mulut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Start Early, Healthy Mouth for a Healthier Life (Mulakan Awal, Mulut Sihat Demi Hidup Lebih Sihat) turut selari dengan tema kempen yang telahpun memasuki tahun kesembilan ini. "Melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya cuba menyebarkan kepada orang ramai tentang peluang mereka untuk mendapatkan pemeriksaan gigi secara percuma melalui klinik-klinik di bawah naungan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia. "Saya sedar betapa pentingnya pemeriksaan gigi dalam memastikan mulut saya dalam keadaan yang baik. Sukar untuk saya mencuri masa untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana jadual yang ketat dan kerana itulah saya berada di sini. Bukan sekadar memberi peringatan kepada orang ramai, malah buat diri sendiri," ujarnya. Faizal turut menyuarakan sokongan mengenai usaha Colgate yang bekerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan Bahagian Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan. Ia bertujuan memberi penekanan terhadap pendidikan seawal mungkin bagi penjagaan kesihatan gigi yang tepat dan amalan teknik-teknik penjagaan gigi yang betul. "Inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh Colgate dan MDA menunjukkan bahawa mereka berusaha keras untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesihatan gigi," katanya. | |||
| Posted: 17 May 2012 06:19 PM PDT ![]() ADA segelintir manusia tidak mahu berkawan dengan orang asing kerana menjangkakan bahawa mereka tidak mahu berkawan dengan kita. - Gambar hiasan SETIAP daripada kita tahu bahawa agama melarang kita mengumpat atau memperkatakan hal buruk orang lain. Bagaimanapun, menceritakan keburukan orang lain selalu sahaja terjadi dalam kehidupan manusia. Kita cenderung untuk membincangkan keburukan pihak lain. Sebaliknya, jarang sangat manusia membincangkan keburukan diri sendiri. Dalam psikologi, hal ini dikenali sebagai bias balik diri (self-serving bias). Semua ini merupakan lumrah bagi sesiapa sahaja. Apabila kita dipuji majikan atau dinaikkan pangkat kerana prestasi yang baik, kita percaya bahawa penilaian yang dibuat majikan itu betul. Sebaliknya, kalau kita dinilai buruk, kita percaya bahawa majikan melakukan hal yang silap. Ahli sukan seperti pemain bola sepak terkenal dunia pun ada kecenderungan bias balik diri. Apabila mereka menjaringkan gol walaupun dalam keadaan ofsaid, tetapi dipersetujui oleh pengadil, mereka yakin bahawa pengadil membuat keputusan yang betul. Mereka seolah-olah percaya bahawa apa yang dilakukannya itu memang betul, apatah lagi apabila pengadil telah mengesahkannya. Begitu juga dengan pelajar. Apabila mereka lulus cemerlang, mereka tidak merasa sebarang cacat celanya dengan soalan peperiksaan. Mereka cenderung menerima keputusan itu. Sebaliknya, jika gagal mereka akan mengkritik pihak lain, misalnya guru yang tidak mengajar dengan baik. Ada juga yang menyatakan bahawa soalan peperiksaan yang diberikan terlalu susah. Banyak kajian dilakukan bagi melihat fenomena itu. Contoh kajian global 1. Majoriti usahawan merasakan mereka melakukan urusniaga mengikut etika yang betul, walaupun kenyataannya mungkin tidak begitu. 2. Di Australia, 86 peratus pekerja menilai prestasi mereka lebih baik daripada kebanyakan orang. Hanya 1 peratus sahaja menilai diri di bawah paras purata. 3. Di Belanda, kebanyakan pelajar sekolah tinggi menilai diri mereka sebagai lebih jujur, amanah, mesra dan boleh dipercayai berbanding purata pelajar lain. 4. Kebanyakan pemandu, bahkan mereka yang sedang berada di hospital kerana kemalangan jalan raya merasakan diri mereka lebih cekap dan selamat berbanding rata-rata pemandu lain. 5. Ramai orang percaya bahawa diri mereka lebih cerdik, kurang prejudis dan merasakan diri mereka lebih menarik berbanding ahli masyarakat lain. Perasaan dan ilusi Hakikatnya, ia hanya ilusi atau sebuah perasaan semata-mata. Semua ilusi ini sedang kita alami setiap hari lalu menjadikan manusia cenderung mencari kesalahan orang lain, berbanding mencermin diri sendiri. Kajian juga mendapati manusia tidak adil dalam menilai diri sendiri. Manusia cenderung menilai diri sendiri sebagai berubah-ubah mengikut keadaan, sebaliknya menilai orang lain sebagai bersifat kekal dalam sebarang keadaan sekalipun. Misalnya, apabila melihat salah laku atau kesilapan orang lain, manusia cenderung menyatakan bahawa orang tersebut mempunyai sifat negatif tadi dan ia wujud secara berkekalan. Sebaliknya, apabila diminta menilai diri sendiri, manusia akan menyatakan bahawa sifat negatif tersebut hanya wujud dalam keadaan tertentu. Sebagai contoh, sifat pemarah. Kita cenderung menyatakan bahawa kita hanya menjadi pemarah dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan. Semua ini menjadikan, dalam kehidupan sebagai manusia, kita lebih banyak menghabiskan masa dengan membincangkan keburukan pihak lain berbanding mencari kebaikan mereka. Manusia juga sibuk memperkatakan mengenai kehebatan diri sendiri berbanding memperkatakan tentang sifat buruk yang ada. Mengapa hal ini terjadi? Ini diasaskan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah ilusi positif iaitu manusia cenderung untuk mempunyai ilusi positif terhadap diri sendiri. Misalnya, kita tidak akan mati muda, walaupun kita tahu ramai orang lain yang mati muda. Kita juga percaya tidak akan diserang kanser walaupun kita kuat merokok. Bagaimanapun, kalau diminta menilai orang lain yang merokok, kita cenderung berkata mereka akan diserang penyakit. Kita juga cenderung menilai kita sebagai orang baik, walaupun orang lain mungkin menilai kita sebagai sombong. Sebaliknya kita menilai orang lain sebagai sombong, walaupun orang itu menilai diri mereka baik. Faktor kedua ialah penolakan majmuk. Misalnya, manusia cenderung untuk tidak mahu berkawan dengan orang asing (walaupun orang asing itu mahu berkawan dengannya) kerana manusia cenderung untuk menjangkakan bahawa orang asing itu tidak berminat dengan persahabatan. Namun begitu, pada masa yang sama, kita pula berkata bahawa kita ini sebenarnya seorang yang ingin bersahabat, cuma terpaksa tidak memulakannya kerana bimbang hasrat itu ditolak. Sebenarnya itulah yang telah terjadi dalam diri kita sebagai manusia. Sebab itulah, sebagai manusia kita tidak perlu terlalu berbangga dengan diri sendiri dan menghukum orang lain dengan label yang buruk. Hakikat sebenarnya, kita sebagai manusia hanyalah sebuah ilusi yang dimainkan oleh perasaan sendiri. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!










0 ulasan:
Catat Ulasan