ads

Rabu, 16 Mei 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Tasha Shilla beri penjelasan isu usung trofi

Posted: 16 May 2012 08:25 PM PDT

Tasha Shilla beri penjelasan isu usung trofi
Tasha Shilla

Merangkul anugerah Pelakon Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011, sekali gus telah membawa nama Tasha Shilla dalam kelas tersendiri.

Pun begitu, timbul pula khabar angin yang tidak enak apabila pemilik nama sebenar Natasha Sheila Abd Razak, 25, dikatakan begitu berbangga dengan kejayaan itu.

Pelakon drama Bunga April ini didakwa sering membawa trofi kemenangannya ke mana saja untuk ditayangkan kepada orang ramai.

Tidak cepat melatah dengan tuduhan itu, Tasha menjelaskan situasi sebenar yang telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

"Tak pernah terlintas di fikiran untuk menunjuk-nunjuk kemenangan saya. Sehari selepas majlis kemuncak ABP, saya terus ke pusat membeli-belah, Pavilion untuk bertemu rakan.

"Saya tidak terus balik ke rumah. Tambahan pula, kawan baik saya mahu melihat trofi itu. Jadi, apa salahnya saya tunjuk kepada kawan saya.

"Tapi, dakwaan yang mengatakan saya tayang dan usung ke merata itu tidak benar. Itu semua fitnah yang direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya yang kini menerima tawaran produksi antarabangsa, Paramount untuk filem biopik, Jimi Hendrix.

Selain itu, Tasha turut menerima tawaran telemovie untuk slot Cerekarama di saluran TV3 dan akan muncul dalam beberapa drama dan telefilem seperti Landasan Cinta, Takdir Yang Terindah dan Friday I'm in Love.

Akui pernah berhasrat mendapatkan tawaran dari industri luar negara, namun Tasha masih menekankan adat ketimuran dan kemelayuan.

Mengakui dirinya semakin selektif dalam memilih watak, Tasha tidak ragu-ragu untuk menolak tawaran itu sekiranya dia harus melakukan adegan yang keterlaluan.

"Saya masih menunggu skrip mereka, namun jika ada adegan cium dan juga perlu menayangkan bahagian badan, memang saya akan tolak walaupun menggunakan stand in atau body double.

"Saya membawa nama Melayu dan Islam, jadi saya harus lebih peka mengenai hal ini. Saya tidak mahu menimbulkan kontroversi lain yang boleh mengecewakan peminat dan penyokong saya selama ini.

"Saya memerlukan peminat yang selama ini banyak membantu saya untuk terus dikenali," katanya yang bakal berangkat ke Bandung dan Jakarta untuk projek terbarunya di sana.

Jay Chou - Hannah Quinlivan pilih Guam?

Posted: 16 May 2012 08:24 PM PDT

Jay Chou
Jay Chou

Penyanyi popular, Jay Chou dan Hannah Quinlivan sudah digosipkan berpacaran sejak tahun lalu lagi namun kedua-duanya menafikan perkara itu.

Bagaimanapun, timbul desas desus terbaru mengenai pasangan ini, iaitu berita perkahwinan mereka yang bakal berlangsung bulan depan.

Menurut salah seorang rakan kepada ibu Jay, pasangan ini memilih Guam sebagai lokasi untuk melangsungkan perkahwinan rahsia mereka itu.

Namun, ada juga sumber yang memberitahu kedua-duanya memilih Guam sebagai lokasi untuk majlis pertunangan mereka, malah saudara mara terdekat pasangan ini sudah pun menerima jemputan untuk majlis itu.

Spekulasi mengenai perkahwinan pasangan ini mula tersebar sejak Jay mendedahkan hasratnya untuk berkahwin sebelum usianya 35 tahun.

Mengulas mengenai khabar angin tersebut, Jay menafikan hal itu dan memberitahu tidak mempunyai perancangan lagi ke arah tersebut. Sementara itu, Hannah pula menganggap berita itu sebagai tidak berasas.

Pihak pengurusan Jay turut memberitahu, jadual penyanyi itu untuk bulan hadapan sudah pun penuh. Tambahan pula, Jay akan mula menjalankan penggambaran untuk sekuel filem Secret mulai Jun ini.

Aplikasi Chrome buat rakyat Malaysia

Posted: 16 May 2012 08:23 PM PDT

Aplikasi Chrome buat rakyat Malaysia
Sajith (kiri) bersama wakil pembangun aplikasi tempatan ketika majlis pelancaran stor laman sesawang Chrome di Kuala Lumpur, semalam.

Google Malaysia (Google) mengalu-alukan penyertaan lebih ramai pembangun tempatan menyertai aplikasi stor laman sesawang Chrome, mercu tanda produk setempat untuk pasaran Malaysia.

Pengurus negaranya, Sajith Sivanandan berkata, aplikasi itu direka untuk rakyat Malaysia, dan dicipta oleh pembangun Malaysia.

Menurutnya, setakat ini aplikasi itu disertai enam syarikat tempatan seperti Malaysiankini, The Star, Amanz.my, AirAsia, Maybank dan Malaysian Insider.

"Kami turut menerima penyertaan daripada beberapa syarikat tempatan lain, namun aplikasi mereka tidak sempat disiapkan sebelum pelancaran berlangsung. Aplikasi ini boleh diakses tidak lama lagi," katanya selepas pelancaran rasmi aplikasi itu di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, stor laman sesawang Chrome adalah pasaran terbuka dalam satu tempat memudahkan pengguna melayari, mencari dan membeli aplikasi terbaik di laman sesawang selain memudahkan pembangun mempamerkan aplikasi laman sesawang mereka.

Google menjangkakan beribu lagi aplikasi daripada pembangun tempatan menyertai aplikasi baru itu sepanjang tahun ini.

Menurutnya, di peringkat global, Google mempunyai berjuta aplikasi yang terdapat di dalam Chrome Web Store, sejak dilancarkan tahun lalu.

Bintang masih bersinar

Posted: 16 May 2012 08:22 PM PDT

Jaclyn Victor
Jaclyn Victor

Figura Jaclyn Victor diakui antara bintang yang bersinar menghiasi industri hiburan tanah air.

Bakat dan kebolehannya dalam bidang nyanyian ternyata berjaya memberi suntikan baru dalam industri setanding dengan kualiti penyanyi antarabangsa.

Jika dilihat perjalanan seninya semenjak bergelar juara Malaysian Idol musim pertama, nama penyanyi yang senang di panggil Jac ini tidak pernah sunyi dari industri malah sering mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Namun begitu, penyanyi yang terkenal dengan single pertamanya, 'Gemilang' tidak mahu terus berada di kepompong yang sama telah memilih untuk bernaung awal tahun ini di bawah KRU Music bagi mencari kelainan dalam kariernya.

"Setakat ini kerjasama daripada pihak KRU Music amat memuaskan kerana perkembangan yang mereka tunjukkan untuk mempromosikan single pertama 'Sebelah Jiwaku' ciptaan Edry Abdul Halim berlaku agak pantas.

"Saya juga bersyukur kerana hasil kerja mereka berjaya memberi kesan positif kepada single yang kini sudah diterima baik oleh pendengar sehingga berjaya menduduki beberapa carta lagu,"katanya.

Mengakui single pertama 'Sebelah Jiwaku' antara kelainan yang dibawa bersama syarikat rakaman baru, Jac amat berpuas hati dengan penerimaan pendengar terhadap single itu.

"Sejak awal pembikinan lagu ini dilakukan, saya menyukainya dan ia agak berbeza dengan genre lagu yang pernah saya bawa sebelum ini malah liriknya sangat membina membuatkan saya begitu tertarik," katanya.

"Saya lega peminat dapat menerima pembaharuan ini dan sentiasa memberi sokongan yang tidak putus untuk saya meneruskan karier ini,"ujarnya.

Debaran Mania

Walaupun kariernya dalam bidang nyanyian sudah berada di kelas yang tersendiri, namun penyanyi yang memiliki vokal mantap ini masih mahu menguji kemampuan bakatnya dengan menyertai program realiti, Mania yang disertai barisan penyanyi hebat yang lain seperti Hafiz, Shila Amzah, Adira dan ramai lagi.

Jac yang berada di bawah empayar biru dikendalikan oleh komposer terkenal, Aubrey Suwito berjaya meneruskan perjuangannya hingga ke peringkat akhir.

"Saya akui minggu ini merupakan minggu yang memberi tekanan kepada saya kerana kedudukan undian berada di tahap rendah. Oleh itu, saya perlu melakukan yang terbaik untuk berjaya dalam pertandingan ini,' katanya.

Selain perkembangannya dalam persiapan untuk beraksi pada pentas akhir Mania, Jac mengatakan dirinya kini baru sahaja selesai dengan penggambaran video klip untuk single kedua yang merupakan lagu tema untuk filem baru, 29 Februari, arahan Edry Abdul Halim.

Fokus nyanyian

Selain berbakat dalam nyanyian, Jac pernah menyertai bidang lakonan pada tahun 2009, dengan memegang watak penting sebagai Bhavani dalam filem 'Talentime'.

Ternyata lakonan dalam filem itu membuahkan hasil apabila diberi pengiktirafan pada Festival Filem Malaysia ke-22 sebagai Pelakon Harapan Wanita menerusi filem 'Talentime'.

Mengenai perkembangan lakonannya, Jac mengakui dirinya amat menyayangi bidang nyanyian berbanding lakonan.

"Buat masa ini, jadual untuk bidang nyanyian terlalu padat dan saya mahu lakukan yang terbaik untuk karier ini kerana ia adalah jiwa saya," katanya.

Portal tonton mudah alih diiktiraf

Posted: 16 May 2012 08:21 PM PDT

Portal tonton mudah alih diiktiraf
Tonton mudah alih yang boleh diakses melalui pelbagai peranti

Tonton, portal video nombor satu di Malaysia, sekali lagi mencatat kejayaan berjaya merangkul Anugerah Inovasi Malaysia GoMobile untuk kategori hiburan.

Anugerah Inovasi Malaysia ini memberi pengiktirafan pencapaian dan usaha pembangunan produk mudah alih yang inovatif serta cemerlang keluaran tempatan.

Pemenang dipilih melalui penjurian rakan industri mudah alih di Malaysia serta Maxis.

Pengurus Besar Kumpulan Media Baru dan Pemasaran Bersepadu, Media Prima Berhad, Lam Swee Kim berkata, syarikat terharu dan berbangga pencapaian dan pengiktirafan rakan industri. Bilangan tontonan untuk aplikasi mudah alih Tonton meningkat cepat, malah mencatat angka tinggi iaitu 2.7 juta tontonan sebulan.

Tonton kini menawarkan 15 saluran termasuk TV3, NTV7, 8TV, TV9, Tonton Korean, Gua TV, KRU TV dan banyak lagi.

Saluran pendidikan Tonton Learn juga diperkenalkan dengan sasaran golongan remaja, menawarkan video ulang kaji dan tutorial untuk pelajar bakal menghadapi peperiksaan di sekolah rendah dan menegah. Tonton Kids pula bakal dilancarkan mulai 24 Mei ini.

Empat pelajar dakwa dipukul

Posted: 16 May 2012 08:20 PM PDT

Empat pelajar dakwa dipukul
Mahadewi (kanan) menunjukkan kepala anaknya yang bengkak didakwa dipukul guru lelaki itu.

BUKIT SENTOSA - Empat pelajar perempuan tingkatan 1 sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dipukul seorang guru sehingga tiga daripadanya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik berdekatan kerana pengsan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Insiden itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang kelmarin setelah guru lelaki didakwa marah tindakan pelajar yang bising dan keluar kelas tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, ibu seorang murid terbabit, MK Mahadewi, 40, berkata, ia berbeza dengan kenyataan anaknya, S Shanmugi, 13, bersama tiga rakannya yang mendakwa mereka diberi kebenaran keluar sebelum guru terbabit memukul mereka ketika diarah masuk semula ke dalam kelas.

"Anak saya kata dia dan rakannya telah meminta kebenaran keluar namun setelah itu mereka diarahkan masuk sebelum dipukul di kepala menggunakan fail dan kotak pensil sehingga bengkak manakala seorang lagi disepak.

"Anak saya bersama dua rakannya mengalami bengkak di kepala sehingga menyebabkan mereka pengsan ketika menuju ke pejabat pengetua," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mahadewi berkata, guru yang melihat kejadian itu segera membawa mereka ke klinik berdekatan.

Tetapi menurutnya pihak klinik tidak mahu menerima pelajar terbabit kerana kecederaan dialami berkait kes pukul dan mereka dibawa semula ke sekolah.

Mahadewi juga kecewa kerana mendakwa pihak sekolah tidak memaklumkan perkara itu kerana dia hanya mendapat tahu setelah datang sendiri ke sekolah.

"Saya mulanya risau sebab sudah jam 7.45 petang anak saya masih tak pulang sedangkan rumah saya dekat saja dari sekolah, jadi saya terus ke sekolah sebelum mendapat tahu kejadian itu.

"Kesal dengan insiden itu saya mengambil keputusan membuat laporan polis sebelum membawa anak ke HKKB.

"Doktor mengarahkan anak saya ditempatkan di hospital dalam tempoh 24 jam kerana bimbang kesan sampingan akibat bengkak di kepala," katanya.

Mahadewi juga kesal kerana guru yang didakwa memukul anaknya sepatutnya lebih bersikap sabar dan tidak bertindak demikian terhadap pelajar.

Sementara itu, difahamkan pelajar sekolah terbabit meminta kebenaran keluar kelas untuk menemui seorang pelajar di kelas lain kerana didakwa telah menconteng buku rakan mereka.

Tujuan empat pelajar terbabit dipercayai kerana mahu memberi teguran kepada pelajar itu namun guru tersebut menghalang tindakan pelajar berkenaan.

Dalam pada itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklumbalas daripada pihak sekolah namun gagal dihubungi.

Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa

Posted: 16 May 2012 07:23 PM PDT

Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa
Abdul Rahman serik untuk keluar menjair ikan lagi, bukan kerana takut tetapi tidak mahu menyusahkan orang lain.

MARAN - "Pak cik nampak ramai orang kampung suluh mencari dan memanggil nama pak cik tapi apabila pak cik menyahut, mereka tidak dengar."

Demikian kata seorang warga emas berusia 82 tahun yang hilang dalam tempoh 48 jam selepas keluar memukat (menjair) ikan sendirian di sebatang anak sungai dalam kawasan ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Orang Asli Batu 55, di sini.

Mangsa, Abdul Rahman Dauhat yang menetap di Kampung Kuala Sentul berkata, sepanjang tempoh kehilangannya, dia dijaga dengan baik oleh tujuh lelaki berbadan sasa dan ditemani seekor harimau di kawasan ladang berkenaan.

Menurutnya, dia tidak berasa mengantuk atau letih cuma dahaga, namun lelaki terbabit memberinya minum air sungai berkenaan.

"Saya minta seorang anak perempuan menghantar saya ke anak sungai ini ketika dia hendak keluar menoreh getah.

"Sudah banyak kali saya menjair ikan di anak sungai ini, cuma pada hari kejadian (kelmarin), saya ke lokasi lain tetapi masih di sungai sama," katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik siap memasang jaring, tiba-tiba sekumpulan ikan meluru masuk ke dalam perangkapnya dan tidak sangka, dia mendapat lebih empat kilogram ikan termasuk jenis sebarau.

"Selesai mengutip ikan, saya naik ke tebing dan ketika itu, kaki saya rasa berat, sakit dan menggigil sehingga menyebabkan saya rebah kerana tidak dapat menahan kesakitan," katanya.

Datuk kepada 35 cucu itu berkata, dia kemudian dibantu tujuh lelaki berkenaan yang didakwanya manusia biasa tetapi tidak dapat dilihat orang lain.

Katanya, seorang daripada mereka mendukungnya ke sebuah bukit dan diletakkan di pangkal sebatang pokok kelapa sawit.

"Saya masih sedar dan sedikit pun tidak rasa takut, malah pada waktu malam, tiada seekor nyamuk di kawasan ini.

"Saya nampak orang kampung membawa lampu suluh untuk mencari saya, tetapi selepas tiga kali menyahut, lelaki yang menjaga saya melarang daripada terus berbuat demikian," katanya.

Abdul Rahman yang pernah berkahwin sebanyak lapan kali berkata, dia tidak tidur sepanjang tempoh dua hari dua malam tersebut sebelum ditemui seorang pekerja ladang kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.

Anaknya, Siti Khadijah, 24, berkata, penduduk kampung memulakan operasi mencari apabila ayahnya tiada di sungai berkenaan ketika dia datang menjemputnya pada jam 4 dan 6 petang.

Menurutnya, ini adalah kali pertama ayahnya hilang walaupun sudah biasa keluar menjair ikan di sungai berdekatan.

Sementara itu, ketua operasi mencari dan menyelamat, Asisten Superintendan Sulaiman Hamid berkata, tiga pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Maran menyertai operasi selama dua hari itu dengan bantuan unit pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta penduduk kampung.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan lemah akibat keletihan oleh seorang pekerja ladang kira-kira 10 kilometer dari tempat mangsa dipercayai hilang.

"Polis menolak sebarang unsur jenayah kerana mangsa dipercayai sesat," katanya.

PKR mahu SPRM siasat isu Shafie-Zahida

Posted: 16 May 2012 07:17 PM PDT

PKR mahu SPRM siasat isu Shafie-Zahida
Zahida Rafik

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan bahawa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal mampu memberi wang tunai dalam jumlah yang banyak kepada artis Zahida Rafik.

Kedua-dua pihak berkenaan telah pun menafikan dakwaan itu bulan lalu.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, pihaknya menggesa agar isu ini diberi tindakan sewajarnya dan meminta agar Shafie boleh menjelaskan bagaimana beliau mampu memberi sejumlah wang secara tunai, dalam jumlah yang banyak, kepada Zahida.

"Kita tidak mahu rakyat tertanya-tanya bagaimana seorang menteri mampu memberi wang tunai yang banyak kepada seorang artis. Ini menunjukkan yang beliau telah salah gunakan kuasa sebagai menteri," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Pihaknya juga mendesak agar Shafie tampil dan secara jujur menjelaskan berhubung isu ini bagi membersihkan nama bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi yang sebelum ini dituduh melarikan wang tunai RM200,000.

Menurut Azman, sepanjang tiga tahun bertugas sebagai pemandu peribadi, gajinya dibayar oleh Shafie dan beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana tidak mahu terus tertekan akibat terpaksa menyimpan rahsia besar ini.

"Shafie berjumpa Zahida sekurang-kurangnya seminggu sekali di mana-mana hotel sekitar ibu negara. Setiap kali bertemu, Shafie akan memberi wang tunai dan jumlah yang paling besar pernah Zahida terima berjumlah RM1 juta ringgit, diterima tahun lepas," dakwa Azman.

"Sepanjang tiga tahun ini, saya tidak pernah membawa wang tunai yang diberi Shafie bersendirian, setiap transaksi di bank melibatkan Zahida", ujar beliau lagi.

5,000 dijangka tonton WHF 2012

Posted: 16 May 2012 07:16 PM PDT


BARISAN 15 jelitawan yang akan menyertai pertandingan akhir Miss World Harvest Festival 2012 di Kuching pada 26 Mei ini.


KUCHING - Malam kemuncak sambutan World Harvest Festival (WHF) 2012 anjuran Kampung Budaya Sarawak yang dijadualkan pada 26 Mei ini dijangka berlangsung dalam suasana meriah dan bakal menarik lebih 5,000 pengunjung.

Pengurus Besar Kampung Budaya Sarawak, Jane Lian Labang berkata, acara tahunan tersebut semakin mendapat tempat bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan malah diminati para pelancong dari luar negara.

Menurutnya, program tersebut pada asalnya bermula dengan nama Gawai Tourism Night pada tahun 1998 tetapi telah ditukar kepada WHF pada 2006 ekoran sambutan hangat daripada pelbagai pihak.

"World Harvest Festival diadakan sempena sambutan Hari Gawai Dayak yang meraikan kemenangan selepas habis musim menuai padi dan kita cuba menjadikan acara ini satu program bertaraf antarabangsa.

"Ini kerana menuai bukan hanya terhad di Sarawak, bahkan di negara-negara lain turut ada aktiviti yang sama. Kita ingin memulakan festival ini sebagai model kepada sambutan-sambutan perayaan yang lain," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Jane memberitahu, WHF kali ini menjanjikan pengalaman berharga kepada pengunjung iaitu pementasan drama tari berlatar belakang prop alam semula jadi yang tidak dipersembahkan di tempat lain.

Konsert Kosmo! di Sarawak meriah

Posted: 16 May 2012 07:15 PM PDT



KONSERT Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo! pada Ahad lalu di Tower Square, Tebingan Kuching, Sarawak berlangsung dengan cukup meriah. Faktor cuaca menyebabkan konsert yang sepatutnya berlangsung pada pukul 8 malam telah ditunda ke pukul 9 malam.

Satu pujian buat peminat yang menyaksikan konsert Kosmo! kerana mereka tidak berganjak meskipun dalam keadaan hujan lebat yang turun sejak pukul 4 petang sehingga 7 malam. Mereka tetap setia demi menyaksikan barisan penyanyi seperti Amy Search, Misha Omar, Akim, Nera, Bob, Iwan Dasri, Noorhafiza dan Mal Imran.

Bob yang mendendangkan tiga buah lagu pada konsert tersebut melahirkan rasa teruja terhadap pelancaran akhbar Kosmo! di bumi kelahirannya. Menyifatkan kehadiran akhbar kompak tersebut sebagai pelengkap berita-berita terkini, penyanyi itu berharap agar Kosmo! terus memberi informasi tepat dan terkini.

Bercakap tentang konsert yang berlangsung pada malam Ahad lalu, Bob memberitahu: "Saya sangat teruja kerana dapat turut serta menjayakan konsert ini. Pertama adalah kerana saya menjadi salah seorang artis yang dapat mengumumkan tentang kehadiran Kosmo! di Sarawak.

"Kedua, saya sudah lama tidak dapat membuat persembahan secara terbuka dan bertemu peminat seperti ini. Selalunya, saya hanya dijemput untuk menghiburkan tetamu dalam majlis-majlis korporat, jadi bila dapat bertemu peminat sebegini, saya rasa amat gembira," kata penyanyi yang bakal muncul dengan single terbaharu dalam masa terdekat ini.


SUASANA meriah dan penuh keterujaan mewarnai Konsert Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo! yang julung kali berlangsung di Kuching, Sarawak pada 13 Mei lalu.


Sementara itu, penyanyi Misha Omar yang menyampaikan dua buah lagu popularnya iaitu Bunga Bunga Cinta dan Pulangkan turut mengucapkan tahniah atas perkembangan Kosmo! yang kini cuba menakluk pasaran negeri Sarawak.

"Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kosmo! kerana telah berkembang dengan agak pantas dalam tempoh yang agak singkat iaitu lapan tahun menjelang Ogos ini," ujar penyanyi itu yang kini aktif sebagai pelakon drama.

Mengulas tentang konsert yang berlangsung, Misha memberitahu dia teruja apabila bertemu dengan peminat di Sarawak kerana sambutan dan penghargaan yang ditonjolkan cukup berbeza dengan reaksi yang diterima jika dia bertemu peminat di Kuala Lumpur.

Ujarnya: "Saya teruja dengan sambutan yang diberikan peminat di sini. Mereka masih lagi mempunyai keghairahan bertemu artis dan tidak malu menunjukkan penghargaan serta minat mereka kepada kita. Jika kita bertemu peminat di ibu kota, kebanyakannya tidak menunjukkan rasa teruja, mungkin kerana sudah sering bertemu artis."

Penyanyi Nera yang terbang dari Kota Kinabalu, Sabah ke Kuching Sarawak pada hari berlangsungnya konsert Kosmo! memberitahu, dia cukup teruja dapat menghiburkan peminat di Kuching.

"Bagi saya ini satu penghargaan apabila pihak Kosmo! menjemput saya untuk sama-sama menyertai konsert yang cukup bersejarah buat akhbar Kosmo!," ujarnya.


PENONTON turut dikejutkan dengan aksi semburan api fire-eater dan kelincahan para penari Kampung Budaya Sarawak.


Nera yang popular dengan lagu Hatimu Milikku terpaksa terbang seawal pukul 6.30 pagi ke Kota Kinabalu keesokan harinya selepas konsert Kosmo! kerana mempunyai peperiksaan di kolej pada pukul 9 pagi.

"Saya ada peperiksaan pada pukul 9 pagi tetapi saya yakin saya mampu lakukan yang terbaik. Walaupun saya sibuk dengan persembahan pentas, saya akan pastikan pelajaran saya tidak terabai," terangnya yang mengikuti pengajian pelancongan.

Seorang lagi penyanyi, Akim yang baru sahaja muncul dengan filem muzikal Hoore! Hoore! mengatakan dia sering turun ke Kuching kerana undangan persembahan pentas. Baginya, sambutan yang diberikan oleh peminat di Sarawak cukup hebat terutamanya pada konsert Kosmo!.

"Saya sebagai penyanyi cukup seronok apabila lihat ramai peminat bersorak dan benar-benar menunggu kemunculan saya. Memang saya rasa sangat dihargai peminat," luahnya.

Dia yang menyanyikan lagu Inilah Cinta, Janji dan Just The Way You Are pada konsert tersebut menambah, melihat kepada sambutan yang diberikan masyarakat di Kuching, tidak mustahil akhbar Kosmo! mampu memenangi hati pembaca di sana.

"Saya diberitahu ketika konsert Kosmo! diadakan, akhbar ini baru beberapa hari dipasarkan di sana, tetapi sambutan yang diberikan orang ramai sangat luar biasa. Tidak mustahil Kosmo! mampu pergi lebih jauh daripada apa yang dikecapi hari ini," katanya yang akan muncul dengan album terbaharu tidak lama lagi.

Bagi legenda rock Amy Search yang masih tiada tandingan, dia sengaja menyarung sut berwarna merah menyala pada malam itu.

"Ini (merah) warna rasmi Kosmo! kan? Sebab itu saya pakai warna merah sebagai sokongan kepada akhbar ini," ujarnya yang sangat berpuas hati dengan sambutan peminat yang hadir pada malam itu.

Mendendangkan tiga buah lagu termasuk lagu 'berhantu' Isabella, Amy berjaya memukau ribuan tetamu yang hadir dengan karisma luar biasanya.


MAL IMRAN (kiri) berduet dengan Norhafiza bagi memeriahkan lagi suasana konsert.


"Semoga Kosmo! terus belayar dengan gagah di Sarawak," ujar vokalis unggulan Search itu menunjukkan tanda sokongannya kepada Kosmo!.

Selain penyanyi, tetamu kehormat yang hadir pada konsert Kosmo! ialah Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Datuk Talib Zulpilip, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin.

Buat semua artis yang terlibat termasuk kakitangan Cats FM yang banyak membantu melancarkan perjalanan majlis termasuk dua DJ Cats FM, Yasz dan Cassie, yang bertindak selaku pengacara pada konsert malam itu, jutaan terima kasih Kosmo! ucapkan. Semoga kita boleh bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Aidil Zafuan batal ceraikan Rita

Posted: 16 May 2012 07:13 PM PDT

RITA RUDAINI, AIDIL ZAFUAN


PETALING JAYA – Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak membuat kejutan dengan menarik balik kes permohonan cerai yang difailkan terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Perkembangan itu sama sekali tidak diduga oleh Rita, 36, dan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain kerana mereka hanya dimaklumkan oleh peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari tentang permohonan itu lima minit sebelum kes disebut semula petang semalam.

"Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah sebutan untuk melantik wakil ahli keluarga masing-masing bagi membentuk Jawatankuasa Pendamai.

"Kami sebenarnya sudah bersedia dan melantik bapa tiri Rita (Johari Jonid) yang datang dari Kangar, Perlis sebagai menuruti arahan mahkamah. Oleh itu, kami mohon kos perosiding itu harus dibayar pihak plaintif," kata Mohd. Zaidi.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian membenarkan permohonan plaintif untuk menarik balik kes itu, namun plaintif perlu membayar RM250 kepada defendan sebagai kos kerugian kerana menarik balik kes itu pada saat akhir.

Terdahulu, Ahmad Nazib memberitahu, terdapat tiga alasan utama mengapa plaintif terpaksa menarik balik tuntutan cerai yang dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 12 April lalu.

Pokok mempelam jadi penyelamat

Posted: 16 May 2012 07:12 PM PDT


MINAH bersama cucunya, Nor Auni melihat lori yang terbalik dan minyak sawit yang tumpah daripada tangki lori.


HULU TERENGGANU – Sebatang pokok mempelam berusia lebih 50 tahun menjadi penyelamat kepada seorang warga emas dan cicit perempuannya selepas sebuah lori tangki membawa muatan 40 tan minyak sawit terbabas di hadapan rumahnya di Kilometer 15, Jalan Gaung-Teris berhampiran Kampung Tengkawang dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi, lori dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun itu terbabas lalu merempuh sebuah kedai dan pokok mempelam. Rempuhan itu menyebabkan lori itu terbalik dengan keempat-empat tayarnya naik ke atas.

Minyak sawit daripada lori tangki itu pula tumpah masuk ke dalam rumah milik warga emas itu dan tiga buah rumah lain.

Warga emas itu, Minah Che Idris, 60, berkata, sebaik mendengar bunyi dentuman kuat di luar rumah, dia mendapatkan cicitnya, Nor Auni Azamudi berusia sembilan bulan yang tidur di ruang tamu.

"Sambil mendukung Nor Auni saya berlari ke belakang rumah dan nampak minyak sawit tumpah memasuki rumah saya dan tiga rumah jiran," kata wanita itu ketika ditemui di sini semalam.

Cerita Minah, dia yang masih terkejut dengan bunyi dentuman itu terduduk di belakang rumah sehingga jiran datang bertanya keadaannya.

'Zainal Orang Kaya' dicari polis

Posted: 16 May 2012 07:11 PM PDT




KUANTAN - Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran semalam mengedarkan gambar orang dikehendaki dikenali sebagai 'Zainal Orang Kaya' yang dipercayai terbabit dalam kes pengedaran dadah.

'Zainal Orang Kaya' atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ramli, 43 (gambar), berasal dari Felda Seroja, Jengka 18, Maran dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan heroin seberat 100 gram pada motosikal yang ditungganginya ketika ditahan September tahun lepas.

Menurut jurucakap polis, pihak polis telah cuba mengesan suspek sejak dia bertindak melarikan diri ketika diperiksa di laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Chenor dekat Maran.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi pada 29 September lalu, suspek ditahan anggota peronda Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah Lanchang-Maran untuk pemeriksaan rutin.

"Namun, suspek yang diminta mengeluarkan lesen dan kad pengenalan untuk pemeriksaan bertindak melarikan diri," kata jurucakap polis semalam.

KL perlu insinerator lupus sampah

Posted: 16 May 2012 07:10 PM PDT


AHMAD FUAD menunjukkan treler 'Prime Mover' untuk mengangkut sisa pepejal di Jabatan Penguatkuasaan DBKL di Kuala Lumpur semalam,


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memerlukan penggunaan teknologi insinerator sebagai langkah alternatif mengatasi masalah sampah sarap berikutan tapak pelupusan sisa pepejal sedia ada yang semakin terhad.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, teknologi itu perlu dibina di negara ini memandangkan jumlah sampah semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, pada masa kini, kapasiti sisa pepejal yang diuruskan di stesen pemindahan sampah di Taman Beringin, Kepong dekat sini telah mencapai purata 1,700 hingga 2,500 tan sehari.

"Kita tidak boleh bergantung kepada tapak pelupusan sisa pepejal sahaja pada masa akan datang kerana keadaan tanah agak terhad dan semakin mahal.

"Justeru, kita terpaksa memikirkan kaedah pelupusan yang lebih efisien serta tidak mencemar alam sekitar seperti yang diguna pakai oleh negara-negara maju di rantau ini," katanya.

Remaja OKU hilang ditemui selamat

Posted: 16 May 2012 07:09 PM PDT


SAIFUL (tengah) bermesra dengan Sarmidi (kanan) dan Zaleha selepas ditemui semula di Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU), Saiful Sarmidi, 21, yang dilaporkan hilang ketika bermain di sebuah surau di Kampung Sungai Rinting C, Masai, Pasir Gudang di sini Khamis lalu ditemui semula dalam keadaan selamat semalam.

Saiful yang mengalami sindrom down dilaporkan berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru dan hanya diketahui identitinya selepas berita kehilangan remaja tersebut disiarkan di akhbar semalam.

Menurut bapanya, Sarmidi Subir, 48, seorang buruh binaan, dia menerima panggilan daripada JKM Johor Bahru pada pukul 7.30 pagi yang memaklumkan Saiful berada di sana selepas diserahkan oleh JKM Kota Tinggi beberapa hari lalu iaitu kira-kira 50 kilometer dari rumahnya.

"Menurut JKM Johor Bahru, Saiful telah diserahkan kepada JKM Kota Tinggi oleh orang awam yang menemui remaja itu di bandar tersebut pada Jumaat lalu.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana Saiful boleh berada Kota Tinggi kerana pihak JKM sendiri tidak memberi butir secara terperinci," katanya semalam.

Menurut Sarmidi, Saiful yang mengalami masalah pendengaran tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi kelihatan sedih dan menangis sambil memeluk dirinya sejurus mereka berjumpa.

Dekati pelanggan melalui kempen

Posted: 16 May 2012 07:08 PM PDT


PERODUA Tweckbot merupakan salah satu program yang mampu mendekati pelanggan dengan menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma menjelang musim cuti perayaan.


KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melancarkan inisiatif baharu untuk mendekati pengguna menerusi kempen Apakah Cerita Perodua Anda.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha syarikat pengeluar kereta kompak nasional itu untuk menjadi lebih peka kepada kehendak dan suara hati pelanggan.

Dalam masa yang sama, ia adalah untuk membantunya menawarkan kenderaan dan perkhidmatan yang lebih berorientasikan pengguna pada masa depan.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, sejak model kenderaan pertama syarikat iaitu Kancil menemui pengguna hampir 19 tahun yang lalu, terdapat lebih daripada dua juta kenderaan Perodua menyusuri jalan raya.

"Setiap satu daripadanya pasti mempunyai cerita masing-masing dan kami rasa sudah tiba masanya untuk Perodua mewujudkan satu platform bagi para pengguna berkongsi pengalaman mereka," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Aminar sendiri akan terlibat secara langsung dalam inisiatif tersebut dan akan mendengar apa yang bakal dikongsi oleh para pelanggan.

Apek mahu berdamai

Posted: 16 May 2012 07:08 PM PDT


APEK tiada masalah untuk berlakon dalam produksi David Teo.


KEMELUT yang melanda hubungan pelawak terkenal, Saiful Apek dan pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group Sdn. Bhd. (MIG), David Teo sebelum ini menarik perhatian ramai.

Apek yang merupakan sahabat baik kepada arwah Bob Kuman naik berang apabila David menggunakan perkataan 'sedekah' ketika ditemu bual dalam satu program televisyen lantas melepaskan kemarahan itu dalam akaun Twitter dan Facebook miliknya.

Malah, dia turut meminta penerbit terkenal itu membuat permohonan maaf secara terbuka serta menuntut bayaran tertunggak berjumlah RM200,000 yang sepatutnya diselesaikan hasil kutipan filem terbitan bersamanya iaitu Lady Boss dan Anak Mami Kembali.

Akhirnya pada hari Selasa lalu, Apek tampil membuat penjelasan berkenaan krisis yang tercetus antara dirinya dan David Teo. Ikuti temu bual antara Saiful Apek dan Kosmo! ketika ditemui di Subang Avenue, Subang, Selangor itu.

Kosmo!: Boleh Apek ceritakan situasi terkini antara anda dan David Teo?

SAIFUL APEK: Pada mulanya saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini sehingga saya menonton program Melodi beberapa minggu lalu dan Ahad lepas. Saya tidak dimaklumkan sesiapa mengenai kes tuntutan saya yang difailkan pada tahun 2006 telah dibatalkan. Kalau saya tahu tak akan saya nak bising, itu bermakna mengancam diri sendiri. Saya akur dengan keputusan itu dan tiada lagi persengketaan antara kami. Bagi saya memaafkan adalah penyelesaian yang paling tepat. Saya harap jangan bangkitkan lagi isu ini.

Setelah isu ini selesai, anda pernah berjumpa atau menghubungi David?

Belum sempat bersua muka lagi dan pihaknya juga belum menghubungi saya. Kalau pada mulanya dulu dia yang datang cari saya rasanya tidak salah jika dia melakukan perkara yang sama sekarang. Sebelum ini pun pernah terserempak beberapa kali dengan dia tapi tiba-tiba hilang. Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada David Teo kerana berani membuat permohonan maaf secara terbuka dan menghormati adat masyarakat Melayu.

Jika David menawarkan anda berlakon atau bekerja di bawahnya, adakah anda setuju?

Secara amnya saya tiada masalah, saya boleh berlakon kalau ditawarkan tapi sanggupkah pihak tertentu menanggung akibat kelak? Orang ramai akan bercakap-cakap, ambil saya berlakon apabila sudah timbul polemik. Ya, kalau ditawarkan saya terbuka.

Anda rasa ralat atas kejadian yang berlaku sekarang? Apa tindakan anda selepas ini?

Saya tidak dapat pastikan apa yang akan dilakukan selepas ini. Bagi saya tidak begitu ralat sebab isu ini sudah terlampau lama, yang ralatnya sudah tentu anak-anak saya sebab mereka ada berlakon dalam filem Lady Boss tujuh tahun lalu.

Anda ada meluahkan rasa tidak puas hati dalam akaun Twitter dan Facebook milik anda sebelum ini, kenapa?

Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada semua berkenaan tulisan saya yang kurang rasional yang ramai sifatkan saya meroyan. Isu ini ada sejak arwah (Bob Kuman) ada lagi dan baru sekarang tergerak untuk bersuara.

Isu apa yang anda maksudkan?

Berjuang dan bersuara dengan saluran yang lebih afdal dan sahih bagi pihak yang terlibat dalam sesebuah produksi termasuk artis dan kru. Perkara yang saya tuntut tiada kena mengena dengan agama atau bangsa tapi hak yang sepatutnya dijaga dan dibela.

Mungkin anda ada usul atau cadangan untuk diutarakan?

Saya mencadangkan untuk menubuhkan satu biro khas yang disertai semua persatuan secara berpusat. Matlamatnya untuk mempunyai satu laman istimewa bagi mengeratkan silaturrahim dan menyelesaikan masalah dalam industri seni tempatan. Jadi kepada artis atau kru produksi yang ingin menyuarakan ketidakpuasan hati boleh melalui saya. Saya sifatkan diri saya sebagai pencetus dan perantara untuk disuarakan kepada pihak bertanggungjawab.

Boleh huraikan lagi berkenaan biro itu?

Biro yang dimaksudkan itu saya namakan KEMAS 0.0 (Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni). Perkara yang ditekankan merangkumi kepekaan terhadap tawaran kontrak dan perjanjian antara artis, kru produksi dan syarikat penerbitan, keselamatan, insurans, perubatan, penginapan, pengangkutan, mekanikal, bayaran, sumbangan idea, royalti dan jumlah waktu bekerja. Tindakan ini baru permulaan dan harap mendapat maklum balas positif.

Nasihat kepada generasi baharu?

Saya menyeru supaya rakan-rakan artis lain menggunakan saluran dan cara yang betul sebelum menandatangani perjanjian. Jadikan kami iktibar. Seboleh-bolehnya elakkan menggunakan perkataan 'sedekah' sebaliknya ditukarkan kepada terma 'hadiah' yang bersifat lebih merestui.

Nichkhun suka Soo Ae

Posted: 16 May 2012 07:06 PM PDT


SOO AE


SALAH seorang anggota 2PM, Nichkhun, tanpa berselindung memberitahu jenis wanita yang biasa dapat mencuri hatinya.

Dalam program Section TV Entertainment News yang mengunjungi studio tempat Nichkhun dan artis Nam Bora sedang menjalani penggambaran iklan It's Skin, dia memberitahu dia gemarkan wanita dengan gaya semulajadi.

"Saya sukakan Soo Ae," ujar Nichkhun ringkas.

Ketika ditanya apa yang membuatkan dia memilih aktres kelahiran Korea yang terkenal dengan drama bersiri April Kiss dan Athena: Goddness of War itu, Nichkhun ternyata sudah bersedia dengan jawapannya.

Dia memberitahu dengan yakin: "Wanita ideal untuk saya mesti seorang wanita yang selalu kelihatan semulajadi. Ciri itu ada pada Soo Ae."

Kotak hitam Sukhoi Superjet-100 ditemui

Posted: 16 May 2012 07:06 PM PDT

MARDJONO memegang kotak hitam pesawat Sukhoi Superjet-100 di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta semalam.


JAKARTA - Sebuah kotak hitam yang merupakan perakam suara dari kokpit pesawat penumpang Sukhoi Superjet-100 buatan Rusia yang terhempas berhampiran dengan Gunung Salak, Jawa Barat yang mengorbankan 45 orang telah ditemui kelmarin.

Ia merupakan rakaman suara juruterbang yang boleh membantu menjelaskan punca nahas tersebut.

Menurut Ketua Suruhanjaya Kebangsaan Keselamatan Indonesia, Tatang Kurniadi kotak hitam itu ditemui dari sebuah gaung sedalam 500 meter.

Beliau berkata, ia mengandungi perakam suara dan perakam data penerbangan.

Pesawat itu membuat penerbangan demonstrasi semasa ia terhempas di gunung tersebut pada Rabu lalu.

Menurut ketua siasatan nahas itu, Mardjono Siswosuwarno, rakaman suara itu akan dianalisis di sebuah makmal di Jakarta.

Pesawat itu terhempas selepas ia hilang dari radar setelah berlepas dari sebuah lapangan terbang di sini.

Warga Denmark hanya luka

Posted: 16 May 2012 07:05 PM PDT


SERPIHAN pesawat yang dinaiki Rasch.


COPENHAGEN - Seorang warga Denmark, Andreas Rasch yang terselamat dalam nahas sebuah pesawat Nepal yang terhempas hanya mengalami luka, lapor akhbar Ekstra Bladet semalam.

"Masih ada masalah dengan kaki saya. Mungkin luka," kata Rasch, 30, kepada akhbar Denmark itu.

Dia dan kekasihnya, Emilie Joergensen, 29, antara enam penumpang yang terselamat apabila pesawat tersebut terhempas di sebuah gunung di banjaran Himalaya pada Isnin lalu menyebabkan 15 orang terbunuh.

Menurut Joergensen, ketika kejadian, pesawat itu terbang rendah.

Rasch menyatakan tulang pinggul kekasihnya itu retak.

Pesawat Dornier yang terhempas itu milik syarikat penerbangan tempatan, Agni Air.

"Kami berasa gembira kerana masih hidup. Kami berasa simpati kerana ramai penumpang yang mati," kata Rasch.

Pesawat itu terhempas semasa ia cuba untuk mendarat di Lapangan Terbang Jomsom, 200 kilometer dari Kathmandu.

Lady Gaga tiba di Taipei

Posted: 16 May 2012 07:03 PM PDT


LADY GAGA berjalan di depan para peminatnya semasa dia memasuki sebuah hotel di Taipei semalam.


TAIPEI - Penyanyi terkenal, Lady Gaga tiba di sini semalam dengan sebuah pesawat sewa khas bagi memenuhi janjinya untuk membuat persembahan di Taiwan, menurut satu laporan semalam.

Menurut laporan laman berita Focus Taiwan News Channel, pesawat yang dinaiki Lady Gaga, 26, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei.

Dia kelihatan memakai pakaian berwarna hijau dan cermin mata gelap.

Para peminat penyanyi berimej pelik itu berkumpul di luar lapangan terbang tersebut.

Bintang pop itu tidak bercakap dengan pemberita tetapi dia melambaikan tangan sebelum menuju ke hotel penginapannya.

Semasa tiba di hotel, dia beramah mesra dengan para peminat dan menandatangani autograf.

Penyanyi lagu Poker Face itu akan membuat persembahan pada hari ini dan esok di Dewan Pameran Nangang di sini.

Setiap tiket berharga AS$433.9 (RM1,353).

Konsert tersebut merupakan janji Lady Gaga kepada para peminatnya di Taiwan selepas konsert mininya di Taichung pada Julai tahun lalu.

Kelmarin, polis Indonesia semalam enggan membenarkan konsert penyanyi terkenal, Lady Gaga diadakan di Jakarta.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa kumpulan Islam berikrar untuk menggerakkan ribuan penyokong masing-masing untuk menghalang konsert tersebut.

Pelajar sekolah rendah belajar memasak

Posted: 16 May 2012 07:02 PM PDT


BEBERAPA pelajar diajar membasuh sayur bayam.


DENVER, Amerika Syarikat - Para pelajar Sekolah Rendah Munroe di sini mempelajari cara menanam sayur-sayuran dan memasak makanan yang berkhasiat.

Mereka mengikuti kursus program makanan tengah hari di sekolah itu yang bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar yang obes.

Para pelajar itu turut diajar cara untuk membasuh sayur-sayuran.

Bandar ini terletak dalam negeri Colorado.

Negeri Colorado berada di tempat kedua berdasarkan senarai bilangan kanak-kanak yang obes.

Dalam kelas itu, para pelajar diajar memotong sayur-sayuran untuk dimasak.

Sayur-sayuran itu ditanam di taman sekolah itu.

Ujian kereta kabel di Sungai Thames

Posted: 16 May 2012 05:59 PM PDT


SEORANG pekerja keluar dari sebuah kereta kabel.


LONDON - Beberapa buah kereta kabel bergerak merentasi Sungai Thames sejauh satu kilometer di sini kelmarin.

Ia bergerak dari Semenanjung Greenwich ke Limbungan Diraja dalam satu ujian operasi yang dilakukan oleh para jurutera dan pekerja projek pembinaan kereta kabel itu.

Projek kereta kabel itu ditaja oleh syarikat penerbangan Emirates Airlines.

Sebanyak 34 kereta kabel dijangka beroperasi semasa Sukan Olimpik London berlangsung pada Julai depan.

Ketinggian kereta kabel itu dari sungai tersebut ialah 90 meter.

Galaxy S III versi Android

Posted: 16 May 2012 05:58 PM PDT


SEMAKIN ramai pengguna telefon pintar mula beralih kepada jenama Samsung terutamanya sejak pelancaran beberapa gajet baharu Samsung seperti Galaxy S III.


PENGELUAR produk elektronik dan gajet digital, Samsung baru-baru ini memperkenalkan ahli terbaharu dalam keluarga telefon pintar Galaxy, Samsung Galaxy S III.

Bermula dengan Galaxy dan kemudiannya Galaxy S2, Samsung berjaya menawan hati bukan sahaja peminat Android tetapi juga pengguna iPhone sendiri.

Tindakan Samsung melancarkan Galaxy S III di London, Britain pada minggu lalu dilihat oleh penganalisis teknologi sebagai satu ancaman untuk iPhone.

Menawarkan unit pemprosesan yang lebih laju dan skrin sentuh yang lebih besar, Galaxy S III beroperasi menggunakan versi terkini Android dengan pelbagai ciri yang dipertingkatkan.

Galaxy S III didatangkan dengan unit pemprosesan Exynos 4 Quad berkelajuan 1.4 gigahertz (GHz) berbanding 1.2GHz pada Galaxy SII dan 1GHz pada iPhone 4S.

Skrin sentuh AMOLED bersaiz 4.8 inci pula mampu memberikan kepuasan maksimum kepada pengguna. Secara perbandingan, skrin Galaxy S III itu menerima sedikit pelebaran skrin kepada 4.8 inci berbanding Galaxy S II yang bersaiz 4.3 inci.

Dari sudut reka bentuk, Galaxy S III mempunyai rekaan yang lebih bulat berbanding S II dan butang Home yang dilebarkan.


SKRIN yang lebih luas memberikan ekstra kepuasan kepada pengguna.


Ciri lengkap

Berbanding Galaxy S II, beratnya sedikit bertambah daripada 116 gram kepada 133 gram. Namun, peningkatan berat itu tidak seharusnya dilihat sebagai satu kekurangan kerana maklum balas pengguna Galaxy S II yang mahukan telefon yang tidak terlalu ringan agar lebih selesa dipegang.

Dari sudut rangkaian dan capaian internet, Galaxy S III menawarkan ciri baharu iaitu sokongan rangkaian 4G LTE. Piawaian LTE atau Long Term Evolution yang memperlihatkan kepekaan dan sokongan Samsung terhadap perkembangan sistem rangkaian tanpa wayar berkelajuan ultra untuk pengguna telefon bimbit dan terminal data.

Ia membolehkan capaian berkelajuan seperti 42 megabait persaat dicapai. Angka itu bukan nilai kelajuan maksimum kerana LTE memberikan fleksibiliti kepada syarikat telekomunikasi untuk mengadaptasi kelajuan yang jauh lebih tinggi pada masa akan datang.

Sama seperti Galaxy S II dan iPhone 4S, Galaxy S III mempunyai pilihan memori dalaman berkapasiti 16, 32 dan 64 gigabait. Pilihan saiz storan yang pada pendapat peribadi penulis lebih daripada cukup bagi pengguna telefon yang tidak terlalu banyak memuat turun fail atau aplikasi untuk telefon mereka.


KUALITI yang ditawarkan Galaxy S III dilihat menjadi satu ancaman baharu untuk iPhone.


Galaxy S III juga mempunyai RAM berkapasiti 1 gigabait menyamai atau setidaknya hampir menyamai keperluan RAM minimum sebuah komputer hari ini.

Satu ciri unik pada model S III ialah sensor yang mampu mengesan mata pengguna. Oleh itu skrin tidak akan terpadam atau dikunci secara automatik, sesuatu yang amat berguna terutamanya ketika memainkan video pada telefon.

Satu lagi ciri menarik ialah S-Beam yang menawarkan pemindahan fail pantas untuk peranti digital lain dengan hanya menyentuhkan kedua-duanya. Ciri itu juga boleh digunakan untuk berkongsi kandungan skrin dengan telefon lain.

Bukaan lensa kanta TOUGH TG-1

Posted: 16 May 2012 05:57 PM PDT


BUKAAN maksimum lensa membolehkan TOUGH TG-1 merakamkan gambar terbaik biarpun pada waktu malam.


PERKARA yang membezakan kamera kompak terbaharu Olympus, TG-1 dengan model-model lain yang berada di pasaran ialah pada bukaan maksimum lensa iaitu f2.0. Ia mampu memberikan imej yang terang dan jelas terutamanya pada waktu malam.

Dengan bukaan lensa yang maksimum, pengatup kelajuan kamera tersebut juga lebih pantas sehingga lensanya diklasifikasi sebagai lensa yang berkelajuan tinggi.

Bukaan lensa itu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk merakam gambar pada waktu malam dan cuaca buruk walaupun dengan kadar cahaya tidak mencukupi.

Kelajuan ISO kamera sentiasa rendah bagi mengurangkan kekotoran pada imej sekali gus mampu untuk menghasilkan imej yang cantik.

Melalui teknologi iHS, gabungan sensor CMOS dan pemproses imej SLR TruePic VI mampu meningkatkan kelajuan operasi kamera melalui tiga kaedah iaitu semasa kamera dihidupkan, ketika lensa kamera berada pada mode fokus dan apabila menggunakan fungsi-fungsi lain semasa penggambaran.

Fungsi GPS kelajuan tinggi juga mampu untuk mengesan maklumat lokasi penggambaran dengan merakam informasi tempat dalam bentuk imej. Data disimpan dalam simpanan kad SD dan sesuai untuk fotografi lokasi luar.

GPS bagi kamera itu bermula dari titik mula pengguna kamera sehingga maklumat lokasi yang ingin dituju ditemui kerana maklumat lokasi dikesan melalui satelit.

TG-1 menawarkan 4x lensa zoom yang memaparkan imej yang luas, 25 sehingga 100 milimeter (mm) bersamaan dengan imej yang dipapar menerusi lensa telefoto. Uniknya, kamera itu juga mempunyai fungsi penukaran kanta kalis air.

TOUGH TG-1 juga dilengkapi dengan lensa fish-eye yang membolehkan pengguna menghasilkan gambar pada sudut yang lebih luas. Penggunaan lensa tele turut mampu mendapatkan sudut imej bersamaan dengan 170mm.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved