Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Mania pencetus akrab
- Isu Perceraian Buat Dayang Fobia Mahu Kahwin
- Yuna Utamakan Bidang Muzik Berbanding Jadi Duta Produk
- Perabut Idea Lima Selebriti Berjaya Dihasilkan
- Kat Hassan Tidak Yakin Jadi Penyanyi
- Kilafairy Lega Bebas Daripada Kontroversi
- Britney Spears Dibayar Hampir RM47.12 Juta Sebagai Juri
- Ibu Terpaksa Awasi Pergerakan Rihanna
- Bintang Filem India, Rekha Jadi Anggota Dewan Negara
- Ular teman ulang kaji
- Tetak tuntut hutang
- Along lontar bom tangan
- 20 jam meringkuk dalam bonet
- Rezeki jaga anak orang
- Menghargai kerjaya jururawat
- Ibu! Apa salah saya?
- Pusat rawatan muka Herbaline
- Dunia jam Julianna
- UMP iktiraf penyelidik
- Kerjasama LTAT, UIAM bina asrama
- Navigasi perjalanan harian
- Komputer riba musim bunga
- Tolong hapuskan virus
- Sungai Muroli ikon tagal Sabah
- Kejahatan lidah bahana penyakit hati
| Posted: 15 May 2012 09:40 PM PDT KAWAN RAPAT...Alyah (kiri) dan Atilia. JIKA sebelum ini mereka hanya jeling-menjeling, bertegur sekadar sebagai rakan artis saja. Namun hanya kerana bertembung menerusi Mania, penyanyi jelita, Atilia dan Alyah kini bagaikan belangkas yang susah untuk dipisahkan. Program realiti itu menyatukan persahabatan mereka. Malah, pada sesi fotografi yang diatur Isnin lalu, gelagat mereka memang seperti sahabat yang sudah bertahun lamanya kenal. Usik-mengusik, saling berpelukan, bergelak-senda, langsung tidak terlintas bahawa hakikatnya mereka baru sebulan dua bersahabat. Menceritakan detik bagaimana mereka mula rapat, Atilia yang jelas lebih banyak bercakap berkata, dia amat bersyukur terbabit dalam Mania kerana bukan saja menimba pengalaman malah mendapat seorang sahabat sejati.
TRIVIA ALYAH |
| Isu Perceraian Buat Dayang Fobia Mahu Kahwin Posted: 15 May 2012 09:39 PM PDT Dayang NurfaizahPETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah menyifatkan pelbagai isu rumah tangga termasuk perceraian yang berleluasa ketika ini membuatkan dia berasa fobia untuk berkahwin pada masa terdekat. Pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini berkata, dia tidak terdesak untuk mencari pasangan hidup walaupun bakal mencecah usia 31 tahun pada 20 Julai depan. "Faktor usia tidak menjadi isu buat saya. Malah ibu bapa dan keluarga saya juga tidak pernah bertanya kerana mereka memahami dan menghormati keputusan saya. "Bohonglah kalau saya kata tidak mahu berkahwin. Apatah lagi apabila usia semakin meningkat, keinginan untuk berumah tangga memang ada cuma saya belum bersedia dan tidak ada calon pun," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Dayang berkata kes-kes perceraian dan keruntuhan institusi keluarga yang berlaku di kalangan masyarakat mendatangkan kebimbangan kepadanya. "Banyak sangat kes-kes perceraian yang berlaku membuatkan saya takut untuk berkahwin. "Saya tidak sanggup untuk bertolak-ansur dalam banyak hal dan belum bersedia untuk menjaga orang lain (suami) dalam hidup saya. "Saya bimbang jika berkahwin kelak, saya tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab seorang isteri dengan sempurna," jelasnya. Ditanya tidakkah mahu berusaha ke arah itu, Dayang berkata, pada waktu ini dia lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian terlebih dulu. "Namun, saya tidak sekat diri untuk berkawan dengan sesiapa pun cuma yang istimewa belum ada. Bagaimana hendak ada kekasih kalau kebanyakan waktu hanya untuk kerja dan saya jarang keluar berjumpa dengan orang ramai," ceritanya. Dayang baru saja terlibat dalam persembahan amal bersama penyanyi Anuar Zain pada konsert One Night Only di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam Selasa lalu. Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini juga akan membuat persembahan pada konsert Datuk D.J Dave di Istana Budaya pada 1 hingga 3 Jun depan. |
| Yuna Utamakan Bidang Muzik Berbanding Jadi Duta Produk Posted: 15 May 2012 09:39 PM PDT Yuna.PETALING JAYA: Penyanyi Yuna atau Yunalis Zarai tetap akan memberikan keutamaan kepada bidang nyanyian walaupun banyak menerima pelawaan untuk menjadi duta produk. Yuna, 26, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah melihat perkara itu sebagai masalah kerana tawaran yang datang sentiasa seiring dengan perjalanan karier seninya. "Semua produk yang diwakili saya langsung tidak mengalih perhatian saya kerana sebelum membuat keputusan itu, saya turut mengambil kira tentang kerjaya nyanyian. "Sebagai contoh menjadi duta produk Canon, memberi peluang kepada saya untuk merakamkan perkara menarik dalam hidup saya kerana saya sendiri meminati bidang fotografi. ![]() "Saya percaya pada satu tahap yang lain ia turut memberi inspirasi kepada peminat dan masyarakat keseluruhan," ujarnya kepada mStar Online pada majlis Inspirasi Selebriti Macy di sini, pada Selasa. Tambah Yuna, dia juga bersetuju untuk mewakili sesuatu produk yang ditawarkan kerana mereka tidak menitikberatkan soal rupa paras tetapi menghargai kualiti lain yang ada pada dirinya. Dalam pada itu, Yuna turut memberitahu pihak pengurusannya di Amerika Syarikat tidak membantah penglibatannya menjadi duta produk di negara ini. "Jika ia berkaitan dengan kerjaya saya di Amerika mereka berhak untuk masuk campur tetapi tidak aktiviti di Malaysia dan ia telah dipersetujui sejak awal lagi. "Jadi tidak timbul sebarang masalah jika saya mewakili sesuatu produk atau ingin mengeluarkan album di negara saya sendiri," ujarnya. Sementara itu, Yuna berkata, dia sangat gembira apabila album pertamanya di negara berkenaan telah dilancarkan dan terharu dengan penerimaan peminat. Jadualnya juga cukup padat untuk mempromosikan album terbarunya itu dan bakal menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat pada bulan depan. "Bayangkan setiap negeri di Amerika ada 10 stesen radio berbeza dan rangka promosi yang diaturkan sangat padat tetapi ia memberi pengalaman baru buat saya. "Saya kembali ke Malaysia pun untuk tempoh yang singkat dan akan kembali ke sana dalam masa terdekat untuk konsert jelajah," ujarnya. Mengulas kemunculannya dalam program Conan Show di negara berkenaan baru-baru ini, Yuna memberitahu dia sangat gementar namun berjaya melakukannya selepas memikirkan peminatnya di tanah air. "Saya tahu mereka akan menonton dan mahu buat semua orang di Malaysia bangga dengan saya tetapi gementar dalam hati hanya Allah yang tahu. "Saya juga amat berharap album ini akan dilancarkan di Malaysia untuk peminat saya," katanya. |
| Perabut Idea Lima Selebriti Berjaya Dihasilkan Posted: 15 May 2012 09:37 PM PDT Macy mahukan kelainan dalam setiap produk yang dihasilkan menerusi kreativiti lima artis pilihan.PETALING JAYA: Lima selebriti popular tanah air berjaya menghasilkan rekaan perabot dan barangan hiasan dalaman yang dilakukan khas untuk sebuah projek dikenali 'Inspirasi Selebriti' dengan kerjasama butik hiasan rumah iaitu Macy. Pengurus Besar Macy, Jimmy Koay berkata, kelima-lima selebriti tersebut telah mencipta sendiri perabot mengikut cita rasa masing-masing bagi koleksi terbaru. "Selebriti adalah inspirasi kepada ramai golongan di negara ini dan pemilihan mereka bertepatan dengan objektif Macy yang mahukan kelainan dalam setiap produk yang ditawarkan. "Para selebriti diberikan kebebasan untuk memilih jenis perabot, fabrik dan sebagainya mengikut kehendak masing-masing dalam menentukan perabot yang ingin dihasilkan," katanya kepada mStar Online pada majlis pelancaran Inspirasi Selebriti Macy di sini pada Selasa. Vanidah Imran dan suami, Rashidi IshakLima selebriti yang terpilih untuk projek itu ialah artis Yuna, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan personaliti televisyen iaitu Jojo Struys dan Wong Chui Ling. Dalam pada itu, pelanggan Macy yang berminat untuk memiliki perabot rekaan selebriti pilihan boleh berbuat demikian apabila ia akan dipamerkan di seluruh cawangannya nanti. Jimmy berkata, sebahagian hasil jualan perabot itu nanti akan disalurkan kepada rumah kebajikan terpilih. "Ia bukan mengenai keuntungan semata-mata kerana hasil jualan koleksi selebriti ini akan disalurkan kembali kepada masyarakat yang memerlukan," ujarnya. Sementara itu, Jimmy berkata, kesemua lima selebriti itu akan melakukan rekaan masing-masing selepas inil. "Ini adalah kira musim pertama dan selepas promosi tamat kita akan teruskan dengan penghasilan produk terbaru karya selebriti kita," katanya. Dalam perkembangan sama, pasangan suami isteri Vanidah dan Rashidi melahirkan rasa teruja dengan projek terbaru ini dan berharap pelanggan akan menyukai rekaan yang mereka hasilkan. "Kami memilih untuk menghasilkan perabot untuk kanak-kanak kerana buat masa ini tidak banyak pilihan untuk mereka. "Paling penting perabot yang dihasilkan itu tahan lama dan berbaloi untuk dibeli," katanya. |
| Kat Hassan Tidak Yakin Jadi Penyanyi Posted: 15 May 2012 09:36 PM PDT Kat pernah mengalami kemurungan kerana tidak yakin untuk menjadi penyanyi profesional.KUALA LUMPUR: Penyanyi Kat Hassan mengakui pernah mengalami kemurungan kerana tidak yakin untuk memulakan kerjaya nyanyian selepas menyertai program Mentor musim kedua pada 2006. Kat atau nama sebenarnya Siti Khatijah Hassan, 25, berkata kekecewaan itu timbul kerana dia berasakan seolah-olah tidak mempunyai peluang untuk bergelar artis rakaman. "Tiga tahun pertama selepas saya menyertai Mentor 2 adalah tempoh yang menyakitkan. Saya murung dan sedih kerana berasa seperti tiada harapan untuk berkembang sebagai penyanyi profesional. "Ketika itu saya pernah terfikir apa yang patut dilakukan untuk maju ke hadapan namun saya buntu untuk memulakan kerjaya," katanya kepada mStar Online. Kat berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran album pertamanya berjudul Menggoda di Hard Rock Cafe, di sini, petang Selasa. Tambah Kat, dia bagaimanapun berterima kasih kepada keluarganya atas sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap potensi dirinya. "Saya bersyukur kerana ibu bapa, kakak saya iaitu Nourish dan abang ipar Amy (Search) sentiasa memberikan semangat untuk saya terus berusaha mencapai impian bergelar penyanyi. "Daripada situ saya berusaha mengumpulkan wang dengan berlakon dan menerima sebanyak mungkin persembahan pentas untuk menerbitkan album sendiri," kongsinya. ![]() Bercerita mengenai album yang mengambil masa selama enam tahun untuk dihasilkan ini, Kat berkata proses tersebut memakan masa yang lama kerana faktor kewangan. "Saya perlu mengumpulkan duit untuk menerbitkan album sendiri. Sebab itu selama enam tahun saya sepi daripada publisiti kerana sibuk dengan lakonan dan persembahan pentas di merata tempat. "Untuk album ini, saya perlu kumpulkan lagu-lagunya secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan. "Ia mengambil masa yang lama kerana saya mahukan sebuah album yang terbaik dan istimewa, berbaloi dengan penantian peminat," ujarnya. Album terbitan syarikat produksinya sendiri, Kath Entertainment ini memuatkan lima buah lagu iaitu Chiki, Hilang, Menggoda, Senjakala dan Lepaskan. Turut disertakan adalah cakera digital versatil (DVD) yang mengandungi klip video Chiki dan Hilang. Album ini sudah berada di pasaran sejak 17 April lalu edaran Warner Music Malaysia. |
| Kilafairy Lega Bebas Daripada Kontroversi Posted: 15 May 2012 09:35 PM PDT Kilafairy.KUALA LUMPUR: Pelakon Kilafairy, 20, berasa lega kerana dirinya tidak lagi diulit dengan cerita-cerita kontroversi seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini. Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan berkata, dia menganggap 'kehilangannya' buat sementara waktu untuk menghabiskan pengajiannya di kolej berjaya mengelaknya daripada terkena gosip-gosip panas. "Sejak kebelakangan ini saya agak sepi daripada publisiti kerana memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran. "Dan ia banyak membantu saya untuk mengelak daripada sebarang berita-berita sensasi dan kalau boleh biarlah cerita saya diisi tentang kerja-kerja yang saya buat," katanya kepada mStar Online. Anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang Pengurusan dan Pemasaran Fesyen, Kolej Antarabangsa Raffles, di sini. Tambah Kilafairy, dia gembira dengan keadaan itu kerana merasakan kontroversi yang berlebih-lebihan dapat mengganggu perjalanan kariernya sebagai pendatang baru. "Bagaimanapun, saya tidak menolak kontroversi kerana ia sememangnya rencah hidup dalam dunia glamor. Cuma saya perlu berhati-hati dalam setiap langkah pergerakan saya," ujarnya. Sementara itu, mengenai perkembangan terbaru, Kilafairy bakal muncul di pawagam menerusi filem HOORE! HOORE! pada 24 Mei ini. Ia merupakan filem kedua lakonan Kilafairy selepas Karak. "Watak saya dalam HOORE! HOORE! dan Karak jauh berbeza. Lebih seronok lagi dalam HOORE! HOORE! apabila saya dapat menyanyi dan menari. "Pengarahnya, Saw Teong Hin pula sangat kreatif dan sering membantu para pelakon supaya menjiwai watal masing-masing. Saya harap ia diterima ramai. Saya teruja dengan respons yang bakal diberikan nanti," tuturnya. |
| Britney Spears Dibayar Hampir RM47.12 Juta Sebagai Juri Posted: 15 May 2012 09:34 PM PDT ![]() PENYANYI Britney Spears akhirnya diumumkan sebagai wajah baru anggota panel hakim program X Factor, Amerika Syarikat. Beliau dilaporkan mendapat bayaran hampir £9.5 juta pound (RM47.12 juta) untuk tugas itu. Simon Cowel telah mendedahkan berita itu di New York selain mengesahkan dirinya dan LA Reid akan turut terlibat dalam program tersebut. Bagaimanapun Nicole Scherzinger dan Paula Abdul masing-masing akan digantikan oleh Britney dan bintang Disney iaitu Demi Lovato. Pengganti hos program tersebut iaitu Steve Jones belum diumumkan tetapi Simonmembayangkan sebanyak dua orang akan mengambil alih peranan itu dan kedua-duanya adalah orang Amerika Syarikat. Uji bakat pertama bagi program itu akan bermula dalam masa dua minggu, di Texas. |
| Ibu Terpaksa Awasi Pergerakan Rihanna Posted: 15 May 2012 09:33 PM PDT Rihanna bersama ibunya, Monica Fenty.SEJAK kebelakangan ini, kelakuan nakal Rihanna mendapat perhatian ramai, termasuklah orang tuanya dan hal tersebut membuatkan ibunya Monica Fenty membuat keputusan untuk mengawasi pergerakannya. Menurut laporan The Sun, Monica begitu prihatin dengan keadaan anaknya itu yang tidak henti-henti menimbulkan kontroversi selain gemar berpesta sehingga membuatkan Monica tidak senang hati. Kerana itu, Monica mengambil keputusan untuk mengikuti setiap pergerakan Rihanna dan menerusi pengawasan ketat yang dibuat, dia berharap keadaan penyanyi lagu We Found Love itu lebih baik. "Monica benar-benar mengawasi setiap pergerakan Rihanna. Dia risau sekiranya Rihanna terlibat dengan penyalahgunaan dadah seperti suaminya," kata sumber. Bukan setakat itu sahaja, Monica turut menjadi guru masakan yang setia mengajar anaknya memasak makanan berkhasiat. |
| Bintang Filem India, Rekha Jadi Anggota Dewan Negara Posted: 15 May 2012 09:32 PM PDT RekhaNEW DELHI: Bintang filem popular India, Rekha Ganesan, 57, mengangkat sumpah pada Selasa sebagai anggota Rajya Sabha atau Dewan Negara India. Sepanjang 40 tahun dalam bidang seni ini, beliau berlakon dalam lebih 180 filem dan watak lakonannya sering menjadi sebutan seperti dalam filem Khubsoorat (1980), Khoon Bhari Maang (1988), Khiladiyon Ka Khiladi (1988) serta Kama Sutra: A Tale of Two Love pada 1996, sebuah drama dokumentari Amerika. Beliau dicalonkan menjadi anggota Rajya Sabha bersama Sachin Tendulkar, pemain kriket India, yang dianggap pemukul terbaik sepanjang zaman dan pakar industri Anu Aga. Sachin dijadualkan mengangkat sumpah Rabu. Pencalonan tiga personaliti terkemuka ini diluluskan bulan lepas oleh Presiden Pratibha Patil di bawah Perkara 80 Perlembagaan yang membolehkan presiden mencalonkan 12 orang ke Dewan Negara yang mempunyai 250 anggota. |
| Posted: 15 May 2012 09:31 PM PDT TIDAK GENTAR...Wan Nor Amirah menjadikan ular sawa sebagai teman. PASIR MAS: "Mirah hanya suka ular sawa dan tidak pernah rasa takut, malah sayang padanya," kata Wan Nor Amirah Wan Apendi, 12, dari Kampung Bechah Tendong, di sini. Dia tidak gentar menjadikan ular sawa seberat lima kilogram (kg) dan dua meter panjang sebagai teman karibnya sejak kecil dan sering menemaninya setiap hari ketika meluangkan masa lapang, menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.
Menurut Wan Nor Amirah, dia memanggil reptilia itu sebagai 'Sayang' dan dia lebih dikenali dengan 'Mirah Ular' di kalangan guru dan rakan sekolah.
Wan Apandi berkata, dia memelihara semua ular berkenaan untuk tujuan membuat persembahan bermain ular di khalayak ramai. |
| Posted: 15 May 2012 09:30 PM PDT BEGINI...Arufullah menceritakan detik cemas isterinya diserang suspek. KANGAR: "Selepas ditetak di kepala dan bahu, isteri saya cuba melawan menyebabkan tangannya hampir putus apabila menepis tetakan yang dihalakan ke mukanya," kata Arufullah Dirladhusdan, 26, menceritakan kejadian isterinya diserang seorang lelaki dengan parang di rumah mereka di Kampung Pida 8, Kodiang, Kedah, kelmarin. Dalam kejadian jam 11 pagi itu, isteri Arufullah, Hasina Mogul Ahmad, 28, yang baru habis berpantang anak sulung parah di kepala, bahu dan lengan kiri selepas ditetak lebih lima kali oleh penyerangnya dipercayai berpunca daripada masalah hutang. Arufullah dan Hasina, kedua-duanya warga Myanmar. Ketika kejadian hanya Hasina berada di rumah bersama bayi lelaki mereka berusia tiga bulan manakala Arufullah bekerja di sawah berhampiran.
|
| Posted: 15 May 2012 09:28 PM PDT LOKASI...rumah mangsa yang dilontar bom tangan oleh empat lelaki, semalam. IPOH: Berpantang maut sebelum ajal. Itu gambaran paling sesuai untuk seorang lelaki yang terselamat daripada maut apabila sebutir bom tangan yang dilemparkan ke arah keretanya tidak meletup. Kejadian berlaku depan rumah mangsa, seorang lelaki berusia 40-an, di Taman Bemban Jaya, Batu Gajah, dekat sini, jam 11.30 pagi semalam. Sumber polis berkata, sebelum kejadian itu, kumpulan empat lelaki dipercayai anggota kumpulan ceti haram atau along pergi ke rumah mangsa dan mengugut mangsa membayar hutang lama berjumlah RM30,000.
|
| Posted: 15 May 2012 09:27 PM PDT KEADAAN pendatang asing tanpa izin ketika dia ditemui pegawai imigresen Itali di Bari, semalam. ROME: Pendatang tanpa izin memang diketahui sanggup melakukan apa saja asalkan dapat menyusup masuk ke Itali, tetapi penemuan terbaru semalam dianggap begitu luar biasa. Seorang pemuda Afghanistan sanggup bersembunyi dalam bonet kereta dengan posisi mengerekot selama 20 jam.
Bagaimanapun, kata sumber, usahanya gagal apabila pegawai imigresen melakukan pemeriksaan mengejut dan menemuinya dalam bonet kereta Nissan berkenaan.
Katanya, kereta itu baru saja tiba di Bari menaiki feri dari Greece.
"Kedua-dua mereka ditahan, manakala pendatang tanpa izin itu terpaksa dibantu keluar dari bonet berkenaan kerana berada dalam keadaan separuh sedar," katanya.
Laluan itu memang popular di kalangan penyeludup manusia yang mengenakan caj minimum 5,000 euro (RM19,664) untuk masuk ke Itali. |
| Posted: 15 May 2012 09:22 PM PDT PENGIKTIRAFAN...Mustapa (empat dari kanan) dan Pikuonis (enam dari kiri) bergambar bersama pemenang dan finalis Pencarian Ibu-Hati Harian Metro 2012. KETIGA-TIGA mereka memiliki gelaran sama, isteri dan juga ibu. Namun apa yang membuatkan mereka berbeza dan menonjol berbanding wanita seusia adalah pembabitan dalam kerja amal sekali gus menjadi inspirasi kepada wanita dalam meningkatkan taraf hidup bukan saja untuk keluarga tetapi masyarakat setempat. Atas kecemerlangan dan daya usaha yang tidak berbelah bagi serta mengutamakan kepentingan orang lain melebihi diri sendiri, Nurulhuda Idris, 32, Yasmin Rasyid, 37, dan Azalinda Alias, 37, dinobatkan sebagai pemenang Pencarian Ibu-Hati Harian Metro 2012 tajaan Softlan yang berlangsung di Hotel Holiday Villa Subang, 13 Mei lalu mengalahkan lima peserta lain. Bagi Nurulhuda yang juga pengasas, warden dan pembantu tadbir di Rumah Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat Perlis, bersyukur atas kemenangan yang tidak disangka-sangka. Wang kemenangan RM5,000 itu dapat digunakan untuk memperbaiki penempatan anak-anak yatim supaya kehidupan mereka menjadi lebih sempurna.
"Ketika itu saya baru mendirikan rumah tangga dan mendapati ada seorang remaja yang ingin lari dari rumah. Memikirkan nasibnya yang mungkin terabai, saya mengambilnya sebagai anak angkat. Daripada seorang akhirnya bertambah dan kini menjadi 30 kesemuanya," katanya yang memberitahu semua kanak-kanak ini datang daripada pelbagai latar belakang berbeza seperti anak yatim, yatim piatu serta memerlukan perlindungan. Berpegang prinsip rezeki ada di mana-mana dan semoga dengan menjaga anak-anak orang, Allah akan menjaga empat anaknya, Nurulhuda akan terus menabur bakti kepada mereka yang memerlukan. Tambahnya, pada zaman serba mencabar ini keruntuhan akhlak dan salah laku berlaku di mana-mana. Dengan penubuhan Teratak Rahmat, ini sedikit sebanyak dapat membentuk peribadi mereka menjadi insan berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Walaupun dibesarkan dalam persekitaran selesa, wanita berdarah campuran Melayu dan Cina ini sejak kecil diajar berdikari dan tidak membazir makanan. Ibu sentiasa mengingatkan sebiji nasi atau sepinggan makanan adalah rezeki daripada Allah dan harus bersyukur kerana dapat menikmatinya. Bagi Pensyarah Fakulti Sains Teknologi dan Media, Universiti Malaya yang juga pengasas dan Presiden EcoKnights, Yasmin Rasyid, sifat ini terbawa-bawa sehingga dewasa. Malah dia menjadikan alam sekitar sebagai sahabat dengan membabitkan diri dalam kerja pemuliharaan alam sekitar. Menurutnya, kini kesedaran masyarakat semakin meningkat namun ramai tidak mengamalkannya. Dengan memberi tumpuan kepada wanita kerana golongan ini lebih berkuasa dalam menentukan produk isi rumah serta kerja membabitkan alam sekitar, Yasmin memberitahu wanita seharusnya dididik supaya lebih menghargai persekitaran. "Sebenarnya memelihara alam sekitar bermula dari rumah. Ini boleh dilakukan dengan melihat sekeliling dan menukar kepada aktiviti yang lebih menyihatkan. Misalnya tidak menggunakan racun serangga, menanam tumbuhan hijau, mengurangkan penggunaan plastik dan makanan dalam tin. Walaupun nampak mudah tetapi tidak ramai mempraktikkan sebagai amalan harian. "Mesej inilah yang saya ingin sampaikan kepada semua wanita di seluruh negara," katanya yang pernah bertugas di WWF Malaysia sebagai pegawai penyelidik untuk program Forest For Water, Water For Life. Menurut Yasmin, tidak guna kerajaan membelanjakan ratusan ribu ringgit menjalankan pelbagai kempen namun hasilnya sangat menyedihkan. Gembira dengan penganugerahan Pencarian Ibu-Hati Harian Metro 2012, Yasmin bertekad akan terus memperjuangkan isu alam sekitar terutama kepada wanita kerana mereka berperanan besar dalam membentuk generasi muda supaya lebih menghargai alam. Pada masa sama, dia juga mengadakan aktiviti dan bengkel untuk badan korporat, ibu bapa dan anak-anak berkaitan penjagaan alam sekitar. Bagi perunding kecantikan, Azalinda Alias, 37, tidak sampai tiga bulan menjadi ibu tunggal pada usia 25 tahun selepas kematian suami hidupnya berubah mendadak apabila cedera parah akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga tangan kirinya terpaksa dipotong. Namun begitu, semua itu tidak mematahkan semangat wanita kelahiran Johor Bahru, Johor ini untuk bangkit daripada sejarah silam dan memulakan hidup baru. Tambahnya, semuanya bermula selepas bergelar ibu tunggal dan suami tidak meninggalkan harta untuk menyara dua anak. "Sepanjang bergelar ibu tunggal banyak cabaran yang terpaksa saya hadapi. Cemuhan serta penghinaan masyarakat perkara biasa. Ramai melemparkan pandangan sinis dan tidak mahu membantu. "Namun saya kuatkan semangat dan bertekad mahu merubah kehidupan," katanya yang membuka salun kecantikan dan spa sejak dua tahun lalu. Selain aktif dalam Persatuan Ibu Tunggal Johor, wanita ini juga kerap membantu golongan miskin, anak yatim dan pesakit kronik. Malah selain menjaga dua anak, dia turut menyara tiga anak yatim dan seorang ibu tunggal. Wanita ini juga pernah dinobatkan sebagai Johan Tokoh Anugerah Orang Kelainan Upaya (OKU) Terbuka Wanita peringkat Segamat pada November 2010. Dipilih sebagai tiga pemenang utama Pencarian Hati-Ibu Harian Metro 2012 cukup mengujakan Azalinda. Wang kemenangan itu dapat digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan. Pada masa sama, dia menasihati ibu tunggal supaya tidak berputus asa dan tabah menghadapi ujian. "Rezeki ada di mana-mana. Asalkan rajin berusaha dan sentiasa berserah kepada Allah," katanya. Ketiga-tiga mereka membawa pulang hadiah lumayan wang tunai RM5,000 dan loket berlian bernilai RM5,000 sumbangan Softlan, plak anugerah, barangan elektrik dan hamper barangan penaja. Lima pemenang sagu hati menerima RM1,000, plak serta hamper sumbangan penaja. Mereka adalah Siti Norkiah Mhd Ishak, 37, Noor Hayati Mohd Kamaluddin, 34, Suriyah Md Noor, 45, Rosni Abu Bakar, 35, dan Ismaruzaini Ibrahim, 32. Hadiah disampaikan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar. Turut hadir, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikuonis dan Pengurus Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Liew Pooi Wan. Tidak ketinggalan, majlis diserikan dengan gelagat lucu pengacara Sharifah Shahirah serta nyanyian daripada penyanyi tersohor, Ziana Zain. |
| Posted: 15 May 2012 09:20 PM PDT Jururawat lama berkhidmat dihargai di Hospital Pantai Kuala Lumpur sempena Hari Jururawat 2012. MEMILIH untuk menjadi seorang jururawat bukanlah cita-cita yang diimpikan oleh semua orang. Ini kerana ada sesetengah orang berpendapat profesion sebagai jururawat tidak ubah seperti seorang pembantu rumah yang menguruskan segala keperluan pesakit selain memastikan segala-galanya terjaga rapi. Sedangkan hakikatnya, kerjaya sebagai seorang jururawat sebenarnya satu kerjaya yang mulia dan perlu disanjung tinggi oleh setiap lapisan masyarakat. Bahkan tidak semua orang mampu melaksanakan tugas seperti mana yang dilakukan oleh jururawat. Sehubungan itu, setiap 12 Mei setiap tahun, telah diwartakan sebagai Hari Jururawat Antarabangsa di mana ia bertujuan mengiktiraf sumbangan jururawat yang berterusan. Jika dilihat kembali segala tugas yang dilakukan oleh seorang jururawat, mereka sebenarnya boleh diibaratkan orang kedua penting selepas doktor. Jururawat Unit Rawatan Koronari (CCU) di Hospital Pantai Kuala Lumpur, Wu Jie Yee, 22, menyifatkan pilihannya untuk menjadi seorang jururawat bukanlah satu pilihan yang salah malah amat berbangga dapat membantu pesakit meringankan beban. Dia yang sememangnya bercita-cita ingin menjadi jururawat sejak dibangku sekolah tidak membuang masa untuk terus mengikuti pengajian dalam bidang kejururawatan sebaik sahaja tamat persekolahan. "Saya meminati kerjaya jururawat sejak di bangku sekolah lagi malah saya melihat kerjaya ini sebagai satu pekerjaan yang murni. "Malah saya telah bersedia dari sudut mental dan fizikal apabila memilih untuk menjadi seorang jururawat. "Tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat pesakit yang dirawat beransur pulih," ujar anak kelahiran Jerantut, Pahang, ini. Walaupun baru lapan bulan memulakan tugas di bahagian CCU, Jie Yee tidak menafikan ia lebih mencabar jika hendak dibandingkan daripada wad biasa. Ini kerana sebelum ini Jie Yee pernah bertugas di wad biasa selama setahun sebelum ditukarkan ke CCU. Tidak kekok menjalankan tugas harian, Jie Yee dilihat seorang jururawat yang komited dengan tugasan yang diberikan. Juga tidak pernah menghadapi sebarang masalah sepanjang bertugas, Jie Yee sejujurnya memberitahu tiada kenangan pahit untuk dikenang melainkan semuanya yang manis. Bagaimanapun, dia tidak menafikan ada ketika pesakit yang dirawat kadangkala mencabar tahap kesabarannya. Begitupun sebagai seorang jururawat, Jie Yee menjelaskan mereka tidak boleh memarahi pesakit malah kena bersabar dan berhadapan dengan kerenah setiap pesakit yang mendapatkan rawatan. Begitu juga dengan Betterline Nyorid, 31, yang bercita-cita menjadi jururawat sejak di bangku sekolah lagi. Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini tidak teragak-agak untuk memohon jawatan jururawat sebagai tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kini setelah 11 tahun berkhidmat sebagai jururawat, Betterline terus berbangga menyarung seragam jururawat. Ternyata kesabaran anak bongsu daripada lima beradik ini begitu kukuh apabila secara jujur mengaku tidak pernah mempunyai kenangan pahit walaupun sering dimarahi pesakit. Baginya, sebagai seorang jururawat, tahap kesabaran yang tinggi perlu ada dalam usaha melayan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik buat mereka yang memerlukan. "Sudah pasti mana-mana jururawat pasti akan berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit dan kena marah itu merupakan perkara biasa. "Begitupun, kita sebagai jururawat haruslah bersabar kerana ini merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi apabila anda memilih profesion ini," ujarnya. Bagi Kalaiselvi Kumaresan, 43, pula, pengalamannya sebagai jururawat selama 20 tahun tidak pernah membataskannya untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pesakit. Malah tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bertukar kerjaya kerana ia sudah sebati dengan dirinya. Apa yang lebih menggembirakan anak kelahiran Ipoh, Perak, ini sepanjang bergelar jururawat ialah setiap pesakit yang dirawat kembali pulih dan menjalani kehidupan harian seperti sedia kala. "Banyak pengalaman yang diperoleh sepanjang 20 tahun bergelar jururawat malah saya amat selesa dengan situasi ini. "Yang pasti saya amat berpuas hati apabila melihat pesakit kembali sihat selain menjaga mereka yang tidak dapat menguruskan diri ketika sakit. "Buat masa sekarang saya tidak pernah terfikir atau merancang untuk menukar kerjaya ataupun berpindah tempat", jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini. Dia kini yang ditugaskan untuk melatih jururawat-jururawat baru memberitahu tugas sebagai seorang jururawat sebenarnya amat mencabar. Selain terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit, mereka juga harus berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit. Bagaimanapun, mereka seharusnya tahu apakah skop kerjaya mereka sebelum membuat keputusan untuk menyarung seragam jururawat. Ketiga-tiga jururawat ini merupakan antara penerima Anugerah Jururawat Cemerlang pada majlis sambutan Hari Jururawat 2012 yang diadakan di Hospital Pantai Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pada majlis tersebut, Wu Jie Yee telah dianugerahkan Jururawat Bintang Harapan, manakala Kalaiselvi pula penerima Pencapaian Sepanjang Hayat dan Betterline dianugerahkan sebagai jururawat paling popular. |
| Posted: 15 May 2012 09:19 PM PDT Rakaman video yang menggemparkan masyarakat Malaysia baru-baru ini menyaksikan seorang ibu memukul, mencubit dan menyepak bayinya berusia 10 tahun tanpa belas kasihan. SEBAIK sahaja selesai menonton rakaman klip video seorang bayi didera ibunya dengan kejam, tiada perkataan yang mampu diluahkan melainkan dada yang sebak. Tiada apa yang mampu dikatakan lagi cuma, terdetik di dalam hati, "perempuan ini manusia atau binatang?" Penonton sememangnya tidak mengetahui apakah dosa yang telah dilakukan bayi tersebut sehingga ibunya sanggup memperlakukan sedemikian rupa. Tetapi apabila difikirkan kembali, apa sangat kesalahan yang mampu dilakukan oleh bayi yang baru berusia 10 bulan ini. Pada umur tersebut seorang bayi hanya mampu menangis sama ada untuk memberitahu dia kelaparan, mengantuk ataupun kesakitan. Sememangnya rakaman klip video tersebut mampu meruntun jiwa setiap insan apatah lagi yang terbaru dipaparkan pula gambar si kecil tidak sedarkan diri selepas dipukul, diterajang, disepak dan dicubit oleh ibunya yang seolah tidak langsung berperasaan. Walaupun dikhabarkan perkara tersebut berlaku pada tahun lalu, ia tetap tidak boleh diterima akal bagi mereka yang masih berfikiran waras. Kita boleh membuat pelbagai andaian termasuklah mengandaikan wanita tersebut mungkin mengalami masalah mental atau apa jua masalah hingga membuatkannya bertindak di luar kawalan. Tetapi pada hakikatnya, sesiapa sahaja yang berbuat demikian (mendera), mereka sememangnya mempunyai masalah kerana menurut Pakar Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Hazli Zakaria, individu normal tidak akan bertindak demikian kerana mereka masih boleh berfikir dengan waras. Ulas Dr. Hazli, wanita yang dikaitkan dalam video klip tersebut pastinya mempunyai sesuatu masalah yang tidak diketahui sesiapa tetapi secara tidak langsung ia boleh dikaitkan masalah dari sudut psikologi. Katanya lagi, banyak faktor yang perlu diambil kira dalam usaha mengenal pasti masalah yang dialami wanita terbabit termasuklah membuat pemeriksaan rapi ke atas wanita tersebut. "Wanita di dalam klip video tersebut pada dasarnya boleh dikatakan mempunyai masalah kerana ibu adalah individu yang paling rapat dengan bayi dan mereka tidak akan bertindak kejam terhadap zuriat sendiri melainkan mempunyai masalah mental. "Jadi, seelok-eloknya, wanita tersebut haruslah diperiksa oleh pakar psikiatri bagi mengetahui tahap kestabilan mentalnya sebelum sesuatu keputusan dibuat atau diambil. "Bagaimanapun, hati saya kuat mengatakan wanita ini berkemungkinan besar mengalami gila meroyan," ujarnya ketika dihubungi Mega, baru-baru ini. Tambah Dr. Hazli, wanita tersebut seharusnya dibantu kerana perlakuannya pasti bersebab dan apakah sebabnya itulah yang harus diketahui dan dicari dalam usaha membantunya menangani masalah yang dihadapi. Secara tidak langsung, jelas Dr. Hazli, selalunya apa yang dilakukan oleh individu-individu ini bukanlah di atas kehendak mereka sendiri melainkan mengalami tekanan masalah yang sedang mereka hadapi ketika itu. Dengan ini perlakuan wanita itu juga boleh diibaratkan tindakan luar sedar mereka. Bagaimanapun, kebanyakan mereka ini akan mendapat kepuasan dengan apa yang telah mereka lakukan. Untuk itu Dr. Hazli mengkategorikan mereka ini mungkin mempunyai masalah daripada sudut personaliti mahupun mental. Berbicara lanjut mengenai kejadian tersebut, Dr. Hazli turut menyatakan, bayi yang didera itu kemungkinan besar akan mengalami trauma yang berpanjangan. Bagaimanapun ia juga sebenarnya bergantung kepada individu-individu tersebut tetapi menurut Dr. Hazli, bayi seawal usia sembilan bulan sudah boleh mengingati apa yang berlaku di sekeliling mereka. Yang pasti, bayi malang tersebut akan terganggu daripada sudut pemikirannya selain berisiko tinggi untuk mengalami trauma dan juga masalah psikologi. Antara masalah psikologi yang disenaraikan oleh Dr. Hazli ialah seperti mengalami kemurungan, kegelisahan, penyesuaian diri, perhubungan dengan masyarakat sekeliling serta lain-lain lagi. Secara tidak langsung, kejadian tersebut juga mampu mempengaruhi perhubungan mental dan fizikal bayi tersebut. Yang pasti, Dr. Hazli menekankan, wanita tersebut seharusnya dibantu dalam usaha mengenal pasti apakah masalah yang sedang dihadapinya selain dijatuhi hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya terhadap darah dagingnya sendiri. |
| Posted: 15 May 2012 09:18 PM PDT Rawatan spa wajah mampu meredakan ketegangan. GOLONGAN wanita bekerjaya yang sanggup mengehadkan sedikit masa mereka di spa untuk mendapatkan rawatan tertentu pasti inginkan suasana dan layanan terbaik. Tambahan, jika wajah yang berseri dan bebas dari masalah dapat menyuntik semangat dan meningkatkan keyakinan diri dalam menjalani kehidupan seharian. Dengan hasrat memberi dan membantu wanita menjaga kecantikan wajah mereka sambil menikmati suasana tenang dan sejahtera, produk kecantikan Herbaline telah menubuhkan pusat Rawatan Muka Herbaline. Spa Rawatan Muka Herbaline yang dianggap sebagai pusat rawatan muka pertama di Malaysia menyediakan persekitaran dan perkhidmatan seperti spa yang pasti mengusik deria anda tatkala saat pertama kali kaki melangkah masuk ke situ. Pengarah Herbaline, CK Low berkata, kehidupan moden membawa banyak tekanan dan menghakis keremajaan dan kecantikan. "Memandangkan tekanan dan kecantikan saling berkait, Herbaline menawarkan lima rawatan muka pada harga yang mampu untuk semua golongan. "Bukan satu kebiasaan untuk anda merasai rawatan muka sambil mengalami pengalaman spa yang direka untuk memberi kesejahteraan dan merangsang rawatan muka supaya lebih berkesan," katanya. Beliau berkata, konsep spa yang direka ini akan memberi seribu ketenangan dan keharmonian kepada pengunjung kerana hiasan dalaman direka seperti berada di sebuah pusat peranginan. "Persekitaran dalam dan luar banglo yang diubah suai menjadi spa rawatan muka ini menerapkan unsur-unsur zen, keharmonian yang menyegarkan fikiran dan badan, mengulit jiwa dan menceriakan perasaan. " Tambahan sesi perundingan di ruang rehat yang santai membawa anda merasai kelainan dunia rawatan muka," kata Low. Katanya lagi, perjalanan bermula dengan berjalan di laluan batu kerakal dan batu buntar yang sengaja di letakkan bagi memperlahankan langkahan anda. "Keadaan ini memberi gambaran bahawa anda tidak perlu terburu-buru dan perlu tenang sementara waktu sebelum mendapatkan rawatan muka. "Sebelum melalui rawatan muka, anda akan disambut oleh rawatan spa kaki garam laut yang melegakan, aromaterapi serai dan minuman teh spa kecantikan sebelum mencelup kaki ke dalam kolam refleksologi spa ikan," kata Low. Katanya, selepas pengunjung merasai kesegaran ia disusuli dengan rawatan muka yang ditunggu-tunggu. "Rawatan muka menggunakan produk Herbalife adalah gabungan dengan teknologi terkini tanpa penggunaan AHA dan pengelupasan kulit. "Ia menawarkan rawatan semula jadi yang menyegarkan, tidak berminyak dan terasa ringan. Herbaline juga menawarkan sebanyak lapan jenis rawatan muka untuk semua jenis kulit. "Rawatan ini juga menggunakan kombinasi urutan Timur dan Teknik Barat dicipta khas untuk kulit Asia," katanya. Beliau berkata, harga untuk rawatan di Herbaline adalah serendah RM69 sehingga RM 149. |
| Posted: 15 May 2012 09:16 PM PDT Red Army Watches yang mengedar lebih 10 jenama jam antarabangsa menjadi kebanggaan Julianna Aloresa Chai (kanan). TIDAK pernah menyangka, apa yang menjadi kegemaran selama ini rupa-rupa mampu memberi pulangan lumayan kepada diri sendiri. Apa yang dikecapi hari ini juga sebenarnya di luar jangkaan kerana menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, penglibatannya di dalam dunia perniagaan adalah bersandarkan kepada minat semata-mata tanpa mempunyai pengalaman yang secukupnya. Tetapi ternyata, wanita berusia 34 tahun ini berhati waja dan cekal kerana cukup berani untuk menghadapi rintangan dan cabaran walaupun sedar risiko yang bakal menanti. Ternyata percaturannya tidak sia-sia apabila hari ini namanya tergolong sebagai salah seorang wanita yang berjaya. Menyandang jawatan sebagai Pengarah Urusan Red Army Watches Malaysia pada usia muda, Julianna Aloresa Chai dengan penuh yakin memikul tanggungjawab yang 'dibebankan' di bahunya hari ini dengan harapan akan melakukan yang terbaik buat dirinya. Yang pasti, walaupun seharian di pejabat, Julianna tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun, Sean Haley Kusumadi. Malah, pemegang ijazah dalam bidang perniagaan ini seronok melayari kehidupan harian di samping tugas dan orang tersayang. Melihat keyakinan diri yang ditampilkan di samping memiliki personaliti yang menarik, ternyata Julianna tidak salah memilih dunia perniagaan sebagai mata pencariannya. Dilihat juga sebagai seorang wanita kental, dia sememangnya berani menyahut cabaran apabila 'terjun' ke dalam bidang perniagaan tanpa sebarang pengalaman dan cuma bersandarkan apa yang dipelajarinya ketika di universiti. Begitupun, semua itu tidak menjadi masalah malah Julianna sendiri sanggup mempelajari dan mendalami selok belok dunia perniagaan bermula daripada bawah. "Terus terang saya katakan, saya tidak mempunyai sebarang pengalaman khusus dalam bidang perniagaan apatah lagi bidang jam. "Walaupun pernah membantu ibu mengendalikan perniagaan runcit tetapi ia berbeza dengan perniagaan yang dikendalikan hari ini. "Untuk itu apabila saya membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan, saya bermula daripada kosong walaupun saya merupakan pemegang ijazah dalam bidang perniagaan kerana apa yang dipelajari sebenarnya tidak sama apabila dilakukan secara praktikal," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaanya yang terletak di pusat membeli belah One Utama, Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Berbicara lanjut mengenai perniagaan yang diusahakannya bersama rakan kongsi yang lain, jelas Julianna, segala-galanya bermula apabila dia diberikan sebuah jam antik oleh mendiang datuknya. Hendak dijadikan cerita, jam tersebut rosak dan saat itulah Julianna terfikir untuk memperbaikinya dan dalam masa yang sama dia belajar mengenai selok belok mengenai jam daripada jam tinggalan datuknya itu. Ditambah pula Julianna gemar melancong dan ia memberi peluang kepada dirinya untuk melihat sendiri pelbagai jenis jenama jam serta reka bentuk yang terdapat di setiap negara yang dikunjunginya. Bagaimanapun, dia yang berpengalaman selama lima tahun dalam bidang khidmat pelanggan di Asia Barat tidak terburu-buru membuka kedai malah mengambil masa untuk mencari pengalaman agar segalanya berjalan lancar. Maka tidak hairanlah sekiranya hari ini Red Army Watches bukan sahaja mengedarkan lebih daripada 10 jenama antarabangsa malah turut mempunyai sembilan cawangan di Asia Tenggara dengan empat di Singapura, dua di Jakarta dan tiga lagi di Malaysia (Kuala Lumpur). Apa yang lebih membanggakan, anak kelahiran Kuala Lumpur ini tidak menjadikan kejayaannya sebagai titik noktah. malah dia bersama rakan kongsinya mempunyai perancangan yang besar di mana setiap tahun mereka pasti akan membuka sebuah cawangan. Untuk tahun ini mereka dijangka membuka sebuah lagi cawangan Red Army Watches di Indonesia. Ketika ditanya apakah yang membezakan kedai jamnya dengan kedai-kedai jam yang lain, ulas Julianna, Red Army Watches menawarkan pelbagai jenis jam daripada jenama antarabangsa. Bukan itu sahaja malah jika dilihat daripada warna serta reka bentuknya juga agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan jam tangan yang lain dan sekali gus menjadikan Red Army Watches sebuah kedai jam yang amat berbeza daripada kedai-kedai jam lain. Begitupun, jelas Julianna, menyandang jawatan sebagai Pengarah Urusan sebenarnya bukanlah satu jawatan yang mudah malah dirinya sebagai seorang wanita sering diperhati dan dipertikaikan akan kebolehan untuk mengendalikan perniagaan. Bagaimanapun hari ini Julianna gembira kerana perniagaanya bukan sahaja berkembang dan maju malah dia juga berjaya membuktikan kebolehan kaum wanita tidak boleh dipandang enteng. Apa pun, Julianna menegaskan kejayaannya hari ini adalah berkat sokongan padu daripada keluarga tersayang terutama suaminya, Soemantri Kusumadi. Yang pasti, Julianna menyatakan perjalanannya masih jauh dan banyak lagi yang perlu dipelajari malah menjadikan setiap hari waktu belajar untuk memperbaiki diri. |
| Posted: 15 May 2012 09:16 PM PDT UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Malam Cendekia Bitara 2012 bagi meraikan tenaga akademiknya yang cemerlang dalam bidang penyelidikan dan penerbitan jurnal dengan mencipta kejayaan di dalam dan luar negara di sebuah hotel terkemuka di sini baru-baru ini. Penganjuran kali keempat itu bertemakan Metamorfosis, sebagai lambang transformasi UMP sepanjang sedekad penubuhannya dalam mengungguli bidang kejuruteraan, teknologi dan kreativiti untuk meningkatkan taraf pendidikan tinggi di Malaysia. Majlis itu disempurna oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan Canselor UMP dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Mohd. Hilmey Mohd. Taib dan Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim. Pada majlis tersebut, Tengku Abdullah berkenan menyampaikan Anugerah Cendekia Bitara kepada 24 penerima termasuk tiga daripadanya menerima Anugerah Pengajaran Cemerlang. Anugerah Pengajaran Cemerlang itu diberikan kepada pensyarah yang banyak memberi sumbangan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan akademik. Sementara itu, menurut Dr. Daing Nasir, sebanyak 215 projek penyelidikan sedang dijalankan UMP pada 2011 dengan geran RM9.95 juta iaitu meningkat sebanyak 13.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. "Di UMP, penerbitan artikel dalam jurnal berwasit melonjak sebanyak 26 peratus iaitu daripada 103 kepada 130 penerbitan pada tahun lalu," katanya ketika berucap di majlis tersebut. Dalam pada itu, Dr. Rizalman Mamat dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik antara tujuh orang yang diumumkan sebagai penerima Anugerah Cendekia Bitara bagi kategori produk penyelidikan. Anak kelahiran Kelantan itu sebelum ini mendapat pingat emas dalam Moscow International Salon of Invention and Innovation Technologies 2011 apabila menghasilkan relau untuk kegunaan industri kecil dan sederhana. Relau berkenaan yang menggunakan bahan api gas petroleum cecair boleh digunakan untuk industri kraftangan berasaskan tembaga dan perak. Bagi kategori penerbitan jurnal, Profesor Madya Dr. Zularisam Ab. Wahid dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam turut menerima anugerah yang sama. Setiap penerima membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM5,000 bagi pengiktirafan antarabangsa serta RM3,000 bagi dalam negara. |
| Kerjasama LTAT, UIAM bina asrama Posted: 15 May 2012 09:12 PM PDT MOHD. Anwar Mohd. Nor menyerahkan replika cek bernilai RM5 juta kepada Zaleha Kamaruddin sambil disaksikan Dr. Ahmad Zahid Hamidi di kampus UIAM, Gombak, Selangor baru-baru ini. LEMBAGA Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menandatangani perjanjian untuk membiayai pembinaan asrama bagi menyediakan lebih banyak kediaman kepada mahasiswa universiti itu di samping menjana dana untuk biasiswa kepada pelajar yang memerlukan. Rektor UIAM, Profesor Datuk Sri Dr. Zaleha Kamaruddin berkata, peruntukan sebanyak RM5 juta yang didermakan oleh LTAT akan digunakan bagi membina sebuah asrama yang akan disewakan. Hasil sewaan terkumpul setiap tahun akan dijadikan biasiswa yang dinamakan LTAT Ummatic Scholarship. "Seramai 50 mahasiswa miskin UIAM akan dipilih menerima biasiswa ini berdasarkan prestasi dan kemampuan pemohon terbabit. "Mahasiswa yang dibantu ini adalah mereka yang belajar di UIAM dari serata dunia Islam atau masyarakat minoriti Islam di luar negara termasuk anak tempatan Malaysia sendiri," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian itu di Gombak, Selangor baru-baru ini. Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr, Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi LTAT, Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor. Setiap blok bangunan asrama itu mempunyai bangunan empat tingkat dan setiap tingkat mempunyai empat bilik dengan empat unit individu. Keseluruhan bilik individu yang ada bagi setiap blok ialah 64 unit dengan kadar sewa RM600 sebulan. Setiap bilik mempunyai kemudahan dua bilik mandi, satu set dan ruang memasak dan satu ruang rehat. Projek pembinaan yang ditaja LTAT akan bermula secepat mungkin dan mengikut perancangan projek berkenaan akan siap menjelang Ogos 2013. Sementara itu, Dr. Ahmad Zahid memuji langkah UIAM dan LTAT kerana melaksanakan satu projek penyediaan kemudahan asrama mahasiswa melalui pendekatan waqaf yang inovatif. "Saya kira ini adalah projek pertama di dunia dan di Malaysia apabila penyumbang tampil bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha membangunkan kemudahan asrama kepada mahasiswa dan daripada hasilnya dapat pula diwujudkan satu tabung biasiswa berterusan (perpetual) kepada mahasiswa," katanya. Berdasarkan rekod UIAM, jumlah keseluruhan mahasiswanya sekarang sudah mencecah 30,000 yang meliputi seluruh lima kampus miliknya. Bagi Kampus utama di Gombak, UIAM mempunyai lebih kurang 20,000 mahasiswa yang mengambil kursus di peringkat sarjana muda dan sarjana. Daripada jumlah tersebut, seramai 14,600 menginap di asrama. Setakat ini UIAM menawarkan empat blok untuk dibiayai penaja dan kini dua daripadanya dibiayai LTAT. Manakala satu lagi blok dibina dan ditaja Ahli Majlis Tertinggi Pemerintah Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Humaid Rashid Al-Nuaimi bernilai RM5 juta dan kerja pembinaannya sudah bermula sejak sebulan lalu. UIAM masih menawarkan dua blok lagi untuk ditaja mana-mana individu atau syarikat korporat yang prihatin terhadap perjuangan membangunkan pendidikan ummah di negara ini. |
| Posted: 15 May 2012 08:36 PM PDT MODEL baru GPS TomTom dilengkapi spesifikasi lebih intraktif dan kawalan navigasi selamat. RAKYAT Malaysia kini boleh menikmati perjalanan lancar ke mana-mana sahaja destinasi mereka menerusi bantuan peranti navigasi TomTom. Hadir bersama siri terbaru Premium GO2050, kedua-dua model TomTom GO2050 dan TomTom GO2050 World itu disempurnakan bersama teknologi pemetaan premium dan spesifikasi kawalan lebih inovatif. Kelebihan tersebut menjadikannya sesuai digunakan oleh pengguna yang ingin menikmati pengalaman perjalanan mudah sama ada bagi tujuan bekerja mahu pun bercuti. Daripada sudut keselamatan, produk sistem penentu kedudukan global (GPS) itu dilengkapi perisian termaju untuk navigasi terkawal dan selesa. Paparan skrin sentuh bersaiz lima inci pula mempunyai resolusi sangat jelas dan mampu memberi respons lancar terhadap setiap arahan interaktif atau gestur jari. Untuk fungsi audio, kedua-dua model tersedia bersama pembesar suara berkuasa untuk memberi arahan yang mudah didengari. Reka bentuknya pula kelihatan lebih moden dan elegan. Bagi tujuan sokongan peranti, ia didatangkan bersama pelekap magnetik mudah untuk tujuan pengendalian sebelah tangan. Pengguna model TomTom GO2050 World akan disediakan bersama peta lengkap di tujuh buah negara Asia iaitu Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia, Macau dan Hong Kong. Kedua-dua model TomTom GO2050 dan TomTom GO2050 World masing-masing ditawarkan pada harga pasaran RM999 dan RM1,249. |
| Posted: 15 May 2012 08:35 PM PDT PENGELUAR produk digital terkemuka dunia, Asus baru-baru ini memperkenalkan model komputer riba ultra Zenbook terbaru, Rose Gold dan Hot Pink. Rangkaian produk pengkomputeran itu didatangkan bersama kelebihan skrin bersaiz 27 inci dan dilengkapi teknologi diod pemancar cahaya (LED). Pemilihan tema ultra Zenbook Rose Gold dan Hot Pink berwarna merah jambu dan emas bertepatan dengan suasana musim bunga kini. Mempunyai reka bentuk fizikal menarik, model terbaru itu juga hanya setebal 0.35 inci di bahagian belakang dan 0.11 inci bahagian hadapan. Selain itu, ia juga dilengkapi pemproses Intel Core i7, storan SATA Revision 3.0 solid state (SSD), Bluetooth 4.0 dan USB 3.0 serta teknologi ASUS-patented Super Hybrid Engine II yang memberi penjimatan hayat bateri sehingga 25 peratus berbanding rangkaian ultra book lain. Bagi teknologi skrinnya pula, ia memberi kesan pencahayaan visual lebih terang disempurnakan bersama resolusi QHD bersaiz 2560x1440. Skrinnya yang bersaiz 27 inci menjadikan model terbaru itu adalah 25 peratus lebih kecil berbanding skrin generik W FHD yang diperkenalkan sebelum ini dengan sudut pandang menegak dan melintang 178 darjah. Panel LED belakangnya pula disempurnakan bersama 100 peratus ruang warna RGB bagi membolehkan pengalihan warna yang minimum dan mengagumkan. Disyorkan kepada pengguna daripada kalangan artis professional dan jurugambar, komputer riba itu mempunyai fungsi eksklusif QuickFit Virtual Scale untuk tujuan mengedit foto pada skrin dengan saiz sebenar. Rekaannya yang ergonomik pula boleh diselaraskan mengikut cita rasa pengguna. |
| Posted: 15 May 2012 08:31 PM PDT LAPTOP saya habis dijangkiti virus W32.Shadesrat. Tolong saya hapuskan virus ini. - Yan Killer, KL Virus atau cecacing W32.Shadesrat merupakan satu program komputer berniat jahat yang dicipta oleh penjenayah siber dengan tujuan merosakkan sesebuah komputer yang dijangkitinya. Ia menyerang sistem komputer tanpa disedari dan tanpa kebenaran yang empunya. Ia mempunyai keupayaan untuk sabotaj fail audio dan video sedia ada yang terdapat dalam komputer yang dijangkitinya. Cecacing itu juga akan menjangkiti fail-fail tertentu untuk melemahkan beberapa fungsi yang terdapat dalam sistem sesebuah komputer. Cecacing tersebut akan membuka laluan tanpa kebenaran atau backdoor pada komputer yang dijangkiti. Ini membolehkan penceroboh menyerang komputer tersebut dari jarak jauh. Sekiranya berjaya ditemui, sangat digalakkan dihapuskan terus cecacing itu. Ia berupaya mereplikasikan dirinya ke kuantiti yang banyak dan disebarkan menerusi rangkaian komputer. Ini boleh menyebabkan masalah serangan DDoS. Simptom Jangkitan Virus W32.Shadesrat 1. Ia akan menjangkiti dan memusnahkan fail-fail yang ada dalam komputer. 2.Membina fail-fail kontang atau junk files yang akan menghalang perjalanan operasi beberapa aplikasi komputer. 3. Melemahkan sistem keselamatan dan prestasi larian bagi sesebuah sistem komputer yang dijangkiti. 4. Mencuri maklumat privasi mangsa dan menembusi sistem keselamatan komputer yang dijangkiti. 5. Tidak membenarkan untuk melayari laman-laman web tertentu terutama laman-laman web antivirus dan lain-lain. Bagaimana untuk menghapuskannya? Sekiranya komputer kita dijangkiti cecacing W32.Shadesrat, hapuskannya secara manual atau menggunakan perisian antivirus atau sekuriti. Namun begitu, sekiranya sudah dijangkiti, perisian sekuriti atau antivirus tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Ia juga akan menghalang untuk membuka pelayar web untuk dapatkan kemas kini fail keselamatan di Internet. Jadi, penyelesaian yang terbaik hapus dan buang cecacing itu secara manual. Sebelum itu, pastikan ditutup fungsi aplikasi System Restore yang terdapat dalam Windows. Sila buka Task Manager dan berhentikan larian fail cecacing itu dalam sistem iaitu seperti Slide Show.exe. Seterusnya, nyah sambung segala sambungan rangkaian yang terdapat pada komputer yang dijangkiti termasuk sambungan Internet. Seterusnya, larikan komputer yang dijangkiti itu dalam mod selamat atau Safe Mode. Hapuskan cecacing W32.Shadesrat secara manual 1. Fail-fail yang bersangkutan dengan cecacing itu boleh didapati di %CurrentFolder%\[Nama_Cecacing].exe Contoh: data.dat, Slide Show.exe, W32.Shadesrat 2. Kemasukan ke Windows Registry boleh diperoleh di beberapa kemungkinan laluan yang berikut dan ia perlu dihapuskan: HKEY_CURRENT_USER\Software\VB and VBA Program Settings\SrvID\ID\[8 hingga 10 aksara secara rawak] HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\ CurrentControlSet\Services\ SharedAccess\Parameters\ FirewallPolicy\StandardProfile\ AuthorizedApplications\List\ "%CurrentFolder%\[NamaCecacing].exe" > "%CurrentFolder%\[THREAT FILE NAME].exe:*:Enabled:Windows Messanger" HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\ Microsoft\Windows\CurrentVersion\ policies\Explorer HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\ Microsoft\Windows\CurrentVersion\ policies\Explorer\run HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\ ControlSet001\Control\MediaResources \msvideo HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\ CurrentControlSet\Control\ MediaResources\msvideo HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\ W32.Shadesrat Penghapusan cecacing secara manual perlu dilakukan dengan berhati-hati dan betul. Sebelum melakukannya, buat salinan pendua kepada Windows Registry dan data yang tertentu. Setelah itu pastikan juga, dikemas kini keselamatan Windows dan perisian anti-virus yang digunakan. Lakukan imbasan dengan perisian anti-virus yang telah dikemas kini untuk pastikan virus cecacing itu sudah tiada dalam komputer yang telah didijangkiti itu. |
| Sungai Muroli ikon tagal Sabah Posted: 15 May 2012 08:30 PM PDT Ikan pelian atau kelah yang berkeliaran bebas di Sungai Muroli sentiasa menunggu kehadiran pelawat. MELIHAT ribuan ikan kelah atau dikenali sebagai ikan pelian di Sabah yang berenang bebas sambil meliuk-liukkan badannya di kawasan air yang cetek cukup menggeramkan. Malah, sebaik sahaja kaki dicecah ke dalam air, ikan pelian tersebut mula mengerumuni dan menggigit manja kaki pengunjung. Laksana sebuah spa terbuka, pengunjung yang hadir ada yang terjerit-jerit kegelian. Malah ada juga berkesempatan membelai dan memberi makan ikan-ikan tersebut persis haiwan peliharaan yang amat manja. Jika di kawasan lain, kehadiran ribuan ikan pelian yang berenang tanpa berasa takut dengan kehadiran manusia sudah pasti akan berakhir dalam pinggan untuk dijadikan hidangan. Namun mereka bernasib baik kerana berada di Sungai Muroli, Kampug Luanti Baru, Ranau, Sabah yang mengamalkan sistem tagal sejak beberapa tahun lalu. Ikan kelah amat digilai oleh penggemar ikan sungai berikutan tekstur isinya yang lembut dan rasanya sedap berbanding ikan-ikan lain. Jika di Semenanjung Malaysia, ia menjadi buruan dan idaman penggemar ikan air tawar sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan peraturan khas terhadap penangkapan ikan tersebut. Namun, berbeza di Sungai Muroli, ikan-ikan kelah tersebut bebas berenang tanpa perlu risau ditangkap untuk dijadikan hidangan. Kawasan sungai tersebut pada asalnya sering dijadikan kawasan mandi-manda oleh kanak-kanak. Ia juga merupakan kawasan perkelahan di hujung minggu oleh penduduk tempatan dan sesekali menjadi tempat persinggahan pemandu dari Sandakan menuju ke Kota Kinabalu. Ini kerana lokasi kampung tersebut yang strategik, di tepi jalan utama menjadikannya tumpuan orang ramai. Ditambah lagi dengan keistimewaan buah durian yang terdapat di kampung tersebut menjadikannya destinasi digemari. Apabila menjadi tumpuan, sungai tersebut mulai dikotori dengan sampah yang ditinggalkan. Semuanya bermula pada tahun 2002 apabila anak jati Kampung Luanti Baru, Jeffrin Majangki bersama rakan-rakannya memulakan langkah drastik menyelamatkan Sungai Muroli dengan membersihkan kawasan sekitarnya. Namun, setelah sungai dibersihkan, kehadiran orang ramai semakin bertambah. Ia mencetuskan masalah baru iaitu pembuangan sampah merata-rata tempat secara berleluasa dan tidak dapat dikawal. Malah aktiviti penangkapan ikan tanpa batasan dengan menggunakan pelbagai jenis alat penangkapan yang diharamkan juga semakin berleluasa. "Justeru itu saya tampil dengan idea memperkenalkan sistem undang-undang yang dikenali sebagai Sistem Tagal. "Sistem ini merangkumi aspek penjagaan flora dan fauna oleh seluruh komuniti setempat di sekitar sungai yang akhirnya mencetuskan sumber ekonomi baru bagi kawasan ini," katanya. Jeffrin Majangki yang juga Pengerusi Tagal, Kampung Luanti Baru, Ranau, Sabah, berkata kempen penerangan kepada masyarakat setempat bukanlah mudah. Namun, dengan usaha yang gigih, akhirnya beliau berjaya mengubah pandangan penduduk setempat malah komuniti di sekitarnya turut memberikan komitmen. Usaha Jeffrin turut disokong pelbagai pihak seperti Mahkamah Anak Negeri, Jabatan Perikanan dan polis. Akhirnya, sistem tagal berjaya dilaksanakan dan diiktiraf secara rasmi pada 12 Oktober 2002. Menyorot kembali idea penubuhan sistem tersebut, Jeffrin mengatakan ia bermula daripada pengalamannya melawat beberapa buah tempat semasa menjawat jawatan Setiausaha Perhubungan kepada Menteri Perindustrian Sabah, Datuk Dr. Ewon Ebin pada ketika itu. Semasa beberapa siri lawatan tersebut, Jeffrin tertarik dengan keunikan spa ikan yang dipelihara di dalam kolam. Justeru ia menjadi lonjakan idea kepadanya untuk membuat pekara yang serupa di Sungai Muroli sehingga wujudnya sistem tagal tersebut. Berbeza dengan kawasan lain yang mengamalkan sistem tagal, di Sungai Muroli, ikan-ikannya tidak akan dituai. Ia akan terus dibiarkan bebas berenang dan membesar tanpa gangguan proses penangkapan yang biasanya diadakan sekali setiap tahun pada musim buka. Ikan dibiarkan tanpa ditangkap bagi menarik kehadiran pelancong yang ingin merasai spa ikan pelian yang sememangnya tidak dapat diperolehi di tempat lain. Jelas Jeffrin, selain daripada merasai urutan ikan kelah, di sana juga turut disediakan kemudahan penginapan seperti rumah panjang serta rumah tradisional yang diperbuat daripada buluh. Malah, untuk menyelami suasana kampung, aktiviti rentas hutan turut ditawarkan. Selain itu, untuk mereka yang meminati aktiviti melibatkan air seperti white water rafting turut terdapat di sana. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web di alamat http://tagalmoroli.webs.com, Jeffrin sendiri di talian 088-876988. |
| Kejahatan lidah bahana penyakit hati Posted: 15 May 2012 08:23 PM PDT Gunakanlah lidah kepada perkara-perkara yang bermanfaat seperti memabaca al-Quran dan berzikir. - Gambar hiasan KEJAHATAN lidah adalah di antara wabak penyakit yang amat berbahaya. Ia terhasil daripada penyakit hati yang diharamkan di dalam Islam sebagai salah satu daripada kejahatan batin. Allah SWT berfirman dalam surah al-A'raaf ayat 33 bermaksud: Katakanlah Wahai Nabi: Sesungguhnya Tuhan saya hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi, perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh tanpa alasan yang benar. Bentuk-bentuk kejahatan lidah adalah seperti memfitnah, mencaci maki, mengumpat, menghina, mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak secocok dengan adab Islam dan seumpama dengannya. Kesemua sifat-sifat buruk ini merupakan antara penyebab utama kepada perpecahan umat yang akhirnya menghancurkan kesatuan umat Islam serta memberi ruang dan peluang kepada musuh-musuhnya melakukan serangan demi serangan. Terlalu banyak larangan dan ancaman Allah SWT dan Rasul SAW terhadap kaum-kaum yang menjadikan kejahatan lidah seperti memfitnah, mengadu domba dan mencaci maki sebagai tabiat harian. Namun masih ramai yang tidak mengendahkannya dan mengambil pengajaran daripadanya, walaupun telah diberi peringatan. Maka jelaslah bahawa peringatan itu hanya memberi kesan kepada orang-orang yang sempurna imannya berdasarkan firman Allah SWT dalam curah Al-Zariyaat ayat 55 yang bermaksud: Berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman. Di dalam surah yang lain pula Allah SWT menyatakan lagi sifat seorang mukmin yang sejati itu dengan firman-Nya dalam surah al-A'la yang bermaksud: Yang akan mendengar peringatan itu adalah orang yang takutkan Tuhannya, manakala yang menjauhi-Nya pula adalah sifat orang yang mendapat kecelakaan. Dalam sejarah Islam, semenjak kehidupan Rasulullah SAW lagi telah berlaku banyak gejala fitnah memfitnah dan mengadu domba yang kesemuanya didalangi dan direncanakan oleh kaum Yahudi dan munafik. Jelasnya, tabiat memfitnah dan mengadu domba bagi menyemai kebencian di dalam hati umat Islam adalah warisan daripada tabiat kaum Yahudi dan munafik yang tercela semenjak dahulu lagi. Justeru, menerima, mencontohi, mengagungkan dan menyerupai sifat-sifat mereka itu hanyalah akan menghimpunkan kita bersama-sama mereka di akhirat kelak berdasarkan sabda Rasulullah SAW: Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka. Hari ini kita menyaksikan betapa umat Islam benar-benar telah menjauhkan diri daripada siraman rahmat Allah SWT. Semuanya itu terhasil lantaran masing-masing setiap hari mengutamakan agenda peribadi tanpa mengutamakan keutuhan menara Islam itu sendiri. Malah mereka sanggup melakukan apa sahaja seperti memfitnah, mengadu domba dan menghasut demi melampiaskan rasa dendam dan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu tanpa mengira apakah korban dan akibatnya. Mereka sanggup meruntuhkan menara-menara Islam, institusi-institusi dan ikon-ikonnya hanya kerana rasa dendam dan hasad dengki meskipun natijahnya ialah sebuah kehancuran, perpecahan, persengketaan dan barangkali menjurus kepada pertumpahan darah. Alangkah eloknya kita menutup bicara kali ini dengan sebuah pesanan daripada Hujjah Al-Islam Al-Imam Ghazali RA di dalam kitabnya Bidayah Al-Hidayah mengenai peranan lidah dan fungsinya: "Manakala lidah; hanyalah ia diciptakan bagi kami agar kamu memperbanyakkan zikrullah dengannya, membaca kitab-Nya, menunjukkan makhluk Allah SWT ke arah jalan-Nya dan menzahirkan apa yang terlintas di hati nurani engkau daripada keperluan agama dan dunia engkau. Apabila engkau menggunakan ia selain daripada peranannya itu, sesungguhnya engkau telah mengkufuri Allah pada nikmatnya kerana ia adalah orang yang paling utama bagi engkau dan segala makhluk. Tidaklah manusia itu tersungkur menjunam ke dalam neraka melainkan hasil daripada kejahatan lidahnya." |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!











0 ulasan:
Catat Ulasan