Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Ebi Kornelis Nafi Jalin Hubungan Dengan Salma (Mentor)
- Datuk mana taja?
- 10 tahun di gelanggang dakwah
- Johan (Raja Lawak) Nafi Sertai Sepahtu
- Siti Sarah Tak Yakin Menyanyi Selepas Bersalin
- Hafiz Tolak Tuduhan Disantau Dalam ‘Mania’
- Zizan berehat dua bulan
- 'Bukan salah Sharnaaz'
- ‘Saya rakam untuk dedah’
- Lempar nota cemas
- Perlu individu keras hati
- Pengajaran untuk pemandu bahaya
- Shikin Kamal Tolak Tawaran Berlakon Demi Pelajaran
- Kuda Selamatkan Johnny Depp
- Jessica Simpson Bangga Jadi Ibu
- Bengkel sukarelawan bantu mualaf
- Melanie selesa berjilbab
- Ekzema jejas kualiti hidup
- Nongkrong bukan sekuel Ngangkung
- Kesibukan karier, bukan alasan Rozita abaikan anak
- Anggota polis kena penjara 54 bulan
- ‘Spiderwomen’ dipenjara seminggu
- Culik, paksa bekas teman wanita kahwin
- Derita cecair dalam kepala
- Asrama sekolah terbakar
| Ebi Kornelis Nafi Jalin Hubungan Dengan Salma (Mentor) Posted: 10 May 2012 08:17 PM PDT Ebi Kornelis.SHAH ALAM: Penyanyi Ebi Kornelis (Akademi Fantasia 5) menolak dakwaan terbaru yang mengatakan dia kini menjalin hubungan dengan penyanyi Salma (Mentor) secara rahsia. Ebi atau nama sebenarnya Ebi Kornelis @ Firdaus Yaimal, 28, berkata gosip yang pertama kali didengarnya itu adalah sangat mengejutkan kerana mereka hanya kenalan biasa dan tidak pernah rapat sebelum ini. "Saya tidak pernah dengar dakwaan (bercinta) ini. Saya akui sudah mengenali dia lebih dua tahun lalu, malah sebelum dia bergelar artis lagi tetapi kami tidak pernah rapat. "Kami pernah terserempak pada beberapa persembahan nyanyian di Sabah tetapi tidak pernah berhubung. Saya juga tidak pernah ada nombor telefonnya sebelum ini," hurainya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini. Katanya, dia percaya dakwaan berkenaan timbul selepas mereka berduet dalam lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal kumpulan Padi pada minggu ketujuh program Mania. "Saya mula berhubung dengan Salma untuk mengajak dia berduet dalam persembahan saya dalam Mania kira-kira dua minggu lalu. "Namun, kami berhubung pun atas dasar kerja semata-mata dan langsung tidak pernah terfikir apa-apa yang serius," jelasnya. SalmaEbi berkata, pengalaman hitam yang pernah dilaluinya ketika kontroversi dengan penyanyi Mila Jirin sebelum ini membuatkan dia berasa serik untuk memikirkan soal cinta. "Saya belum bersedia untuk komitmen cinta pada waktu ini. Kontroversi saya dengan Mila kira-kira empat tahun lalu mengajar saya banyak perkara. "Ia adalah detik hitam yang pernah merosakkan karier nyanyian saya. Kini saya mahu bangkit semula dan membuktikan kepada semua saya mahu berjaya dalam bidang ini," luahnya. Terdahulu, kontroversi hubungan Ebi dengan Mila pernah menimbulkan kekecohan apabila dia didakwa meludah ke arah penyanyi wanita itu akibat salah faham di antara mereka. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Bukan Diriku ini berkata, dia kini sudah menemui formula muzik yang mampu melonjakkan kembali namanya dalam bidang muzik. "Saya percaya pada bakat dan kelebihan saya yang boleh memberikan sesuatu kepada industri hiburan. Saya sudah menemui resepi dan formula yang bersesuaian. InsyaAllah selepas komitmen Mania, saya mahu keluar semula dengan gaya dan muzik baru," kongsinya. Selain aktif bergiat sebagai komposer muzik bagi runut bunyi telefilem dan drama, Ebi juga bakal tampil dalam filem Leftwings tidak lama lagi. |
| Posted: 10 May 2012 08:16 PM PDT SELEPAS muncul sebagai pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, nampaknya nama Tasha Shilla semakin hangat. Bukan sekadar tawaran semakin kencang diterima, malah wanita ini juga tidak habis-habis dilanda gosip, termasuk kononnya kemenangan itu mendapat tajaan VIP dan dia mengusung trofi terbabit ke sana-sini. Saya pun tidak tahu Datuk mana yang menaja? Mungkin benar ada Datuk yang menaja, tetapi saya tak kenal. Jika benar, terima kasih kerana menyokong saya. - Tasha Shilla, Pelakon Pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang ABPBH2011 di Subang Jaya baru-baru ini, sekali lagi Tasha cuba menerangkan kedudukan sebenar."Bukan satu datuk yang dikaitkan dengan saya apabila meraih kemenangan pada ABPBH lalu. Saya sendiri tidak tahu datuk yang mana satu yang sudi menaja saya? Mungkin benar ada datuk yang menaja, tetapi sejujurnya saya tidak mengenalinya. Jika benar, saya ucapkan terima kasih kerana menyokong kerjaya saya," katanya. Mengenai gosip mengatakan dia pelakon 'berangan' apabila dilihat mengusung trofi kemenangan itu ke sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, gadis kelahiran Ampang mengakui ada mengunjungi pusat beli-belah berkenaan bersama piala dimenangi, tetapi hanya sekejap saja. "Ya, saya mengakui pada hari Isnin selepas turun dari Genting Highlands dengan keluarga, saya dan ayah terus memandu ke pusat beli belah itu bagi melunaskan hajat kawan baik saya, Reza, yang bekerja di kedai yang dimaksudkan untuk melihat trofi kemenangan itu. "Sebagai kawan rapat, saya mahu berkongsi kegembiraan bersamanya. Jadi, saya memang bawa trofi itu untuk ditunjukkan kepada Reza dan tidak berniat menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Lagipun, trofi itu bukan saya pegang begitu saja kerana saya masukkan ke dalam beg. Mungkin ada yang nampak saya memegang trofi dalam kedai itu dan membuat cerita saya mengusung di seluruh pusat beli-belah," katanya. Ditanya, adakah hatinya terguris dengan gosip yang tidak henti-henti menjengah, Tasha memberitahu, dia tidak kisah kerana tidak mampu menutup mulut orang untuk terus berkata-kata. Katanya lagi, permintaan rakan baiknya ketika sama-sama bekerja di kedai itu selama tiga tahun sudah dilaksanakan dan dia berharap isu itu tidak lagi timbul. "Sebelum terbabit dalam industri seni, saya memang bekerja di kedai itu dan mengenali rakan-rakan di situ dengan begitu baik. Mereka juga tahu minat saya dalam lakonan dan tidak salah saya berkongsi kegembiraan bersama mereka. "Ketika bekerja di situ, ramai pelanggan dari golongan yang berada seperti Datuk. Jadi mungkin seorang daripada merekalah yang mengundi saya secara tidak langsung, tanpa pengetahuan saya," katanya. Beralih ke kisah kerjayanya, Tasha berkata, dia kini lebih berhati-hati dalam menerima tawaran membabitkan watak. "Bukan memilih, tetapi saya mahu melakonkan watak yang tidak berulang. Walaupun dihimpit kontroversi, tawaran berlakon sentiasa ada. "Begitupun, saya tidak pernah menyimpan hasrat untuk memenangi anugerah seterusnya, sama seperti anugerah yang saya terima hari ini. Semuanya datang secara tiba-tiba. Apa yang utama adalah hasil kerja saya. Soal anugerah itu, biar ia datang sendiri," katanya yang turut membintangi drama Adi dan Meon serta Saleha. Antara usaha terbarunya untuk kekal bertapak dalam industri adalah dengan menghadiri uji bakat filem Hollywood bagi sebuah produksi di Singapura. "Saya menjalani sesi uji bakat di Singapura dan sudah pun diterima. Kini saya cuma menunggu skripnya siap dan watak apa yang mahu diberikan kepada saya. "Selain itu, saya juga akan ke Jakarta pada 27 Mei ini untuk mengembangkan sayap sebagai pelakon di sana bersama produksi Wira Production, yang diterajui Anjasmara," katanya. |
| Posted: 10 May 2012 08:15 PM PDT LEBAR SAYAP...menerusi UNICDOTMY PRO Sdn Bhd, UNIC meneroka bidang berbeza antaranya bidang konsultan. MEREKA agak tenggelam dek populariti dikecapi oleh penyanyi nasyid senior seperti Raihan, Rabbani dan Hijjaz. Bagaimanapun UNIC yang ditubuhkan sejak 2002 tetap mempunyai peminat tersendiri terutama di kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan golongan remaja. Buktinya, album mereka berjudul You & I See berkonsep pop nasyid berjaya mencatat jualan melebihi 40,000 unit pada tahun yang sama. Namun memegang status kumpulan popular bukanlah mudah kerana pelbagai gelombang turut melanda UNIC. Akhirnya, pada 2009 berlaku perubahan apabila dua anggota asal iaitu Hafiz Hamidun dan Fitri menarik diri menyaksikan UNIC kekal dianggotai oleh Ahmad Fadzli Ab. Aziz, Bazli Hazwan Che Osman dan Mohd Fakhrulradhi Khamaruddin.
"Ini menjadi inspirasi untuk kami terus berkarya. Bahkan ia juga sebagai tanda aras kejayaan kami yang berdikari selepas meninggalkan Hijjaz Records pada 2008," kata Bazli. Menyambung cerita, Bazli memberitahu pelbagai kejayaan lain turut diraih antaranya UNIC dijemput mengadakan persembahan di Afrika Selatan untuk Islamic Festival. Mereka juga turut mengadakan persembahan di Thailand dan berduet dengan penyanyi dari Perancis. "Kami berbesar hati apabila penyanyi bernama Le Rappel yang terkenal sebagai penasyid solo Perancis sudi bekerjasama dengan UNIC. Lagu pilihannya ialah lagu UNIC sendiri iaitu Binnabil Huda yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. "Alhamdulillah lagu ini juga baru muncul pemenang kategori Nasyeed Selawat dalam Anugerah Nasyid yang berlangsung baru-baru ini. Ini terus memberikan kami semangat untuk terus berjuang dalam bidang seni khususnya dakwah. "Kami turut gembira kerana artis nasyid popular Amerika Syarikat, Zain Bikha juga sudi berkolaborasi dengan UNIC menerusi lagu Gift Thanks To Allah. Ini adalah lagu asal beliau namun diberikan nafas baru. "Proses rakamannya sedang berlangsung dan dibuat secara berasingan. Insya-Allah kami menjangkakan ia menemui peminat pada tahun ini juga," tambah Bazli lagi. Diam tak diam, UNIC sudah 10 tahun berada di gelanggang dakwah dan bagi mereka konsep hiburan perlu diubah. Tampil dengan slogan Hiburan Berilmu Rohani Terpandu, tiga anak muda ini mahukan persembahan mereka meninggalkan input yang boleh dikongsi bersama peminat. "Menerusi pengalaman dan ilmu yang ditimba dalam industri nasyid dan pelajaran, UNIC sedang menguruskan syarikat-syarikat sendiri di bawah bumbung UNICDOTMY PRO Sdn Bhd. "Ia terdiri dari UNIC Records yang menjalankan bisnes penerbitan album nasyid, zikir, bacaan Al-Quran dan motivasi. UNIC Nasyeed & Training Consultants bagi mengurus jadual persembahan dan aktiviti UNIC dan khidmat perundingan motivasi di sekolah, IPT, sektor swasta dan kerajaan. Satu lagi ialah UNIC MySHOP bagi menyelia urus niaga secara atas talian (online). "Kursus motivasi dan latihan bermula secara serius sejak Disember lalu. Kami beruntung kerana setiap anggota ada kelulusan dalam bidang masing-masing. Saya berkelulusan ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) dengan Kepujian Kelas Pertama Universiti Putra Malaysia dan turut memiliki anugerah kepujian lain. "Bazli pula lulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Dakwah Jabatan Tafsir Universiti Al Azhar dan kepujian lain. Manakala Fakhrul ialah lulusan ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah di samping memiliki anugerah kepujian lain. Dia juga juara musim ketiga Akademi Al-Quran TV9. "Inspirasi untuk menceburi bidang ini terhasil selepas melihat pencapaian Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Dia bukan saja hebat sebagai bekas pensyarah tapi bakatnya merangkumi pelbagai bidang. "Alhamdulillah kami mendapat kerjasama pelbagai pihak dari sekolah, jabatan kerajaan dan swasta serta pelajar IPT yang sering menggunakan khidmat kami. Selain kami bertiga, kami juga ada fasilitator yang dilantik khas dan panel penceramah undangan. "Kami gunakan slogan Hiburan Berilmu Rohani Terpandu kerana inginkan dalam hiburan ada ilmu. Kami mendekati pelajar dan turun sehingga ke dasar dan setiap bulan ada program sebegini. "Untung ada penganjur yang minta kami gabungkan konsert dan motivasi. Secara tak langsung, kami dapat guna modul kursus yang digarap sendiri berdasarkan kehendak penganjur. Kami berikan ikut modul yang ditetapkan dan menerima reaksi positif dari semua pihak," kata Fadzli. Tumpuan terhadap bisnes baru langsung tidak menjejaskan komitmen UNIC sebagai penyanyi. Mereka baru saja tampil dengan album berjudul UNIC Special Edition dan album Selawat Relaksasi. "UNIC Special Edition memuatkan lagu dan doa-doa. Ia mula dipasarkan sejak 12 Februari lalu dan jualannya kini sudah hampir 10,000 unit. Manakala Selawat Relaksasi pula dihasilkan sebagai satu cara untuk meredakan ketegangan fikiran. "Selawat adalah subjek utama album ini dan penghasilannya mengambil masa lama kerana kami mengkaji secara terperinci mengenai elemen terapi diri. Susunan muziknya dibuat oleh Along Exist. "Kami percaya alunan selawat dalam album ini mampu menurunkan gelombang di dalam diri kita dan meletakkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Itulah sebabnya kami tak galakkan pendengar memasang lagunya dengan kuat. Peminat boleh memiliki album ini di kedai muzik dan agama serta menerusi www.unic.my," kata Fakhrul pula. |
| Johan (Raja Lawak) Nafi Sertai Sepahtu Posted: 10 May 2012 08:14 PM PDT JohanPETALING JAYA: Pengacara dan pelawak Johan menegaskan khabar angin bahawa dia bakal menyertai kumpulan lawak Sepahtu adalah tidak benar sama sekali. Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, berkata, dia terkejut apabila khabar angin tersebut menjadi perbualan umum malah telahpun diberitakan di ruangan pojok pada sebuah akhbar Ahad lalu. "Khabar angin itu tidak benar. Saya pun terkejut apabila membaca ruangan pojok yang ditulis pada akhbar tersebut yang mengatakan saya bakal sertai Sepahtu. "Bagi saya, ia merupakan sebuah khabar angin yang mengarut kerana saya tidak membuat sebarang kenyataan berkenaan dengan hal ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Johan yang juga merupakan ahli kumpulan Jozan bersama Zizan Razak dengan nada berseloroh menambah, berita itu timbul mungkin kerana ada sebilangan orang yang ingin melihatnya dalam kumpulan tersebut. SepahtuSementara itu, salah seorang ahli Sepahtu, Shuib berkata, dia juga terkejut apabila khabar angin itu tersebar luas kerana dia dan Johan tidak pernah pun berbincang mengenai kemasukan ahli baru dalam kumpulannya itu. "Apabila membaca ruangan pojok itu, saya terkejut, kerana Johan pun tidak pernah berbincang dengan saya tentang hal ini. "Saya bertanyakan kepada seorang lagi ahli Sepahtu, Jepp, dan dia juga tidak tahu tentang berita ini. "Apa-apa pun, saya enggan mengulas lanjut tentang hal ini, rasa pelik pula apabila berita sebegini timbul," ujarnya. Bagaimanapun kata Shuib, dia tidak mempunyai masalah sekiranya Johan ingin sertai kumpulannya itu bagi memeriahkan lagi industri hiburan tempatan. |
| Siti Sarah Tak Yakin Menyanyi Selepas Bersalin Posted: 10 May 2012 08:13 PM PDT Siti Sarah Raisudin.PETALING JAYA: Sejak melahirkan anak pertama, Uwais Alqarni, pada Disember tahun lalu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengakui dia kurang yakin untuk merakamkan lagu baru buat masa ini. Sarah berkata, dia merasakan vokalnya kurang mantap seperti sebelum ini dan hal itu mungkin terjadi kerana kesan daripada melakukan pembedahan ketika melahirkan Uwais. "Buat masa ini, saya belum bersedia untuk menyanyi walaupun bakal muncul dengan 'single' lagu terbaru yang masih lagi sedang dalam pembikinan oleh komposer Aidit Alfian. "Memang saya rasa vokal kurang mantap. Sukar untuk saya gambarkan bagaimana rasanya ketika merakamkan suara, tak macam dulu. Perut saya seperti berangin saja. "Walaupun orang kata menjadi perkara normal untuk seorang wanita yang lepas bersalin, salah tanggapan itu kerana vokal yang bagus mampu bertahan sehingga usia 63 tahun jika tahun teknik penjagaannya," katanya. Tambah Sarah, dia berharap vokalnya kembali mantap sebelum merakamkan lagu tersebut. Sementara itu, ditanya bagaimana kehidupannya sejak lima bulan bergelar ibu, Sarah cukup bahagia dan seronok menjaga anak kecilnya itu bersama suami, Shuib (Sepah). "Setiap kali melihat wajah Uwais, saya rasa bersyukur sangat kerana memilikinya. Malah walaupun masih kecil lagi, dia sudah pandai mengambil hati saya dan Shuib. "Selamatlah, dia tidak banyak ragam apabila saya dan Shuib sibuk bekerja, tetapi apabila dia bersama saya, bukan main lagi dia nakkan perhatian," seloroh pelakon filem Man Sewel Datang KL ini. Man Sewel Datak KL bakal menemui penonton bermula 31 Mei ini. |
| Hafiz Tolak Tuduhan Disantau Dalam ‘Mania’ Posted: 10 May 2012 08:12 PM PDT Hafiz.SHAH ALAM: Penyanyi Hafiz Suip (Akademi Fantasia 7) menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya dia disantau ketika bersaing dalam program Mania beberapa minggu lalu sehingga menjejaskan prestasi persembahannya. Pemilik nama penuh Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, ini berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak berasas kerana dia percaya semua peserta yang bertanding dalam program tersebut bersaing secara sihat dan tidak melibatkan sebarang taktik kotor. "Saya nafikan dakwaan itu. Saya tidak fikir ia (santau) berlaku sama sekali. Alhamdulillah, keadaan saya baik dan tiada apa-apa yang pelik dialami. "Mungkin orang melihat prestasi saya agak merosot beberapa minggu lalu kerana tekanan yang dihadapi dalam pertandingan Mania tetapi ia tiada kaitan dengan perbuatan khianat pihak tertentu," jelasnya kepada mStar Online, baru-baru ini. Penyanyi lagu Awan Nano itu berkata, sebagai umat Islam dia sentiasa berserah dan berlindung kepada Allah dalam mencari rezeki dan dia percaya sebarang penganiayaan hanya akan berlaku dengan keizinan-Nya. "Kalau benar ada yang berniat jahat untuk melakukan begitu, adalah lebih baik dihentikan saja. Bukan saja perkara itu berdosa, malah ia tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa pun. "Saya tidak ada hak untuk membalas, biarlah Tuhan saja yang membalasnya. Saya percaya setiap perkara hanya berlaku dengan izin-Nya," katanya. Dalam pada itu, Hafiz berkata dia semakin merasai tekanan menjelang persaingan minggu separuh akhir (minggu kesembilan) Mania pada malam Sabtu ini. Katanya, pada peringkat ini cabaran bukan saja melibatkan aspek pemilihan lagu dan persembahan, bahkan ia turut bergantung kepada tuah seseorang penyanyi itu berdasarkan undian peminat. "Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, pertandingan ini menjadi lebih mencabar kerana ia tidak diadili oleh juri profesional, sebaliknya bergantung kepada penilaian penonton yang mengundi. "Menerusi kaedah begini, apa keputusan pun boleh terjadi. Yang bagus boleh tersingkir jika nasib undian tidak menyebelahi," terangnya. |
| Posted: 10 May 2012 08:11 PM PDT ZIZAN akan kembali sibuk pertengahan Julai. Ditemui di lokasi penggambaran Tokan di Jonker Street, Melaka, baru-baru ini, Zizan yang menghidupkan watak Mat Lobe, masih kelihatan tidak bertenaga. Namun, demi kerjaya, digagahkan juga kerana dirinya, jadual penggambaran filem itu terganggu. Zizan dimasukkan ke Hospital Pantai Medical Centre pada 29 April lalu kerana mengalami kekejangan di bahagian otot belakang badannya. Ketika itu Zizan baru memulakan perjalanan ke Ipoh, Perak, bagi menjayakan rancangan Melodi. Ditahan di wad selama beberapa hari, Zizan diberikan protein, vitamin, antibiotik serta diarahkan mengambil makanan tidak bergoreng. Sebelum itu, Zizan berada dalam keadaan kurang sihat, apabila dia sering batuk dan sengal-sengal badan. Seperti kata pengurusnya, Marina Juki, yang turut hadir menemani, seboleh-bolehnya Zizan tidak mahu mengembar-gemburkan masalah kesihatannya kerana tidak mahu merisaukan banyak pihak. Dia juga berasa bersalah jika dirinya tidak untuk menunjukkan persembahan yang baik kerana sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada kerjayanya.Zizan sudah beransur pulih, namun dia masih memerlukan rehat secukupnya. Justeru, selepas tamat penggambaran filem Tokan arahan Ghaz Abu Bakar, yang berbaki beberapa hari lagi, Zizan akan berehat selama dua bulan. Dia hanya akan kembali sibuk dengan penggambaran filem pada pertengahan Julai. Dalam tempoh dua bulan itu, Zizan hanya akan menjayakan dan menghadirkan diri ke majlis tertentu. "Seperti dikatakan doktor, jika Zizan memaksa diri untuk terus bekerja keras tanpa rehat secukupnya, dia boleh diserang demam panas, secara tidak langsung memberi kesan lebih teruk kepada dirinya. "Oleh itu, buat sementara waktu Zizan tidak akan terbabit dengan mana-mana penggambaran filem atau telefilem, sebaliknya hanya menjalankan tugas sebagai hos Melodi, peserta Super Spontan, dan menghadiri beberapa majlis anjuran Mutiara Motors memandangkan Zizan ialah duta kepada M7 serta aktiviti yang diadakan Rempit United sebagai ahli. Kemungkinan Zizan akan pergi bercuti," ujarnya. Zizan sendiri mengaku, dari hujung bulan ini hingga pertengahan Julai, dirinya akan terbabit dalam beberapa majlis penting saja. "Bukannya saya berehat terus, tapi hanya buat seketika. Sekarang saya juga perlu memilih kerja dan hanya menerima yang penting saja. Saya suka bekerja dan perkara yang terjadi ini tidak boleh saya elak. Bukannya saya tidak memilih sebelum ini, tapi aktiviti yang saya lakukan ini sudah dijanji sejak tahun lalu. Bagaimanapun saya mesti buat kerana ia rezeki saya. "Selain itu, saya juga akan fokus dengan aktiviti produksi saya sendiri, Zizan Co. Sebagai artis Astro, saya akan tampil dengan program saya sendiri, tapi ia masih dalam perbincangan. Saya akan tampil dengan persembahan TV dihasilkan produksi saya. Perancangan itu sudah ada, tapi penggambaran saja belum dilakukan," katanya yang akan muncul bersama filem Mael Lambong The Movie pada 21 Jun nanti. Zizan dimasukkan ke Hospital Pantai Medical Centre pada 29 April lalu kerana mengalami kekejangan di bahagian otot belakang badannya. Ketika itu Zizan baru memulakan perjalanan ke Ipoh, Perak, bagi menjayakan rancangan Melodi. Ditahan di wad selama beberapa hari, Zizan diberikan protein, vitamin, antibiotik serta diarahkan mengambil makanan tidak bergoreng. Sebelum itu, Zizan berada dalam keadaan kurang sihat, apabila dia sering batuk dan sengal-sengal badan. Sementara itu, berbicara mengenai kesanggupan dirinya menerima tawaran lakonan dalam filem Tokan terbitan Pensil Pictures, Zizan menyifatkan wataknya dalam filem itu berbeza. Menghidupkan watak Mat Lobe, Zizan menggemari watak yang dikatakan mencabar kredibilitinya sebagai pelakon, kerana ia memerlukan dia tampil serius dan berbeza. "Sebenarnya saya takut juga dengan penerimaan orang ramai nanti mengenai pembaharuan yang saya bawa. Saya membawakan watak serius, sebagai seorang tokan dan bermain dengan komedi yang gelap, di mana saya tidak perlu berlawak untuk membuatkan orang tertawa," ujarnya yang teruja dapat berlakon bersama pelakon berbakat besar seperti Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Johan As'ari dan Liyana Jasmay. Filem Tokan menyelami kisah pengedaran dadah yang semakin berleluasa kini, apabila kegiatan ini semakin menjerat ramai rakyat tempatan. |
| Posted: 10 May 2012 08:03 PM PDT WANITA ini sering kali menemani anak gadisnya, Shila Amzah, ke mana saja. Tidak kira sesi fotografi, menghadiri majlis mahupun persembahan, seboleh-bolehnya dia cuba berada di sisi penyanyi muda berkenaan. Namun, gosip kurang enak tetap singgah ke sisi penyanyi Patah Seribu itu walaupun si ibu sentiasa bersama.Begitupun, Fauziah Sarman tidak mudah patah semangat untuk terus menjadi tulang belakang kepada kerjaya anak sulungnya. Mustahil sebagai ibu dan bapa kami tidak menegur dan membiarkan saja anak melakukan perkara tidak elok. Selama ini pun, Shila tidak pernah keluar berseorangan, sebaliknya akan ditemani saya. Jadi, saya hairan jika ada yang kata mereka ternampak mereka berdua saja. - Fauziah Sarman, ibu Shila Amzah Bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri terasa sama. Hati siapa tidak terguris setiap kali mendengar gosip negatif membabitkan anak gadis yang dijaga rapi. Ada masa naluri seorang ibu meronta-ronta meminta kisah negatif itu ditamatkan."Tipu jika saya cakap tidak terasa dengan kisah yang memburukkan Shila. Tetapi apa hak saya untuk menghalang cerita seperti itu daripada diperkata? Lagipun, kisah seperti itu hanya keluar selepas Shila bercinta. Namun saya tidak melihat Sharnaaz sebagai punca setiap gosip terbabit," katanya. Kata wanita ini, dia melihat percintaan Shila dengan Sharnaaz seiring dengan kerjaya anaknya sebagai penyanyi. Dan sebagai ibu, dia bersedia menerima percintaan itu, yang sudah menjengah usia sepuluh bulan. "Gosip membabitkan Shila tidak menjejaskan kerjayanya sebagai penyanyi, malah saya bersyukur kerana jadualnya semakin penuh dengan pelbagai persembahan. Lagipun, Shila sendiri sudah besar dan sampai masanya untuk dia mengenal cinta. Tuhan menghantar Sharnaaz untuk Shila dan melalui ujian ini bersama-sama," katanya. Pada masa yang sama dia sering menasihati anaknya supaya membataskan pergaulan dalam perhubungan. "Sejujurnya, saya ada menegur Shila dan Sharnaaz dalam membataskan kemesraan. Malah, saya sudah menganggap Sharnaaz sebagai anak sendiri dan tidak segan untuk menegur kelakuannya. "Mustahil sebagai ibu dan bapa kami tidak menegur dan membiarkan saja anak melakukan perkara tidak elok. Selama ini pun, Shila tidak pernah keluar berseorangan, sebaliknya akan ditemani saya. Jadi, saya hairan jika ada yang kata mereka ternampak mereka berdua saja," katanya yang sudah pun berkunjung ke rumah ibu bapa Sharnaaz di Pulau Pinang. Ditanya tidakkah dia teringin menamatkan gosip kemesraan antara anaknya dan pelakon itu dengan ikatan pertunangan atau perkahwinan, Fauziah berkata, mereka tidak boleh terburu-buru dalam perkara itu. "Soal jodoh semuanya di tangan Tuhan. Saya rasa belum tiba masanya untuk Shila berkahwin, tetapi tidak menolak jika jodoh mereka datang dalam masa terdekat. Lagipun mereka suka sama suka dan kami tidak menghalangnya. Sebelum ini, ramai yang sudi untuk berkawan dengan Shila, tetapi saya selalu cakap padanya, supaya jangan bercinta. "Tetapi bila Sharnaaz hadir, saya terbuka menerima. Dia lelaki yang cukup bersungguh-sungguh dalam perhubungan. "Sharnaaz mengingatkan saya pada masa lalu, ketika abah Shila, ND Lala, cuba memikat. Abah Shila cukup bersungguh dalam perhubungan dan kami bahagia sehingga kini. Itu yang buat saya rasa Sharnaaz boleh membahagiakan Shila. Sementara itu, Shila yang ditemui pada sesi latihan di Studio Luncai Emas milik Datuk M Nasir, memberitahu dia kini dalam keadaan tertekan. Namun tekanan itu bukan kerana cinta, sebaliknya sebagai peserta Mania. "Makin lama saya rasa semakin tertekan. Tetapi tekanan yang dialami adalah baik untuk diri saya. Paling sukar adalah apabila mahu memilih lagu sesuai untuk dibawa serta mengikut kehendak program. "Namun itu semua menambah pengalaman sebagai penyanyi. Saya sudah menyanyikan pelbagai lagu seperti lagu Sudirman, lagu berentak dansa dan lagu Inggeris. Kadang kala, otak terhenti seketika untuk memikirkan lagu apa lagi yang hendak dibawa," katanya. Shila juga berkata, menyanyikan lagu baru adalah lebih mudah daripada menyanyikan lagu penyanyi lain. "Semestinya menyanyikan lagu sendiri lebih mudah berbanding membawa lagu orang kerana bimbang dikatakan berlebih-lebihan atau sama saja. Menyanyikan lagu penyanyi lelaki juga lebih mudah kerana peminat tidak dapat buat perbandingan," katanya yang akan menumpukan kepada penghasilan album baru selepas tamat program berkenaan. Terbaru, dia turut merakamkan lagu runut bunyi untuk filem lakonan Remy Ishak, Aku, Kau dan Dia, berjudul Dejavu, ciptaan Sharon Paul. |
| Posted: 10 May 2012 07:54 PM PDT NOOR...dipukul ketika cuba selamatkan mangsa KUALA LUMPUR: "Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa." Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai. Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.
|
| Posted: 10 May 2012 07:53 PM PDT PENGSAN...keadaan muka Juliani yang lebam selepas dibelasah suaminya dengan kayu golf dan tali pinggang. KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menulis nota "tolong selamatkan ibu, kami di W1310" dan melontarnya dari tingkat 13 sebuah kondominium di Batu Kawa, di sini, bagi mendapatkan pertolongan selepas ibunya dibelasah bapanya sehingga tidak sedarkan diri, malam kelmarin. Nyata usaha itu tidak sia-sia, apabila nota berkenaan ditemui seorang penghuni kondominium sama yang kebetulan melalui blok pangsapuri itu, biarpun agak lewat iaitu kira-kira jam 1 tengah hari semalam, selepas 14 jam ia ditulis.
"Saya sempat membaca nota di atas kertas itu, tetapi agak ragu dengan kesahihannya sebelum membuangnya ke dalam tong sampah dan pulang ke rumah.
Mei berkata, terkejut dengan apa yang dilihatnya, dia terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 10 malam kelmarin, apabila suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain ketika dia keluar bekerja.
Roslan berkata, pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada Konsul Indonesia dan kes disiasat mengikut bawah Seksyen 324, Kanun Keseksaan. |
| Posted: 10 May 2012 07:51 PM PDT MESRA...Wong beramah mesra dengan pesakit yang mengalami kemalangan motosikal. TUGAS sebagai jururawat adalah satu kerjaya yang cukup mencabar kerana individu berkenaan bukan saja perlu memiliki daya kesabaran yang tinggi malah, malah mereka berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit serta menjadi tangan kanan kepada doktor bertugas bagi memberikan bantuan ketika berada dalam kecemasan. Mungkin pada anggapan sesetengah pihak yang tidak mengerti fungsi sebenar kerjaya sebagai jururawat, pekerjaan ini dianggap menjijikkan kerana sering bergelumang dengan najis, darah, nanah, muntah dan air kencing pesakit. Tetapi tahukah anda bahawa tugas sebagai jururawat bukan hanya tertumpu pada faktor kebersihan pesakit saja kerana mereka juga bertindak membantu meringankan beban doktor selain mendorong pesakit berdikari dengan lebih cepat.
Chang berkata, di awal pembabitannya terutama apabila diberi peluang untuk bertugas di luar negara keluarganya tidak begitu bersetuju dengan keputusannya untuk ke sana. Tetapi disebabkan minat dan juga tanggungjawab yang tergalas di bahu, dia cekalkan hati dan menguatkan tekad untuk berkhidmat di sana. Keluarga akhirnya memahami kehendaknya dan memberikan sokongan penuh. "Saya merasakan sudah sampai waktunya untuk hidup berdikari di luar lingkungan keluarga dan cukup bertuah kerana keluarga menyokong keputusan yang diambil. "Antara syarat yang dikenakan keluarga ialah balik ke tanah air selepas tamat kontrak dan sentiasa menghubungi mereka dari masa ke semasa," katanya. Dia berkhidmat di Riyadh, Arab Saudi selama setahun (2009) dan sepanjang masa itu pelbagai pengamalan ditimba terutama apabila membabitkan perbezaan budaya, bahasa dan juga penyakit dihadapi masyarakat di sana. Sebagai jururawat perkara paling penting yang perlu dilakukan ialah menyesuaikan diri dengan segera supaya setiap pekerjaan yang diarahkan mampu dilaksanakan dengan betul. "Saya perlu memahami bahasa mereka dengan cepat walaupun tidak sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya mampu memahami perkataan asas seperti sakit, air, makan dan sebagainya. Memang sukar tetapi perkara baru ini memberi pelbagai implikasi positif pada saya," katanya. Tidak dinafikan pelbagai cabaran dilaluinya namun, peristiwa yang paling sukar dilupakan adalah selepas tiga bulan bertugas di sana dia mendapat khabar bahawa ayahnya mengalami strok dan berada di Unit Penjagaan Rapi (ICU). "Perasaan saya ketika itu berbelah bagi sama ada untuk terus bertugas ataupun balik ke tanah air melihat keadaan ayah kerana pada peringkat awal bekerja agak sukar hendak memohon cuti. "Tetapi saya bersyukur kerana keluarga meyakinkan saya untuk terus bertugas walaupun ayah masih berada di ICU dan ia adalah pengorbanan terbesar yang dilakukan mereka," katanya. Dia yang kini bertugas sebagai Penyelaras Pemindahan Buah Pinggang berkata, kerjaya jururawat tidak hanya khusus pada bidang perubatan saja kerana jururawat juga perlu bertindak sebagai kaunselor terutama bagi mendidik pesakit dan ahli keluarga mengenai permasalahan dihadapi. Katanya, mungkin tidak ramai yang memahami kerjaya sebagai jururawat memerlukan individu berkenaan 'keras hati' agar mereka boleh membantu pada saat diperlukan. "Bayangkan apabila ada ahli keluarga pesakit berada dalam keadaan sedih dan jika jururawat turut bersedih ia boleh menyebabkan pelbagai masalah tanpa mereka sedari. Bagaimanapun bukanlah bermakna kami ini keras hati dan tiada perasaan simpati. Siapa yang tidak sedih apabila pesakit yang kita rawat setiap hari meninggal dunia tetapi kami tidak boleh menunjukkan perasaan kami di depan keluarga dan pesakit lain. "Paling penting adalah bersikap tenang dan cuba membantu meringankan beban dihadapi keluarga pesakit secara profesional dan tidak terbawa dengan perasaan simpati berkenaan," katanya. Bagi Julina Mary berusia awal 40-an yang memiliki pengalaman selama 22 tahun dalam bidang kejururawatan, kerjaya sebagai jururawat memiliki banyak kebaikan yang terselindung daripada pandangan mata kasar. Menurutnya, kerjaya sebagai jururawat tidak hanya berakhir di hospital ataupun klinik kerana ia boleh dipraktikkan di rumah terutama apabila ada ahli keluarga yang sakit. |
| Pengajaran untuk pemandu bahaya Posted: 10 May 2012 07:50 PM PDT KEADAAN kereta Ford Escort milik seorang pemuda yang dikenali gemar memandu secara laju dan berbahaya di Lubczyna, Poland. WARSAW: Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok. Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.
Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.
"Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan," katanya.
"Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini," katanya.
"Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan," katanya. |
| Shikin Kamal Tolak Tawaran Berlakon Demi Pelajaran Posted: 10 May 2012 07:49 PM PDT Shikin mahu memberikan tumpuan kepada pelajaran.PETALING JAYA: Pelakon jelita, Shikin Kamal menjelaskan dia terpaksa menolak semua tawaran lakonan kerana ingin memberikan tumpuan kepada pengajiannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam. Shikin berkata, walaupun rasa ralat kerana banyak peluang terpaksa ditolak tetapi dia mengambil keputusan untuk memberikan keutamaan kepada pelajaran kerana yakin ia dapat menjamin masa depannya. "Rezeki dalam bidang lakonan memang banyak tetapi pilihan perlu dibuat kerana pelajaran menjadi keutamaan saya buat masa ini. "Saya korbankan keinginan untuk berlakon buat sementara waktu kerana segulung ijazah memang menjadi impian saya selama ini," katanya kepada mStar Online. Namun kata penuntut tahun dua jurusan sains aktuari ini dia hanya menerima tawaran berlakon apabila tiba cuti semester bagi mengisi masa lapangnya selain mengubat rindu untuk ke lokasi penggambaran. Dalam pada itu, bercakap mengenai kemunculannya dalam filem Mantera bersama Tomok yang bakal menemui penonton pada 17 Mei ini, Shikin memberitahu dia pada mulanya agak gugup untuk berlakon disamping bekas penyanyi kumpulan New Boyz itu. Shikin berkata, perasaan itu timbul kerana menyedari kedudukan Tomok yang cukup popular dikalangan peminat membuatkan dia sedikit berasa segan dengan penyanyi berusia 28 tahun itu. "Sangkaan saya meleset kerana Tomok sebenarnya adalah seorang yang sangat merendah diri dan kami banyak membantu antara satu sama lain," katanya. Tambah Shikin, dia juga berbangga dapat berlakon dalam filem arahan Mohd Aliyar Ali Kuthy itu kerana Mantera adalah sebuah filem yang berbeza dengan yang sedia ada. "Mantera adalah sebuah filem yang benar-benar berbeza dan saya yakin ia akan mencipta fenomena baru dalam industri perfileman negara," katanya. Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Shikin berkata, selain sibuk dengan pelajaran dia juga sedang menanti dua buah filem lakonannya iaitu Tanda Puteri Negara arahan Datin Paduka Suhaimi Baba dan Leftwings arahan Faizal Chal dan Nasir Jani yang turut menampilkan Awie dan Tomok sebagai gandingannya. |
| Posted: 10 May 2012 07:48 PM PDT Johnny DeppLONDON: Aktor Johnny Depp yang terjatuh daripada kuda ketika penggambaran filem terbaru Lone Ranger berkata dia terselamat daripada mendapat kecederaan serius kerana keserasiannya dengan kuda tersebut. "Saya bertuah kerana terselamat. Saya sudah melakonkan beberapa filem yang melibatkan kuda sebelum ini dan pernah jatuh beberapa kali tetapi pada kali ini adalah yang paling teruk. "Saya mempunyai keserasian dengan kuda yang bernama Scout. Apabila saya menonton semula rakaman, saya dapat melihat dengan jelas Scout sudah menyelamatkan nyawa," katanya seperti dipetik femalefirst.co.uk. |
| Jessica Simpson Bangga Jadi Ibu Posted: 10 May 2012 07:47 PM PDT Jessica Simpson dan tunangnya Eric JohnsonMELAHIRKAN anak merupakan satu transformasi bagi seorang wanita bergelar ibu dan hal tersebut turut diakui oleh penyanyi Jessica Simpson. Pada awal bulan Mei, Jessica dan tunangnya, Eric Johnson menyambut kelahiran anak pertama mereka yang bernama Maxwell Drew dengan penuh kegembiraan. Melalui akaun Twitter milik Jessica, wanita berambut perang itu mengakui dia sangat senang bergelar ibu malah ia adalah momen terbaik yang pernah dialaminya. Kakak kepada Ashlee Simpson itu turut berkata dia selalu ingin menangis setiap kali menatap wajah anaknya. Terbaru, Jessica dikatakan sedang mempertimbangkan sejumlah tawaran lumayan untuk merakam gambar bersama anaknya dalam sebuah majalah terkemuka. |
| Bengkel sukarelawan bantu mualaf Posted: 10 May 2012 07:46 PM PDT Menikmati juadah yang disediakan secara gotong-royong oleh penghuni di Blok Seri Maya, Lok Kawi Heights, Papar, Sabah. Bagi memberi penerapan atau pendedahan ilmu mengenai aktiviti sukarelawan dalam membantu dakwah Islamiah kepada saudara Muslim, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Bengkel Sukarelawan Perkim bertempat di Bilik Mesyuarat Perkim, Tingkat 4, Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 5 Mei lalu. Ia disertai 60 peserta terdiri daripada kalangan ahli perniagaan, guru, cendekiawan, penjawat awam dan swasta, pelajar kelas pengajian harian Perkim serta mahasiswa universiti sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor. Penyelaras program Wan Nur Syafinas Wan Burhanuddin berkata, bengkel itu diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan dan tugas mereka dalam membantu usaha-usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan Perkim. "Program itu juga melatih peserta menjadi pendakwah berkesan, sekali gus menjadikan mereka pengantara dan pemudah cara Perkim untuk membantu permasalahan yang berhubung kait dengan Saudara Muslim," katanya. Syafinas yang juga Penolong Pegawai Dakwah Perkim berkata, melalui program itu, peserta dapat menyumbangkan khidmat tenaga, masa dan kewangan untuk mencapai objektif, misi dan visi Perkim. Jelasnya, bengkel tersebut memberikan pendedahan mengenai panduan dan perlaksanaan peserta dalam membantu Perkim dalam susulan pemahaman, pelajaran serta kefahaman mengenai Islam kepada saudara Muslim. "Peserta akan melibatkan diri dalam aktiviti mengedarkan risalah Islam, ziarah usrah saudara Muslim, ziarah hospital, ziarah akidah, pendakwah pelancongan, khidmat kaunseling, integrasi sosial masyarakat, mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan, memberi sumbangan kepada mangsa musibah dan mengagihkan pakaian terpakai," jelas Syafinas. Syafinas berharap agar peserta memperkasakan tugas kesukarelawanan mereka dengan kemahiran berkomunikasi yang sedia ada, berorganisasi dan seterusnya mengikuti aktiviti latihan di lapangan serta melakukan amal jariah dalam melahirkan pendakwah yang cemerlang ke arah fisabilillah. Pada program yang sama, Sayyid Musa al-Kazim turut menyampaikan ceramah bertajuk Tugas Nabi dan Sahabat Sebagai Sukarela. Sayyid dalam ceramahnya, mengajak peserta mengimbau kembali kisah-kisah para sahabat Nabi di mana perjuangan mereka di dalam sukarelawan demi mengembangkan syiar dakwah Islamiah semata-mata mendapat keredaan-Nya. Ia sejajar dengan saranan Allah SWT dalam surah Hud ayat 29 yang bermaksud: Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan agama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata. Sahabat Rasulullah melaksanakan kerja-kerja sukarela demi menyebarkan kebaikan dan menyeru manusia kepada agama seperti kisah Masjid Kuba' di Madinah, di mana para sahabat bekerjasama mencurahkan tenaga demi membina sebuah masjid. Secara tidak langsung, tugas sukarelawan di Perkim merupakan tugas pendakwah dalam membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh saudara Muslim. Beliau mengajak peserta mempamerkan akhlak terpuji dan dakwah Islamiah yang disampaikan Rasulullah dan para sahabat agar ia dapat disemaikan kepada saudara Muslim serta masyarakat kerana ketinggian ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Ini dijelaskan dalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. Jelas Sayyid lagi, dengan menghulurkan sumbangan secara sukarela, peserta akan menjadi umat yang disayangi Allah SWT seterusnya dihargai oleh masyarakat sebagai mukmin yang sentiasa melakukan kebaikan dan menyumbang ke arah kebajikan. Selain itu diadakan juga sesi soal jawab dan pembahagian tugasan kepada peserta. |
| Posted: 10 May 2012 07:43 PM PDT Tidak timbul soal paksaan, apabila wanita Islam selesa dan masih bergerak bebas walaupun berjilbab. - Gambar hiasan MELANIE Jane, seorang wanita Inggeris dari Britain yang memutuskan untuk memeluk agama Islam pada usia yang masih muda. Gadis itu memeluk Islam ketika berpindah dan bertugas di Dubai, Emeriah Arah Bersatu yang merupakan sebuah negara Arab moden tetapi berjaya memberikan pengaruh besar kepadanya sehingga membolehkan Melanie menukar agama. "Saya fikir saya merupakan produk daripada orang tua yang sangat mengambil berat terhadap saya sebagai anak mereka. "Kedua ibu bapa saya sangat berfikiran terbuka dan sangat mengambil peduli apa juga isu yang sedang berlaku di sekeliling kita. Mereka selalu mengajar saya supaya tidak mendiskriminasikan siapa jua, baik dari aspek agama, budaya, warna kulit atau apapun. "Saya berfikir bahawa mereka telah memberi saya satu landasan kukuh untuk melakukan kajian dan akhirnya menjadikan saya seperti sekarang ini," katanya. Bergelar Muslimah turut merubah penambilan Melanie yang mana kini dia selesa berjilbab sehingga menimbulkan tanggapan negatif di kalangan mereka yang mengenalinya seperti: "Oh, lihat dia! Pastinya (perubahan) kerana dia bernikah dengan seorang lelaki Muslim." atau "Lihat dia sekarang! Sayang sekali, kenapa dia harus jadi seperti itu (Muslim). Sekarang dia tertindas (kerana memakai jilbab)!" Begitulah pelbagai persepsi yang dilemparkan terhadap Melanie yang memilih untuk menjadi Muslimah sejati dengan menutup aurat. "Mereka beranggapan bahawa saya berpakaian seperti ini kerana suami saya memaksa memakainya. Atau, mungkin kerana sesuatu yang saya diberitahu bahawa saya mesti melakukannya. "Tetapi sebenarnya mereka tidak tahu bahawa alasan (kehendak) yang sebenarnya ialah kerana agama yang menjadi dasar atau sebab kenapa saya menutup aurat. "Secara peribadi saya berfikir seseorang itu memiliki satu wawasan yang unik ketika memakai jilbab dan mengetahui dengan jelas mengapa memakainya. "Perkara menutup aurat ini bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri sendiri dan demi Allah. Itulah alasan kita memakainya, bukan kerana orang lain meminta kita melakukannya," katanya. Kejadian yang dianggap lucu yang pernah dialami oleh Melanie ialah satu insiden yang berlaku di sebuah salon rambut. "Saya memasuki salon dalam keadaan saya mengenakan jilbab. Ketika saya duduk dan setelah selesai memotong rambut, saya disapa oleh seorang wanita yang berada di situ. Dia bertanyakan sama ada saya sudah bernikah. Saya berkata: "Ya, benar." Lalu dia berkata: "Pastinya anda menikahi dengan seorang warga tempatan?" Ketika itu Melanie Jane bekerja di Dubai. Maksud wanita itu tentunya Melanie, seorang wanita kulit putih memakai jilbab disebabkan pernikahannya dengan seorang lelaki warga tempatan. "Saya rasa ini adalah contoh prasangka masyarakat terhadap jilbab, iaitu orang ramai sering menganggap bahawa anda telah dipaksa untuk memakainya bukan kerana Islam dan bukan kerana pilihan anda sendiri, tetapi kerana terpaksa," katanya. Sebab itu kata Melanie, soal bertudung dalam Islam perlu diperjelaskan supaya para wanita Islam yang berpakaian menutup aurat tidak diperlekehkan dan tidak di pandang dengan pelbagai pandangan negatif sehingga dilihat sebagai sesuatu yang pelik. "Saya harus mula untuk menjelaskan semua ini kepada mereka walaupun saya sendiri baru mengenali dan masih belajar mengenai Islam. "Kita perlu memberikan penjelasan dan perlu meluangkan waktu untuk menjelaskan hal ini kepada orang ramai," katanya. |
| Posted: 10 May 2012 07:42 PM PDT Ekzema kerap dihidapi bayi dan kanak-kanak. APAKAH yang anda rasa apabila berkunjung ke kedai menjual pakaian ataupun produk kecantikan tetapi tidak diberi perhatian sewajarnya oleh jurujual? Hal ini terjadi lantaran wajah ataupun bahagian fizikal anda terdapat kesan-kesan kemerahan dan tompokan akibat menghidap penyakit ekzema. Jika keadaan ini menimpa diri, pasti terselit sedikit perasaan malu dan rendah diri selain kesannya bukan sahaja kepada kehidupan seharian malah turut mempengaruhi pergaulan dengan rakan-rakan. Ekzema adalah satu penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit berasa amat gatal, menimbulkan bintik-bintik atau gelembung kecil berwarna kemerah-merahan. Kawasan yang sering terkena ekzema adalah muka, jari-jari tangan atau kaki, celah-celah paha dan alat kelamin. Pakar Perunding Dermatologi, Bahagian Dermatologi Kuala Lumpur, Dr. Suganthi Thevarajah berkata, sebanyak 10 hingga 20 peratus kanak-kanak berpotensi menghidap penyakit ini. Manakala satu hingga tiga peratus bagi orang dewasa di seluruh dunia dan dua daripada 10 orang di Malaysia menghidapinya. "Penyakit ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor dalaman seperti genetik, di samping kesan daripada keadaan luaran seperti persekitaran yang tercemar dan tidak bersih. "Terdapat perbezaan penyakit ini iaitu atopic ekzema, contact dermatitis, scalp dermatitis dan ekzema kaki dan tangan. "Selain itu seseorang yang mempunyai alahan dan asma juga berpotensi untuk mendapat penyakit ini," katanya. Tambahnya lagi, di Malaysia risiko penghidap penyakit ekzema kepada kanak-kanak paling ketara. Berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati lebih 12.6 peratus kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke atas menghidap penyakit tersebut. "Satu kajian yang dilakukan oleh LEO Pharma kepada pesakit ekzema dan penjaga mereka di Malaysia mendapati 75 peratus pesakit pernah mendengar tentang ekzema tetapi tidak pernah mengetahui dan hanya sedikit maklumat tentang penyakit tersebut sebelum mereka berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan. "Sementara itu, sebanyak 15 peratus tidak pernah mendengar tentang penyakit ini dan berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan rawatan. "Manakala 80 peratus penjaga pesakit ekzema pula mempunyai sedikit maklumat dan tidak pernah mengetahui langsung tentang penyakit tersebut," katanya. Beliau juga berkata, sebanyak 50 peratus pesakit yang berumur setahun menghidap penyakit ini dan lebih 80 peratus pula menghidap penyakit ini ketika berumur lima tahun. "Hanya separuh daripada pesakit ini berjaya disembuhkan, tetapi sebahagiannya tidak dapat diubati tetapi hanya boleh mengurangkan melalui pengambilan ubat dan penjagaan kesihatan dengan cara yang betul," katanya. Dr. Suganthi berkata, kebanyakan penghidap ekzema daripada kalangan orang dewasa dan kanak-kanak menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian mereka dari aspek emosi, psikologi dan sosial. "Tompokan merah pada kulit muka dan tangan menyebabkan mereka tidak yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. "Selain itu, kanak-kanak yang menghidap penyakit ini juga selalu dibuli dan diejek oleh rakan-rakan mereka menyebabkan berlaku trauma selain produktiviti kehidupan seharian turut menurun,"katanya. Tambahnya, beliau mengakui kebanyakan orang ramai tidak mengetahui dan kurang kesedaran terhadap penyakit ini. "Akibatnya, penghidap tersebut tidak menghiraukan keadaan yang dialami selain lewat berjumpa dengan doktor menyebabkan mereka tidak dapat menahan kesakitan tersebut. "Tidak ada sebarang rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit ini tetapi kesakitan pada kulit boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat dan penjagaan diri yang betul," katanya. |
| Nongkrong bukan sekuel Ngangkung Posted: 10 May 2012 07:40 PM PDT Nongkrong bukan sekuel Ngangkung Pertama kali melihat poster filem ini, pasti ada yang menyangka Nongkrong adalah sekuel dari filem Ngangkung. Biarpun diarahkan oleh pengarah yang sama, Ismail Bob Hasim, namun sebenarnya filem ini banyak perbezaannya. Berbeza dengan Epy, mungkin kerana masih baru, ada terlihat kejanggalannya berlakon di samping dua nama besar. Bagaimanapun, lakonannya masih boleh di beri pujian kerana Epy kadangkala berjaya menggeletek penonton dengan wajah dan gaya percakapannya. |
| Kesibukan karier, bukan alasan Rozita abaikan anak Posted: 10 May 2012 07:38 PM PDT Rozita Che Wan bersama anaknya Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 14. Nama Rozita Che Wan antara selebriti tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia. Bukan sahaja terkenal dengan kejelitaan, tetapi peranan ibu kepada dua anak remaja tidak pernah sesekali diabaikan. |
| Anggota polis kena penjara 54 bulan Posted: 10 May 2012 07:37 PM PDT Tertuduh (tunduk) yang diiringi pegawai SPRM cuba mengelak wajah dirakam jurugambar yang menunggu di luar kamar Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, semalam. KUANTAN - Seorang anggota polis dihukum penjara 24 dan 30 bulan serta denda keseluruhan RM25,000 setelah disabitkan bersalah di akhir kes perbicaraan dalam Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan terhadap tuduhan meminta dan menerima rasuah. Dalam alasannya, tertuduh memberitahu mahkamah masa depan dan persekolahan anak-anaknya akan terganggu sekiranya dia ditahan dipenjara sehingga rayuannya selesai memandangkan isterinya tidak bekerja. |
| ‘Spiderwomen’ dipenjara seminggu Posted: 10 May 2012 07:36 PM PDT Wook@ Murniyati dipenjara seminggu mengaku salah mencuri kabel besi tembaga milik SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu. KUALA TERENGGANU - Dek kerana terlalu 'gian' pil kuda, seorang ibu beranak satu nekad memanjat tingkat tiga asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, di sini, semata-mata untuk mencuri kabel besi tembaga, awal pagi Isnin lalu. |
| Culik, paksa bekas teman wanita kahwin Posted: 10 May 2012 07:34 PM PDT Sethupati (dua, kanan) bersama rakannya, Namasivayam diiringi anggota polis untuk dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Melaka, semalam AYER KEROH - Seorang penganggur dan rakannya dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana menculik dan memaksa bekas teman wanita berkahwin, awal bulan ini. |
| Posted: 10 May 2012 07:31 PM PDT Fadzilah meriba Nurmarisya Fatiha sambil diperhatikan Naib Pengerusi Mayang, Hasliza Harun BALING - Seorang bayi berusia lima bulan di sini menderita setelah kepalanya semakin membesar akibat masalah cecair berlebihan sejak lahir. |
| Posted: 10 May 2012 07:29 PM PDT Hampir 80 peratus bangunan asrama berkenaan musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi semalam. MATANG – Tiga murid nyaris maut apabila asrama yang mereka diami di Madrasah Tarbiah Islamiah, di sini terbakar, awal pagi semalam. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!









0 ulasan:
Catat Ulasan