ads

Ahad, 8 Januari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ujibakat ON AIR Cungkil Pengacara Berbakat

Posted: 08 Jan 2012 09:53 PM PST

ON AIR - Astro beri peluang gilap bakat pengacaraan oleh ikon terkenal

Membuka tirai tahun 2012, Astro terus merancakkan perkembangan industri penyiaran tempatan dengan membawakan sebuah lagi program realiti yang akan mencungkil bakat baru dalam bidang pengacaraan berjudul ON AIR yang bakal memulakan sesi ujibakat di negeri-negeri terpilih bermula 14 Januari ini!

Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Puan Azlin Reza Azmi berkata, "Sebagai sebuah saluran Melayu unggul yang menawarkan variasi program hiburan terbaik, Astro sentiasa menayangkan program-program yang sesuai dengan citarasa para penonton. Astro Ria telah menerbitkan variasi program realiti pelbagai genre seperti nyanyian, lakonan dan tarian. Kini tiba masanya untuk kami mengetengahkan bidang pengacaraan pula.

Suhaimi Sulaiman Aznil

Bidang pengacaraan amat sinonim dengan sesebuah stesen televisyen, maka kami hadir dengan sebuah program realiti pencarian terbaru untuk mencari bakat-bakat baru ini untuk memeriahkan lagi bidang pengacaraan yang bukan hanya terhad kepada televisyen, malah seluruh entiti industri penyiaran tempatan termasuk radio. Kami berharap platform yang disediakan ini dapat membuka ruang kepada mereka yang berbakat untuk menyerlahkan potensi demi menggapai impian mereka ".

Pada sidang media ini juga, pihak Astro turut mengumumkan kehadiran dua ikon dalam bidang pengacaraan yang tidak asing lagi iaitu, Aznil Hj Nawawi yang akan bertindak selaku ketua juri dan dibantu oleh Suhaimi Sulaiman. Selain bertindak sebagai juri, mereka juga bertanggungjawab untuk melatih dan membimbing para peserta menjadi seorang pengacara yang versatil.

Kejayaan Aznil memenangi Anugerah Bual Bicara Terbaik di Anugerah Televisyen Asia di Singapura pada tahun 2005 menerusi rancangan Macam Macam Aznil selain mengekalkan kemenangan sebagai Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama lapan tahun sejak 2003 sehingga kini meletakkan beliau individu yang paling layak mengemudi rancangan ini.

Suhaimi Sulaiman pula bukanlah satu nama baru dalam bidang pengacaraan malah karier beliau dalam industri penyiaran sudah bermula seawal tahun 1990. Beliau kini mengendalikan rancangan temubual Agenda Awani dan Focus Economy dan merupakan pelopor strategi media Astro Awani dan bertanggungjawab membimbing dan melatih para penyampai dan pengacara di saluran berita dan informasi 24 jam yang pertama di Malaysia itu.

Azlin berkata, "Kami berbangga dengan kesudian dua nama besar dalam bidang pengacaraan ini untuk turut serta dalam program On Air ini. Gandingan mantap dua ikon pengacara ini merupakan kekuatan utama program ini dan pastinya mampu menarik minat ramai individu di luar sana yang sudah lama mendambakan peluang keemasan untuk berguru dengan dua nama besar dalam bidang pengacaraan ini," tambah Azlin lagi.

Menerusi konsep program ON AIR ini, sebanyak tujuh peserta lelaki dan wanita yang terpilih menerusi siri ujibakat di beberapa buah negeri akan ditempatkan di sebuah lokasi tertentu di ibukota untuk menjalani kursus melalui silabus yang telah ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka daripada pelbagai genre pengacaraan. Mereka akan diberi tunjuk ajar, pendedahan serta tugasan tertentu selama 10 minggu yang berlandaskan format televisyen iaitu Berita, Majalah dan Hiburan.

Juara bakal memenangi kontrak sebagai Artis Residen Astro selama tiga tahun dan pelbagai hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kelak.

Pihak produksi akan mengunjungi empat buah negeri bagi mengenal pasti peserta-peserta yang dilihat layak untuk menyertai program ini di lokasi-lokasi berikut:

1. Pulau Pinang Red Box Karaoke, Gurney Plaza 14 & 15 Januari 2012
2. Johor Bahru The Puteri Pacific, Johor Bahru 21 & 22 Januari 2012
3. Sarawak Merdeka Palace, Kuching 28 & 29 Januari 2012
4. Kuala Lumpur Pusat Penyiaran Asia (Astro), Bukit Jalil, 4 & 5 Februari 2012
** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Peserta mestilah seorang lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin dan mestilah seorang warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun dan boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai personaliti yang menarik. Para paserta ujibakat perlu membawa salinan kad pengenalan, resume dan sekeping gambar berukuran 4R.

Program realiti On Air ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) pada 25 Januari ini. Butir-butir lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Ujibakat Mentor Bersama Awie
  • Sesi Ujibakat Anak Wayang di Shah Alam
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi
  • UJIBAKAT BINTANG RTM 2009
  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Ujibakat Teater Muzikal The Secret Life of Nora
  • Promo: Ujibakat Pengacara, Hos, Talent Astro Oasis @ Astro
  • Ujibakat Idola Kecil Musim 4 di Sri Pentas
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Doktor Gigi Ezani Masterchef Malaysia Pertama

    Posted: 08 Jan 2012 09:38 PM PST

    DOKTOR GIGI MUNCUL MASTERCHEF MALAYSIA YANG PERTAMA

    Ezani tewaskan Wahidan di Santapan Penamat!

    Usaha gigih seorang doktor gigi meninggalkan sementara kerjaya profesional beliau untuk terlibat dengan program realiti MasterChef Malaysia ternyata berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama. Dr Ezani Farhana Md Monoto, 26 tahun dari Kajang, Selangor berjaya menewaskan Wahidan Hj Ag Supain, seorang pekebun dari Sandakan, Sabah pada episod terakhir, Santapan Penamat yang ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104).

    Kemenangan Ezani ini melayakkan beliau untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakannya sendiri.

    ezani

    Juara MasterChef Malaysia, Ezani Farhana Md Monoto berkata, "Dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim pertama merupakan perasaan yang paling menakjubkan dan sesuatu tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup saya. Terlalu banyak yang saya kecapi sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi dan tempat berlainan yang unik terutama sekali dalam dapur profesional. Pengalaman ini juga menyedarkan bahawa saya mempunyai "drive" dan potensi untuk menceburi bidang kulinari ini secara lebih serius.

    Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro dan Astro Ria kerana membawa MasterChef ke Malaysia, dan saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada fenomena Masterchef ini. Bersaing dengan Abang Wahidan pada peringkat akhir merupakan suatu penghormatan yang amat besar kerana beliau merupakan seorang tukang masak yang paling jujur dan ikhlas serta hebat. Tidak dilupakan kepada para juri, ibu bapa, keluarga, sahabat handai, para peserta terutamanya lima yang membantu saya di Santapan Penamat, pihak produksi serta semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat selama ini."

    VIDEO LAWAK JOHAN RAJA LAWAK, Hanif & Ray RADIO ERA

    Pada permulaaan episod Santapan Penamat ini, dua orang finalis, Ezani dan Wahidan perlu melakukan pemeriksaan bahan di dapur kemudian mencipta menu dan resipi terbaik mereka. Sebagai kejutan, setiap finalis perlu memilih lima peserta Top 24 yang telah tersingkir untuk membantu mereka menyediakan juadah yang perlu mereka siapkan dalam tempoh tiga jam. Wahidan telah memilih Amita, Zamir, Danial, Shariah dan Deena. Manakala Ezani memilih Ary Malik, Brian, Felix, Azilah dan Imelda.

    Kedua-dua pasukan yang diketuai oleh Ezani dan Wahidan perlu menyediakan menu lengkap termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut untuk dihidangkan kepada 40 orang tetamu. Wahidan memilih untuk menghidangkan Udang dan Kekapis di Perap dengan Citrus (Pembuka Selera), Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau (Hidangan Utama) dan Fillo Kastard Krim Bersama Buahan Beri (Pemanis Mulut) manakala Ezani menghidangkan Salad Nusantara dengan Kekapis (Pembuka Selera), Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (Hidangan Utama) dan Kek Ubi Bit Berempah (Spiced Beetroot Cake) (Pemanis Mulut).

    Tetamu yang hadir pada episod Santapan Penamat ini sebahagian besar merupakan para chef profesional termasuk yang pernah muncul dalam episod MasterChef Malaysia sebelum ini. Mereka turut menilai makanan yang disediakan dan memberikan 40 peratus markah manakala juri tetap yang dibarisi oleh Chef Joe, Chef Zubir dan Chef Riz pula melengkapkan baki 60 peratus markah.

    Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Puan Azlin Reza Azmi berkata, "Astro Ria amat gembira kerana dapat merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman menonton program realiti masakan MasterChef di negara ini seterusnya berbangga dengan juara MasterChef Malaysia kita sendiri. MasterChef Malaysia ternyata telah mencipta fenomena di negara ini dan menjadi satu lagi program terbaik dan menjadi pilihan utama penonton selama 12 minggu ditayangkan di Astro Ria.

    "Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PANASONIC 'Cooking Magic' selaku penaja utama MasterChef Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan juga kami rakamkan kepada penaja bersama iaitu Hong Leong Bank, Jaya Grocer, Maggi, MyChef, NeuVida Omega-9 Cooking Oil, BHP Petronas, MPH Bookstore dan Scott. Sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sepanjang penerbitan MasterChef Malaysia amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan."

    finalis bersama peserta masterchef malaysia

    wahidan dan ezani

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • MasterChef Malaysia Bakal Umum Senarai Juri
  • Senarai Peserta MasterChef Malaysia
  • Gambar Drama Cinta Balqis
  • Ujibakat MasterChef Malaysia
  • Wan Sharmila Jatuh Patah Gigi Masa Program Ewah-Ewah
  • TAHNIAH Wardina Saffiyah Duta Ubat Gigi Mu'min
  • Kak Vee Suria FM Buat VENEER Cantik dan Putihkan Gigi
  • Misha Omar Jadi Pekak Sebab Pendarahan Dalam Telinga?
  • Temui Padi, Andra & The Backbone, Sheila On 7, Gigi, Dewa 19 di KL Sentral
  • Ujibakat Masterchef Malaysia Terima Sambutan Positif
  • Full content generated by Get Full RSS.

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

    Copyright 2010 All Rights Reserved