ads

Rabu, 18 Januari 2012

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


ISU TWEET: AZWAN ALI 'KECUT PERUT' SAMPAI NANGIS?

Posted: 18 Jan 2012 01:30 AM PST


Gara-gara mulut celupar mengata darah daging sendiri dengan ugutan berbunyi, 'Salam, Let's cekup jugak si BETINA NERAKA Ummi kasi REJAM hidup-hidup! Bako mayat dia' dalam twitter, Azwan Ali disoal siasat polis berhubung perkara itu. Semuanya disebabkan Ummi Hafilda membuat laporan polis sebaik membaca ugutan tersebut kerana merasakan ia berbaur ancaman yang melibatkan nyawa.

Hanya beberapa jam selepas itu, Azwan Ali telah membuat satu sidang akhbar bagi menjelaskan kekeliruan itu. Katanya: "Negara bakal kehilangan seorang pengkritik hebat yang menentang usaha Ummi Hafilda membongkar perilaku salah seorang adik beradik saya iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali setelah saya mengambil keputusan untuk berbaik semula demi menjaga maruah keluarga."

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

HATTAN ENGGAN KOMEN GAMBAR NAKAL FARAH

Posted: 17 Jan 2012 01:52 PM PST


Meskipun pelbagai kontroversi melanda penceraiannya dengan Farah Asyikin Othman pada 19 Januari lalu, penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 48, tetap tenang dan enggan memberi sebarang komen tentang punca ia melafazkan talak satu.

Menurut penyanyi lagu Biso Bonar itu, setelah melalui detik yang sukar itu, tibalah masanya dia meneruskan kehidupan dan menguruskan perniagaannya seperti biasa.

"Tiada lagi kenyataan akan dibuat berhubung dengan isu ini (cerai) lagi. Saya cuma nak relaks sahaja dan menjalani kehidupan seperti biasa," kata Hattan dipetik sebagai berkata.

Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ZUL ARIFFIN - DULU DAN SEKARANG

Posted: 17 Jan 2012 01:20 PM PST


Gambar Zul Ariffin dulu dan sekarang yang jelas berbeza. Mantan pacar Abby Abadi ini dilihat makin gigih mengentalkan tubuhnya untuk kelihatan lebih 'jantan' bagi memudahkannya membawa aksi ala-ala Rambo.

Cayalah Zul..!

DULU-DULU - Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AZWAN ALI DISIASAT POLIS

Posted: 17 Jan 2012 01:02 PM PST


Mungkin ramai yang sudah maklum Azwan Ali telah disiasat oleh polis mengikut Kanun Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan ugutan jenayah terhadap 'darah dagingnya' Ummi Halfida.

Difahamkan juga, ugutan tersebut didakwa dilakukan Azwan melalui Twitternya. Namun belum dapat dipastikan apakah ia benar-benar twitter milik Azwan atau milik orang lain yang menyamar sebagai selebriti itu.

Dan menurut sumber juga, khabarnya telefon bimbit Azwan Ali telah dirampas untuk membantu siasatan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved