ads

Jumaat, 13 Januari 2012

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


HATTAN BERCERAI - ZUBIR MENANG 'JACKPOT'..!!

Posted: 13 Jan 2012 12:10 AM PST


Jika November lalu ramai yang mencemuh wartawan gosip Zubir sebagai tukang propa, tiba-tiba segalanya berubah apabila Hattan benar-benar bercerai semalam! Berita terkini itu bukan sahaja memalukan musuh-musuh Zubir, malah ia sekaligus memberi kemenangan 'jackpot' untuk wartawan yang digelar mereka sebagai 'gemuk pendek' itu.

Untuk pengetahuan, semalam Hattan dan Farah Asyikin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah. Meskipun bukan talak 3 sebagaimana yang digosipkan oleh Zubir, namun ia tetap merupakan satu gosip sahih yang amat 'menyakitkan'.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KAD KAHWIN FARAH LEE DAN ALLY ISKANDAR

Posted: 12 Jan 2012 01:02 PM PST


EKSKLUSIF..

Tinggal seminggu sahaja lagi Farah Lee atau nama sebenarnya Nur Farahin Romli akan menjadi isteri kepada pengacara dan penerbit TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi. Kini, segala-galanya sudah siap disediakan bagi menempuh hari bahagia itu termasuklah kad undangan perkahwinan mereka.

Myartis yang sebelum ini pernah membuat pelbagai cerita menarik tentang hubungan Farah dan Ally, ingin mengambil kesempatan mengucapkan 'selamat pengantin baru' kepada pasangan serasi ini. Semoga perkahwinan itu nanti akan berkekalan hingga ke anak cucu memandangkan Ally mendapat seorang gadis yang cukup manis dan kuat imannya.

Klik untuk imej besar...




<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR SANA SINI - ROZITA CHE WAN 'BERGAYA' ALA K-POP

Posted: 12 Jan 2012 01:00 PM PST


Janda bergetah yang juga pelakon popular Rozita Che Wan yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Zain Saidin tampil dengan gaya terkini ala K-pop Korea. Melihat gaya RCW ini, mungkin ada segelintir pihak yang mencemuh mengatakan RCW dah buang tabiat... namun sebenarnya, ramai juga yang tertarik dengan penampilannya itu.

Iyalah... bukan mudah untuk terus tampil cantik dengan fesyen terkini, tambah-tambah bila bersaing dengan ramai pelakon baru. Oleh yang demikian, tabik spring harus diberikan pada RCW di atas 'keberaniannya' itu meskipun ia agak seksi menampakkan pangkal peha!

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved