ads

Khamis, 12 Januari 2012

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


YUSRY DAN LISA JALANI UJIAN HIV?

Posted: 12 Jan 2012 12:15 AM PST


Gambar terbaru Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani kononnya sedang menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan HIV. Mereka dikatakan mahu menjalani ujian itu di sebuah klinik di Putrajaya bagi persediaan majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan Februari ini.

Untuk info, ujian HIV telah diwajibkan oleh semua negeri pada pasangan yang mahu menikah. Ujian rapid test HIV yang dilakukan di klinik terpilih amat pantas dan bakal pengantin boleh mendapat keputusan tersebut dalam masa 5 hingga 10 minit sahaja.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

VIDEO: KEJUTAN HARI LAHIR APEK

Posted: 11 Jan 2012 08:33 PM PST


Video Kejutan hari lahir untuk penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang ke-23. Bukan sekadar kejutan, malah Apek juga makan kek suap-suap sambil tersipu malu diiringi tepukan rakan dan belon berbentuk hati..!

Haii... bertuahnya menjadi Apek yang disayangi oleh ramai peminat terutamanya peminat wanita. Chewahh..!



AARON AZIZ KINI DI TOKYO JEPUN

Posted: 11 Jan 2012 08:28 PM PST


Aaron Aziz kini berada di Tokyo, Jepun mengikuti rombongan Drive M7 iaitu jenama minuman tenaga di mana Aaron menjadi jurucakap minuman itu.

Meskipun baru-baru ini beliau tercedera dalam set penggambaran KL Gangster 2, namun kerana tugas nampaknya Aaron tempuhi jua. Jom tengok...!

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

RUMAH WARDINA SAFIYYAH KENA ROMPAK

Posted: 11 Jan 2012 04:01 PM PST


Perompak tidak mengira mangsa!

Begitulah yang berlaku terhadap Wardina Safiyyah apabila rumahnya dirompak oleh tiga perompak bertopeng beberapa jam lalu. Selain dirompak, suaminya Ikhwan turut dipukul oleh perompak tersebut apabila cuba mempertahankan diri.

Semuanya berlaku pada awal pagi apabila perompak tersebut dipercayai bersenjatakan tongkat dan parang memecah masuk rumah Wardina. Akibat rompakan tersebut, anak-anak Wardina menjadi trauma disebabkan kejadian menakutkan itu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MAJLIS RESEPSI KEDUA EZLYNN & ADAM

Posted: 11 Jan 2012 01:16 PM PST


Gambar majlis resepsi kedua Ezlynn dan Adam Fahmi yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, semalam.

Majlis tersebut berkonsepkan musim luruh dengan gaya mediterranean. Ezlynn kelihatan anggun dengan busana gaya moden berwarna emas rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

FASHA NAFI NIKAH JEJAI DI THAILAND

Posted: 11 Jan 2012 12:54 PM PST


Kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang? Apakah pepatah itu masih boleh digunapakai untuk gosip Fasha sandha yang didakwa sudah menikah di Thailand dengan Jejai?

Atau mungkin boleh digunakan kata lain seperti 'orang yang buang air besar atas jalan, siapa nak mengaku itu najisnya'? Ha ha... jangan marah, itu hanya pepatah sahaja, tiada kena mengena pada yang hidup mahupun yang sudah tiada.

Kerana seperti diduga, Fasha pasti akan menafikan gosip tersebut apabila ada pihak media mengajukan soalan 'cepu emas' itu padanya. Dan itulah yang berlaku di sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 (ABPBH25), apabila Fasha menjadi tumpuan media berkaitan isu panas tersebut.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved