ads

Rabu, 11 Januari 2012

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


BUNOHAN DI FESTIVAL FILEM ROTTERDAM

Posted: 10 Jan 2012 11:25 PM PST


Filem aksi-drama Malaysia, BUNOHAN telah dijemput untuk mengadakan tayangan perdananya di benua Eropah bersempena dengan Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) dari 25 Januari hingga 5 Februari 2012. Rotterdam adalah salah satu pusat yang menerajui festival-festival filem terbesar di dunia yang berjaya menarik 340,000 pelawat pada tahun 2011.

BUNOHAN, ditulis dan diarahkan oleh Dain Said, yang dipaparkan di dalam seksyen Spektrum seiring dengan pengarah-pengarah hebat dunia termasuk Takashi Miike (Ace Attorney), David Cronenberg (A Dangerous Method), Aki Kaurusmaki (Le Havre), Garin Nugroho (The Blindfold) dan Andrea Arnold (Wuthering Heights).



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SITI NURHALIZA SAMBUT 'BIRTHDAY' DI DUBAI

Posted: 10 Jan 2012 10:43 PM PST


Gambar-gambar datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K bersiar-siar di Dubai meraikan hari istimewa. Difahamkan, percutian tersebut ibarat 'sambil menyelam minum air' sempena ulangtahun kelahiran Siti yang ke 32 pada 11 Januari (hari ini).

Kami di myartis turut tidak mahu ketinggalan mahu mengucapkan 'Selamat hari lahir' kepada Siti yang kami kenali sejak 10 tahun lalu. Berikut kami siarkan gambar percutian terindah yang diambil melalui twitter Siti sendiri yang diuploadnya daripada Dubai, UAE.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

NASHA AZIZ NIKAH 'TUAN HAJI' DARI BRUNEI?

Posted: 10 Jan 2012 12:19 PM PST


Selepas gosip Fazha Sandha didakwa bernikah dengan Jejai di Thailand, terbaru timbul pula gosip Nasha Aziz sudah selamat bernikah. Waahh... betul ke ni? Patutlah sejak beberapa bulan ni cerita tentang Nasha agak berkurangan di media... malah kali terakhir Nasha update status facebooknya pun pada bulan Oktober 2011 lalu... rupa-rupanya sudah menjadi raja sehari!

Menurut situkang gosip dalam laman sembang Cari, suami Nasha berasal dari Brunei dan merupakan seorang duda bergelar 'Tuan Haji'. Beliau dikatakan sudah bercerai dengan isterinya dan kemudian menikahi Nasha sejak beberapa bulan lalu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved